Kaedah Pemasangan Bawah Tanh

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 Kaedah Pemasangan Bawah Tanh

    1/6

    Kaedah Pemasangan

    Posted onOgos 11, 2010byindoornotes

    KAEDAH DAN TEKNIK MEMASANG DAN MELETAK KABEL BAWAH

    TANAH

    Kerja pemasangan kabel bawah tanah dijalankan apabila :

    Kawasan tidak mencukupi untuk menjalankan pemasangan talian atas. Misalnya

    kawasan Bandar atau bandaraya.

    1. Terdapat bahaya voltan tinggi dipemasangan talian atas. Misalnya bangunan-

    bangunan pencakar langit yang boleh membahayakan pengguna.2. Kawasan dari tiang dan talian bersimpang siur. Misalnya kawasan tanaman,

    kawasan bangunan.

    Bahagian-bahagian utama system bawah tanah :

    Saluran ( longkang )

    1. Paip atau salur

    2. Lubang utama

    3. Kabel

    4. Sambat kabel

    5. Luring

    Contoh penggunan pemasangan kabel bawah tanah ini ialah :

    Dari papan suis utama ke papan suis sub-utama

    1. Dari pencawang ke tiang penghantar talian atas2. Bekalan lampu-lampu jalan

    3. Dari litar akhir dirumah ke lampu pagar/lampu kawasan diluar rumah.

    Kerja pemasangan kabel bawah tanah ini biasanya dijalankan kontraktor berdaftar. Sebelummemulakan kerja mengorek longkang, pastikan terlebih dahulu tempat sebenar dimana

    kabel akan ditanam dan sama ada ia sesuai dengan keadan disitu. Hal ini dapat diketahuidengan merujuk pelan tapak. Di pelan itu juga bolehlah ditentukan kedudukan gelendongkabel dan winch penarik yang sesuai untuk menjalankan kerja pemasangan nanti.

    Jika pemasangan membabitkan harta benda milik awam atau pihak berkuasa. Kebenaranperlu diperolehi sebelum kerja pemasangan dijalankan. Misalnya tapak telekom, JBA, JKR

    http://indoornotes.wordpress.com/2010/08/11/kaedah-pemasangan/http://indoornotes.wordpress.com/author/indoornotes/http://indoornotes.wordpress.com/author/indoornotes/http://indoornotes.wordpress.com/2010/08/11/kaedah-pemasangan/
  • 8/10/2019 Kaedah Pemasangan Bawah Tanh

    2/6

    dan sebagainya.

    Kedalaman dan lebar longkang yang hendak dikorek bergantung kepada kesesuaiantanah ( jangan ada gangguan bumi ). Seberapa boleh longkang itu biarlah selurus

    mungkin dan cukup ruang untuk pekerja berdiri disisi kabel itu nanti.

    Kabel ini boleh ditanam terus dalam tanah atau dimasukkan kedalam paip atausesalur. Pemasangan kabel dalam paip atau sesalur biasanya digunakan apabilakabel itu merentasi jalan raya.,jalan keretapi, atau longkang. Paip keluli atau besigalvani digunakan untuk pemasangan melintasi jalan keratapi atau jambatan. Salur

    bergilap sesuai untuk pemasangan kabel melintasi jalan raya. Saiz salur atau paipbiasnya dua kali ganda garis pusat keseluruhan kabel yang dibawanya.

    Setelah longkang itu siap, kabel akan dimasukan kedalam tanah sama ada dengantangan atau menggunakan winch penarik bersama-sama penguling. Sebelum lubangitu dikambus, pasir halus ( sungai ) akan ditaburkan disepanjang kabel. Jika perlu iaditutup dengan penutup kabel, pita kabel atau batu. Kerja pemasangan inimemerlukan kemahiran kerana kabel akan mudah rosak apabila terjatuh atauterhimpit dan mudah dimasuki lembapan sewaktu kerja penyambungan dijalankan.Contohnya kabel penebat kertas (PICC).

    Kabel yang lazim digunakan untuk pemasngan dalam tanah ialah kabel penebat PVKbulat atau rala ( dalam paip atau salur dan suhunya tidak kurang daripada oC ) dankabel penebat kertas. Permukaan yang telah dikambus diratakan semula sepertisedia kala dan jika perlu ditanamkan batu penanda kabel.

