6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama m e r a f a k k a n setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam suasana aman dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Penjawat awam seharusnya berada dalam situasi kesihatan yang baik sepanjang masa dan sekiranya keadaan kesihatan merosot, ia akan mengganggu kerja dan tugasan harian, lambat laun akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi atau jabatan. Saya menyeru agar warga Jabatan mendapatkan pemeriksaan kesihatan sepanjang masa atau berkala di hospital bagi mengetahui kesihatan sebenar diri masing-masing. Kerajaan telah menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Kesihatan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam dengan menggalakkan kakitangan yang berusia melebihi 40 tahun mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan. Kerajaan melihat setiap anggota perkhidmatan awam adalah aset penting dan demi kelicinan pentadbiran, saya menyarankan supaya mereka dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga sepanjang masa agar perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat dapat dikekalkan prestasinya. Warga Jabatan perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengawal gaya pemakanan, mengamalkan senaman serta menjaga kebersihan diri. Janganlah dengan kesibukan tugas di pejabat menyebabkan kita terlupa untuk menjaga kesihatan diri. Dengan tubuh dan minda yang sihat, mutu perkhidmatan yang diamanahkan kepada kita dapat ditingkatkan. Rancangkan aktiviti sihat seperti bersukan dan beriadah demi mengekalkan kesihatan diri dan keluarga. Pembaca yang dihormati sekalian, Dengan fizikal dan minda yang sihat maka kita dapat menghadapi cabaran-cabaran dengan lebih berjaya. Antara cabaran perkhidmatan awam yang dikenal pasti ialah untuk menyediakan warga Jabatan di peringkat pertengahan dengan kemahiran kepimpinan. Pada masa yang sama, kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai yang memiliki kelayakan lebih tinggi. Peluang ini dibuka untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing. Lazimnya, modal insan berbakat memerlukan inspirasi seumpama bunga yang sedang menguntum kelopak, Jun 2011 http://www.dof.gov.my Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1 (bersambung ke muka surat 3)

Jun 2011 Amanat Ketua Pengarah Perikanan · There are over 25,000 identified species of fish on the earth. It is estimated that there may still be over 15,000 fish species that have

  • Upload
    dongoc

  • View
    213

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh,

dan salam 1 Malaysia.

Alhamdu l i l l ah , mar i lah k i ta be rsama-sama

mera fakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat

Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,

kita dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah

dirancang dalam suasana aman dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Penjawat awam seharusnya berada dalam situasi

kesihatan yang baik sepanjang masa dan sekiranya

keadaan kesihatan merosot, ia akan mengganggu

kerja dan tugasan harian, lambat laun akan

menjejaskan prestasi sesebuah organisasi atau

jabatan. Saya menyeru agar warga Jabatan

mendapatkan pemeriksaan kesihatan sepanjang

masa atau berkala di hospital bagi mengetahui

kesihatan sebenar diri masing-masing. Kerajaan telah

menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Kesihatan

bagi Pegawai Perkhidmatan Awam dengan

menggalakkan kakitangan yang berusia melebihi 40

tahun mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan.

Kerajaan melihat setiap anggota perkhidmatan awam

adalah aset penting dan demi kelicinan pentadbiran,

saya menyarankan supaya mereka dapat menjaga

kesihatan diri dan keluarga sepanjang masa agar

perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat

dapat dikekalkan prestasinya. Warga Jabatan perlu

mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengawal

gaya pemakanan, mengamalkan senaman serta

menjaga kebersihan diri. Janganlah dengan

kesibukan tugas di pejabat menyebabkan kita terlupa

untuk menjaga kesihatan diri. Dengan tubuh dan

minda yang sihat, mutu perkhidmatan yang

diamanahkan kepada kita dapat ditingkatkan.

Rancangkan aktiviti sihat seperti bersukan dan

beriadah demi mengekalkan kesihatan diri dan

keluarga.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Dengan fizikal dan minda yang sihat maka kita dapat

menghadapi cabaran-cabaran dengan lebih berjaya.

Antara cabaran perkhidmatan awam yang dikenal

pasti ialah untuk menyediakan warga Jabatan

di peringkat pertengahan dengan kemahiran

kepimpinan. Pada masa yang sama, kemajuan

kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat

Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada

pegawai yang memiliki kelayakan lebih tinggi. Peluang

ini dibuka untuk meningkatkan motivasi dan

melahirkan penjawat awam yang berdaya saing.

