Upload
ngonga
View
236
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
KAJIA� PELAKSA�AA� SCHOOL�ET
DI SEKOLAH-SEKOLAH ME�E�GAH DAERAH MUAR
�OOR MUSLIEAH BI�TI MUSTAFA KAMAL
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Sarjana Sains (Teknologi Maklumat-Pengurusan )
Fakulti Sains Komputer & Sumber Maklumat
Univeristi Teknologi Malaysia
�OVEMBER 2009
iii
Teristimewa untuk abah dan mak,
Mustafa Kamal & Mariah
Serta
Suami, Ahmad Kamil bin Ali
iv
PE�GHARGAA�
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis,
Prof.Madya Dr. Azizah binti A Rahman atas bimbingan dan dorongan yang diberi
sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Kerjasama daripada semua sekolah
menengah daerah Muar amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan schoolNet
di sekolah-sekolah menengah Daerah Muar. Sample kajian terdiri daripada 165
oragng guru yang mengajar di 33 buah sekolah menengah di dalam daerah Muar.
Instrumen kajian yang digunakan adalah melaui set soal selidik dan set temubual. Set
soal selidik mengandungi dua bahagian. Bahagian A mengandungi latar belakang
responden dan bahagian B mengandungi pernyataan tentang pelaksanaan SchoolNet
di sekolah, masalah dan cabaran yang dihadapi serta cara untuk meningkatkan kualiti
pelaksanaan SchoolNet di sekolah. Data yang diperolehi dianalisis dengan
menggunakan perisian “Statistical Packageg For Social Sciene” SPSS versi 11.01
untuk menetukan min, kekerapan da peratus. Dapatan kajian mendapati pelaksanaan
SchoolNet di daerah Muar tidak mengikut piawaian berdasarkan 9 komonen
implementasi ICT dalam pendidikan yang digunapakai oleh sekolah bestari. Pengkaji
juga mendapati beberapa masalah yang wujud dalam pelaksanaan schoolNet di
sekolah. Cadangan berkaitan dengan kajian dinyatakan di akhir penulisan ini.
vii
KA�DU�GA�
BAB PERKARA HALAMA�
PE�GAKUA� ii
DEDIKASI iii
PE�GHARGAA� iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KA�DU�GA� vii
SE�ARAI JADUAL x
SE�ARAI RAJAH xii
SE�ARAI LAMPIRA� xiii
1 PE�DAHULUA� 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakan Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
viii
1.6 Skop Kajian 9
1.8 Ringkasan Bab 11
2 KAJIA� LITERATUR 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Implementasi ICT Dalam Pendidikan 13
2.3 Tanda Aras Metodolgi ICT Dalam Pendidikan 16
2.3.1 Mengapa ICT 17
2.3.2 Metodologi Tanda Aras 18
2.3.3 Amalan Terbaik ICT Di Sekolah 29
2.3.4 Tanda Aras Komponen Sekolah Bestari
Di Malaysia dengan Ireland dan New Zealand 21
2.3.5 Perbandingan 9 Komponen Sekolah Bestari
(SSIS) Antara Malaysia dengan Ireland
Dan New Zealand 24
2.4 Pelaksanaan SchoolNet di Malaysia
Mengikut Perspektif Pengkaji 29
2.5 Pengenalan SchoolNet 30
2.6 Keperluan Pelaksanaan SchoolNet 32
2.7 Garis Panduan Pelaksanaan School 33
2.8 SchoolNet Di Malaysia 37
2.9 Ringkasan Bab 43
3 METODOLOGI 44
3.1 Pengenalan 44
3.2 Pendekatan Kajian 44
3.3 Rangka Kerja Kajian 45
3.3.1 Mengenalpasti bidang kajian 47
3.3.2 Pemilihan Tajuk 47
3.3.3 Penulisan Kertas Cadangan 47
3.3.4 Melakukan Kajian Literatur 48
ix
3.3.5 Pembinaan Item Soal Selidik 49
3.3.6 Mengadakan temubual dengan
Responden terpilih 50
3.3.7 Kajian rintis 51
3.3.8 Melaksanakan Kajian Sebenar 52
3.3.9 Analisis Data 53
3.3.10 Penulisan Pelaporan 53
3.3.11 Perbincangan dengan Penyelia 54
3.4 Ringkasan Bab 54
4 A�ALISIS DATA 55
4.1 Pengenalan 55
4.2 Instrumen Soal Selidik : Bahagian A 56
4.2.1 Maklumat Demografi Keseluruhan Responden 53
4.3 Instrumen Soal Selidik Bahagian B
4.3.1 Pelaksanaan School Di Sekolah 59
4.3.2 Masalah Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan
SchoolNet di Sekoah 70
4.3.3 Cadangan Untuk penambahbaikan kualiti
SchoolNet di sekolah 72
4.4 Instrumen Temubual 73
4.5 Ringkasan Bab 76
5 PERBI�CA�GA� 77
5.1 Pengenalan 77
5.2 Perbincangan 77
5.3 Pelaksanaan SchoolNet Masa Kini 78
5.4 Masalah dan Cabaran Yang Dihadapi
Semasa SchoolNet Dilaksanakan Di Sekolah 85
5.5 Cara Untuk Mengatasi Masalah dan Cabaran
Yang Terdapat Di Sekolah 89
x
5.6 Peningkatan Kualiti Pelaksanaan SchoolNet
Menurut Perspektif Pengkaji 91
5.7 Ringkasan Bab 94
6 KESIMPULA� 95
6.1 Pengenalan 95
6.2 Rumusa Hasil Kajian 99
6.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Kajian 99
6.4 Cadangan Kajian Akan Datang 100
6.5 Kesimpulan 101
RUJUKA� 102-103
LAMPIRA� 104
x
SE�ARAI JADUAL
�O. JADUAL TAJUK HALAMA�
1.1 Senarai Nama Sekolah Menengah Daerah Muar Yang 9
Terlibat Dalam Kajian
2.1 Amalan Terbaik Ict Di Malaysia 19
2.2 Perbandingan Implementasi Ict Mengikut 9 Komponen
Sekolah Bestari (Ssis) Antara Malaysia Dengan
Ireland Dan New Zealand. 25
2.3 Kekuatan Pelaksanaan Schoolnet Tajaan
Kerajaan Dan Tajan Pihak Swasta 30
2.4 Kelemahan Pelaksanaan Schoolnet Tajaan
Kerajaan Dan Tajaan Pihak Swasta 31
2.5 Garis Panduan Pelaksanaan Schoolnet 34
2.6 Statistik Pemasangan Schoolnet 40
3.1 Nilai Ketekalan Alat Kajian Bagi Kajian Rintis 52
14.1 Taburan Kekerapan Dan Peratus Jawatan Responden 56
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Pengalaman Mengajar
Responden 57
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratus Jumlah Waktu Mengajar
Responden 58
4.4 Jadual Skala Likert 59
4.5 Taburan Dan Kekerapan Peratus Respon Soalan 1 60
4.6 Taburan Dan Kekerapan Peratus Respon Soalan 2 61
4.7 Taburan Dan Kekerapan Peratus Respon Soalan 3 62
xi
4.8 Taburan Dan Kekerapan Peratus Respon Soalan 4 62
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengetahui
Individu Yang Bertanggungjawab Menguruskan
Schoolnet Di Sekolah 63
4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengetahui
Pengurus Schoolnet Di Sekolah Mendapat Latihan Khusus 64
4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratus Lokasi Internet Dapat
Diakses Di Sekolah. 65
4.12 Taburan Kekerapan Dan Peratus Jalur Lebar Yang Terdapat
Di Sekolah 66
4.13 Taburan Kekerapan Dan Peratus Sekolah Responden
Pernah Menghadap Masalah Ketika Mengakses Internet 66
4.14 Taburan Kekerapan Dan Peratus Sekolah
Gagal Mencapai Internet Di Sekolah 67
4.15 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengetahui
Pihak Yang Bertanggungjawab Menguruskan Kerosakan
Schoolnet 68
4.16 Taburan Kekerapan Dan Peratus Masa Yang Diambil Untuk
Memperbaiki Kerosakan Schoolnet 69
4.17 Taburan Kekerapan Dan Peratus Penilaian Respoden
Terhadap Capaian Internet Di Sekolah 70
4.18 Jadual Kekepran Dan Purata Masalah Yang Dihadapioleh
Schoolnet Disekolah 71
4.19 Jadual Kekerapan Dan Peratus Cadangan Penambahbaikan
Schoolnet Di Sekolah. 73
4.20 Senarai Nama Responden Yang Terlibat Dalam
Sesi Temubual 74
4.21 Kategori Dan Subkategori Persepsi Responden 75
5.1 Tanda Aras Pelaksanaan Schoolnet Di Sekolah-Sekolah
Daerah Muar 93
xii
SE�ARAI RAJAH
�O RAJAH TAJUK HALAMA�
2.1 Carta Alir Implementasi SchoolNet di sekolah 41
3.1 Rangka Kerja Kajian 46
xiii
SE�ARAI LAMPIRA�
LAMPIRA� TAJUK HALAMA�
A Borang Soal Selidik 104
BAB 1
PE�DAHULUA�
1.1 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin terhadap usaha para guru
dalam memartabatkan profesion perguruan dan melahirkan generasi sekarang dan
akan datang menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rancangan
Malaysia Kesembilan (2006-2010) dengan tema “Membina Tamadun dan Menjulang
Martabat Negara” menggariskan tentang penghasilan modal insan negara yang
berkualiti dalam mencapai Misi Nasional. Berdasarkan teras kedua Misi Nasional
iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta
memupuk minda kelas pertama.
Antara langkah yang dirangka untuk meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu pengetahuan dengan menyediakan fasiliti yang lebih baik dan
peluang pendidikan yang luas di semua peringkat pendidikan. Projek Sekolah
Bestari, Projek Pengkomputeran, Projek “Wireless Technology”, Penggunaan ICT
2
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,
SchoolNet, Portal MySchoolNet dan “Malaysian Grid For Learning(MyGfl) telah
dibangunkan bagi melengkapkan fasiliti pendidikan.
Atas hasrat inilah, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah melancarkan Koridor
Raya Multimedia dan telah menggariskan Sekolah Bestari antara perkara yang diberi
penekanan. Sekolah Bestari ditakrifkan sebagai institusi pembelajaran yang direka
semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan
pengurusan sekolah untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi zaman maklumat.
Penggunaan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) sebagai bahan bantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan
ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan
pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan
pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan
perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.
Sekolah bestari bukan sahaja merujuk kepada pelajar yang paling bijaksana
tetapi ia merujuk kepada cara yang paling bijak bagi memastikan setiap anak diberi
peluang yang sama bagi mencapai potensi diri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menitikberatkan perkembangsaan diri dipilih menjadi asas model sekolah
bestari. Satu projek rintis sekolah bestari telah dilaksanakan dan mendapati kerajaan
membelanjakan sekurang-kurangnya RM 1.8 juta untuk membekalkan infrastruktur
penuh bagi sesebuah sekolah bestari sedangkan kerajaan boleh membelanjakan
sekurang-kurangnya RM 642 000 bagi membekalkan infrasturuktur teknologi
makmal bagi sesebuah sekolah.
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan
lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan
kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga
memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi
3
pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi
era teknologi maklumat. Secara umumnya, Pembestarian Sekolah mengandungi
elemen-elemen seperti projek makmal komputer sekolah, program engajaran dan
pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), rangkaian
SchoolNet, rancangan TV pendidikan dan projek rintis sekolah bestari.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke lima, Dato' Seri Abdullah Haji
Ahmad Badawi juga telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan
terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai satu landasan kecemerlangan
generasi hadapan. Sekolah bertanggungjawab dalam merealisasikan hasrat ini dengan
mengaplikasikan infrastruktur yang telah disediakan dengan semaksima mungkin.
Maka, matlamat pembestarian sekolah untuk mengoptimumkan potensi murid di
semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijana dengan sempurna.
Projek SchoolNet merupakan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk
10,000 buah sekolah di seluruh negara. Prasarana SchoolNet menyediakan
kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa yang
membolehkan guru dan pelajar mengakses internet di sekolah khususnya.
Pada 25 Februari 2004, satu perjanjian telah termeterai antara GITN Sdn
Berhad sebagai kontraktor yang akan menguruskan projek SchoolNet dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia beserta Kementerian Tenaga Air dan
Telekomunikasi. Perjanjian tersebut mengambil masa selama 5 tahun setengah,
antara 25 Februari 2004 sehingga 24 Ogos 2009. GITN Sdn Bhd bertanggungjawab
membekal, menghantar, memasang, menguji, mengurus, menyelenggara dan melatih
10,000 ribu yang akan menikmati kemudahan rangkaian SchoolNet ini.
4
Selain menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program
sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia, komponen ini juga diharapkan
dapat merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar
bandar, memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara serta
mewujudkan suasana pendidikan interaktif.
Kini, semua sekolah di Malaysia sudah mempunyai kemudahan jalur lebar
SchoolNet di sekolah. Perkhidmatan SchoolNet ini sangat penting bagi pengurusan
sekolah yang semakin maksimum menggunakan internet dalam kegiatan seharian.
Selain daripada digunakan untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran,
internet menjadi penghubung dalam semua perkara yang berkaitan dengan sekolah.
Internet juga membolehkan guru atau staf di sekolah berhubung berkomunikasi
dengan pihak pentadbiran di peringkat daerah atau peringkat negeri.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya dapat membantu
pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan
perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
Pengurus sekolah tidak dapat memisahkan dirinya daripada membuat keputusan pada
setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus
sekolah.
Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah)
untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan
yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar,
pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu
mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.
Perkhidmatan SchoolNet boleh digunakan oleh guru dan pelajar tidak kira
masa kerana ia tersedia selama 24 jam sehari. Berbanding dengan capaian internet
biasa, capaian internet menggunakan talian SchoolNet mempunyai “bandwidth”yang
5
lebih laju untuk muat turun dan muat naik. Semua komputer di sekolah yang
berhubung dengan talian SchoolNet telah tersedia untuk capaian internet. Jaringan
internet ini disambungkan terus kepada Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL)
yang terdapat di sekolah.
GITN telah menentukan wakilnya di setiap negeri untuk memantau dan
menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah yang menghadapi
masalah operasi dan penyelenggaraan. Sekiranya terdapat aduan daripada pengguna
khususnya oleh pihak sekolah, pihak GITN menyediakan saluran untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan SchoolNet ini. Kesemua
wakil GITN yang ditempatkan di setiap negeri akan membuat pembaikan dan
pemulihan tahap satu di semua sekolah.
1.2 Latarbelakang Masalah
Secara umumnya, pembestarian sekolah perlu melengkapi aspek perkakasan
komputer, makmal komputer, SchoolNet, televisyen pendidikan, dan inisiatif
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI).Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Datuk Yusoff bin Harun
(2007) berpendapat, untuk menjadikan sekolah-sekolah lain sebagai bestari atau
disebutkan sebagai pembestarian, kita perlu membudayakan teknologi komunikasi
maklumat (ICT).
Makmal komputer dan perisian pengajaran PPSMI telah disediakan untuk
kegunaan para guru. Ini merupakan satu inisiatif membudayakan penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Dalam masa sama,
kita juga ada SchoolNet di mana sekolah disambungkan kepada Internet untuk
6
menghubungkan mereka ke seluruh dunia berbekalkan latihan literasi komputer yang
dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran.
SchoolNet ialah projek yang menyediakan akses internet di sekolah.
Kemudahan yang disediakan ini membolehkan guru dan pelajar menikmati
kemudahan persekitaran pembelajaran yang berbeza daripada biasa. Bukan setakat
manfaat kepada pelajar sahaja, internet juga memberi ruang yang besar kepada pihak
pentadbir sekolah untuk mempertingkatkan lagi sistem pengurusan sekolah. Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menegaskan frasa merapatkan jurang digital.
Kemudahan ICT yang dibekalkan adalah untuk merealisasikan objektif tersebut.
Amat bersesuaian sekiranya pembudayaan penggunaan teknologi ini seharusnya
berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Tun Faisal Ismail Aziz (2009) Kementerian Pelajaran Malaysia
wajar melihat kaedah untuk memanfaatkan web-TV bagi membantu pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas menggunakan komputer bimbit dan projektor yang
dibekalkan. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga wajar melihat ke
hadapan dan mengikut trend negara-negara yang lebih maju penggunaan ICT di
dalam kelas dengan merancang perolehan papan putih interaktif yang sekarang ini
semakin menggantikan penggunaan komputer meja dalam pengajaran dan
pembelajaran antara guru dan pelajar.
Penyediaan internet melalui jalur lebar SchoolNet di sekolah ini kurang
mendapat perhatian oleh seluruh warga sekolah. Sebahagian besar warga sekolah
juga tidak mengetahui bahawa wujudnya jalur lebar SchoolNet. Mereka tidak
menyedari perkhidmatan SchoolNet membolehkan warga sekolah mengakses
internet seluas mungkin melangkaui bilik darjah. Kajian yang dijalankan oleh Sani
bin Ngatimin (2008) mendapati sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer
adalah ditahap sederhana, guru-guru juga mempunyai kemahiran komputer yang
paling asas iaitu Microsoft Word.
7
Kajian yang telah dijalankan oleh Dr Sajap bin Marwan dari Jabatan
Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Tuanku Bainun (2005) mendapati para guru.
Sewajarnya menggunakan kemudahan internet yang ada di sekolah atau di rumah,
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran melalui laman web amat
sesuai dengan paradigma konstrtuktif. Selain dari itu, guru seharusnya sudah
bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada
pembelajaran yang berpusatkan pelajar
Jelaslah disini bahawa penglibatan guru dalam dunia ICT sangat terhad. Guru
hanya mengutamakan kaedah chalk and talk yang lebih mudah dan konvensional
daripada melangkau dari dunia kecil ke era teknologi yang lebih memberi
keuntungan bukan sahaja untuk guru tetapi pelajar juga.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah, terdapat beberapa permasalahan yang
dihadapi oleh sekolah dalam pengurusan SchoolNet di sekolah.
Persoalan yang ditimbulkan ialah:
“Bagaimanakah pelaksanaan School�et di sekolah dapat dipertingkatkan?”
Secara khususnya soalan-soalan berikut dapat menjelaskan lagi permasalahan
tersebut:
1. Apakah status pelaksanaan SchoolNet pada masa kini?
8
2. Apakah masalah dan cabaran yang terdapat semasa pelaksanaan ShoolNet
di sekolah?
3. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah dan cabaran bagi
memperbaiki pelaksanaan SchoolNet di sekolah?
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengetahui status pelaksanaan SchoolNet di sekolah.pada masa kini.
1.4.2 Mengenalpasti masalah dan cabaran yang dihadapi semasa SchoolNet
dilaksanakan di sekolah.
1.4.3 Memberikan cadangan untuk mengatasi masalah dan cabaran untuk
memperbaiki kualiti pelaksanaan SchoolNet di sekolah.
1.5 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian amat penting untuk didedahkan bagi kegunaan semua pihak di
antaranya:
1.5.1 Kajian ini akan memberi cadangan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk memperbaiki perkhidmatan SchoolNet di sekolah-sekolah.
1.5.2 Kajian ini akan memberi panduan kepada petadbir sekolah untuk
melaksanakan perkhidmatan Schoolnet ini di sekolah dengan lebih efektif.
9
1.5.3 Kajian ini akan membantu pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar mengetahui
pencapaian pelaksanaan SchoolNet di daerah Muar.
1.6 Skop Kajian
Kajian ini akan dijalankan di 33 buah sekolah menengah di daerah Muar.
Kajian ini terhad di peringkat sekolah sahaja. Rasional kajian ini berfokus di sekolah
kerana pelaksanaan SchoolNet ini diberikan secara percuma oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah.
