10
1 MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 2 TAQWA DALAM MENGELASKAN MAKANAN MENGIKUT FUNGSINYA DENGAN MENGGUNAKAN KIT PEMBELAJARAN ‘NYUM NYUM’ Oleh: Nik Nurfarhanis Binti Kamarudin, Sazli Bin Abd. Aziz @ Aziz Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum mendapati bahawa tahap kefahaman murid agak lemah bagi subtopik Makanan dan Khasiatnya iaitu mengelaskan makanan mengikut fungsinya. Melalui pemerhatian dan analisi dokumen, seperti lembaran kerja, didapati murid-murid gagal memberikan jawapan yang betul. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid yang lemah Tahun 2 memahami tentang fungsi-fungsi makanan dengan menggunakan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian pra dan pasca, pemerhatian, temubual, dan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’ berjaya membantu semua peserta kajian untuk memahami tentang fungsi-fungsi makanan iaitu memberikan tenaga, membantu tumbesaran, dan menjaga kesihatan. Disokong pula dengan dapatan peningkatan min skor pencapaian iaitu dari 28% kepada 87.2% iaitu sebanyak 59.2%. Antara kekuatan penggunaan kit pembelajaran ini adalah murid-murid dapat belajar sambil bermain. Selain itu, penggunaan warna membantu murid-murid untuk mengingat dengan baik. Kata kunci: kefahaman, mengelaskan, fungsi, Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’, warna REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Semasa berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar kelas Tahun 2 Taqwa bagi subjek Dunia Sains dan Teknologi. Tahun 2 Taqwa merupakan kelas terakhir daripada tiga kelas. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pengkaji mendapati murid-murid tidak memahami tentang fungsi-fungsi makanan kepada manusia. Walaupun pengkaji telah mengajar dan mengulang beberapa kali, namun murid-murid masih tidak dapat membezakan makanan yang berfungsi untuk menghasilkan tenaga, tumbesaran dan kesihatan. Apabila diberikan lembaran kerja, murid-murid tidak dapat menjawab dengan betul. Soalan demi persoalan diajukan seperti mereka tidak pernah diajar. Ada juga murid yang bertanya kepada pengkaji samada roti daripada tumbuhan atau haiwan.

kajian sc

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian sc

Citation preview

Page 1: kajian sc

1

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 2 TAQWA

DALAM MENGELASKAN MAKANAN MENGIKUT FUNGSINYA

DENGAN MENGGUNAKAN KIT PEMBELAJARAN ‘NYUM NYUM’

Oleh:

Nik Nurfarhanis Binti Kamarudin, Sazli Bin Abd. Aziz @ Aziz

Jabatan Sains, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum mendapati bahawa

tahap kefahaman murid agak lemah bagi subtopik Makanan dan Khasiatnya iaitu

mengelaskan makanan mengikut fungsinya. Melalui pemerhatian dan analisi

dokumen, seperti lembaran kerja, didapati murid-murid gagal memberikan jawapan yang betul. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk

membantu murid yang lemah Tahun 2 memahami tentang fungsi-fungsi makanan

dengan menggunakan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang dipilih

berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian

pra dan pasca, pemerhatian, temubual, dan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’ berjaya

membantu semua peserta kajian untuk memahami tentang fungsi-fungsi makanan

iaitu memberikan tenaga, membantu tumbesaran, dan menjaga kesihatan.

Disokong pula dengan dapatan peningkatan min skor pencapaian iaitu dari 28% kepada 87.2% iaitu sebanyak 59.2%. Antara kekuatan penggunaan kit

pembelajaran ini adalah murid-murid dapat belajar sambil bermain. Selain itu,

penggunaan warna membantu murid-murid untuk mengingat dengan baik.

Kata kunci: kefahaman, mengelaskan, fungsi, Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’,

warna

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Semasa berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, pengkaji telah diamanahkan untuk

mengajar kelas Tahun 2 Taqwa bagi subjek Dunia Sains dan Teknologi. Tahun 2 Taqwa merupakan kelas terakhir daripada tiga kelas. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung, pengkaji mendapati murid-murid tidak memahami tentang fungsi-fungsi makanan

kepada manusia.

