Upload
phambao
View
231
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
KAJIAN ISU
TAJUK: PERSEPSI GURU SENI TERHADAP PERLAKSANAAN
OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI
KAWASAN MERLIMAU, MELAKA.
1. Pengenalan
Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang
dikira dapat mewujudkan suatu kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar. Antara
kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah ialah matlamat
individu, masyarakat, dunia dan sarwajagat.
Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat kurikulum, dan
matlamat kurikulum pula telah disediakan berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat
dan seterusnya objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan
jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) telah
dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan
Kandungan. (Rujuk Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Pendidikan Seni Visual, 2000).
2. Latar belakang masalah
Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh ditingkatkan sekiranya guru
dapat memahami kemampuan dan persepsi diri terhadap objektif yang terkandung dalam
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
1
sukatan pelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk memperbaiki
pengajaran diri dan seterusnya berjaya mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai
negara maju menjelang tahun 2020.
Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang
boleh digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat dari subjek kajian.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu bual,
soal selidik dan pemerhatian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggubah satu set soal
selidik berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk mengukur domain
persepsi guru seni terhadap objektif pendidikan seni visual sekolah menengah. Selain
daripada itu, kaedah temu bual dan pemerhatian turut digunakan untuk mendapat
maklumat yang lebih kukuh dan tepat.
3. Pernyataan Masalah
1. Apakah persepsi guru-guru seni terhadap kefahaman objektif Pendidikan Seni
Visual?
2. Sejauh manakah objektif Pendidikan Seni Visual dilaksanakan semasa P&P?
3. Adakah pencapaian akedemik, pengalaman mengajar dan kekerapan menghadiri
kursus seni mempengaruhi kefahaman objektif?
4. Bagaimana sesuatu objektif boleh menjelaskan matlamat dalam membentuk insan
yang seimbang dan harmonis dari segi JERI?
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
2
4. Hipotesis kajian
1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan
pencapaian akademik guru seni.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan
pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan
kekerapan menghadiri kursus seni.
5. Kepentingan kajian
Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak memberi gambaran tentang
pelaksanaan objektif Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah kawasan Merlimau.
Dapatan kajian dapat memberi makluman kepada Kementerian Pendidikan dan
pentadbiran sekolah menilai tahap perlaksanaan objektif di sekolah supaya tindakan
susulan boleh diadakan.
6. Skop kajian
Merlimau merupakan kawasan yang terletak di bahagian selatan negeri Melaka.
Di sini terdapat empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu SMK Seri Makota, SMK
Dang Anum, SMK Dato Abdul Rahman Yakub dan SMK Sungai Rambai. Jumlah
bilangan guru yang mengajar mata pelajaran seni visual adalah 15 orang iaitu 11 (73.3%)
orang guru lelaki dan 4 (26.7%) orang guru perempuan. Kesemua guru adalah berbangsa
Melayu. Pencapaian akademik bagi sampel guru dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan
iaitu Diploma 6 (40%) orang dan Sarjana Muda 9 (60%) orang. Pengalaman mengajar
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
3
guru seni di kawasan Merlimau adalah berbeza-beza iaitu kurang dari 2 tahun 3 (20%)
orang, 2-5 tahun 3 (20%) orang, 6 – 10 tahun 1 (6.7%) orang, manakala pengalaman
mengajar lebih dari 10 tahun 8 (53.3%) orang. (Rujuk lampiran 3)
7. Definisi Istilah
7.1 Objektif
Objektif ialah perkara-perkara yang jelas tentang tingkah laku yang dapat dibuat
oleh murid-murid untuk menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari. Ia merupakan
hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan prosesnya. Menurut Kamarudin Hj. Husin
(1989) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi 3 telah menerangkan bahawa objektif
mengandungi tiga unsur yang penting. Pertama, ia menekankan perlakuan yang
dikehendaki daripada murid-murid sebelum berakhirnya pelajaran. Kedua, syarat-syarat
yang diperlukan bagi perlakuan itu dan ketiga, peringkat pencapaian minimum yang
harus diperolehi.