Responden terdiri daripada 5 orang guru dari setiap sekolah. Seorang dari
kalangan pentadbir sekolah dan 4 orang guru yang dipilih secara rawak sekurang-
kurangnya mempunyai pengalaman menggunakan perkhidmatan SchoolNet di
sekolah. Responden guru sahaja sangat sesuai kerana guru adalah pemangkin bagi
menggerakkan kemudahan SchoolNet ini digunakan di sekolah. Nama-nama sekolah
yang terlibat dalam kajian ini boleh dirujuk dalam jadual 1.1. di bawah .
Jadual 1.1 Senarai �ama Sekolah Menengah Daerah Muar Yang Terlibat
Dalam Kajian
Bil �ama Sekolah
1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail (Studi), Bakri
2 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Naning, Air Hitam
3 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong, Muar
4 Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik, Muar
5 Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar
10
6 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar
7 Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
8 Sekolah Menengah Tinggi Muar
9 Sekolah Menengah Kebangsaan (Integrasi) Dato’ Amar Diraja
10 Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Junid
11 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sri Lanang
12 Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga
13 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir
14 Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda
15 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti
16 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Riayat Syah 1
17 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggung Ahmad
18 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar
19 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir
20 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak
21 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota
22 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani
23 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar
24 Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga
25 Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong
26 Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru
27 Sekolah Menengah Kebangsaan Persisiran Perdana
28 Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
29 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Hwa
30 Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil
31 Sekolah Menengah Kebangsaan St Andrew
32 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat
33 Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang
11
1.8 Ringkasan Bab
Secara umumnya, bab ini mengupas permasalahan yang berlaku terhadap
pelaksanaan SchoolNet di sekolah. Kepentingan penggunaan perkhidmatan ini sangat
ketara dalam menjanjikan sistem pendidikan yang lebih berkualiti, Semua pihak yang
berkaitan samada pengguna mahupun pembekal harus sama-sama berusaha untuk
memastikan perkhidmatan ini boleh diguna dengan sebaik mungkin. Pada akhirnya,
diharapkan projek ini dapat membantu pihak yang berkenaan untuk menjalankan
tugas yang telah diamanahkan dengan lebih efisyen dan lancar.
BAB 2
KAJIA� LITERATUR
2.1 Pengenalan
Tinjauan literatur adalah satu aktiviti awal yang penting dalam sebarang
penyelidikan.Blaxter, Hughes, dan Tight (2003) menegaskan bahawa kebolehan
untuk membuat tinjauan literatur secara kompeten merupakan satu kemahiran
penting bagi seseorang penyelidik. Dewasa ini, tinjauan literatur boleh menjadi satu
aktiviti yang mencabar disebabkan oleh kewujudan maklumat yang banyak dari
pelbagai sumber (Creswell, 2005).
Kajian literatur dilakukan dalam kajian ini untuk melihat fokus utama tentang
kajian ini. Tidak ketinggalan, kajian literatur ini mengandungi kajian lalu yang
relevan dan membolehkan penakrifan dan pemantapan yang jitu kajian ini. Kajian
literatur ini juga mengetengahkan rangka kerja dan elemen utama kajian yang
membolehkan objektif yang ditekankan dalam kajian ini terjawab.
13
2.2 Implementasi ICT Dalam Pendidikan
Kepentingan pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi dalam abad ke
21 tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran ICT dan memaksimakan penggunaanya dalam mentransformasikan
masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat (knowledge based society).
Kemujudan 7 aplikasi perdana dalam projek Multimedia Super Coridor (MSC)
menunjukkan kesungguhan kerajaan menempatkan Malaysia dalam hubungan global
antara-antara negara maju di dunia. Sekolah Bestari telah dibangunkan sebagai satu
daripada 7 aplikasi perdana projek MSC. Sekolah Bestrai merupakan pemangkin
bagi menambahbaik sistem pendidikan negara melalui penerapan kemahiran ICT
kepada murid-murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997). Idea mewujudkan
sekolah bestari dan penekanan kepada ICT di sekolah bukan satu perkara baru. Ianya
berturutan daripada projek rintis literasi komputer pada tahun 1986 di mana
Kementerian pelajaran telah menubuhkan jawatankuasa kerjasama dengan MIMOS.
Kementerian Pelajaran terus melakukan penambahbaikan berterusan dalam
mengukuhkan kemahiran ICT murid-murid dengan meneruskan projek seperti Pusat
Sumber Ilmu, Jaringan pendidikan, Pusat Sumber Elektronik serta Projek Sekolah
Bestari (Lee,2000).
Implementasi ICT dalam setiap organisasi pada masa kini bukanlah
merupakan satu fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi
bermula sekitar tahun 1950 an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan
perubahan terhadap pengurusan teknologi korporat.
Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan
organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan
perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu
pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan
14
prestasi kerja. Rasional bermaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan
bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan. Kedua-
dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan
kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. Sementara
perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan
tujuaan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan. Perubahan
paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan
mengkonsespsikan semual proses perniagaan dan ciri-ciri organisasi.
Menurut Davies (1996) pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah
yang perlu diberi perhatian ole pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke
21. Dua faktor utama yang mempengaruhi implementasi perubahan adalah ciri-ciri
organisasi yang mampu mengadaptasi kepada prubahan dan model yang diamalkan
dalam proses pengurusan perubahan.
Telem (1996) menjelaskan kerangka implementasi sistem pengurusan
maklumat di sekolah mengandungi lima komponen iaitu teknikal, struktur,
psokisosial, matlamat dan nilai serta pengurusan. Kerangka ini jelas menunjukkan
perubahan melibatkan implementasi di sekolah merupakan satu proses yang
kompleks dan memerlukan perhatian yang serius dan kerjasam semua pihak. Banyak
kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti proses implementasi ICT di sekolah.
Antaranya Fullan (1993) menyediakan kerangka yang mengambilkira
kompleksiti proses perubahan di sekolah. Beliau mendapati perkongsian visi
meruapakan perkara utama dalam proses implementasi ICT di sekolah. Dalam kajian
kes implementasi ICT di sekolah-sekolah di Ontario, Fullan (1992) mendapati tiga
dimensi perubahan dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:
i. Penggunaan perkakasan dan bahan perisian.
ii. Pengamalan aktiviti-aktiviti dan kaedah baru .
iii. Perubahan dalam pemahaman dan nilai.
15
Kajian kes oleh Mooij dan Smeets (2001) di sepuluh buah sekolah menengah
di Netherlands mendapati lima fasa dalam transformasi dan mengimplementasi ICT
di sekolah iaitu:
i) Penggunaan ICT oleh guru dalam bentuk individu atau kumpulan.
ii) Peningkatan kesedaran penggunaan ICT pada semua peringkat.
iii) Penekanan terhadap kordinasi ICT dan perkakasan di sekolah.
iv) Penekanan terhadap inovasi secara berperingkat dan sokongan ICT.
Mooij dan Smeets (2001) mencadangkan beberapa kaedah seperti pengurusan
sekolah, kepimpinan dan juga dasar untuk menyokong pengunan ICT dan bagaimana
sekolah boleh mempelajari implementasi ICTdengan sekolah-sekolah lain.
Flanagan dan Lynch (2003) menyatakan pengalaman - pengalaman kejayaan
dalam implementasi ICT dapat memberikan panduan kepada pemimpin-pemimpin
sekolah yang ingin mengimplementasi ICT di sekolah. Amalan-amalan yang
membawa kepada sekolah mengintegrasi ICT ialah penglibatan murid, perkongsian
visi, kesamarataan akses, perkembangan profesional dan sistem rangkaian yang
menyeluruh. Pemimpin sekolah boleh menjadikan amalan-amalan ini sebagai
peranan tanggungjawab dalam mewujudkan kepimpinan teknologi.
Kajian di lapan buah sekolah rendah di Malayisa mendapati faktor-faktor
yang menyokong pelaksanaan ICT adalah kesedaran terhadap kepentingan ICT,
kerjasama dengan warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendedahan
ICT kepada guru dan insentif untuk guru (Zaini, 2006).
Kejayaan implementasi ICT di sekolah dan perubahan pengurusan pada
pelbagai pihak bukan semata-mata kepada kecanggihan perkaksan dan perisian.
Secara tuntasnya, pengkaji dapat menyimpulkan perkara-perkara yang perlu
ditekankan dalam menjadikan pelaksanaan ICT di sekolah berjaya. Rumusannya
adalah seperti berikut:
i) Kerjasama bersepadu dari pemimpin, guru dan pelajar.
16
ii) Perkongsian visi.
iii) Perkakasan dan perisian yang lengkap.
iv) Perubahan pengurusan.
v) Perkembangan profesional
vi) Peranan pemimpin
2.3 Tanda Aras Metodologi Integrasi ICT Dalam Pendidikan
Sekolah Bistari (Smart School Integrated Solution, SSIS) ialah elemen yang
terkandung dalam projek Multimedia Super Koridor yang diusahakan oleh Kerajaan
Malaysia. Beberapa buah negara yang mempunnya rangka kerja amalan terbaik
dalam mengintegrasi ICT dalam pendidikan seperti Ireland, New Zealand, Amerika
Syarikat, United Kingdom, Japan, Singapura, Kanada dan Australia telah dijadikan
tanda aras untuk melihat perbezaan pengimplementasikan ICT dalam pendidikan
dengan Malaysia.
Kajian ilmiah tanda aras metodologi integrasi ICT dalam pendidikan ini cuba
untuk mengenal pasti dan merancang strategi dan kaedah yang digunakan oleh
pelbagai kementerian pendidikan untuk menyediakan penambahbaikan yang sesuai
mengikut piawaian dan pencapaian pelajar, guru, kakitangan sokongan dan pentadbir
di sekolah. Sudah jelas bahawa integrasi ICT (Information and Communication
Information) memainkan peranan penting bukan setakat mengurangkan beban guru
semata-mata. Ini telah dibuktikan oleh banyak negara bahawa ICT berpotensi
membuka peluang yang besar dalam proses pembelajaran pelajar.
17
2.3.1 Mengapa ICT?
Salah satu dari aliran yang unik pada semua Negara yang dikaji ialah
peralihan ke arah pendidikan berteraskan ICT bertepatan dengan 3 faktor utama iaitu
ekonomi,sosial dan pedagogi. Faktor ekonomi memang sudah sangat jelas. Mereka
perlu meningkatkan kemahiran ICT untuk bersedia dengan desakan dalam industri
yang mengalami perubahan drastik menggunakan ICT dalam kegiatan rutinnya.
Masyarakat mula percaya bahawa ICT kini adalah kemahiran hidup bukan setakat
bahan tambahan sahaja. Sebagai contoh, kebayakan negara yang mempunyai
pengurusan e-kerajaan yang stabil menyediakan kemudahan dan perkhidmatan awam
secara on-line.Ini bermakna rakyat perlu memiliki kemahiran asas penggunaan ICT.
Ini juga berkait rapat dengan pedagogi dalam pendidikan juga. Suasana kelas
tradisional lebih berpusatkan guru menggesa pelajar mengikuti reantak pengajaran
oleh guru. Akhirnya pendidikan itu hanya terikat dengan bilik darjah dan
berorientasikan peperiksaan semata-mata. Seluruh dunia menunjukkan ICT telah
mengubah pendidikan dalam dua sudut. Negara-negara yang menjadi tanda aras bagi
kajian ilmiah ini membuktikan aliran yang baik ke arah menerapkan ICT dalam
matapalejaran dan memperkayakan persekitaran pembelajaran. Sesebuah negara
pula, pelajar telah mencapai kebolehan menggunakan ICT secara total dalam
persekitaran pembelajaran mereka.
Kanada telah berjaya membuktikan bahawa peranan yang bertentangan antara
guru dan pelajar, di mana kefahaman pelajar terhadap ICT boleh membantu guru
mereka mengatasi kesulitan dalam penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Pelajar
menjadi mahir menggunakan ICT untuk melaksanakan kerja berkumpulan, membina
bahan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Guru juga cenderung
menyumbangkan sumber pengajaran yang berasaskan ICT dan menggunakan ICT
merentas kurikulum. Walaubagaimanapun, perkara penting yang perlu diambil kira
di semua negara ialah penglibatan guru secara total adalah perkara yang sukar untuk
dilaksanakan.
18
2.3.2 Metodologi Tanda Aras
Metodologi yang digunakan dalam dua fasa yang berbeza. Secara umumnya,
kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan terbaik oleh Negara yang telah
mencapai tahap kejayaan dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan di sekolah.
Sementara itu, Kanada dipilih sebagai negara yang paling berjaya dalam
pelaksanaan SchoolNet, mengambil contoh Amerika Syarikat lebih tepat kerana
negara tersebut menggunakan pelbagai pendekatan dalam mencapai pendidikan yang
berkualiti dalam komuniti pendidikan yang lebih luas. Singapura pula telah
menerima fasa pendekatan kearah mengintegrasi ICT dalam proses pendidikan.
Walaubagaimanapun pendekatan yang berturutan ini adalah fenomena yang biasa
dilaksanakan oleh semua Negara yang dikaji dalam kajian ilmiah ini. Jepun juga
dipilih kerana penyerapan secara mendalam berkenaan pendidikan berasaskan ICT.
Komponen SSIS (Sekolah Bistari) telah di tanda aras bersandarkan kepada
dua buah negara iaitu Ireland dan New Zealand. Pilihan ini dibuat berdasarkan
kepada fakta bahawa dua buah negara ini telah berjaya sepenuhnya di fasa
penubuhan sehingga pelaksanaan ICT dalam pendidikan yang membawa tahapyang
signifikan dalam pembaharuan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Proses penandaan aras ini mengandungi tumpuan terhadap perkara yang akan
kita pelajari dari perbandingan yang dibuat, dan bagaimana pembelajaran boleh
dilaksanakan dengan sistematik yang berkesinambungan dengan sistem yang ada.
Watson(1993) mengatakan proses penandaan aras meliputi 4 soalan utama. Soalan-
soalannya adalah seperti berikut:
• Apa yang perlu di tanda aras?
• Siapa yang perlu ditanda aras?
• Bagaimana kita menunjukkan proses itu?
• Bagaimana mereka menunjukkan proses itu?
19
Dua faktor utama telah dikenalpasti yang mempengaruhi pelaksanaan sekolah bistari
dalam negara ialah i) persekitaran pengajaran dan pembelajaran dan ii) sumber
infrastruktur dan literasi digital.
i) Sumber Infrastruktur dan Literasi Digital
a. Penggunaan komputer
b) Penggunaan internet dan jalur lebar
c) Insfrastruktur data berkelajuan tinggi
ii) Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran
a) Pengalaman guru mengamalkan pedagodi yang betul
b) Guru mengikut nisbah pelajar
c) Kurikulum yang mendalam
d) Pelbagai sumber kurikulum (berasaskan ICT dan bukan ICT)
2.3.3 Amalan Terbaik ICT Di Sekolah
Setiap negara mempunyai amalan terbaik yang digunakan dalam pelaksanaan
ICT dalam pendidikan Jadual 2.1 di bawah menjelaskan amalan-amalan terbaik
yang digunakan oleh negara dalam mengintegrasikan ICT di sekolah (Benchmarking
Of The Smart School Integrated Solution, 2004)
Jadual 2.1 Amalan Terbaik ICT Di Sekolah
Bil �egara Amalan Terbaik
1.
Ireland
Projek yang diusahakan ialah
Perkongsian (Partnership)
i) Konsep perkongsian digunakan
20
:
Schools IT 2000 – A policy
framework for the Millenium
Objektif :
Memastikan pelajar di
sekolah mempunyai peluang
untuk mencapai pengetahuan
tentang komputer dan
memperlengkapkan mereka
sebelum melibatkan diri
dalam dunia informasi.
sepenuhnya sepanjang usaha
menjayakan projek Schools IT 2000.
ii) Penglibatan pihak sekolah, ibu bapa,
masyarakat setempat dan kelas
ketiga kolej bersama-sama dengan
pihak kerajaan dan pihak swasta
bagi mencapai matlamat utama
projek tersebut.
iii) Pengiktirafan telah diberikan kepada
penyumbang terbesar yang telah
menggerakkan pembangunan polisi
dan program IT .
2.
Kanada
Projek yang diusahakan
ialah:
Canada’s SchoolNet
Objektif :
Memberi kemuadahan
elektronik dalam
perhubungan antara sekolah-
sekolah di dalam negara,
kerajaan, sekolah dan
perpustakaan digital
(LibraryNet).
Penglibatan Kerajaan Persekutuan dan
Perkongsian
i) Secara umumnya, penglibatan
kerajaan persekutuan di dalam
strategi hubungan nasional sangat
diperlukan dan dibolehkan terlibat
dalam sistem pendidikan.
ii) Tindak balas dari hasrat ini oleh
semua yang terlibat untuk
menyediakan kemudahan ICT di
sekolah di Kanada telah melangkaui
batasan kuasa.
21
3.
United Kingdom
Projek yang diusahakan
ialah:
School Achieving Succes
Objektif :
Memastikan semua sekolah
dapat memanfaatkan potensi
teknologi baru di sekolah
Dana Tabungan
i) Kebanyakan dana datang dari
kerajaan utama dan telah diagihkan
ke penguasa-penguasa tempatan
melalui kemeneterian
pengangkuatan, kerajaan tempatan
dan daerah.
ii) Elemen tempatan pula datang Majlis
Cukai iaitu cukai harta tempatan
yang diambil sebanyak 20 peratus
yang ditabung oleh penguasa
tempatan terhadap perkhidmatan
yang disediakan.
2.3.4 Tanda Aras Komponen Sekolah Bestari di Malaysia dengan Ireland dan
�ew Zealand
Tanda aras komponen Sekolah Bistari dilaksanakan dengan dua buah negara ini
sahaja. Elemen yang akan diukur adalah berdasarkan kepada 9 komponen yang
dilihat hampir samam dengan komponen yang digunapakai di Ireland dan New
Zealand.(Benchmarking Of The Smart School Integrated Solution, 2004) 9
komponen yang dibuat perbandingan adalah seperti berikut:
22
i) Prasarana teknologi
Secara umumnya, kelapan-lapan buah negara itu memperlihatkan matlamat
yang lebih kurang sama dalam memilih teknologi dan infrastruktur untuk sekolah.
Antara perkara yang dititikberatkan ialah:
� Membina, menyelenggara dan pembangunan alatan kelengkapan dan
jaringan dengan cara yang betul di mana cara itu tidak akan
menghilangkan peranan guru dalam pengajaran
� Memastikan kemudahan itu membolehkan kakitangan mendapat
faedah yang besar seperti maklumat dan sumber untuk pengajaran dan
pembelajaran termasuklah urusan pentadbiran sekolah
� Membangunkan dan mengekalkan latihan dan pembagunan
kurikulum dengan mengintegrasikan ICT dalam rancangan kerja
tahunan.
ii) Perubahan Pengurusan
Hasil yang paling jelas dalam lapan buah negara ialah pendekatan perubahan
pengurusan dalam organisasi khususnya sekolah. Apabila perkara ini berlaku pihak
yang paling bertanggungjawab ialah gruru. Guru perlu memainkan peranan yang
sangat penting berkenaan penggunaan ICT dalam pendidikan.
Guru perlu memastikan diri mereka bersedia untuk belajar dan menguasai
kemahiran ICT sebelum mereka berdepan dengan pelajar yang sangat
berkehendakkan perkara baru dalam kehidupan mereka. Oleh sebab yang demikian
semua negara mengadakan pelbagai daya usaha untuk memantapkan kemahiran
guru.
iii) Perkhidmatan Sokongan
Penyediaan perkhidmatan sokongan ke sekolah adalah antara tumpuan utama pihak
pendidikan tertinggi terutama bagi sekolah yang sangat berminat menggerakkan
pendidikan berorientasikan ICT. Antara langkah yang diambil untuk memastikan
23
pihak bertanggungjawab sentiasa memberikan khidmat sokongan di sekolah adalah
seperti berikut:
� Menyediakan panduan rangka kerja yang lengkap bagi mendapatkan
peralatan dan perisian ICT
� Menyediakan pusat khidmat sokongan kepada semua sekolah di
seluruh negara
� Perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan penyelenggaraan
dan sokongan jaringan
iv) Sistem Pengurusan Sekolah Bistari
Antara kaedah yang sama digunakan di lapan buah negara dalam sistem
pengurusan sekolah dalam pemerhatian ini ialah:
� Tidak terdapat satu pun piawaian yang rasmi digunakan dalam sistem
pengurusan sekolah dalam negara tersebut. Ini adalah kerana semua
urusan pembelian perkakasan dan perisian dibuat oleh pentadbir
sekolah sendiri. Peranan pihak tertinggi dalam pendidikan terhad
kepada meletakkan sasaran dan matlamat dalam pendidikan selaras
dengan falsafah pendidikan negara, merangka polisi untuk
dilaksanakan dan menyediakan kemudahan. Pengurusan ke peringkat
lebih rendah terpulang kepada pihak pentadbir sekolah.
