Upload
mipung
View
405
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
KEBERKESANAN KAEDAH PROJEK KAJI SELIDIK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR MURID TAHUN EMPAT BAGI
TOPIK TANAMAN HIASAN, KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (KHSR).
AHMAD NIZAR BIN JAMALUDIN
LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAOPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2009
1
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan
AHMAD NIZAR BIN JAMALUDIN 66002025645002 17 Disember 2009
2
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyempurnakan kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan terutama sekali kepada Dr Pushpavalli yang menjadi Penyelia kepada saya yang banyak membantu menunjuk ajar serta membimbing sehingga selesai dengan sempurnanya kajian ini.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada Guru Besar, guru-guru dan murid-murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis yang sudi memberi bantuan serta kerjasama menjadi responden yang ikhlas dan memberi respon yang cemerlang kepada saya dalam menyiapkan kajian ini.
Kepada pihak Jabatan Pelajaran Perlis yang memberi kebenaran kepada saya dalam menjalankan kajian dalam kawasan kelolaan Jabatan Pelajaran Perlis serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membimbing serta menunjuk ajar saya dalam menyempurnakan kajian ini.
Penghargaan ini juga saya ntujukan kepada isteri dan anak-anak yang banyak memberi dorongan dan sokongan moral kepada saya tanpa rasa jemu.
Akhir sekali, segala bantuan dan kerjasama yang diberikan saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan semoga Allah SWT jua yang membalasnya.
DISEMBER 2009
3
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Kaedah Projek Kaji Selidik Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Murid Tahun Empat Bagi Topik Tanaman Hiasan, Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dirancang untuk mempertingkatkan kemampuan murid dalam kemahiran proses dan kemahiran manipulatif bersesuaian dengan pengalaman seharian mereka. Seberapa yang boleh, kaedah penemuan, kajian kes, permainan pendidikan dan latihan simulasi digunakan dalam pengajaran. Pembelajaran diaturkan begitu rupa untuk memberikan suatu pengalaman yang seronok, bermakna dan mencabar murid. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian di kalangan guru kemahiran hidup dan murid-murid yang seramai 50 orang di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis. Kaedah pengujian dibuat dalam bentuk soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis mengikut peratusan. Hasil kajian mendapati keberkesanan Kaedah Projek Kaji Selidik dan aspek penggunaan alatan tangan di kalangan guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis adalah berada pada tahap yang baik. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru, murid mengetahui peraturan keselamatan, murid mempraktikkan kemahiran dalam kehidupan harian dan guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali. Sebaik-baiknya kajian seperti ini hendaklah dilaksanakan setiap lima tahun sekali untuk memastikan bahawa kurikulum dan kandungan kurikulum yang digunakan adalah sesuai dengan kehendak pelanggan dan juga keperluan pembelajaran di sekolah.
4
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL ix SENARAI LAMPIRAN x
I PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 5 1.2 Pernyataan Masalah 7 1.3 Persoalan Kajian 8 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Kepentingan Kajian 9 1.6 Batasan Kajian 10 1.7 Definisi Terminologi 10
1.7.1 Keberkesanan 10 1.7.2 Kaedah 11 1.7.3 Projek 11 1.7.4 Kaji selidik 11 1.7.5 Kemahiran berfikir 11 1.7.6 Tanaman hiasan 12
II TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 13 2.1 Literatur berkaitan 14 2.2 Kajian berkaitan 16 2.3 Rumusan 18
5
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan satu mata pelajaran
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang diajar kepada semua
murid Tahap II. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan
berasaskan teknologi (sukatan pelajaran KHSR). Bagi membolehkan murid
menguasai dan mempertingkatkan kemahiran asas tersebut, maka mata pelajaran
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah memerlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang mampu menggalakkan murid mengambil inisiatif dan merebut
peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini dirancang untuk
mempertingkatkan kemampuan murid dalam kemahiran proses dan kemahiran
manipulatif bersesuaian dengan pengalaman seharian mereka. Seberapa yang boleh,
kaedah penemuan, kajian kes, permainan pendidikan dan latihan simulasi digunakan
dalam pengajaran. Pembelajaran diaturkan begitu rupa untuk memberikan suatu
pengalaman yang seronok, bermakna dan mencabar murid.
Abd Ghafar Md Din di dalam bukunya bertajuk Prinsip dan Amalam
Pengajaran, mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu untuk
6
menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai
kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah pula meujuk kepada peringkat dimana suatu
teknik pengajaran dipraktikkan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang
berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi
perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan
dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada
murid dengan cara berkesan.
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia
berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa
pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian tersusun. Hassan Langgulung
(1981), mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai
tujuan. Manakala Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), pula mengatakan bahawa kaedah
mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan
dengan teratur.
Kaedah projek telah diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871 –
1965), [dalam M.S Pang, 1997]. Kaedah ini diperkenalkan berdasarkan teori
pembelajaran bahawa hasil pembelajaran murid akan lebih berkesan jika mereka
menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang
dirancang dengan cara yang menarik. Melalui kaedah ini, murid dapat menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi sebenar
untuk mendapatkan sesuatu hasil yang dibuat. Apabila sesuatu objek dihasilkan
7
dengan baik dan dipamerkan, akan membolehkan murid menikmati rasa kejayaan
serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara
berterusan dengan lebih tekun.
Menurut Kimble (1961), (dalam Lee Shok Mee, 1992), pembelajaran sebagai
perubahan potensi tingkah laku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan.
Manakala Lee Shok Mee (1992), dalam kajiannya mengatakan pembelajaran adalah
satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.
Pembelajaran berlaku melalui tingkah laku pelajar yang aktif untuk memperolehi
pengalaman atau perkaitan yang baru. Perolehan daripada pembelajaran begini
membolehkan seseorang itu menggunakan pengalaman yang diperolehi dalam situasi
baru.
Crow (1980), mengatakan bahawa minat merupakan daya pengerak utama
yang menuju kejayaan seseorang. Jika seseorang itu berminat walaupun mempunyai
kebolehan yang sederhana, mereka boleh mengembangkan minat dan terus berusaha
dengan gigih sehingga berjaya. Menurut Crow lagi, guru boleh menerapkan motivasi
di dalam pengajarannya untuk menimbulkan minat pembelajaran dalam menguasai
pengetahuan dan kemahiran.
Pelaksanaan kaedah projek adalah pendekatan pembelajaran yang sesuai
untuk mata pelajaran ini kerana ia melibatkan individu atau kumpulan murid
melakukan tugasan secara amali untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan
sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh
dilaksanakan di dalam atau di luar waktu belajar yang biasa. Kaedah ini melibatkan
8
murid memainkan peranan aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai
dengan topik yang dikaji (Zulkafli Ariffin et al, 2007).
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan penekanan terhadap
kepentingan dan keperluan kurikulum sekolah untuk menerapkan kemahiran berfikir
dalam semua mata pelajaran di sekolah (Fakhiruddin dan Syed Mahadzir, 2003).
Kemahiran berfikir yang dimaksudkan ialah seperti menyusun, mengenal pasti dan
menyampaikan maklumat, menganalisis, menaakul, menghurai, merancang,
membuat inferens, mengkategorikan dan lain-lain.
Kemahiran berfikir dapat diwujudkan melalui kaedah projek kaji selidik ini.
Menurut Ainon & Abdullah (2005), kemahiran berfikir ialah kemahiran berfikir
secara perseptif, generatif dan kreatif. Mengajar berfikir bererti mengajar berfikir
secara kritis. Proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna,
pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan masalah merupakan asas kemahiran berfikir, penyelesaian yang
berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima.
Mengikut Dr. Edward de Bono (1993), mengajar kemahiran berfikir adalah
mengajar pelbagai kemahiran bagi meluaskan dan menajamkan daya persepsi
seseorang murid. Ini ditambah dengan kemahiran menggunakan daya persepsi itu
dalam aktiviti-aktiviti berfikir seperti mencipta reka cipta, menyelesaikan masalah,
meleraikan konflik, melakukan perundingan, menilai dan membuat keputusan.
1.1 Latar belakang kajian
9
Dalam mata pelajaran KHSR, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran
iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Pengajaran dan pembelajaran
hendaklah berlaku melalui penglibatan murid-murid secara aktif sama ada secara
individu atau berkumpulan. Terdapat pelbagai projek yang sesuai diberikan kepada
murid di peringkat sekolah rendah. Sesuatu projek itu digalakkan dijalankan secara
berkumpulan (Zulkafli Ariffin et al, 2007). Antaranya ialah menjalankan kajian
berkaitan tanaman hiasan, bermula daripada pemilihan biji benih sehingga
penanaman tumbuhan hiasan.
Tajuk tanaman hiasan merupakan salah satu tajuk yang diajarkan
kepada murid-murid tahun empat. Tanaman hiasan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan mengikut kegunaan, bentuk dan ciri pertumbuhan. Tumpuan diberikan
kepada penanaman bunga semusim. Tanaman hiasan pokok bunga semusim
mempunyai tempoh hayat beberapa bulan sahaja. Kebanyakan pokok bunga semusim
seperti celosia, impatien, helianthus, gomphrena dan sebagainya dibiakkan melalui
biji benih. Oleh itu, pemilihan biji benih yang baik penting untuk membiakkannya.
