8
PENULISAN JURNAL MINGGU 1 (24.01.2016 hingga 28.01.2016) TAJUK/ MASALAH : MASALAH KAWALAN KELAS _______________________________________________________ _____ MASALAH Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalankan praktikum di Prasekolah Gemilang, Sekolah Kebangsaan Tempinis. Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang dihadapi adalah murid-murid tidak memberi tumpuan, masalah kawalan murid, masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila mengadakan aktiviti kumpulan, terdapat beberapa orang kanak-kanak mula mengganggu rakan-rakannya yang lain apabila mereka bosan. Tambahan pula, apabila guru meminta meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik. Hal ini menyebabkan kegangguan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlangsung.

jurnal 2

  • Upload
    vijaya

  • View
    18

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

prasekolah

Citation preview

PENULISAN JURNAL MINGGU 1

(24.01.2016 hingga 28.01.2016)

TAJUK/ MASALAH :

MASALAH KAWALAN KELAS

____________________________________________________________

MASALAHMinggu ini merupakan minggu pertama saya menjalankan praktikum di Prasekolah

Gemilang, Sekolah Kebangsaan Tempinis. Sepanjang minggu ini saya berdepan

dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang

dihadapi adalah murid-murid tidak memberi tumpuan, masalah kawalan murid, masalah

murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila mengadakan aktiviti

kumpulan, terdapat beberapa orang kanak-kanak mula mengganggu rakan-rakannya

yang lain apabila mereka bosan. Tambahan pula, apabila guru meminta meminta murid

memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli

kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak

dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam

kumpulan dengan baik. Hal ini menyebabkan kegangguan kelancaran proses

pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlangsung.

Namun, alangkah terkejutnya saya, murid-murid dari kelas prasekolah tersebut

sangatlah aktif. Di kelas itu terdapat 3 orang murid yang nakal setelah diperhatikan oleh

saya dan semestinya kesemua adalah murid lelaki. Murid-murid tidak mahu mendengar

arahan dan mula hilang tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Mereka sangat aktif dan sukar untuk di kawal. Selain itu, terdapat juga murid yang pasif

dan tidak mahu mengikut serta dalam aktiviti yang di jalankan. Apa yang saya

perhatikan, kenakalan murid-murid ini mungkin kerana menerima cikgu baru dan

inginkan perhatian. Di sini, saya fokuskan kepada seorang murid yang sentiasa

inginkan perhatian dan seolah-olah inginkan kasih sayang. Murid ini langsung tidak

mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tetapi akan turut serta

jika aktiviti tersebut melibatkan bahan yang maujud. Murid tersebut suka terhadap

aktiviti yang menggunakan bahan yang maujud. Apa yang peliknya terhadap murid ini,

beliau susah untuk mendengar kata tetapi akan mengikut cakap saya jika saya

memujuk dengan elok, membelai dan memberi perhatian kepada beliau. Ini merupakan

antara cabaran yang saya hadapi selama walaupun baru seminggu berada di sini.

Selepas seminggu ini, saya merasakan letih dan tidak sanggup untuk mengajar di

prasekolah, namun apabila lama kelamaan melihat gelagat dan tingkah laku murid-

murid prasekolah tersebut, hati saya jadi suka dan seronok walaupun mereka sangatlah

degil dan nakal.

ANALISIS

Menurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem

kawalan kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses P&P tidak dapat

dijalankan dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti,

kurangnya minat murid terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses

P&P masih digunakan. Tambahan pula, kurangnya rasa hormat kepada guru serta

hilang rasa tanggungjawab sebagai seorang murid juga menyebabkan mereka sering

tidak mengendahkan tugas dan arahan yang diberikan oleh guru.

Saya selaku guru mereka, perlu lebih peka dan mengambil berat tentang keperluan

anak-anak murid saya. Masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh suara saya yang

agak perlahan dan intonasi suara yang kurang sesuai untuk menarik minat mereka

serta arahan yang kurang jelas. Selain itu, aktiviti yang dijalankan mungkin tidak sesuai

dan membosankan kanak-kanak tersebut. Soalan-soalan yang diberikan kepada

mereka juga adalah pada aras yang sangat mudah dan menyebabkan mereka tidak

mempunyai sifat ingin tahu ketika menjawab soalan. Ruang pembelajaran yang tidak

sesuai juga menjadi kekangan bagi aktiviti pembelajaran ini. Di samping,murid-murid

inginkan perhatian daripada cikgu dan sesetengah murid yang ingin ditunjukkan kasih

sayang dan mahu ibelai oleh guru.