Lazimnya, modal insan berbakat memerlukan inspirasi

seumpama bunga yang sedang menguntum kelopak,

Jun 2011http://www.dof.gov.my

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

(bersambung ke muka surat 3)

16 April 2011Y.B. Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing

sempena Majlis Pelancaran Program Kesedaran Perlindungan Penyu & Spesies

Haiwan Marin Terancam Peringkat Negeri Perak di Pusat Pengurusan Penyu

Segari, Pasir Panjang, Perak.

22 April 2011Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merasmikan

Program Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di MAEPS, Serdang, Selangor.

2

23 April 2011Y.B. Dato’ Abdul Rahim bin Abas, melepaskan benih ikan ke perairan umum

sempena Program Hari Bertemu Pelanggan dan Interaksi Komuniti Perikanan

Kawasan Kuantan di Cherating, Pahang.

28 April 2011Y.B. Datuk Seri Noh bin Hj. Omar,

Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani menyaksikan Majlis

Menandatangani Memorandum

Persefahaman antara SIRIM,

SDRC dan pengusaha rumpai

laut sempena Majlis Pelancaran

Showcase Rumpai Laut Negara di

Tawau, Sabah.

3 Mei 2011Y.B. Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Malaysia menyampaikan ikan hiasan Rasbora heteromorpha kepada Kelab

Ikan Hiasan Sekolah sempena Majlis Perasmian Pusat Ikan Hiasan Port

Dickson.

5 Mei 2011Y.B. Datuk Seri Noh bin Hj. Omar,

Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani Malaysia dan Y.A.B. Dato' Seri

Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,

Menteri Besar Perak menandatangani

plak sempena Lawatan Kerja

Bersama ke Projek Ternakan Ikan

Arowana di Bukit Merah, Perak.

5 Mei 2011Y.B. Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

berucap di Majlis Dialog Bersama Y.A.B. Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,

Menteri Besar Perak dan Nelayan-nelayan Pulau Pangkor yang diadakan di Kg. Telok

Kechil, Pulau Pangkor, Perak.

(bersambung ke muka surat 3)

15 Mei 2011Y.B. Datuk Seri Noh bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

merasmikan Karnival Jempol dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Bersama Rakyat di Bahau, Negeri Sembilan.

18 Mei 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia

merasmikan Bengkel Penyelidikan Pelan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia di

Kuantan, Pahang.

18 Mei 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia

merasmikan Seminar dan Penyelidikan Tukun Tiruan Kebangsaan 2011 di Kuantan,

Pahang.

19 Mei 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia

dan Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia

melepaskan benih ikan ke dalam kolam sempena perasmian Pusat Pembenihan dan

Asuhan Ikan Air Tawar Program Latihan Perladangan Pemulihan Partisipatif (LATIFF)

dan Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar di Penjara Penor, Kuantan, Pahang.

mereka ingin mekar tanpa dibatasi oleh kekangan hirarki

atau diraut oleh belati tradisi. Mereka akan memilih

persekitaran yang memberi peluang untuk meningkat ke

mercu berteraskan potensi diri masing-masing. Mereka

tidak akan tertarik dengan organisasi atau struktur

perkhidmatan yang berlapis, sebaliknya cenderung

kepada flat organisations.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kita masih terdengar suara-suara di kalangan

sesetengah pihak bahawa perkhidmatan awam

bersaiz agak besar, kurang responsif, birokratik,

berkecenderung kepada ketirisan serta beberapa hal

yang lain. Bagi mengubah tanggapan ini, kita perlu

mewujudkan jentera perkhidmatan awam yang cekap,

efisyen, berproduktiviti tinggi, lebih kreatif dan inovatif

dengan mengutamakan pencapaian di mana setiap

pelaburan dalam modal insan diguna sepenuhnya tanpa

pembaziran.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan kepada yang

Maha Esa kerana dalam keadaan ekonomi global yang

masih tidak menentu ini, sektor akuakultur berjaya

menjana pertumbuhan sebanyak 8.7 peratus pada tahun

2010. Sememangnya, kejayaan yang dicapai ini adalah

hasil kerja keras serta usaha gigih setiap kita yang terdiri

daripada pengurusan tertinggi, pengurusan profesional,

mahupun kumpulan pelaksana.

Secara dasarnya, kita kini di ambang awal transformasi

nasional. Masih banyak lagi kerja yang perlu dibereskan,

masih banyak lagi pembaharuan mahu diaturkan dan

masih banyak lagi islah hendak dilaksanakan.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah WassalamualaikumWarahmatullahi Wabaratuh.

