13
Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Matapelajaran Sains Pertanian Rizawati Ab Halim Fakulti Seni dan Muzik, UPSI, Tanjong Malim, Malaysia ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah. Tumpuan kajian adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasa-fasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan kembali. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian. Kata kunci : konstruktivisme, 5-Fasa Needham ABSTRACT This study was carried out to identify the status of the implementation of the constructivism concept of teaching and learning process in Sains Pertanian at school. This study is focused on 5 (five) aspects according to Needham`s 5-Phase Constructivisme Model. The phases are orientation, idea initiation, idea restructure, idea usage and reflection.

Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Matapelajaran Sains Pertanian

Rizawati Ab HalimFakulti Seni dan Muzik, UPSI, Tanjong Malim, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah. Tumpuan kajian adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham. Fasa-fasa tersebut adalah fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa penggunaan idea dan fasa renungan kembali. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian.

Kata kunci : konstruktivisme, 5-Fasa Needham

ABSTRACT

This study was carried out to identify the status of the implementation of the constructivism concept of teaching and learning process in Sains Pertanian at school. This study is focused on 5 (five) aspects according to Needham`s 5-Phase Constructivisme Model. The phases are orientation, idea initiation, idea restructure, idea usage and reflection.

Keywords : constructivism, Needham’s 5-Phase

Page 2: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

PENDAHULUAN

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian dalam Sekolah Menengah Atas Tingkatan 4 dan 5 antara strategi pengajaran dan pembelajaran Sains Pertanian yang dicadangkan oleh KPM adalah pemikiran analitikal, pemikiran lateral, lawatan dan rujukan ilmiah. Selain itu, tunjuk cara juga mesti dilakukan di mana guru perlu mendemonstrasi kepada pelajar cara yang betul dan selamat dalam penggunaan pelbagai alat perladangan dan bahan untuk penanaman. Satu kumpulan dinamik iaitu pembahagian kelas kepada beberapa kumpulan kecil sebaiknya dilaksanakan di dalam kelas selain sumbangsaran di mana satu perbincangan secara intensif untuk penjanaan idea atau mencari idea dilakukan dengan menggalakkan penglibatan semua ahli dalam kelas dan seterusnya ceramah boleh juga diaplikasikan dalam subjek ini untuk memberi maklumat dan gambaran yang terbaik kepada pelajar.

Brooks J.G. dan Brooks M.G. ( 1999 ), menyatakan bahawa persekitaran bilik darjah berdasarkan pendekatan konstruktivisme harus dibina di mana idea dan pendapat pelajar mesti dihargai, aktiviti dalam kelas perlu mencabar minda pelajar, guru menimbulkan permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran kepada pelajar, pengajaran dan pembelajaran di bina berdasarkan konsep asas dan utama serta pengajaran dan pembelajaran di nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran harian.

Teori Konstruktivisme bukanlah satu teori yang baru dalam bidang pendidikan malah telah lama dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya Sains KBSM. Prisip-pronsip yang terdapat dalam teori ini sebenarnya boleh diterapkan dalam mata pelajaran lain juga. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar dapat membina struktur pengetahuan mereka sendiri dan pengkaji melihat bahawa Konstruktivisme ini merupakan satu kaedah terbaik yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian juga. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat aplikasi konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.

Page 3: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah untuk:i.mengenalpasti aplikasi fasa orientasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Sains Pertanian.ii.mengenalpasti aplikasi fasa pencetusan idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Sains Pertanian.iii.mengenalpasti aplikasi fasa penstrukturan semula idea dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.iv.mengenalpasti aplikasi fasa penggunaan idea dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.v.mengenalpasti aplikasi fasa renungan kembali dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Sains Pertanian.

TEORI KONSTRUKTIVISMETeori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran sains. Menurut Susan ( 1994 ), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominant dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunanan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima fasa seperti berikut :

a. Orientasi Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan minat pelajar terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan sebagainya.

b. Pencetusan idea Guru perlu mengadakan aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan kecil, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang akan mereka belajar. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan dan membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran inkuiri.

Page 4: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

c. Penstrukturan semula idea Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan pelajar mencabar idea asal mereka atau idea daripada rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan.Dalam fasa ini, kemahiran bahasa akan membantu pelajar membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea secara urutan. Peranan guru ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.

d. Aplikasi idea Pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Ini mewujudkan pemahaman yang baru dan menggalakkan inkuiri dalam kalangan pelajar. e. Refleksi Pelajar membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Pelajar juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi pelajar untuk meneliti tahap pemahaman pelajar.

METODOLOGI

Sampel Kajian

Kidder (1981) menegaskan bahawa kaedah pemerhatian yang boleh digunakan sebagai satu alat penyelidikan adalah apabila ia dapat berfungsi sebagai tuju hala penyelidikan yang terancang, spontan, boleh direkodkan secara tersusun, dan faktor kesahan dan kebolehpercayaannya dapat diperiksa dan dikawal.