� Tidak semua sistem pengurusan pentadbiran berhubungkait dengan
sistem pengurusan pembelajaran.
v) Pengajaran dan Pembelajaran
Elemen yang dititikberatkan dalam aspek ini ialah kurikulum, pedagogi,
penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.
24
vi) Integrasi Sistem Dan Pengendalian
Sistem yang diperkenalkan perlulah mempunyai integrasi ke atas seluruh
organisasi. Integrasi dalam sekolah meliputi aspek fizikal sekolah, pengurusan, klien
dan pentadbir. Tidak ketinggalan ke atas kurikulm dan pedagogi dalam pendidikan.
vii) Pengurusan Projek
Projek yang diusahakan perlu memiliki pengurusan yang ternacang dan
sempurna. Selain dari memastikan kerjasama dan penglibatan semua pihak, projek
yang akan dilaksanakan perlu memenuhi sasaran dan matlamat yang telah digariskan
oleh organisasi.
2.3.5 Perbandingan Implementasi ICT Mengikut 9 Komponen Sekolah
Bestari (SSIS) Antara Malaysia dengan Ireland dan �ew Zealand
Jadual 2.2. di bawah menunjukkan perbandingan pelaksanaan ICT dalam
pendidikan berdasarkan kepada 9 komponen Sekolah Bistari di Malaysia dengan
Ireland dan New Zealand.
25
Jadual 2.2 Perbandingan Implementasi ICT Mengikut 9 Komponen Sekolah
Bestari (SSIS) Antara Malaysia Dengan Ireland dan �ew
Zealand.
�egara
Ciri-ciri/
Malaysia
Ireland
�ew Zealand
Sekolah Bistari
(SSIS)
Tidak meletakkan
sistem pengurusan
pada satu tempat
Tidak meletakkan
sistem pengurusan
pada satu tempat
9 komponen
6-8 komponen 4-6 komponen
Sistem Pengurusan
Sekolah Bistari
dengan 9 komponen
Implementasi
terpilih sahaja dalam
sistem pengurusan
sekolah
Tiada pengakhiran
automasi proses
dalam pengurusan
sekolah
Pengajaran
dan
pembelajaran
Sepenuhnya secara
terus dari kerajaan
Peranan Kerajaan
terhad dalam sekolah
hanya sebahagian
bantuan
Pedagogi,
kurikulum, penilaian
dan bahan
pengajaran dan
pembelajaran
berasaskan ICT
ditentukan oleh
badan khas
pendidikan
Implementasi ICT
terpulang
sepenuhnya kepada
kebijaksanaan pihak
pentadbir sekolah
dan pihak pelajaran
daerah
Penilaian sistem
akan dibuat oleh
kerajaan hanya
untuk melihat
pelaksanaan di
sekolah mencapai
sasaran yang telah
ditetapkan oleh
26
pihak kerajaan
Penilaian terhadap
pedagogi dan
kurikulum
dilakasanakan oleh
bahagian kajian
pendidikan
Infrastruktur
dan teknologi
Ditaja sepenuhnya
oleh kerajaan dan
diperkemaskan lagi
Terdapat perbezaan
antara infrastruktur
dan teknologi yang
digunakan di
sekolah.
Mengekalkan tajaan
kerajaan dan
penglibatan sektor
swasta telah berjaya
memperluaskan
keupayaan
infrastruktur ICT di
semua sekolah
Pengagihan yang
tidak sama rata ke
atas infrastruktur
ICT. Tajaan
kerajaan yang
terhad.
Penglibatan besar
masyarakat dengan
pihak sekolah telah
menaiktaraf
infrastruktur yang
bersesuaian
Integrasi dan
gabung jaling
sistem
Integrasi dan
gabungjalin yang
sepenuhnya dalam
semua peringkat
Ketidaksamaan
sistem.
Integrasi dan
gabungjalin akan
dipastikan
berdasarkan
piawaian produk dan
hasil
Ketidaksamaan
sistem
Integrasi dan
gabungjalin akan
dipastikan
berdasarkan
piawaian produk
dan hasil
Keselamatan Kepelbagaian polisi
dan mekanisma
Keselamatan terhad
kepada pengesahan
Polisi dibuat pada
satu kelompok dan
27
keselamatan
ditempatkan
Keselamatan dari
segi fizikal tersedia
di sekolah
dan mekanisme
capaian kawalan
Tidak terdapat polisi
keselamatan yang
selaras di peringkat
pendidikan nasional
Polisi hanya
dibentuk diperingkat
sekolah sahaja
Keselamatan dari
segi fizikal tersedia
di sekolah
peringkat sekolah
sahaja. Penggunaan
VPN dan dinding
kebal terhad pada
sesetengah
kelompok sahaja
Keselamatan dari
segi fizikal tersedia
di sekolah
Perubahan
pengurusan
Usaha melibatkan
guru dan pihak
sekolah
Perubahan
pengurusan dan
pembangunan guru
mengikut
persetujuan pihak
yang tertinggi
Dana dan sumber
peruntukan yang
besar
Penglibatan dari
pihak guru yang
penuh minat. Semua
guru telah diberi
latihan ICT fasa 1
Kaedah yang
berbeza berkenaan
latihan guru telah
dikaji. Pengetua
mensasarkan
program khusus
sahaja
Latihan disediakan
oleh pelajar dan
masyarakat
Penglibatan pihak
swasta yang besar
dalam penyediaan
infrastruktur dan
latihan
28
Penilaian kerap
terhadap kemahiran
guru dalam
pengajaran dan
penggunaan ICT.
Semua guru
dibekalkan dengan
komputer riba
Perkhidmatan
sokongan
Meja bantuan di
seluruh negara
Terdapat penyelaras
IT di peringkat
sekolah
Meja bantuan di
peringkat
kebangsaan dan
daerah
Sekolah hanya
menguruskan
pekhidmatan yang
diperlukan,
Menguruskan
perkhidmatan bagi
membekalkan
infrastruktur dan
sokongan
Penasihat IT dalam
semua pusat
pendidikan
Perkhidmatan
sokongan diberikan
oleh sukarelawan
dan masyarakat
Sekolah
membekalkan
sendiri
perkhidmatan
sokongan
29
2.4 Pelaksanaan School�et di Malaysia Mengikut Perspektif Pengkaji
Malaysia telah mengetengahkan 9 elemen yang perlu ada dalam pengurusan
Sekolah Bestari yang sangat lengkap untuk dijadikan amalan dalam organissasi
pendidikan. Walaubagaimanapun, elemen yang digariskan itu memerlukan
penambahbaikan dan peningkatan di peringkat nasional mahupun di peringkat
sekolah.
Meskipun kajian ini hanya bertumpu kepada masalah yang berkaitan dengan
SchoolNet yang merupakan satu entiti kecil sahaja, tetapi ia memainkan peranan
yang besar dan memberi impak yang maksima bagi pengurusan sekolah dan nasional
secara umumnya. Berikut adalah pandangan pengkaji mengenai pelaksanaan
SchoolNet di Malaysia di sekolah dan ini adalah kayu ukur bagi mencapai objektif
bagi kajian ini.
i) Pengetahuan asas mengenai SchoolNet
ii) Penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran
iii) Infrastruktur teknologi
iv) Perkakasan dan perisian
v) Kerjasama bersepadu dari pihak pentadbir, guru dan pelajar
vi) Perkhidmatan sokongan
Sistem sekolah bestari yang telah disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malysia
sangat lengkap dan sempurna. Walaubagaimanapun, pelaksanaan yang sempurna
mustahil dapat dilaksanakan menyeluruh di seluruh sekolah. Sistem yang ada boleh
digunakan ke atas perkhidmatan SchoolNet di sekolah kerana perkhidmatan ini
disediakan terus di semua sekolah serta ia adalah elemen kecil antara program
kerajaan mewujudkan masyarakat berasaskan maklumat.
30
2.5 Pengenalan School�et
Inisiatif SchoolNet muncul atas kesedaran bahawa minat yang biasa sahaja
tidak mencukupi dalam struktur institusi kini. Lazimnya perkembangan ICT lebih
pantas daripada system pendidikan dan perkembangan seseorang individu.
SchoolNet tidak dilihat semata-mata keuntungan satu pihak tetapi ia memberi
kemudahan yang sangat luas dan besar. Dalam erti kata sebenar, model jaringan ini
berkaitan antara komputer, sekolah, guru dan pelajar dan SchoolNet secara tidak
lansung menggalakkan jalinan kerjasama dan penglibatan antara masyarakat.
Terdapat dua ciri SchoolNet yang di amalkan di kebanyakan negara di dunia
(.School%et Toolkiti : 2004) iaitu SchoolNet yang ditaja oleh kerajaan dan tajaan
pihak swasta. Jadual 2.3 dan jadual 2.4 berikut menunjukkan kekuatan dan
kelemahan ciri-ciri tersebut.
Jadual 2.3 Kekuatan Pelaksanaan School�et Tajaan Kerajaan Dan Tajan
Pihak Swasta
Ciri-Ciri
School�et
Kekuatan
Tajaan
Kerajaan
1. Polisi, kurikulum dan peraturan boleh diubahsuai mengikut
kesesuaian keperluan.
2. Mampu menjalinkan visi dan matlamat ICT merentasi sistem
pendidikan.
3. Prospek yang baik untuk menampung kewangan untuk
jangka masa panjang.
Tajaan Swasta
1. Mudah untuk membuat penetapan untuk skala yang lebih
kecil.
31
2. Inovatif dan boleh bertindak dengan cepat.
3. Pihak atasan berhubung terus hingga ke peringkat akar umbi
4. Perkembangan yang mudah dengan pelbagai rakan kongsi
dan berhubung dengan pelbagai peranan
5. sokongan yang jitu bermula kajian rintis hingga pelaksanaan
sebenar
Jadual 2.4 Kelemahan Pelaksanaan School�et Tajaan Kerajaan dan Tajaan
Pihak Swasta
Ciri-Ciri
School�et
Kelemahan
SchoolNet
Tajaan Kerajaan
1. Masa yang diambil terlalu lama untuk perubahan dan
penetapan matlamat
2. Risiko penolakan
3. Halangan yang besar dari pihak pengurusan atasan
4. Isu politik
SchoolNet
Tajaan Swasta
1. Sumber yang terhad.
2. Perlu bergantung kepada permintaan penaja.
3. Proses kerjasama dengan kerajaan mengambil masa
yang sangat lama.
4. Tiada jaminan prospek kewangan yang baik bagi
jangka masa yang panjang.
32
2.6 Keperluan Pelaksanaan School�et
Beberapa perkara perlu dititikbertakan sebelum melaksanakan program SchoolNet di
sekolah. School%et Toolkit (2004) menyenaraikan beberapa perkara asas yang perlu
dipatuhi untuk melaksanakan SchoolNet.
i) Polisi
Perkara yang terbaik ialah memiliki polisi atau dasar yang sangat jelas
tentang penggunaan ICT dalam pendidikan yang berkaitan dengan ekonomi negara
dan rangka kerja pembangunan sosial.
ii) Pendekatan Pelbagai Cara
Perlunya kesanggupan semua pihak pentadbiran atasan mengadakan
hubungan kerjasama
iii) Persekitaran Pendidikan Terbuka
Kementerian Pelajaran, pihak pentadbir sekolah dan guru perlu membuka
ruang baru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran berteraskan ICT serta
bersedia untuk meluangkan masa dan tenaga dalam mengimplimentasikan potensi
perubahan jangka panjang
33
iv) Melengkapkan Kemudahan Sekolah
Bekalan komputer yang mencukupi lengkap dengan hubungan internet yang
baik
v) Tanggungan Kos Operasi
Kos operasi untuk jangka masa yang panjang sangat perlu untuk kerja-kerja
penyelenggaraan prasarana
vi) Sokongan Teknikal
Perkara ini perlu dititikberatkan bagi memastikan masalah yang timbul dalam
pelaksanaan SchoolNet boleh diselesaikan dalam jangka masa yang singkat
Sokongan teknikal sewajarnya mudah dihubungi, cepat bertindak dan efektif.
vii) Penglibatan Menyeluruh Sekolah dan Guru
Penglibatan yang menyeluruh perlu ada untuk membina masyarakat maya
yang efektif
2.7 Garis Panduan Pelaksanaan School�et
School%et Tollkit (2004) telah meletakkan garis panduan dalam melaksanakan
SchoolNet dengan beberapa ciri-cirinya yang tertentu. Ciri-ciri tersebut boleh dirujuk
dalam jadual 2.5 di bawah.
34
Jadual 2.5 Garis Panduan Pelaksanaan School�et
Ciri-ciri Huraian
Langkah awal projek
School�et
2. Mengenalpasti pucuk pimpinan yang
bertanggungjawab berkaitan SchoolNet dari
mula hingga akhir
3. Memantapkan suasana dan kemudahan ICT
di sekolah, terutamanya keperluan
4. Meletakkan program SchoolNet dalam polisi
pendidikan nasional
5. Menyelidik dan membangunkan segala
peluang untuk mencari sumber kewangan
6. Membuat perancangan dan aktivit yang jelas
7. Membina infrastruktur SchoolNet yang
lengkap
Perancangan dan Sumber
School�et
2. Sumber kewangan
• sangat penting untuk menentukan
aktiviti yang boleh diadakan. sumber
kewangan boleh diperolehi daripada
kerajaan, sektor swasta, penderma
perseorangan dan kutipan derma dari
komuniti sekolah
3. Sumber Manusia
• pengambilan pekerja baru, pinjaman
pekerja dari sector lain dan sukarelawan
4. Pengurusan rakan kongsi dan penderma
• membolehkan pusingan modal,
meningkatkan hubungan dengan rakan
35
kongsi baru, publisiti yang baik terhadap
semua yang terlibat
5. Membangunkan “business plan”
• bermakna rancangan itu mesti dirancang
dengan jelas dan berjalan dengan baik
dengan menekankan aspek pendapatan,
perbelanjaan, aktiviti dan risiko.
6. Perancangan projek
• matlamat dan keutamaan dalam
perancangan perlu ada ada dalam projek
Schoolnet.
• Projek ialah aktiviti yang mempunyai
objektif, tempat, jangka masa , sumber
dan peruntukan kewangan.
7. Kekuatan perancangan
• penyediaan infrastruktur, sokongan, kualiti
dan keadaan perkhidmatan
Penglibatan Sekolah dan
Guru
2. Pemilihan sekolah
• sekolah yang baik membolehkan
boleh membuka peluang agar projek
berjaya tetapi sekolah yang tidak
sesuai akan meningkatkan kos dan
menjurus kepada kegagalan proje
• Ciri-ciri sekolah yang membolehkan
projek SchoolNet lebih berjaya ialah
minat, motivasi dan komitmen
pengurusan sekolah dan pendidik;
bersedia untuk mengeluarkan modal
permulaan; matlamat projek dan
wawasan sekolah setara; perancangan
36
sekolah dan pengurusan pentadbiran
yang berkesan
3. Mempromosikan program yang menarik
seperti portal pendidikan yang menegaskan
faedah dalam pendidikan; menyediakan
ganjaran dan insentif.
4. Pucuk pimpinan
• melantik ketua atau pemimpin yang
memiliki pengetahuan yang berkaitan;
mampu menggalakkan orang lain;
menyokong dan menjadi sumber rujukan
bagi orang lain
5. Perancangan teknologi sekolah
• melaksanakan penilaian terhadap ICT di
sekolah; matlamat ICT bersepadu dengan
penggunaan ICT dalam pendidikan;
pembangunan staf;
6. Perubahan pengurusan
• melaksanakan prubahan dalam
pengurusan lama kepada pengurusan
baru memudahkan pelaksanaan teknologi
ke seluruh organisasi
7. Motivasi Guru
• menumpukan kepada menjadikan tugas
harian guru lebih mudah; memastikan
kursus dalam guru lebih berkesan dan
bermakna;
37
2.8 School�et Di Malaysia
SchoolNet diwujudkan untuk mempromosikan pengetahuan dalam masyarakat
dengan menghubungkan sekolah dengan jaringan internet , membina hubungan
antara guru, pelajar dan sekolah, berkongsi maklumat dan sumber, menyokong
pembelajaran secara maya dan persekitaran yang sentiasa berhubung antara satu
sama lain. Inisiatif SchoolNet ini bergerak diantara ICT dan pendidikan. Negara
pertama yang membina SchoolNet ialah Kanada yang mengatakan SchoolNet
bersedia menyediakan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Ia adalah juara
pembelajaran yang berterusan dan pencipta sumber pendidikan yang bertaraf dunia
melalaui ICT.
“Dengan adanya rangkaian ini, pihak sekolah boleh merancang bahan
pembelajaran untuk meningkatkan tahap penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) di sekolah serta tahap pembelajaran, di mana tiada batasan untuk
mendapatkan maklumat.”(Datuk Amar Leo Moggie:2004).
Pada tahun 1 Ogos 1996, perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir pada
waktu itu telah melancarkan Koridor Raya Multimedia yang telah menggariskan
pewujudan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari ditakrifkan sebagai institusi
pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran
dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk pelajar-pelajar menghadapi era
teknologi maklumat pada masa akan datang.
Kementerian Pelajaran Malaysia(1997) dalam The Malaysian Smart School :A
Conceptual Blueprint menyatakan Sekolah Bestari harus mempunyai kualiti berikut :
1. Falsafah mengatakan pelajar boleh belajar sekiranya diajar dengan
meletakkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar
38
2. Kurikulum yang meluas dengan mempertimbangkan perbezaan keupayaan
dan keperluan pelajar
3. Iklim sekolah yang lebih sesuai untuk pembelajaran
4. Penilaian yang berterusan menyokong arahan yang jelas
5. Pengetua dan guru yang professional dan berdaya saing
6. Penglibatan dan sokongan yang tinggi oleh ibu bapa dan masyarakat
Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan
lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan
kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran
sekolah serta kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah adalah
kesinambungan konsep Sekolah Bestari yang menjadikan sekolah sebagai institusi
pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi era
teknologi maklumat.
Sehubungan dengan itu, Malaysia telah mengorak langkah memperkenalkan
perkhidmatan SchoolNet di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Objektif
kewujudan SchoolNet di Malaysia adalah menyediakan kemudahan persekitaran
yang berlainan kepada guru dan pelajar selain daripada pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, perkhidmatan Schoolnet membolehkan pelajar sama ada di dalam dan di
luar bandar mendapat capaian Internet yang sama rata, sekaligus merapatkan jurang
digital antara mereka.
Projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk merealisasikan konsep sekolah bestari seperti pembinaan makmal komputer,
program pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI),
rangkaian SchoolNet, tv pendidikan, matapelajaran ICT, dan latihan ICT kepada
pentadbir sekolah dan guru.
39
SchoolNet secara asasnya ialah perkhidmatan jalur lebar yang menyediakan
capaian internet secara percuma di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Aspek
teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke
arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang
berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Pelaksanaan Sekolah Bestari
akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang
akan membolehkan fleksibiliti dan keplbagaian yang dibina dalam sistem
pendidikan( Kementerian Pelajaran Malaysia dalam The Malaysian Smart School :A
Conceptual Blueprint:1997).