Walaupun pengkaji telah mengajar dan mengulang beberapa kali, namun murid-murid masih

tidak dapat membezakan makanan yang berfungsi untuk menghasilkan tenaga, tumbesaran dan

kesihatan. Apabila diberikan lembaran kerja, murid-murid tidak dapat menjawab dengan betul. Soalan demi persoalan diajukan seperti mereka tidak pernah diajar. Ada juga murid yang

bertanya kepada pengkaji samada roti daripada tumbuhan atau haiwan.

Page 2: kajian sc

2

Pengkaji berasa amat kecewa dengan respon murid-murid terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan pengkaji sentiasa tiada semangat untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun telah diulang berulang kali, murid-murid masih

tidak memahami apa yang diajar. Murid-murid hanya menunggu jawapan daripada guru apabila

lembaran kerja diberikan dan bukannya memberikan jawapan sendiri.

Pengkaji juga mendapati murid-murid tidak begitu berminat untuk belajar. Pengkaji telah

menggunakan pendekatan peneguhan positif dengan memberikan gula-gula dan bintang kepada

murid-murid yang mendengar arahan dan membuat kerja, namun kaedah ini masih tidak berkesan terhadap murid-murid.

Pengkaji juga mendapati ramai dalam kalangan murid-murid Tahun 2 Taqwa adalah murid-murid pemulihan. Lembaran kerja yang diberikan agak senang dan tidak melibatkan aktiviti

menulis namun murid-murid masih tidak dapat menjawab dengan betul. Pengkaji merasakan

pengulangan yang diberitahu secara lisan tidak begitu berkesan.

Daripada masalah ini, pengkaji merasakan perlu memikirkan cara agar murid-murid Tahun 2

Taqwa dapat memahami dan berasa seronok untuk belajar. Pengkaji bercadang untuk membantu

murid-murid dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam mengelaskan makanan mengikut fungsi. Justeru, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kit pembelajaran yang

menggunakan warna dan permainan sebagai aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kit pembelajaran ‘Nyum Nyum’ telah digunakan oleh pengkaji bagi mengatasi masalah ini.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), kit didefinisikan sebagai set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang manakala pembelajaran pula didefinisikan sebagai proses (kegiatan)

belajar. Jadi, kit pembelajaran boleh disimpulkan sebagai bahan bantu yang digunakan untuk

mengajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutama di sekolah. Bahan ini diguna dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (PdP)

lebih mudah dan difahami oleh murid. Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek

psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran

yang berbeza. Pengertian ini disokong oleh Christopher (2012) yang menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar mendatangkan banyak kesan positif kepada murid-murid.

Dalam menyampaikan ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran seperti kaedah, teknik dan strategi. Hal ini membolehkan guru untuk

menyampaikan pengajaran secara efektif (Kheru, 2006). Jadi, penggunaan bahan bantu mengajar

seperti kit pembelajaran ini sesuai untuk mendapatkan hasil dan objektif pembelajaran yang berkesan. Seperti yang dinyatakan oleh Sandra Smidt (1998), murid-murid belajar dengan

mengembangkan apa yang mereka sudah tahu dan apa yang telah dialami, dan mereka

memerlukan pengalaman yang lebih banyak dalam konteks biasa dan yang bermakna untuk

membantu mereka dalam mengukuhkan pengetahuan mereka.

Page 3: kajian sc

3

Penggunaan warna juga memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid untuk

mengingat dan memahami dengan baik sesuatu perkara. Menurut Harun Yahya (2005), warna

merupakan satu konsep yang membantu kita mengenali sifat pelbagai objek dan mendefinisikannya dengan lebih tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak

menggunakan warna akan menyebabkan murid-murid tidak tertarik untuk berada dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Daripada kajian-kajian lepas yang berkaitan, kajian yang dijalankan oleh Nur Hanis (2012)

mendapati bahawa melalui kaedah bermain, terdapat peningkatan positif kepada murid-murid

yang lemah dalam pembelajaran. Keyakinan murid-murid juga bertambah apabila aktiviti yang melibatkan permainan dilakukan. Proses pengajaran dan pembelajaran juga sangat

memberangsangkan dan persekitaran positif dapat ditimbulkan. Selain itu, kajian oleh Roslita

(2008) menunjukkan perbezaan antara kaedah konvensional dan kaedah bermain. Beliau mendapati pencapaian murid-murid meningkat apabila mereka belajar sambil bermain.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman

murid-murid lemah Tahun 2 Taqwa dalam mengelaskan fungsi makanan dengan betul bagi

subtopik Makanan dan Khasiatnya menggunakan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’.

