26
JUN 15 Era Kegemilangan Rock di Malaysia - Rock 80an & 90an Kegemilangan era muzik rock mencapai kemuncaknya pada penghujung tahun 80an sehingga pertengahan 90an. Tahun 70an hingga awal 80an muzik pop lebih menguasai persada muzik tanahair. Artis seperti Jamal Abdillah, kumpulan Alleycats, kumpulan Gingerbread, kumpulan Sweet September, Goodman Brothers, Atomic Power, Kembara dll amat popular dengan irama pop pada awal 80an sehingga penghujung 80an. Kumpulan Blues Gang merupakan satu lagi kumpulan yang diminati pada ketika itu. Kumpulan yang mengetengahkan muzik blues & balada itu popular dengan lagu seperti Apo Nak Dikato, Khatulistiwa dll. Kumpulan yang mengetengahkan muzik rock pada ketika itu adalah kumpulan Sweet Charity yang mula menghasilkan album pada penghujung tahun 70an. Sweet Charity mengetengahkan muzik slow rock & hard rock. Lagu-lagu seperti Sejuta Wajah, Kamelia, Jangan Tunggu Lama-lama, Batu dll antara lagu yang diminati ramai dari kumpulan Sweet Charity yang dianggotai Ramli Sarip (vokal), Rosli Mohalim (gitar utama), Ahmad Jaafar (keyboard), Rahman Sarbani (drum), Syed Hasan (bass) dll. Kumpulan Kembara juga pada tahun 1985 menampilkan irama yang lebih heavy dalam album Duit. Disamping itu, kumpulan Headwind yang tampil pada awal 80an juga menampilkan irama yang ke arah rock n roll. Irama rock mula digilai golongan muda bermula tahun 1985. Sebelum itu, pada tahun 1984 kumpulan Sweet Charity menampilkan album Berita Gempa yang mengetengahkan muzik hard rock. Pada tahun 1985, bekas vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip tampil dengan album solo pertamanya berjudul Panah Beracun yang menjadi salah satu pencetus irama rock pada ketika itu. Kumpulan Search yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan irama rock di Malaysia tampil dengan album pertamanya berjudul Cinta Buatan Malaysia pada tahun 1985. Search pada ketika itu dianggotai oleh Amy (vokalis), Yazit (drum), Yan (bass), Man Kidal (gitar utama) dan Din (gitar kedua). Album Cinta Buatan Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat dan berjaya mencapai jualan pada tahap gold disc. Pada tahun 1985 juga, siri konsert Battle of The Bands yang dianjurkan oleh Box Office yang menampilkan kumpulan-kumpulan yang menjadi juara dalam siri pertandingan Battle of The Bands telah diadakan. Siri konsert jelajah Battle of The Bands menampilkan kumpulan Lefthanded (Johor), Bloodshed (Selangor), Ella & The Boys, SYJ (Ipoh) & Rahim Maarof & Whitesteel. Lagu-lagu seperti Debunga Wangi & Lanun (Lefthanded), Dua Insan Bercinta (Ella & The Boys), Ilusi Sebuah Mimpi (Bloodshed), Orang Timur & Debu Hayalan (SYJ) & Jumpa Sekali Lagi & Sengketa (Rahim Maarof & Whitesteel) menjadi siulan peminat rock pada ketika itu. Guitaris- guitaris, drummer & vokalis-vokalis hebat juga muncul dari siri Battle of The Bands seperti Nash (vokalis) & Man Kidal (guitarist) dari kumpulan Lefthanded, Roshdan (vocal) & Hamdan Reko (guitarist) dari kumpulan Bloodshed, Ella (vokalis) dan Lord

JUN.docx

  • Upload
    nicko

  • View
    124

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: JUN.docx

JUN

15

Era Kegemilangan Rock di Malaysia - Rock 80an & 90anKegemilangan era muzik rock mencapai kemuncaknya pada penghujung tahun 80an sehingga pertengahan 90an. Tahun 70an hingga awal 80an muzik pop lebih menguasai persada muzik tanahair. Artis seperti Jamal Abdillah, kumpulan Alleycats, kumpulan Gingerbread, kumpulan Sweet September, Goodman Brothers, Atomic Power, Kembara dll amat popular dengan irama pop pada awal 80an sehingga penghujung 80an.

Kumpulan Blues Gang merupakan satu lagi kumpulan yang diminati pada ketika itu. Kumpulan yang mengetengahkan muzik blues & balada itu popular dengan lagu seperti Apo Nak Dikato, Khatulistiwa dll.

Kumpulan yang mengetengahkan muzik rock pada ketika itu adalah kumpulan Sweet Charity yang mula menghasilkan album pada penghujung tahun 70an. Sweet Charity mengetengahkan muzik slow rock & hard rock. Lagu-lagu seperti Sejuta Wajah, Kamelia, Jangan Tunggu Lama-lama, Batu dll antara lagu yang diminati ramai dari kumpulan Sweet Charity yang dianggotai Ramli Sarip (vokal), Rosli Mohalim (gitar utama), Ahmad Jaafar (keyboard), Rahman Sarbani (drum), Syed Hasan (bass) dll.

 

Kumpulan Kembara juga pada tahun 1985 menampilkan irama yang lebih heavy dalam album Duit. Disamping itu, kumpulan Headwind yang tampil pada awal 80an juga menampilkan irama yang ke arah rock n roll.

Irama rock mula digilai golongan muda bermula tahun 1985. Sebelum itu, pada tahun 1984 kumpulan Sweet Charity menampilkan album Berita Gempa yang mengetengahkan muzik hard rock. Pada tahun 1985, bekas vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip tampil dengan album solo pertamanya berjudul Panah Beracun yang menjadi salah satu pencetus irama rock pada ketika itu. Kumpulan Search yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan irama rock di Malaysia tampil dengan album pertamanya berjudul Cinta Buatan Malaysia pada tahun 1985. Search pada ketika itu dianggotai oleh Amy (vokalis), Yazit (drum), Yan (bass), Man Kidal (gitar utama) dan Din (gitar kedua). Album Cinta Buatan Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat dan berjaya mencapai jualan pada tahap gold disc.

Pada tahun 1985 juga, siri konsert Battle of The Bands yang dianjurkan oleh Box Office yang menampilkan kumpulan-kumpulan yang menjadi juara dalam siri pertandingan Battle of The Bands telah diadakan. Siri konsert jelajah Battle of The Bands menampilkan kumpulan Lefthanded (Johor), Bloodshed (Selangor), Ella & The Boys, SYJ (Ipoh) & Rahim Maarof & Whitesteel. Lagu-lagu seperti Debunga Wangi & Lanun (Lefthanded), Dua Insan Bercinta (Ella &

Page 2: JUN.docx

The Boys), Ilusi Sebuah Mimpi (Bloodshed), Orang Timur & Debu Hayalan (SYJ) & Jumpa Sekali Lagi & Sengketa (Rahim Maarof & Whitesteel) menjadi siulan peminat rock pada ketika itu. Guitaris-guitaris, drummer & vokalis-vokalis hebat juga muncul dari siri Battle of The Bands seperti Nash (vokalis) & Man Kidal (guitarist) dari kumpulan Lefthanded, Roshdan (vocal) & Hamdan Reko (guitarist) dari kumpulan Bloodshed, Ella (vokalis) dan Lord (gitar utama) dari Ella & The Boys, Amir (vokalis), Zamri (guitarist) & Eduat (drummer) dari kumpulan SYJ menjadi terkenal pada ketika itu.

Siri Battle of The Bands juga diterbitkan dalam bentuk album iaitu Battle of The Bands 1 & 2 yang dihasilkan pada tahun 1985 & 1986. Malang menimpa bagi kumpulan-kumpulan rock pada tahun 1986. Pada salah satu siri konsert Battle of The Bands di Tapak Pesta Pulau Pinang, penonton menjadi tidak terkawal akibat jumlah kehadiran peminat yang terlalu ramai sehingga menyebabkan peminat merusuh memaksa pihak FRU dikerah untuk mengawal suasana.

Ekoran kejadian tersebut, konsert rock diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu. Susulan itu muzik rock dipandang negatif dan dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Pada tahun 1986 juga telah muncul siri album Juara-juara Rock I. Siri Juara-juara Rock di barisi oleh juara-juara siri pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat rakaman Warnada. Antara kumpulan rock yang membarisi album Juara-Juara Rock adalah kumpulan M.A.Y, kumpulan Burnmarks, kumpulan D'Febian, kumpulan Metalian dan kumpulan Scandals. Siri Juara-juara Rock kemudian tampil dengan album kedua pada tahun 1987, Juara-Juara Rock 2.

Sementara itu, syarikat Life Records telah menghasilkan album Clash of The Bands yang menampilkan kumpulan TZ (Twilight Zone), Trashed, Handy Black, Last Minute & Helter Skelter (Singapura). 

    

Page 3: JUN.docx

Tahun 1986, kumpulan Search muncul dengan album kedua, Langit dan Bumi. Search pada waktu itu  menampilkan Amy (vokalis), Hillary Ang (lead guitar), Nordin (Rythm Guitar), Nasir (bass) & Yazit (drum). Lagu-lagu seperti Kejora, Bisa, Kau Pergi menjadi kegemaran ramai. Pada masa yang sama, ikon rock Ramli Sarip tampil dengan album solo kedua, Bukan Kerana Nama.

Pada tahun 1986 juga, kumpulan Lefthanded muncul dengan album pertama mereka 'Keadilan' yang memuatkan lagu-lagu popular seperti Tiada Lagi Kidungmu, Lagenda Cinta, Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi dan Debunga Wangi. Anggota Lefthanded semasa album tersebut adalah Man Kidal (lead guitar), Nash (Vokal), Yan (bass) & Man Dayak (drum). Pada tahun yang sama kumpulan heavy metal terkenal dari Singapura, Rusty Blades tampil dengan album EP, 786 Ikrar Perwira bersama kumpulan Pelangi. Rusty Blades pada ketika itu dianggotai oleh Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar utama), Mamat (gitar kedua), Razak (bass) & Zizan (drum).  

Page 4: JUN.docx

    

Ella & The Boys turut menghasilkan album pertama mereka, Ella & The Boys 1 pada tahun 1986. Antara lagu hits dari album tersebut adalah Dua Insan Bercinta, Pesanan Terakhir dll. Kemudian disusuli album kedua Ella & The Boys 2 pada tahun yang sama.

Bermula tahun 1987, muzik rock mula melonjak dan menjadi irama kegemaran golongan muda. Kumpulan SYJ (dikenali Sofea) tampil dengan album pertama mereka, 'Kembali' yang menampilkan semula lagu hits mereka dari album Battle of The Bands seperti Orang Timur & Debu Hayalan. Lain-lain lagu hits adalah Kembali.