Justeru itu, pada 25 Februari 2004, satu perjanjian telah dipersetujui antara
Syarikat GITN (Government Integrated Telecommunications Network) merupakan
anak syarikat Telekom Malaysia (TM) sebagai kontraktor utama bersama MIMOS
Berhad (diwakili oleh JARING) dan eB Technologies (M) Sdn Bhd dengan
kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Tenaga Air dan
Telekomunikasi. Implementasi projek ini bernilai RM374.2 juta membabitkan
hampir 10,000 sekolah dan 5 juta pelajar pada waktu itu.
Pemasangan SchoolNet sehingga tahun 2004 meliputi 2 jenis sekolah iaitu
sekolah rendah dan sekolah menengah yang berada di bandar dan luar bandar.
Pemasangan SchoolNet di sekolah rendah yang terletak di kawasan bandar sebanyak
1506 dan sebanyak 5998 di kawasan luar bandar. Sementara pemasangan SchoolNet
di sekolah menengah meliputi kawasan bandar sebanyak 815 dan 1087 di sekolah
yang terletak di kawasan luar bandar. Statistik boleh dilihat dengan lebih jelas dalam
jadual 2.6 seperti berikut :
40
Jadual 2.6 Statistik Pemasangan School�et
Jenis sekolah Bilangan Sekolah yang Terlibat
Bandar Luar bandar
Sekolah Menengah 815 1087
Sekolah Rendah 1506 5998
Jumlah 2321 7085
Keseluruhan 9406
Perkhidmatan SchoolNet yang disediakan di sekolah tersedia untuk
digunakan oleh guru dan pelajar tidak kira masa selama 24 jam sehari. Capaian
internet menggunakan SchoolNet mempunyai kelajuan lebarjalur 128Kbps muat-naik
dan 1Mbps muat-turun.
Carta alir implementasi SchoolNet di sekolah boleh dilihat dalam rajah 2.... di
sebelah. Carta alir ini bermula dengan penyediaan senarai nama sekolah yang terlibat
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Langkah seterusnya ialah memetakan
teknologi yang akan digunakan oleh SchoolNet. Terdapat 3 jenis teknologi yang
akan digunakan dalam projek SchoolNet ini iaitu teknologi ADSL, teknologi VSAT
dan teknologi tanpa wayar. Selesai sahaja pemilihan teknologi dilakukan wakil dari
pihak GITN akan ke lokasi yang telah dipilih untuk melakukan tinjauan lokasi.
Pemasangan akan dilakukan setelah tinjauan lokasi telah dibuat. Setiap
pemasangan yang berjaya dilaksanakan akan diuji dan dinilai. Sebarang kesulitan
dan masalah yang wujud akan diselesaikan oleh wakil GITN yang disediakan di
setiap daerah. Pemasangan yang telah berjaya sudah boleh digunakan serta merta.
41
Rajah 2.1 Carta Alir Implementasi School�et Di Sekolah
]
VSAT TECHNOLOGYWIRELESS TECHNOLOGY
SITE SURVEY
UAT
UPDATE PMIS
ADSL TECHNOLOGY
SCHOOL LIST FROM KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
IMPLEMENTATION
TECHNOLOGY MAPPING
42
Konsep ICT menurut Chan Foong Mae (2002)dalam pendidikan termasuklah
sistem yang membolehkan penggabungan maklumat, pengurusan, manipulasi,
capaian dan hubungan dalam pelbagai hala. Kementerian telah menggariskan tiga
polisi utama ICT dalam pendidikan
i) ICT Untuk Semua Pelajar.
Ini bermakna ICT dalam pendidikan bertujuan mengurangkan jurang digital
antara sekolah. Jaringan yang diwujudkan membolehkan interaksi antara sekolah-
sekolah dengan perkongsian maklumat dan sumber. Pelajar berpeluang menikmati
proses pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada kelaziman traditional.
Suasana dan iklim pembelajaran baru menggalakkan pertumbuhan dan pencapaian
pelajar dalam akademik.
ii) Penegasan Peranan ICT
Peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan bukan sahaja sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran, sebahagian daripada matapelajaran dan matapelajaran
itu sendiri. Berbeza dengan radio dan televisyen sebagai alat Bantu mengajar, polisi
ini menegaskan penggunaan komputer untuk mendapatkan maklumat, komunikasi
dan alat produktiviti. ICT bertindak sebahagian daripada mata pelajaran merujuk
kepada penggunaan perisian dan fungsinya sebagai mata pelajaran merujuk kepada
pengenalan terhadap matapelajaran itu sendiri.
iii) ICT Dalam Sistem Pengurusan
Polisi ketiga menegaskan peluasan penggunaan ICT untuk meningkatkan
produktiviti, kecekapan dan keberkesanan dalam system pengurusan. ICT akan
digunakan dengan lebih meluas untuk mengautomasikan semua proses kerja seperti
43
pengurusan borang, pembinaan jadual waktu,, pengurusan kewangan dan
penyelenggaraan inventori.
2.9 Ringkasan Bab
Berdasarkan kepada kajian literatur yang telah dijalankan, program SchoolNet
telah dilaksanakan di kebanyakan negara di Asia Tenggara. Program ini yang
menegaskan kolaborasi ICT dalam pendidikan memberi impak positif kepada pelajar
dan guru. Perbezaan ideologi dan pedagogi pelaksanaan tidak mengubah matlamat
utama jaringan komunikasi malah ia memberi pelbagai variasi pendidikan yang
boleh dikongsi bersama.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan tentang metodologi yang akan
digunakan dalam kajian lapangan ini. Metodologi yang sesuai dan baik
membolehkan pengguna mendapat hasil yang boleh memenuhi keperluan dan
kehendak mereka. Metodologi kajian ini melibatkan beberapa proses atau aktiviti
yang disusun dari awal hingga ke akhir dalam penghasilan kajian yang telus.
3.2 Pendekatan Kajian
Menurut Burn (1995), Merriem (1998) dan Yin (1995) penggunaan
rekabentuk penyelidikan kajian kes menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila
45
sesuatu kajian melibatkan pemerhatian seseorang individu atau unit, satu kumpulan
manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, satu masyarakat, peristiwa atau budaya.
Sesuatu kajian kes harus berfokus kepada subjek yang mempunyai sesuatu criteria
atau cirri yang hendak dikaji. Ini bermakna sesuatu kajian kes kebanyakkannya
mengkaji tentang individu atau peristiwa dalam lingkungan budaya dan persekitaran
mereka. (Burn, 1995).
Terdapat dua jenis pendekatan yang digunakan dalam kajian berbentuk
tinjauan ini iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpul dengan
menggunakan borang soal selidik manakala data kualitatif dikumpul melalui
temubual dengan responden. Soal selidik biasanya digunakan untuk mengukur
konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan, selain daripada
keterangan latar belakang (Oppenheim, 1966)
Teknik soalan dalam borang soal selidik terbahagi kepada dua jenis iaitu
soalan jenis terbuka dan soalan jenis tertutup. Soalan jenis terbuka memberi peluang
kepada responden untuk menyatakan pendapat mereka sendiri secara bebas.
Sebaliknya soalan jenis tertutup membolehkan responden membuat pilihan mengikut
pilihan jawapan yang telah disediakan.
Pengkaji menggunakan kaedah temubual dengan beberapa orang responden
bagi mengumpulkan data yang berkaitan dengan kajian yang sedang dijalankan.
Temubual yang dijalankan lebih berstruktur mengikut skrip yang telah disediakan.
Kaedah ini dilaksanakan bagi mengelakkan perbezaan dalam melontar soalan dan
jawapan yang diberikan oleh responden bertepatan dengan objektif kajian.
46
3.3 Rangka Kerja Kajian
Rangka kerja kajian di bawah menunjukkan metodologi kajian ini dengan
lebih tepat. Kerangka konsep sangat penting dalam sesebuah kajian. Ia berperanan
sebagai kayu pengukur untuk memastikan langkah-langkah menghasilkan kajian ini
dipatuhi. Rangka kerja bagi kajian ini boleh dilihat dalam Rajah 3.1 di bawah.
Rajah 3.1 Rangka Kerja Kajian
Pemilihan Bidang Kajian
Pemilihan Tajuk Kajian
Penghantaran Kertas
Cadangan
Kajian Literatur
Pembinaan Item
Soal Selidik
Kaedah
Temubual
Kajian Rintis
Kajian Sebenar
Analisis Data
Rumusan dan
Cadangan
Kesimpulan
47
3.3.1 Mengenalpasti bidang kajian
Pengkaji terlebih dahulu mengenalpasti bidang kajian yang hendak dikaji.
Pengkaji berkhidmat sebagai seorang pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Dr Ismail, Bakri. Oleh sebab itu, pengkaji membuat keputusan untuk membuat
kajian dalam bidang pendidikan dan berkait rapat dengan pengurusan teknologi
maklumat. Pengalaman pengkaji sebagai guru selama 5 tahun dapat membantu
pengkaji untuk mencari maklumat dan bahan rujukan yang bersesuaian.
3.3.2 Pemilihan Tajuk
Peringkat awal dalam sesebuah kajian ialah pemilihan tajuk. Pelbagai cara
boleh dijalankan untuk mendapat tajuk yang sesuai, antaranya ialah dengan cara
menjalankan penyelidikan terhadap kajian-kajian terdahulu, menganalisis masalah
yang berlaku di dalam organisasi dan melihat isu-isu semasa. Aspek lain yang perlu
dititikberatkan oleh pengkaji ialah memastikan kajian yang dilakukan akan memberi
manfaat kepada pihak sekolah dan peringkat yang lebih tinggi. Pengkaji telah
mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah Setelah mengambil kira beberapa
perkara, pengkaji telah mengusulkan tajuk “Pelaksanaan SchoolNet di sekolah,
Kajian Kes di sekolah-sekolah daerah Muar.
3.3.3 Penulisan Kertas Cadangan
Peringkat seterusnya setelah mendapat tajuk ialah peringkat penulisan kertas
cadangan. . Pada peringkat ini beberapa aspek diberi perhatian seperti objektif kajian,
skop, latar belakang masalah, pernyataan masalah yang berkaitan dengan projek.
Setelah selesai menetapkan beberapa aspek tadi, pengkaji menghantar kertas
cadangan tersebut untuk mendapat pengesahan daripada panel. Jika mendapat
kelulusan maka pengkaji boleh meneruskan kajian tetapi jika terdapat beberapa
48
perkara yang masih belum jelas, panel akan menemuduga pengkaji untuk mengetahui
dengan lebih jelas tentang apa yang hendak dilakukan oleh pengkaji tentang kajian
mereka. Di akhir peringkat ini pengkaji akan meneruskan ke peringkat seterusnya
setelah mendapat kelulusan panel.
3.3.4 Melakukan Kajian Literatur
Tinjauan literatur adalah satu aktiviti awal yang penting dalam sebarang
penyelidikan. (Blaxter, Hughes, dan Tight ,2003) menegaskan bahawa kebolehan
untuk membuat tinjauan literatur secara kompeten merupakan satu kemahiran
penting bagi seseorang penyelidik. Dewasa ini, tinjauan literatur boleh menjadi satu
aktiviti yang mencabar disebabkan oleh kewujudan maklumat yang banyak dari
pelbagai sumber (Creswell, 2005) .
Menurut Neuman (2000) pula, tinjauan literatur memastikan penyelidikan
yang dijalankan adalah relevan dan menunjukkan bagaimana penyelidikan tersebut
berkaitan dan menjadi pelengkap kepada bidang yang dikaji. Tanpa tinjauan literatur
yang mencukupi, berkemungkinan penyelidik akan mereplikakan kajian lepas secara
tidak sengaja. Creswell (2005) menjelaskan bahawa tinjauan literatur membabitkan
kesimpulan bertulis tentang artikel dalam jurnal, buku, dan dokumen lain yang
menjelaskan keadaan maklumat lepas dan semasa, menyusun literatur dalam topik
tertentu, dan mendokumenkan keperluan bagi kajian yang dicadangkan.
Menurut Wiersma (1995), tinjauan literatur adalah satu proses sistematik
yang memerlukan pembacaan dan perhatian kepada butiran yang terperinci. Dalam
tesis, disertasi, atau laporan penyelidikan, tinjauan literatur memenuhi beberapa
tujuan yangkhusus. Anderson (1999) pula menjelaskan bahawa tinjauan literatur
membekalkan contoh kerja yang dilakukan oleh penyelidik lain dan menunjukkan
kepada pembaca tahap kesarjanaan umum seseorang penyelidik.
49
Kualiti kerja penyelidik, ketepatan kerja tersebut, perkara yang diberi atau
tidak diberi tumpuan, dan kaedah organisasi dan persembahan, memaparkan
kredibiliti seseorang sebagai penyelidik dan menyediakan asas bagi mengesahkan
kajian yang dijalankan. Menurut Neuman (2000), tinjauan literatur memastikan
penyelidikan yang dijalankan adalah relevan dan menunjukkan bagaimana
penyelidikan tersebut berkaitan dan menjadi pelengkap kepada bidang yang dikaji.
Tanpa tinjauan literatur yang mencukupi, berkemungkinan penyelidik akan
mereplikakan kajian lepas secara tidak sengaja
3.3.5 Pembinaan Item Soal Selidik
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat utama untuk mengumpul
data secara kuantitatif. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapat maklumat dan
keterangan asas daripada guru-guru dan pelajar tentang pelaksaan SchoolNet di
sekolah masing-masing.
Jacobs dan Ary (1990) berpendapat bahawa penggunaan kaedah soal selidik
boleh melibatkan responden yang lebih ramai dan secara menyeluruh. Johnson
(1994) pula menyenaraikan tiga kelebihan kaedah soal selidik. Pertama,.
Membolehkan penyelidik melibatkan bilangan responden yang lebih ramai. Kedua,
dapatan kajian boleh digunakan untuk membuat kajian perbandingan bagi populasi
atau sampel yang lebih besar, dan ketiga ia menghasilkan data-data dan maklumat
yang boleh di cross-tabulate dalam pelbagai kaedah statistic bagi mempelbagaikan
deskripsi sesuatu kajian.
Borang soal selidik tersebut mengandungi 16 soalan tertutup dan 2 soalan
jenis terbuka yang dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu 1) maklumat demografi
responden; 2) pelaksanaan SchoolNet di sekolah; 3) masalah yang selalu dihadapi
ketika menggunakan perkhidmatan ini 4) cadangan pihak sekolah untuk
memperbaiki kualiti pelaksanaan SchoolNet di sekolah.
50
Bahagian 1 mengandungi tiga soalan yang berkaitann dengan data demografi
responden. Data demografi ini diambil bagi memastikan kajian ini menepati sasaran
kajian. Data demografi secara kasar latar belakang keseluruhan responden yang
menjawab soal selidik ini. Data demografi ini juga boleh menyokong fakta dan hasil
dapatan kajian nanti.
Bahagian 2 pula mempunyai 13 soalan sahaj yang berkisar kepda
pelaksanaan SchoolNet di sekolah. Soalan dalam bahagian ini lebih tertutup dan
memerlukan responden membuat pilihan berdasarkan pilihan jawapan yang telah
diberikan. Responden diminta menandakan (/) pada angka-angka yang mewakili
pendapat mereka bagi setiap kenyataan. Bahagian 3 dan 4 masing-masing
mengandungi soalan jenis terbuka. Responden diberi peluang untuk memberikan
pendapat dan pandangan masing-masing yang bersesuaian dengan soalan yang
diajukan oleh pengkaji
3.3.6 Mengadakan Temubual Bersama Responden Terpilih
Terdapat satu lagi instrumen digunakan untuk mengumpulkan maklumat
dalam kajian ini yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah dengan
menggunakan teknik temubual. Kaedah temubual yang dijalankan ialah terhadap 6
orang guru untuk mendapatkan persepsi mereka terhadap perkhidmatan SchoolNet di
sekolah mereka masing-masing.
Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu temubual
formal, temubual tidak formal dan termubual terbuka. Fontana dan Frey (1994) ,
Merriem (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual
berstruktur, temual separa berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Dalam kajian
ini, pengkaji menggunakan temubual berstruktur. Ini kerana menurut Merriem (1998)
penggunaan temubual berstruktur bertujua untuk mengumpulkan maklumat yang
51
tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap
pendidikan dan sebagainya.
i) Teknik temubual dalam kajian ini melibatkan temubual pengkaji dengan guru
sahaja. Seramai 10 orang sahaja responden yang dipilih untuk terlibat dalam
sesi temubual ini. Responden ini dipilih dikalangan guru kerana sampel
kajian ini hanya melibatkan penglibatan guru sahaja. Temubual dijalankan
untuk mendapatkan pandangan guru terhadap pelaksanaan Schoolnet di
sekolah.
3.3.7 Kajian Rintis
Kajian rintis dalam kajian membantu penyelidik untuk mengemaskan
perancangan bagi mengumpulkan data, seperti menentukan jenis yang diperlukan,
prosedur yang harus diikuti dalam proses pengumpulan data (Yin, 1989). Di samping
itu penyelidik juga boleh, menyemak kesahan instrumen yang digunakan serta
mengetahui kekangan-kekangan yang mungkin timbul dalam proses pengumpulan
data.
Dalam penyelidikan ini, kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang guru
yang tidak terlibat dengan kajian sebenar bagi memastikan kebolehpercayaan dan
kesahan soalan tinggi. Pengkaji akan menguji kebolehpercayaan soal selidik dengan
menggunakan Ujian Alpha Cronbach dalam “Statiscal Package for Social Sciene”
(SPSS) v 11.01 untuk instrumen ini.
Menurut Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999) sekiranya nilai yang diperolehi
tinggi iaitu melebihi nilai 0.8, maka tahap kebolehpercayaan adalah tinggi. Kajian
rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail, Bakri
bertujuan untuk menentukan nilai ketekalan alat kajian.
52
Dapatan daripada kajian rintis boleh dirujuk dalam jadual 3.1 di bawah menunjukkan
nilai ketekalan adalah tinggi iaitu di antara 0.8913 hingga 0.9713. Sementara nilai
ketekalan keseluruhan alat kajian ialah 0.9667.
Jadual 3.1 : -ilai Ketekalan Alat Kajian Bagi Kajian Rintis
Perkara Nilai Alpha Cronbach
1. Aktiviti yang menggunakan SchoolNet di Sekolah 0.8913
2. Pelaksanaan SchoolNet di sekolah 0.9625
3.3.8 Melaksanakan Kajian Sebenar
Semua responden yang terlibat dengan kajian ini diberi penerangan ringkas
oleh pengkaji tentang faktor kerahsiaan maklumat soal selidik dan temubual.
Responden juga diberi jaminan hasil soal selidik dan temubual tidak memberi kesn
kepada keselamatan mereka atau lain-lain implikasi terhadap sekolah atau kerjaya
mereka.
Penyelidikan bertujuan menghasilkan maklumat yang berguna kepada
pembangunan kualiti perkhidmatan SchoolNet di sekolah, bukannya untuk membuat
justifikasi kepada pihak tertentu. Guru juga diberi penghargaan terhadap kesediaan
memberi maklumat dalam penyelidikan ini. Mereka juga diingatkan agar berfikiran
terbuka dan luas ketika sesi temubual dijalankan. Penyelidik telah menetapkan satu
jadual pertemuan dari segi masa dan tempat untuk menjalankan sesi temubual dan
pengedaran soal selidik.
53
3.3.9 Analisis Data
Data- data yang diperolehi akan dikumpulkan, diproses dan dianalisis bagi
membolehkan langkah seterusnya diambil dan penentuan kajian dilakukan
sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif kajian. Instrumen soal selidik
dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package For Sciene Sosial” (SPSS v
17.0 bagi mendapatkan data yang tepat. Dapatan analisis dipaparkan dalam bentuk
jadual yang menunjukkan kekerapan dan peratus. Keputusan kajian dibincangkan
daripada data yang diperolehi mengikut item berpandukan soalan kajian.
Pendekatan analisis kandungan seperti mana yang dicadangkan oleh Miles
dan Huberman ,Merriem, (1998) telah digunakan untuk menganalisis data temubual.
