Upload
addawiyah
View
347
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
1/35
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
2/35
2
Muka surat
Pengenalan 3
Perkembangan Senibina Awal Di Kuala Lumpur 3
Tiga Garispanduan Yang Digunakan Oleh 5
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Kategori Pengekalan 7
Cadangan dasar dan insentif pembangunan 9
Kepentingan pemuliharaan dan pengekalan
bangunan bangunan bersejarah 9
Isu isu tentang pengekalan 10
Garispanduan rekabentuk pembangunan
semula di lot lot rumah kedai di kawasan
pengekalan dan kawalan senibandar
Pengekalan Fasad 11
Garispanduan rekabentuk pembangunan
lot lot rumah kedai di kawasan pengekalan
dan kawalan senibandar
Perobohan dan pembinaan semula 14
Cadangan pengekalan dan anjakan bangunan
di dalam kawasan perancangan
Pusat Bandar Kuala Lumpur
( Pelan Pengekalan Komprehensif ) 17
Lampiran A 18
Lampiran B 19Lampiran C 20
Pelan Pengekalan Komprehensif 22
Pelan Kawasan kawasan Pengekalan 23
Lampiran D 34
KANDUNGAN
29 Ogos 1996
Unit Rekabentuk Bandar
Dan Warisan
Pertanyaan Lanjut
Sila Hubungi :
Unit Rekabentuk Bandar
Dan Warisan
Tingkat 25 Menara DBKL
Bandar WawasanJalan Raja Abdulah
50300 Kuala Lumpur
http://www.dbkl.gov.my
Tel : 03 26176546
Fax : 03 26946237
Email:[email protected]
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
3/35
3
PENGENALAN
Selepas pembentukan Akta Bendapurba 1976, aspek pengekalan mula
mendapat perhatian yang serius. Akta Bendapurba ini telah memberi kuasa
kepada kerajaan (Muzium Negara) untuk mewartakan mana-mana struktur,
bangunan atau tapak yang mempunyai kepentingan dari segi sejarah.
Aspek Pengekalan juga telah dimuatkan di dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur,
1984 di mana bangunan-bangunan bersejarah yang telah dikenalpasti akan
dikekalkan samada secara keseluruhan atau sebahagian.
Unit Pengekalan Dan Senibandar telah diwujudkan pada tahun 1987 di Jabatan
Perancang dan Kawalan Bangunan untuk menangani tanggungjawab tersebut.
Jawatankuasa Pengekalan Bangunan Lama yang terdiri daripada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dan tenaga professional kemudiannya dibentuk untuk
menyediakan garispanduan tersebut untuk mendapatkan satu garispanduan
yang lebih komprehensif.
PERKEMBANGAN SENIBANDAR AWAL DI KUALA LUMPUR
Pusat Bandar adalah tapak permulaan sejarah perkembangan Kuala Lumpur di
mana deretan rumah kedai merupakan bangunan awal yang didirikan. Walau
bagaimanapun pertumbuhan ekonomi yang pesat sekitar tahun 70-an dan 80-an
telah menyebabkan banyak rumah-rumah kedai ini dibangunkan semula dengan
bangunan moden. Pembangunan ini tidak terkawal dari segi:-
Penyelarasan rekabentuk di mana ketidakseimbangan rekabentuk
perbandaran disebabkan tiada pertimbangan skil dan karektor.
Peruntuhan bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah
tanpa mengkaji kepentingan bangunan-bangunan itu.
Ketinggian dan kualiti kemasan bangunan yang tidak selaras di dalam
satu kawasan/blok mengikut kehendak dan kemampuan pemaju.
Ketidaksesuaian jenis bangunan yang didirikan, misalnya bangunan-
bangunan tinggi yang didirikan di atas lot-lot rumah kedai yang kecil.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
4/35
4
Penumpuan pembangunan di sesuatu kawasan mengakibatkan masalah
kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kereta.
Pembinaan bangunan-bangunan awal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan
kepada 4 jenis iaitu:
Bangunan Rumah Kedai
Bangunan Pentadbiran Kerajaan
Bangunan Keagamaan
Bangunan Persendirian
1. BANGUNAN RUMAH KEDAI
Pada tahun 1884, selepas Residen Inggeris, Frank Swettenham
memperkenalkan undang-undang yang memerlukan penggunaan
bahan kekal (batu-bata dan atap genting) bagi pembinaan bangunan
serta mengikut pelan struktur yang telah disediakan, rumah-rumah kedai
secara deretan telah mula dibina terutamanya di Jalan Ampang, Jalan
Bandar dan Jalan Pudu. Rekabentuk asasnya bercirikan rekabentuk dari
Selatan China, kemudiannya rekabentuk yang lebih menarik dari negara
Eropah diterapkan.
2. BANGUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN
Bangunan-bangunan kerajaan ini dibina menggunakan senibina
MOORISH di mana elemen-elemen Eropah digabungkan dengan
senibina Islam dan India.
Bangunan-bangunan yang telah dibina ini termasuklah Bangunan Sultan
Abdul Samad, Pejabat Pos Besar, Dewan Bandaraya Lama, Infokraf dan
Mahkamah Tinggi.