    Cable Underground

    (kabel bawah tanah)

    Pengenalan

    Pengagihan tenaga elektrik bukan sahaja menggunakan sistem talian atas seperti mana yang

    telah kita pelajari, adakalanya pengagihan bekalan elektrik juga dilakukan dengan

    menggunakan sistem bawah tanah. Oleh yang demikian untuk membolehkan pengagihan

    bekalan elektrik melalui bawah tanah, maka kabel yang sesuai perlu digunakan. Kabel bawahtanah dihasilkan bagi membolehkan pembekalan tenaga elektrik disalurkan ke sesuatu

    kawasan dengan selamat. Pemasangan kabel bawah tanah biasanya dilakukan di kawasan-kawasan bandar dan kawasan-kawasan yang perlu dimana talian atas agak tidak bersesuaian

    kerana faktor ruang dan keselamatan atau sebagainya.

    Secara umum, rekabentuk kabel bawah tanah dapat digambarkan seperti rajah 7B

    Bahagian-bahagiannya adalah:

    (1) Teras :

    Jenis penebat yang digunakan ialah :

  • 8/10/2019 Kaedah Pemasangan Bawah Tanh

    3/6

    Kertas yang direndam didalam minyak.

    Vulcanized bitumen.

    Varnished cambric

    (2) Penebat :

    Pelbagai jenis penebat boleh digunakan antaranya :

    Polyniryl Chloride(PVC)

    Impregnated paper (PILCDSTAS)

    (3) Salutan Logam :

    Disalutkan di atas penebat untuk mengelakkan dari kemasukan lembapan. Antara bahannya

    adalah:

    Plumbum

    Aluminium

    (4) Pelapisan (bedding)

    Di sebelah luar lapisan logam terdapatnya selapis bedding. Diperbuat dari gabungan kertas

    dan bahan gantian. Tugas pelapis ini ialah untuk memberi perlindungan kepada salutan

    logam.

    (5) Pemerisaian (Armouring)

    Untuk mengelakkan kerosakan mekanikal dari berlaku ke atas kabel. Satu atau dua lapisan

    dawai keluli ( galvanized steel wire ) atau dua lapisan tap keluli digunakan untuk tugas

    pelapisan.

  • 8/10/2019 Kaedah Pemasangan Bawah Tanh

    4/6

    (6) Serving :

    Di bahagian lyang paling luar iaitu atas lapisan pemerisaian disalutkan pula dengan satu

    lapisan gantian serupa dengan pelapis

    Faktor Pemilihan Kabel bawah tanah

    Jenis kabel.

    keupayaan membawa arus.

    susutan voltan.

    voltan bekalan.

    suhu ambient.

    Kabel bawah tanah merupakan talian elektrik yang di alirkan melaluli bahagian bawah tanah

    atau dalam tanah. Antara kebaikkan kabel jenis ini yang ada ialah:-

    Kurangnya kerja-kerja penyelenggaraan kerana kurangnya berlaku kerosakan.

    Boleh membekalkan beban yang tinggi kerana terdapat saiz kabel yang lebih besar dan

    berbilang saiz.

    Boleh direntang ditempat yang sempit.

    Boleh direntang melalui parit,sungai dan jalan raya.

    Selamat dan tidak membahayakan orang awam.

    Keburukan penggunaan kabel bawah tanah:

    Kos penyelenggaraan yang mahal kerana menggunakan jentera berat.

    Susah untuk mengesan kerosakan.

    Berat dan susah direntang.

    Terpaksa menggunakan ramai pekerja mahir

    Bahan-Bahan Penebatan

    Polyniryl Chloride(PVC)

    Impregnated paper (PILCDSTAS)

    Mineral Insulation (MICC)

    Cross Linked Polyethylene (XLPE)

  • 8/10/2019 Kaedah Pemasangan Bawah Tanh

    5/6

    Penebat yang berlainan adalah untuk tempat-tempat yang berlainan dari segi kelembapan dan

    lain-lain.