Menurut Burn (1995) analisis kandungan merupakan kaedah analisis yang sering
digunakan dalam kajian kualitatif. Analisis kandungan digunakan untuk
mengenalpasti tema, konsep dan makna. Kategori dan subkategori pengkodan telah
dibangunkan sebaik sahaja pengumpulan data pertama dilakukan. Pengkodan perlu
dilakukan dengan teliti dan dikategorikan berdasarkan temubual yang dilakukan dan
ditranskripkan dalam setiap baris ayat.
3.3.10 Penulisan Laporan
Penyelidikan menggunakan pendekatan kajian kes iaitu merupakan
pendekatan penyelidikan yang memaparkan kehidupan sebenar (Patton , 1990).
Laporan penyelididkan seperti ini akan cuba memberi gambaran secara terperinci
bagaimana responden berinteraksi dengan kehidupan mereka. Dalam kajian ini
persepse guru terhadap perkhidmatan SchoolNet akan dianalisis dan disampaikan
dalam bentuk naratif untuk menyampaikan persepsi mereka dengan tepat dan hampir
keadaan sebenar.
54
3.3.11 Perbincangan dengan Penyelia
Perbincangan penyelia telah dilakukan dari masa ke semasa sepanjang kajian
ini dijalankan. Penyelia membantu penyelidik memastikan penyelidikan adalah betul
dan terarah mengikut objektif yang telah ditetapkan. Penyelia juga berfungsi sebagai
pemberi motivasi kepada pengkaji selain dari memberi bimbingan dan tunjuk ajar
kepada pengkaji.
3.4 Ringkasan Bab
Secara ringkasnya, bab ini telah menghuraikan tentang rangka kerja yang
terlibat dalam menjayakan kajian ini. Dalam melaksanakan sesuatu kajian, aspek
metodologi perlu diberi perhatian kerana ia memastikan kajian yang akan dijalankan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan menepati ciri-ciri yang betul.
BAB 4
A�ALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan dapatan-dapatan kajian berdasarkan tujuan dan objektif
kajian. Untuk memudahkan perbincangan tentang dapatan kajian, bab ini
dibahagikan kepada 4 bahagian seperti dibawah:
i) Maklumat demografi responden;
ii) Pelaksanaan SchoolNet di sekolah;
iii) Masalah Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan SchoolNet Di Sekolah
iv) Cadangan untuk penambahbaikan kualiti pelaksanaan SchoolNet di sekolah.
56
4.2 Instrumen Soal Selidik : Bahagian A
Maklumat demografi responden yang diperolehi dalam kajian ini tertumpu kepada
responden guru sahaja. Hasil dapatan yang berkaitan dengan responden ini ialah
jawatan, pengalaman mengajar, dan jumlah waktu mengajar seminggu.
4.2.1 Maklumat Demografi Keseluruhan Responden
Jadual 4.1 di bawah menunjukkan taburan kekerapan jawatan yang disandang
oleh keseluruhan responden. Daripada 165 responden, didapati 20 peratus (33) terdiri
daripada golongan pentadbir sekolah samaada pengetua, penolong kanan dan guru
kanan matapelajaran, 20 peratus adalah guru data atau 12.12 peratus memegang
jawatan setiausaha peperiksaan, 9.09 peratus sebagai guru media, 16.96 peratus
adalah guru PPSMI dan 21.8 peratus adalah guru penolong akademik.
Jadual 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Jawatan Responden
Item Perkara Kekerapan Peratus
1
Jawatan yang
disandang di
sekolah
Pengetua/ Penolong Kanan/Guru
Kanan Matapelajaran
33 20
Guru Data 33 20
Guru/ Setiausaha Peperiksaan 20 12.12
Guru Media 15 9.09
Guru PPSMI 28 16.96
Guru Penolong Akademik 36 21.8
Jadual 4.2 dibawah menunjukkan taburan kekerapan dan peratus pengalaman
mengajar responden mengikut skala tahun tertentu. Data menunjukkan 13.3 peratus
57
(22) responden telah berkhidmat antara 2 hingga 3 tahun, 9.09 peratus (15)
responden telah berkhidmat antara 4 hingga 5 tahun, 21.21 peratus (35) responden
telah berkhidmat antara 6 hingga 7 tahun, 26.06 peratus(43) responden telah
berkhidmat antara 8 hingga 10 tahun dan 30.3 peratus (50) responden telah
berkhidmat lebih dari10 tahun.
Jadual 4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Pengalaman Mengajar
Responden
‘
Item Perkara Kekerapan Peratus
2 Pengalaman Mengajar 1 tahun 0 0
2-3 tahun 22 13.3
4-5 tahun 15 9.09
6-7 tahun 35 21.21
8-10 tahun 43 26.06
Lebih 10 tahun 50 30.3
Jadual 4.3 berikut menunjukkan taburan kekerapan dan peratus waktu
mengajar reponden dalam masa seminggu waktu bekerja. Data menunjukkan 6.06
peratus (10) responden mengajar 6 waktu dalam masa seminggu. Sebanyak 5.45
peratus (9) responden mengajar 8 hingga 12 waktu seminggu, 8.48 peratus (14)
responden mengajar 13 hingga 16 waktu , 21.2 peratus (35) responden mengajar 17
hingga 20 waktu, 18.18 peratus (30) responden mengajar 21 hingga 25 waktu dan
40.6 peratus (67) responden mengajar sebanyak 25 hingga 28 waktu dalam
seminggu.
58
Jadual 4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Jumlah Waktu Mengajar
Responden
Item Perkara Kekerapan Peratus
3 Jumlah Waktu
Mengajar Dalam
Seminggu
6 waktu 10 6.06
8-12 waktu 9 5.45
13-16 waktu 14 8.48
17-20 waktu 35 21.2
21-24 waktu 30 18.18
25-28 waktu 67 40.6
4.3 Instrumen Soal Selidik : Bahagian B
Bahagian ini mempunyai 18 item yang merangkumi objektif utama kajian iaitu i)
pelaksanaan SchoolNet di sekolah, ii) mengenal pasti masalah dan cabaran yang
dihadapi semasa pelaksanaan SchoolNet di sekolah dan iii) cadangan untuk
mempertingkatkan kualiti pelaksanaan SchoolNet di sekolah.
Bentuk-bentuk soalan terbahagi kepada tiga jenis iaitu soalan terbuka, soalan
tertutup dan soalan berskala Soalan tertutup ini membenarkan responden memilih
jawapan yang ditawarkan samada ’ya’ atau ’tidak’ dan ’ada’ atau ’tiada’.
Penggunaan jenis soalan terbuka membolehkan responden memberikan pandangan
atau pendapat berkaitan perkara yang dikaji mengikut pengetahuan dan pengalaman
mereka sendiri. Soalan skala pula membolehkan responden membuat pilihan
jawapan berdasarkan skala alternatif yang telah ditetapkan oleh pengkaji. dengan
menggunakan skala Likert. Skala (Mohd Najib, 1999) tersebut terbahagi kepada 5
peringkat skor seperti berikut :
i) 1 mewakili Sangat Rendah
ii) 2 mewakili Rendah
iii) 3 mewakili Sederhana
59
iv) 4 mewakili Tinggi
v) 5 mewakili Sangat Tinggi
Kecenderungan respon responden secara keseluruhan terkini dinilai dengan
menggunakan skala seperti dalam jadual 4.4. Purata min skor antara 1.00 hingga 1.49
menunjukkan skala sangat rendah, purata nilai min 1.50 hingga 2.49 menunjukkan
skala rendah, purata nilai min 2.50 hingga 3.49 menunjukkan skala sederhana, purata
nilai min 3.50 hingga 4.49 menunjukkan skala tinggi dan purata nilai min 4.50
hingga 5.00 menunjukkan skala sangat tinggi.
Jadual 4.4 Jadual Skala Likert
Skala Persepsi Min
Sangat Rendah Negatif 1.00-1.49
Rendah Negatif 1.50-2.49
Sederhana Positif 2.50-3.49
Tinggi Positif 3.50-4.49
Sangat Tinggi Positif 4.50-5.00
4.3.1 Pelaksanaan Schoolnet Di Sekolah.
Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus respon responden
terhadap soalan soal selidik yang pertama. Data di dalam jadual menunjukkan 100
peratus responden mengetahui kewujudan perkhidmatan SchoolNet di sekolah.
60
Jadual 4.5 Taburan Dan Kekerapan Peratus Respon Soalan 1
Soalan Kekerapan Peratus
1 Adakah anda mengetahui tentang
kewujudan SchoolNet di sekolah?
Ya 165 100
Tidak 0 0
Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus respon responden
terhadap soalan soal selidik yang kedua. Data dalam jadual 4.6 menunjukkan 58.18
peratus (96) responden mendapat latihan atau kemahiran khusus untuk menggunakan
SchoolNet di sekolah. Manakala 41.81 peratus (69) responden tidak mendapat
latihan mendapat latihan atau kemahiran khusus untuk menggunakan SchoolNet di
sekolah.
Jadual 4.6 Taburan Dan Kekerapan Peratus Respon Soalan 2
Soalan Kekerapan Peratus
2 Adakah anda mendapat latihan atau kemahiran khusus untuk menggunakan SchoolNet di sekolah?
Ya 96 58.18
Tidak 69 41.81
Jadual 4.7 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus respon responden
terhadap soalan soal selidik yang ketiga. Data dalam jadual menunjukkan seramai
75.75 peratus (125) responden mempunyai laman web sekolah dan 24.24 peratus
(40) responden tidak mempunyai laman web sekolah.
61
Jadual 4.7 Taburan Dan Kekerapan Peratus Respon Soalan 3
Soalan Kekerapan Peratus
3 Adakah sekolah anda mempunyai laman web?Tandakan (√) dalam ruang berkaitan.
Ya 125 75.75
Tidak 40 24.24
Jadual 4.8 di bawah menunjukkan taburan kekerapan dan peratus respon
responden terhadap soalan soal selidik yang keempat iaitu menjawab persoalan
aktiviti-aktiti yang selalu dilakukan oleh responden ketikan menggunakan akses
internet di sekolah. Data dalam jadual menunjukkan seramai 40.61 (67) responden
membuat pengurusan jadual waktu, 49.09 (81) responden membuat pengurusan staf,
43.03 (71) responden menggunakan internet bagi membuat pengurusan murid di
sekolah.
Jadual 4.8 juga menunjukkan seramai 57.58 (85) peratus responden
menggunakan internet di sekolah untuk pengurusan kurikulum, 33.94 (56) peratus
untuk membuat pengurusan kaunseling, seramai 38.79 (64) membuat pengurusan
yang berkaitan dengan suber manusia, 41.21 (68) peratus responden menggunakan
internet untuk membuat pengurusan kokurikulum, dan seramai 35.76 (59) peratus
responden membuat pengurusan hal ehwal murid.
Respoden menggunakan internet untuk urusan peribadi dan P&P masing-
masing seramai 30.30 (50) dan 47.27 (78) peratus. Nilai purata min skor adalah
antara 1.85 hingga 2.84. merujuk kembali skala Likert dalam jadual 4.4 sebelum ini,
hasil kecenderungan persepsi responden ini dalam tahap rendah dan sederhana
sahaja.
62
Jadual 4.8 Taburan Dan Kekerapan Peratus Respon Soalan 4
Soalan
4
Apakah aktiviti yang selalu dilaksanakan menggunakan akses internet di sekolah.
(Sila tandakan √)
Bil Aktiviti Kekerapan Peratus Min Skor
1. Pengurusan Jadual Waktu 67 40.61 1.85
2. Pengurusan Staf 81 49.09 2.44
3. Pengurusan Murid 71 43.03 2.17
4. Pengurusan Kurikulum 95 57.58 2.76
5. Pengurusan Kaunseling 56 33.94 1.90
6. Pengurusan Sumber Manusia 64 38.79 2.22
7. Pengurusan Kokurikulum 68 41.21 2.29
8. Pengurusan Hal Ehwal Murid 59 35.76 2.33
9. Pengurusan Peribadi 50 30.30 2.84
10. Pengurusan P&P 78 47.27 2.65
Jadual 4.9 di bawah menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden
yang mengetahui individu yang bertanggungjawab menguruskan SchoolNet di
sekolah. Seramai 86.06 peratus (142) responden memilih respon penyelaras ICT,
9.70 peratus (16) responden memilih respon tidak pasti, 2.42 peratus (4) responden
memilih respon juruteknik dan 1.82 peratus (3) responden memilih respon fasilitator
SchoolNet.
Semua warga sekolah telah maklum penyelaras ICT di sekolah
bertanggungjawab dan berperanan menjaga dan mengambil tahu perkara-perkara
yang berkaitan dengan ICT dari pemasangan , perisian dan perkakasan dan
pengurusan juga.
63
Jadual 4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengetahui
Individu Yang Bertanggungjawab Menguruskan Schoolnet Di
Sekolah
Soalan
5
Sipakah yang anda tahu bertanggungjawab menguruskan SchoolNet di
sekolah? Sila tandakan.
Bil Individu Kekerapan Peratus
1 Juruteknik 4 2.42
2 Fasilatator SchoolNet 3 1.82
3 Penyelaras ICT 142 86.06
4 Tidak Pasti 16 9.70
Jadual 4.10 pula menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden
yang mengetahui orang yang bertanggungjawab menguruskan SchoolNet di sekolah
mendapat yang latihan khusus mengenai SchoolNet. Seramai 52.12 peratus (86)
responden memilih respon tidak pasti manakala 47.88 peratus (79) responden
memilih respon ya.
Rumusan daripada dapatan ini ialah semua guru di sekolah tidak mengetahui
secara total pengetahuan yang dimiliki oleh orang yang bertanggungjawab
menguruskan SchoolNet. Kelazimannya, jawatan penyelaras ICT diberikan kepada
mereka yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang berkaitan teknologi
komputer. Namun begitu, terdapat juga guru yang memegang jawatan adalah guru
yang mempunyai minat kea rah dunia teknologi yang mendalam meskipun latar
belakang pendidikan tidak berasaskan computer tetapi sentiasa ingin belajar sesuatu
yang baru.
64
Jadual 4.10 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengetahui
Pengurus Schoolnet Di Sekolah Mendapat Latihan Khusus
Soalan
6
Apakah anda mengetahui mereka mendapat latihan khas untuk
mengendalikan SchoolNet? Sila tandakan.
Bil Perkara Kekerapan Peratus
1 Ya 79 47.88
2 Tidak 0 0
3 Tidak Pasti 86 52.12
Jadual 4.11 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus lokasi internet yang
yang terdapat di sekolah responden. Seramai 100 peratus (165) responden boleh
mencapai internet di pejabat sekolah masing-masing. Seramai 42.27 peratus (78)
responden mencapai internet di bilik guru, 18.18 peratus (30) responden boleh
mengaskses internet di asrama, 58.78 peratus (97) responden boleh mencapai internet
di makmal sains, di bilik darjah seramai 12.12 peratus (20) responden, 32.12 peratus
(53) responden boleh mengakses internet di koridor, 7.27 peratus (12) responden
boleh mengakses internet di taman bacaan manakala 27.27 peratus (45) responden
boleh mendapat capaian internet di kantin sekolah. Seramai 80.60 peratus (133)
responden boleh mengakses internet di makmal sekolah, 100 peratus (165) responden
boleh mengakses internet di pusat akses dan di bilik peperiksaan.
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada data ini menunjukkan akses internet
ini diletakkan di tempat yang mudah dikunjungi oleh guru dan kaitangan sekolah
seperti pejabat, pusat sumber, pusat akses dan bilik maklumat peperiksaan. Meskipun
bilik guru adalah pejabat rasmi bagi guru menyiapkan persediaan dan membuat rutin
harian, masih belum semua bilik guru mempunya perkhidmatan internet. Begitu juga
halnya dengan makmal komputer kerana tidak semua sekolah mempunyai makmal
komputer.
65
Jadual 4.11 Taburan Kekerapan Dan Peratus Lokasi Internet Dapat Diakses
Di Sekolah.
Soalan
7
Tandakan (√) di lokasi di mana rangkaian secara internet dapat di akses di
sekolah anda.
Item Lokasi Kekerapan Peratus
1 Pejabat 165 100
2 Bilik Guru 78 47.27
3 Asrama 30 18.18
4 Makmal Sains 97 58.78
5 Bilik Darjah 20 12.12
6 Koridor 53 32.12
7 Makmal Komputer 133 80.60
8 Pusat Sumber 165 100
9 Pusat Akses 165 100
10 Kantin 45 27.27
11 Kawasan Rehat 35 21.21
12 Taman Bacaan 12 7.27
13 Bilik Maklumat Peperiksaan 165 100
Jadual 4.12 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus jalur lebar yang
terdapat di sekolah responden. Seramai 100 peratus (165) responden mempunyai
jalur lebar Schoolnet di sekolah dan 41.81 peratus (69) responden mempunyai
perkhidmatan jalur lebar Streamyx (TM Net) di sekolah mereka.
Rumusan daripada data ini ialah semua sekolah di daerah Muar telah
mempunyai perkhidmatan Schoolnet di sekolah. Namun begitu, terdapat juga sekolah
yang melanggan perkhidmatan jalur lebar berbayar dari pihak komersial untuk
penggunaan internet di sekolah.
66
Jadual 4.12 Taburan Kekerapan Dan Peratus Jalur Lebar Yang Terdapat Di
Sekolah
Soalan
8
Adakah terdapat jalur lebar(broadband) lain yang ada di sekolah anda
selain daripada SchoolNet?
Item Jenis Jalur Lebar Kekerapan Peratus
1 SchoolNet 165 100
2 Streamyx (TM Net) 69 41.81
Jadual 4.13 di bawah menunjukkan taburan kekerapan dan peratus sekolah
responden pernah menghadapi masalah ketika mengakses internet di sekolah.
Seramai 100 peratus (165) responden menghadapi masalah ketika mengakses internet
di sekolah masing-masing.
Tidak dapat dinafikan walau sehebat mana perkhidmatan jalur lebar itu masih
terdapat masalah dalam penggunaannya. Perkara yang sama juga turut dialami oleh
pengguna Schoolnet di sekolah.
Jadual 4.13 Taburan Kekerapan Dan Peratus Sekolah Responden Pernah
Menghadapi Masalah Ketika Mengakses Internet
Soalan
9
Apakah sekolah anda pernah mengalami
masalah ketika melayari internet di sekolah
menggunakan perkhidmatan SchoolNet?
Kekerapan Peratus
1 Ya 165 100
2 Tidak 0 0
67
Jadual 4.14 di bawah ini menunjukkan taburan kekerapan dan peratus
responden mengahdapi masa kegagalan capaian internet di sekolah. Seramai 10.90
peratus (18) responden menghadapi kegagalan mencapai internet sebanyak 7 kali
seminggu manakala seramai 41.21 peratus (68) responden mengahadapi kegagalan
capaian internet di sekolah sebanyak 1 hingga 2 kali sahaja dalam tempoh seminggu.
Hasil dapatan ini menunjukkan perkhidmatan SchoolNet masih berada di
tahap yang baik apabila purata kegagalan capaian hanya 1 hingga 2 kali sahaja
seminggu. Perkara ini dibuktikan dengan melihat peratus penyelaras ICT yang
mendapat latihan dalam pengenadalian SchoolNet di sekolah. Jelas data ini
menunjukkan bahawa penyelaras ICT memperolehi dan mendapat latihan dan
kemahiran mengendali ICT kerana melihat kurangnya masalah yang dihadapi dalam
amsa seminggu.
Jadual 4.14 Taburan Kekerapan Dan Peratus Sekolah Gagal Mencapai
Internet Di Sekolah
Soalan
10
Berapa kerapkah sekolah anda mengalami masalah kegagalan capaian
internet di sekolah? Sila tandakan.