3. BANGUNAN KEAGAMAAN
Bangunan ini mencerminkan penempatan awal sesuatu komuniti di Kuala
Lumpur. Bangunan Masjid Jamek, Tokong Chan See Yuen di Jalan
Petaling dan Kuil Mahamariaman di Jalan Tun H.S. Lee merupakan
bangunan keagamaan terawal Kuala Lumpur. Masyarakat Kristian juga
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
5/35
5
kemudiannya memohon beberapa gereja lama seperti Gereja St. Mary di
Jalan Raja dan Gereja St. Anthony di Jalan Galloway.
4. BANGUNAN PERSENDIRIAN
Bangunan ini terdiri daripada rumah-rumah (mansion) yang dimiliki oleh
tauke-tauke. Di antara contoh-contoh bangunan ialah Bangunan Le
Coq Dor dan Wisma Loke.
TIGA GARISPANDUAN YANG DIGUNAKAN OLEH DEWAN BANDARAYA KUALA
LUMPUR.
CONSERVATION GUIEDLINES (GARISPANDUAN PENGEKALAN DEWAN
BANDARAYA KUALA LUMPUR) yang dipertingkatkan sebahagian daripada
isi kandungan untuk mendapatkan garispanduan yang lebih
komprehensif.
JENIS KUASA PENGEKALAN
1. Pemuliharaan dan pemeliharaan melalui Akta Warisan Kebangsaan 2006(
Akta 645 ) yang dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara di bawah
Pesuruhjaya Warisan, Kementerian Kebudayaan,Kesenian Dan Warisan.
2. Pengekalan Secara Pentadbiran
Mengikut Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982, Datuk Bandar
berkuasa untuk memutuskan bentuk pembangunan yang dipohon. Oleh
itu kehendak-kehendak pengekalan diambilkira di dalam membuat
keputusan perancangan.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
6/35
6
BANGUNAN BANGUNAN YANG TELAH DIWARTAKAN (Muzium Negara)
Bil Bangunan Lokasi Kegunaan Semasa
1. Sultan Abdul Samad Jln. Raja Mahkamah Agung
2. Pejabat Pos Besar Jln. Raja Mahkamah Persekutuan
3. Infokraf Jln. S. Hishamudin Pusat Kraftangan
4. Mahkamah Tinggi Jln. Raja Mahkamah Tinggi
5. Pusat Penerangan Jln. Tun Perak Jabatan Penerangan
6. Standard Chartered Jln. Raja Muzium Sejarah
7. Bangunan Chow Kit Jln. Belanda Mahkamah Industri
8. Dewan Bandaraya Jln. Raja Mahkamah Seksyen
9. Masjid Jamek Jln. Tun Perak Masjid
10. Pejabat K.T.M. Jln. S. Hishamudin Pejabat K.T.M.
11. Stesen Keretapi Jln. S. Hishamudin Stesen Keretapi
12. Badan Pencegah Rasuah Jln. Sulaiman Kosong
13. Bangunan Sulaiman Jln. Damansara Pejabat J.A.W.I.
14. Inst. Medical Resc. Jln. Pahang I.M.R. Office
15. Balai Senilukis Negara Jln. S.Hishamudin Balai Senilukis
16. Sek. Men. St. John Jln. Bukit Nenas Sekolah
17. Residensi Jln. Dato Onn Memorial T.A. Rahman
18. Istana Negara Jln. Istana Palace
19. Memorial P.Ramlee Tmn. Furlong Memorial
20. Istana Tetamu Kebun Bunga Hotel
21. Bgn. Percetakan Negara Jln. Raja Pustaka Peringatan
22. Bgn. Bekas Jbt. Kerja Raya Jln. Raja Infokraf
23. Panggung Seni Jln Bandar
24. Balai Polis Lama Jln Bandar Balai Polis
25. Stadium Merdeka Jln. Hang Tuah stadium
26. Stadium Negara Jln. Hang Tuah kosong
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
7/35
7
KATEGORI PENGEKALAN
Kategori 1 Pengekalan Secara Keseluruhan Bangunan
i. Tiada perobohan, pindaan atau tambahan melainkan kerja-kerja yang
untuk mengekal dan menyelenggara bangunan.
ii. Kerja-kerja pembaikan hendaklah menggunakan jenis bahan asal
termasuk bahan untuk bumbung, lantai dinding, kerja kayu dan juga
kerja-kerja melepa (plasterwork).
Kategori 2 Pengekalan Secara Keseluruhan Luar Bangunan
i. Tiada perobohan atau pindaan terhadap bahagian luar bangunan
melainkan kerja-kerja yang perlu untuk mengekal dan menyelenggara
bahagian tersebut.
ii. Kerja-kerja pembaikan hendaklah menggunakan jenis bahan yang asal
termasuk bahan untuk bumbung, lantai, dinding, kerja kayu dan juga
kerja-kerja melepa (plasterwork).
iii. Elemen elemen senibina seperti ruang kaki lima, lankan dan sebagainya
hendaklah dikekalkan.
iv. Pemasangan alat-alat mekanikal dan servis hendaklah berpandukan
kepada garispanduan pemasangan alat-alat elektrik, jentera dan paip
pada bangunan lama dan bersejarah.
v. Sebarang tambahan atau sambungan hanya akan dibenarkan sekiranya
tidak mengubah karektor asal bangunan. Penggunaan bahan
hendaklah menggunakan jenis bahan bangunan sedia ada.
