1
Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah ini diperkenalkan dalam rancangan Bahasa Intensif oleh Persatuan Cendekiawan Majlis Amerika. Kaedah ini khusus diberikan kepada pegawai-pegawai tentera secara intensif oleh angkatan bersenjata Amerika Syarikat pada masa Perang Dunia kedua. Kaedah ini dikenali juga sebagai Kaedah Informat – Drill. Pengajaran terbahagi kepada dua iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran secara demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, atau sebutan dan perbendaharaan kata seluruh murid dalam kelas melalui guru bahasa .Dalam pengajaran latih tubi penutur jati akan membaca beberapa ayat. Setelah mendengar beberapa ayat murid akan mengajuknya sehingga separuh terhafal. Tatabahasa diajarkan secara induktif melalui ayat-ayat contoh.Dengan kata lain tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberikan dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.Selepas peringkat permulaan ini dijalankan diikuti pula dengan syarahan,drama dan diskusi. Selain itu murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan.Apabila semua ayat telah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda.Kemudian murid terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambung ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar.Murid berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian- bahagiannya.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran guru mestilah menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan,karangan lisan,latihan alam menyebut perkataan, menyebut hal tiap tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya dalam bentuk tertentu..Satu kelainan daripada kaedah ini ialah apabila tiadanya drill master atau penutur natif bahasa itu,Rakaman dialog boleh diadakan sebagai alternatif latih tubi yang berulang kali.Ia juga dikenali sebagai Kaedah Audio Lingual

Kaedah Ajuk Hafaz

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teknik Pengajaran

Citation preview

Page 1: Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah ini  diperkenalkan  dalam rancangan Bahasa Intensif oleh Persatuan Cendekiawan Majlis Amerika. Kaedah ini  khusus diberikan kepada pegawai-pegawai tentera secara intensif oleh angkatan  bersenjata Amerika Syarikat pada masa  Perang Dunia kedua. Kaedah ini  dikenali juga sebagai Kaedah Informat – Drill.Pengajaran terbahagi kepada  dua iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran secara demonstrasi  harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, atau  sebutan dan perbendaharaan kata seluruh murid dalam kelas melalui guru bahasa .Dalam pengajaran latih tubi  penutur jati  akan membaca beberapa ayat. Setelah mendengar beberapa ayat murid akan mengajuknya sehingga separuh terhafal.

Tatabahasa diajarkan secara induktif melalui ayat-ayat contoh.Dengan kata lain  tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberikan  dalam ungkapan  biasa dalam bahasa ibunda.Selepas  peringkat permulaan ini dijalankan diikuti pula dengan syarahan,drama dan diskusi.Selain itu  murid tidak dikehendaki menterjemah  perkataan demi perkataan.Apabila semua ayat telah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda.Kemudian  murid terus mendengar lagi ayat-ayat  daripada pertuturan yang menyambung ayat-ayat asas tadi  bagi  latihan mendengar.Murid berlatih  dalam dialog  dengan menggunakan  ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran guru mestilah menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan,karangan lisan,latihan  alam menyebut perkataan, menyebut hal tiap tiap  bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya dalam bentuk tertentu..Satu kelainan daripada  kaedah ini ialah apabila tiadanya drill master atau penutur natif bahasa itu,Rakaman dialog boleh diadakan  sebagai alternatif latih tubi yang berulang kali.Ia juga dikenali sebagai Kaedah Audio Lingual