Kumpulan Lefthanded pula tampil dengan album kedua mereka, Seruan yang diterbitkan oleh Ramli Sarip. Lagu-lagu hits dari album tersebut seperti Ku Di halaman Rindu, Kenangan Bersamamu & Sentuhan Kidal. Kumpulan Search turut tampil dengan album ke-3 mereka, Mentari Merah Di Ufuk Timur yang melonjakkan populariti mereka. Lagu hebat mereka, Fantasia Bulan Madu memonopoli carta hits pada ketika itu. Ella & The Boys tampil dengan album ketiga mereka berjudul 'Anak Merdeka' yang menampilkan lagu diminati ramai seperti Catatan Tika Rindu & Ku Tak Lagi Kesunyian.Manakala kumpulan Bloodshed yang terlibat dalam siri album Battle of The Bands 1 & 2 (1985-1986) tampil dengan album sulung mereka juga pada tahun 1987 berjudul Illusi Sebuah Mimpi yang juga menjadi lagu hits dalam album tersebut. Lain-lain lagu yang diminati adalah Memori Biru.

Tahun 1987 menyaksikan kumpulan-kumpulan rock muncul dengan banyaknya. Kumpulan Wings tampil dengan album sulung mereka berjudul Belenggu Irama pada tahun 1987. Lagu kontroversi tersebut menyebabkan kumpulan Wings digam oleh pihak RTM pada ketika itu.

Page 5: JUN.docx

Wings diwaktu itu dianggotai oleh Awie (vokalis), Syam (gitar utama), Eddie (bass) dan Black (drum). Walaupun digam oleh pihak RTM, album tersebut mendapat sambutan yang hebat dari peminat rock. Lagu-lagu yang menjadi pilihan dalam album tersebut adalah Belenggu Irama, Intanku Kesepian, Inspirasi Tamingsari, Peronda Jaket Biru & Biarkan Berlalu. Selepas album dikeluarkan, Syam telah berundur dari kumpulan Wings. Tempat Syam digantikan oleh Tam.Ramli Sarip pula muncul dengan album ketiga solonya berjudul Perjalanan Hidup pada tahun 1987. Lagu-lagu seperti Perjalanan Hidup, Awas Dadah Merbahaya antara lagu kegemaran ramai dari album tersebut.

Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) juga tampil dengan album sulung mereka, Selamat Pagi Malaysia pada tahun 1987 di bawah naungan ITO Production. BPR pada waktu itu dianggotai oleh Joey (vokalis), Awang (gitar utama), Yem C (gitar kedua), Yem Bai (bass) dan Zainal (drum). Lagu popular dari album tersebut adalah Maghrib, Hilang & Istilah Cinta.

Kumpulan heavy metal dari Singapura, Rusty Blade, tampil dengan album kedua mereka Rintangan Hidup Dunia. Lagu-lagu seperti Penantian, Kehilangan merupakan lagu hits dari album tersebut. Sebuah lagi kumpulan dari Singapura The Unwanted juga muncul dengan lagu popular mereka Terperangkap Dalam Sinaran.

Kumpulan Belantara muncul dengan album sulungnya berjudul Belantara pada tahun 1987. Kumpulan yang dianggotai oleh penuntut universiti di luar negeri itu tampil tanpa mendedahkan identiti mereka. Lagu seperti Sutra menjadi lagu hits mereka.

Hattan turut tampil dengan album pertama beliau pada tahun 1987. Kumpulan Wizards juga tampil dengan album pertama & terakhir mereka yang berjudul Pencarian. Sons of Adam yang mengetengahkan irama pop rock turut tampil dengan lagu hits mereka Memori Luka.

Kumpulan D'Episodes dari Singapura juga tampil dengan album sulung mereka Kekejaman Cinta yang juga menjadi lagu hits mereka.

 

Tahun 1988 merupakan kemuncak pada kumpulan-kumpulan rock. Banyak kumpulan rock baru muncul pada tahun 1988 selepas era kegemilangan rock bermula tahun 1987. Antara kumpulan-kumpulan rock baru yang muncul pada tahun 1988 adalah Kumpulan Desire, Junction, Urgent, Putra, Medicine, Gersang, Lagenda, Misteri, Justice, Stripes, Loving Born, Victim, Handy Black, Ruhil, Wizards dll.

Manakala kumpulan yang pernah bergabung dalam album Juara-juara rock seperti kumpulan MAY, D'Febians yang kemudian dikenali sebagai Febians, Metalian, Burnmark juga telah muncul dengan album penuh pertama masing-masing.

Kumpulan Wings yang berjaya mendapat sambutan ramai dengan album sulung mereka Belenggu Irama pula tampil dengan album kedua berjudul Hukum Karma yang terus melonjakkan nama Wings di persada muzik Malaysia & Singapura. Lagu hits yang menjadi kesukaan ramai sehingga kini yang terdapat album tersebut adalah Taman Rasyidah Utama, Misteri Mimpi Syakilla, Hukum Karma & Opera Hidup. Gitaris baru Wings, Joe (bekas gitaris kumpulan Scandals) membuat penampilan sulung dalam album ini menggantikan Syam & Tam yang mengundur diri dari kumpulan Wings.  

Search pada tahun 1988 menghadapi sedikit masalah disebabkan tindakan mereka yang ingin keluar dari syarikat rakaman Polygram yang pada ketika itu dalam proses melancarkan album ke-4 Search. Album yang diberi judul Berpaling muncul juga walaupun tanpa kehadiran Search. Album tersebut mengandungi lagu seperti Setelah Hujan dan Berpaling. Dalam tahun tersebut juga, 2 anggota Search ditahan pihak polis disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, tetapi kemudian dibebaskan.

Page 6: JUN.docx

Kumpulan Sofea (SYJ) pula tampil dengan album kedua mereka yang berjudul Anak Liar. Album yang diterbitkan dan dipasarkan oleh syarikat rakaman Warnada dan diterbitkan oleh Thomas Ham menampilkan lagu-lagu hits seperti Bunga Padang Pasir dan Suratan Perpisahan yang dinyanyikan oleh Man Rani (pemain bass). Album tersebut juga mendapat sambutan yang hebat daripeminat rock. Sofea menampilkan Amir, Man Rani dan dua anggota baru iaitu Fancy (gitar utama) dan Ujang drum) menggantikan tempat Zam dan Nahar. 

Lefthanded pula tampil dengan album ketiga mereka iaitu Qabul. Lagu-lagu dari album ini adalah Maya Persada, Hidup dan Perjuangan dan Restu Yang Abadi. Album tersebut masih menampilkan Ramli Sarip selaku penerbit seperti album sebelumnya.

Bekas penyanyi The Boys, Ella pula tampil dengan album solo pertamanya berjudul Dunia Kehidupan. Album tersebut diterbitkan oleh Ramli Sarip. Lagu-lagu popular dari album tersebut adalah Pengemis Cinta.Manakala The Boys telah tampil dengan penyanyi baru, Shima dan dikenali Shima & The Boys.

Ramli Sarip pula muncul dengan album solo keempatnya berjudul Istilah. Lagu Istilah Bercinta merupakan lagu hits dari album tersebut.

Kumpulan Rusty Blade turut muncul dengan ketiga mereka Berat. Album tersebut menampilkan lagu-lagu heavy metal seperti Berat, Jarum Yang Halus, Jasa Tok Janggut dan lagu slow rock hit mereka Tercipta Kasihku. Album tersebut diterbitkan sendiri oleh Rusty Blade.

Syarikat Box Office di bawah Ali Bakar turut tampil dengan album kompilasi juara-juara rock dalam album Hikayat Rok. Album tersebut menampilkan kumpulan Angel Hearts, Steeler, Trooper, Saxo, Rythm Machine, D'Riyadh, Hydra, A.S.K, Laser Ray & Sweet Inspiration. Lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Ku Kehilanganmu (Angel Hearts) & Dunia Perhitungan (D'Riyadh).

Satu lagi album gabungan kumpulan-kumpulan rock adalah Pancakara di Cakerawala. Album ini menampilkan D'Riyadh, Sallam,Manakala album Batu-batu Perjuangan menampilkan kumpulan Sallam, Nuzzantara, Firestarter, Figures & Garhana.

Album gabungan War Rock pula menampilkan kumpulan Black City Rockers, Kejora, Stroyer & Dewanga.

Kumpulan Bumiputra Rockers pula muncul dengan album kedua mereka yang diberi judul Bisa.

Page 7: JUN.docx

Album tersebut memuatkan banyak lagu hits mereka seperti Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku Hanya Serangga dan Harum Subur di Hati. Dalam album ini Haron menyertai BPR menggantikan Yem C sebagai gitaris kedua. 

Pada tahun 1988 juga kumpulan heavy metal terkenal dari Singapura, Rockers tampil dengan album sulung mereka Kekejaman. Album tersebut mengetengahkan rentak heavy metal. Lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Memori, Kenangan Cinta Pertama dan Pengorbanan Cinta.

Posted 15th June 2013 by Miezan  

1  View comments

1.

abu semah June 12, 2015 at 9:34 AM

bos..kumpulan teras ngan cobra x de ke??

Reply

Ceritaku

Classic  

Flipcard  

Page 8: JUN.docx

Magazine  

Mosaic  

Sidebar  

Snapshot  

Timeslide 1.

APR

24

Lagenda Rock - Kumpulan LefthandedKumpulan Lefthanded merupakan salah satu kumpulan rock yang mula muncul ketika era rock baru bermula. Lefthanded ditubuhkan pada awal tahun 80-an dan seangkatan kumpulan Search.

Lefthanded diasaskan oleh Man Kidal dan Yan. Pada awal penubuhannya kumpulan Lefthanded banyak terlibat sebagai kumpulan pengiring kepada Ramli Sarip & Rahim Maarof. Anggota Lefthanded pada awal penubuhannya adalah Man Kidal (gitar utama), Yan (bass), Man Dayak (drum), Samad (gitar kedua) dan Roy selaku penyanyi awal.

Lefthanded kemudian menyertai pertandingan Juara Rock pada tahun 1983. Selepas menyertai pertandingan Juara Rock, kumpulan Lefthanded mula dikenali. Mereka banyak mengadakan persembahan di sekitar Johor. Roy kemudian mengundurkan diri dari kumpulan Lefthanded. Nash masuk menggantikan Roy selaku vokalis utama.

Bermula tahun 1985, kumpulan Lefthanded mula aktif mengadakan persembahan disekitar Johor. Pada tahu tersebut juga, pengasas Lefthanded iaitu saudara Man Kidal dan Yan dijemput untuk menjadi pemuzik untuk album pertama Search, Cinta Buatan Malaysia menggantikan tempat Hillary Ang (gitar utama) dan Nasir Daud (bass) yang mengundur diri sebelum album pertama Search diterbitkan.

Pada tahun 1986 kumpulan Lefthanded menyertai siri Konsert Battle of The Bands anjuran Box Office yang dikendalikan oleh saudara Ali Bakar. Lefthanded bersama kumpulan Bloodshed, SYJ, Rahim Maarof & Whitesteel & Ella & The Boys telah berkolaborasi menghasilkan album Battle of The Bands 1 & 2 pada tahun 1986.

Posted 24th April 2015 by Miezan  

0  Add a comment

2.DEC

25

Kumpulan Rock Lagenda - Search

Page 9: JUN.docx

Kumpulan Search merupakan satu nama yang tidak asing di persada muzik tanahair. Kumpulan Search merupakan kumpulan pelopor pada zaman kegemilangan muzik rock pada pertengahan tahun 80-an. Search ditubuhkan pada tahun 1981. Anggota asal Search semasa awal penubuhannya adalah Zainal Rampa (penyanyi), Yazit (drum), Hillary (guitar) dan Nasir (bass).