Murid-murid perlu membuat kaji selidik bermula dengan pemilihan biji benih yang
berkualiti seperti cukup matang, bernas, bebas daripada serangga perosak atau
penyakit (Zainal Abidin, Mohd Rahim & Rahimah, 2005).
Penyemaian biji benih dengan menggunakan medium semaian daripada
campuran tanah, bahan organik dan pasir sungai juga dilakukan oleh murid. Murid
perlu menyemai anak benih tersebut dan melihat tahap pertumbuhan dan
perkembangannya dari hari ke hari dengan mencatatkan sebarang perubahan ke
dalam buku laporan. Seterusnya murid perlu didedahkan dengan pengetahuan
10
mengenai medium penanaman. Medium penanaman mestilah subur dan gembur dan
boleh dibuat dengan mencampurkan tanah, baja organik dan pasir (Bambang
Sulistyantara & Mohd Sallehudin, 2006). Anak pokok boleh dipindahkan ke pasu
atau ke batas penanaman.
Kaedah projek kaji selidik melibatkan satu strategi yang membolehkan murid
membuat kajian atas topik tanaman hiasan melalui teknik memerhati, mengumpul
maklumat, menganalisis serta mentafsir data dan membuat rumusan. Untuk
melaksanakan projek kaji selidik dengan hasil yang berkesan, guru perlu memahami
dan mematuhi prinsip-prinsip perancangan dan pelaksanaan kaji selidik berikut;
- Guru harus menentukan topik kajian yang sesuai dengan pengalaman,
kebolehan serta kecenderungan murid.
- Tujuan dan langkah-langkah menjalankan kaji selidik harus ditentukan
terlebih dahulu dan diberikan kepada murid-murid yang akan
menjalankan kaji selidik.
- Untuk memudahkan murid-murid menjalankan kaji selidik, guru boleh
menyediakan alat kajian seperti senarai semak, soalan-soalan yang perlu
dijawab serta bahan-bahan yang diperlukan.
- Memastikan kaji selidik yang dijalankan adalah selamat dan setiap murid
dalam kumpulannya benar-benar melibatkan diri.
- Bimbingan guru harus diberikan semasa aktiviti kajian dijalankan
- Hasil kaji selidik harus dibincangkan dan penilaian dibuat selepas aktiviti
kajian telah selesai dijalankan.
Projek kaji selidik yang akan dijalankan oleh murid-murid tahun empat,
Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis ini akan dapat memberi peluang
11
kepada murid-murid mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri.
Melalui aktiviti kajian ini, murid-murid dapat menggunakan deria mereka
sepenuhnya untuk memerhati, menganalisis, mentafsir serta membuat rumusan
1. 2 Pernyataan Masalah
Murid-murid tahun empat perlu mempelajari kemahiran proses dan
kemahiran manipulatif di dalam KHSR melalui kerja praktis dan amali.
Pembelajaran ini merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Murid didedahkan
dengan teknologi yang boleh memberikan mereka pengalaman mengendalikan
pelbagai alat tangan dan bahan (Abu Husain Abu Bakar, 1997) seperti dalam topik
tanaman hiasan. Kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menguasai
kemahiran berfikir dan menghasilkan projek kaji selidik dengan baik.
Tinjauan ini dijalankan untuk mendapatkan kepastian mengenai keberkesanan
kaedah projek kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir di kalangan muri-
murid tahun empat di salah sebuah sekolah rendah di negeri Perlis. Tajuk tanaman
hiasan bersesuaian untuk murid-murid membuat kaji selidik kerana ia melibatkan
kemahiran berfikir kritis murid di dalam membuat pemerhatian, membuat kategori,
menerangkan sebab dan akibat serta meneliti bahagian dan hubungan bahagian yang
kecil dengan keseluruhan (Rahmad Sukor, 2007).
Tanaman hiasan yang perlu dipelajari oleh murid-murid tahun empat ialah
pokok bunga semusim. Murid sukar membezakan yang mana satu pokok bunga
semusim dengan pokok bunga yang lainnya. Melalui projek kaji selidik ini
12
diharapkan murid-murid akan lebih peka tentang tumbuh-tumbuhan disekitar mereka
dan dapat memanafaatkan pengetahuan ini serta menghargai keindahan alam sekitar.
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang ingin dikemukakan ialah:-
1. Keberkesanan kaedah projek kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran
berfikir murid tahun empat bagi topik tanaman hiasan, Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah.
2. Sejauh manakah murid dapat bekerjasama secara berkumpulan untuk
projek kaji selidik topik tanaman hiasan.
3. Adakah peraturan keselamatan diri dipatuhi oleh murid semasa proses
pembelajaran amali tanaman hiasan dilaksanakan.
4. Adakah peraturan keselamatan bengkel dan peraturan alatan di patuhi oleh
murid dan guru.
5. Adakah inventori dan peralatan untuk kegunaan pembelajaran dan
pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mencukupi.
6. Sejauh manakah Panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
berperanan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tanaman hiasan.
1.4 Objektif Kajian
Secara khusus, kajian ini berpaksikan kepada :-
13
Meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam topik tanaman hiasan
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah melalui kaedah projek kaji selidik.
Peraturan keselamatan murid, kawasan kerja atau bengkel serta peralatan
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dapat dipatuhi.
Meningkatkan kerjasama murid secara berkumpulan dalam topik tanaman
hiasan
Meningkatkan minat dan kemahiran murid dalam membuat projek kaji selidik
topik tanaman hiasan.
Segala kemudahan peralatan dan inventori Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
diguna serta diselenggara dengan baik.
Bidang tugas Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran sebenar apa yang sedang
berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan. Kesedaran untuk meningkatkan kemahiran
berfikir murid dalam menghasilkan projek kaji selidik topik tanaman hiasan KHSR
tahun empat, dapat membuatkan guru peka dengan kaedah pengajaran yang paling
sesuai dilakukan.
Dapatan kajian ini juga akan memberi manfaat dan menjadi kayu ukur kepada :-
Guru Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Guru-guru.
14
Pegawai Pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah.
Pegawai Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri.
Pegawai Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pegawai Pendidikan di Pusat Perkembangan Kurikulum.
Pengkaji yang berminat.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini hanya terhad kepada murid-murid dan guru Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis. Sampel
terdiri daripada 100 orang murid tahun empat dan guru yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Memandangkan sampel yang terhad,
hasil kajian ini tidak dijadikan kesimpulan bagi seluruh sekolah di negara ini.
1.7 Definisi Terminologi
1.7.1 Keberkesanan
Menurut Kamus Dewan edisi ke tiga, keberkesanan bermaksud perihal
berkesan; berkesannya sesuatu tindakan atau sesuatu tindakan itu dapat dilihat
daripada hasil yang diperoleh sesudahnya.
1.7.2 Kaedah
15
Kaedah adalah satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah
penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng, 1992). Hassan Langgulung (1981)
pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai
tujuan. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti
pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap
langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Pada anggapan
beliau, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran tetapi ia merupakan
wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.
1.7.3 Projek
Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali.
1.7.4 Kaji selidik
Satu strategi yang membolehkan murid membuat kajian melalui teknik
memerhati, mengumpul maklumat, menganalisis dan mentafsir data serta membuat
rumusan.
1.7.5 Kemahiran berfikir
Pemikiran reflektif, kritis dan kreatif; merupakan satu proses intelektual yang
melibatkan pembentukan konsep aplikasi, analisis, sintaksis dan menilai informasi
yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi,
16
penaakulan atau komunikasi – sebagai landasan kepada satu keyakinan
(kepercayaan) dan tindakan (Rahmad Sukor, 2007).
1.7.6 Tanaman hiasan
Tumbuhan yang ditanam di dalam pasu atau tanah, mempunyai daun yang
menarik, bunga yang berbagai-bagai warna, berbau harum atau bentuk pokok yang
unik (Yaakub Amir et al, 2002).
17
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk
membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan
teknologi supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri dan mengamalkan
sikap budaya kerja yang baik. Sikap yang positif dapat dibentuk melalui mata
pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tajuk tanaman hiasan.
Murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti
mengutamakan keselamatan, bekerja secara sistematik, berkerjasama,
bertanggungjawab dan berdisiplin. Mata pelajaran ini juga dapat memberi kesedaran
kepada murid tentang peluang kerjaya dalam bidang teknologi yang boleh
menyumbang kepada ekonomi negara (Zulkafli Ariffin et al, 2007).
Ketua Panitia Kemahiran Hidup dan guru Kemahiran Hidup itu sendiri
memainkan peranan yang penting dalam pelajaran dan pembelajaran Kemahiran
Hidup. Panitia hendaklah merancang, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
18
serta menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang
bersesuaian. Tanggungjawab pengurusan, penyenggaraan dan keselamatan bengkel
merupakan tanggungjawab semua guru Kemahiran Hidup. Ketua Panitia perlu
membuat anggaran perbelanjaan, membuat pesanan bahan dan alatan untuk
kegunaan guru Kemahiran Hidup.