Di samping itu, dalam aspek pengawalan kelas penting untuk mempunyai

strategi dan cara yang sesuai bagi mengawal kelas lebih-lebih lagi melibatkan aktiviti

pertukaran stesen. Selan itu juga, bahan bantu mengajar merupakan satu media

pengajaran yang boleh membantu guru dan membolehkan murid lebih memahami ilmu

yang diajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang betul dan sesuai adalah amat

penting untuk menjadikan proses P&P lebih berjalan dengan lebih berkesan. Mereka

lebih suka sesuatu aktiviti yang seronok, seperti menyanyi, permainan dan sebagainya.

Oleh itu, murid-murid akan memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang

sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

CADANGAN

Bagi menyelesaikan masalah kawalan kelas, saya perlu menggunakan pendekatan

yang berbeza sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya. Selain itu,

saya juga perlu mula menggunakan penegasan dengan murid-murid tetapi tidak

menghilangkan minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang

sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung. Tambahan pula, saya perlu sentiasa

memahami masalah serta keperluan murid-murid supaya sesi pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan seperti yang telah dirancang. Sebagai seorang guru

prasekolah perlu mengambil berat dalam membahagikan murid ke dalam kumpulan

yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang

lemah.

Saya akan menguatkan suara dan menambahbaikan intonasi suara saya untuk

menarik minat mereka serta memberi arahan yang jelas dan ringkas supaya mudah

difahami oleh mereka. Saya juga akan memberikan soalan yang menepati dengan aras

pemikiran kanak-kanak tersebut supaya dapat menjana pemikiran yang kreatif dan kritis

serta menambahkan sifat inkuiri dalam setiap jawapan yang mereka berikan. Selain itu,

saya juga akan memilih aktiviti yang sesuai bagi ruang yang disediakan

memandangkan ruang pembelajaran prasekolah tersebut adalah terbatas.

Selain itu, saya akan menggunakan pelbagai lagi bahan bantu mengajar bagi

menarik tumpuan murid dan agar mereka dapat memberikan tumpuan di dalam kelas.

Saya akan menitikberatkan pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan

objektif pembelajaran murid pada hari seterusnya. Bahan bantu mengajar yang sesuai

dapat membantu murid lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut.

Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan.

Bahan bantu mengajar yang di pilih haruslah yang boleh membantu pelajar untuk

memperkembangkan potensi mereka. Saya juga akan memupuk nilai-nilai kasih sayang

dalam diri saya kepada murid-murid dan tabah dalam menghadapi masalah yang

dialami.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah

pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan mengambil

masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah ini juga dapat mengganggu

kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat

diatasi  secepat mungkin,sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat

dicapai sepenuhnya oleh guru.

TINDAKAN SUSULAN

Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah tingkah laku pada diri sendiri. Kanak-

kanak yang bermasalah tingkah laku perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana

mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru.

Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang

terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada

pendapat saya, tingkah laku bermasalah yang ada pada murid-murid dapat diubah

dengan menggunakan Kaedah ganjaran dan hukuman. Sebagai seorang guru

prasekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan

perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya dengan betul.Bagi mengatasi masalah ini,

saya akan membuat tindakan dengan berbincang dengan guru Prasekolah Pelangi

Puan Kalaivani.

Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada guru pembimbing dalam tempoh

seminggu berada di prasekolah tersebut saya telah berjaya mengatasi masalah

tersebut dengan mempelajari teknik-teknik dan kaedah-kaedah bagaimana untuk

mengawal kelas yang sesuai bagi kanak-kanak prasekolah.

KESIMPULAN

Masalah kawalan kelas boleh wujud disebabkan oleh kurangnya kesedaran murid-

murid tentang pentingnya menjaga kelakuan dan kesan tingkah laku mereka terhadap

P&P harian. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, murid-murid pasti dalam kelas

tidak akan mengubah tingkah laku bermasalah yang ada pada mereka sekarang. Guru

prasekolah perlu mempunyai sikap yang tegas terhadap kanak-kanak semasa proses

P&P dijalankan. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar

bagi menghadapi masalah kanak-kanak. Guru dapat menyampaikan pelajarannya

dengan berkesan apabila keadaan kelas aman dan damai. Dalam situasi ini, saya telah

mendapat satu input yang berguna bahawa pengajaran bukan sahaja untuk

menyampaikan ilmu tetapi, faktor- faktor lain juga penting dalam memantapkan

martabat sebagai guru.

Disediakan oleh : Vijayalechumi A/P Lachumanan

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : ..........................................

Nama :...........................................

Tarikh: :...........................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatang :................................................

Nama :................................................

Tarikh :.................................................