Amy kemudian menjadi vokalis Search selepas Zainal Rampa mengundurkan diri. Search pada awal penubuhannya banyak mengadakan persembahan di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur. Bakat nyanyian Search mula mendapat minat komposer lagu terkenal, M Nasir. Pada tahun 1985, Search mendapat tawaran untuk merakamkan album sulung pertama mereka oleh syarikat rakaman Polygram. Album yang diberi judul Cinta Buatan Malaysia tersebut merupakan satu-satunya album yang mula menampilkan irama rock yang berkonsep rock n roll, hard rock dan slow rock. M Nasir merupakan penerbit album tersebut disamping turut menyumbangkan lagu-lagu dalam album ini. 

Semasa album Cinta Buatan Malaysia, anggota Search yang asal adalah Amy (vokal), Din (gitar kedua) dan Yazit selaku pemain drum. Manakala anggota Lefthanded iaitu Man Keedal (gitaris utama) dan Yan (bass) diundang untuk menjayakan album tersebut. Album yang mendapat sentuhan M Nasir menampilkan lagu-lagu seperti Kejora, Isi dan Kulit, Cinta Sepi, Balada Pemuzik Jalanan & Cinta Buatan Malaysia. Album terebut berjaya mencapai tahap jualan melebihi 25,000 unit dan melayakkan Search menerima Cakera Emas.

Album kedua Search, Langit dan Bumi diterbitkan pada tahun 1986 setelah kejayaan album sulung mereka. Langit dan Bumi turut diterbitkan oleh M Nasir dan kebanyakan lagu dalam album ini adalah sumbangan beliau. Album yang menampilkan rentak rock yang lebih 'heavy' dari album pertama menampilkan anggota Search yang asal iaitu Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar utama), Din (gitar kedua), Nasir (bass) dan Yazit selaku pemain drum. Lagu-lagu hits dari album Langit dan Bumi adalah Meniti Titian Usang, Rozana, Pasti, Bisa dan Kau Pergi. Search masih bernaung di bawah syarikat rakaman Polygram untuk album tersebut.

Langit dan Bumi berjaya terjual melebihi 45,000 unit dan melayakkan Search menerima Cakera Platinum. Search juga mula mengadakan konsert samada di tapak pesta, ekspo dan di televisyen. Antara konsert live yang disertai Search adalah konsert di Panggung Anniversary. Pakaian Search turut menjadi ikutan para rockers dan menjadi trend kebanyakan kumpulan rock era 80-an dan 90-an. Gitaris Search, Hillary Ang juga merupakan salah seorang pelopor gitar hero dan merupakan salah seorang gitaris terbaik di Malaysia pada ketika itu selain Man Kidal dari kumpulan Lefthanded, Lord dari Kumpulan Ella & The Boys dan Hamdan Reko dari kumpulan Bloodshed.

Album ketiga Search Mentari Mentari Merah Di Ufuk Timur berjaya meletakkan nama kumpulan Search sebagai kumpulan rock paling popular pada ketika itu. Mentari Merah Di UfukTimur dihasilkan pada tahun 1987 di bawah syarikat rakaman Polygram Record. Album yang diterbitkan oleh M Nasir tersebut mengandungi lagu-lagu hits evergreen Search seperti Fantasia Bulan Madu, Mentari Merah di Ufuk Timur, Gadisku, Sebatang Tongkat Untuk Berdiri dan lain-lain lagu. Mentari Merah di Ufuk Timur berjaya dijual melebihi 100,000 unit dan menjadikan Search sebagai kumpulan rock no.1 di Malaysia. Search turut mendapat banyak undangan pertunjukan pentasdi seluruh Malaysia dan Singapura dan rakaman televisyen.Manakala lagu berentak slow rock Fantasia Bulan Madu menjuarai kebanyakan carta popular pada ketika itu.

Tahun 1988 merupakan tahun yang sukar buat kumpulan Search. Pada tahun tersebut kumpulan Search menghadapi konflik dengan syarikat rakaman Polygram. Ini berikutan Search tidak berpuashati dengan kontrak mereka bersama Polygram yang dikatakan tidak adil. Pertelagahan antara Search dan pihak Polygram berlarutan sehingga ke mahkamah. Album Search yang dilancarkan oleh Polygram pada tahun tersebut juga tidak mendapat kerjasama dari kumpulan Search.

Album yang berjudul Di Pintu Sepi tersebut mengadungi 5 lagu baru dan lima lagu dari album

Page 10: JUN.docx

Search terdahulu. Antara lagu baru dalam album tersebut adalah Di Pintu Sepi, Gadis Ayu, Setelah Hujan, Kau Akan Tahu dan Pasti. Pada tahun yang sama 2 anggota kumpulan Search iaitu Hillary Ang dan Nordin ditahan pihak berkuasa atas tuduhan penyalahgunaan dadah tetapi dibebaskan kemudian. Kumpulan Search akhirnya menang kes tuntutan mereka untuk keluar dari Syarikat Rakaman Polygram.

Tahun 1989 merupakan tahun yang paling gemilang buat kumpulan Search. Pada tahun tersebut Search telah menghasilkan album kelima (keempat secara rasmi) bersama syarikat PMC (Pacific Music Corporation) yang kemudian dikenali sebagai BMG. Tahun tersebut juga kumpulan Search telah menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu Go-Search yang bertanggungjawab menerbitkan album Fenomena. Album tersebut merupakan album Search yang paling berjaya dan mengandungi lagu hits Search, Isabella. Isabella berjaya menjulang nama kumpulan Search di persada muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan turut mendapat sambutan menakjubkan di Indonesia. Isabella turut menobatkan Search sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 1989.

Dalam album tersebut turut mengandungi lagu-lagu hits lain seperti Gadis Misteri, Fenomena, Pawana, Kutaklukkan Dunia, Bencana, Derap Komando dan lain-lain. Album yang diterbitkan oleh M Nasir dan dirakamkan di Jakarta itu berjaya mencatatkan jualan melebihi 200,000 unit di Malaysia. Manakala sambutan yang hebat terhadap album Fenomena di Indonesia menyaksikan jualan melebihi 2 juta unit. Search turut mengadakan konsert bergerak ke seluruh Indonesia berikutan sambutan yang hebat dari peminat di sana.

Selepas kejayaan besar album Fenomena pada tahun 1989, Search kemudian menghasilkan album kelima mereka yang diberi judul Karisma pada tahun 1990. Album tersebut diterbitkan oleh Go-Search dan diedarkan oleh syarikat BMG. Album yang diterbitkan oleh M Nasir tersebut menampilkan lagu-lagu seperti Teguh, Sutra atau Rayon, Melayar Bahtera, Manusia Reptilia, Paranoid dan lain-lain lagu. Dalam album Karisma, Search cuba melakukan sedikit perubahan pada rentak muzik yang ditampilkan dengan menampilkan rentak rock yang lebih heavy dari album terdahulu.

Walaupun tidak mendapat sambutan yang hebat seperti album Fenomena, jualan bagi album Karisma berjaya mencapai lebih 100,000 unit.Dalam masa yang sama Search juga banyak mengadakan konsert bergerak ke seluruh tanahair anjuran Salem.

Penghujung 1991 kumpulan Search buat julung kalinya berkolaborasi bersama kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble. Album yang diterbitkan oleh M Nasir tersebut mengandungi lima lagu dari Kumpulan Search dan lima lagu dari Wings. Lagu hits dari album tersebut adalah Gemuruh dan Ikutkan Saja yang dinyanyikan bersama oleh Search & Wings dan hasil ciptaan M Nasir.

Selepas penghasilan album Double Trouble, Search & Wings turut mengadakan siri konsert Jelajah Double Trouble ke seluruh bandar besar di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Posted 25th December 2014 by Miezan  

0  Add a comment

3.DEC

16

Zaman Kegemilangan Rock - Tahun 1992Tahun 1992 menyaksikan irama rock masih diminati ramai. Namun kebanyakan kumpulan-kumpulan rock terkenal telah berpecah seperti Lefthanded, Bumiputra Rockers, Rockers dan

Page 11: JUN.docx

lain-lain nama besar.Tidak kurang juga kumpulan yang bertukar anggota seperti kumpulan M.A.Y. yang mendapat vokalis baru, Yantzen (bekas vokalis Rusty Blade). Manakala kumpula Sofea / S.Y.J muncul dengan album baru bersama penyanyi baru. Album yang diberi judul Mimpi dan Airmata itu menampilkan Zan selaku vokalis dan kemasukan semula pemain drum asal SYJ iaitu Eduat dan gitaris baru, Atanka menggantikan Fancy. Manakala Man Rani merupakan satu-satunya anggota asal yang kekal. Antara lagu hits dari album Mimpi & Airmata adalah Bersama Mimpi & Airmata nyanyian Man Rani.

Satu lagu kumpulan rock popular yang masih bertahan pada tahun 1992 adalah kumpulan M.A.Y. Kumpulan M.A.Y. yang pada ketika itu kehilangan penyanyi utama mereka, Mus telah mendapatkan penyanyi rock yang tidak asing lagi, J Yantzen (bekas vokalis Rusty Blades). Kumpulan M.A.Y telah berhijrah ke syarikat rakaman Suria Record dan menghasilkan album yang diberi judul Zeit Geist pada tahun 1992. Line-up M.A.Y. masih mengekalkan Man (drum), Abu (gitaris utama), Yus (bass) dan Yantzen (vokalis).

Dalam album Zeit Geist, lagu Meniti Suratan ciptaan Saari Amri merupakan lagu hits M.A.Y dan berjaya menduduki carta lagu popular. Album tersebut berjaya mencatat lebih 100,000 unit dan menaikkan semula nama kumpulan M.A.Y.

Manakala Ratu Rock Ella turut muncul dengan album baru pada tahun 1992. Album yang diberi judul 30110 itu menampilkan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah sebagai lagu hits. Kumpulan rock popular, Wings pula muncul dengan album koleksi mereka Best of Wings. Album tersebut mengandungi lagu-lagu Wings dari album Belenggu Irama, Hukum Karma dan Teori Domino yang dirakamkan semula disamping sebuah lagu baru diberi judul Hutan Simpan.

Kumpulan rock paling popular, Search turut muncul dengan album terbaru mereka Rampage pada tahun tersebut. Kebanyakan lagu dalam album Rampage merupakan ciptaan Search yang juga bertindak selaku penerbit album. Lagu-lagu hits dari album Rampage adalah Asli & Tulus, Berbagai Wajah, Nirmala dan Nigina. Album Rampage mengembalikan semula rentak hard rock & slow rock seperti album-album awal Search. Yan bekas pemain bass Lefthanded bertindak selaku bassist Search.

Kumpulan XPDC yang mula mencipta nama dengan album pertama mereka Darjah Satu pada tahun 1990 , muncul dengan album kedua mereka yang berjudul Timur Barat. Album yang masih diterbitkan oleh Syarikat Life Record ini menampilkan lagu seperti CT Cinta Kenangan Silam dan Impian Seroja. J.S. Kevin masih menjadi penerbit untuk album tersebut. Album tersebut berjaya terjual melebihi 100,000 unit.

