Kajian Tindakan: BIOLOGY IN MOTION

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan: BIOLOGY IN MOTION

    1/5

    Kajian Tindakan

    BIOLOGY IN MOTION : KAEDAH MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA KUNCI

    UNTUK MENERANGKAN MOVEMENT OF WATER FROM ROOTS TO LEAVES BAGI

    MURID TINGKATAN 5S3 2009

    Oleh

    ROZIAH BT AYUBSMK GUNUNG RAPAT, 31350 IPOH, PERAK.

    AbstrakMurid mengenali mata pelajaran Biologi sebagai salah satu mata pelajaran yang boleh lulus denganmudah kalau balajar tetapi apa yang ramai tidak sedar adalah jika pembelajaran ini tidak disertakan

    dengan teknik yang betul, maka A itu tidak mungkin dicapai.

    Daripada pengalaman sebagai seorang guru Biologi, saya mendapati antara punca kegagalan untukmencapai kecemerlangan adalah disebabkan oleh kegagalan murid mengenalpasti kata kunci bagipelajaran berkenaan. Ini juga adalah ekoran daripada kegagalan guru itu sendiri untuk memberi

    penekanan terhadap penggunaan kata kunci semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Dalam konteks ini, saya mendapati animasi terkawal dan cara guru memberi penekanan terhadap katakunci berkeupayaan untuk menarik perhatian murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung

    serta dapat menyedarkan murid tentang kehadiran kata kunci yang berkaitan.Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek kelihatan hidup atau memberi

    gambaran dinamik kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Animasi membolehkan sesuatuyang sukar disampaikan melalui perkataan atau imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan

    berkesan di samping menceriakan proses penyampaian guru. Animasi terkawal digunakan supaya guru

    dapat mengawal proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran supaya penerangan lanjut danpenekanan terhadap kata kunci dapat diberikan.Berasaskan kepada pengamatan terhadap potensi penggunaan kaedah ini terhadap pencapaian murid,

    saya mengambil keputusan untuk membuat satu kajian tindakan ke atas kaedah tersebut.

    1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran LaluTajuk Movement of water from the roots to the leaves merupakan salah satu daripada banyak tajuk

    di dalam mata pelajaran Biologi yang memerlukan murid mengingatkan banyak fakta. Berdasarkan

    kepada Learning Outcome tajuk berkenaan, murid perlu tahu mencurahkan isi kandungan pelajaranini semula dalam bentuk penerangan. Apabila melibatkan penerangan (explain), kata kunci adalah

    antara elemen penting yang perlu dituliskan di dalam jawapan. Kaedah pengajaran saya yangselalunya berfokus kepada rajah dan penerangan mahukan aktiviti berkumpulan semata-mata didapati

    tidak dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengenalpasti kata kunci yang diperlukan.

    Murid selalunya tiada masalah untuk memahami konten di dalam mata pelajaran Biologi tetapibermasalah dalam menyampaikan semula maklumat berkaitan kerana mereka cuba menghafal ayat-ayat tanpa memberi fokus kepada kata kunci. Akibatnya ayat yang dihasilkan kabur maknanya.

    2.0 Fokus Kajian / Isu KeperihatinanWalau pun layak memasuki kelas Sains Tulen, murid Tingkatan 5S3 ini dikenalpasti agak lemah darisegi penguasaan kata kunci dan tidak dapat transform apa yang difahami di dalam kelas ke dalambentuk ayat yang bermakna untuk mata pelajaran Biologi. Akibatnya mereka selalu gagal

    mempamerkan bentuk jawapan yang tepat dan dapat memberikan markah. Ini berlaku kerana merekatidak dapat mengesan kata kunci untuk pelajaran tersebut semasa pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, murid akan terus tidak yakin untukmendapat pencapaian yang baik di dalam mata pelajaran ini.

    http://rozee13.blogspot.com/p/kajian-tindakan_17.htmlhttp://rozee13.blogspot.com/p/kajian-tindakan_17.html
  • 8/13/2019 Kajian Tindakan: BIOLOGY IN MOTION

    2/5

    Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji samada kaedah Biologi in Motion menggunakan

    animasi terkawal yang dilih dapat membantu murid 5S3 untuk meningkatkan penguasaan kata kunciuntuk mnerangkan tajuk Movement of Water from Roots to Leaves.

    Walaupun terdapat faktor lain yang boleh menjejaskan kebolehan pelajar untuk mempamerkan

    jawapan bermakna tetapi saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kata kunci.

    Dengan menggunakan animasi terkawal, saya berharap murid lebih fokus terhadap konten dan katakunci berkaitan. Hal ini seterusnya diharapkan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam

    peperiksaan SPM.

