Upload
murni-hashim
View
687
Download
25
Embed Size (px)
Citation preview
1Kajian Tindakan – KRA 3013
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Membaca Dan Menjawikan Perkataan Rumi Murid Tahun 2 Dengan
Menggunaan Sifir Jawi, Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi Dan Jadual Kelompok
Huruf Jawi
Oleh:
Murni Binti Hashim
SK Raja Chulan, Desa Cempaka, Ipoh.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam penulisan dan
pembacaan jawi. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang murid Tahun 2 Cerdik
dan 2 Cemerlang kumpulan sederhana. Melalui ujian, dan pemerhatian, jelaslah murid-
murid ini mengalami masalah-masalah tersebut dan ianya menguatkan semangat saya
untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu. Oleh yang demikian,
kajian tindakan ini dijalankan dengan tujuan mencari pendekatan terbaik menggunakan
formula yang paling mudah bagi membantu murid menulis jawi dengan menggunakan sifir
jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi. Dapatan kajian ini
menunjukkan murid-murid yang selama ini tidak tahu dan kurang tahu menulis perkataan
jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf jawi mampu melakukannya dengan penuh
keyakinan. Perubahan sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak yakin
kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali. Dapat dirumuskan, kemahiran
murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan
tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam pengajaran
dan pembelajaran bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah
menggilap kreativiti dan inovasi guru. Bahkan ianya turut membantu mengubah amalan
pengajaran saya dan seterusnya membantu mengubah persepsi murid bahawa mata
pelajaran jawi bukanlah satu mata pelajaran yang sukar. Untuk cadangan kajian
lanjutan, saya mencadangkan agar kaedah ini dapat diperluaskan dengan cara
menggunakan sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi
ini untuk menulis rumi dalam jawi agar murid tidak terlalu bosan dan mampu menarik
perhatian mereka.
2Kajian Tindakan – KRA 3013
1.0 PENGENALAN
Seperti yang diketahui, tulisan jawi dahulunya merupakan satu medium komunikasi yang
penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi
digunakan pada zaman dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat
juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata
pelajaran wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu. Namun kebelakangan ini, didapati
penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam
tulisan jawi yang ada hanya sisipan yang dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan
jawi dianak tirikan, kerana soalan-soalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi. Namun
begitu, tulisan jawi diberi nafas baru oleh kerajaan bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji
Ahmad Badawi yang mula memperkenalkan jQAF di sekolah-sekolah rendah bertujuan untuk
memantapkan tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain. Murid-murid yang lemah penguasaan jawi akan
dibimbing dalam kumpulan kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan
jawi dan yang terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Justeru itu, bagi memastikan tulisan jawi ini
tidak terkubur, suatu usaha yang bersepadu secara berterusan harus dilakukan oleh guru bagi
memastikan murid-murid benar-benar bersedia dan tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar
tulisan ini kembali semula menjadi medium komunikasi ke seluruh pelusuk nusantara seperti zaman
dahulu. Oleh itu, saya akan memjalankan kajian tindakan untuk memastikan murid boleh membaca
dan menulis dalam tulisan jawi.
3
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Saya ditugaskan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di SK Raja Chulan hampir lapan
tahun. Pada awal tahun 2013, saya diamanahkan mengajar kelas 2 Cerdik dan 2 Cemerlang
kumpulan sederhana seramai 9 orang. Mereka bergabung kelas dan murid-murid ini dinilai
berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Secara purata, gred yang diperolehi oleh
mereka dalam Pelajaran Jawi ialah C- ke B-.
Apabila saya mengajar Pelajaran Jawi, saya telah mendedahkan kepada mereka mengenai
huruf hijaiyah dari huruf alif hingga huruf ya di dalam bahasa Melayu seperti huruf alif adalah untuk
huruf A dan begitulah seterusnya. Saya perhatikan murid saya tidak mampu mengingat penggunaan
huruf jawi tersebut dalam tempoh yang lama. Mereka hanya mampu mengingat dengan baik kurang
dari seminggu, selepas itu kebanyakkan dari mereka akan melupakannya. Daripada maklum balas
murid, mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan mereka kurang
berinteraksi di dalam kelas.