2.1 Literatur berkaitan
Kaedah projek merupakan satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam
satu tempoh masa tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan maklumat, analisis data
dan persediaan laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum, projek bermaksud
tugasan secara amali. Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke
tahap hasilnya siap. Mengintergrasikan pengetahuan dengan aktiviti, interaksi murid
dengan guru yang merupakan pembimbing dan perunding merupakan ciri penting
dalam mengendalikan projek (Zulkafli Ariffin et al, 2007).
Kaedah projek kaji selidik tanaman hiasan dapat meningkatkan kemahiran
berfikir murid kerana murid perlu membuat sendiri pemilihan biji benih, penyediaan
medium, penanaman dan penjagaan tumbuhan hiasan. Murid perlu membuat
penelitian seiring dengan pengetahuan dan pengalaman, termasuk cara memilih
pokok hiasan yang sesuai ( Hadi Susilo & Mazlina, 2006).
Latihan berfikir menjadikan individu kurang melakukan kesilapan atau
kesalahan berfikir, menghindarkannya daripada berfikir secara terburu-buru, tidak
bertenaga, bercelaru, kabur dan sempit. Pemikiran dalam dan bercapah perlu
19
dipraktikkan oleh murid bagi menggemburkan kedangkalan dan kemantapan kognitif
bagi meningkat serta mengembangkan kekuatan intelek.
Berfikir adalah proses dan berakal itu adalah dapatan daripada fikiran.
Manusia harus menyedari dan mempelajari cara berfikir dan harus berfikir cara
hendak membentuk kebiasaan ataupun kemahiran. Dewey (1993), mengatakan
berfikir adalah perilaku menyelesaikan masalah. Konsep pemikiran Dewey
menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha menyesuaikan
diri dengan persekitaran yang harus ditempuhnya bagi mengekalkan hidup dan
kehidupannya.
Bagi Edward De Bono (1976), pemikiran adalah adalah kesan daripada
penerokaan dan penggunaan pengalaman. Ia termasuklah keseronokan,
menyelesaikan masalah dan menentukan objektif. Ainon dan Abdullah (1994),
menyatakan berfikir adalah proses menggunakan maklumat yang dipelajari bagi
pelbagai kegiatan aktif seperti menyelesaikan masalah, membuat reka cipta dan
menerbitkan idea.
Sewaktu murid-murid menjalankan kerja projek berkaitan tanaman hiasan,
mereka perlu mematuhi peraturan keselamatan diri, keselamatan bengkel, peralatan
dan bahan. Guru perlu menekankan semua aspek keselamatan dan penyenggaraan
peralatan serta bahan yang akan digunakan. Menurut Yahya (1989), mengatakan
bahawa penyelenggaraan yang baik lagi berkesan amat diperlukan untuk memastikan
setiap peralatan, mesin atau bangunan dapat digunakan dalam satu masa yang lama.
20
Penyelenggaraan yang kurang baik boleh menyebabkan peralatan, mesin atau
bangunan cepat rosak, menjadi bahaya kepada pengguna.
Azhari (1990) mengatakan bahawa kesedaran tentang betapa pentingnya
keselamatan di dalam makmal haruslah ditanam dan dipupuk ke dalam jiwa
pengguna. Kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kecuaian
pengguna itu sendiri disamping kegagalan bahan atau kerosakan pada peralatan. Oleh
yang demikian langkah-langkah dan peraturan keselamatan dalam makmal perlu
dipatuhi bagi setiap guru dan murid.
2.2 Kajian berkaitan
Terdapat beberapa kajian dan penulisan yang telah dibuat oleh pengkaji-
pengkaji yang lepas berkaitan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Di
antaranya ialah Abd. Halim (1995), telah membuat kajian tentang perlaksanaan
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Pulau Langkawi. Beliau mengkaji tahap
keberkesanan dari aspek pengajaran dan pembelajaran, tenaga pengajar, keperluan
fizikal sekolah, pengurusan dan penyelenggaraan. Dari penganalisisan menunjukkan
guru mempunyai sikap yang positif walaupun menghadapi beberapa masalah dalam
melaksanakan mata pelajaran ini terutamanya dari aspek keperluan fizikal sekolah.
Murid menunjukkan keupayaan yang positif tetapi mempunyai masalah tentang
kefahaman dan pengetahuan dalam bidang manipulatif terutamanya mengenai
kemahiran-kemahiran asas dalam kerja praktis.
21
Abu Husain (1997) telah membuat kajian terhadap masalah pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Selangor dan Wilayah
Persekutuan. Tujuan kajian dibuat adalah untuk mengenalpasti masalah-masalah
pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup
semasa melaksanakan kurikulum mata pelajaran ini. Kajian itu dijalankan kerana
sebahagian besar guru-guru Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tidak mempunyai
latar belakang teknik dan vokasional menyebabkan mereka sukar memahami
sesetengah topik.
Hasil kajian mendapati kebanyakan sekolah mempunyai bilik khas
Kemahiran Hidup yang lengkap, tetapi terdapat juga sekolah yang masih tidak
mempunyai bilik Kemahiran Hidup yang sesuai. Kajian juga menunjukkan hanya
sebahagian sekolah yang mempunyai alatan tangan dan bahan pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup, manakala selebihnya masih tidak lengkap dan tidak
mencukupi. Kekurangan peralatan asas dan bahan ini boleh menjejaskan
keberkesanan pengajaran seseorang guru.
Md. Nawawi (1994), telah menjalankan kajian terhadap 131 orang pelajar
tingkatan 2 di daerah Kuala Terengganu mendapati bahawa pelajar sangat berminat
dengan mata pelajaran ini kerana ianya menekankan kerja-kerja praktik yang
terdapat dalam kehidupan harian. Beliau juga mendapati bahawa pembelajaran yang
berunsurkan kerja praktik tidak menjemukan. Murid berminat melakukan kerja-kerja
praktik kerana mereka bebas untuk membuat sendiri projek yang mereka minati.
22
2.3 Rumusan
Latihan berfikir menjadikan individu kurang melakukan kesilapan atau
kesalahan berfikir, menghindarkannya daripada berfikir secara terburu-buru, tidak
bertenaga, bercelaru, kabur dan sempit. Kaedah projek kaji selidik tanaman hiasan
dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid kerana murid perlu membuat sendiri
pemilihan biji benih, penyediaan medium, penanaman dan penjagaan tumbuhan
hiasan.
Sewaktu murid-murid menjalankan kerja projek berkaitan tanaman hiasan,
mereka perlu mematuhi peraturan keselamatan diri, keselamatan bengkel, peralatan
dan bahan. Guru perlu menekankan semua aspek keselamatan dan penyenggaraan
peralatan serta bahan yang akan digunakan. Pembelajaran yang berunsurkan kerja
praktik tidak menjemukan murid kerana murid bebas untuk membuat sendiri projek
yang mereka minati.
23
BAB III
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.0 Pengenalan
Dalam melaksanakan kajian ini terdapat beberapa aspek dalam metodologi yang
digunakan. Di dalam bab ini penyelidik akan membincangkan mengenai metodologi
dalam melaksanakan kajian ini. Metodologi atau kaedah kajian adalah cara yang
dapat menentukan sesuatu dapatan dan keputusan kajian itu sah dan boleh
dipercayai. Kajian yang dijalankan boleh dipilih daripada pelbagai bentuk yang
difikirkan sesuai dengan kehendak dan tujuan kajian. Perkara-perkara yang akan
dibincangkan adalah seperti rekabentuk kajian, persampelan, instrumen kajian,
prosedur kajian, dan analisis data.
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan kaedah ini sesuai digunakan bagi
mendapat maklumat tentang sesuatu peristiwa yang sedang berlaku (Mohd Majid,
1990). Penyelidik berminat untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah projek kaji
selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir murid terhadap tajuk tanaman
hiasan, KHSR tahun empat di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis.
24
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu dengan menggunakan soal selidik. Soal
selidik ini adalah dibentuk oleh penyelidik sendiri dan akan disemak oleh panel
pensyarah dan guru Kemahiran Hidup yang merupakan lebih arif dalam bidang ini.
3.2 Sampel Kajian
Pemilihan subjek menggunakan kaedah persampelan statistik yang sesuai
digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah tanpa
menggunakan seluruh ahli sesuatu populasi. Persampelan juga merupakan strategi
penyelidikan bila mana penyelidik boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu
populasi daripada sebahagian individu yang mengganggotai populasi tersebut.
Individu yang diambil melalui persampelan ini dikenali sebagai subjek.