    3.0 Objektif Kajian3.1 Objektif Am

    Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan mengenalpasti kata kunci untuk menerangkanMovement of Water from Roots to Leaves melalui penggunaan animasi terkawal bagi murid 5S3 dan

    seterusnya meningkatkan nilai gred purata sekolah di dalam peperiksaan SPM.

    3.2 Objektif KhususMelalui kajian ini, saya berharap dapat :

    3.2.1 mengenalpasti satu teknik berkesan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid sasaran

    menguasai kemahiran mengenalpasti kata kunci secara menyeronokkan.3.2.2 menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran guru ke arah yang lebih terancang dan berkesan. 3.2.3 mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berinovatif.3.2.4 meningkatkan keyakinan murid terhadap kaedah pembelajaran yang diikuti.3.2.5 berkongsi hasil dapatan kajian bersama rakan-rakan guru yang lain.

    4.0 Kumpulan SasaranTerdiri daripada 21 orang murid 5S3 2009 yang secara umumnya mempamerkan pencapaian yang

    rendah di dalam mata pelajaran Biologi.

    5.0 Pelaksanaan Kajian5.1 Tinjauan Masalah

    5.1.1 Kaedah PemerhatianTinjauan terhadap masalah murid untuk mengesan kata kunci sudah dimulakan sejak mula

    mengajar mata pelajaran Biologi di dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2006. Walaupun menunjukkan

    minat semasa mengikuti mata pelajaran tetapi mereka gagal untuk menjawab soalan berkaitan dengan

    ayat yang tepat. Akibatnya murid berasa tidak yakin untuk mendapat pencapaian yang baik walaupuntelah berusaha.

    5.1.2 Kaedah Temu BualTemu bual dengan beberapa ibu bapa murid menunjukkan anak mereka rajin membaca buku

    di rumah tetapi masih gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Temu bual dengan murid pula

    menunjukkan mereka ada ide berkenaan konten diajar tetapi tidak dapat menyatakan semula isikandungan dengan tepat. Ini menunjukkan bahawa kerajinan sahaja tidak dapat menjamin keputusan

    yang baik.

    5.2 Pelaksanaan Tindakan

    5.2.1 Urutan Pelaksanaan Kajian

    P&P Biasa( Persembahan PowerPoint menggunakan rajah, penerangan,

    perbincangan berpasangan, pengukuhan oleh guru )

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan: BIOLOGY IN MOTION

    3/5

    Jawab soalan pre-test .

    Analisis Data

    P&P menggunakan Kaedah Biology in Motion( Persembahan PowerPoint menggunakan animasi terkawal, penerangan,

    perbincangan berpasangan, pengukuhan oleh guru )

    Jawab soalan post-test

    Analisis Data

    5.2.2 Ujian Pra dan PosUjian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sajauh mana pengajaran

    yang tidak menggunakan kaedah ini membolehkan mereka mengesan kata kunci di dalam tajukMovement of Water from Roots to Leaves. Murid sebagaimana selalu memberi respon menunjukkan

    mereka faham akan pengajaran saya. Saya menanda jawapan ujian pra tersebut dan tidak

    memulangkannya kepada murid dan saya juga tidak membincangkan jawapan.Pada kelas yang berikutnya, saya memulakan kaedah Biology in Motion di mana animasi

    terkawal digunakan untuk menerangkan konsep dan konten tajuk berkenaan. Saya telah mengawalanimasi supaya murid lebih fokus kepada bahagian-bahagian tertentu dalam pelajaran berkenaan.

    Ujian pos yang mempunyai set soalan yang sama dengan ujian pra diberikan kepada murid untukdijawab. Jawapan kemudian dikumpul dan ditanda.

    5.2.3 Bahan Yang DigunakanSila rujuk Lampiran A ( Ujian Pra dan Ujian Pos ) dan Lampiran B ( PaparanAnimasi )

    5.3 Dapatan dan Analisis Kajian

    5.3.1 Dapatan Pos dan Pra

    JADUAL 1 : DAPATAN PERATUS PENINGKATAN OLEH 21 ORANG PELAJAR 5S3 2009

    Jumlah Markah bagi latihan diberi ialah 22.