Dari segi pembacaan jawi kurang mendatangkan masalah, mereka boleh membaca walaupun
merangkak-rangkak, apabila menulis perkataan rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik
dan betul dari segi ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung. Namun,
memang tidak dapat dinafikan terdapat juga beberapa orang murid yang pintar dalam Pelajaran Jawi
ini.
Oleh yang demikian, saya cuba merujuk permasalahan ini kepada rakan sekerja yang
mengajar murid pemulihan Jawi. Hasil dapatan daripada perbincangan tersebut, dapatlah saya
simpulkan bahawa pendekatan pengajaran yang saya lakukan untuk murid yang lemah terdapat
beberapa kelemahan. Ini kerana saya mengajar mereka sama tahap seperti saya mengajar murid yang
boleh menguasai dan juga seratus peratus mengikuti sukatan pelajaran yang dibekalkan tanpa melihat
kemampuan murid itu sendiri.
Kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan murid Tahun 2 kumpulan sederhana dapat
menguasai tulisan jawi menjelang tahun 2014. Kajian ini juga mengambil kira tahap kemampuan
dan kelemahan murid-murid Tahun 2. Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan
penguasaan jawi di kalangan murid SK Raja Chulan dan secara tidak langsungnya dapat
4
meningkatkan kemahiran guru dalam menaakul dan memperbaiki diri. Semoga dengan adanya
kajian ini, tulisan jawi dapat dimartabatkan semula dan menjadi salah satu alat komunikasi yang
penting di nusantara ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif berkenaan:
1 Mengenal, mengeja dan menyebut suku kata terbuka + terbuka dan terbuka + tertutup.
2 Menulis suku kata terbuka + terbuka dan terbuka + tertutup.
3.2 Objektif Khusus
1 Murid dapat membaca dan menjawikan beberapa perkataan dengan betul.
2 Membunyikan suku kata tertutup dan terbuka yang berkaitan.
3 Menyambung dan seteruskan menyebut perkataan.
4 Membina ayat dengan menggunakan kad perkataan suku kata.
5
4.0 KAJIAN LITERATUR
Kajian mengenai prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan. Ini bermakna kajian mengenai
tulisan jawi acap kali dijalankan bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi pencapaian dalam
Pelajaran Jawi di Malaysia ini. Hasil kebanyakkan kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa
hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan tulisan jawi di kalangan murid
Islam masih berada pada tahap sederhana dan lemah. Antara kajian yang telah dirujuk ialah:
i. Abdul Halim Tamuri et-al (2004), dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar mendapati bahawa
tahap penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67.8%).
ii. Kajian Nik Hassan (2006), terhadap pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah daerah
Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.26.
iii. Kajian Asmawati Suhid et-al (2008), mendapati tahap penguasaan murid membaca dan
menulis perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.2%, membaca dan menulis
perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 57.9% dalam jawi.
iv. Sabariah (2011), mengetengahkan tentang prestasi menulis jawi 265 orang pelajar yang
mengambil mata pelajaran jawi (dalam pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam) di
IPG Kampus Kent adalah sebanyak 57.2% memperolehi gred C dan D.
Oleh yang demikian itu, berdasarkan keempat-empat kajian literatur ini jelaslah bahawa Pelajaran
Jawi di sekolah masih lagi berprestasi rendah dan tahap penguasaan murid dalam tulisan jawi masih
perlu dikaji dan diberi perhatian yang sewajarnya bagi meningkatkan penguasaan murid-murid di
sekolah khasnya.
6
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 4 orang murid daripada 9 orang murid Tahun 2 kumpulan sederhana.
Murid-murid ini seringkali tidak mampu mengingati penggunaan huruf jawi ke dalam rumi dan juga
tidak dapat membaca tulisan jawi dengan lancar dan lemah dalam menjawikan perkataan. Oleh itu,
saya akan menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut agar murid
dapat menguasainya walaupun dalam jangka masa yang singkat dan dapat mengingatinya dalam
jangka masa yang lama.