7.2 Perbezaan di antara Tujuan, Matlamat, Objektif
Menurut I.K. Davies (1976) dalam Objectives in Curriculum Design, definisi
‘Tujuan’ ialah “kenyataan am yang cuba memberi bentuk dan arahan kepada kehendak-
kehendak yang lebih terperinci pada masa akan datang… Tujuan adalah titik permulaan.
Ia merupakan satu idea, suatu cita-cita, dan suatu arah untuk dituju.”
Dalam pendidikan, perkataan ‘matlamat’ kadang-kadang disamakan dengan
objektif am. Jika perkataan tujuan di atas ialah tujuk arah, perkataan matlamat pula akan
memberi penerangan mengenai arah itu. Oleh kerana tujuan merupakan satu idea, maka
matlamat merupakan pecahan-pecahan mengenai idea itu. Menurut C.D. Cavert (1974)
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
4
dalam An Approach to the Design of Mediated Instruction, definisi ‘matlamat’ ialah
“matlamat ialah kategori dan peringkat am tingkah laku yang telah dipelajari dalam satu
bahagian pembelajaran. Objektif ialah penyataan spesifik mengenai gerak balas
(response) penuntut (iaitu tingkalaku) yang telah dirancangkan. Matlamat memberi
pemerian tentang tingkah laku penuntut secara am.” Dengan itu, matlamat ialah peringkat
am tingkahlaku, manakala objektif ialah peringkat khusus tingkah laku. Objektif ialah
satu kenyataan berkenaan dengan apa yang boleh dilakukan oleh murid-murid hasil
daripada pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh dikategorikan ke dalam beberapa jenis
antaranya ialah implisit, eksplisit, tingkah laku dan ekspresif.
Apabila seseorang guru membuat keputusan untuk mengajar, dia perlulah
memutuskan beberapa isu penting. Guru berkenaan perlu memilih isi pelajaran yang
berkaitan, kaedah pengajaran yang sesuai dan prosedur penilaian yang berkaitan dengan
objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Apa yang dilakukan oleh guru adalah untuk
mencipta satu persekitaraan ,yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku
yang diharapkan. Ini dilakukan melalui interaksi antara guru dengan murid secara
individu atau kumpulan, menggalakan interaksi sesama murid, atau menggalakan
interaksi murid dengan bahan pengajaran. Mengikut Krathwohl (1971), proses
pendidikan bermakna mengadakan satu siri persekitaran yang membolehkan murid untuk
mempelajari tingkah laku baru, memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa,
dan melatih tingkah laku ini hingga ke tahap dia berupaya mempamerkannya ke satu
paras yang memuaskan di bawah keadaan tertentu. Pernyataan objektif pengajaran
merupakan satu perihalan tingkah laku, iaitu pelajar diharap dapat mempamerkannya
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
5
dengan agak tekal. Oleh sebab peranan objektif pengajaran amat penting dalam proses
pengajaran, perhatian serius perlulah diberikan.
7.3 Persepsi
Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang
itu mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara
spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara
berkenaan. Persepsi tidak semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986)
menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu
proses kognitif yang dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada
persekitarannya.
7.4 Guru
Page (1977) dalam International Dictionary of Dictionary of Education telah
mendefinisikan guru sebagai seseorang yang mengajar, terutamanya seseorang yang
diupah oleh sesebuah sekolah untuk mengajar. Good (1959) mentakrifkan guru sebagai
seseorang yang telah mengikuti kurikulum profesional di sesebuah institusi rasmi dengan
tujuan unuk membimbing, mengarah pengalaman pembelajaran pelajar dalam institusi
pendidikan, sama ada kerajaan ataupun swasta.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
6
8. Matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual
Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang
tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.
Tokoh-tokoh Pendidikan Seni seperti Efland (1977) telah menghuraikan 3
komponen utama yang dijadikan matlamat dan objektif Pendidikan Seni, iaitu yang
melibatkan perkembangan individu, warisan budaya dan seni dalam masyarakat. Mcfee
(1961) mengatakan objektif Pendidikan Seni untuk membentuk tingkah laku dan
meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Feldman (1972) mengariskan
objektif Pendidikan Seni sebagai mengenal dunia sekitar, belajar bahasa seni tampak,
mengkaji kepelbagaian bahasa seni tampak dan menguasai teknik-teknik pendidikan seni.