Item Masa Kegagalan Kekerapan Peratus
1 7 kali seminggu 18 10.90
2 5-6 kali seminggu 21 12.72
3 3- 4 kali seminggu 59 35.75
4 1-2 kali seminggu 68 41.21
5 0 atau jarang berlaku 0 0
Jadual 4.15 di bawah menunjukkan taburan kekerapan dan peratus
pengetahuan responden terhadap pihak yang bertanggungjawab menguruskan
kerosakan internet di sekolah. Seramai 27.27. peratus (45) responden mengetahui
Syarikat Naluri Pintar Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan kerosakan
68
internet di sekolah manakala seramai 25.45 peratus (42) responden yang tidak tahu
pihak iyang bertanggungjawab menguruskan kerosakan internet yang berlaku di
sekolah.
Jelas sekali disini guru tidak pasti pihak yang bertanggungjawab
menguruskan SchoolNet di sekolah jika terdapat kerosakan. Kebiasaan yang berlaku
di sekolah-sekolah ialah pengaduan yang membabi buta terhadap kerosakan capaian
internet dan membiarkan sahaja tanpa mengambil tindakan selanjutnya. Penyelaras
ICT akan mengambil peranan dengan menghubungi pihak GITN atau syarikat Naluri
Pintar bagi sekolah mereka yang mempunyai makmal komputer.
Sekiranya, guru ini mengetahui pihak yang boleh dihubungi serta merta
apabila mendapati terdapat kerosakan yang tidak dapat dikendali oleh penyelaras
ICT atau di luar pengetahuan penyelaras ICT, pengurusan akan menjadi lebih lancer
dan mudah. Akan tetapi apa yang berlaku ialah guru mengambil jalan mudah dan
menyerahkan bulat-bulat kepada penyelaras ICT. Terdapatnya biroraksi seperti inilah
yang menyebabkan pengurusan SchoolNet di sekolah sering menghadapi masalah.
Jadual 4.15 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengetahui Pihak
Yang Bertanggungjawab Menguruskan Kerosakan School�et
Soalan
11
Adakah anda tahu pihak yang bertanggungjawab menguruskan kerosakan
SchoolNet. Sila tandakan
Item Pihak Yang Bertanggungjawab Kekerapan Peratus
1 GITN Sdn Bhd 38 23.03
2 Syarikat Naluri Pintar Sdn Bhd 42 25.45
3 Pusat Kegiatan Guru 40 24.24
4 Tidak Pasti 45 27.27
69
Jadual 4.16 di bawah ini menunjukkan taburan kekerapan dan peratus oleh
responden tentang masa yang diambil untuk memperbaiki kerosakan SchoolNet di
sekolah. Seramai 47.87 peratus (79) responden tidak mengetahui masa yang diambil
untuk memperbaiki kerosakan SchoolNet di sekolah. Seramai 6.66 peratus (11)
responden pula mengatakan masa yang diambil untuk memperbaiki kerosakan
SchoolNet dalam masa 24 jam.
Sebahagian besar daripada responden tidak tahu berapa lama masa yang
diambil untuk memperbaiki kerosakan internet di sekolah. Jelas di sini, semua guru
perlu diberi informasi yang secukupnya tentang pengurusan SchoolNet. Data juga
telah menunjukkan masa yang diambil untuk memperbaiki kerosakan dalam masa 24
jam sahaja. Pihak yang bertanggungjawab mengurus kerosakan SchoolNet akan
segera mengambil tindakan yang dilaporkan. Kelewatan hanya akan berlaku
sekiranya sekolah terletak di kawasan yang jauh dari bandar sahaja.
Walaubagaimanapun, bantuan akan sampai sekiranya terdapat aduan dibuat.
Jadual 4.16 Taburan Kekerapan Dan Peratus Masa Yang Diambil Untuk
Memperbaiki Kerosakan Schoolnet
Soalan
12
Berapa lamakah masa yang diambil untuk memperbaiki kerosakan
SchoolNet. Sila tandakan
Item Masa Pembaikan Kekerapan Peratus
1 24 Jam 31 18.78
2 2 Hari 26 15.75
3 3-4 hari 11 6.66
4 5-6 hari 18 10.90
5 Tidak Tahu 79 47.87
Jadual 4.17 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus penilaian responden
terhadap tahap capaian internet di sekolah. Seramai 53.33 peratus (88) responden
memilih.tahap penialaian biasa dengan gangguan sederhana Manakala seramai 46.66
70
peratus (77) responden memilih tahap penilaian memuaskan dengan sedikit
gangguan.
Secara keseluruhan, responden telah membuat penilaian dengan memilih
respon bahawa perkhidmatan SchoolNet di sekolah di tahap biasa dengan gangguan
sederhana. Ini adalah penilaian biasa berdasarkan cadangan oleh pengkaji dan
responden memilih penialain mengikut pandangan responden sendiri. Jika begitu
keadaannya, banyak perkara perlu dilakukan untuk memastikan perkhidmatan
SchoolNet berubah kea rah yang lebih baik. Oleh yang demikian, cadangan dan
saranan daripada pihak guru diperlukan untuk mencapai objektif kajian ini.
Jadual 4.17 Taburan Kekerapan Dan Peratus Penilaian Responden Terhadap
Tahap Capaian Internet Di Sekolah
Soalan
13
Apakah penilaian anda terhadap tahap capaian internet melalui SchoolNet
di sekolah anda?
Item Penialaian Kekerapan Peratus
1 Tiada capaian langsung 0 0
2 Perlahan dan banyak gangguan 0 0
3 Biasa dengan gangguan sederhana 88 53.33
4 Memuaskan dengan sedikit gangguan 77 46.66
5 Amat memuaskan dan tiada gangguan 0 0
4.3.2 Masalah Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan School�et Di Sekolah
Bagi mencapai objektif ini, pengkaji telah mengemukakan bentuk soalan
terbuka kepada responden untuk menjawab soalan ini. Responden berpeluang
menulis sendiri masalah yang dihadapi oleh mereka di sekolah pada ruang yang
disediakan dalam soal selidik. Jawapan yang ditulis telah ditranskripkan oleh
71
pengkaji bagi tujuan dokumentasi. Masalah-masalah yang ditulis responden boleh
dirujuk dalam jadual 4.18.
Data dalam jadual 4.18 menunjukkan masalah yang paling ketara di hadapi
ialah kurangnya informasi mengenai ICT di sekolah. Seramai 54.54 (90) responden
mengatakan sedemikian. Perkara ini mungkin berpunca daripada kurang promosi dan
publisiti tentang penggunaan SchoolNet di sekolah. Seramai 39.39 (65) pula
mengatakan bantuan pemulihan dan pembaikan dari pihak yang bertanggungjawab
lambat tiba. Situasi ini telah menyebabkan kerja-kerja rutin harian yang melibatkan
penggunaan internet terganggu dan tertangguh.
Seramai 46.66 (77) peratus responden pula menyatakan bahawa tiada tenaga
mahir di sekolah antara masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan SchoolNet di
sekolah. Pernyataan kurang motivasi di sokong seramai 26.06 (43) responden, 35.75
(59) peratus responden menyatakan kurangnya kesedaran di kalangan guru juga
menjadi punca masalah bertambah dan menghalang pelaksanaan SchoolNet ini.
Data juga menunjukkan 36.96 (61) responden menulis kurangnya sokongan
pentadbir sekolah terhadap perkhidmatan ini. Budaya pengajaran tradisonal juga
menjadi punca dengan sokongan 53.33 (88) responden dan kurangnya kemudahan
yang disediakan di sekolah dengan sokongan 57.57 (95) peratus responden.
Jadual 4.18 Jadual Kekerapan dan Peratus Masalah Yang Dihadapi
School�et Di Sekolah
Bil Masalah Yang Dihadapi Kekerapan Peratus
1 Bantuan pemulihan dan pembaikan lewat 65 39.39
2 Tiada tenaga mahir 77 46.66
3 Kurang motivasi 43 26.06
72
4 Kurang kesedaran 59 35.75
5 Kurang pendedahan 90 54.54
6 Kurang sokongan pentadbir 61 36.96
7 Budaya pengajaran tradisional 88 53.33
8 Kurang kemudahan 95 57.57
4.3.3 Cadangan Untuk Penambahbaikan Kualiti School�et di Sekolah
Jadual 4.19 menunjukkan kekerapan dan peratus cadangan responden untuk
penambahbaikan Schoolnet di sekolah. Seramai 60 peratus (99) responden
mencadangkan kemudahan infrastruktur, 38.78 peratus (64) responden
mencadangkan pendedahan dan promosi diadakan, 54.54 peratus (90) responden
menegaskan peranan pentadbir sekolah dan 52.72 peratus (87) responden
mencadangkan penempatan tenaga kerja yang mahir di sekolah.
Secara keseluruhannya , respoden menyuarakan pandangan yang paling maksima
iaitu mengadakan kemudahan infrastruktur yang lebih lengkap dan sempurna.
Sekiranya, perkara ini terlaksana, semua guru berpeluang menikmati perkhidmatan
ini dengan saksama. Selain itu, peranan pentadbir sekolah juga besar dalam
menggembeling usaha merelisasikan matlamat ini. Pentadbir adalah pemimpin yang
perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja-pekerja yang berada di bawah
pemerhatian mereka.
Penyediaan tenaga kerja mahir juga perlu dalam memastikan perkhidmatan
ini boleh berada di tahap yang baik sepanjang masa. Tenaga kerja yang mahir
membuka keyakinan guru untuk melakukan sesuatu perubahan dalam diri mereka.
Ini perlu kerana masalah-masalah teknikal kecil yang boleh diselesaikan dengan
segera memerlukan kepada bantuan segera dan menjimatkan masa dan tenaga.
73
Promosi dan publisiti perlu dijalankan sentiasa dari masa ke semasa. Promosi
yang diadakan akan membuka minda dan pandangan guru-guru yang tidak
mempunyai informasi teknologi mencuba perkara yang baru dalam hidup mereka,
mendidik guru betapa pentingnya penerapan teknologi dalam pendidikan. Keadaan
ini sedikit sebanyak akan menambah keyakinan mereka terhadap adaptasi teknologi
ini dalam pendidikan.
Jadual 4.19 Jadual Kekerapan dan Peratus Cadangan Penambahbaikan
School�et Di Sekolah
Item Cadangan Kekerapan Peratus
1 Kemudahan Infrastruktur 99 60
2 Pendedahan dan promosi 64 38.78
3 Peranan Pentadbir Sekolah 90 54.54
4 Tenaga kerja yang Mahir 87 52.72
4.4 Instrumen Temubual
Temubual adalah instrument kedua bagi mendapat maklumat bagi
melengkapi kajian kes ini. Temubual yang telah dijalankan mendapat sokongan
penuh dari individu yang dipilih dalam sesi temuabual ini. Seramai sepuluh orang
guru telah terpilih menyertai sesi temubual ini dan berikut adalah nama-nama
responden yang telah memberikan kerjasama kepada pengkaji .
74
Jadual 4.20 Senarai �ama Respoden Yang Terlibat Dengan Sesi Temubual
Bil �ama Jawatan
1 Tn Haji Zainal Abidin bin Ahmad Pengetua SMK Tun Dr Ismail, Bakri
2 Pn Hajah Suhana binti Sulaiman Pengetua SMK P Sultan Abu Bakar
3 En Mohd Najib bin Sipan Penyelaras Unit Bahagian Sekolah
Menengah, PPD Muar
4 En Zulkarnain bin Sanip Penyelaras ICT, PPD Muar
5 En Ali bin Sulaiman Guru Penolong Akademik, SMK Tun
Dr Ismail
6 Pn Mazlah binti Abu Penyelaras ICT, SMK Tengku
Temenggung Ahmad, Muar
7 En Omar bin Senin Pegawai Khas, Pusat Kegiatan Guru
Zon Bakri
8 Pn Hajah Norlizah binti Ali Guru Kanan Matapelajaran Sains Dan
Memtematik, SMK Tun Dr Ismail
9 Pn Sharizat binti Shamsir Guru Penolong Akademik, SMK
Tengku Mahmud Iskandar, Sungai
Mati, Muar
10 Pn Anisah bt Jasman Gruru Penolong Akademik, SMK
Bukit Naning, Air Hitam Muar
Temu bual bertumpu kepada lima soalan asas seperti yang berikut:
i) Adakah kamu tahu apa itu SchoolNet ?
ii) Adakah kamu menggunakan SchoolNet di sekolah anda?
iii) Apakah masalah yang selalu dihadapi oleh SchoolNet di sekolah anda?
iv) Apakah cadangan anda untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan SchoolNet
di sekolah?
75
Hasil analisis temubual melalui proses pengkodan menunjukkan dua tema
persepsi iaitu persepsi positif dan persepsi negatif terhadap perkhidmatan SchoolNet
di sekolah. Kategori, subkategori, kod dan kekerapan setiap kod ditunjukkan dalam
jadual di bawah. Jadual 4.21 di bawah menunjukkan kekerapan jawapan responden
melalui temubual tentang pelaksanaan SchoolNet di sekolah. Kategori di bahagikan
kepada empat iaitu pengetahuan umum tentang SchoolNet, pengalaman penggunaan
SchoolNet, masalah yang timbul ketika menggunakan SchoolNet dan cadangan
peningkatan perkhidmatan SchoolNet di sekolah.
Jadual 4.21 Kategori dan Subkategori Persepsi Responden
Kategori Subkategori Kod Kekerapa
n
Pengetahuan umum
terhadap SchoolNet (TS)
- internet
TS1
10
Pengalaman Penggunaan
SchoolNet
(GS)
- tak pernah
- kadang-kadang
- selalu
GS1
GS2
GS3
2
7
1
Masalah tentang
SchoolNet (MS)
- susah nak masuk makmal
- gangguan talian
- tiada tenaga mahir
- kerja baik pulih lambat
MS1
MS2
MS3
MS4
5
2
6
7
Cadangan terhadap
peningkatan SchoolNet
(CS)
- promosi
- tenaga kerja mahir
- upgrade perkakasan
- seminar /kursus
- banyakkan program
- pemantauan dan penyeliaan
CS1
CS2
CS3
CS4
CS5
CS6
8
9
5
6
7
5
76
4.5 Ringkasan Bab
Analisis data bahagian ini menepati objektif yang telah ditegaskan pada bab yang
terdahulu menggunakan instrumen soal selidik dan temubual telah dijawab oleh
responden yang telah dipilih. Perbincangan secara menyeluruh mengenai dapatan
kajian akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya.
BAB 5
PERBICAGA
5.1 Pengenalan
Bab ini mengutarakan rumusan dan cadangan daripada dapatan kajian yang
diperolehi serta cadangan-cadangan yang berkaitan dengan tajuk kajian dan kajian
lanjutan yang akan datang.
5.2 Perbincangan
Secara umumnya kajian ini dijalankan untuk mengetahui pelaksanaan SchoolNet
di sekolah-sekolah menengah daerah Muar. Perbincangan dibuat berdasarkan
daripada dapatan-dapatan kajian yang diperolehi dan pembahagian dibuat
berdasarkan kepada tiga bahagian berikut :
78
1. Pelaksanaan SchoolNet di sekolah
2. Masalah dan cabaran yang dihadapi semasa SchoolNet dilaksanakan di
sekolah.
3. Cadangan untuk mengatasi masalah dan cabaran untuk mempertingkatkan
kualiti pelaksanaan SchoolNet di sekolah.
5.3 Pelaksanaan Schoolet Masa Kini
5.3.1 Pengetahuan Responden
Kajian ini telah menghasilkan beberapa maklumat yang penting berkenaan
dengan status pelaksanaan SchoolNet masa kini. Dapatan kajian menunjukkan secara
menyeluruh semua responden mengetahui kewujudan perkhidmatan SchoolNet di
sekolah. Ini bermakna kesemua guru telah diberi pendedahan yang menyeluruh
tentang keberadaan perkhidmatan ini di sekolah.
Menurut Magisos (1989), sebaik-baik guru adalah mereka yang
berpengetahuan tinggi,mahir dalam bidang teknikal dan cekap menjalankan tugas
sebagai seorang guru. Sementara Kauchak dan Enggan (1989), berpendapat
pengajaran yang berkesan memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas
terhadap mata pelajaran serta mempunyai kefahaman terhadap aspek pembelajaran
murid.
79
5.3.2 Latihan Khusus
Seramai 58.18 peratus (96) responden sahaja yang mendapat latihan atau
kemahiran khusus untuk menggunakan SchoolNet di sekolah. Selebihnya hanya
menggunakan internet seperti yang tersedia sahaja. Individu yang mendapat latihan
ini amat diperlukan di sekolah kerana jika terdapat masalah-masalah yang berlaku
berkenaan SchoolNet, mereka bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.
Adanya latihan khusus untuk mengendalikan SchoolNet di sekolah
membolehkan sebarang kerosakan di sekolah boleh dibaiki secepat mungkin tanpa
memanggil wakil dari pihak GITN untuk datang ke sekolah. Jelas, penjimatan masa
dan tenaga dapat dikurangkan di situ.
Berdasarkan data demografi yang dikutip dari soal selidik, terdapat banyak
bebanan yang terpaksa guru lakukan di sekolah. Jumlah waktu mengajar 58.78
peratus (97) responden adalah antara 21 hingga 28 waktu dalam seminggu. Keadaan
ini menyukarkan pergerakan dan menghadkan batas guru untuk memastikan
perkhidmatan SchoolNet berada dalam keadaan baik setiap hari di sekolah.
Walaupun mempunyai latihan khusus atau tidak, kekangan masa yang
dihadapi kerana bilangan waktu mengajar dan tidak termasuk dengan tugas-tugas
lain yang dipikul guru tidak membolehkan guru untuk duduk melayari internet
melalui perkhidmatan SchoolNet di sekolah. Guru bukan sahaja dihujani dengan
tugas utama dalam pengajarn dan pembelajaran, malah tugas sampingan yang
memerlukan guru memberikan fokus dan tumpuan yang jitu juga menyebabkan guru
penat untuk melakukan aktiviti luar dari rutin harian.
80
5.3.3 Laman Web
Perkembangan yang berlaku di sekolah semakin hari semakin baik. Kebanyakan
sekolah-sekolah menengah daerah Muar sudah membina laman web mereka sendiri.
Seramai 75.75 peratus (125) responden menyatakan sekolah masing-masing
mempunyai laman web.Meskipun 50.30.peratus (83) responden di tahap rendah
dalam merekabentuk laman web sekolah. Justeru, sekolah yang mempunyai laman
web memungkinkan aktiviti yang menggunakan internet sangat maksima di
sekolah.sekolah perlu memastikan capaian internet tidak mengganggu urusan rasmi
pihak sekolah. Selain itu, kewujudan laman web membolehkan interaksi antara
pihak sekolah dengan pelajar dan ibu bapa.
Laman web sekolah perlu ada bagi setiap sekolah. Selain daripada sebahagian
daripada aktiviti sekolah, laman web berperanan sebagai wadah hubungan antara
sekolah dengan masyarakat, ibu pelajar dan juga guru. Pihak sekolah akan
memperolehi banyak input dan cadangan yang boelh di kongsi bersamam untuk
memajukan warga pelajar di sekolah.
5.3.4 Aktiviti Menggunakan Akses Internet
Min skor keseluruhan responden melaksanakan aktiviti menggunakan internet di
sekolah adalah antara 1.85 hingga 2.84. Data ini menunjukkan penggunaan internet
di sekolah hanya sekali dalam 3 hingga 4 bulan. Jelas sekali, guru terutamanya tidak
mempunyai kesempatan untuk meluangkan masa melayari internet yang disediakan
secara percuma di sekolah. Malahan, guru tidak berpeluang untuk mengaplikasikan
jaringan internet sebagai aset pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar.
Namun begitu, tidak semua guru yang melihat internet sebagai satu pemangkin
untuk membantu pelajar dalam urusan pengajaran dan pembelajaran.tetapi internet
81
dilihat sebagai wadah hiburan. Kenyatan ini signifikan dengan tahap kemahiran guru
menggunakan internet sebagai medium pengajaran pengajaran dengan pelajar yang
rendah. Guru juga berada di tahap yang sederhana dalam kemahiran-kemahiran
berikut seperti mengeintegrasikan bahan-bahan berasaskan internet untuk digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran, menggunakan internet untuk mendapatkan
bahan, menggunakan aplikasi yang disediakan di internet dan menggunakan e-mel.