Murid yang terlibat adalah seperti berikut:
Bil Nama Murid Kurang Menguasai Tidak Menguasai
1 Muhammad Akif Akram /
2 Nor Mira Arzila /
3 Muhammad Alif Shazman /
4 Muhammad Amirul Afiq /
6.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk menjawab tiga soalan kajian berikut:
a) Adakah penggunaan jadual daftar ejaan jawi-rumi dapat membantu meningkatkan pencapaian
murid dalam menjawikan tulisan rumi?
b) Adakah penggunaan jadual sifir jawi dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
menjawikan tulisan rumi?
c) Adakah penggunaan jadual kelompok huruf jawi dapat membantu meningkatkan pencapaian
murid dalam menyambungkan huruf jawi dengan betul?
d) Adakah penggunaan ketiga-tiga jadual ini dapat mengubah persepsi mereka terhadap
Pelajaran Jawi ini adalah sukar?
7
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi yang digunakan ialah:
1. Pemerhatian
Sikap dan tingkah laku dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Contohnya apabila saya mengutarakan persoalan mengenai huruf
wau boleh bersambung dengan huruf ya atau tidak? Terdapat murid yang menjawab ya dan
juga tidak.
2. Soal selidik / Temu bual
Soal selidik secara lisan kepada murid untuk mengetahui sama ada mereka boleh mengenal,
mengeja, menyebut, menulis serta menjawikan perkataan. Daripada temu buat tersebut,
keseluruhan murid meminati Pelajaran Jawi ini namun mengakui bahawa mereka tidak pandai
dalam menyambung huruf dan menjawikan perkataan. Mereka keliru.
3. Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana murid boleh mengeja, menyambungkan
huruf dan menjawikan perkataan rumi. Hasil dapatannya, terdapat beberapa kesalahan dalam
menyambungkan huruf dan menjawikan dalam ujian itu.
4. Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjalankan aktiviti menjawikan perkataan serta
membina ayat ringkas berdasarkan perkataan.
5. Semakan buku nota / latihan / bahan edaran
Semakan buku nota dan latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan
murid dalam menguasai kemahiran berkenaan.
8
8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN
8.1 Perancangan Tindakan
Saya menjalankan kajian tindakan ini selama beberapa hari sehingga memakan masa selama
tiga minggu. Idea penggunaan kesemua jadual ini iaitu jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi
serta jadual kelompok huruf jawi ini wujud apabila saya melihat cara pengajaran dan latihan yang
diberinya kepada murid-murid pemulihan Jawi dan ianya memberangsangkan murid-muridnya.
Beliau ialah rakan sekerja saya iaitu Siti Mariam bt Mat (2013).
Oleh itu, saya menyediakan dan menghasilkan beberapa jadual tersebut. Jadual daftar ejaan
jawi-rumi dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian huruf konsonan dan bahagian huruf vokal.
Ianya diasingkan bagi memudahkan murid untuk membezakannya. Bagi jadual sifir jawi ianya
adalah sebutan bunyi vokal iaitu a, e, i, o, u. Contohnya بba, بيbi, بوbu, بbe, بيbe, بوbo.
Manakala jadual kelompok jawi pula disediakan bagi mengasingkan huruf yang boleh disambung
dan tidak. Ianya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kelompok 1 - huruf yang tidak boleh
disambung selepasnya, kelompok 2 – huruf yang boleh disambung sebelum dan selepasnya kecuali
beberapa perkataan pinjaman Bahasa Inggeris (teks, sains, dan lain-lain) dan kelompok 3 – huruf
yang tidak boleh disambung sebelum dan selepasnya. Saya menggunakan ketiga-tiga jadual ini
kerana ianya sebenarnya adalah bersangkutan atau ada perkaitan antara satu sama lain. Ketiga-tiga
jadual ini adalah seperti lampiran 1, 2 dan 3.
8.2 Pelaksanaan Tindakan
Saya mengedarkan kesemua jadual berkaitan kepada murid-murid dan meminta mereka
menampalkannya di dalam buku tulis mereka bagi memudahkan mereka sentiasa merujuknya.