Terima kasih.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

(sambungan dari muka surat 1)

(sambungan dari muka surat 2)

3

i) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2011

Tajuk: Pindaan Kepada Perenggan 4.1.1.1.VPekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 2001 –Pengurusan Kehilangan dan Hapus Wang Awam

Tujuan: Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkanpindaan berhubung tempoh masa bagi PegawaiPenyiasat atau Jawatankuasa Siasatan menyediakanlaporan akhir berhubung kehilangan wang awamyang lengkap kepada Perbendaharaan bersertadengan syor dan ulasan Pegawai Pengawal.

Tarikh: 6 April 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

ii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2011

Tajuk: Arahan Kepada Semua Agensi Kerajaan UntukMengguna Pakai Sistem E-Perundingan Bagi SemuaUrusan Pelantikan Perkhidmatan Perunding UntukProjek Pembangunan Fizikal dan Kajian KerajaanMulai 6 Jun 2011.

Tujuan: Kementerian Kewangan telah mengeluarkanperaturan baru perolehan perkhidmatan perundingmelalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP)Bilangan 2 tahun 2011. Melalui SPP tersebut,penurunan kuasa yang lebih besar diberikan kepadaAgensi untuk memutuskan pelantikan perunding. Disamping itu, ia juga memperkenalkan pelantikanperunding melalui kaedah tender dan penilaian yanglebih komprehensif yang mengutamakan penilaianteknikal. Sehubungan dengan itu, KementerianKewangan juga telah membangunkan sistem e-Perunding bagi membolehkan urusan pelantikanperunding dipercepatkan dan diuruskan secara talian(online). Sistem e-Perunding ini dapat membantupelantikan perunding diuruskan dengan lebih telus dimana ia menggunakan maklumat data yang terkini.

Tarikh : 4 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2011

Tajuk: Bekalan dan Pengiriman High Density PolyethyleneFittings di Seluruh Malaysia

Tujuan: Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) inibertujuan memaklumkan kepada semua AgensiKerajaan mengenai perlanjutan tempoh kontrak bagiperolehan bekalan dan pengiriman HDPE Fittings diseluruh Malaysia untuk tempoh selama enam (6)bulan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2011 hingga 31Ogos 2011.

Tarikh: 18 April 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

DariPerbendaharaan

DariPerbendaharaan

(bersambung ke muka surat 4)

i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2011

Tajuk: Dasar Dan Prosedur Penempatan Pegawai DiBawah Program Penempatan Silang (CrossFertilization Programme)

Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskandasar dan prosedur penempatan pegawai dibawah Program Penempatan Silang (CrossFertilization Programme) supaya pelaksanaannyateratur dan seragam.

Tarikh: 12 April 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2011

Tajuk: Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan BagiPegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam

Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuanmemaklumkan pindaan pelaksanaan tapisankeselamatan bagi pegawai yang dilantik dalamperkhidmatan awam.

Tarikh : 20 April 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Edaran

Tajuk: Urusan Pengesahan Kenaikan Pangkat PegawaiKumpulan Sokongan, Perkhidmatan GunasamaPersekutuan

Tujuan: JPA Sedang menyelaras urusan kenaikan pangkatPegawai Kumpulan Sokongan, PerkhidmatanGunasama Persekutuan yang memangkusehingga Oktober 2010. Urusan kenaikanpangkat ini adalah tertakluk kepada kelulusanLembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awammengikut Peraturan-peraturan Lembaga KenaikanPangkat Perkhidmatan Awam 2010.

Tarikh: 16 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran

Tajuk: Urusan Pemangkuan Penolong Pegawai TadbirGred N32 Ke Gred N36 Perkhidmatan GunasamaPersekutuan

Tujuan: Surat ini memaklumkan bahawa JPA akanmelaksanakan urusan pemangkuan bagi jawatandi atas dan dengan ini sukacita mempelawapermohonan daripada pegawai-pegawai yanglayak dipertimbangkan untuk pemangkuan bagijawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 layakdipertimbangkan bagi pemangkuan ke Gred N36.

Tarikh: 16 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

4

iv) Surat Arahan Pembendaharaan

Tajuk: Model Penggantian Proton Perdana Executive danProton Perdana Standard

Tujuan: Dimaklumkan, pihak Proton telah memberhentikanpengeluaran model Proton Perdana Executive danProton Perdana Standard. Sehubungan itu, kerajaantelah memutuskan supaya Kereta Rasmi JawatanModel Proton Perdana Standard digantikan denganmodel Proton Inspira 2.0 Premium. Pengagihanbekalan Proton Inspira tersebut akan dibuat secaraberperingkat mulai bulan Mac 2011 di mana pegawai-pegawai yang belum dibekalkan Kereta RasmiJawatan akan diberi keutamaan terlebih dahulu.