vi. Pindaan dibahagian dalaman boleh dibenarkan, tertakluk kepada
kelulusan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini termasuk kerja-kerjapengubahsuaian ruang, penambahan ruang lantai, penutupan ruang
pengudaraan, penukaran bahan kemasan dan sebagainya.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
8/35
8
Kategori 3 Pengekalan Sebahagian Luar dan Dalam Bangunan
i. Elemen-elemen yang dikekalkan termasuk fasad bangunan samada
bahagian hadapan, tepi, bucu atau belakang, kaki lima, lankan dan
bahagian seperti tiang, kubah, dinding dan sebagainya.
ii. Elemen-elemen yang dikekalkan hendaklah diperbaiki dan
diselenggarakan di samping menggunakan bahan asal atau yang
setaraf dengannya.
iii. Sebarang pembangunan di atas tapak bangunan tersebut hendaklah
berpandukan kepada garis panduan pengekalan (conservation
guideline).
Kategori 4 Perobohan Bangunan
i. Merupakan bangunan yang tidak termasuk di dalam kategori bangunan
pengekalan atau
ii. Struktur yang tidak kukuh dan tidak dapat memenuhi ciri-ciri keselamatan.
iii. Tidak ekonomik untuk dikekalkan.
iv. Tidak dapat menyumbang kepada karektor perbandaran di sesuatu
kawasan.
v. Struktur baru hendaklah didirikan sebagai replika kepada bangunan asal
atau dengan berpandukan garispanduan pengekalan, iaitu dengan
mengekalkan ciri-ciri senibina setempat.
vi. Sebelum kerja-kerja perobohan dijalankan, pemilik dikehendaki
berhubung dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendapat
arahan dan seterusnya kelulusan.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
9/35
9
CADANGAN DASAR DAN INTENSIF PEMBANGUNAN
1. Pemindahan hak perancangan ke tapak lain yang tidak terlibat dengan
pengekalan bangunan.
2. Pengawalan Pembangunan Semula Rumah Kedai. Bagi sederetan
bangunan-bangunan lama dan menarik hanya kerja-kerja pembaikan
dan pemulihan sahaja dibenarkan tanpa pembinaan semula.
3. Pengekalan Bangunan-Keutamaan dan kelulusan segera bagi
permohonan memperbaiki, memulih dan memelihara bangunan-
bangunan lama.
4. Pengekalan Fasad Serta Sebahagian Bangunan. Tambahan ruang lantai
dibenarkan tetapi mestilah terletak 15 hingga 20 kaki dari fasad asal.
Cadangan pembangunan ini akan mendapat pengecualian 50 %
daripada keperluan ruang meletak kereta bagi tingkat tambahan. Caj
Pembangunan juga akan dikecualikan.
5. Pembangunan semula rumah kedai dibenarkan dengan syarat
mendapat pengesahan Jurutera bertauliah bahawa bahagian
bangunan asal adalah tidak selamat. Pembangunan ini mestilah
mengikut ciri-ciri rekabentuk asal.
Intensif-intensif ini adalah menurut arahan dari keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Perancang Bandar.
KEPENTINGAN PEMULIHARAAN DAN PENGEKALAN BANGUNAN-BANGUNAN
BERSEJARAH
1. Mengekalkan nilai-nilai warisan budaya sebagai langkah ke arah
pembentukan identiti rekabentuk tempatan.
2. Mengekalkan sejarah dan kenangan tentang kewujudan bandaraya ini.
3. Meningkatkan taraf bangunan bersejarah. Kadar keusangan yang tinggi,
ketiadaan kemudahan asas dan keselamatan tidak terjamin menjadi
masalah utama.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
10/35
10
4. Mengimbangkan intregasi pembangunan lama dan baru. Elemen-
elemen karektor, sejarah dan penyelarasan rekabentuk akan membentuk
satu townscape yang menarik dan unik.
5. Menyimpan rekod-rekod senibina silam.
ISU-ISU TENTANG PENGEKALAN BANGUNAN DI KUALA LUMPUR
1. Peningkatan nilai dan harga tanah menyebabkan pembangunan
bangunan-bangunan pencakar langit dan lot-lot rumah kedai.
2. Akta Kawalan Sewa tidak menggalakkan pemilik menyelenggara
bangunan mereka. Ini membawa kepada kadar keusangan yang tinggi.
3. Ketidakseragaman papan tanda dan iklan memburukkan lagi keadaan
rumah-rumah kedai ini.
4. Bangunan-bangunan yang dirobohkan (contoh: sebab kebakaran)
membawa kepada kecacatan estetik, perbandaran dan mengancam
keselamatan pejalan kaki dan bangunan bersebelahan.
5. Pengubahsuaian fasad tidak secocok dan tidak selaras dengan
rekabentuk asal.
6. Ketiadaan intregasi pembangunan baru dengan pembangunan sediada
menyebabkan bangunan tinggi dan rumah-rumah kedai bercampur-
aduk di satu kawasan.