Kesemua objektif yang dikemukakan mempunyai perbezaan dan persamaan,
namun apa yang terpenting ialah ia dirancang berdasarkan matlamat dan berkeupayaan
membentuk generasi yang sejajar dengan hasrat pembangunan negara.
9. Kepentingan objektif dalam mata pelajaran pendidikan seni visual
Objektif penting dan berfaedah kepada pembinaan ujian sebagai panduan untuk
menentukan isi dan arah yang perlu ditekankan.
Objektif melewati kandungan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, ini bukan
bermakna kandungan tidak penting, tetapi sekadar kandungan tidak menjadi matlamat
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
7
akhir. Kandungan merupakan cara atau landasan untuk menulis objektif pengajaran.
Berdasarkan objektif yang ditulis, guru dapat merancang kaedah dan peralatan yang
releven dan sesuai untuk keperluan pelajar.
Popham (1969) mengemukakan pendapatnya tentang kepentingan kenyataan
objektif dalam pengajaran. Menurut beliau mutu pengajaran tidak akan meningkat tanpa
penggunaan objektif tingkah laku. Pendapat ini disokong oleh Mager (1971).
10. Objektif Pendidikan Seni dalam beberapa domain
Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual sejajar dengan kehendak FPK dalam
aspek interlek, emosi, jasmani dan rohani, maka sekurang-kurangnya terdapat empat
jenis objektif tingkah laku yang tertera dalam kesemua (sepuluh) objektif. Keempat jenis
objektif tingkah laku ialah Kognitif, Afektif, Psikomotor dan Rohaniah. Pendekatan ini
juga diperkenalkan sebagai pendekatan perkembangan menyeluruh. Menurut Keneeth M.
Lansing (1971), terdapat tiga domain utama dan menjadikan fokus dalam mata pelajaran
seni visual iaitu:
i. Domain Kognitif: Ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan
aplisiasi, estetika serta seni dalam kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001). B.S. Bloom
(1965) telah menemukakan taksonomi objektif kognitif yang merangkumi pengetahuan,
kefhaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Ia mementingkan perkembangan
potensi pelajar dari segi interlek. Mazlan Mohamad (1997) dalam bukunya yang bertajuk
Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni telah menerangkan buku Planning Art
Education – in the Middle/ secondary School of Ohio, yang dikeluarkan oleh State of
Ohio Department of Education 1977, mengambarkan hubungan antara tujuan, matlamat,
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
8
objektif, pendekatan dan aktiviti. Aras pencapaian objektif dipadukan daripada taksonomi
domain kognitif, ia bukan sahaja merupakan alat pengukur terhadap pencapaian pelajar
tetapi boleh dijadikan sebagai aras berbicara.
ii. Domain Afektif: Suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat,
keperihatinan, pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik.
(dalam Iberahim Hassan 2001). Manakala D. R. Krathwohl (1965) mengatakan domain
ini mementingkan perkembangan emosi dan perasaan.
iii. Domain Psikomator: Memupuk kepada pertumbuhan kemahiran dalam
pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan , otot dan mental.
(dalam Iberahim Hassan 2001). Objektif ini dikemukakan oleh Simpson (Kapfer, 1965)
ia mementingkan perkembangan dan memelihara kecergasan diri, bersedia menjalankan
amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran
asas praktik dalam kehidupan seharian; dan mempunyai asas kemahiran vokasional.
iv. Domain Rohaniah: Turut diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah yang bermatlamat memperkukuhkan kepercayaan beragama;
memperkembangkan keyakinan terhadap pencipta; peka kepada nilai dan norma
masyarakat; dan membentuk perlakuan dan peribadi yang berlandaskan nilai murni.
Maka kesemua objektif dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dapat
dianalisa berdasarkan domein seperti berikut:
Objektif Domain1 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Afektif
2 Memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya seni visual.
Kognitif dan
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
9
Psikomator
3 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, displin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.
Kognitif dan
Psikomator
4 Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.