Objektif

1. Meningkatkan kefahaman murid-murid lemah Tahun 2 Taqwa dalam mengelaskan

fungsi makanan dengan betul bagi subtopik Makanan dan Khasiatnya menggunakan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’.

2. Meningkatkan markah ujian pencapaian bagi subtopik Makanan dan Khasiatnya

menggunakan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’.

Persoalan Kajian

1. Adakah penggunaan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’dapat membantu murid-murid

lemah mengelaskan jenis-jenis makanan kepada makanan untuk tumbesaran, untuk

memberikan tenaga atau untuk kesihatan? 2. Adakah penggunaan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’ meningkatkan pencapaian murid-

murid bagi subtopik Makanan dan Khasiatnya?

Page 4: kajian sc

4

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid lemah Tahun 2 yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kaedah persampelan bertujuan (purposif)

digunakan dalam kajian tindakan ini. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan pencapaian

dalam ujian diagnostik dan pemerhatian kepada lembaran kerja. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca, dan pemerhatian.

Pengkaji telah melakukan analisis dokumen melalui jawapan ujian pra dan pasca peserta kajian.

Markah ujian pra dan pasca dibandingkan bagi setiap peserta kajian untuk melihat perubahan

sebelum dan selepas intervensi dijalankan. analisis ujian ini dijalankan bagi melihat perubahan kefahaman dan ingatan peserta kajian terhadap topik Makanan dan Khasiatnya iaitu

mengelaskan makanan kepada fungsinya. Data yang diperoleh diterjemahkan ke dalam bentuk

jadual dan graf.

Instrumen pemerhatian pula dijalankan secara berstruktur di mana pengkaji menggunakan

senarai semak. Pemerhatian ini dianalisis tentang kekerapan tingkah laku negatif yang dilakukan oleh peserta kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. pemerhatian ini

dijalankan sebelum dan selepas penggunaan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’. Beberapa item

tingkah laku negatif dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu penglibatan peserta semasa proses

pembelajaran dan tumpuan peserta semasa proses pembelajaran berlangsung. Data kajian telah diterjemahkan dalam bentuk jadual.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Pengkaji telah menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk membantu peserta kajian

memahami fungsi-fungsi makanan iaitu memberikan tenaga, untuk tumbesaran dan menjaga

kesihatan. Roda Berwarna dan Permainan Pagar Sesat adalah komponen yang terdapat di dalam Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’. Roda Berwarna mempunyai tiga warna iaitu merah, coklat dan

hijau. Ketiga-tiga warna ini mewakili tiga fungsi makanan. Permainan Pagar Sesat pula

merupakan kesinambungan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan fahaman peserta kajian.

Rajah 1 : Roda Berwarna

Page 5: kajian sc

5

Rajah 2 : Permainan Pagar Sesat

Pada permulaan sesi, peserta kajian pada awalnya akan diperkenalkan dengan Roda Berwarna.

Pengkaji akan membimbing peserta kajian untuk mengenal pasti warna dengan fungsi makanan. Kemudian, pengkaji akan menunjukkan makanan dengan fungsinya berdasarkan warna. Setelah

itu, peserta kajian diminta untuk mengingat jenis makanan dengan fungsinya. Dengan bantuan

pengkaji, peserta kajian akan cuba untuk menampal jenis makanan dengan fungsinya. Pengkaji dapat melihat samada peserta kajian dapat mengingat dengan baik atau tidak pada sesi ini.

Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3

Page 6: kajian sc

6

DAPATAN KAJIAN

Berikut merupakan hasil analisis serta intrepretasi data yang dijalankan ke atas peserta kajian.

Analisis data dilaksanakan mengikut objektif kajian. Setiap objektif kajian menggunakan

instrumen yang berbeza.

Objektif 1:

Meningkatkan kefahaman murid-murid lemah Tahun 2 Taqwa dalam mengelaskan fungsi

makanan dengan betul bagi subtopik Makanan dan Khasiatnya menggunakan Kit

Pembelajaran ‘Nyum Nyum’.