Tahun 1992 juga menyaksikan kemunculan irama rock yang lebih keras, Thrash Metal. Kumpulan seperti Cromok, FTG, Silkhannaz dan lain-lain. Cromok dan FTG (Freedom That's Gone) merupakan pelopor era Thrash Metal. Cromok muncul dengan EP pertama mereka yang diberi judul Image of Purity keluaran VSP manakala FTG turut muncul dengan EP pertama mereka dengan judul Freedom That's Gone keluaran syarikat FGM. Lain-lain kumpulan Thrash Metal yang muncul pada tahun tersebut adalah Silkhannaz, Suffercation & Silent Death.

Dalam tahun yang sama juga satu lagi irama baru muncul iaitu irama alternatif. Kumpulan seperti The Pilgrims merupakan kumpulan terawal yang membawa irama alternatif. Pilgrims tampil dengan album sulung Perfume Garden pada 1992.

Kumpulan Springs yang menghasilkan album pertama pada 1991 turut muncul dengan album kedua mereka, Sampai Hati. Album tersebut melonjakkan kumpulan Spring dengan lagu hits Sampai Hati. Album tersebut berjaya mencatatkan jualan melebihi 100,000 unit.

Antara kumpulan baru yang muncul pada tahun 1992 seperti Kumpulan Qiara dengan lagu Hanya Padamu, Kumpulan Panji dengan lagu Semilir, kumpulan Zabarjad (Karam), Lestari (Cinta Itu Ketawa & Airmata).

Page 12: JUN.docx

Posted 16th December 2014 by Miezan  

0  Add a comment

4.OCT

22

Kumpulan Rock Lagenda - WingsKumpulan Wings merupakan salah satu kumpulan rock yang paling berpengaruh di Malaysia, Brunei & Singapura. Kumpulan Wings merupakan salah satu kumpulan rock yang bertuah kerana muncul ketika irama rock sedang menjadi kegilaan.

Pada awal penubuhannya, Wings dianggotai oleh empat orang remaja yang baru menamatkan alam persekolahan. Anggota asal kumpulan Wings pada awal penubuhannya adalah Awie (vokal), Jojet (drum), Sham (gitar utama) dan Zul (gitar bass). Pada tahun 1985 Jojet telah meninggalkan kumpulan Wings untuk menyertai Gersang dan Zul juga turut berundur. Tempat Jojet telah digantikan oleh Black, manakala Eddie menggantikan Zul.

Mereka juga bertuah kerana mendapat tawaran menghasilkan album sulung mereka pada tahun 1987 tanpa menyertai sebarang pertandingan antara band-band rock pada ketika itu seperti Juara-juara Rock dan lain-lain. Disamping itu kumpulan Wings turut mendapat khidmat penerbit tersohor, M Nasir untuk album sulung mereka, Belenggu Irama yang diterbitkan oleh Syarikat ASP (Antartic Sound Production). Album Belenggu Irama mendapat sambutan hangat dari peminat irama rock tanahair walaupun digam oleh Kementerian Penerangan menerusi saluran televisyen dan radio RTM. Hanya pihat TV3 menerusi rancangan muzik-muzik yang menyiarkan lagu dari Wings. Lagu-lagu yang mendapat sambutan hangat dari album Belenggu Irama adalah Belenggu Irama, Intanku Kesepian, Peronda Jaket Biru, Dari Tuhan, Biarkan Berlalu dan Inspirasi Tamingsari. Dalam album pertama Wings juga nama pencipta J.S. Kevin mula dikenali menerusi lagu Biarkan Berlalu.

Wings banyak mengadakan konsert di ekspo-ekspo dan pesta di seluruh Semenanjung Malaysia selepas menghasilkan album Belenggu Irama. Tidak lama selepas album Belenggu Irama, gitaris utama Wings, Sham telah mengundurkan diri. Tempat Sham selaku gitaris digantikan oleh Tham. Tidak lama selepas menyertai Wings, Tham turut berundur. Bekas gitaris kumpulan Scandals dari siri Juara-juara Rock, Joe telah menggantikan tempat Tham. Album Belenggu Irama berjaya mendapat anugerah platinum selepas jualan album tersebut melebihi 50,000 unit.

Selepas kejayaan album Belenggu Irama, Wings muncul dengan album kedua mereka, Hukum Karma pada tahun 1988. Album Hukum Karma merupakan salah satu album terbaik dan melonjakkan nama Wings di persada muzik terutamanya muzik rock. Album yang masih diterbitkan oleh M Nasir tersebut mengandungi banyak lagu-lagu hits Wings. Antara lagu popular Wings dalam album Hukum Karma adalah Misteri Mimpi Syakilla yang berjaya melonjakkan nama JS Kevin sebagai pencipta lagu terkenal, Taman Rasyidah Utama, Hukum Karma, Opera Hidup, Anugerah dan lain-lain. Album Hukum Karma berjaya terjual melebihi 100,000 unit. Kumpulan Wings juga banyak mendapat jemputan untuk mengadakan konsert di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Lagu Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rasyidah Utama turut berjaya memasuki peringkat akhir Juara Lagu 1989. Bob Lokman merupakan pengurus Wings pada waktu itu.

Selepas kejayaan besar album Hukum Karma, Wings muncul dengan album ketiga mereka

Page 13: JUN.docx

berjudul Teori Domino pada tahun 1990. Album Teori Domino turut di terbitkan oleh M Nasir. Album yang berubah sedikit rentak muzik rock ini menampilkan lagu hits Sejati yang dicipta oleh M Nasir. Lain-lain lagu adalah Harapan, Bujang Senang, Teori Domino, Rantai, Midnight Blues dan Potret Monalisa. Walaupun tidak sehebat album Hukum Karma, album Teori Domino turut terjual melebihi 100,000 unit. Lagu Sejati turut berjaya memasuki peringkat akhir Juara Lagu 1990. Album Teori Domino menyaksikan Wings mula menubuhkan syarikat sendiri iaitu Fly-Wings dan menyertai syarikat rakaman BMG Music.

Selepas album Teori Domino, drummer kumpulan Wings, Black telah mengundurkan diri. Tempat Black telah digantikan oleh Jojet bekas drummer kumpulan Gersang. Pada tahun 1991, Wings muncul dengan album keempat mereka, Jerangkung Dalam Almari. Album Jerangkung Dalam Almari turut diterbitkan oleh M Nasir. Album tersebut agak tenggelam disebabkan ketiadaan lagu killer song. Lagu yang diminati dari album tersebut adalah Aku Pun Tahu, Dalam Kehadiran Sofia, Rock n Roll Lu Punya Suka dan lain-lain lagi. Wings turut terlibat dalam konsert bergerak secara besar-besaran anjuran Salem bersama Search dan Ella pada ketika itu. 

Kumpulan Wings banyak mengadakan siri konsert bergerak berskala besar antara tahun 1991 - 1992. Antaranya Konsert Wings di Stadium Negara. Wings turut muncul  dengan album Best of Wings pada tahun 1992. Album tersebut merupakan himpunan lagu-lagu terbaik Wings yang dirakamkan semula dari album Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino dan Jerangkung Dalam Almari. Satu lagu baru diselitkan dalam album tersebut berjudul Hutan Simpan.

Pada bulan Disember 1992, kumpulan Wings telah bergabung tenaga dengan kumpulan Search untuk menghasilkan album gabungan pertama mereka yang diberi judul Double Trouble. Album tersebut diterbitkan oleh M Nasir. Kumpulan Search dan Wings merupakan kumpulan rock paling popular pada ketika itu. Lagu-lagu hits dari album Double Trouble adalah Gemuruh dan Ikutkan Saja. Search dan Wings turut mengadakan konsert jelajah Double Trouble ke seluruh pelosok tanahair. Konsert berskala besar tersebut mendapat sambutan yang hebat dari peminat rock.

Bermula tahun 1993, anggota kumpulan Wings mula melibatkan diri dengan bidang lakonan terutamanya vokalis mereka, Awie. Filem pertama lakonan Awie adalah Pemburu Bayang bergandingan dengan ratu rock Ella. Filem tersebut berjaya mencatatkan rekod box-office.

Berbalik kepada kumpulan Wings. Pada tahun 1993, Wings muncul dengan album kelima mereka yang diberi judul Bazooka Penaka. Album Bazooka Penaka dirakamkan di Sydney Australia dan diterbitkan oleh M Nasir. Album tersebut merupakan album terbaik bagi kumpulan Wings dari segi kualiti rakaman, muzik dan susunan lagu. Lagu-lagu hits dari album Bazooka Penaka adalah Pengabdian Ku Kekasih, Di Ambang Wati, Bernafas Dalam Lumpur. Album Bazooka Penaka juga menyaksikan kumpulan Wings berada di persimpangan antara karier nyanyian dan lakonan. Wings turut berada diambang perpecahan disebabkan komitmen lakonan dan nyanyian oleh anggota Wings yang menyaksikan Wings jarang dapat bergabung untuk konsert-konsert.

Akibat tiada persefahaman, Awie telah megundurkan diri dari Wings untuk memberi tumpuan terhadap bidang lakonan dan nyanyian solo. Awie muncul dengan album solo pertama beliau, Tragedi Oktober pada tahun 1995. Manakala kumpulan Wings yang kehilangan vokalis utamanya telah melancarkan album projek, Wings & Superfriends yang menggabungkan Wings dan artis-artis terkenal terutamanya dalam muzik rock di samping usaha mencari vokalis utama yang baru bagi menggantikan Awie. Wings pada ketika itu berada dalam kedudukan yang hampir-hampir menyebabkan perpecahan.

Album yang diberi judul Opera Dalam Kenangan itu diterbitkan pada tahun 1994 dan mengandungi 2 bahagian, iaitu bahagian I & II. Album Opera Dalam Kenangan Bahagian I diterbitkan pada pertengahan 1994 manakala album bahagian II pada hujung 1994. Antara penyanyi terkenal yang terbabit dalam album tersebut adalah Ramli Sarip, Amy Search, Yantzen, Sahara Yaakop, Andy McLean (penyanyi rock dari Australia), Ito, Hattan, penyanyi baru Azul (diura-urakan bakal menggantikan Awie), M Nasir, Mus M.A.Y., A Romzi & Nike Ardilla dari

Page 14: JUN.docx

Indonesia.

Lagu-lagu dalam album Opera Dalam Kenangan Part I & II mengabungkan lagu-lagu popular Wings dari album terdahulu yang dinyanyikan semula oleh artis-artis jemputan dan lagu-lagu baru seperti Dia (nyanyian Hattan), Kiblat Laser & Serati Tidak Bisa Jadi Undan (Amy Search) dan Tepian Gelanggang (Ito), On My Side (Andy McLean), Ekspo Imaginasi (M Nasir) & Kembara Terasing (Nike Ardilla).

Pada masa yang sama Wings terus giat mencari vokalis utama menerusi sesi ujibakat. Akhirnya pada pertengahan 1995, kumpulan Wings mendapat vokalis utama yang baru, Mel. Pada tahun yang sama kumpulan Wings turut menerbitkan album terbaru mereka bersama vokalis baru, Mel. Album tersebut diterbitkan oleh Joe Wings dan diberi judul Orang Asing. Lagu-lagu hits dari album Orang Asing adalah Lena Diulit Intan & Ranjang Mawar. Album tersebut mendapat sambutan yang hebat dan berjaya dijual melebihi 100,000 unit.