Kognitif
5 Membuat diskripsi, snalisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual.
Kognitif
6 Mendapat nilai tambah dalam displin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
Kognitif dan
Afektif
7 Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa.
Afektif
8 Menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya. Afektif
9 Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup.
Afektif
10 Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Afektif
11. Rekabentuk kajian
Rekabentuk kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif. Satu set soal selidik
berbentuk skala likert telah disediakan untuk mengumpul data. (rujuk lampiran 1) Jacobs
dan Ary (1990) , Mohd. Majid Konting (1990) berpendapat bahawa kebaikan
menggunakan soal selidik ialah ianya boleh melibatkan responden yang lebih ramai,
sacara lebih luas dan menyeluruh. (kajian ini walaupun hanya 15 responden, ia
merupakan latihan penulisan ilmiah bertujuan menambah pengetahuan dan pengalaman).
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
10
Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperoleh
maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan lain-lin secara langsung. Seramai 5
orang guru ditemu bual dalam kawasan Merlimau.
Selain daripada itu, kaedah pemerhatian turut diplaktiskan. Penyelidik dapat
mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah – pemboleh ubah
yang telah dikenal pasti.
Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan bantuan komputer. Program
yang digunakan ialah Statistical Package for the Social Science (SPSS). Subprogram
yang digunakan ialah ujian-t, ANOVA sehala, Pearson Correlation. Menurut Mohd Majid
Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan
SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan bebas daripada ralat.
12. Dapatan kajian
Tinjauan terhadap persepsi sebahagian guru seni terhadap pemahaman objektif
kurikulum pendidikan seni visual
Berdasarkan data yang dikumpul didapati bahawa hampir kesemua sampel kajian
iaitu seramai 14 (93.3%) orang guru seni mengatakan bahawa mereka memahami objektif
pendidikan seni visual sekolah menengah dengan baik. Hanya seorang guru sahaja yang
tidak memahami objektif Pendidikan Seni Visual dengan sepenuhnya. (rujuk lampiran 3)
Ini adalah kemungkinan disebabkan kebanyakan subjek terdiri daripada guru yang
berpengalaman dan antaranya telah lama menjadi jurulatih utama. Walaupun terdapat
subjek yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang dari 2 tahun, tetapi mereka
merupakan generasi muda yang menerima ilmu pengetahuan yang kukuh dari universiti
pendidikan seperti UPSI. UPSI telah mendidik dan memberi konsep baru dalam beberapa
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
11
pendekatan yang dikenalpasti sesuai dengan suasana pendidikan di negara kita antaranya
DBAE yang ditaja oleh Yayasan Getty, Model Efland, Lansing dan lain-lain.
Kaedah pemerhatian terhadap pelaksanaan objektif pendidikan seni semasa
pengajaran dan pembelajaran
Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan pengetua sekolah lain di
kawasan Merlimau, penyelidik telah berpeluang memerhati beberapa orang guru seni
menjalankan aktiviti P&P. Pengkaji telah memilih objektif 2 iaitu memupuk budaya
penyelidik dalam proses penghasilan karya seni sebagai dasar menentukan pelaksanaan
objektif dalam P&P. Dapatan data ialah kelima-lima orang guru seni telah mengamalkan
objektif ini dalam P&P, sebagai contoh 1: Dalam mengajar unsur-unsur seni seperti
garisan: Pelajar diminta mengkaji dan menyelidik garisan yang terdapat di sekeliling bilik
darjah dan mengkaji fungsi setiap jenis garisan dalam masa 160 minit. Contoh 2: Dalam
unit catan: Pelajar diminta bandingbezakan antara 2 jenis catan yang berlainan teknik,
menyelidik aliran kedua catan tersebut, pelajar terpaksa membuat rujukan perpustakaan
untuk mengumpul maklumat dan seterusnya membuat laporan. Pendekatan pengumpulan
dan penyusunan data-data membantu pelajar membuat penyelidikan secara saintifik
mengenai seni. Pelajar dilatih secara ilmiah supaya dapat mengenali ciri-ciri teperinci
bagi sesuatu aliran seni. Walaupun guru seni tersebut telah mengambil masa 2 minggu
untuk mengajar sebahagian kecil dalam unit catan tetapi hasilnya amat
memerangsangkan. Menurut Tuckman (1978), penyelidikan ialah suatu usaha yang
sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu masalah. Ia bertujuan untuk mencari
kebenaran dan menambah ilmu pengetahuan. Walaupun keesahan dan kebolehpercayaan
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
12
kaedah ini rendah tetapi rumusannya ialah tidak 100% objektif yang dilaksanakan
merujuk kepada matlamat FPK tetapi sebahagian objektif pasti dilaksanakan oleh guru
seni yang berpengalaman.