7. Ruang-ruang perbandaran yang terbiar, tidak diselenggara dan
diperindahkan.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
11/35
11
GARISPANDUAN REKABENTUK PEMBANGUNAN SEMULA LOT-LOT RUMAH KEDAI DI
KAWASAN PENGEKALAN DAN KAWALAN SENIBANDAR PENGEKALAN FASAD
1 Plot Ratio/Ketumpatan
2 Ketinggian Maksima
3 Kegunaan
a. Retail/Komersial
b. Pejabat
c. Hotel
d. Institusi
e. Kediaman
f. Pembangunan Bercampur (Mixed Development)
g. Lain-lain
5 Fasad dikekalkan sepenuhnya di dalam rupabentuk asal. Kerja-kerja
membaikpulih tidak boleh menambah atau menyingkirkan elemen-elemen yang
membentuk senibina, skala dan keutuhan fasad tersebut. Fasad ini hendaklah
diintregasikan di dalam cadangan pembangunan semula. Fasad free standing
tidak dibenarkan.
6 Tingkap, motif-motif hiasan dan dinding parapet hendaklah dibaiki atau
digantikan dengan bahan asal atau serupa supaya keseragaman pandangan
dapat dikekalkan. Tingkap yang berbingkai kayu adalah sebahagian daripada
karektor bangunan lama. Tingkap-tingkap ini hendaklah dibaiki dan digantikan.
Bingkai dari bahan-bahan lain boleh dipertimbangkan jika rekabentuknya sesuai.
7 Lankan, selusur, pepelar dan tiang hendaklah dikembalikan kepada keadaan
asal.
8 Bahan-bahan binaan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan
bangunan asal misalnya atap genting tanah liat, mortar, lepa dan cat kapur serta
pigmen-pigmen semulajadi. Warna-warna asal hendaklah digunakan sehampir
mungkin.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
12/35
12
9 Laluan beranda berlindung/berbumbung (covered verandah way) disediakan
selebar 3 meter (10 kaki). Ia hendaklah dikekalkan dari segi ketinggian, bahan-
bahan asal, warna dan juga rekabentuk terperinci.
10 Ketinggian laluan beranda hendaklah tidak melebihi 10mm (MS 1184:2002) dari
paras jalan atau pada paras bahu jalan (kerb). Ruang tingkat bawah mestilah
tidak melebihi 12 inci dari laluan beranda dan disediakan dengan kemudahan
orang cacat. Ruang tingkat bawah yang aktif (retail/komersial) disediakan pada
permukaan bangunan yang berhadapan dengan ruang awam seperti laluan
beranda.
11 Rekabentuk bangunan secara keseluruhan mestilah mengikut ciri-ciri rumah kedai
tradisional dengan mempertimbangkan elemen-elemen seperti :
a. Ritma menegak dan mendatar(vertical and horizontal rhythm).
b. Latar langit (sky line)
c. Rekabentuk terperinci dinding, tingkap, pintu dan ruang tingkat
bawah serta laluan beranda.
d. Penggunaan prinsip senibina secara tiga bahagian tripartite iaitu
atas, tengah dan bawah.
e. Bahan tutupan permukaan (surface material), tekstur, warna dan
corak(pattern).
f. Penyelarasan rekabentuk landskap, laluan pejalan kaki dan
perabut jalan dengan keadaan sekeliling.
12 Corner Architecture diperkenalkan di sudut pembangunan lot tepi. Rekabentuk
fasad bagi satu blok pembangunan rumah kedai hendaklah dielakkan
penggunaan ciri-ciri yang bersifat monotonouss dan berulang-ulang. Elemen-
elemen perantaraan di pertengahan mesti digunakan.
13 Bagi satu blok pembangunan atau pembangunan di atas lot-lot yang berganda
(multiple lots), ruang awam yang berlandskap hendaklah disediakan di tingkat
bawah.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
13/35
13
14 Tambahan ketinggian selepas fasad yang dikekalkan (bahagian bangunan baru)
hendaklah dianjakkan mengikut Plan CDP 1093. Bagi lot-lot yang tiada keperluan
serahan tanah, bahagian pembangunan baru hendaklah dianjakkan 4572 mm
(15 kaki) dari jalan hadapan dan 3050 mm (10 kaki) dari jalan sisi utama.
15 Keseluruhan rekabentuk fasad yang menghadap lorong belakang dan sisi
hendaklah direkabentuk sebagai fasad hadapan (frontage).
16 Bahan-bahan tutupan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan bahan
asal, dari segi tekstur, warna dan estetik.
17 Penggunaan bahan kaca sebagai tutup fasad hendaklah kurang daripada
bahan legap (solid) bagi setiap permukaan.
18 Bumbung baru hendaklah dari jenis bumbung cerun (pitch roof) dan bahan
tutupan bumbung dari jenis terra cotta roof tiles. Teras laluan lif (lift core)
hendaklah direkabentuk sebagai sebahagian dari keseluruhan bangunan.
19 Ketinggian setiap tingkat pembangunan (floor to floor height) mestilah separas
dengan bangunan asal. Bagi tambahan ketinggian, paras lantainya hendaklah
mengikut paras bangunan bersebelahan yang lebih tinggi.
20 Ruang untuk papan iklan hendaklah disediakan dan direkabentuk supaya ia tidak
mencacatkan pandangan dan estetik bangunan tersebut. Kedudukannya boleh
disediakan di fasad atau sisi bangunan.