8.2.1 Jadual Kelompok Jawi (Menyambungkan huruf)
Saya memperkenalkan bentuk huruf tunggal dan dipadankan dengan sambungannya. Namun
begitu, saya tidak memperkenalkan satu per satu huruf tersebut dan hanya memberi beberapa contoh
sahaja. Murid-murid ini merujuk kepada jadual kelompok jawi. Kaedah yang digunakan ialah:
9
i. Mengeja. Terus menyebut nama huruf dan sebut perkataan dan ianya tiada aktiviti mengeja
berdasarkan suku kata. Saya turut membantu mengeja kerana terdapat beberapa orang murid
yang terkeliru.
ii. Melatih menulis dan membaca. Murid-murid diminta menyalin petikan daripada buku teks.
Tujuannya adalah sebagai memperkenal dan mendedahkan kepada murid-murid huruf-huruf
yang boleh disambung sebelum dan selepasnya, huruf yang tidak boleh disambung selepasnya
dan juga huruf yang tidak boleh disambung sebelum dan selepasnya.
iii. Peneguhan. Saya menyediakan latihan 1 sebagai teknik bagi langkah peneguhan berbentuk
analisis dan sintesis. Contohnya:
a. Analisis
د ي ر و م موريد
b. Sintesis
قاموس س و م ا ق
8.2.2 Jadual Sifir Jawi (Membunyikan huruf vokal)
Kaedah bunyi adalah sesuai digunakan untuk mengajar sistem ejaan jawi dan suku kata sama
ada terbuka atau tertutup. Kaedah yang digunakan ialah:
i. Kaedah huruf atau abjad. Memperkenalkan kepada murid 36 huruf yang terdapat dalam
abjad jawi iaitu alif hingga ya. Kemudian meminta murid menghafaz setiap lambang abjad
dan melafazkan bunyinya. Contohnya ت(ta) , ب (ba), ا(alif). Seterusnya setelah murid
mengenali atau mengecam abjad tersebut, saya mengasingkan pula huruf vokal daripada
senarai abjad dengan membulatkan huruf berkenaan dan meminta murid melafazkan
bunyinya.
ii. Kaedah suku kata. Kemudian, murid diajar membina perkataan menerusi proses
penggabungan bunyi-bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: + ساتو تو سا
10
8.2.3 Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi
Murid-murid menggunakan jadual daftar ejaan jawi-rumi dengan merujuk persamaan huruf.
Contohnya “سنتق “, murid akan mencari pasangan huruf tersebut dan menulisnya di kertas yang
disediakan. Huruf yang dijumpainya ialah “sntk”. Setelah itu, mereka perlu meletakkan huruf vokal
yang tercicir. Dalam pencarian ini juga murid boleh merujuk kepada sifir jawi untuk mencari bunyi
vokal tersebut. Namun begitu, dalam sistem ejaan jawi terutamanya penggunaan vokal ‘a’ iaitu huruf
‘alif’ mempunyai peraturannya yang tertentu. Huruf ini terkadang ada pada ejaan terkadang perlu
digugurkan pada ejaan. Untuk sebab inilah saya memberi bimbingan awal kepada murid-murid
mengenai fomula ejaan yang mengandungi huruf ‘a’ agar mereka memahami konsep atau formula
yang digunakan.
Untuk mengelakkan kekeliruan murid-murid, saya telah memberi pilihan huruf kepada
mereka iaitu huruf ‘a’ dan ‘e’. Setelah itu, barulah mereka melangkapkan jawapan pada lembaran
kerja yang disediakan.
Pelaksanaan tindakan kajian saya bermula pada 4 April 2013 hingga 22 April 2013. Sebelum
menjalankan kajian secara menyeluruh, saya terlebih dahulu memberi mereka ujian pengesanan bagi
menguji tahap pengetahuan mereka. Seterusnya saya turut memberi mereka buku latihan gemilang
jawi yang mengandungi huruf tunggal, huruf yang disambung pada awal, tengah dan akhir,
menyambungkan huruf serta menjawikan perkataan. Jadual 1 menunjukkan rekod pemberian latihan
bertulis sepanjang kajian saya dijalankan.