Subjek yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 50 orang murid
tahun empat lelaki dan perempuan. Persampelan ialah secara rawak melalui
perbincangan dengan guru Kemahiran Hidup sekolah yang berkaitan. Sampel guru
diambil dari guru yang mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
3.3 Instrumen Kajian
Instrumen Kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah satu set
borang soal selidik yang bersifat tertutup atau soal selidik jawapan dipilih. Subjek
dikehendaki membaca dan memahami soalan atau pernyataan. Berdasarkan kepada
arahan yang diberi di dalam soal selidik, subjek dikehendaki memilih jawapan yang
25
paling tepat berasaskan kepada cadangan-cadangan dan pengalaman-pengalaman
responden untuk soalan yang dikemukakan.
Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A soalan
demografik dan bahagian B item-item soalan. Kesahan muka instrumen ini
diperolehi daripada pakar-pakar dalam bidang Kemahiran Hidup. Soal selidik
dibahagi kepada 2 set iaitu, soal selidik untuk dijawab oleh guru dan soal selidik
untuk dijawab oleh murid sebagai ‘cross check’.
Pecahan soal selidik untuk guru terdiri daripada dua bahagian iaitu:
i. Bahagian A
Bahagian ini mengandungi butir-butir demografi sebanyak 14 soalan yang
perlu dijawab kesemuanya. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah tentang
maklumat-maklumat latar responden seperti jantina, status perkahwinan, bangsa,
pengalaman mengajar KBSR dan Kemahiran Hidup. Selain itu, soalan-soalan tentang
kelulusan akademik, pendedahan guru-guru terhadap kursus-kursus kemahiran hidup,
penglibatan dan tanggungjawab guru serta bilangan murid yang terlibat dengan
dengan mata pelajaran ini. Satu soalan terbuka disediakan juga untuk guru-guru yang
terlibat memberi komen atau pandangan mereka terhadap mata pelajaran ini.
26
ii. Bahagian B
Bahagian ini mengandungi soalan yang menyoalkan tentang aspek-aspek
dalaman mengenai Kemaahiran Hidup Sekolah Rendah. Bahagian ini merangkumi 4
aspek yang mengandungi 30 soalan penilaian yang boleh memberi input kepada
keberkesanan perlaksanaan kaedah projek kaji selidik dalam mata pelajaran ini.
Pengukuran dan penilaian menggunakan skala Likert untuk mengenalpasti
projek berasaskan kaji selidik dalam tajuk tanaman hiasan . Lima pemeringkatan
darjah kesetujuan terhadap item telah dikemukakan. Penjelasan mengenai skala
Likert yang digunakan adalah seperti berikut;
5 Sangat Setuju (SS)
4 Setuju (S)
3 Tidak pasti (TP)
2 Tidak Setuju (TS)
1 Sangat Tidak Setuju (STS)
Set soal selidik adalah terdiri daripada soalan-soalan yang terkandung dalam
Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. Soalan yang dikemukakan menepati
objektif mata pelajaran kemahiran hidup.
27
Pembahagian soalan-soalan mengikut aspek-aspek yang ditekankan adalah
seperti berikut;
A. Aspek proses pengajaran dan pembelajaran 12 soalan.
B. Aspek keperluan fizikal sekolah 8 soalan.
C. Aspek tenaga pengajar 5 soalan.
D. Aspek pengurusan dan penyelenggaraan 5 soalan.
Jumlah 30 soalan.
Set ke dua soal selidik adalah terdiri daripada soalan-soalan yang terkandung
di dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4. Soalan yang dikemukakan
adalah menepati objektif mata pelajaran kemahiran hidup. Soal selidik ini hanya
untuk murid-murid yang terpilih menjadi responden. Soalan ini mempunyai 3
bahagian iaitu bahagian A terdiri daripada item memadankan, bahagian B terdiri
daripada item betul / salah dan bahagian C mengandungi item pengelasan.
Pembahagian soalan tersebut adalah seperti berikut;
A. Item memadankan 10 soalan
B. Item betul / salah 15 soalan
C. Item pengelasan 15 soalan
Jumlah 40 soalan
28
3.4 Prosedur Kajian
Kajian ini dimulakan dengan menyediakan kertas cadangan kajian terlebih
dahulu. Seterusnya memohon kebenaran dari Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan atau EPRD dan Guru Besar sekolah berkenaan untuk
menjalankan kajian. Perbincangan diadakan dengan guru Kemahiran Hidup yang
mengajar di sekolah tersebut. Subjek seramai 50 orang murid dipilih untuk menjadi
sampel kajian.
Soal selidik diedarkan sendiri oleh penyelidik kepada murid-murid setelah
mendapat kebenaran daripada pihak-pihak tertentu. Setelah soal selidik diedarkan,
penyelidik memberi penerangan kepada murid-murid mengenai tujuan dan cara
menjawab soal selidik tersebut. Pengumpulan soal selidik dilakukan oleh penyelidik
sendiri pada hari itu juga dengan dibantu oleh guru sekolah tersebut.
3.5 Analisis Data
Data-data yang diperoleh dikumpul dan disemak dahulu. Sebanyak 3 set soal
selidik dari kalangan guru dan 50 set dari kalangan murid dianalisis. Data ini
dianalisis secara peratusan di dalam menentukan tahap keberkesanan kaedah projek
kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir murid. Statistik yang digunakan
dalam kajian ini ialah peratusan.
29
BAB IV
ANALISIS DATA DAN ULASAN
Pengenalan.
Dapatan yang telah diperoleh daripada kajian yang dijalankan dianalisis. Data
dan ulasan yang dibuat adalah berdasarkan kepada batasan-batasan kajian.
Perlaksanaan kaedah projek kaji selidik dalam meningkatkan kemahiran berfikir
murid Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah dilihat dari segi proses pengajaran
dan pembelajaran, keperluan fizikal sekolah, tenaga pengajar serta pengurusan dan
penyenggaraan.
Analisis terhadap murid melibatkan pengujian tentang pengetahuan dan
kefahaman asas Kemahiran Hidup. Aspek-aspek ini adalah mengenalpasti alat tangan
asas dalam kerja amali, penggunaan perkakas dan alat tangan perkebunan serta
konsep-konsep asas dalam Kemahiran Hidup.
Bahagian A (Latar Belakang Guru)
Dalam kajian ini hanya terdapat tiga orang guru sahaja yang terlibat mengajar
Kemahiran Hidup bagi sekolah ini.
30
4.1.1 Jantina.
Terdapat seramai dua guru lelaki dan seorang guru perempuan yang
mengajar Kemahiran Hidup untuk tahun 4, 5 dan 6. (lihat jadual 4.1.1)
Jadual 4.1.1 : Taburan Guru Mengikut Jantina
Bil Jantina Responden Peratus
1 Lelaki 2 66.7 %
2 Perempuan 1 33.3 %
Jumlah 3 100 %
4.1.2 Status dan bangsa.
Ketiga-tiga orang guru ini telah berkahwin dan seratus peratus berbangsa
Melayu.
4.1.3 Pengalaman Mengajar.
Guru-guru ini mempunyai pengalaman mengajar yang berbeza-beza. (Lihat
jadual 4.1.3)
Jadual 4.1.3 : Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar
Bil Pengalaman Mengajar Responden Peratus.
1 Kurang dari 5 tahun 0 0
2 5 – 10 tahun 1 33.3 %
3 11 – 15 tahun 2 66.7 %
Jumlah 3 100 %
31
4.1.4 Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Terdapat perbezaan pengalaman mengajar Pelajaran Kemahiran Hidup ini
diantara ketiga-tiga responden ini. (Lihat Jadual 4.1.4)
Jadual 4.1.4 : Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
Bil Pengalaman Mengajar Responden Peratus.
1 Tahun pertama 0 0
2 Kurang daripada 2 tahun 1 33.3 %
3 Lebih daripada 2 tahun 2 66.7 %
Jumlah 3 100 %
4.1.5 Kelulusan Akademik.
Kelulusan akademik responden adalah sama kerana ketiga-tiganya
berkelulusan STPM.
4.1.6 Guru Mendapat Pendedahan Kemahiran Hidup
Guru yang terlibat dengan pengajaran Kemahiran Hidup telah didedahkan
dengan kursus-kursus asas seperti yang terdapat dalam Jadual 4.1.6
Jadual 4.1.6 : Taburan Guru Mengikut Pendedahan Kemahiran Hidup
Bil Pendedahan Kemahiran Hidup Responden Peratus.
1 Semasa latihan di maktab 1 33.3 %
2 Dalam kursus orientasi 2 66.7 %
3 Belum menghadiri sebarang kursus 0 0
Jumlah 3 100 %
32
4.1.7 Guru Mendapat Pendedahan Kemahiran Hidup Anjuran
Dalam kajian ini, kursus pendedahan telah dijalankan terhadap guru yang
terlibat dengan mata Pelajaran ini di bawah anjuran badan tertentu seperti dalam
Jadual 4.1.7
Jadual 4.1.7 : Taburan Guru Mengikut Anjuran Kursus Yang Diikuti
Bil Anjuran kursus Responden Peratus.