Instrumen Kajian

Menurut Mohd Majid Konting ( 1998 ), instrumen yang menarik dapat mendorong subjek yang dikaji untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat dan jujur. Menurut Ary, Jacob dan Razavieh ( 2002 ), instrumen kajian merupakan alat ukur yang paling penting bagi mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Instrumen yang sempurna dapat mengukur dengan tepat sesuatu pemboleh ubah yang hendak diukur. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah pemerhatian.

Pengumpulan Data

Melibatkan pencerapan atau pemerhatian secara rawak keatas 5 orang guru Sains Pertanian. Penyelidikan telah membuat temujanji dengan respoden bagi menetapkan hari dan masa yang sesuai untuk proses pencerapan dijalankan. Pencerapan ini melibatkan 2 waktu pengajaran dan pembelajaran.

Page 5: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

HASIL DAPATAN KAJIAN

Pemerhatian terhadap pengajaran guru dalam melaksanakan model konstruktivisme 5 Fasa Needham. Pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini merupakan turut serta. Hasil pemerhatian yang dirumuskan seperti di bawah.

Skor Min Bagi Setiap Fasa Dalam Model Konstruktivisme 5 Fasa NeedhamFasa Min

Fasa 1 ( Set Induksi ) 0.33Fasa 2 ( Pencetusan Idea ) 0.73Fasa 3 ( Penstrukturan Semula Idea ) 0.70Fasa 4 ( Aplikasi Idea ) 0.50Fasa 5 ( Refleksi ) 0.60Purata Min Keseluruhan 2.38

Pemerhatian yang dibuat menunjukkan bahawa fasa-fasa yang selalu diamalkan oleh guru ialah fasa penstrukturan semula dan fasa pencetusan idea. Fasa orientasi atau set induksi kurang dititik beratkan oleh guru berdasarkan min yang paling rendah iaitu 0.33 berbanding fasa-fasa lain.

CADANGAN KAJIAN

A ) Pendedahan strategi pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dari masa ke semasa.Guru-guru perlu didedakan dengan pelbagai model pengajaran yang menggunakan pendekatan konstruktivisme. Pendedahan kepada model pengajaran ini hendaklah diberikan bagi memastikan tahap profesionalisme guru sentiasa positif serta bermotivasi tinggi. Kursus ini dikelolakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ), Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ) dan Pusat Pelajaran Daerah ( PPD ).

B ) Pemantauan

Dapatan kajian ini mendapati bahawa fasa orientasi kurang diamalkan oleh guru. Justeru itu pihak pentadbir sekolah atau Jemaah Nazir hendaklah memberi penekanan kepada fasa orientasi semasa membuat pemantauan di sekolah.

KESIMPULAN

Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaranyang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruangkepada pelajar di dalam merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Page 6: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pada pandangan penyelidik, kajian perlu dilakukan kepada sampel yang lebih besar. Kemungkinan hasil kajian akan memberi nilai yang positif atau kajian ini akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang amalan penggunaan model pengajaran ini di sekolah menengah di seluruh malaysia. Penyelidik juga mencadangkan penyelidik-penyelidik seterusnya menggunakan temu bual bagi mengetahui fasa-fasa pengajaran dalam model pengajaran konstruktivisme 5 Fasa Needham.

BIBLIOGRAFI

Abd Malek Ismail ( 1999 ). Memperkukuhkan Pelaksanaan Pembelajaran Secara

Konteksual – Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.

148 – 159. Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam Noriah Abd Rahman ( 2000 ). Tahap Penggunaan Model Konstruktivisme

5 – Fasa Needham Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sekolah

Rendah Di Daerah Kuala Terengganu Selatan. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak

Diterbitkan Universiti Teknologi Malaysia.

Aubosson, P. Dan Watson, K. ( 2000 ). Packaging Constructivist Sciene Teaching In A

Curriculm Resource…Asia – Pacific On Sciene Learning And Teaching, Vol.3,

Issue 2, Article 1:1-33

Boddy, N. Watson, K. Dan Aubusson, P. ( 2003 ). A Trial Of The Five Es. A Referent

Model For Contructivist Teaching And Learning. Research In Sciene Education.

33: 27-42

Bodner, G.M ( 1986 ). “ Constructivism: A Theory Of Knowledge “ Journal Of Chemical

Education. 63 : 873 – 878. Dalam Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros

Dan Mohd Ali Samsudin ( 2006 ). Kaedah Mengajar Sains. Pts Professional

Kuala Lumpur

Chong Choe Hin ( 1999 ). Dari Konsep Ke Realiti . Persidangan Kebangsaan Tech Prep

Ke – 2. Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 7: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

Chua Yan Piaw ( 2006 ). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan Buku

1. Mc Graw. Hill ( Malaysia ) Sdn Bhd.

Gagnon, G.W Dan Collay, M. ( 2001 ). Contructivist Learning Design. Diperolehi Pada 1

Mac 2010 Daripada Http://Www.Prainbow.Com/Cld/Cldp.Htm

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme.

Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mahrom Bin Mohd @ Ismail ( 2004 ). Pelaksanaan Konsep Konstruktivisme Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah,

Melaka. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Kontig ( 1998 ). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa Dan

Pustaka Kuala Lumpur.

Needham, R. (1987). Teaching Strategies For Developing Understanding In Science. The

University Of Leeds: Centre For Studies In Science And Mathematics Education.

Nik Azis Nik Pa ( 1999 ). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan

Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Dalam Kementerian

Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat

Perkembangan Kurikulum.

Noraini Mohamed ( 2004 ). Sejauh Manakah Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham

Dipratikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di Sekolah. Tesis

Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Unversiti Pendidikan Sultan Idris

Page 8: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

INDIKATOR YA TIDAK CATATANFASA ORIENTASI

1. Guru mengemukakan masalah sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan

Guru memberi satu soalan /permasalahan yang pelajar perlu jawab. Contohnya gambar/situasi

2. Guru berjaya memotivasikan pelajar untuk belajar

Pelajar berebut untuk menjawab soalan guru

3. Aktiviti yang disediakan oleh guru berjaya menarik minat pelajar

Pelajar memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti yang disediakan oleh guru

FASA PENCETUSAN IDEA1. Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar bagi membimbing pelajara. guru menyedari pengetahuan sedia ada pelajar

Guru bertanya soalan kepada pelajar

b. mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar sebelum membentang idea guru

Guru bertanya tentang pelajaran lepas @ idea yang telah dipelajari

c. mengkaji idea yang terdapat dalam buku teks ataupun sumber lain

Idea yang terdapat dalam buku @ sumber ICT. Contohnya powerpoint

d. mencabar idea awal pelajar Guru bersoal jawab dengan pelajar

2. Membentuk soalan-soalan yang tajam atau jelas dan mencabara. Persekitaran pembelajaran yang kaya dengan soalan

Guru memberi pelbagai jenis soalan

b. Soalan berasaskan respon pelajar

Soalan guru berdasarkan jawapan pelajar

c. Pelajar menghuraikan soalan yang diberikan

Pelajar menjelaskan dengan lebih lanjut jawapan kepada soalan

d. Guru memberi justifikasi kepada respon pelajar

Guru membuat penjelasan Kanjut lepada jawapan pelajar

e. Guru menerima jawapan serta cadangan pelajar

Guru menerima semua jawapan pelajar

f. Guru menghargai jawapan serta cadangan pelajar

Guru memberi penghargaan. Contohnya tepuk tanganFASA PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA

1. Pemilihan bahan dan aktiviti bagi membolehkan pelajar menguji idea-idea merekaa. Pelajar terlibat dalam aktiviti yang disediakan oleh guru

Semua pelajar terlibat dengan aktiviti

b. Pelajar terlibat dalam manipulasi bahan semasa aktiviti @ eksperimen yang dijalankan

Semua pelajar terlibat dalam menyediakan peralatan eksperimen

LAMPIRAN A

Page 9: Jurnal- Penggunaan Model Konstruktivisme Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

c. Pelajar terlibat dalam inkuiri saintifik

Semua pelajar terlibat dalam proses penyiasatan

d. Pelajar bekerja sendiri dengan bantuan minima daripada guru

Relajar membuat aktiviti dan eksperimen sendiri dengan sedikit bantuan guru

e. Pelajar menguji idea ( bagi menolak jangkaan awal )

Pelajar menjalankan aktiviti dan eksperimen untuk menguji hipotesis

f. Pelajar mencadangkan hala tuju aktiviti @ eksperimen yang hendak dijalankan

Pelajar membuat sendiri cara kerja eksperimen

2. Menyediakan suasana yang menggalakkan perbincangana. Pelajar mengemukakan dan berbincang pendapat dengan guru

Pelajar bersoal jawab dengan guru

b. pelajar mengemukakan dan berbincang pendapat dengan rakan sekelas

Pelajar berbincang dan bersoal jawap dengan rakan

FASA APLIKASI1. Menyediakan peluang bagi pelajar gunakan idea barua. Menghubungkaitkan isi pelajaran baru dengan pengetahuan lampau

Pelajar dapat membezakan antara pengetahuan lama dan baru dipelajari

b. Pelajar menggunakan pengetahuan dalam situasi baru ataupun penyelesaian masalah sebenar

Pelajar dapat menjawab soalan latihan berbentuk aplikasi atau mereka bentuk satu eksperimen atau aktiviti baru

FASA REFLEKSIa. Guru menyoal pelajar tentang apa yang telah dipelajari

Soalan guru menguji metakognitif pelajar

b. Guru membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari

Guru atau pelajar merumus pelajaran