Guru juga tidak akan mampu untuk membimbing pengguna lain khususnya
pelajar dalam penggunaan internet di sekolah dengan tahap kemahiran yang rendah.
Seharusnya, guru bersedia untuk memiliki ilmu yang luar dari ruang lingkup
pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Situasi pendidikan yang semakin ke
hadapan kini, memungkinkan guru ketinggalan ke belakang sekiranya guru
mengabaikan ilmu teknologi ini. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator atau
pemudah cara bagi pelajar mereka. Pelajar beranggapan guru lebih mengetahui dari
mereka.
5.3.5 Penyelaras ICT
Sudah menjadi kebiasaan di semua sekolah, orang yang bertanggungjawab
menguruskan perkara yang berkaitan dengan ICT ialah penyelaras ICT. Kenyataan
ini signifikan dengan data yang menunjukkan 86.06 peratus (142) responden
mengetahui orang yang bertanggungjawab menguruskan SchoolNet ialah penyelaras
ICT. Maka, tidak terkecuali penyelaras ICT juga perlu memegang tanggungjawab
berkenaan dengan SchoolNet juga.
Penyelaras ICT di lantik oleh pihak sekolah berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan yang dimilki oleh guru tersebut. Tidak kira samaada pengetahuan yang
diperolehi ketika menuntut di pusat pengajian tinggi, menghadiri kursus atau
mempunyai pengalaman dan berminat dengan tugas dan amanah yang telah
diberikan. Jawatan Fasilitator SchoolNet baru sahaja diwujudkan di sekolah-sekolah
82
Malaysia sebagai salah satu program penempatan siswazah menganggur bagi
membantu hal-hal yang berkaitan dengan projek SchoolNet di sekolah seluruh
negara. Ini adalah berpunca dari masalah terhadap penggunaan Schoolnet yang
sangat rendah di samping isu aduan SchoolNet yang kerap menghadapi masalah.
Antara sekolah-sekolah menengah di daerah Muar yang menerima Fasilitator
SchoolNet ialah Sekolah Menengah Dato’ Sri Amar Di Raja(INTEG), Sek, Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Mamat, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak,
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit
Bunga dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong. Sungguhpun begitu,
52.12 peratus (86) responden tidak pasti mereka yang menguruskan SchoolNet
menerima latihan khusus atau tidak bagi menyelengara pengurusan SchoolNet di
sekolah. Jelas menunjukkan para guru di sekolah tidak dimaklumkan secara
menyeluruh bidang tugas dan kemahiran yang dimiliki oleh individu dan pihak
pentadbir sekolah sendiri.
5.3.6 Lokasi Internet
Semua sekolah di daerah Muar meletakkan lokasi internet yang dapat diakses di
pejabat, bilik guru, pusat sumber dan bilik maklumat peperiksaan. Lokasi ini
merupakan lokasi penting yang sering dikunjungi oleh guru setiap hari. Pernyataan
ini disokong dengan data yang menunjukkan 53.93 peratus (89) responden gemar
membuka e-mel peribadi, 60 peratus (99) menggunakan enjin pencari dan 44.24
peratus (73) reponden melayari laman web kementerian hasil dalam negeri. Lokasi-
lokasi ini mudah diakses oleh guru.
Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan pelajar menikmati
pembelajaran luar dari bilik darjah tidak akan berhasil khususnya di daerah Muar ini.
Hanya 12.12 peratus (20) responden menyatakan sekolah menyediakan capaian
internet di dalam kelas. Hal ini menyekat peluang pelajar untuk menikmati pelbagai
83
kemudahan pembelajaran yang boleh diaplikasi dalam pendidikan mereka. Meskipun
terdapat capaian internet di kantin seramai 27.27 peratus (45) responden, 32.12
peratus (53) responden di koridor dan 18.18 peratus (30) responden di asrama, guru
masih belum bebas mengaksesnya sendiri. Perkhidmatan tanpa wayar ini
memerlukan guru membawa komputer riba masing-masing.
5.3.7 Jalur Lebar Alternatif
Semua sekolah di daerah Muar menggunakan perkhidmatan jalur lebar
SchoolNet di sekolah masing-masing memandangkan ia telah disediakan secara
percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 41.81 peratus (69)
responden yang menyatakan sekolah mereka menggunakan perkhidmatan jalur lebar
berbayar seperti Streamyx (TM Net). Faktor yang menyebabkan sekolah-sekolah
terbabit melanggan perkhidmatan swasta kerana perkhidmatan yang disediakan
mudah untuk diselenggara. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, pihak yang
bertanggungjawab lebih cepat memberikan bantuan dan lokasi bantuan mudah untuk
di akses.
5.3.8 Tempoh Masa
Data menunjukkan 18.78 peratus (31) responden menyatakan masa yang
diambil oleh pihak GITN Sdn BHd menghantar wakil bagi membaiki kerosakan
SchoolNet yang berlaku di sekolah selama 3 hingga 4 hari. Masa yang diambil untuk
datang membuat penyelenggaraan terlalu lama dan boleh mengakibatkan kerja harian
di sekolah terganggu dan tertangguh. Seramai 47.87 peratus (79) responden pula
tidak tahu berapa lama masa yang diambil. Golongan ini mungkin tidak
menggunakan internet dengan kerap di sekolah. Semua pengguna SchoolNet di
daerah Muar pernah mengalami masalah ketika mengakses internet dengan
perkhidmatan jalur lebar ini. Seramai 53.33 peratus (88) responden memilih respon
biasa dengan gangguan sederhana terhadap tahap capaian internet di sekolah.
84
5.3.9 Penilaian Schoolet
Penilaian terhadap SchoolNet di beri jangkaan nilai oleh pengkaji sendiri.
Keseluruhannya, responden memberi nilai biasa dengan gangguan sederhana
terhadap pelaksanaan Schoolnet di daerah Muar ini. Jelas menunjukkan pelaksanaan
SchoolNet di sekolah-sekolah ibarat kata pepatah hidup segan , mati tak mahu.
5.4 Masalah Dan Cabaran Yang Dihadapi Semasa Schoolnet Dilaksanakan
Di Sekolah
Berdasarkan soal-selidik jenis soalan terbuka yang telah diedarkan, responden
ada menyatakan pengkaji meminta responden menyatakan masalah dan cabaran yang
berkaitan dengan SchoolNet di sekolah. Masalah dan cabaran yang dinyatakan oleh
responden adalah seperti berikut:
5.4.1 Bantuan Pemulihan dan Pembaikan Lewat
Data telah menunjukkan pihak GITN mengambil masa tiga hari untuk datang
ke sekolah yang telah membuat pengaduan berkenaan masalah SchoolNet. Ini amat
bertentangan dengan polisi yang telah diedarkan ke semua sekolah di seluruh
Malaysia, Mengikut polisi yang telah digariskan dalam pelan operasi dan bantuan
GITN, jangka masa pemulihan dan pembaikan yang telah dipersetujui antara GITN
dan pengguna adalah seperti berikut:
i) Sekolah yang berada di kawasan bandar bantuan akan sampai dalam
masa 24 jam (1 hari)
85
ii) Sekolah yang terletak di luar bandar bantuan akan samapi dalam masa
48 jam (2 hari)
iii) Sekolah yang terletak di kawasan terpencil atau pedalaman atau tiada
jalan utama bantuan akan sampai dalam masa 72 jam (3 hari)
5.4.2 Tidak Mahir
Mempunyai kemahiran walaupun asas adalah faktor penyumbang kepada
penggunaan SchoolNet dan komputer di sekolah. Kebanyakan responden
menyatakan mereka boleh menggunakan komputer seperti menaip surat, membuat
lembaran kerja, menaip minit mesyuarat dan sebagainya tetapi jarang menggunakan
internet melalui SchoolNet.
5.4.3 Kurang Motivasi
Tidak dinafikan, motivasi memainkan peranan penting dalam menggalakkan
penggunaan internet di kalangan guru. Penggunaan yang maksima dalam rutin
seharian membolehkan guru semakin mendekati perkhidmatan ini. Terdapat juga
guru yang tidak yakin pada diri sendiri dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru
juga menjadi penghalang utama untuk mendalamiilmu komputer dan internet.
Selain daripada itu perasaan malu untuk bertanya danbelajar daripada orang
lain yang berkebolehan juga menyebabkan golongan ini terus berada didalam
keadaan yang sedar akan kewujudan internet tetapi tidak tahu menggunakannya.
Bagi sesetengah golongan pula mereka hanya tahu sedikit tentang internet, tetapi
tidak berminat untuk mendalami ilmu berkaitan internet. Sebaliknya mereka
menggunakan internet setakat pengetahuan yang sedia ada sahaja. Dengan itu
pengetahuan tentang perkembangan terbaru teknologi internet adalah terbatas dan
menyebabkan mereka ketinggalan dalam perkembangan teknologi tersebut.
86
5.4.4 Kurang Kesedaran Terhadap Keperluan Internet
Bebanan kerja guru dalam rutin seharian sedikit sebanyak mengahalang guru
melakukan aktiviti yang di luar kelaziman di sekolah. Ia juga menghalang guru
berfikiran kreatif untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas. Selain
itu, guru masih belum mempunyai kesedaran bahawa internet mampu mem bawa
pelajar dan guru ke arah pembelajaran yang lebih interaktif. Tidak sekadar hanya
membantu menyiapkan bahan mengajar, guru boleh memandu pelajar dengan
melayari portal pendidikan serta menikmati pembelajaran yang lebih realistik.
5.4.5 Kurang pendedahan tentang Schoolet
Sebagai jalan penyelesaian jangka pendek, masalah berkaitan dengan
pendedahan harus ditangani dengan mengadakan beberapa siri ceramah atau
penerangan berkaitan dengan SchoolNet bermula dari pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pendidikan dan pihak Pejabat Pelajaran Daerah ke sekolah-
sekolah yang dibekalkan dengan perkhidmatan SchoolNet. Ini adalah kerana,
kurangnya promosi dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak atasan menyebabkan
guru tidak begitu menghiraukan kehadiran SchoolNet di sekolah sedangkan sistem
yang dibekalkan adalah canggih dan bersifat pelbagai kegunaan.
Sikap penyelaras ICT di sekolah pula perlulah lebih peka dan lebih proaktif
dalam merancakkan penggunaan SchoolNet di sekolah. Adalah sedia maklum,
penyelaras ICT terlibat dengan beberapa siri kursus berkaitan penggunaan ICT dan
SchoolNet dari pihak berkenaan. Justeru itu, amalan perkongsian ilmu dengan
menyebar luaskan kepada guru-guru lain adalah amat diperlukan. Siri penerbitan
bahan berkaitan dengan SchoolNet, satelit , konsep teknologi tanpa wayar dan
sebagainya seperti jurnal, makalah, buletin teknologi pendidikan perlu
diperbanyakkan dan diedarkan di sekolah-sekolah agar maklumat dan pendedahan
berkaitan dengannya sampai kepada guru-guru.
87
5.4.6 Kurang Sokongan Dari Pentadbir Sekolah
Kepimpinan melalui teladan perlu diamalkan dalam kerjaya pendidikan.
Pentadbir yang sentiasa menggalakkan perkembangan idea kreatif dan inovatif boleh
memotivasikan guru untuk melakukan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pentadbir sekolah seharusnya bersedia menyediakan kemudahan yang
mencukupi supaya guru berpeluang menggunakan secara menyeluruh.
Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga perlu mengurangkan karenah
birokrasi khasnya dalam memberikan peluang kepada semua guru untuk
memaksimumkan penggunaan komputer di sekolah terutama di makmal komputer.
Pentadbir perlu mengikis sikap sesetangah penyelaras ICT yang biasanya
menganggap guru-guru yang tidak mahir menggunakan komputer cenderung
merosakkan komputer. Keadaan ini boleh mencetuskan iklim yang tidak sihat dan
boleh melemahkan motivasi guru khasnya yang baru berjinak-jinak mempelajari
komputer.
Pihak sekolah juga boleh mewujudkan Jawatankuasa Bertindak (Task Force)
bagi membantu guru-guru yang kurang mahir komputer menggunakan komputer.
Antara bantuan yang boleh diberikan adalah seperti mewujudkan sudut bantuan
kerosakan teknikal, sokongan dari aspek latihan, khidmat nasihat, bahan bacaan dan
sebagainya.
5.4.7 Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Yang Tradisional
Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer di kalangan guru-guru
samada dalam membantu P&P atau urusan pentadbiran masih lagi kurang.
Kebanyakan guru yang aktif menggunakan komputer adalah di kalangan guru-guru
yang dibekalkan komputer bimbit oleh Kementerian Pelajaran terutama kepada guru-
88
guru Bahasa Inggeris dan guru-guru Sains dan Matematik selain guru-guru yang
mahir meggunakan komputer serta mempunyai komputer bimbit sendiri. Guru-guru
lebih cenderung menggunakan kaedah tradisional dalam P&P mereka kerana mereka
berpendapat ia lebih mudah dan cepat untuk disediakan.
5.4.8 Kurang Kemudahan Di Sekolah
Hasil dari kajian soal selidik dan temubual, kebanyakan responden
melahirkan rasa kecewa kerana gagal menggunakan makmal komputer disebabkan
masalah birokrasi dan teknikal. Antara yang biasa ialah tidak semua komputer boleh
berfungsi dengan baik ketika mereka hendak manggunakannya. Adalah dicadangkan
agar pihak pentadbir memantau keadaan ini dengan kerap melakukan pemeriksaan
berkala ke atas semua konfigurasi komputer dan pelayan. Kepincangan dalam
mengatasi masalah ini menyebabkan ramai guru merasakan penggunaan komputer
hanya membuang masa dan mengganggu P&P mereka.
Responden yang ditemui juga menyatakan mereka menghadapi masalah
untuk mendapatkan kunci bagi menggunakan makmal daripada guru penyelaras ICT.
Adalah dicadangkan agar kunci makmal komputer hendaklah diletakkan di satu
tempat yang selamat, mudah diambil dan boleh digunakan oleh semua guru seperti di
dalam pejabat sekolah. Persepsi yang mengatakan komputer akan rosak jika
digunakan oleh banyak tangan perlu dikikis sekiranya budaya ICT hendak
ditanamkan di sekolah-sekolah.
89
5.5 Cara Untuk Mengatasi Masalah Dan Cabaran Yang Terdapat Di Sekolah
5.5.1 Tenaga Kerja Yang mahir
Dapatan kajian menunjukkan 52.72 peratus (87) responden mencadangkan
penempatan tenaga kerja yang mahir di sekolah untuk penambahbaikan Schoolnet di
sekolah. Tindakan Kementerian Pelajaran menempatkan Fasilitator SchoolNet di
sekolah adalah tindakan bijak yang harus dipuji. Namun, penempatan perlu diluaskan
ke semua sekolah di seluruh Malaysia. Jawatan yang diwujudkan tidak bersifat
sementara sahaja sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada siswazah yang
menganggur.
Keberadaanya membantu sekolah mengatasi masalah yang berkaitan dengan
ICT. Tenaga mahir ini diberi latihan dan kemahiran yang mencukupi bagi
menghadapi situasi sebenar di sekolah. Fasilitator SchoolNet secara tidak lansung,
beban tugas penyelaras ICT di sekolah berkurangan dan mereka boleh menumpukan
kepada perkara operasional.
5.5.2 Kemudahan Infrastruktur
Data menunjukkan 60 peratus (99) responden mencadangkan penambahan
kemudahan infrastruktur di sekolah. Adalah dicadangkan agar pihak Kementerian
Pelajaran memperluaskan lagi kemudahan penggunaan komputer bimbit kepada
semua guru dan tidak terhad kepada guru-guru Sains dan Matematik sahaja.
Kemudahan ini walaupun memerlukan belanja yang besar, tetapi akan mampu
menarik perhatian kepada semua guru untuk lebih banyak menggunakan komputer.
Apabila lebih ramai yang menggunakan komputer, ia akan menggalakkan kepada
penguunaan internet di sekolah. Perkhidmatan internet yang disediakan di sekolah
90
secara percuma adalah Schoolnet. Secara tidak langsung guru akan berminat untuk
memaksimakan penggunaan internet dalam P&P mereka.
5.5.3 Pendedahan dan Promosi
Data menunjukkan 38.78 peratus (64) responden mencadangkan pendedahan
dan promosi perlu dilaksanakan bagi menambahbaik perkhidmatan SchoolNet di
sekolah. Pihak tertentu perlulah mengadakan promosi yang berterusan berkenaan
perkhidmatan SchoolNet di sekolah-sekolah. Selain itu, kempen penggunaan dan
pendedahan boleh dilakukan dengan kerjasama pihak sekolah.
Pendedahan menggunakan komputer dan internet perlu diperluaskan dengan
mengadakan kursus, seminar dan latihan kepada warga pendidik secara berperingkat-
peringkat.
5.5.4 Peranan Pentadbir Sekolah
Data menunjukkan 54.54 peratus (90) responden mencadangkan pihak
pentadbir sekolah mengambil peranan yang besar dalam penambahbaikan SchoolNet
di sekolah. Samada secara formal atau informal sedikit sebanyak mempengaruhi
guru-guru untuk menggunakan internet dan SchoolNet di sekolah. Ini lebih dirasai
oleh guru-guru senior dan berkelulusan maktab yang kebanyakkannya tidak
mempunyai asas kukuh dalam penggunaan komputer berbanding dengan guru-guru
muda lepasan universiti.
Disebabkan latihan adalah mekanisme terbaik untuk menggalakkan
penggunaan SchoolNet, dicadangkan pihak sekolah sendiri membuat tinjauan dan
bancian terhadap kemampuan guru-guru mereka dalam menguasai ilmu internet dan
91
komputer. Setelah dikenal pasti, bolehlah diadakan kursus dalaman kepada mereka
agar mereka tidak terus ketinggalan dalam menguasai kemahiran ICT.
Disebabkan tahap kemahiran di kalangan guru-guru adalah tidak sama,
dicadangkan pihak sekolah untuk menjadikan sistem mentor sebagai panduan kepada
guru yang mahir untuk membimbing guru yang kurang berkemahiran dalam
menggunakan SchoolNet di sekolah. Selain itu, sekiranya ada kursus dalaman atau
kurus-kursus berkaitan penggunaan SchoolNet dan internet maka keutamaan
hendaklah diberikan kepada guru-guru yang kurang mahir. Ini secara tidak langsung
akan membuka peluang yang lebih kepada guru yang kurang mahir dalam komputer
untuk sama-sama menimba seberapa banyak kemahiran menguasai ICT.
Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran disarankan agar kontraktor atau
vendor yang dilantik bagi memasang SchoolNet di sekolah-sekolah diberikan
kepercayaan untuk mengendalikan latihan formal berkaitan penggunaan SchoolNet
kepada guru-guru sebagai salah satu dari khidmat sosial korporat mereka. Dengan
sokongan secara percuma dan latihan intensif yang diberikan, ia mampu
menggalakkan dan memotivasikan semua guru untuk menggunakan SchoolNet di
sekolah.
5.6 Peningkatan Kualiti Pelaksanaan Schoolet Menurut Perspektif Pengkaji
Pelaksanaan SchoolNet di sekolah perlu juga melalui proses yang sama
digunakan dalam mengimplementasi ICT dalam pendidikan. Sebenarnya, keduanya
adalah perkara yang sama tetapi yang membezakannya ialah SchoolNet ialah
sebahagian daripada ruang lingkup ICT yang sangat luas. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggariskan 9 elemen dalam menintegrasikan Ict dalam pendidikan
92
dalam projek sekolah bestari. 9 elemen itu sewajarnya dijadikan kayu pengukur
dalam menjayakan perkhidmatan SchoolNet di sekolah.