21 Kekotak tanaman tidak dibenarkan di mana-mana ruang beranda 10 kaki. Ramp
dan struktur lain samada untuk tujuan estetika, kemudahan awam atau servis juga
dibenarkan. Segala keperluan tersebut hendaklah disediakan di ruang yang
berasingan.
22 Ruang lay-by untuk kenderaan tidak dibenarkan di jalan hadapan.
23 Ruang pintu masuk kenderaan ke tempat letak kereta hendaklah melalui lorong
belakang.
24 Kedudukan alat-alat servis seperti paip bekalan, kabel telefon, condenser hawa
dingin pada fasad atau bumbung bangunan samada di hadapan, sisi dan
belakang hendaklah terlindung dari pandangan awam.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
14/35
14
GARISPANDUAN REKABENTUK PEMBANGUNAN LOT-LOT RUMAH KEDAI DI KAWASAN
PENGEKALAN DAN KAWALAN SENIBANDAR PEROBOHAN DAN PEMBINAAN SEMULA
1 Plot Ratio/Ketumpatan
2 Ketinggian Maksima
3 Kegunaan
a. Retail/Komersial
b. Pejabat
c. Hotel
d. Institusi
e. Kediaman
f. Pembangunan Campuran (Mixed Development)
g. Lain-lain
4 Rekabentuk bangunan secara keseluruhan mestilah mengikut ciri-ciri rumah kedai
tradisional dengan mempertimbangkan elemen-elemen seperti :
5 Ritma menegak dan mendatar(vertical and horizontal rhythm).
6 Kaki langit (sky line).
7 Rekabentuk terperinci dinding, tingkap, pintu dan ruang tingkat bawah serta
laluan beranda.
8 Penggunaan prinsip senibina secara tiga bahagian tripartite iaitu atas, tengah
dan bawah.
9 Bahan tutupan permukaan (surface material), tekstur, warna dan pattern.
10 Penyelarasan rekabentuk landskap, laluan pejalan kaki dan perabut jalan
dengan keadaan sekeliling.
11 Corner Architecture diperkenalkan di sudut pembangunan lot tepi. Rekabentuk
fasad bagi satu blok pembangunan rumah kedai hendaklah dielakkan
penggunaan ciri-ciri yang monotonous dan berulang-ulang. Elemen-elemen
perantaraan di pertengahan mesti digunakan.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
15/35
15
12 Bagi satu blok pembangunan atau pembangunan di atas lot-lot yang berganda
(multiple lots), ruang awam yang berlandskap hendaklah disediakan di tingkat
bawah.
13 Keseluruhan rekabentuk fasad yang menghadap lorong belakang dan sisi
hendaklah direkabentuk sebagai fasad hadapan (frontage). Ciri-ciri rekabentuk
keseluruhan bangunan hendaklah dikekalkan
14 Bahan-bahan tutupan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan bahan
asal, dari segi tekstur, warna dan estetik.
15 Ketinggian setiap tingkat pembangunan (floor to floor height) mestilah separas
dengan bangunan bersebelahan yang lebih tinggi. Anjakan mengikut Pelan CDP
1039 atau 15 kaki dari fasad hadapan hendaklah disediakan selaras dengan
Pelan Garispanduan Anjakan dan Pengekalan seperti yang disediakan.
16 Penggunaan bahan kaca sebagai tutupan fasad hendaklah kurang daripada
bahan legap (solid) bagi setiap permukaan.
17 Bumbung baru hendaklah dari jenis bumbung cerun (pitch roof) dan bahan
tutupan bumbung dari jenis terra cotta roof tiles. Teras laluan lif (lift core)
hendaklah direkabentuk sebagai sebahagian dari keseluruhan bangunan.
18 Laluan beranda berlindung/berbumbung (covered verandah way) disediakan
selebar 3 meter (10 kaki) disertai dengan elemen colonnade hendaklah
disediakan berhadapan jalan utama dan jalan sisi..
19 Ketinggian laluan beranda hendaklah tidak melebihi 10mm (MS 1184:2002) dari
paras jalan atau pada paras bahu jalan (kerb). Ruang tingkat bawah mestilah
tidak melebihi 12 inci dari laluan beranda dan disediakan dengan kemudahan
orang cacat. Ruang tingkat bawah yang aktif (retail/komersial) disediakan pada
permukaan bangunan yang berhadapan dengan ruang awam (contoh - laluan
beranda).
20 Kedudukan alat-alat servis seperti paip bekalan, kabel telefon, kondenser hawa
dingin pada fasad bangunan samada di hadapan, sisi dan belakang hendaklah
terlindung dari pandangan awam.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
16/35
16
21 Kedudukan alat-alat servisdi atas bumbung bangunan seperti menara penyejuk
dan tangki air hendaklah terlindung dari semua arah pandangan awam.
22 Ruang untuk papan iklan hendaklah disediakan dan direkabentuk supaya ia tidak
mencacatkan pandangan dan estetik bangunan tersebut. Kedudukannya boleh
disediakan di fasad atau sisi bangunan.
23 Kekotak tanaman tidak dibenarkan di mana-mana ruang beranda 10 kaki. Ramp
dan struktur lain samada untuk tujuan estetika, kemudahan awam atau servis juga
dibenarkan. Segala keperluan tersebut hendaklah disediakan di ruang yang
berasingan.