Jadual 1. Rekod pemberian latihan bertulis
Bil Tarikh Catatan
1 4 April 2013 Ujian Pengesanan (Sebelum Kajian dilakukan)
2 10 April 2013 Latihan 1
3 11 April 2013 Latihan 2
4 15 April 2013 Latihan 3
5 18 April 2013 Latihan 4
6 22 April 2013 Ujian Penilaian
11
9.0 MENGANALISIS DATA
9.1 Analisis Data Ujian Pengesanan dan Ujian Penilaian.
Hasil dapatan Ujian Pengesanan dan Ujian Penilaian yang telah dijalankan dianalisis,
menunjukkan ada peningkatan dalam pencapaian mereka. Peningkatan markah yang ketara ini amat
memberangsangkan dan menunjukkan bahawa mereka dapat menterjemahkan tulisan jawi dengan
betul dan boleh menyambung huruf dengan betul serta tidak berdepan dengan masalah berkaitan
dengan isu ini lagi.
10.0 REFLEKSI KAJIAN
Hasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa penggunaan jadual sifir jawi, jadual daftar
ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi tersebut terhadap murid-murid kumpulan sederhana
ini dapat meningkatkan pemahaman mereka dari segi konsep dan formula dalam penulisan jawi.
Selain itu, mereka dapat menyambungkan huruf-huruf jawi dengan baik walaupun terkadang bentuk
huruf salah tulis. Bahkan apa yang penting, tanggapan susah bagi mereka mula berubah. Setelah
bersama-sama dengan murid menjalankan kajian ini, perubahan sikap kurang berminat, malas,
kurang tumpuan dan tidak yakin kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali. Ini secara
tidak langsung dapat memotivasikan murid yakin bahawa sesukar mana pun sesuatu topik jika
dipelajari dengan teknik yang betul ia akan menjadi mudah dan seronok dipelajari. Kemahiran
mengeja, membaca dan menulis mereka sebenarnya masih boleh dipertingkatkan asalkan mereka
berusaha dan guru ada sebagai pembimbingnya.
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga
menunjukkan peningkatan yang positif. Murid juga berkeyakinan dalam memberi respon pengajaran
guru terutamanya mengeja, menyebut perkataan, dan menjawikan. Walaupun begitu, masih terdapat
murid lemah dalam menjawikan perkataan, terdapat beberapa orang murid tidak dapat menjawikan
dengan betul sesetengah perkataan. Kajian yang dilaksanakan memberikan gambaran bahawa
sebenarnya murid-murid ini berpotensi untuk menguasai . Seramai 3 orang daripada 4 orang telah
dapat menguasai ejaan, menyebut, menjawikan dan membina perkataan dengan betul.
12
Sebagai seorang guru yang mempunyai sedikit pengalaman, saya akui kajian ini banyak
membantu saya dalam melengkapkan lagi diri dengan nilai-nilai profesionalisme. Keperihatinan
guru amat penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Menyedari betapa
pentingnya aspek ini, maka saya akan terus berusaha dan menambah ilmu pengetahuan bagi
menambahbaik teknik dan amalan pengajaran saya. Saya juga sedar bahawa perancangan yang teliti
dapat membantu saya menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih lancar dan teratur di samping
menyediakan atau merancang aktiviti yang berkesan dan menyeronokkan murid.
11.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk meneruskan kajian tindakan seterusnya adalah seperti berikut:
1 Pengajaran secara individu perlu kerap dilaksanakan agar murid yang tidak menguasai dapat
menguasai topik dengan baik;
2 Penggunakan perisian dan alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat
murid.
12.0 PENUTUP
Walaupun kajian yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil murid sahaja,
namun saya yakin ia dapat menggambarkan secara umum keberkesanan penggunaan jadual sifir jawi,
jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi dalam membantu meningkatkan
kefahaman murid berkaitan dengan penulisan jawi. Masalah penguasaan murid dalam bidang Jawi
bukanlah perkara asing bagi kebanyakkan guru Pendidikan Islam. Menyedari betapa pentingnya
penguasaan jawi pada abad ini, maka saya perlu mencari dan mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai
dan memberi kesan yang baik terhadap murid-murid supaya dapat memberi manfaat kepada mereka.