Sekali lagi krisis berlaku dalam Wings apabila penyanyi utama baru mereka Mel berpisah dari Wings selepas merakamkan album Orang Asing. Wings kemudian mendapatkan khidmat Mus M.A.Y. sebagai vokalis. Wings merakamkan album Biru Mata Hitamku pada tahun 1996 bersama Mus selaku vokalis. Album tersebut popular dengan lagu Biru Mata Hitamku.

Kumpulan Wings & Search kembali bergabung untuk menghasilkan album Double Trouble II pada tahun 1997. Album tersebut tidaklah sehebat album DoubleTrouble I. 

Tahun 1998, kumpulan Wings kembali dengan album baru mereka yang berjudul Mencari Asal Usul. Dalam album Mencari Asal Usul Wings cuba mengembalikan rentak rock ketika mula-mula kemunculan mereka, Hard Rock diselit dengan slow rock. Lagu-lagu hits dari album tersebut seperti Hati Sulam Lain, Bukan Kerana Matahari dan Dilailah (Hidup Mati, Damai Perang). Album tersebut berjaya terjual melebihi 100,00 unit.

Wings juga aktif mengadakan konsert selepas album Mencari Asal Usul.

Wings mengambil masa yang agak lama merakamkan album terbaru mereka yang diberi judul Mr Barbarik yang dipasarkan pada tahun 2000. Album yang diterbitkan oleh Joe Wings turut mendapat sentuhan dari J.S Kevin. J.S Kevin menyumbangkan lagu susulan Misteri Mimpi Syakilla yang diberi judul Inspirasi Syakilla. Album Mr Barbarik turut mendapat sentuhan dari M Nasir. Wings juga cuba mengembalikan rentak muzik di era kegemilangan muzik mereka menerusi rentak heavy metal dan slow rock menerusi album ini. 

Album tersebut juga merupakan album terakhir Mus bersama kumpulan Wings. Selepas kehilangan Mus selaku vokalis, kumpulan Wings menyepi seketika. Ketika itu juga timbul khabar angin yang bekas vokalis Wings, Awie akan menyertai Wings semula. Akhirnya pada tahun 2002, Awie secara rasmi kembali menyertai Wings. Wings kembali menghangatkan industri muzik tanahair terutama pengikut setia irama rock dengan line-up asal mereka. Mereka juga banyak mengadakan persembahan samada di TV atau konsert-konsert.

Posted 22nd October 2014 by Miezan  

0  Add a comment

5.MAY

Page 15: JUN.docx

23

Lagenda Rock - Ratu Rock EllaElla merupakan satu nama besar dalam arena rock di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia. Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin mula terlibat dalam muzik rock pada awal tahun 80an. Ella pada mulanya terlibat sebagai penyanyi di kelab malam di sekitar Lembah Kelang pada tahun 1985.

Semasa menyanyi di kelab malam, Ella bertemu kumpulan The Boys yang pada ketika itu turut bermain di kelab malam. The Boys kemudian memilih Ella sebagai penyanyi utama mereka. Mereka bermula di kelab-kelab malam pada ketika itu. Anggota The Boys adalah Lord (ketua kumpulan - gitaris), Ayie (bass), Mie (drum) & Satiman (keyboard).

Pada tahun 1985 juga Box Office milik Ali Bakar mencari kumpulan-kumpulan rock baru untuk terlibat dalam siri album Battle of The Bands I anjuran Box Office yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Warnada. Siri konsert bergerak Battle of The Bands turut dianjurkan di seluruh Malaysia pada tahun yang sama. Konsert Battle of The Bands mula menjadi kegilaan peminat muzik rock pada ketika itu dengan mendapat sambutan yang hebat pada setiap konsert. Selain Ella & The Boys kumpulan-kumpulan lain yang menyertai siri album Battle of The Bands adalah Lefthanded, Rahim Maarof & Whitesteel, S.Y.J & Bloodshed.

Album Battle of The Bands dan siri Konsert Battle of The Bands menjadi pencetus era muzik rock pada ketika itu. Pada waktu yang sama kumpulan Search turut muncul dengan album pertama mereka Cinta Buatan Malaysia pada tahun 1985.

Selepas kejayaan Battle of The Bands I, Ella & The Boys muncul dengan album Battle of The Bands II pada tahun 1986. Ella & Boys popular dengan lagu Cinta Berakhir & Dua Insan Bercinta melalui album Battle of The Bands. Ella & The Boys pada ketika itu selain dari Ella sebagai vokalis turut dianggotai Lord (gitar utama / ketua kumpulan), Ayie (bass), Mie (drum) dan Satiman (keyboard).

Kumpulan Ella & The Boys turut popular semasa konsert Battle of The Bands dengan aksi-aksi seperti pemain gitar utama menghempas gitar semasa konsert. Kumpulan rock pada ketika itu dipandang negatif disebabkan kegilaan peminat semasa konsert dan dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Selepas kejayaan album Battle of The Bands I & II, Ella & The Boys muncul dengan album pertama penuh mereka pada tahun 1986, Ella & The Boys I keluaran Warnada. Menerusi album tersebut lagu-lagu popular mereka adalah Dua Insan Bercinta, Pesanan Terakhir, Hanya Secebis Jawapan & Orang Tuamu.

Pada tahun 1987, Ella & The Boys muncul dengan album kedua mereka yng berjudul Anak Merdeka. Antara lagu hits dari album Anak Merdeka adalah Catatan Tika Rindu, Menanti Musim Berbunga & Tak Lagi Kesunyian. Selepas album Anak Merdeka, Ella telah keluar dari The Boys.

Selepas album Anak Merdeka, Ella telah keluar dari kumpulan The Boys. Ella kemudian dilamar oleh syarikat rakaman WEA (Warner Music). Pada tahun 1988, Ella muncul dengan album sulungnya yang diberi judul Pengemis Cinta. Album keluaran syarikat WEA (Warner Music) itu diterbitkan oleh Ramli Sarip. Ramli Sarip juga turut mencipta lagu dan terlibat dalam susunan muzik album Pengemis Cinta.

Album Pengemis Cinta mendapat sambutan hebat dari peminat dan terjual melebihi 100,000 unit yang melayakkan Ella menerima cakera platinum berkembar. Lagu-lagu hits dari album Pengemis Cinta adalah Pengemis Cinta, Misteri Seorang Kekasih, Kemudian, Permata Biru. Album Pengemis Cinta turut menaikkan nama Ella dalam industri muzik. Ella turut mengadakan konsert bergerak dengan diiringi pemuzik undangan dan menyertai konsert besar seperti Konsert

Page 16: JUN.docx

Kotaraya bersama kumpulan rock lain seperti M.A.Y, Wings, Sofea di Stadium Negara pada tahun 1989. Pada tahun yang sama juga Ella turut terlibat dalam Konsert Seni & Suara bersama Ramli Sarip & Kumpulan Lefthanded di Stadium Negara.

Album kedua Ella, Puteri Kota diterbitkan pada tahun 1989. Puteri Kota masih mengekalkan Ramli Sarip sebagai penerbit dan masih di bawah Syarikat WEA (Warner Music). Album yang masih mengekalkan konsep yang sama seperti album Pengemis Cinta tersebut menampilkan lagu seperti Tiada Tangis Lagi, Sangkar Kerinduan, Kembara Kita dll. Album tersebut turut mendapat sambutan baik dari peminat dan berjaya menerima platinum. Ella juga aktif mengadakan konsert bergerak seperti siri Konsert Kotaraya & Konsert Seni & Suara.

Pada tahun 1990, Ella muncul dengan album ketiganya, Identiti. Lagu hits dari album Identiti seperti Cinta Selembut Sutera, Diperlumbaan Ini, Kasih dan Sepi Sekuntum Mawar Merah. Lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah turut menjuarai beberapa carta muzik seperti Pujaan 10 dan berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1991. Album tersebut juga berjaya melonjakkan Ella selaku penyanyi rock wanita terbaik. Pada tahun 1990 juga Ella mula terlibat dalam konsert tajaan Salem yang diberi judul Konsert Evolusi Salem bersama kumpulan Search & Wings. Konsert Evolusi Salem diadakan disemua bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak dan Singapura.

Ella seterusnya muncul dengan album kolaborasi bersama penyanyi rock dari Indonesia, Deddy Dores dalam album Mendung Tak Bererti Hujan. Album tersebut untuk tujuan dipasarkan di Malaysia dan Indonesia.

Ella turut muncul dengan album video pertama beliau yang diberi judul Ella Mood pada tahun 1991. Pada tahun 1992 Ella telah menyertai syarikat rakaman EMI dan muncul dengan album kompilasi lagu-lagu Ella yang diberi judul Unggul pada 1992. Ella kemudian muncul dengan album solo keempat yang diberi judul 30110 bersama EMI pada tahun 1992. Lagu-lagu hits dari album 30110 adalah Sembilu, Layar Impian & Kabus & Sirna. Album 30110 diterbitkan oleh Man Kidal & M Nasir.

Selepas album 30110 satu siri konsert berskala besar yang diberi judul Konsert 30110 diadakan. Konsert 30110 menjelajah seluruh bandar besar di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak & Singapura. 

Pada tahun 1992, Ella turut muncul dengan album koleksi lagu-lagu terbaik yang diberi judul Kesal. Pada tahun 1993 Ella terus aktif mengadakan konsert bergerak tajaan Salem. Ella turut muncul dengan album koleksi yang diberi judul 100% Remix yang mengandungi lagu-lagu popular Ella dari album terdahulu.

Ella muncul dengan album solo kelima yang diberi judul Ella USA. Album yang dirakam di USA tersebut merupakan album penyanyi wanita solo yang terlaris. Album Ella USA berjaya dijual melebihi 350,000 unit. Album yang diterbitkan oleh Kyoji Yamamoto bersama Ella mengandungi lagu-lagu hits seperti Mungkin, Menanti, Penawar, Nuri, P.P.P dan banyak lagi lagu hits. 

Posted 23rd May 2014 by Miezan

Page 17: JUN.docx

  

0  Add a comment

6.FEB

23

Kumpulan Rock Lagenda - M.A.Y.Kumpulan M.A.Y merupakan sebuah kumpulan rock yang boleh dianggap sebagai lagenda rock sebaris dengan kumpulan Search & Wings. Kumpulan yang berasal dari Manjoi, Ipoh ini ditubuhkan pada bulan Mei 1986.

Sejarah Awal kumpulan M.A.Y.

Kumpulan M.A.Y merupakan pangkal nama anggota kumpulan di mana M untuk Man / Mus, A untuk Abu dan Y untuk Yus. M.A.Y. mula menyertai pertandingan Battle of Rock peringkat negeri Perak pada tahun 1986 di mana mereka muncul sebagai juara. Kemudian kumpulan M.A.Y.menyertai pertandingan Battle of Rock Malaysia pada tahun yang sama. Dalam pertandingan Battle of Rock Malaysia 86 anjuran Lokman Junit dan Dewi Suhana Studio, Johor Bharu tersebut, kumpulan M.A.Y. muncul sebagai juara. Manakala penyanyi utama kumpulan M.A.Y., Mus telah muncul sebagai vokalis terbaik.