24 Ruang lay-by untuk kenderaan tidak dibenarkan di jalan hadapan.
25 Ruang pintu masuk kenderaan ke tempat letak kereta hendaklah melalui lorong
belakang.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
17/35
17
CADANGAN PENGEKALAN DAN ANJAKAN BANGUNAN DI DALAM KAWASAN
PERANCANGAN PUSAT BANDAR KUALA LUMPUR (PELAN PENGEKALAN
KOMPREHENSIF)
PENDAHULUAN
Untuk memudahkan proses permohonan perancangan bagi lot-lot di kawasan
pengekalan. Unit Pengekalan Dan Senibandar (Kini dikenali sebagai Unit
Rekabentuk Bandar Dan Warisan) telah membuat satu garispanduan untuk
menentukan bangunan-bangunan yang perlu dikekalkan (secara keseluruhan
atau sebahagian), ataupun dibenarkan untuk dirobohkan dan dibina dengan
fasad yang mengikut ciri-ciri rekabentuk bangunan rumah kedai lama.
Jabatan Kerja Awam dan lalulintas memerlukan serahan tanah yang diwartakan
oleh Pelan CDP No 1039 dilaksanakan. Oleh itu, untuk mengekalkan fasad
hadapan dan menduduki semula bahagian hadapan bangunan, pemilik
hendaklah mendapatkan Lesen Menduduki Sementara (TOL).
Anjakan bahagian bangunan baru hendaklah mengikut Pelan CDP No 1039 ini
dan di mana tiada serahan tanah diperlukan, bahagian hadapan bangunan
baru ini hendaklah dianjakan 15 kaki dari fasad asal yang dikekalkan.
LAMPIRAN A
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
18/35
18
65/6548/94 CADANGAN GARISPANDUAN ANJAKAN HADAPAN BANGUNAN DI SEBAHAGIAN
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, KUALA LUMPUR.
Tarikh : 9hb Februari, 1995
TUJUAN KERTAS
Tujuan kertas ini ialah untuk mengemukakan cadangan bagi menyelaraskan
anjakan hadapan dan pengekalan bangunan di sebahagian Jalan Tuanku Abdul
Rahman supaya wujudnya kesinambungan dari segi karektor, pejalan kaki dan
jalanraya.
Cadangan ini melibatkan lot-lot rumah kedai yang terletak di Seksyen
5,6,33,34,35,363,37 & 38 Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur iaitu dari
persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Dang Wangi.
PENGENALAN
Jalan Tuanku Abdul Rahman merupakan jalan yang unik dari segi karektor seni
bandarnya. Ia merupakan kawasan membeli-belah dari jenis kedai berteres
yang utama di Kuala Lumpur. Di sini juga terdapat rumah kedai lama yang
menarik seperti Art Deco, Utilitarian dan Neo-Classical.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi satu jalan yang selesa
dan selamat bagi kenderaan dan pejalan kaki.
RUMUSAN MASALAH
1. Jalan yang sempit dan tidak selaras menimbulkan masalah kesesakan
lalulintas.
2. Ruang pejalan kaki (pavement) yang sempit.
3. Laluan beranda yang sempit tanpa kesinambung an tidak dapat
menampung dan memberi keselesaan kepada pengguna.
LAMPIRAN B
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
19/35
19
66/5648/94 CADANGAN MENGEKALKAN KESELURUHAN DERETAN RUMAH KEDAI, LOT-
LOT 19-37 DAN 137, SEKSYEN 37 DAN BANGUNAN PANGGUNG
COLISEUM, LOT 1-4, SEKSYEN 35, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN.
Tarikh : 9hb. Februari, 1995
TUJUAN KERTAS
Untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan Jawatankuasa Perancang Bandar
supaya deretan rumah kedai lot-lot 19-37 dan 137, Seksyen 37 dan Bangunan
Panggung Coliseum lot 1-4, Seksyen 35, Jalan Tuanku Abdul Rahman dapat
diwartakan dan seterusnya dikekalkan secara keseluruhan luar bangunan.
Bangunan-bangunan ini adalah dari jenis Neo-Classical (1910-1930an) yang
menggunakan tiang-tiang Greek dan Roman dengan hiasan yang teliti di
mana bingkai tingkap, birai, tembok parapet dihiasi dengan terperinci.
Pengekalan secara keseluruhan luar bangunan akan melibatkan kerja
membaikpulih kesemua fasad dan bumbung bangunan.
BANGUNAN-BANGUNAN INI DIPILIH KERANA:
1. Ia mempunyai kedudukan yang strategik di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
2. Daya tarikan pelancong Jalan Tuanku Abdul Rahman merupakan kawasan
membeli-belah yang dikunjungi warga kota, pelancong tempatan dan
pelancong asing.
3. Ia merupakan mercu tanda bagi Jalan Tuanku Abdul Rahman.
4. Ia mempunyai nilai-nilai sejarah di mana Jalan Tuanku Abdul Rahman
(Jalan Batu) merupakan salah satu jalan raya terawal.
5. Keseluruhan blok bangunan ini masih kukuh dan belum dibangunkan.
Senibina sebegitu rupa adalah unik dan tidak dapat dibina semula.
STRATEGI
1. Mengurangkan masalah kesesakan lalulintas dengan menyelaraskan
kelebaran jalan.
2. Melebarkan laluan pejalan kaki (pavement) dengan mencadangkan pelan
anjakan hadapan bangunan.