Bagi objektif ini, instrumen yang digunakan adalah pemerhatian. Pemerhatian dilakukan dengan melihat peserta kajian menggunakan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’. Beberapa item

disenaraikan bagi melihat penguasaan peserta kajian terhadap topik Makanan dan Khasiatnya

ini. Jadual 1 menunjukkan item yang perlu dikuasai oleh peserta kajian.

Bil Penguasaan Ya Tidak

1 Meletakkan 2 jenis makanan pada

fungsinya dengan betul menggunakan Roda Warna.

PK1, PK2, PK3,

PK4, PK5

2 Menyebut 3 fungsi-fungsi

makanan iaitu memberikan tenaga, membantu tumbesaran

dan menjaga kesihatan.

PK1, PK2, PK3,

PK4, PK5

3 Menjawab 3 jenis makanan pada

fungsinya dengan betul pada Permainan Pagar Sesat.

PK1, PK2, PK3,

PK4, PK5

Jadual 1 : Senarai semak pemerhatian

Jadual 1 menunjukkan beberapa penguasaan yang perlu dikuasai oleh peserta kajian bagi menunjukkan mereka boleh memahami topik Makanan dan Fungsinya ini. Hasil dapatan

menunjukkan kesemua peserta kajian dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang ditetapkan

pleh pengkaji. Peserta kajian berjaya menjawab lebih daripada dua jenis makanan pada fungsinya dengan betul menggunakan Roda Warna. Peserta kajian juga boleh menyatakan

ketiga-tiga fungsi makanan iaitu memberikan tenaga, membantu tumbesaran dan menjaga

kesihatan dengan baik. Ini menunjukkan mereka sudah dapat mengingati dengan baik. Selain itu,

kelima-lima peserta kajian dapat menyalakan lampu pada Permainan Pagar Sesat. Ini menunjukkan kesemua jawapan mereka adalah betul.

Page 7: kajian sc

7

Dapatan kajian ini selari dengan para penyelidik teori pembelajaran melalui Azri (1994) yang

menyatakan bahawa sebanyak 85% daripada apa yang kita ingat dan pelajari datangnya daripada

penglihatan kita. Namun begitu, jika hanya melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa, ingatan tidak akan kekal lama. Confucius, seorang pujangga ahli falsafah China yang diambil daripada Mohd

Sahandri (2009), mengatakan ‘Apa yang saya dengar, saya lupa. Apa yang saya lihat, saya ingat

dan apa yang saya buat, saya faham’. Jadi, kit pembelajarn ini bukan sahaja memerlukan murid-murid untuk mengingat, kit pembelajaran ini juga membolehkan murid-murid untuk mencuba

bermain dan membina pengalaman sendiri.

Objektif 2:

Meningkatkan markah ujian pencapaian bagi subtopik Makanan dan Khasiatnya

menggunakan Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’.

Objektif ini diukur menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca. Melalui skrip jawapan

peserta kajian, pengkaji telah menganalisis jawapan ujian pra dan ujian pasca. Rajah 3 menunjukkan perbezaan jwapan peserta kajian bagi ujian pra dan ujian pasca.

Rajah 3 : Ujian Pra dan Ujian Pasca

Rajah 3 menunjukkan skrip jawapan ujian pra dan ujian pasca yang telah dijawab oleh peserta kajian. Dapatan kajian mendapati peserta kajian tidak dapat membezakan jenis-jenis makanan

kepada fungsinya dengan betul. namun, setelah intervensi dijalankan dengan menggunakan Kit

Pembelajaran ‘Nyum Nyum’, didapati peserta kajian dapat menjawab dengan betul jenis

makanan dengan fungsinya.

Dapatan kajian juga diterjemahkan dalam bentuk graf bagi memudahkan pengkaji untuk

menganalisis. Jadual 2 di bawah menunjukkan markah pencapaian yang diperoleh peserta kajian bagi ujian pra dan ujian pasca.

Page 8: kajian sc

8

Jadual 2: Markah pencapaian ujian pra dan ujian pasca

Jadual 2 menunjukkan markah pencapaian ujian pra dan ujian pasca peserta kajian. Dapatan

kajian menunjukkan peningkatan yang banyak antara markah bagi ujian pra dan ujian pasca.