Selepas kejayaan pada pertandingan Battle of Rock 1986, kumpulan M.A.Y. telah muncul dalam satu album bersama empat lagi kumpulan rock dari siri pertandingan Battle of Rock. Album yang berjudul Juara-Juara Rock 1 tersebut menampilkan kumpulan M.A.Y., Burnmarks (Johor), D'Febians (Johor), Scandals (Kuala Lumpur) & Metalian (Selangor). Album yang diterbitkan pada Januari 1987 itu menampilkan 2 lagu dari setiap kumpulan.Selepas kejayaan album Juara-juara Rock 1, pihak syarikat rakaman Warnada telah menerbitkan album Juara-Juara Rock 2 pada bulan Mei 1987 dengan konsep yang sama. Album Juara-juara Rock 3 pula diterbitkan pada Disember 1987.Antara lagu-lagu popular dari album Juara-Juara Rock adalah Derita Bangsa, Sketsa Sebuah Cinta dan Bayangan Hidup. 

Album-album M.A.Y.

M.A.Y muncul dengan album penuh pertama pada tahun 1988 selepas kejayaan album Juara-Juara Rock 1, 2 & 3 pada tahun 1987. Album pertama kumpulan M.A.Y diberi judul Dilema diterbitkan pada Februari 1988. Semua lagu dalam album Dilema dicipta dan diolah sendiri oleh anggota kumpulan M.A.Y. Album tersebut diterbitkan oleh Raymond Lim di bawah penerbitan Syarikat Warnada.Antara lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Sketsa Sebuah Cinta, Ku Dalam Dilema, Kau Masih Lena dan Tiada Lagi Engkau. Album Dilema berjaya dijual melebihi 25,000 unit dan melayakkan kumpulan M.A.Y menerima Cakera Emas. M.A.Y. juga banyak menerima undangan pertunjukan pentas selepas kejayaan album Dilema.

Page 18: JUN.docx

Album kedua kumpulan M.A.Y., Hakikat menyusul pada Januari 1989. Album Hakikat diterbitkan oleh Thomas Ham di bawah Syarikat Warnada. Lagu-lagu dalam album tersebut kebanyakannya dicipta oleh anggota M.A.Y. sendiri. Antara lagu-lagu hits dari album Hakikat adalah Sendiri, Cintamu Mekar Dihatiku, Dalam Kembara & Cintaku Sewangi Kasihku.Album Hakikat berjaya dijual melebihi 200,000 unit dan melayakkan kumpulan M.A.Y. dianugerahkan Cakera Platinum Kembar Empat. Album Hakikat juga berjaya memasuki pasaran Indonesia dan memasuki peringkat akhir Juara Lagu 89 dan menjuarai beberapa carta lagu popular seperti Pujaan 10 Nescafe.

Page 19: JUN.docx

Kumpulan M.A.Y. juga terlibat dengan konsert berskala besar seperti Konsert Kotaraya.Album ketiga M.A.Y., Rahsia diterbitkan pada Ogos 1990. Album yang menampilkan irama heavy metal itu mengandungi lagu-lagu hits seperti Gadis Bertudung Putih, Diari Cinta Pertama & Terukir Janji. Album yang diterbitkan oleh Thomas Ham tersebut menampilkan lagu-lagu ciptaan komposer lain seperti J.S. Kevin. Rahsia berjaya dijual melebihi 100,000 unit dan melayakkan M.A.Y. menerima cakera platinum berkembar dua.

Page 20: JUN.docx

Selepas album ketiga, Rahsia, M.A.Y. meninggalkan Syarikat Rakaman Warnada dan menyertai syarikat rakaman yang baru, Syarikat Muzik Antares. M.A.Y. menghasilkan album keempat berjudul Strategi bersama Music Antares pada tahun 1991. Album Strategi diterbitkan oleh M.A.Y. dan Adeeb Abdullah selaku penerbit eksekutif, manakala Nan (Saturnine) bertindak sebagai penolong penerbit.Lagu-lagu dari album Strategi antaranya Abadi, Empat Sudut Berdiri & Sendiri Untuk Kemana. Album Strategi kurang mendapat sambutan seperti album Hakikat & Rahsia.

Kumpulan M.A.Y berpecah selepas kegagalan album keempat mereka tersebut.  Mus menubuhkan kumpulan Strangers bersama Nan (ex-Saturnine - guitar), Bad (ex-Handy Black - Bass) & Black (ex-Wings - drum). Kumpulan Strangers sempat menghasilkan sebuah album bertajuk Strangers pada tahun 1992. Lagu-lagu dari album Stangers seperti Satu Pengertian, Mahligai Impian & Bukit Sunyi. Album terbitan Warnada itu merupakan album pertama & terakhir Strangers sebelum berpecah.

Manakala anggota kumpulan M.A.Y. yang lain berjaya mendapatkan bekas vokalis Rusty Blades, saudara J Yantzen sebagai vokalis baru M.A.Y.

Page 21: JUN.docx

Bersama Yantzen, kumpulan M.A.Y. menghasilkan album Zeit Geist pada tahun 1992. Album terbitan syarikat rakaman SRC dengan Allahyarham Samad Mean (ex-guitarist Lefthanded) bertindak sebagai penerbit album itu menampilkan irama heavy metal. Album tersebut mengembalikan era kegemilangan kumpulan M.A.Y. Album tersebut mendapat sambutan hebat dan berjaya dijual melebihi 100,000 unit. Kumpulan M.A.Y. juga kembali mendapat undangan mengadakan konsert live di tapak pesta, ekspo & konsert bergerak.

Berikutan kejayaan album Zeit Geist, kumpulan M.A.Y. yang masih mengekalkan Yantzen sebagai penyanyi utama, muncul dengan album ke-6 mereka, Wira Cyborg pada tahun 1994. Album Wira Cyborg masih mengekalkan Samad Mean selaku penerbit dan diterbitkan oleh Syarikat Suria Record. Lagu-lagu popular dari album Wira Cyborg adalah Suci & Hasrat Cinta & Tuhan. 

Album Wira Cyborg turut mendapat sambutan baik dari peminat. Album tersebut berjaya dijual melebihi 100,000 unit.  Selepas album Wira Cyborg, kumpulan M.A.Y. sempat merakamkan semula lagu-lagu popular mereka dari album terdahulu disamping lagu-lagu baru. Album yang diberi judul Layar dipasarkan oleh Suria Rekod pada tahun 1995, walaupun kumpulan M.A.Y. telah berhijrah ke Syarikat BMG pada ketika itu. Album Layar diterbitkan oleh saudara Samad Mean. Album Layar mengandungi lima lagu hits M.A.Y. yang dirakamkan semula dan dinyayikan oleh Yantzen dan lima lagu baru yang belum dirakamkan seperti Layar, Membantah Kata, Dimana Harga Dirimu, Jauh Rasanya dan Arca Kehidupan. 

Pada tahun 1995 kumpulan M.A.Y. telah menghasilkan album studio ke tujuh mereka, Ideologi bersama Syarikat Rakaman BMG Music. Album yang diterbitkan oleh Samad Mean itu masih mengekalkan rentak hard rock di sulami dengan lagu slow rock. Antara lagu-lagu menarik dalam album Ideologi adalah Janji, Ikhlas, Trajis Impi dan Cinta Yang Tersia. Album Ideologi tidak mendapat sambutan sehebat album Zeit Geist dan Wira Cyborg walaupun dari segi kualiti lagu lebih baik dari album terdahulu.

Selepas album Ideologi, Yantzen telah mengundurkan diri dari kumpulan M.A.Y. Kumpulan M.A.Y. terpaksa menguji penyanyi baru untuk mengggantikan tempat Yantzen. Akhirnya bekas penyanyi kumpulan Lipanbara, Oney dipilih sebagai penyanyi utama M.A.Y.

Bersama Oney, kumpulan M.A.Y telah menghasilkan sebuah album baru, Penaklukan pada tahun 1996. Album yang diterbitkan oleh saudara Salman Shariff itu mengandungi lagu hit Jemu. Pada tahun 1997 kumpulan M.A.Y. bersama Oney merakamkan semula lagu-lagu 60-an yang diberi nafas rock disamping 2 lagu baru. 

Posted 23rd February 2014 by Miezan  

0  Add a comment

7.FEB

13

Ramli Sarip - Satu Perjalanan SeniPapa Rock Ramli Sarip merupakan salah seorang perintis muzik rock di Malaysia & Singapura. Beliau merupakan salah seorang pengasas kumpulan Sweet Charity yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1969. Bersama Sweet Charity beliau sempat menghasilkan 7 album sebelum berpisah pada tahun 1985 selepas menghasilkan album terakhir mereka, Berita Gempa.

Page 22: JUN.docx

Selepas kumpulan Sweet Charity berpecah pada tahun 1985, Ramli Sarip mula bergerak secara solo. Ramli Sarip menghasilkan album pertama beliau yang diberi judul Panah Beracun pada tahun 1985. Antara lagu hits beliau dari album tersebut adalah Jikalau Berkasih & Panah Beracun.

Album solo kedua Ramli Sarip diterbitkan pada tahun 1986. Album yang diberi judul Bukan Kerana Nama itu diterbitkan sendiri oleh Ramli Sarip. Antara lagu hits adalah Bukan Kerana Nama yang dinyanyikan secara duet oleh Ramli Sarip & A Romzi. Tahun tersebut juga Ramli Sarip terlibat menghasilkan album pertama Lefthanded berjudul Keadilan. Ramli Sarip merupakan orang yang bertanggungjawab mencorak muzik kumpulan Lefthanded. Sebuah lagi kumpulan didikan Ramli Sarip adalah kumpulan dari Singapura, Lovehunters. Kumpulan Lovehunters yang dianggotai Yazid, Moliano dan Saha muncul dengan album pertama mereka diberi tajuk Sehari Dalam Hidup pada tahun 1987.

Tahun 1987, album ketiga Ramli Sarip menyusul. Album yang berjudul Awas Dadah Merbahaya tersebut turut diterbitkan oleh Ramli Sarip. Antara lagu-lagu popular dari album tersebut adalah Perjalanan Hidup, Kau Yang Satu dan lain-lain. Album Perjalanan Hidup juga antara album yang mendapat sambutan hebat dari peminat Ramli Sarip. Pada tahun tersebut juga Ramli Sarip banyak mengadakan konsert jelajah samada di funfair atau ekspo di Malaysia & Singapura.

Ramli Sarip muncul dengan album keempat beliau yang berjudul Istilah pada tahun 1988. Album tersebut mengandungi lagu hits Istilah Bercinta. Lagu tersebut juga menduduki beberapa carta muzik pada ketika itu.Tahun yang sama juga Ramli Sarip menerbitkan album solo pertama Ratu Rock Ella, Pengemis Cinta. Ramli Sarip banyak menyumbang lagu dan terlibat dalam susunan muzik album Pengemis Cinta. Seorang lagi artis baru yang dibimbing oleh Ramli Sarip pada ketika itu adalah Ruhil Amani Hussein yang popular dengan lagu Kawan.