3. Mengekalkan beberapa bangunan rumah kedai lama secara keseluruhan
dan sebahagian (pengekalan fasad).
KESIMPULAN
Kertas ini megemukakan cadangan anjakan bangunan dan cadangan pengekalan
bangunan secara keseluruhan dan sebahagian (pengekalan fasad). LAMPIRAN C
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
20/35
20
JABATAN PERANCANG DAN KAWALAN BANGUNAN JABATAN KERJA AWAM
DAN LALULINTAS
CADANGAN GARISPANDUAN ANJAKAN UNTUK BAHAGIAN HADAPAN BANGUNAN DI KAWASAN
YANG DILINGKUNGI OLEH:
I) JALAN CHENG LOCK, JALAN SULTAN, JALAN MAHARAJALELA DAN JALAN
HANG KASTURI.
II) JALAN DORAISAMY, JALAN YAP AH SHAK DAN JALAN KEMUNTING, SEK
41.
III) JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, SEKSYEN 5,6,33,34,35,36 ,37,38.
No. Fail: JP & KP. UPSB.5648/94
Tarikh: 6 hb Julai, 1995.
1.0 TUJUAN KERTAS
Membentangkan serta mendapatkan pengesahan Jawatankuasa Perancang Bandar
mengenai cadangan anjakan hadapan bagi kawasan Pengekalan di Pusat Bandar.
2.0 LATAR BELAKANG
Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan Jabatan Kerja Awam dan
Lalulintas melalui satu mesyuarat yang telah diadakan pada 9hb Jun 1995
telah bersetuju mengenai cadangan anjakan hadapan bangunan bagi sebahagian
kawasan yang telah dizonkan sebagai Kawasan Pengekalan. Melalui cadangan
ini juga, Unit Pengekalan dan Senibandar telah menetapkan kedudukan
bangunan-bangunan lama di kawasan yang terlibat, samada ianya perlu
dikekalkan atau dirobohkan dan dibina semula.
3.0 ISU
Terdapat tiga perkara yang harus dipertimbangkan, iaitu:
anjakan hadapan bangunan bagi pembesaran jalan mengikut Pelan
Pembangunan Komprehensif No : 1039.
bangunan lama yang perlu dikekalkan secara sebahagian (fasad).
samada cadangan Pejalan Kaki Jalan Petaling akan dilaksanakan.
4.0 SYOR
1. Secara keseluruhan, jalan sediada dicadangkan supaya dikekalkan
pada kelebaran semasa. Walau bagaimanapun, lorong-lorong belakang
dibesarkan mengikut Pelan CDP No. 1039 untuk laluan kenderaan.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
21/35
21
2. Bagi bangunan-banguna n yang akan dikekalkan atau dibina semula
mengikut karektor asal bagi fasad hadapannya, ianya disyorkan
supaya diserahkan mengikut Pelan Pembangunan Komprehensif No. 1039,
tetapi diduduki semula dengan mendapatkan Lesen Pendudukan
Sementara (TOL).
Bahagian bangunan baru hendaklah didirikan pada garis Anjakan
mengikut Pelan Pembangunan Komprehensif No. 1039. Bagi pembangunan
yang tiada keperluan anjakan hadapan, bangunan baru hendaklah
didirikan 15 kaki dari garis hadapan bangunan.
3. Ruang pada bahagian bangunan yang akan dikekalkan hendaklah
digunakan secara aktif.
4. Struktur bahagian bangunan baru hendaklah direkabentuk sepaya dapat
berdiri dengan sendiri, tanpa bergantung kepada bahagian hadapan
bangunan.
5. Perkara-perkar a yang harus dipertimbangka n semasa menilai cadangan-
cadangan yang dikemukakan bagi kawasan-kawasan tersebut.
PENYERAHAN TANAH KEPERLUAN
A. Serahan tanah pada bahagian hadapan bangunan
mengikut Pelan Pembangunan Komprehensif No. 1039
B. Tiada keperluan penyerahan tanah di hadapan
bangunan.
C. Serahan tanah untuk pembesaran lorong belakang
mengikur Pelan Pembangunan Komprehensif no. 1039
REKABENTUK KEPERLUAN
X. Fasad hadapan perlu dikekalkan.
Y. Fasad hadapan tidak perlu dikekalkan tapi dibina
semula mengikut karektor asal.
Z. Rekabentuk dan keperluan Senibandar pembangunan
dikawal.
5.0 PENGESAHAN
Pengesahan daripada Jawatankuasa Perancang Bandar adalah perlu supaya
pelan-pelan ini dapat diwartakan sebagai Pelan Pengekalan Komprehensif
(Comprenhensive Conservation Plan) dan diguna pakai untuk menilai cadangan-
cadangan pembangunan setempat.