Peserta kajian 1 dan 5 menunjukkan peningkatan markah yang ketara iaitu sebanyak 63%. Manakala peserta kajian 4 mengalami peningkatan sebanyak 60%, diikuti peserta kajian 2 iaitu

sebanyak 57% dan peserta kajian 3 iaitu sebanyak 56%. Secara keseluruhannya, kesemua peserta

kajian berjaya mendapatkan gred A bagi ujian pasca yang dijalankan. Ini menunjukkan Kit Pembelajan ‘Nyum Nyum’ membantu peserta kajian untuk mencapai objektif kajian iaitu

peningkatan dalam markah pencapaian ujian. Dapatan kajian ini selari dengan Christopher

(2012) yang menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar mendatangkan banyak kesan positif kepada murid-murid seperti meningkatkan pencapaian mereka.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’ yang mengenengahkan konsep belajar

melalui bermain dapat membantu peserta kajian untuk memahami dan mengingati fungsi-fungsi makanan beserta jenisnya. Ini kerana kit pembelajaran ini menggunakan warna dan permainan

bagi membolehkan murid-murid untuk mengingat tiga fungsi makanan dengan makanannya.

Selain itu, Kit Pembelajaran ‘Nyum Nyum’ ini juga telah membantu peserta kajian untuk

meningkatkan markah pencapaian ujian mereka. Dengan adanya kit pembelajaran ini, murid-murid dapat memahami fungsi-fungsi makanan dengan baik apabila maklumat yang ingin

disampaikan tersusun. Tambahan, peserta kajian melakukan sendiri aktiviti permainan. Ini dapat

mengukuhkan lagi kefahaman peserta kajian tentang topik ini.

33 3327 27

20

9390

8387

83

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5

Mar

kah

(%)

Peserta Kajian

UJIAN PRA

UJIAN PASCA

Page 9: kajian sc

9

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji ingin mencadangkan beberapa perkara yang

boleh dilakukan untuk ditambahbaik bagi kajian seterusnya. Pengkaji mencadangkan agar

Permainan Pagar Sesat dihasilkan menggunakan bahan yang lebih kukuh seperti perspek. Ini membolehkan alat permainan kurang diselenggara. .

Pengkaji juga ingin mencadangkan agar permainan yang lebih interaktif iaitu dengan penggunaan ICT seperti video beraudio visual. Ini dapat menarik minat murid-murid untuk

belajar selain daripada selari dengan zaman teknologi sekarang. Penggunaan ICT juga dapat

digunakan dengan menggunakan animasi yang menarik untuk menambahkan lagi keseronokan

belajar.

Sebagai penambahbaikan lagi, kajian ini diharap dapat dijalankan di sekolah yang berbeza

kedudukan dan band. Sekolah yang dijalankan oleh pengkaji merupakan sekolah yang berada dalam kawasan luar bandar dan band 3. Jadi, untuk kajian seterunya, kajian ini dapat dijalankan

di sekolah dalam kawasan bandar dan mempunyai band 2 atau 1.

Page 10: kajian sc

10

RUJUKAN

Azri Aziz. (1994). Teknik Ingatan Untuk Pelajar. Kuala Lumpur: Quantum Learning.

Christopher, L. W. W. (2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga. Diperoleh pada April 2, 2014 daripada

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/9.%20CHRISTOPH

ER%20LU%20WEI%20WANG.pdf.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Harun Yahya. (2005). Kesempurnaan Seni Warna Ilahi. Diperoleh pada Mac 19, 2014 daripada

http://www.harunyahya.com/indo/buku/citarasa005d.htm.

Kheru. (2006). Apa Dia Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi Pengajaran?. Diperoleh pada

Mac 23, 2014 dari http://kheru2006.webs.com/pedagogi/pemdekatanstrategi.htm.

Mohd Sahandri Gani, Ramli Basri & Shafee Mohd Daud. (2009). Karakter Guru Ilmu Diagung Guru Disanjung. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

Nur Hanis Mohd Hatta. (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4. Diperoleh pada April

4, 2014 daripada

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PA/4.%20NUR%20HANIS%20MOHD%20HATTA.pdf.

Roslita Ab Rahman. (2008). Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Modul Permainan

Bagi Topik Enzim Dalam Subjek Biologi. Diperoleh pada April 1, 2014 daripada http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?key=u9KxcJgzN2nyTDzGV

wwycw3vQK5HOiKx20090908125429240.

Sandra, S. (1998). A Guide to Early Years Practice (2

nd Edition). London: Routledge Falmer.