1 Pusat perkembangan kurikulum (PPK) 0 0
2 Bahagian Pendidikan Guru (BPG) 1 33.3 %
3 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 2 66.7 %
4 Dalaman (on-the-job) 0 0
Jumlah 3 100 %
4.1.8 Adakah kursus orientasi Kemahiran Hidup yang dihadiri mencukupi?
Guru-guru yang terlibat merasakan kursus yang dihadiri belum mencukupi ini
dapat ditunjukkan dalam Jadual 4.1.8
Jadual 4.1.8 : Taburan Guru mengikut kecukupan kursus.
Bil Kursus yang dihadiri mencukupi Responden Peratus.
1 Ya 1 33.3 %
2 Tidak 2 66.7 %
Jumlah 3 100 %
4.1.9 Penglibatan guru dalam aktiviti ko-kurikulum.
Guru yang terlibat dalam kajian ini bukan sahaja terlibat dengan mata
Pelajaran Kemahiran Hidup malah turut sama terlibat dengan gerak kerja ko-
kurikulum seperti dalam jadual 4.1.9 di bawah.
33
Jadual 4.1.9 : Taburan Guru Mengikut Penglibatan Dalam Aktiviti Ko-kurikulum.
Bil Aktiviti ko-kurikulum Responden Peratus.
1 Persatuan 0 0
2 Unit Beruniform 0 0
3 Sukan dan permainan 0 0
4 Semua di atas 3 100 %
Jumlah 3 100 %
4.1.10 Bilangan murid yang terlibat dengan mata Pelajaran Kemahiran
Hidup.
Murid-murid yang terlibat dalam mata Pelajaran Kemahiran Hidup adalah
terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Guru-guru yang mengajar mata Pelajaran ini
dengan kadar jumlah bilangan murid yang berbeza iaitu di antara 101 – 250 orang
murid keseluruhannya.
4.1.11 Latar Belakang Pendidikan Guru
Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang
pendidikan yang sama iaitu bidang sastera.
34
4.2 Bahagian B (Masalah Guru Terhadap Perlaksanaan Projek Kaji Selidik
Tanaman Hiasan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah)
Bahagian ini mengandungi soal selidik yang dibahagikan kepada empat
perkara yang
hendak dikaji. Perkara-perkara tersebut adalah proses pengajaran dan pembelajaran,
keperluan fizikal sekolah, tenaga pengajar serta pengurusan dan penyelenggaraan.
4.2.1 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Dari Jadual 4.2.1, item yang digunakan untuk mengenalpasti masalah proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini adalah item A1, A2, A3, A4, A5,
A6, A8, A9, A10, A11 dan A12. Item A7 merupakan soalan berbentuk negatif.
Jadual 4.2.1 : Peratusan Pandangan Guru Terhadap Proses Pengajaran dan
Pembelajaran.
ITEM
% SS
Sangat
setuju
% S
Setuju
% TP
Tidak Pasti
% TS
Tidak
Setuju
% STS
Sangat Tidak
Setuju
A 1 0.00 66.7 33.3 0.00 0.00
A 2 0.00 66.7 0.00 33.3 0.00
A 3 100.0 0.00 0.00 0.00 0.00
A 4 0.00 66.7 0.00 33.3 0.00
A 5 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
A 6 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
35
A 7 66.7 33.3 0.00 0.00 0.00
A 8 66.7 33.3 0.00 0.00 0.00
A 9 0.00 33.3 0.00 66.7 0.00
A 10 66.7 33.3 0.00 0.00 0.00
A 11 0.00 66.7 33.3 0.00 0.00
A 12 33.3 66.7 00.0 0.00 0.00
Jadual 4.2.1 telah menunjukkan guru mempunyai masalah tentang proses
pengajaran dan pembelajaran pada item A2, A4 dan A7.
Sebanyak 66.7 % guru bersetuju bahawa kandungan dan skop sukatan mata
pelajaran Kemahiran Hidup bersesuaian dan tidak membebankan guru, bagi item A2.
Tetapi sebanyak 33.3 % tidak setuju dan berpendapat sebaliknya.
Sebanyak 66.7 % guru setuju dalam item A4, bahawa peruntukan masa 30
minit x 2 waktu seminggu boleh memberi keberkesanan dari segi menyampaikan
kemahiran kepada murid. Tetapi 33.3 % orang guru pula tidak setuju masa yang
diperuntukkan mencukupi untuk menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan.
Bagi item A7, 66.7 % guru sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa
mereka merasa terbeban kerana terpaksa menyediakan alatan dan bahan lebih awal
sebelum memulakan pengajaran. Manakala 33.3 % pula bersetuju dengan pernyataan
tersebut.
36
4.2.2 Keperluan Fizikal Sekolah.
Berdasarkan Jadual 4.2.2, item yang digunakan untuk mengenalpasti
permasalahan dari segi keperluan fizikal sekolah adalah item-item B13, B14, B15,
B16, B17, B18, B19 dan B20.
Jadual 4.2.2 : Peratusan Pandangan Guru Terhadap Keperluan Fizikal Sekolah.
ITEM
% SS
Sangat Setuju
% S
Setuju
% TP
Tidak Pasti
% TS
Tidak Setuju
% STS
Sangat Tidak
Setuju
B13 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
B14 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
B15 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
B16 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
B17 0.00 33.3 0.00 66.7 0.00
B18 0.00 66.7 0.00 33.3 0.00
B19 0.00 66.7 0.00 33.3 0.00
B20 0.00 66.7 33.3 0.00 0.00
Dari Jadual 4.2.2 di atas, didapati guru-guru yang terlibat mempunyai
masalah dalam keperluan fizikal sekolah terutamanya dalam item B17, B18, B19 dan
B20.
Item B17 mencatatkan 66.7 % guru tidak bersetuju dengan pernyataan ruang
menyimpan alatan, kelengkapan, bahan-bahan dan pasu tanaman hiasan yang
37
disediakan, sesuai dan mencukupi. Tetapi 33.3 % pula bersetuju bahawa ruang
penyimpanan tersebut sesuai dan mencukupi.
Item B18 dalam Jadual 4.2.2 menunjukkan sebanyak 66.7 % bersetuju di
sekolah ada disediakan kawasan khas untuk aktiviti pertanian, manakala 33.3 % lagi
tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Pernyataan bahawa masyarakat setempat sedia memberikan bantuan dari segi
peralatan dan kepakaran, dipersetujui oleh 66.7% guru dalam item B19. Tetapi 33.3
% tidak bersetuju mengenai kenyataan ini.
Sementara itu item B20 didapati sebanyak 66.7 % guru bersetuju bahawa
bilik yang dikhaskan cukup menampung pelajar-pelajar yang sedia ada.
Walaubagaimanapun 33.3 % guru tidak bersetuju.
4.2.3 Tenaga Pengajar.
Item yang digunakan untuk mengenalpasti masalah guru berkaitan tenaga
pengajar adalah item C21, C22, C23, C24, dan C25 ( Lihat Jadual 4.2.3 ).
Jadual 4.2.3: Peratusan Pandangan Guru Terhadap Tenaga Pengajar.
ITEM % SS
Sangat
Setuju
% S
Setuju
% TP
Tidak Pasti
% TS
Tidak
Setuju
% STS
Sangat Tidak
Setuju
C21 100.0 0.00 0.00 0.00 0.00
C22 33.3 33.3 33.3 0.00 0.00
C23 0.00 33.3 33.3 33.3 0.00
38
C24 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
C25 0.00 66.7 0.00 33.3 0.00
Jadual 4.2.3 didapati guru tidak mempunyai masalah yang begitu ketara
dalam aspek tenaga pengajar, tetapi item C22 menunjukkan bahawa 33.3 % sangat
setuju dengan pendapat guru mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak
Pentadbir sekolah terhadap perlaksanaan kemahiran, 33.3% pula setuju dengan
pendapat tersebut. Sebanyak 33.3 % pula tidak pasti dengan penyataan tersebut.
Bagi item C23, didapati sebanyak 33.3 % guru bersetuju bahawa kursus
orentasi dan asas Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang diikuti mencukupi dan
meningkatkan kemahiran guru. Tetapi 33.3 % guru menyatakan tidak pasti dan
33.3% pula tidak bersetuju menyatakan bahawa kursus-kursus yang dilalui itu
mencukupi untuk mereka.
Begitu juga dengan item C25 dari Jadual 4.2.3 didapati guru yang mengajar
Kemahiran Hidup menunjukkan 66.7 % bersetuju dengan kenyataan bahawa tidak
menghadapi masalah dalam penyusunan dan membuat persediaan awal sebelum
aktiviti amali Manakala sebanyak 33.3 % menyatakan tidak bersetuju untuk
pernyataan ini.
4.2.4 Pengurusan Dan Penyelenggaraan.
Jadual 4.2.4 memperlihatkan item yang digunakan untuk mengenalpasti
masalah pengurusan dan penyelenggaraan bagi melaksanakan kaji selidik tanaman
hiasan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah D26, D27, D28, D29 dan D30.
39
Jadual 4.2.4: Peratusan Pandangan Guru Terhadap Pengurusan dan Penyelenggaraan.