    Setiap kabel-kabel elektrik mempunyai perlindungan mekanikal tersendiri antaranya:

    Steel Wire Armoured(SWA)

    Double Steel Taped Armoured

    Copper Sheath

    Lead Sheath

    Kategori-kategori kabel bawah tanah

    Jenis-jenis penebat:

    1. Penebat PVC/XLPE

    Penebat pvc selalu digunakan untuk kabel VR/VS satu teras atau VR/VS dua teras

    dan untuk lampu awam.`

    2. Penebat Kertas

    Digunakan untuk kabel berbalut (belted type). Ini adalah jenis kabel bawah tanahyang selalu digunakan di TEN untuk VR/VS dan VI

    3.Penebat MICC-Ia adalah jenis yang tahan lama,bagus untuk kegunaan sistem alarm,sukar terbakardan tahan 250c.">

    4. Penebat PVC/SWA/PVC

    - Bagus untuk kegunaan dalam tanah,sistem lampu isyarat dan ada perlindungan mekanikal

    SWA.

    Kabel Kertas

    Penebat terus ialah kertas isian yang berlapis-lapis di atas tiap-tiap satu teras pengalir.

    Penebat balut ialah kertas isian yang berlapis juga tetapi digelung kertas kabel yang

    mempunyai tiga atau empat kertas untuk mendapatkan ikatan yang kejap pada kabel.

    Penebat balut ini juga digunakan sebagai lapisan penebat tambahan diantara salut timah

    dan penebat kertas.

    KABEL PVC

    Digunakan dalam pemasangan tetap untuk unit elektrik dengan voltan sampai dengan450/750V

  • 8/10/2019 Kaedah Pemasangan Bawah Tanh

    6/6

    KABEL BAWAH TANAH ( UNDERGROUND CABLE)

    KABEL BAWAH TANAH ( UNDERGROUND CABLE )

    Kabel ini digunakan untuk pendawaian di bawah permukaan tanah. Kabel ini telah dilengkapi dengan

    perisai dawai keluli sebagai pelindung mekanikal. Kabel ini tidak mudah terputus walau terkena mata

    cangkul. Pendawaian bawah tanah juga tertakluk pada peraturan keselamatan pendawaian yang

    ketat.

    Pendawaian yang terlibat dengan penggunaan kabel bawah tanah;

    1- meter TNB di pagar

    2- lampu tiang pagar

    3- lampu pagar

    4- loceng

    5- lampu taman mini

    Kediaman yang bagaimana relevan untuk meter TNB di pagar?

    (semakin tinggi % semakin tinggi tahap relevan )

    1- Rumah yang halamannya luas (90%)

    2- Rumah yang penghuninya bekerja ( 90%)

    3- Rumah yang halaman sempit (50%)

    ( taman perumahan- teres, semi-D, banglo )

    Penggunaan meter di pagar selain nampak mewah, ia memudahkan pembaca meter TNB untuk

    membaca meter. Ini kerana rumah yang dipasang meter mengikut peraturan lama, ada yang

    meternya agak terselindung dan tidak menghadap ke arah pintu pagar. Ini menyukarkan jika rumah

    tersebut tiada penghuni dan pintu pagar berkunci.Manakala peraturan baru, mewajibkan

    pemasangan meter menghadap ke arah pintu pagar dan tidak terlindung dengan dinding ataupun

    objek.

    Bekenaan dengan kos bagi meter di pagar bergantung pada jarak rumah dengan pintu pagar. Jarak

    ini menentukan panjang kabel bawah tanah yang hendak digunakan. Jarak juga menjadi penentu

    upah dan kelancaran kerja pendawaian. Ini bergantung pada struktur tanah. Jika tanah keras dan

    berbatu, kos akan meningkat. Ini kerana kerja penggalian menjadi sukar dan memenatkan jika

    jentera pengorek tidak dapat menggali di kawasan tersebut. Selain itu, masa cadangan meter di

    pagar itu disuarakan juga di ambil kira, jika selepas rumah siap diplaster dan cat, kosnya juga

    menjadi tinggi kerana kontraktor elektrik atau syarikat pendawaian terpaksa menanggung kos

    kerosakan dan baikpulih yang berlaku pada binaan yang telah siap.

    Selain meter, point lampu tiang pagar, lampu pagar, loceng dan juga lampu taman mini juga

    tertakluk pada faktor-faktor di atas.