Hubungan antara pencapaian akedemik, kekerapan menghadiri kursus seni dan
pengalaman mengajar dengan kebolehan memahami objektif
Bagi menjawab hipotesis 1 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru seni. Penyelidik telah
menggunakan analisis ujian t program SPSS. Ujian t menunjukkan t (13) = -.806, p =
0.435 adalah tidak signifikan. Hipotesis nol diterima. Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan terhadap pencapaian akademik dengan kefahaman objektif. (rujuk jadual 1)
Jadual 1T-Test
Group Statisticspencapaian akademik
N Mean Std. Deviation
Std. Error Mean
OBJEKTIF
Diploma 6 10.0000 .0000 .0000
Sarjana Muda
9 10.8889 2.6667 .8889
Independent Samples Test
Levene's Test for
Equality of Variances
t-test for Equality of
Means
F Sig. t df Sig. (2-tailed)
OBJEKTI
FEqual
variances assumed
3.396 .088 -.806 13 .435
Equal variances
not assumed
-1.000 8.000 .347
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
13
Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus seni. Ujian ANOVA sehala
menunjukkan nilai F (2 , 12) = 0.72, p = .507 , adalah tidak signifekan. Hipotesis nol
diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman objektif antara
kekerapan menghadiri kursus seni. Ini kemungkinan disebabkan guru yang tidak
menghadiri kursus dapat ‘inhouse traning’ dari guru yang telah menghadiri kursus. (rujuk
lampiran 2)
Jadual 2Oneway ANOVA
OBJEKTIF Sum of
Squaresdf Mean
SquareF Sig.
Between Groups
6.400 2 3.200 .720 .507
Within Groups
53.333 12 4.444
Total 59.733 14
Post Hoc TestMultiple ComparisonsDependent Variable: OBJEKTIF Tukey HSD
Mean Difference
(I-J)
Std. Error
Sig. 95% Confidence
Interval (I) kekerapan
kursus(J) kekerapan
kursusLower Bound
Upper Bound
tak pernah 2 - 4 kali setahun
.0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali setahun
-1.3333 1.2766 .564 -4.7391 2.0724
2 – 4 kali setahun
tak pernah .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729
5 - 8 kali setahun
-1.3333 1.3608 .603 -4.9639 2.2972
5 – 8 kali setahun
tak pernah 1.3333 1.2766 .564 -2.0724 4.7391
2 - 4 kali setahun
1.3333 1.3608 .603 -2.2972 4.9639
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
14
Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06)
dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang
ditunjukkan adalah sangat rendah.(rujuk jadual 3)
Jadual 3Kolerasi
Descriptive StatisticsMean Std. Deviation N
OBJEKTIF 10.5333 2.0656 15 Pengalaman
mengajar2.9333 1.2799 15
CorrelationsOBJEKTIF pengalaman
mengajar OBJEKTIF Pearson
Correlation1.000 .231
Sig. (2-tailed) . .408 N 15 15 Pengalaman
mengajarPearson
Correlation.231 1.000
Sig. (2-tailed) .408 . N 15 15
Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah tidak signifikan. Tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06)
dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali kolerasi yang
ditunjukkan adalah sangat rendah.