ITEM % SS
Sangat
Setuju
% S
Setuju
% TP
Tidak Pasti
% TS
Tidak
Setuju
% STS
Sangat Tidak
Setuju
D26 0.00 66.7 33.3 0.00 0.00
D27 0.00 33.3 0.00 66.7 0.00
D28 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
D29 100.00 0.00 0.00 0.00 0.00
D30 33.3 66.7 0.00 0.00 0.00
Item D26 dalam Jadual 4.2.4 mencatatkan sebanyak 66.7 % guru bersetuju
segala stok dicatat di dalam buku stok atau kad stok dan dikemaskinikan dari masa
ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan. Tetapi 33.3 % tidak pasti akan
pernyataan ini.
Bagi item D27 pula, guru mempunyai sedikit masalah dari aspek membuat
pesanan dan membeli bahan atau peralatan perkebunan. Sebanyak 33.3% responden
setuju bahawa guru sukar mendapatkan bahan-bahan dan peralatan dalam
menjalankan kerja-kerja praktik, tetapi 66.7 % tidak bersetuju dengan pernyataan
itu.
40
4.3 Pengujian Terhadap Pengetahuan Asas Dan Kefahaman Murid Dalam
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
Pengujian dalam bahagian ini adalah berdasarkan sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup Tahun 4 dan bertepatan dengan objektifnya. Ianya telah diuji
kepada 50 orang murid Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis.
Soalan kaji selidik yang dibina merangkumi aspek-aspek mengenal alatan
perkebunan asas, kegunaan bekas penanaman dan alat tangan serta konsep asas
berkaitan tanaman hiasan Kemahiran Hidup seperti yang terdapat dalam sukatan
Pelajaran Kemahiran Hidup tahun 4 dan menepati objektifnya.
4.3.1 Mengenal Alatan Perkebunan Asas.
Item yang digunakan untuk mengesan sejauhmana pelaksanaan mata
Pelajaran Kemahiran Hidup dapat dilaksanakan dari segi mengenal dan menamakan
alatan perkebunan asas adalah item-item A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7, A8, A9 dan
A10. ( Lihat Jadual 4.3.1 )
Jadual 4.3.1 : Bilangan Dan Peratusan Murid Mengenal Alatan Perkebunan Asas.
ITEM Bil. Betul Peratus Betul Bil. Salah Peratus Salah
A 1 50 100.0 0 0
A 2 45 90.0 5 10.0
A 3 42 84.0 8 16.0
A 4 34 68.0 16 32.0
A 5 34 68.0 16 32.0
41
A 6 36 72.0 14 28.0
A 7 45 90.0 5 10.0
A 8 42 84.0 8 16.0
A 9 36 72.0 14 28.0
A 10 50 100.0 0 0
Dari Jadual 4.3.1 menunjukkan murid menghadapi masalah dalam mengenal
dan menamakan alatan perkebunan asas yang lazim digunakan dalam kerja
perkebunan. Item-item tersebut adalah terdiri dari item A4, A5, A6 dan A9.
Item A4 mencatatkan sebanyak 68 % yang menandakan nama alatan yang
betul, manakala sebanyak 32 % pula adalah salah. Item A3 adalah menunjukkan sisir
rumput.
Item A5 pula menunjukkan sebanyak 68 % yang betul manakala terdapat
sebanyak 32 % yang salah. Item ini menunjukkan gambarajah sekateur.
Bagi item A6 pula didapati sebanyak 72 % betul dan selebihnya sebanyak 28
% adalah menunjukkan jawapan yang salah. Item ini adalah menunjukkan
gambarajah sudip tangan.
Manakala bagi item A9 pula, sebanyak 72 % menjawab dengan betul dan 28
% lagi salah dalam menjawab soalan gambar serampang tangan.
4.3.2 Memahami Penggunaan Bekas Penanaman Dan Alat Tangan Asas.
Item yang digunakan untuk mengenalpasti masalah penggunaan bekas
penanaman dan alat tangan kepada murid adalah item B11, B12, B13, B14, B15,
B16, B17, B18, B19, B20, B21, B22, B23, B24 dan B25. (Lihat Jadual 4.3.2)
42
Jadual 4.3.2 : Bilangan Dan Peratusan Murid Terhadap Penggunaan Bekas
Penanaman Dan Alat Tangan Asas.
ITEM Bil. Betul Peratus Betul Bil. Salah Peratus Salah
B 11 48 96.0 2 4.0
B 12 39 78.0 11 22.0
B 13 41 82.0 9 18.0
B 14 45 90.0 5 10.0
B 15 48 96.0 2 4.0
B 16 48 96.0 2 4.0
B 17 35 70.0 15 30.0
B 18 37 74.0 13 26.0
B 19 39 78.0 11 22.0
B 20 40 80.0 10 20.0
B 21 37 74.0 13 26.0
B 22 46 92.0 4 8.0
B 23 48 96.0 2 4.0
B 24 48 96.0 2 4.0
B 25 41 82.0 9 18.0
Dari Jadual 4.3.2 menunjukkan murid menghadapi masalah terhadap
penggunaan bekas penanaman dan alat tangan asas yang lazim digunakan ketika
kerja-kerja praktis dilakukan. Item B12, B17, B18, B19, B20, dan B21 jelas
menunjukkan masalah ini timbul.
43
Di dalam item B12 terdapat 78 % murid menjawab dengan betul dan 22 %
lagi menjawab dengan salah bagi soalan pasu kristal digunakan untuk menanam
tumbuhan hiasan.
Bagi soalan sekateur digunakan untuk membuang rumput dalam pasu bagi
item B17, terdapat 70 % murid menjawab dengan betul. Tetapi terdapat 30 % murid
gagal menjawab dengan betul soalan ini.
Bagi item B18 pula, terdapat 74 % murid menjawab dengan tepat dan betul
manakala 26 % menjawab dengan salah bagi soalan merumput boleh dibuat dengan
menggunakan serampang tangan.
Item B19, memperlihatkan 78 % murid menjawab dengan betul dan 22 %
salah bagi soalan pongkes digunakan untuk menapis pasir sungai dan bahan organik.
Sudip tangan digunakan untuk memasukkan medium ke dalam pasu adalah
soalan bagi item B20. Seramai 80 % murid dapat menjawab dengan betul manakala
20 % lagi menjawab dengan salah.
Bagi item B21 pula, terdapat 74 % murid menjawab dengan betul soalan
berkaitan sisir rumput digunakan untuk mengumpul rumput yang telah dipotong.
Seramai 26 % lagi menjawab dengan salah bagi soalan tersebut.
4.3.3 Kefahaman Tentang Konsep Asas Berkaitan Tanaman Hiasan Kemahiran
Hidup
Item yang digunakan bagi mengenalpasti masalah yang timbul dikalangan
murid tentang konsep asas berkaitan tanaman hiasan adalah terdiri daripada item
C26, C27, C28, C29, C30, C31, C32, C33, C34, C35, C36, C37, C38, C39 dan C40.
(Lihat Jadual 4.3.3)
44
Jadual 4.3.3 : Bilangan dan Peratusan Murid Terhadap Kefahaman Konsep Asas
Tanaman Hiasan Kemahiran Hidup.
ITEM Bil. Betul Peratus Betul Bil. Salah Peratus Salah
C 26 37 74.0 13 26.0
C 27 42 84.0 8 16.0
C 28 45 90.0 5 10.0
C 29 37 74.0 13 26.0
C 30 41 82.0 9 18.0
C 31 34 68.0 16 32.0
C 32 33 66.0 17 34.0
C 33 41 82.0 9 18.0
C 34 37 74.0 13 26.0
C 35 46 92.0 4 8.0
C 36 39 78.0 11 22.0
C 37 46 92.0 4 8.0
C 38 41 82.0 9 18.0
C 39 39 78.0 11 22.0
C 40 42 84.0 8 16.0
Dari Jadual 4.3.3 didapati bahawa masalah yang timbul dalam kefahaman
murid terhadap konsep asas tanaman hiasan Kemahiran Hidup adalah item-item C26,
C29, C31, C32, C34, C36 dan C39.
45
Bagi item C26 sebanyak 74 % menjawab dengan betul manakala 26 % lagi
menjawab dengan salah bagi soalan berkaitan bekas penanaman yang sesuai bagi
tanaman sistem akar yang kecil dan pendek.
Item C29 menunjukkan sebanyak 74 % menjawab dengan betul manakala 26
% lagi menjawab dengan salah bagi soalan alat yang digunakan untuk menggembur
tanah.
Bekas menanam yang mudah kotor dan senang ditumbuhi lumut merupakan
item C31. Terdapat 68 % menjawab dengan betul tetapi 32 % lagi menanda jawapan
yang salah.
Bagi item C32, sebanyak 66 % menjawab dengan betul berkaitan pasu yang
boleh diguna semula dengan cara merendamnya dalam larutan formalin bagi
membasmi kuman. Tetapi 34 % murid menjawab dengan salah.
Item C34 pula sebanyak 74% menjawab dengan betul berkaitan bahan yang
diguna untuk menutup lubang saliran bagi mengelak medium terkeluar, manakala 26
% lagi menjawab dengan salah.