Album kelima Ramli Sarip, Warisan muncul pada tahun 1989. Lagu-lagu hits dari album Warisan adalah Warisan Alam & Ramadan. Tahun 1989 juga Ramli Sarip muncul dengan album kompilasi sempena pembabitan beliau bersama WEA selama 20 tahun iaitu Koleksi Terbaik 79-89, Seni & Suara yang mengandungi sebuah lagu baru berjudul Apa Mungkin.

Tahun 1990, Ramli Sarip muncul dengan album ketujuh beliau, Ihsan. Album yang berentak nusantara itu memuatkan lagu popular seperti Ihsan Mulia.Kemudian menyusul album Rentak Hidup pada tahun 1991. Album Rentak Hidup mengandungi lagu seperti Blues Felda Blues. Pada tahun 1991 juga Ramli Sarip muncul bersama kumpulan Lefthanded menghasilkan album kelima Lefthanded bersama WEA Record setelah Nash meninggalkan Lefthanded. Album tersebut diberi judul Fanatisme dan mengandungi lagu-lagi seperti Satu Tidur Panjang dan Impian Setaman.

Ramli Sarip muncul dengan album Lagu Zaman pada tahun 1992. Lagu Zaman dinyanyikan secara Duet bersama Dato' S.M Salim. Pihak Warner Muzik kemudian menerbitkan album kompilasi Ramli Sarip yang bertajuk Ziarah Seni pada tahun 1994. Album Ziarah Seni mengandungi 4 volume yang diberi judul Muzik Jalan Terus, Litar Api Rock, Asli & Tulus & Muzik Jelata.

Album Syair Timur dihasilkan pada tahun 1997. Album Syair Timur berunsur nasyid dan ketuhanan menampilkan irama Timur Tengah. Ramli Sarip sekali lagi muncul dengan album live pada tahun 1999. Album yang diberi judul Ramli Sarip Alive itu menampilkan lagu-lagu lama Ramli Sarip yang dinyanyikan secara live dari Synchrosound Studio diringi oleh pemuzik latar seperti Samad Mean (Lefthanded), Tom (ex-Headwind), Hamid (Black Dog Bone) dan lain-lain.

Ramli Sarip muncul semula dengan album baru pada tahun 2002. Album yang diberi judul Kalam Kasturi itu masih mengekalkan lagu berunsur ketuhanan & lagu berunsur nasyid. 

Page 23: JUN.docx

Posted 13th February 2014 by Miezan  

0  Add a comment

8.JAN

6

Lagenda Blues Malaysia - Kumpulan Blues GangBlues Gang merupakan salah sebuah kumpulan blues yang boleh dikategorikan sebagai lagenda blues. Kumpulan yang diasaskan pada tahun 1973 oleh saudara Shaik Karim, Jim Madasamy & Ahmad Abdullah @ Mat Dollah yang juga merupakan teman sekampung di Kampung Pasir, Johor Bahru. Pada mulanya mereka menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Changing Times. Kumpulan Changing Times pada ketika itu bermula di Woodlands, Singapura. Mereka kemudian menyertai pertandingan Juara Kugiran anjuran RTM pada tahun 1972. Bagaimanapun kumpulan mereka gagal pada peringkat awal pertandingan.

Muzik mereka pada ketika itu dipengaruhi oleh penyanyi blues dari British seperti John Mayall's BluesBreakers, Alexis Korner & Fleetwood Mac yang diadunkan dengan sentuhan rock & irama etnik. Mereka kemudian menubuhkan kumpulan Messenger From Hell. Nama Blues Gang tercetus dari nama artis blues dari barat pada ketika itu, James Gang dan membawa imej Rolling Stones. Blues Gang kemudian membawa masuk pemain gitar rhythm, Hatta.

Kumpulan Blues Gang kemudian bermain di Anzuk Club yang merupakan pangkalan tentera bagi tentera Australia, British & New Zealand di Singapura. Blues Gang kemudian kembali ke Johor Bahru pada tahun 1974. Disebabkan kurangnya udangan untuk pertunjukan pentas di Johor, pada tahun 1976, Blues Gang mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Mereka kemudian mengambil Ito & Ghani sebagai anggota Blues Gang. Ito pada ketika itu merupakan graduan ITM (UiTM) pada ketika itu.

Pengurus Blues Gang pada ketika itu adalah saudara Zainal Ariffin. Nama Blues Gang mula dikenali selepas menyertai Rhythm & Blues Festival di Stadium Negara pada November 1976. Pada tahun 1977 Blues Gang telah menghadiri audition untuk rakaman album. Pihak syarikat rakaman pada ketika itu mencadangkan Blues Gang menukarkan nama kepada 15 Shillings untuk menjadikan nama mereka lebih komersial dan diminta mengubah muzik mereka kepada muzik yang lebih komersial seperti disko.

Blues Gang kemudian membuat persembahan selama setahun di A&Z Pub di Bukit Damansara. Pada tahun 1978, syarikat rakaman Warner Elektra Atlantic (WEA) telah ditubuhkan di Malaysia. Blues Gang menjadi antara artis terawalyang menandatangani kontrak dengan WEA. Mereka menandatangani kontrak selama 5 tahun dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan WEA, Paul Ewing.

Album pertama Blues Gang bersama WEA diterbitkan pada 1979. Album Inggeris yang diberi judul Anytime, Anyday merupakan koleksi lagu-lagu Inggeris yang ditulis oleh Mat Dollah. Album tersebut berjaya dijual melebihi 20,000 unit. Mat Dollah kemudian berhijrah ke Australia dan tempatnya sebagai gitaris digantikan oleh Julian Mokhtar.

Pada tahun 1980, Blues Gang menjadi artis residen di Club-Med Cherating. Pada tahun 1980 juga, Blues Gang turut melahirkan album melayu pertama mereka yang diberi judul .Blues Gang. Album kedua mereka berjudul Ada Lagi diterbitkan pada tahun 1981. Album ketiga Blues Gang

Page 24: JUN.docx

yang diberi judul Apo Nak Dikato diterbitkan pada tahun 1982. Album tersebut berjaya dijual melebihi 15,000 unit hanya dalam seminggu selepas dipasarkan. Lagu berdialek minang yang ditulis oleh Ito semasa percubaan tour di Australia, Apo Nak Dikato telah menaikkan nama Blues Gang sehingga menjadi kumpulan yang paling diminati pada ketika itu. Album tersebut berjaya dijual melebihi 50,000 unit. Pada tahun 1982 juga, Blues Gang telah diundang sebagai artis pembuka tirai bagi kumpulan bertaraf antarabangsa, Ian Gillian Band.

Blues Gang mengadakan konsert bergerak mereka untuk mempromosikan album Apo Nak Dikato keseluruh pelosok Malaysia dan Singapura. Konsert yang diberi nama Konsert Merentas Desa Tour (Januari -March 1983) tersebut berjaya menjelajah 25 bandar di Malaysia seperti Muar, Kluang, Teluk Intan, Dungun, Batu Pahat, Kangar dan lain-lain. Album Khatulistiwa turut diterbitkan pada tahun 1983. Lagu Khatulistiwa telah diharamkan oleh pihak RTM pada ketika itu disebabkan lirik yang tidak sesuai.Disamping itu Blues Gang turut diundang untuk mengadakan persembahan di tapak-tapak ekspo dan funfair di seluruh negara pada ketika itu. Blues Gang sekali lagi diundang sebagai kumpulan pembuka tirai bagi persembahan kumpulan bertaraf antarabangsa, Climax Blues Band pada 1983.

Awal tahun 1984 menyaksikan Blues Gang muncul dengan album Inggeris keduanya berjudul Livin' It Up. Pada penghujung tahun 1984, Blues Gang selaku kumpulan paling popular dari Malaysia berganding bahu bersama Sweet Charity yang merupakan kumpulan paling popular dari Singapura untuk mengadakan konsert bergerak keseluruh Malaysia. Konsert gabungan Blues Gang dan Sweet Charity tersebut diberi nama Konsert Raksaksa. Konsert Raksaksa menjelajah hampir di setiap bandar utama seluruh negara seperti Kuala Lumpur, Machang, Teluk Intan, Kangar, Muar, Kluang, Besut, Batu Pahat, Ipoh, Alor Setar dan bandar-bandar utama  lain. Konsert tersebut turut ditaja oleh Bata-Northstar. Untuk konsert pembuka tirai Konsert Raksaksa di Stadium Merdeka, lebih 15,000 penonton hadir. Semasa konsert di Arau lebih seratus ribu penonton sehingga menyebabkan segelintir penonton tercedera semasa berhimpit-himpit. Semasa konsert kumpulan antarabangsa Uriah Heep di Kuala Lumpur, Blues Gang Sekali lagi diundang sebagai artis pembuka tirai. 

Masalah cetak rompak yang berleluasa pada ketika itu menyebabkan Blues Gang banyak bergantung pada persembahan live dan konsert Tour sebagai punca pendapatan utama mereka. Tahun 1985, Blues Gang menerbitkan album kelapan mereka yang berjudul Sakit, Sakit, Sakit. Kemudian pada tahun 1986 album kesembilan Blues Gang, Zaman Berubah dihasilkan. Blues Gang turut mengadakan konsert jelajah Sabah, Sarawak & Brunei pada tahun tersebut. Pada masa yang sama khabar angin turut bertiup kencang tentang krisis dalam Blues Gang pada tahun tersebut. Mereka kemudian menghasilkan album Oh Inikah Dia! pada penghujung 1986.

Blues Gang akhirnya berpisah pada awal tahun 1987. Ito dan Ghani mengundurkan diri dari Blues Gang. Shaik Karim, Jim dan Julian meneruskan perjuangan Blues Gang pada ketika itu. Manakala Ito dan Ghani menubuhkan Ito Production dan melancarkan album solo pertama beliau berjudul Aku.

Trio Blues Gang (Karim, Jim & Julian) turut menghasilkan album pada tahun 1988. Album yang bertajuk Mencari Penyelesaian merupakan album terakhir Blues Gang bersama WEA Record. Untuk memastikan kesinambungan kumpulan Blues Gang, Shaik Abdullah yang merupakan adik kepada Shaik Karim diambil untuk bermain drum, manakalan Sheik Karim pula bertindak sebagai penyanyi. Disamping itu, Blues Gang turut menambah pemain gitar kedua, Azizi Ithnin. Manakala Ito muncul dengan album kedua diberi judul Perempuan.Pada tahun 1990, Kumpulan Blues Gang (Karim, Jim & Julian, Sheik Abdullah & Azizi Ithnin) telah menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman SCS (Suara Cipta Sempurna) untuk penerbitan tiga buah album. Blues Gang kemudiannya menghasilkan album Esok Hari bersama SCS pada tahun 1993. Lagu Mak Siti dari album tersebut berjaya memasuki peringkat separuh akhir pertandingan Muzik-Muzik.Tahun 1993 juga, Julian Mokhtar bertindak meninggalkan kumpulan Blues Gang.Ito sempat menyertai Sheik Karim & Jim seketika untuk mengadakan persembahan di kelab

Page 25: JUN.docx

malam dengan menggunakan nama Purple Haze. 