Tarikh: 23 Mac 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

v) Surat Arahan Pembendaharaan

Tajuk: Format Standard Permohonan Agensi MengenaiPerolehan Ke Kementerian Kewangan Malaysia

Tujuan: Dimaklumkan bahawa Kementerian KewanganMalaysia sering kali lewat menerima permohonanperolehan dan terdapat juga masalah dokumensokongan yang tidak lengkap. Perkara inimenyebabkan kelewatan dalam memprosespermohonan agensi-agensi berkenaan.

Tarikh: 4 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

(sambungan dari muka surat 3)

❖ Fish have been on the earth for more than 450 million years.

❖ Fish were well established long before dinosaurs roamed theearth.

❖ There are over 25,000 identified species of fish on the earth.

❖ It is estimated that there may still be over 15,000 fish speciesthat have not yet been identified.

❖ There are more species of fish than all the species ofamphibians, reptiles, birds and mammals combined.

❖ 40% of all fish species inhabit fresh water, yet less than 0.01%of the earth's water is fresh water.

❖ The spotted climbing perch is able to absorb oxygen from theair and will crawl overland using its strong pectoral fins.

❖ Some fish like sharks don't posses an air bladder to help keepthem afloat and must either swim continually or rest on thebottom.

❖ Some fish make sounds by grating their teeth and others likesome catfish make sounds from their air filled swim bladder.

❖ Some species of fish can fly (glide) others can skip along thesurface and others can even climb rock.

❖ Fish have a specialized sense organ called the lateral linewhich works much like radar and helps them navigate in darkor murky water.

❖ The largest fish is the great whale shark which can reach fiftyfeet in length.

❖ The smallest fish is the Philippine goby that is less than 1/3 ofan inch when fully grown.

❖ Some species of fish have skeletons made only of cartilage.

❖ Fish have excellent senses of sight, touch, taste and manypossess a good sense of smell and 'hearing'.

❖ Fish feel pain and suffer stress just like mammals and birds.

❖ Tropical fish are one of the most popular pets in the U.S.

❖ 95% of tropical fish mortality results from improper housingand nutrition.

❖ Many tropical fish sold in the United States are harvested fromthe wild in Africa, Asia, and Central and South America .

Some Interesting Facts About Fish

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

Daun atau pucuk senduduk boleh digunakan untuk

menghilangkan bau hanyir ikan keli atau ikan-ikan air

tawar. Ramaskan daun senduduk bersama potongan ikan

yang telah dibersihkan di dalam bekas yang telah diisikan

sedikit air. Setelah lendir ikan didapati keluar, bilas potongan

ikan tersebut sehingga bersih. Ikan sedia untuk dimasak.

Sewaktu berkerja di kebun kadang-kadang kita mengalami

kemalangan seperti luka akibat terkena peralatan seperti

pisau atau parang. Jika luka tidak begitu parah (kecil) sapukan

atau tutup luka tersebut dengan daun atau pucuk muda

senduduk yang telah dikunyah. Insya-Allah darah akan

berhenti.

Selain itu, kunyahan pucuk muda senduduk ini juga dapat

menahan kesakitan yang disebabkan oleh sengatan ikan keli

apabila ia dilumurkan ke tempat yang disengat.

5

Telah jelas kepada kita, perubatan-perubatan tradisional

mempunyai kesan yang mujarab terhadap penyakit-penyakit,

bukan sekadar menutup penyaki t tersebut , te tap i

menyembuhkannya sama sekali. Contoh yang jelas seperti

perubatan Cina (sensei), akupuntur, ayurveda dan perubatan

Melayu telah berjaya menyembuhkan penyakit yang tidak dapat

disembuhkan oleh perubatan moden, seperti darah tinggi dan

kencing manis. Jadi jangan kita lepas pandang dan melupakan

ilmu yang ada pada orang-orang tua kita, kelak ia lenyap ditelan

masa, kitalah juga yang rugi.

Berikut merupakan serba sedikit petua-petua untuk

dikongsikan:-

Gigi Lebih KuatTumbuk sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan

dengan air. Gunakan campuran air halia ini untuk berkumur

setiap hari. Insya-Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.

Mengurangkan Panas Di KepalaAmbilkan akar lalang, basuh sehingga bersih. Rendamkannya

dengan air sejuk semalaman. Amalkan menyapu air rendaman

berkenaan di kepala sekali seminggu. Kepala anda akan lebih

sejuk.