Sebagai seorang pendidik, erti putus asa jangan ada dalam kamus profesion perguruan, lakukanlah
dengan sebaik mungkin untuk membina masyarakat yang cemerlang dunia akhirat.
13
Lampiran 1
Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi
رR
ڤP
چC
جJ
ڬG
بB
عA
ۏV
نN
مM
لL
وW
قK/Q
فF
ه\ حH
د\ضD
س\صS
ز\ظZ
ت\طT
ء\ كK
ڽNY
ڠNG
ىYE
غGH
ذDH
خKH
ثTH
شSY
ايAI/I
اوU/O
يI/E
وU/O
اA/E
14
Lampiran 2 Jadual Sifir Jawi
او o اي e ا e او u اي i ا a ا
بو bo بي be ب be بو bu بي bi با ba ب
تو to تي te ت te تو tu تي ti تا ta ت
جو jo جي je ج je جو ju جي ji جا ja ج
چو co چي ce چ ce چو cu چي ci چا ca چ
دو do دي de د de دو du دي di دا da د
رو ro ري re ر re رو ru ري ri را ra ر
سو so س
ي
se س se سو su س
ي
si سا sa س
ڠو ngo ڠي nge ڠ nge ڠو ngu ڠي ngi ڠا nga ڠ
فو lo في fe ف fe فو fu في fi فا fa ف
ڤو po ڤو pe ڤ pe ڤو pu ڤو pi ڤا pa ڤ
كو ko كو ke ك ke كو ku كو ki كا ka ك
ڬو go ڬي ge ڬ ge ڬو gu ڬي gi ڬا ga ڬ
لو lo لي le ل le لو lu لي li ال la ل
مو mo مي me م me مو mu مي mi ما ma م
نو no ني ne ن ne نو nu ني ni نا na ن
وو wo وي we و we وو wu وي wi وا wa و
وۏ vo يۏ ve ۏ ve وۏ vu يۏ vi اۏ va ۏهو ho هو he ه he هو hu هو hi ها ha ه
يو yo يو ye ي ye يو yu يو yi يا ya ي
ڽو nyo ڽو nye ڽ nye ڽو nyu ڽو nyi ڽا nya ڽLampiran 3
15
Jadual Kelompok Huruf Jawi
Kelompok 1 – Huruf yang tidak boleh disambung selepasnya.
ى ۏ و ز ر ذ د ة ا
Kelompok 2 – Huruf yang boleh disambung sebelum dan selepasnya kecuali beberapa perkataan
pinjaman Bahasa Inggeris (teks, sains)
ش س خ ح چ ج ث ت ب
ڤ ف ڠ غ ع ظ ط ض ص
ڽ ي ه ن م ل ڬ ك ق
Kelompok 3 – Huruf yang tidak boleh disambung sebelum dan selepasnya.
RUJUKAN:
ء
16
Abdul Aziz Abdul Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachippan (2008). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Abdul Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke
atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.
Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu Penilaian
Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.
Boon Pong Ying et al (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar.
Buku Panduan Kursus Transformasi Pendidikan Islam Tahun 2 (2011). Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Buku Prosiding, Konvensyen Kajian Tindakan 2009. Sektor Pengurusan Akademik. Jabatan Pelajaran
Perak.
Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 2 (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hajah Mariah bt Mansur, et.al (2010). Panduan Mudah Jawi. PEKDIS Malaysia Cawangan Johor.
Johor Darul Takzim.
17
Khalid bin Johari. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan : Konsep dan prosedur. Selangor Darul
Ehsan: Pearson Malaysia.
Mak Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Matlob. (2002). Siri Bimbingan Cerdik Pandai Jawi. Selangor Darul Ehsan.
Mohd Nasir Arsyad et al. (2011). Pendidikan Islam Tahun 2-Buku Teks. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nik Hassan Bin Seman (2006), “Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap
Kemahiran Menulis Jawi” (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah).
Sabariah Binti Bahrun (2011), Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. Prosiding Konferensi
Antarabangsa Islam Borneo, Universiti Mulawarman, Indonesia.