Namakan pasu yang harganya mahal dan mudah pecah jika jatuh merupakan
soalan bagi item C36. Sebanyak 78 % menjawab dengan betul manakala 22 % lagi
menjawab salah.
Item C39 berkaitan soalan baja yang diperbuat daripada najis haiwan reput
atau jerami reput. Sebanyak 78 % menjawab dengan betul manakala 22 % lagi
menjawab dengan salah.
46
BAB V
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan.
Bahagian ini merumuskan segala dapatan yang telah diperoleh dari kajian
yang telah dijalankan. Beberapa rumusan dapat dibuat berdasarkan masalah
perlaksanaan Projek Kaji Selidik Tanaman Hiasan Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah.
5.1 Latar Belakang Guru Kemahiran Hidup
Guru mata Pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah ini adalah terdiri daripada
guru lelaki (66.7 %) dan guru perempuan (33.3 %). Tugas mengajar mata pelajaran
ini diserahkan kepada guru yang lebih muda dan mempunyai pengalaman mengajar
kurang dari 15 tahun untuk mengendalikannya (100% ). Guru-guru ini mempunyai
kelulusan peringkat STPM (100%) dan mempunyai latar belakang pendidikan sastera
tetapi telah mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup ini lebih dari 2 tahun. Mereka
merasakan kursus Kemahiran Hidup yang dilalui sepanjang perkhidmatan masih
belum mencukupi dan perlu ditambah. Selain mengajar mata pelajaran ini, guru-guru
tersebut juga terlibat dengan mata pelajaran yang lain dan aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum. Nisbah guru dan murid adalah 1 : 80 ( 101 – 250 murid ).
47
5.2 Mengenalpasti Masalah Guru Dalam Pelaksanaan Kaji Selidik Tanaman
Hiasan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Satu soal selidik yang dibahagikan kepada empat perkara telah diberi.
Perkara-perkara tersebut adalah proses pengajaran dan pembelajaran, keperluan
fizikal sekolah, tenaga pengajar serta pengurusan dan penyelenggaraan. Kebanyakan
guru bersetuju bahawa kandungan dan skop sukatan mata pelajaran Kemahiran
Hidup bersesuaian dan tidak membebankan guru (66.7 %) dan bersetuju bahawa
peruntukan masa 30 minit x 2 waktu seminggu boleh memberi keberkesanan dari
segi menyampaikan kemahiran kepada murid. Oleh kerana mata pelajaran ini
melibatkan kerja-kerja amali, maka ramai murid yang sangat berminat mengikutinya.
Tetapi guru (66.7 %) sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka merasa
terbeban kerana terpaksa menyediakan alatan dan bahan lebih awal sebelum
memulakan pengajaran. Hal ini mungkin menjadi masalah kerana guru-guru tersebut
juga mengajar mata Pelajaran lain dan masa pengurusan bengkel adalah terhad untuk
mereka.
Guru tidak bersetuju ruang menyimpan alatan, kelengkapan, bahan-bahan dan
pasu tanaman hiasan yang disediakan, sesuai dan mencukupi (66.7 %). Ruang yang
sedia adalah terhad dan kecil untuk menampung peralatan dan bahan-bahan
perkebunan murid-murid. Sebanyak 66.7 % guru bersetuju di sekolah ada disediakan
kawasan khas untuk aktiviti pertanian, tetapi kawasan tersebut juga terhad.
Sementara itu guru bersetuju bahawa bilik yang dikhaskan cukup menampung
pelajar-pelajar yang sedia ada.
48
Guru bersetuju segala stok dicatat di dalam buku stok atau kad stok dan
dikemaskinikan dari masa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan. Tetapi guru
mempunyai sedikit masalah dari aspek membuat pesanan dan membeli bahan atau
peralatan perkebunan. Sebanyak 33.3% responden setuju bahawa guru sukar
mendapatkan bahan-bahan dan peralatan bagi kerja-kerja praktik dalam masa yang
cepat kerana keperluan tersebut perlu ditempah terlebih dahulu daripada pembekal.
5.3 Rumusan Terhadap Kefahaman Pelajar-Pelajar Tentang Kemahiran Asas
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Dalam rumusan ini, pengkaji membahagikan kepada 3 bahagian iaitu :
1. Mengenal Alatan Perkebunan Asas.
2. Memahami Penggunaan Bekas Penanaman Dan Alat Tangan Asas.
3. Kefahaman Tentang Konsep Asas Berkaitan Tanaman Hiasan
Kemahiran Hidup.
5.3.1 Mengenal Alatan Perkebunan Asas
Murid menghadapi masalah dalam mengenal dan menamakan alatan
perkebunan asas yang lazim digunakan dalam kerja perkebunan. Dalam
penganalisisan ini, murid hanya perlu menanda nama-nama alat tangan yang sesuai
kepada gambar rajah yang disediakan. Didapati seramai 32 % daripada mereka tidak
mengenal gambar rajah sisir rumput. Begitu juga dengan gambar rajah
sekateur.sebanyak 32% yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Manakala
gambar rajah sudip tangan pula, sebanyak 28% tidak menjawab dengan tepat. Begitu
49
juga 28 % salah dalam menjawab soalan gambar serampang tangan. Kalau dilihat
keempat-empat gambar rajah ini adalah alatan tangan asas yang sering digunakan
dalam kerja-kerja perkebunan. Berkemungkinan murid-murid tidak dapat mengingati
nama alat dengan betul seperti yang terdapat di dalam buku teks. Guru perlu
meletakkan gambar-gambar alatan perkebunan di dalam bengkel atau menyusun
serta melabel alatan supaya mereka dapat melihat dan mengenalinya dengan nama
yang betul. Perkara ini telah dibukti oleh Nicholas dan Gorman (1977) yang
menyarankan bahawa syarat fizikal yang boleh mempengaruhi kepuasan hendaklah
melibatkan susunan peralatan.
5.3.2 Memahami Penggunaan Bekas Penanaman Dan Alat Tangan Asas.
Murid menghadapi masalah terhadap penggunaan bekas penanaman dan alat
tangan asas yang lazim digunakan ketika kerja-kerja praktis dilakukan. Kebanyakan
daripada mereka tidak tahu akan penggunaan bekas penanaman dan kegunaan yang
betul bagi sesuatu alat tangan kemahiran asas yang lazim digunakan. Dari
penganalisisan ini, murid-murid menghadapi masalah berkaitan penggunaan alat
tangan yang betul sewaktu melakukan kerja projek Kemahiran Hidup. Murid sukar
membandingkan kegunaan sudip tangan dengan serampang tangan dengan betul. Ini
terbukti dengan 26 % daripada murid-murid menjawab dengan salah bagi soalan
merumput boleh dibuat dengan menggunakan serampang tangan. Manakala 20 %
murid menjawab dengan salah sudip tangan digunakan untuk memasukkan medium
ke dalam pasu, soalan item B20. Alatan asas perkebunan juga masih tidak dikenali
dengan nama yang betul oleh murid. Contohnya sekateur dikenali oleh murid dengan
nama ‘gunting pokok’ dan sisir rumput pula dikenali sebagai ‘penyakar rumput’.
50
Nama ini adalah nama yang digunakan sewaktu di rumah dan ini menyebaban
mereka keliru. Disebabkan kekeliruan ini, terdapat 30 % murid gagal menjawab
dengan betul soalan berkaitan sekateur item B17, ini. Seramai 26 % murid menjawab
dengan salah bagi soalan sisir rumput digunakan untuk mengumpul rumput yang
telah dipotong, manakala 22 % salah bagi mengenal fungsi pongkes yang sebenar.
Bagi penggunaan bekas penanaman pula, murid masih keliru bagi soalan pasu kristal
digunakan untuk menanam tumbuhan hiasan kerana 22 % murid menjawab dengan
salah soalan ini. Mungkin penggunaan pasu kristal kurang didedahkan oleh guru
kepada mereka.
5.3.3 Kefahaman Tentang Konsep Asas Berkaitan Tanaman Hiasan Kemahiran
Hidup
Dalam penganalisisan mengenai kefahaman murid terhadap konsep asas
berkaitan tanaman hiasan Kemahiran Hidup, didapati murid menghadapi beberapa
masalah. Dalam aspek ini penekanan pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan
alatan perkebunan dan penyediaan bekas tanaman oleh guru bolehlah dianggap
kurang berkesan. Terdapat ramai murid (26 %) tidak dapat menjawab dengan betul
dalam item C29 iaitu berkaitan alat yang digunakan untuk menggembur tanah.
Dalam item tersebut, pengujian masih lagi berkisar kepada nama dan fungsi sesuatu
alat. Dari analisis ini, guru perlu mencari jalan meningkatkan pengajaran yang lebih
berkesan agar murid dapat menguasai kemahiran asas dalam penggunaan alatan
perkebunan dan penanaman tumbuhan hiasan.