Dari dapatan data didapati bahawa 60% guru tidak dapat menyenaraikan
kandungan seni visual dengan tepat. Secara tidak langsung ia telah menyokong penulisan
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
15
yang pernah ditulis oleh Iberahim Hassan (2001) dalam kertas kerjanya yang bertajuk
Pendidikan Seni Di Malaysia antara Harapan dengan Realiti telah mempersoalkan sejauh
mana penguasaan ilmu dikalangan kita (guru seni) yang berkaitan dengan kandungan
mata pelajaran ini? Setelah mengadakan temubual bersama tiga orang guru seni yang
berpengalaman (pengalaman mengajar seni lebih dari 10 tahun dan telah menjadi JU Seni
lebih daripada 5 tahun), apa yang mereka memberi penjelasan ialah walaupun guru seni
tidak dapat menyenaraikan kandungan dengan tepat tetapi apa yang mereka jelas ialah
unit-unit yang terkandung dalam setiap kandungan. Ini menunjukan bahawa guru seni
lebih fokus kepada apa yang perlu pelajar mempelajari dan guru seni kurang sensitif
terhadap perubahan mata pelajaran seni visual.
Selain daripada itu, dari dapatan data juga menunjukkan bahawa sebanyak 26.7 %
(4 orang) guru seni merujuk sukatan setiap kali sebelum merancang P&P; 40% (6 orang)
guru merujuk seminggu sekali; 26.7% (4 orang) juga yang merujuk sebulan sekali dan
hanya 6.7% (1 orang) guru sahaja yang merujuk sukatan setahun sekali. Kekerapan
merujuk sukatan pelajaran akan membantu dan memastikan guru dapat merancang
sesuatu pelajaran dengan tepat.
13. Perbincangan dan cadangan
Keputusan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru seni terhadap kefahaman
objektif seni visual adalah sangat baik. Namun, aktiviti yang dirancangkan oleh guru
bertujuan untuk mencapai objektif sesuatu topik / unit atau ia benar-benar dirancang
untuk mencapai objektif sukatan dan seterusnya mencapai matlamat mata pelajaran
pendidikan seni visual, masih perlu kajian selanjutnya.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
16
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah menengah
kawasan Merlimau, beberapa cadangan telah diperolehi dalam usaha mempertingkatkan
kefahaman dan pelaksanaan kehendak objektif yang sebenarnya dalam penagajaran dan
pembelajaran antaranya;
1. Dalam satu minggu pelajar belajar seni visual hanya antara 160 - 240 minit.
Dengan masa yang terhad ini dan dengan perkembangan pengetahuan yang amat
pesat, guru harus memilih objektif pengajaran dengan sebaiknya. Objektif yang
dipilih mestilah objektif yang mengandungi isi, kemahiran, dan pengalaman yang
dianggap terpenting dan sesuai dengan peringkat pelajar.
2. Pendapat Ground (1970) mengenai 5 aspek memilih objektif pengajaran dengan
baik boleh dijadikan sebagai pandauan dan ingatan iaitu:
Adakah objektif itu menyatakan hasil pembelajaran yang sesuai dengan
bidang pelajaran seni visual?
Adakah objektif itu mengambarkan perkembangan yang logikal dengan
bidang seni visual?
Adakah kategori tatatingkat objektif itu sesuai dengan kebolehan pelajar?
Adakah objektif itu selaras dengan fsalsafah pendidikan?
Adakah objektif itu selari dengan keperluan masa depan pelajar dan
masyarakat?
3. Bagi setiap sekolah seharusnya mempunyai bilik seni khas untuk menjalankan
aktiviti P&P. Ruang bilik seni tersebut perlu disusun dengan selesa dan sudut-
sudut khas agar dapat memberi inspirasi kepada pelajar apabila melakukan aktiviti
penyelidikan.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
17
4. Kursus seperti semakan semula perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali dalam
sepenggal. Kursus ini bukan setakat kandungan mata pelajaran yang perlu
disemak tetapi juga pencapaian / pelaksanaan objektif turut dibincangkan agar
pendidik benar-benar faham kehendak matlamat Pendidikan Seni Visual dan
seterusnya mencapai kehendak FPK.
5. Pastikan guru seni yang mengajar berpandukan modul pengajaran yang
disediakan oleh Jabatan Pendidikan Melaka. Hasil modul pengajaran tersebut
adalah atas usaha-usaha jurulatih-jurulatih utama yang penuh pengalaman dan
pengetahuan dalam bidang seni.