Terlekat Cecair Getah Di RambutAmbil secawan tepung gandum dan campur sedikit air agar ia

menjadi pekat. Sapukan campuran ini di bahagian rambut yang

terkena getah. Kemudian rambut disikat. Getah akan terkeluar

dengan senang tanpa rasa sakit di kepala.

Terseliuh dan LebamAmbil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil

mencampurkannya dengan sedikit air. Kemudian ambil seulas

bawang merah tunggal dan tumbuk bersama buah pala tadi.

Apabila sudah cukup lumat, campurkan sebiji garam kasar dan

tumbuk sehingga lumat. Kemudian bungkus dengan daun

pisang (seperti membuat pais) dan dipanggang. Apabila sudah

panas, angkat dan biarkan sejuk sedikit. Kemudian lekapkan di

bahagian terseliuh dan lebam-lebam tadi dan ikat dengan kain.

Ubat SemputAmbil dua atau tiga helai daun Hati-hati atau Ati-ati hijau dan

secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya sehingga hancur.

Kemudian sapukan di dada dan di belakang kanak-kanak yang

mengidap asma. Atau boleh juga mencuba dengan mengambil

dua hingga empat helai daun itu dan direbus bersama dua

cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah

anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu

jika anda suka. Insya-Allah cara ini dapat membantu

mengurangkan batuk serta kesesakan nafas anak.

Bengkak Kaki Waktu HamilSatu cara untuk mengatasinya ialah dengan mencampurkan

sedikit jadam bersama air dan masak sehingga jadam itu hancur

dan pekat. Sapukan pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah

suam. Selawatlah tiga kali. Seelok-eloknya disapu sewaktu

hendak tidur.

Demam KuningAmbil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak

anda. Setelah ia larut, mandikan anak anda dengan air nila itu.

Anda juga hendaklah membasuh lampinnya dengan nila.

Jika ada tanda-tanda awal penyakit, anda juga boleh mencuba

dengan cara merebus buah keranda atau daun belimbing.

Campurkan air tadi bersama air sejuk. Biarkan ia suam terlebih

dahulu sebelum memandikan bayi itu.

Menambah Air SusuDaun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi

menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila

anak berkenaan dilahirkan.

Sakit KepalaDaun turi yang sudah ditumbuk juga berkhasiat untuk

mengurangkan masalah sakit kepala. Sapukan daun berkenaan

di kepala dan insya-Allah masalah sakit kepala dapat

dihilangkan.

Supaya Bau Bayi Lebih SegarSekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun

berbau kurang menyenangkan, anda boleh mengatasinya

dengan menggunakan ketumbar. Ambil segenggam ketumbar

dan cuci hingga bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak

sehingga berwarna kekuning-kuningan. Angkat dan sejukkan

seketika. Ibu yang hamil pula boleh memakannya dua atau tiga

biji begitu sahaja. Bakinya boleh disimpan di dalam botol yang

bertutup rapat untuk kegunaan seterusnya.

Urat Betis TimbulBagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa

melahirkan anak, bolehlah cuba mengatasinya dengan merebus

segenggam kacang hijau sehingga mendidih (tetapi jangan

sampai kacang itu pecah). Biarkan hingga air tinggal segelas.

Kemudian angkat dan biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan

sebelum tidur pada waktu malam. Sebelum tidur, angkat kedua-

dua kaki anda setinggi yang boleh dengan menggunakan bantal

atau apa-apa bantuan selama 10 minit. Insya-Allah, masalah

boleh diatasi.

Demam CampakBerikan anak anda yang mengidap demam campak segelas air

kelapa hijau (mawar) yang ditambah secamca besar madu dan

bacakan selawat sebanyak tiga kali. Apabila bintik-bintik merah

campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras

yang direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus

bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-

rata di seluruh badan anak anda sekurang-kurangnya tiga kali

dan biarkan kering. Insya-Allah kesan campak akan hilang dan

demam akan sembuh sepenuhnya.

Ruam PanasPanaskan air sehingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen

mandi. Masukkan daun peria yang telah dikeringkan ke

dalamnya. Biarkan air sejuk sedikit sebelum bayi dimandikan.

Amalkan setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas

di badannya.

Berak BerdarahAmbil kulit manggis, basuh dan keringkan dengan menjemur di

tengah panas. Kemudian, rebus bersama lima cawan air

sehingga tinggal satu cawan air tebusan. Amalkan meminumnya

selalu. Insya-Allah penyakit anda akan sembuh

PETUA KESIHATAN

Selamat mencuba dan jangan lupa berdoa!

6