51
Penggunaan bahan-bahan kitar semula di dalam projek Kemahiran Hidup
amat digalakkan bagi menambahkan kreativiti murid. Contohnya penggunaan tayar
buruk (item C40) sebagai bekas penanaman boleh membantu murid memahami
kaedah penanaman dan bekas penanaman yang sesuai walaupun tidak menggunakan
pasu yang dibeli. Murid agak keliru dengan bekas penanaman seperti pasu kristal dan
pasu tanah liat. Pasu kristal dalam item C36, gagal dikenalpasti oleh murid (22 %).
Penggunaan pasu tanah liat terpakai kurang didedahkan kepada murid dan ini
menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan pasu terpakai. Ini jelas
di dalam item C31 dan C32. Bekas menanam yang mudah kotor dan senang
ditumbuhi lumut merupakan item C31, tetapi 32 % murid gagal menjawabnya. Dan
item C32 berkaitan pasu yang boleh diguna semula dengan cara merendamnya dalam
larutan formalin bagi membasmi kuman, 34 % murid menjawab dengan salah.
Seramai 26 % lagi menjawab dengan salah bagi soalan berkaitan bekas penanaman
yang sesuai bagi tanaman sistem akar yang kecil dan pendek.
Bagi item C34 pula sebanyak 74% menjawab dengan betul berkaitan bahan
yang diguna untuk menutup lubang saliran bagi mengelak medium terkeluar,
manakala 26 % lagi menjawab dengan salah. Ini menunjukkan murid tidak dapat
mengingati peranan serpihan pasu atau batu kecil tersebut. Begitu juga soalan
berkaitan penggunaan baja kompos yang tidak dapat dikenalpasti oleh murid. Item
C39 berkaitan soalan baja yang diperbuat daripada najis haiwan reput atau jerami
reput, gagal dijawab oleh 22 % orang murid.
52
5.4 Kesimpulan
Berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi dapatlah dirumuskan bahawa
keseluruhan pelaksanaan kerja projek kaji selidik tanaman hiasan Kemahiran Hidup
di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis adalah masih lagi ditahap yang kurang
berkesan terhadap murid-murid.
Dari sudut keperluan kemahiran terbaru terhadap guru-guru yang mengajar
mata pelajaran kemahiran hidup pertanian ini, kajian mendapati bahawa sebanyak
(33.3%) guru berpendapat mereka memerlukan kemahiran-kemahiran pertanian baru
yang selaras dengan perubahan serta keperluan pembelajaran terkini di sekolah.
Dari penganalisisan soal selidik didapati kebanyakan aspek yang dikaji di
kalangan guru banyak yang positif, tetapi pengujian terhadap murid adalah
sebaliknya. Murid-murid masih lagi kurang pengetahuan asas dan kemahiran seperti
yang diharapkan. Pengujian yang dijalankan membuktikan pengajaran yang
disampaikan oleh guru kurang berkesan berdasarkan pencapaian murid dalam soal
selidik. Guru-guru masih tidak dapat melaksanakan projek tanaman hiasan dengan
sepenuhnya kerana masalah ruang penyimpanan alatan dan bahan yang terhad,
masalah mendapatkan bekalan dengan cepat serta kemahiran guru sendiri dapati
tidak dapat diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Guru menghadapi masalah untuk menyediakan alatan dan bahan lebih awal
sebelum memulakan pengajaran. Hal ini mungkin menjadi masalah kerana guru-guru
tersebut juga mengajar mata pelajaran lain dan masa pengurusan bengkel adalah
53
terhad untuk mereka. Tiada pembantu yang disediakan oleh pihak sekolah untuk
menguruskan pengeluaran alatan, bahan dan penyimpanan semula peralatan serta
bahan tersebut selepas kerja projek dijalankan. Hal ini sedikit sebanyak
membebankan guru.
Penyediaan pengajaran oleh guru jika dibuat secara teratur dan bersungguh-
sungguh membolehkan murid-murid dapat mengikutinya secara berkesan, tetapi apa
yang didapati ialah murid-murid kurang mahir terhadap penggunaan alatan
perkebunan dan fungsi-fungsinya serta masalah mengenali dengan tepat bekas
penanaman yang sesuai untuk perkebunan. Murid masih terkeliru dengan nama
alatan perkebunan yang biasa mereka gunakan di rumah berbanding nama yang
terdapat di dalam buku teks.
Aktiviti dalam projek kaji selidik tanaman hiasan ini boleh meningkatkan
kemahiran berfikir dan penguasaan kemahiran, memberi ruang untuk
mengembangkan daya kreatif, daya inovatif dan daya usaha terhadap murid-murid.
Tetapi masih ada matlamat dan objektif yang tidak mencapai sepenuhnya. Guru
haruslah peka terhadap perkembangan dan Falsafah Pendidikan Negara kerana
dengan kefahaman yang jelas sahaja membolehkan objektifnya dicapai melalui
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
54
5.5 Cadangan
Daripada rumusan yang telah dijalankan, telah dapat dikenalpasti masalah
kemahiran berfikir murid di dalam projek kaji selidik tanaman hiasan, Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah. Dari masalah tersebut, beberapa cadangan akan
dikemukakan untuk tindakan yang selanjutnya oleh pihak yang terlibat. Cadangan
tersebut adalah :
1. Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran kemahiran yang
memerlukan guru dan murid melakukan kerja praktik seperti projek kaji
selidik tanaman hiasan. Murid perlu dimantapkan dengan kemahiran asas
penggunaan alatan perkebunan dan pengetahuan yang betul tentang aspek
penanaman termasuklah bekas penanaman. Kemahiran memerlukan latihan
secara individu dan guru perlu memikirkan satu kaedah untuk memastikan
kemahiran ini diterapkan kepada setiap murid.
2. Penyediaan awal adalah perlu bagi setiap guru untuk menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran projek kaji selidik tanaman hiasan. Oleh itu
adalah disarankan agar pihak pentadbir memberi ruang atau masa pengurusan
bengkel kepada guru supaya guru dapat menyediakan segala keperluan
dengan baik. Guru perlu memastikan bahan dan peralatan cukup untuk
kegunaan murid apabila membuat sesuatu kerja projek.
55
3. Guru-guru perlu diberi pendedahan dan kemahiran-kemahiran pertanian baru
yang lebih tinggi agar mereka lebih menyakini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aspek-aspek pengurusan dalam kerja-kerja praktis perlu
ditekankan terutamanya merancang dan mengurus aktiviti murid untuk
menguasai kemahiran-kemahiran haruslah dititikberatkan.
4. Memandangkan mata pelajaran ini hanyalah subjek elektif yang tidak
terdapat dalam peperiksaan UPSR, maka pendekatannya adalah sambil lewa.
Oleh itu kerjasama pihak pentadbiran perlu untuk memastikan mata pelajaran
ini dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
5. Sebaik-baiknya kajian seperti ini hendaklah dilaksanakan setiap lima tahun
sekali untuk memastikan bahawa kurikulum dan kandungan kurikulum yang
digunakan adalah sesuai dengan kehendak pelanggan dan juga keperluan
pembelajaran di sekolah.
56
RUJUKAN
Abdul Halim Said (1995). Perlaksanaan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Pulau Langkawi: Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda. UTM, Skudai.
Abd. Ghafar Md Din (2003). Prinsip dan AmalanPengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Distributors Sdn. Bhd.
Abu Husain Abu Bakar (1997). “ Masalah Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Di Selangor Dan Wilayah Persekutuan”. Jurnal Pendidikan TIGAENF. 2; ms. 1-7.
Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-‘ammah. Riyadh: Dar Al-Huda.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1994). Teknik Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2005). Pemikiran Reka Cipta. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azhari Md. Salleh (1990). Pengurusan Industri. Johor: JJ Computer Service.
Bambang Sulistyantara & Mohd Sallehuddin (2006).Menjaga Keindahan Taman Kediaman. Kuala Lumpur: Synergy Media.
Crow & Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
de Bono, E. (1993). Teach Your Child How to Think. England: Penguin Books.
de Bono, E. (1976). Teaching Thingking. England: Penguin Books.
Dewey, J. (1993). How We Think: A Restatement of the Relation of Reflective Thinking to the Educative Process. Boston: Houghton Mifflin Company.
Fakhiruddin & Syed Mahazir (2003). Bahagian Teras: Kemahiran Manipulatif. Selangor: Penerbitan PCT Sdn Bhd.
Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalan pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 Kementerian Pendidikan Malaysia 2002.
Pang, M.S (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
57
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mohd. Majid Konting (1990). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yaakub Amir et al (2002). Kemahiran Hidup Bersepadu Teras Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann.
Rahmad Sukor (2007). HBME 1103 Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee (1992). Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi Dalam Pengajaran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hadi Susilo & Mazlina (2006). Penjagaan Tanaman Hiasan Agar Tampil Menawan. Kuala Lumpur: Synergy Media.
Yahya Abd. Rahman (1989). Pengurusan Workshop. Kuala Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd.
Md. Nawawi (1994). Minat dan Sikap Pelajar Lelaki Tingkatan 2 Terhadap Bidang
Pengurusan Diri Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup BersepaduYang diajar Di Sekolah Menengah. Projek Sarjana Muda. UTM, Skudai.
Zainal Abidin, Mohd Rahim & Rahimah (2005). Kemahiran Hidup Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
58