Upload
vijaya
View
6
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
prasekolah
Citation preview
JURNAL MINGGU PERTAMA
MINGGU : 1 PRAKTIKUM
TAJUK : MASALAH STRESS
TARIKH : 13 APRIL 2015 – 17 APRIL 2015
ISU / MASALAH
Minggu pertama merupakan minggu permulaan bagi saya memulakan sesi praktikum
fasa pertama ini. Seperti yang dimaklumkan, saya akan menjalani praktikum di
Prasekolah Pelangi, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mentakab selama empat
minggu. Semasa praktikum, terdapat banyak dugaan dan halangan yang perlu saya
tempuhi. Masalah sebenar yang saya hadapi pada minggu ini adalah masalah stress
semasa menjalani praktikum kerana terlalu banyak kerja-kerja yang perlu diselesaikan.
Sebagai seorang guru, saya harus pandai menyesuaikan diri sendiri agar dapat
mencapai matlamat yang diinginkan. Maka tidak hairanlah dalam suasana seperti itu,
latihan mengajar sering menimbulkan kebimbangan, keresahan dan ketegangan
perasaan di kalangan guru-guru yang menjalini sesi praktikum seperti ini. Penyelesaian
bagi masalah stress ini perlu dicari dengan segera kerana jika masalah ini
ditangguhkan maka ia kan menjadi beban pada diri saya, Oleh itu, ia akan mengganggu
sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap kelas dan murid. Saya tidak ingin
masalah ini terjadi namun begitu ia tidak dapat dielakkan.
ANALISIS MASALAH
Menurut Fortana dan Abouserie (1993), stress adalah sesuatu yang lazim terdapat
dalam profesion yang terlibat dengan perhubungan manusia. Masalah stress
sememangnya mengganggu kehidupan seorang guru. Stress akan menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran yang terganggu. Profesion keguruan adalah salah satu
tugas yang mempunyai hubungan secara langsung dengan manusia terutama dengan
pelajar-pelajar. Jika masalah ini tidak dihadapi, maka emosi guru akan terganggu dan
murid-murid turut menjadi mangsa keadaan. Oleh itu saya perlu memikirkan bagaimana
cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan merujuk dan meminta bantuan daripada
rakan-rakan. Jika saya tidak menjadikan sesuatu perkara itu membebankan, maka
stress itu tidak akan wujud. Saya sepatutunya merasakan stress yang dihadapi sebagai
tanggungjawab bukannya beban atau kecelaruan mental. Stress yang dihadapi
sememangnya mengganggu saya.
CADANGAN
Langkah yang perlu saya ambil adalah meluahkan perasaan kepada rakan-rakan.
Selain itu, menceritakan pengalaman mengajar kepada rakan-rakan dan bersukan pada
waktu petang. Kurangkan tekanan dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar serta
membaca buku bagi menghilangkan stress. Tambahan pula, melayari internet atau
bermain game. Akhir sekali, mendengar dan melihat pengalaman orang lain cara
mengatasi stress dan sentiasa bersiap sedia ketika penyeliaan yang akan dilakukan.
TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan secepat mungkin bagi menstabilkan
emosi saya dalam kehidupan seharian saya. Saya cuba mengatasi masalah ini dengan
segera kerana ini akan menggangu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin,sudah tentu objektif yang
telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.
TINDAKAN SUSULAN
Masalah stress ini telah saya perhatikan dan cuba diatasi dari peringkat awal kerana
tempoh penyelesaian tidak mencukupi. Saya perlu merasakan masalah stress yang
dihadapi adalah perkara biasa dan tidak menjadi beban pada diri saya. Setiap
penyeliaan akan dilakukan maka stress saya tidaklah begitu tinggi kerana saya
membuat persediaan awal sebelum penyeliaan. Cuma perasaan cemas sahaja yang
berada dalam diri saya. Masa yang ada pada saya isikan dengan sebaik-baik antaranya
dengan merancang pengajaran, membuat rancangan mengajar dan mengemaskini
kerja-kerja yang belum diselesaikan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, masalah stress ini dapat diatasi dengan pelbagai cara.
Personaliti dan keupayaan guru itu sendiri adalah menjadi ukuran bagi menyelesaikan
masalah ini. Ia dapat di atasi dengan mudah oleh para-para guru sekirannya guru dapat
menarik minat dan perhatian murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga perlu tegas dan memberi arahan yang tepat dan mudah difahami oleh
mereka dan seterusnya memberi ganjaran dan pujian kepada mereka yang berjaya.
Guru juga perlu memwujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan selesa serta
sentiasa memberi pemantauan terhadap tingkah laku dan gerak-geri mereka semua.
Seorang guru perlu berfikiran terbuka dan sentiasa berusaha mengatasi masalah yang
berlaku.