    5.3.2 Sampel Jawapan Murid dalam Ujian Pos dan PraSila rujuk Lampiran C.

    5.3.3 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos(i) Kaedah Analisis Kajian

    Kaedah yang digunakan adalah kaedah peratusan di mana pencapaian pelajar di dalam ujian pra dan

    ujian pos dikelaskan seperti berikut :Baik : 80% - 100%Sederhana : 50% - 79%Lemah : 0% - 49%

    http://3.bp.blogspot.com/_E21mn-p3XW4/S3ziShQOACI/AAAAAAAAAJo/injQkF0Qies/s1600-h/Jadual.png
  • 8/13/2019 Kajian Tindakan: BIOLOGY IN MOTION

    4/5

    (ii) Analisis Kajian

    KelasUjian Pra Ujian Pos Peratus

    Peningkatan (%)Bil. Peratus (%) Bil. Peratus (%)

    Baik( 80% - 100% )

    1 4.76 9 42.86 + 38.10

    Sederhana( 50% - 79% )

    2 9.52 11 52.38 + 42.86

    Lemah( 0% - 49% )

    18 85.71 1 4.76 - 80.95

    Lulus 3 14.29 20 95.24 + 80.95

    JADUAL 2 : ANALISIS KAJIAN DARIPADA 21 ORANG PELAJAR 5S3 2009

    5.3.4 Analisis PemerhatianSetelah kajian dijalankan, murid didapati lebih yakin dan fokus ketika menjawab soalan serta tidakmenunjukkan rasa kecewa. Murid juga didapati berjaya mengesan kata kunci yang terdapat di dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Semua murid mempamerkan kelakuan yang positif ketika pengajaran

    dan pembelajaran berlangsung.

    5.3.5 Analisis Soal Selidik

    Sila Rujuk Lampiran D ( Soal Selidik Keberkesanan Kaedah )

    5.4 Refleksi Kajian5.4.1 Pelajar

    (a) Peratus peningkatan yang dicapai oleh murid adalah memberangsangkan dan didapati murid

    menunjukkan rasa puas hati dan seronok kerana sudah berjaya menguasai topik yang diajarkan denganmemberikan kata-kunci yang tepat bagi soalan yang dikemukakan.

    (b) Kumpulan yang lemah telah dapat dikurangkan sebanyak 80.95% dan ini merupakan pencapaian yangbaik kerana daripada keputusan ini menunjukkan bahawa murid di dalam kelas ini sebenarnyamemerlukan teknik yang sesuai untuk mencungkil potensi pembelajaran mereka.

    5.4.2 Guru(a) Kajian ini menyedarkan saya tentang keupayaan murid yang mampu dicungkil oleh guru dan

    seterusnya meningkatkan potensi diri murid.

    (b) Guru memainkan peranan penting dalam memberi keyakinan kepada setiap muridnya tentang potensimereka di dalam pembelajaran dan sentiasa memberi bimbingan keada mereka.

    http://4.bp.blogspot.com/_E21mn-p3XW4/S3zi3osnVzI/AAAAAAAAAJw/HoFJWw47XIQ/s1600-h/analisis.png
  • 8/13/2019 Kajian Tindakan: BIOLOGY IN MOTION

    5/5

    (c) Guru haruslah sentiasa memikirkan cara-cara terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran dengan

    memberi fokus kepada tajuk yang hendak diajar dan murid sasaran yang bakal dihadapi.

    6 Cadangan Untuk Meneruskan Kajian TindakanSaya bercadang untuk meneruskan kaedah Biology in Motion ini untuk topik-topik lain yang

    bersesuaian seperti penerangan terhadap proses(a) mitosis(b) meiosis(c) crossing over in prophase 1 dan(d) independent assortment.

    Selain daripada itu, saya juga ingin meluaskan penggunaan multimedia di dalam pengajaran danpembelajaran kerana mendapati ia mampu menarik minat murid terhadap topik yang diajarkan.Penggunaan multimedia juga boleh diaplikasikan tanpa mengenepikan kecerdasan pelbagai murid di

    samping mewujudkan aktiviti berkumpulan dan persembahan berkumpulan oleh murid.

    7 PenutupPengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif akan dapat memupuk perubahan yang positif

    dalam kalangan murid dan juga menzahirkan hubungan dan kefahaman yang lebih baik antara gurudan murid. Ini merupakan titik permulaan yang memberangsangkan kepada perkembangan potensimurid yang boleh di jadikan peluang oleh guru untuk mendorong murid mencapai kecemerlangan.Dengan itu, kajian tindakan adalah satu kaedah yang boleh digunakan ke arah mencapai matlamat

    tersebut secara profesional.

    BIBLIOGRAFI

    1. Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam, Noor Azean Atan,Shaharuddin Md Salleh, Norasyikin Mohd Zaid, Zaleha Abdullah. (2008). How to Design

    Multimedia Web Aplications : Theory Into Practice.Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

    2. Dr Spencer Kagan & Miquel Kagan (1998).Multiple Intelligences

    The Complete MI Book.KaganCooperative Learning.

    3. Manual Kajian Tindakan(2006). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia. Percetakan Watan Sdn Bhd.