Pengkaji mendapati garis panduan telah lengkap disediakan oleh kementerian
khususnya sebagai teori tetapi praktik dan hasilnya tidak menyeluruh. Malang sekali,
rangka kerja yang sangat cantik tidak diamalkan sepenuhnya. Meskipun SchoolNet
bukan perkara yang besar, namun kesannya dalam perubahan kaedah pengajaran dan
pembelajaran sangat besar. Semua guru mengharapkan kejayaan diraih oleh setiap
murid mereka dan guru sentiasa memerlukan perubahan yang saban hari dalam rutin
harian mereka.
9 elemen yang pengkaji nyatakan di atas tadi adalah seperti berikut:
i) Prasarana teknologi
ii) Perubahan pengurusan
iii) Perkhidmatan Sokongan
iv) Sistem pengurusan Sekolah Bestari
v) Pengajaran dan pembelajaran
vi) Integrasi sistem dan kebolehan pengendalian
vii) Pengurusan projek
viii) Keselamatan
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas sudah mencukupi sekiranya
digabungjalinkan antara satu sama lain. Usaha yang bersepadu perlu digembeling
dengan gigih bagi memastikan SchoolNet menjadi pemangkin dalam integrasi ICT
dalam pendidikan.
Hasil daripada kajian ini keseluruhannya boleh dilihat dalam jadual 5.1 yang
menunjukkan tanda aras pelaksanaan SchoolNet di daerah Muar berdasarkan kepada
9 elemen sekolah bestari yang telah sediakan untuk implementasi ICT dalam
pendidikan.
93
Jadual 5.1 Tanda Aras Pelaksanaan Schoolnet Di Sekolah-Sekolah Daerah
Muar
Bil Perkara 9 elemen Implementasi ICT di sekolah-sekolah
menengah daearah Muar
1 Prasarana teknologi
- masih terdapat yang masih belum
sempurna
- perlukan tenaga mahir dalam
mengendali prasarana teknologi
2 Perubahan pengurusan
- masih terdapat sebahagian besar
yang masih belum mahukan
perubahan
- selesa dengan pengurusan sedia
ada
3 Perkhidmatan Sokongan
- kurang pemantauan perkhidmatan
sokongan dari PPD Muar dan
JPN Johor,
4 Sistem pengurusan Sekolah
Bestari
- tidak semua sekolah di daerah Muar
mendapat jolokan sekolah bestari
5 Pengajaran dan pembelajaran
- perlu diberi perhatian
- masih di tahap sederhana
6&7 Integrasi sistem dan kebolehan
pengendalian
- tidak menyeluruh
8 Pengurusan projek
- mendapat kerjasama dari pelbagai
pihak
9 Keselamatan - mendapat kerjasama dari pelbagai
pihak
94
5.7 Ringkasan Bab
Berdasarkan kepada analisis data dalam bab terdahulu, bab ini telah
membincangkan dapatan kajian yang yang bertepatan dengan objektif kajian.
Pelaksanaan perkhidmatan SchoolNet perlu diberi perhatian agar masalah yang
dihadapi dapat diatasi berpandukan kepada cadangan-cadangan yang telah
dinyatakan.
BAB 6
KESIMPULA
6.1 Pengenalan
Pelaksanaan SchoolNet di sekolah adalah kesinambungan daripada projek
Sekolah Bestari yang diperkenalkan di Malaysia ke arah usaha untuk
mempertingkatkan kualiti pendidikan masa kini. Perubahan terancang adalah perlu
dalam pendidikan bagi mempersipakan masyarakat sekolah dengan kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan bagi mengintergrasi ICT secara efektif dalam
persekitaran pengajaran dan pembelajaran.
Secara umumnya, walaupun kajian ini telah mencapai objektif kajian yang
telah ditetapkan, namun ia merupakan hasil kajian yang paling asas dan kegunaannya
tidak akan meluas sekiranya kajian seterusnya secara lebih mendalam tidak
diteruskan. Kajian ini merupakan satu kajian yang hanya mampu memberikan
informasi tertentu untuk sekolah-sekolah yang terdapat di kawasan kajian sahaja.
Walaubagaimanapun, hasil kajian ini adalah anjal dan boleh berubah dan diubahsuai
pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan, kegunaan dan kesesuaiannya.
96
Berdasarkan kepada kajian ini, didapati bahawa data dan maklumat yang
ingin diperolehi oleh pengkaji dapat diperolehi oleh pengkaji dengan serta merta
tanpa membazair masa dalam mencari maklumat yang dikehendaki. Pemaparan
keputusan dalam bentuk jadual memudahkan pengkaji untuk memahami dan
mengulas hasil dengan lebih mudah. Data-data yang digunakan untuk kajian ini pula
boleh digunakan untuk tujuan analisis pada masa hadapan.
6.2 Rumusan Hasil Kajian
Hasil daripada kajian ini, pengkaji dapat merumuskan beberapa perkara perlu
diberi perhatian agar pelaksanaan SchoolNet di sekolah berjaya dan sempurna.
Pengkaji menekankan perkara berikut dengan melalui pihak yang bertanggungjawab
memastikan pelasaksanaan SchoolNet terlaksana sepenuhnya. Pihak yang
bertanggungjawab ialah :
6.2.1 Pihak sekolah
Pengkaji melihat tiga perkara yang patut pihak sekolah ambil kira dalam
pelaksanaan SchoolNet ini ialah:
i) Penerapan Penggunaan Schoolnet Dalam Kelas
Sebagai satu organisasi kecil, pihak sekolah boleh memanfaatkan penggunaan
SchoolNet dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Peranan utama guru ialah
memberi input yang semaksima mungkin kepada pelajar. Makanya perubahan
97
persekitaran pembelajaran secara maya mampu mengubah pemikiran pelajar semasa
proses pengajaran.
ii) Penyelaras Bestari.
Penyelaras ICT perlu mempertingkatkan diri dengan sebarapa banyak imu
berkenaan ICT. Mereka bertindak sebagai pemangkin dalam sebuah sekolah.
Penyelaras ICT perlu bersedia dengan pelbagai kemungkin yang belaku di sekolah
dan bersedia untuk bekerja lebih umtuk itu. Oleh sebab yang demikin, pemilihan
penyelaras ICT perlu lah mengikut spesifikasi yang sesuai dan mempunyai minta
yang tinggi terhadap teknologi komputer ini.
iii) Penyebaran Maklumat Secara Total
Pihak sekolah seharusnya memperbanyakkan program penyebaran maklumat
tentang perkhidmatan SchoolNet melalui ceramah, taklimat, perhimpunan sekolah,
mensyuarat guru dan mengadakan latihan dalam perkhidmatan untuk semua guru.
Pihak pentadbir sekolah hendaklah menyenaraikan aspek perkhidmatan SchoolNet
sebagai salah satu aktiviti dalam program pembanguna akademik dan ,pembangunan
staf di sekolah masing-masing.
5.6.2 Pejabat pelajaran Daerah Muar
Pengkaji melihat dua perkara yang boleh dilakukan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah Muar bagi mempertingkatkan kualiti pelaksanaan SchoolNet di sekolah-
sekolah Daerah Muar.
98
i) Pemantauan Berkala
Pihak Pelajaran Daerah Muar perlu mengadakan pemanatauan berkala ke
sekolah-sekolah sekurang-kurang 2 kali setahun. Pemantauan ini dilihat boleh
membantu pihak sekolah untuk mengemukakan idea, pendapat dan masalah yang
mereka hadapi di sekolah. Pemantauan juga termasuklah melihat kemudahan yang
terdapat di sekolah, proses kerja dan menilai kemahairan penyelaras bestari dalam
mengendalikan SchoolNet di sekolah. Secara lansung, pihak pelajaran deraha boleh
memberi maklum balas secara terus kepada pihak sekolah. Secara tidak lansung,
pihak pentadbir sekolah akan merasakan kepentingan memastikan pelaksanaan
SchoolNet di sekolah ini penting.
ii) Latihan Dan Seminar
Pihak pelajaran derah juga wajar memperbanyakkan program dan latihan
serta seminar di peringkat daerah. Pertemuan antara guru-guru di daerah Muar
memungkinkan pertukaran idea dan pendapat antara meraka.
5.6.3 Jabatan Pelajaran egeri Johor
i) Penyediaan Laporan Berkala
Jabatan Pendidikan Negeri Johor boleh meminta semua sekolah di negeri
Johor menyediakan laporan secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Penyediaan laporan perlulah mengikut aspek-aspek yang sesuai yang sekolah untuk
memastikan setiap sekolah menyedia dan melaksanakan perkhidmatan ini
sepenuhnya.
99
5.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengkaji melihat satu perkara yang perlu dilaksanakn oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah :
i) Penilaian Semula Kaedah Implementasi
Secara teorinya, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan
sempurna dengan menyediakan pelbagai garis panduan yang wajar diakui tanpa
konpromi. Namun, secara praktiknya kerajaan seolah-olah gagal mengimplementasi
kaedah itu ke seluruh sekolah di Malaysia. Pihak kementerian seharusnya mengkaji
semula pelaksanaan SchoolNet di sekolah dari segi teori dan praktiknya bagi
memastikan kemudahan secara percuma yang telah disediakan ini dimanfaat dengan
sebaiknya.
5.7 Masalah Yang Dihadapi Semasa Kajian
Semasa kajian ini dijalankan, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengkaji
dan tidak dapat dielakkan. Antara masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti
berikut :
i) Pengkaji tidak mendapat kerjasama yang baik daripada sebahagian besar
pentadbir sekolah di daerah Muar ini. Terdapat pengetua yang
menganggap kajian seumpama ini adalah untuk kepentingan individu
semata-mata. Oleh yang demikian, pengkaji perlu mengadakan penjelasan
100
yang panjang lebar kepada pentadbir faedah dan kepentingan kajian ini
patut dilaksanakan. Malahan, kerjasama daripada pihak guru juga kurang
memuaskan. Guru enggan menjadi responden meskipun telah dipilih oleh
pihak sekolah untuk menjawab soal selidik yang telah diedarkan.
ii) Soal selidik yang telah diedarkan lambat dikembalikan semula kepada
pengkaji. Pengkaji terpaksa menghubungi pihak yang bertanggungjwab
mengedarkan soal selidik. Hal ini telah memendekkan proses
pemprosesan data oleh pengkaji.
5.8 Cadangan Kajian Akan Datang
i) Kajian ini tidak melihat hubungan pengetahuan responden terhadap
pelaksanaan perkhidmatan Schoolnet dengan jantina, umur, kelayakan
akademik, pengalaman perkhidmatan dana jawatan responden. Oleh itu,
dicadangkan supaya kajian lanjutan tentang aspek-aspek tersebut dijalankan
oleh pengkaji-pengkaji seterusnya.
ii) Kajian ini hanya melihat sekolah-sekolah menengah di daerah Muar sahaja.
Untuk mendapatkan gambaran secara menyeluruh yang lebih tepat tentang
perkhidmatan SchoolNet , adalah dicadangkan kajian akan datang
dilaksanakan ke seluruh sekolah menengah di negeri Johor.
iii) Kajian ini hanya dijalankan secara kuantitatif sepenuhnya dan hanya melihat
aspek kualitatif secara asas sahaja. Bagi mendapatkan gambaran pelaksanaan
sepenuhnya, pengkaji mencadangkan kajian berbentuk kualitatif di jalankan
bagi melengkapi kajian yang sedia ada sekarang..
101
5.9 Kesimpulan
Kajian ini telah berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan
berkaitan dengan pelaksanaan SchoolNet di sekolah, masalah yang dihadapai dan
penyelesaian yang boelh diambil bagi mempertingkatkan perkhidmatan SchoolNet di
sekolah-sekolah daerah Muar. Kajian ini telah menunjukkan penggunaan Schoolnet
di sekolah-sekolah menengah Daerah Muar di tahap sederhana. Masih banyak lagi
perkara yang perlu dilakukan untuk memastikan pelaksaan SchoolNet dimaksimakan
oleh seluruh warga sekolah.
107
RUJUKA�
Baharom Mohamad. (2002). In Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd
Rahman.. Pengetua Dan Pembestarian Sekolah. Kertas Kerja Dibentangkan
Di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan Dan Pendidikan Di Hotel Pan
Pacific Pada 16 – 19 Disember 2002.
Blaxter, L., Hughes, C, & Tight, M. (2003). How to research (2nd ed.). Maidenhead,
UK:Open University Press.
Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting And Evaluating
Qualitative And Quantitative Research. New Jersey: Pearson.
Davies, B (1996). Reengineering Schooln Leadership. International Jurnal Of
Educational Management 10(2), 11-16.
Flanagan, L, Jacobson, M (2003). Technology Leadership For The Twenty First
Century Principal. Journal of Educational Administration, 41(2), 124-142
Fullan, M(1991), The !ew Meaning of Educational Change, New York, NY:
Teacher College Press, Columbia University
Kealrsy, G & Lynch, B (1992). Educational Leadership in The Age of Technology:
The !ew Skill. Journal of research on computing education. 25(1),50-61
Laudon, K, & Laudon, J (1998) Management Information Systems: !ew Approach to
Organization And Technology. New Jearsy: Prentice Hall
Lee G S (2000). IT and Education in Malaysia: Problems, issue and challenges.
Kuala Lumpur: Longman
Ministry Of Education. (1997). “Smart School Task Force, The Malaysian Smart
School. Conceptual Blueprint.” Kuala Lumpur : KPM
Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua Dan
108
Pembestarian Sekolah. Kertas Kerja Dibentangkan Di Seminar Nasional
Pengurusan Kepimpinan Dan Pendidikan Di Hotel Pan Pacific Pada 16 – 19
Disember 2002.
Mohd Najib Bin Abdul Ghaffar (1999). Penyellidikan Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia: Skudai, Johor.
Mooji , T, Smeets, G (2001) Modelling and Supporting ICT Implemenetation in
Secondary Schools. Computers in Education. 36, 265-281
Nik Azis, N. P. (1999). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan
Matematik, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Patten, M. L. (2000). Proposing empirical research. New York: Pyrczak.
Pearson. Fink, A. (1998). Conducting research literature reviews: Frompaper to
Internet. Thousand Oaks, CA: Sage.
Steffe, L. P., &Thompson, P.W. (Eds.). (2000). Radical constructivism in action.
London:Routledge.
Raslan Ahmad, 2005, E-Malaysia: Dasar dan Wawasan, Bengkel Membudaya
`Masyarakat Jaringan: Cabaran dan Batasan. (Tidak Diterbit)
Rancangan Malaysia Ke 8, 2001, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Tearle, P. (2004). A Theoretical And Instrumental Framework For Implementing
Change In ICT In Education. Cambridge Journal Of Education 34 (3) 11-12
Telem, M (1996). MIS Implementationin Schools: A System socio-technical
Framework. Computer in Education, 27(2),85-93
Wiersma, W. (1995). Research methods in education: An introduction. London:
Allyn &Bacon.
Yee, D. (1998). IT in educational Leadership: New Zaeland perspectives
Zaini Ahmad (2006) Pelaksanaan Dasar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
dalam Pendidikan Di Sekolah Rendah, Kajian Ilmiah Doktor Falsafah,
Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
KAJIAN PELAKSANAAN SCHOOLNET DI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH DAERAH MUAR
------------------------------------------------------------------------------ Tahniah kerana terpilih menjawab soal selidik ini. Tujuan soal-selidik ini diadakan
adalah seperti berikut:-
1. Mengetahui pelaksanaan Schoolnet di sekolah
2. Mengetahui masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan SchoolNet di
sekolah.
3. Mencadangkan cadangan untuk mempertingkatkan kualiti pelaksanaan
SchoolNet di sekolah.
Segala maklumat anda adalah SULIT dan hanya akan digunakan untuk tujuan
kajian semata-mata tanpa pendedahan.
Kerjasama anda amatlah dihargai.
Terima kasih.
Lampiran A
104
Bahagian 1: Pengenalan Guru
Tandakan (√) hanya pada pernyataan berikut.
a. Jawatan anda di sekolah ialah
Pengetua / Penolong Kanan/Guru Kanan Matapelajaran
Guru Data
Guru / Setiausaha Peperiksaan
Guru Media
Guru PPSMI
Guru Penolong Akademik
b. Pengalaman mengajar di sekolah.
Tahun Tandakan (√)
1
2-3
4-5
6-7
8-10
Lebih 10 tahun
d. Jumlah waktu mengajar dalam seminggu
Bil waktu Tandakan (√)
6 waktu
8 -12 waktu
13- 16 waktu
17-20 waktu
21-24 waktu
24-28 waktu
Bahagian 2: Pelaksanaan SchoolNet di Sekolah.
1. Adakah anda mengetahui tentang kewujudan SchoolNet di sekolah?
Ya
Tidak
2. Adakah anda mendapat latihan atau kemahiran khusus untuk menggunakan SchoolNet di sekolah?
Ya
Tidak
3. Adakah sekolah anda mempunyai laman web?Tandakan (√) dalam ruang
berkaitan.
Ada
Tiada
Sila nyatakan alamat laman web: <<<<<<<<<<<<<<<<<..
4. Apakah aktiviti yang selalu dilaksanakan menggunakan akses internet di sekolah. (Sila tandakan √)
Aktiviti Tandakan
1. Pengurusan jadual waktu
2. Pengurusan staf
3. Pengurusan murid
4. Pengurusan kurikulum
5. Pengurusan kaunseling
6. Pengurusan Sumber manusia
7. Pengurusan kokurikulum
8. Pengurusan hal ehwal murid
9. Pengurusan peribadi
10. Pengurusan P&P
5. Sipakah yang anda tahu bertanggungjawab menguruskan SchoolNet di
sekolah? Sila tandakan.
Juruteknik
Fasilitator SchoolNet
Penyelaras ICT
Sila nyatakan :
6. Apakah anda mengetahui mereka mendapat latihan khas untuk mengendalikan SchoolNet? Sila tandakan.
Ya
Tidak
7. Tandakan (√) di lokasi di mana rangkaian secara internet dapat di akses di
sekolah anda.
Lokasi Tandakan
Pejabat Pentadbiran
Bilik guru
Asrama
Makmal sains
Bilik darjah
Koridor
Makmal Komputer
Pusat Sumber/ Bilik Media
Pusat Akses
Kantin
Kawasan rehat
Taman bacaan
Bilik Maklumat Peperiksaan
8. Adakah terdapat jalur lebar(broadband) lain yang ada di sekolah anda
selain daripada SchoolNet?
Ya
Tidak
Jika ya, Sila nyatakan: <<<<<<<<<<.
9. Apakah sekolah anda pernah mengalami masalah ketika melayari internet di
sekolah menggunakan perkhidmatan SchoolNet?
Tiada kegagalan atau gangguan/ capaian stabil
Jika ada kegagalan atau gangguan capaian, tandakan masa gangguan/downtime
10. Berapa kerapkah sekolah anda mengalami masalah kegagalan capaian
internet di sekolah? Sila tandakan.
Masa kegagalan /gangguan capaian
Tandakan
7 kali seminggu
5-6 kali seminggu
3-4 kali seminggu
1-2 kali seminggu
0 atau jarang berlaku
11. Adakah anda tahu pihak yang bertanggungjawab menguruskan kerosakan
SchoolNet. Sila tandakan
Item Pihak Yang Bertanggungjawab
1 GITN Sdn Bhd
2 Syarikat Naluri Pintar Sdn Bhd
3 Pusat Kegiatan Guru
4 Tidak Pasti
12. Berapa lamakah masa yang diambil untuk memperbaiki kerosakan
SchoolNet. Sila tandakan <<
Jangka masa Tandakan
24 jam
2 hari
3-4 HARI
5-6 HARI
13. Apakah penilaian anda terhadap tahap capaian internet melalui SchoolNet di
sekolah anda?
Tiada capaian lansung
Perlahan dan banyak gangguan
Biasa dengan gangguan sederhana
Memuaskan dengan sedikit gangguan
Amat memuaskan dan tiada gangguan
14. Apakah masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan SchoolNet di sekolah <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
15. Cadangan saya untuk penambahbaikan perkhidmatan internet di sekolah
ialah
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
<<<<<
Sekian, terima kasih.