6. Kaedah-kaedah pengajaran yang disyorkan oleh PPK seperti pembelajaran
masteri, pembelajaran kontekstual, kajian masa depan, penggunaan ICT dan lain-
lain perlu difahami dengan baik oleh setiap guru seni kerana jika kenyataan
objektif ditulis dengan jelas dan tepat tetapi kaedah / strategi penyampaian ilmu
kurang baik, hasil pembelajaran turut mengecewakan.
7. Guru seni perlu membuat bacaan awal agar dapat mendalami serta menghayati
topik yang akan disampaikan. P&P yang dijalankan dapat merangsang dan
mencabar intelek pelajar. Guru perlu jelas apa yang harus dipelajari oleh pelajar
dalam topik berkenaan.
8. Kunjungan dan lawatan ke galeri, studio-studio seniman, IPTA, IPTS dan pusat-
pusat kraftangan amat digalakkan. Ia bukan setakat memberi ilmu pengetahuan
tetapi juga dapat menyedari pelajar mengenai prospek kerjaya yang berkaitan
dengan bidang seni. Objektif pengajaran untuk satu unit akan berkembang dan
menjurus ke arah pembangunan negara.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
18
Kesimpulan
Objektif Pendidikan Seni Visual yang ada sekarang lebih menyeluruh kepada
domain kognitif, afektif dan psikomotor jika dibandingkan sebelum ia disemak oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum. Sebelum tahun 2000, bilangan objektif yang ada dalam
sukatan pelajaran ialah 12. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Iberahim Hassan
(2000), objektif 1, 2, 3 dan 4 ialah domain kognitif, objektif empat sehingga dua belas
ialah domain afektif. Jelas dilihat domain psikomotor kurang difokuskan pada masa itu.
Manakala sukatan baru hanya terdapat sepuluh objektif sahaja. Antaranya objektif 2, 3, 4,
5 dan 6 boleh dikategori dalam domain kognitif. Objektif 1, 7, 8 dan 9 adalah domain
afektif. Objektif 2, 3 dan 4 adalah domain psikomotor. Objektif 10 dikategori sebagai
domaian rohaniah.
Guru faham akan kesemua objektif dengan jelas tetapi belum pasti mereka
menulis kenyataan objektif rujuk kepada matlamat dan FPK. Walaupun terdapat guru
yang sentiasa melakukan unsur penyelidikan dalam P&P tetapi tidak semua objektif
dapat dilaksanakan kerana beberapa masalah yang wujud sebagai penghalang seperti
kekangan masa, kekangan peperiksaan, pentadbir dan juga kelemahan guru seni sendiri.
‘Pendidikan Seni Visual sebagai tunggak pendidikan’ hasrat sebegini oleh
kebanyakkan pencinta seni akan tercapai sekiranya pendidik seni memahami dan dapat
mentafsir dengan tepat hubungan antara FPK, matlamat, objektif, organisasi kurikulum
dan kandungan yang tercatat dalam Sukatan Pelajaran KBSM Pendidikan Seni Visual.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
19
Bibliografi
Ahmed Ghazie Ibrahim. (2000). Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Di Sekolah: Dulu, Kini Dan Masa Hadapan. Proseding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Balai Seni Lukis Negara.
Edmund Burke Feldman. (1996) Philosophy of Art Education. New Jersey: Upper Saddle River.
Efland, Arthur (1977), Planing Art Education in the Middle/ secondary School of Ohio, Ohio, USA: State of Department of Education.
Gary W. Moore (1983). Developing and Evaluating Educational Research. Toronto: Little, Brown and Company.
Iberahim Hassan. (2000). Matlamat Dan Objektif Pendidikan Seni Visual Untuk Sekolah Menengah: Perlu Kajian Semula. Proseding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Balai Seni Lukis Negara.
Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.
Isahak Harun, Koh Boh Boon. Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamarudin Hj. Husin. (1989). Pedagogi 3. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
20
Sulaiman Ngah razali. (1997). Pedagogi Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Walter R. Borg & Meredith Damien Gall (1983). Education Research An Introduction. New York & London: Longman.
Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR
21