Pada tahun 1994, Ghani menyertai kembali kumpulan Blues Gang. Pada tahun 1998 Blues Gang yang dianggotai semula oleh Ito dan Ghani menyertai Shaik Karim & Jim Madasamy disamping pemain gitar baru, Ian Anderson telah menghasilkan album Ribut Pendamai yang merupakan album studio terakhir mereka sehingga kini.

Konsert 2 Raksaksa Reunion gabungan Blues Gang & Sweet Charity diadakan semula pada tahun 2011. Konsert tersebut yang mendapat sambutan hebat dari peminat Blues Gang & Sweet Charity di mana lebih 15,000 peminat membanjiri Stadium Merdeka untuk menyaksikan Konsert Dua Raksaksa.

Kumpulan Blues Gang turut dijemput untukmenjayakan persembahan pada majlis mengumpul dana dari Persatuan Wartawan Kebangsaan pada tahun 2013. Disamping itu sempena genap usia 40 tahun penubuhan Blues Gang pada tahun 2013, anggota Blues Gang membayangkan hasrat mereka untuk menghasilkan album baru.

Posted 6th January 2014 by Miezan  

0  Add a comment

9.DEC

5

Kegemilangan Muzik Rock - Tahun 1991Muzik rock masih lagi mendominasi dunia hiburan di Malaysia dan Singapura pada tahun 1991. Bagaimanapun kemunculan kumpulan-kumpulan rock baru agak perlahan berbanding tahun 1988-1990. Antara kumpulan-kumpulan rock terkenal yang masih bertahan pada tahun 1991 adalah seperti kumpulan Search, Wings, MAY, Febians, Iklim, BPR dll.

Kumpulan Wings misalnya tampil dengan album keempat mereka yang berjudul Jerangkung Dalam Almari. Album tersebut masih menampilkan M Nasir selaku penerbit. Anggota Wings semasa album tersebut adalah Awie (vokal), Joe (gitar utama), Eddie (bass) dan bekas drummer kumpulan Gersang, Jojet yang menggantikan Black yang telah keluar dari Wings untuk menyertai kumpulan Strangers. Lagu-lagi hits dari album tersebut adalah Aku Pun Tahu dan Dalam Kehadiran Sofiah.

Kumpulan MAY turut muncul dengan album keempat mereka Generasi. Album tersebut diterbitkan oleh Syarikat Antarecs selepas MAY meninggalkan syarikat rakaman Warnada. Album tersebut mempertaruhkan lagu-lagu seperti Empat Sudut Berdiri, Sendiri Untuk Kemana dll. Album tersebut merupakan album terakhir Mus bersama MAY sebelum menubuhkan kumpulan Strangers bersama Nan, Black dan Bad.

Kumpulan Febians muncul dengan album ketiga mereka yang bertajuk Satu Antara Sejuta. lagu hits dari album tersebut adalah Penantian dan Kesan. Kumpulan dari Terengganu, Iklim muncul dengan album kedua mereka yang diberi judul Bulan Jatuh ke Riba pada 1991. Album tersebut menampilkan lagu-lagu hits seperti Gerhana Cinta Luka, Selamat Tinggal Penderitaan dan Bulan Jatuh ke Riba.

Manakala kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) muncul dengan album keempat mereka berjudul Hidup Era 90an. Album tersebut mengandungi lagu-lagu hits seperti Air Mata Jernih dan Silaturrahim. Album tersebut merupakan album terakhir BPR sebelum berpecah.

Kumpulan Metafora yang muncul pada 1990, muncul dengan album kedua mereka, Imaginasi

Page 26: JUN.docx

Optimistik pada tahun 1991. Album tersebut merupakan album terakhir mereka sebelum berpecah. Lagu hits album tersebut adalah Setanggi Impian Kasturi. 

Kumpulan Figures yang muncul dengan album solo pertama mereka pada 1989 telah muncul semula pada 1991 dengan menggunakan nama Gravity. Album pertama Gravity diberi judul Inspirasi dan menampilkan lagu-lagu hits seperti Sinambungan Cinta dan Kau Salju Cintaku.

Antara kumpulan rock popular yang kembali merakamkan album pada tahun 1991 adalah kumpulan Lefthanded. Lefthanded kembali bergabung dengan menampilkan Ramli Sarip sebagai penyanyi utama. Album tersebut diberi judul Fanatisme dan menampilkan lagu-lagu hits seperti Impian Setaman dan Satu Tidur Panjang.

Satu lagi kumpulan heavy metal terkenal dari Singapura, Rockers tampil semula dengan album keempat mereka. Kali ini mereka menukar sedikit nama kepada Rockerz dan menampilkan saudara Jumaat sebagai vokalis menggantikan tempat Johan. Album tersebut diberi judul Dukun dan mengandungi lagu hits seperti Cinta Di Alam Fantasi.

Ramli Sarip turut muncul dengan album solo ketujuh beliau yang diberi judul Rentak Hidup. Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut adalah Blues Felda Blues. Manakala Ratu Rock, Ella turut muncul dengan dua album pada 1991. Album Mendung Tak Bererti Hujan merupakan album kombinasi bersama Deddy Dores untuk pasaran Indonesia dan Malaysia. Album koleksi yang diselitkan dengan lagu baru yang berjudul Kesal turut muncul pada tahun tersebut.

Manakala Kumpulan SYJ membuat penampilan semula dengan line-up baru setelah SYJ (Sofea) & SYJ (Ariwatan) berpecah. Syed Yusuf Jamallullail telah mengasaskan Kumpulan SYJ line-up ketiga pada 1990. Album SYJ pada 1991 diberi judul Khudrat dan mengandungi lagu hits seperti Senjakala. SYJ ketiga menampilkan Alang (vokal), Amir (gitar), Addy (bass) dan Jun (drum).

Manakala kumpulan-kumpulan rock baru yang muncul pada tahun 1991 seperti kumpulan Positif yang popular dengan lagu Rindu Terhenti, Kumpulan Dinamik (Antara Gadis), Kumpulan Vagrant (Kerana Takdir), Kumpulan Brainwash (Menanti Kepastian), Damasutra (Umpama Mimpi Dalam Mimpi), Kumpulan Kris (Tiara), Kumpulan Sera (Dibadai Asmara), Kumpulan Lipan Bara dengan One (kemudian menyertai MAY 96) selaku vokalis (Moga Sempurna), Kumpulan Garuda yang dianggotai oleh Isa Rahman sebagai vokalis (Rahsia Tapi Nyata), Kumpulan Gerimis dengan Rahmat selaku vokalis (Kenangan Lalu), Kumpulan Teras (Ku Kehilangan Diana), Kumpulan Panji (Kasih Yang Tak Pasti & Sayap Terluka), Terra Rossa (Gering), Kumpulan UG14 yang dianggotai oleh Wom selaku vokalis (Bunga Larangan), Kumpulan G.E.T (Gabungan Empat Tenaga) yang dianggotai oleh bekas penyanyi Ababil/Bill Ajid & bekas guitaris Sofea, Fancy dengan lagu popular mereka Pertama & Terakhir, Kumpulan Alfa (Wajah Seribu Erti), Kumpulan Aryan (Bayangan Baiduri), Kumpulan Springs (Sejiwa), Kumpulan Laksamana (Gugurnya Bunga Cinta), Kumpulan Analisa dengan Amir UK's selaku vokalis (Hamparan Kasih), Kumpulan WOW yang dianggotai Adi selaku vokalis (Engkau Yang Satu), Kumpulan Slam (Kembali Terjalin), Kumpulan Arena (Selamat Tinggal Cinta), Kumpulan Axthara yang kemudian dikenali sebagai Kumpulan Samudera (Dialunan Rindu), Kumpulan Ozon (Bunga Lalang), Kumpulan Nobat yang dianggotai bekas anggota kumpulan Desire (Kepangkal Impian)  

Posted 5th December 2013 by Miezan  

0  Add a comment

10.NOV

5

Page 27: JUN.docx

Irama 60an - Pop Yeh YehIrama Pop Yeh Yeh bermula sekitar tahun 1964. Irama Pop Yeh Yeh banyak dipengaruhi oleh kumpulan pop terkemuka British pada ketika itu, The Beatles. Pop Yeh Yeh merupakan gabungan gitar elektrik, drum dan irama Melayu oleh kumpulan yang kebiasaannya dianggotai oleh 4 anggota (gitar I & II, bass dan drum) atau lebih dikenali sebagai Kumpulan Gitar Rancak (kugiran). Perkataan Pop Yeh Yeh dipercayai dipetik dari lagu kumpulan The Beatles yang berjudul 'She Loves You' yang mengandungi baris lagu 'Yeh Yeh Yeh.

Era kegemilangan pop yeh yeh banyak dipelopori oleh kugiran-kugiran dari Johor Bahru dan Singapura. Pada awal tahun 60an banyak pertandingan-pertandingan untuk mencari kugiran-kugiran baru diadakan di Johor dan menyaksikan banyak kugiran dan artis-artis pop yeh yeh muncul dari Johor. Di samping itu, banyak pertunjukan pentas diadakan di sekitar Johor seperti Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat.Kebanyakan artis-artis pop yeh yeh berasal dari Singapura disamping artis-artis dari Malaysia terutamanya dari Johor.

Pusat bagi rakaman album artis-artis pop yeh yeh adalah di Singapura (EMI Studio di Orchard Road).Lagu pertama yang dikategorikan sebagai lagu pop yeh yeh adalah Suzanna nyanyian M Osman pada tahun 1964.

Artis-artis utama irama pop yeh yeh adalah A Ramlee, Jeffrydin, A Rahman Hassan, L Ramlee, Eddie Ahmad, A Halim, Adnan Othman, Kassim Selamat & The Swallows, S Mariam & The Rythm Boys, Rickieno Badjuri & The Cliffters, Halim Yatim, S Jibeng, Hussien Ismail, M Ishak, M Osman, Zam Zam, A Karim Jais, J Sham, Jaafar O, Roziah Latiff & The Jayhawkers, Orkes Nirwana, Hasnah Haron, J Kamisah, Fatimah M Amin, The Siglap Five, Asmah Atan, Afida Es, Anida, Azizah Mohamad, S Ajim Tjan, Rachmat Sabirin, A Rahman Onn, Rudya Al-Haj, A Romzie & The Hooks, M Fadzil, J Mizan, Les Flinger & Zaino Mum.

Penyanyi pop yeh yeh yang paling diminati pada ketika itu adalah A Ramlie diikuti oleh Jefrydin. Antara lagu-lagu popular nyanyian A Ramlie adalah Mencari Bahagia, Kenangan Mengusik Jiwa, Oh Fatimah, Kasih Impian & Harapanku Padamu. Manakala lagu-lagu nyanyian Jefrydin pula seperti Termenung, Seruling Anak Gembala & Kenanganku.

Era kegemilangan pop yeh yeh menuju ke penghujungnya bermula pada tahun 1971. Antara artis yang muncul pada era penghujung pop yeh yeh adalah M Shariff & The Zurah yang mula tampil pada tahun 1970.

Posted 5th November 2013 by Miezan  

0  Add a comment

LoadingDynamic Views template. Powered by Blogger.