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
22/35
22
Gambarajah: Contoh prmbangunan dengan pengekalan atau pembinaan semula fasad hadapan dan anjakan
mengikut pelan CDP : 10389
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
23/35
23
PELAN PENGEKALAN KOMPREHENSIF
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
24/35
24
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
25/35
25
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
26/35
26
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
27/35
27
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
28/35
28
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
29/35
29
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
30/35
30
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
31/35
31
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
32/35
32
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
33/35
33
PERUTUSAN KHAS : CADANGAN MEMPROMOSIKAN KUALA LUMPUR SEBAGAI SEBUAH BANDARAYA
PERENGGAN (A)(viii)
ULASAN
Tujuan ulasan ini ialah untuk:
a. melihat kepentingan pengekalan warisan sejarah dalam menarik lebih
ramai pelancong
b. menerangkan program-program pengekalan yang telah dibuat oleh DBKL
Bangunan-bangunan 1880an yang menjadi warisan sejarah dan identiti kepada
Bandaraya Kuala Lumpur terdiri daripada:
1. Bangunan-banguna n awal kerajaan dan sivik dengan senibina
Moorish.
2. Bangunan-banguna n keagamaan seperti masjid, tokong Cina dan
kuil Hindu
3. Bangunan-banguna n rumah kedai lama.
4. Bangunan-banguna n rumah Mansion milik persendirian.
PENDEKATAN PENGEKALAN DI KUALA LUMPUR
Bangunan-bangunan dari jenis sesebuah tidak boleh dikekalkan sekadar
fasadnya sahaja, melainkan dikekalkan secara keseluruhan. Ini adalah kerana
bangunan-banguna n ini akan hilang identitinya. Pendekatan yang digunakan
ialah dari jenis ADAPTIVE REUSE. Hanya pengubahsuaian dalaman dan
tambahan annexe sahaja yang dibenarkan. Contoh-contohnya ialah bangunan-
bangunan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Bangunan Le Coq Dor dan
Carcosa Sri Negara.
Bagi bangunan-bangu nan dari jenis rumah kedai berderet, fasad dan
sebahagian hadapan bangunan hendaklah dikekalkan. Tambahan tingkat di
belakang hendaklah serasi dengan senibina lama dan tidak boleh terlalu
menonjol karektornya. Contoh-contoh yang ada ialah Bangunan Mac Donalds
dan rumah kedai bersebelahannya di Medan Pejalan Kaki Jalan Hang Kasturi.
LAMPIRAN D
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
34/35
34
PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH DBKL:
1. MENGGALAKKAN PENGEKALAN BANGUNAN
Satu kawasan pengekalan telah ditetapkan di pusat bandar Kuala Lumpur dan
setiap bangunan telah dikenal-pasti untuk keputusan perancangan samada
untuk:
(i) Dikekalkan secara keseluruhan atau sebahagian fasad
bangunan.
(ii) Dirobohkan dan dibina semula, bagi bangunan-banguna n yang
tersangat usang dan strukturnya tidak kukuh.
(iii) Dibina semula dengan karektor fasad yang mengekalkan ciri-
ciri senibina lama.
Bagi bangunan-bangunan sesebuah keputusan perancangan yang dibuat adalah
berdasarkan:
a. Pengwartaan bangunan melalui Akta Benda Purba 1976
b. Pengekalan secara pentadbiran DBKL, melalui Akta Perancangan
Persekutuan 1982,
mengambil kira bangunan-bangunan bersejarah yang disenaraikan oleh Jabatan
Muzium dan Antikuiti.
2. MENGEKALKAN KAREKTOR KAWASAN PERBANDARAN.
Pertimbangan dibuat semasa permohonan perancangan untuk menyeimbangkan
pembangunan baru dan bangunan warisan serta streetscape kawasan tersebut.
DBKL juga menyediakan program-program Pengindahan dan Menaik-taraf Kawasan
seperti:
a. Kawasan Sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid
India
b. Kawasan Jalan Haji Taib
c. Kawasan Jalan Petaling
Selain daripada itu, kesinambungan pejalan kaki samada berbumbung atau
tidak, menjadi faktor utama di dalam penyediaan program peningkatan
kawasan-kawasan ini.
3. PROGRAM PENGINDAHAN DAN MENGECAT SEMULA BANGUNAN USANG.
Langkah yang sedang diambil ialah mengenal-pasti bangunan yang perlu
dikemaskan, digantikan atap zink dengan genting dan dicat semula, sebelum
menghantar surat-surat memohon kerjasama beserta cadangan skim warna kepada
pemilik. Syarikat-syarikat cat dan atap genting juga telah diminta bekerja
sama dengan memberi harga yang berpatutan. Bagi bangunan yang sangat usang,
8/14/2019 Kajian Pengekalan Bangunan - Masjid Jamek
35/35
notis dikeluarkan melalui Akta Parit dan Bangunan, mengarahkan pemilik
menaik-taraf bangunan mereka. Bangunan-bangunan yang telah diambil tindakan
ialah:
a. Bangunan-banguna n di Pusat Bandar
b. Sekitar kawasan berhampiran Bukit Jalil
c. Laluan ke Bukit Jalil, samada jalanraya , komuter atau LRT
d. Kawasan sekitar Pembangunan Stesen Sentral.
AKTA KAWALAN SEWA
Masalah yang utama ialah kurangnya penyelenggaraan kepada bangunan-bangunan
lama oleh pemilik. Walau bagaimanapun, sejak pemansuhan Akta Kawalan Sewa,
bangunan-bangunan telah mula diselenggarakan dan disewa kepada operator
restoran dan kedai kraftangan dan cenderahati. Ini menggiatkan lagi
aktiviti pelancongan bagi kawasan-kawasan lama di pusat bandar Kuala
Lumpur.