Upload
others
View
62
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ANALISIS TAHAP PENJANAAN PENGETAHUAN,
POLA TINGKAH LAKU MENDENGAR DAN CORAK
INTERAKSI PELAJAR DALAM FORUM
PERBINCANGAN ASINKRONI
KAMALAMBAL A/P DURAIRAJ
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
2016
ANALISIS TAHAP PENJANAAN PENGETAHUAN,
POLA TINGKAH LAKU MENDENGAR DAN CORAK
INTERAKSI PELAJAR DALAM FORUM
PERBINCANGAN ASINKRONI
oleh
KAMALAMBAL A/P DURAIRAJ
Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi
Ijazah Doktor Falsafah
APRIL 2016
ii
PENGHARGAAN
Kejayaan ini merupakan satu penghargaan kepada Prof. Dr. Irfan Naufal
Umar atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, sokongan serta galakan yang
diberikan dengan penuh kesabaran sepanjang proses penulisan tesis ini. Jutaan terima
kasih ditujukan kepada penyelia bersama saya Prof. Madya Dr. Zarina Samsudin atas
segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan.
Terima kasih kepada ahli keluarga saya terutamanya, ibu saya atas segala
pengorbanan, sokongan, kasih sayang serta doa. Juga pada Sameethha dan suami
yang disayangi.
Jutaan terima kasih ditujukan juga kepada semua pensyarah Pusat Teknologi
Pengajaran dan Multimedia. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan saya yang
senantiasa membantu, berkongsi ilmu, memberi semangat dan motivasi. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada pensyarah-pensyarah IPG dan
staf-staf PTPM.
iii
ISI KANDUNGAN
Halaman
PENGHARGAAN ii
ISI KANDUNGAN iii
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
DAFTAR ISTILAH xiv
ABSTRAK xv
ABSTRACT xviii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Tujuan Kajian 15
1.5 Objektif Kajian 16
1.6 Persoalan Kajian 16
1.7 Kepentingan Kajian 17
1.8 Kerangka Teori 19
1.9 Kerangka Kajian 21
1.10 Definisi Operasi 25
1.11 Batasan Kajian 30
1.12 Rumusan 31
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 32
2.2 Teori Pembelajaran Sosial Konstruktivis 34
iv
2.3 Teori Pembelajaran Atas Talian 39
2.4 Teori Konektivisma
44
2.5 Forum Perbincangan Asinkroni 47
2.6 Pembelajaran Kolaboratif 55
2.7 Tahap Penjanaan Pengetahuan (TPP) 59
2.8 Analisis Kandungan 61
2.9 Pola Tingkah Laku Mendengar 63
2.10 Corak Interaksi Berdasarkan Analisis Rangkaian Sosial 69
2.10.1 Darjah Pemusatan 72
2.10.2 Pemusatan Keakraban 74
2.10.3 Pemusatan Perantaraan 75
2.10.4 Pemusatan Eigenvektor 76
2.10.5 Kepadatan 76
2.11 Kajian-kajian Lepas 78
2.11.1 Forum Perbincangan Asinkroni 78
2.11.2 Pola Tingkah Laku Mendengar 84
2.11.3 Corak Interaksi Berdasarkan Analisis Rangkaian
Sosial 87
2.12 Rumusan 92
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 93
3.2 Reka Bentuk Kajian 93
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 95
3.4 Persekitaran Pembelajaran dan Tugasan Perbincangan 95
3.5 Instrumen 98
3.6 Pengumpulan Data 99
3.6.1 Pengumpulan Data TPP menggunakan Analisis
Kandungan 100
3.6.2 Pengumpulan Data Pola Tingkah Laku Mendengar
menggunakan Analisis Kluster 100
v
3.6.3 Pengumpulan Data Corak Interaksi menggunakan
Analisis Rangkaian Sosial 101
3.7 Analisis Data 102
3.7.1 Analisis Kandungan (bagi mengenal pasti TPP)
(Model Analisis Interaksi, IAM) 103
3.7.1.1 Sistem Kod 103
3.7.2 Analisis Kluster (Bagi Mengenal pasti Pola Tingkah
Laku Mendengar Mengikut Saranan Wise et al.,
2012a)
105
3.7.3 Analisis Rangkaian Sosial 110
3.7.4 Analisis Hubungan antara TPP dengan Analisis
Rangkaian Sosial 113
3.8 Kajian Rintis 113
3.8.1 Dapatan TPP (Analisis Kandungan) 114
3.8.2 Dapatan Pola Tingkah Laku Mendengar 118
3.8.3 Dapatan Analisis Rangkaian Sosial 128
3.9 Kesahan Instrumen (Rubrik Penilaian TPP berdasarkan Model
Analisis Interaksi, IAM) 137
3.10 Kebolehpercayaan Instrumen (Rubrik Penilaian TPP
berdasarkan Model Analsis Interaksi, IAM) 138
3.11 Rumusan 138
BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 140
4.2 Dapatan TPP 141
4.3 Dapatan Pola Tingkah Laku Mendengar 145
4.3.1 Analisis Kluster bagi Kumpulan A 145
4.3.2 Analisis Kluster bagi Kumpulan B 155
4.3.3 Analisis Kluster bagi Kumpulan C 162
4.4 Dapatan Analisis Rangkaian Sosial
169
4.4.1 Analisis Rangkaian Sosial Kumpulan A 169
4.4.2 Analisis Rangkaian Sosial Kumpulan B 176
4.4.2 Analisis Rangkaian Sosial Kumpulan C 182
vi
4.5 Hubungan antara TPP dengan Analisis Rangkaian Sosial 187
4.5.1 Hubungan antara TPP dengan Analisis Rangkaian
Sosial bagi Kumpulan A
188
4.5.2 Hubungan antara TPP dengan Analisis Rangkaian
Sosial bagi Kumpulan B
190
4.5.3 Hubungan antara TPP dengan Analisis Rangkaian
Sosial bagi Kumpulan C
192
4.6 Rumusan 193
BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 195
5.2 Perbincangan Dapatan Analisis Kandungan 195
5.3 Perbincangan Dapatan Pola Tingkah Laku Mendengar
Pelajar
204
5.3.1 Perbincangan Dapatan Pola Tingkah Laku
Mendengar Kumpulan A
204
5.3.2 Perbincangan Dapatan Pola Tingkah Laku
Mendengar Kumpulan B
208
5.3.3 Perbincangan Dapatan Pola Tingkah Laku
Mendengar Kumpulan C
212
5.4 Perbincangan Dapatan Analisis Rangkaian Sosial 225
5.5. Perbincangan Dapatan Hubungan antara TPP dengan
Analisis Rangkaian Sosial
233
5.6 Rumusan Kajian 236
5.7 Implikasi Kajian Terhadap Forum Perbincangan
Asinkroni dalam Pengajaran dan Pembelajaran
238
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 241
5.9 Penutup 242
RUJUKAN 243
LAMPIRAN 264
SENARAI PENERBITAN 283
vii
SENARAI JADUAL
HALAMAN
Jadual 2.1 Kajian-kajian Lepas Forum Perbincangan Asinkroni
79
Jadual 2.2 Kajian-kajian Lepas Pola Tingkah Laku Mendengar
84
Jadual 2.3 Kajian-kajian Lepas Analisis Rangkaian Sosial
87
Jadual 3.1 Pengagihan Topik, Minggu beserta Bilangan Pelajar
97
Jadual 3.2 Model Analisis Interaksi (Gunawardena et al., 1997)
104
Jadual 3.3 Dimensi beserta Pemboleh ubah (Sumber: Wise et al.,
2012a)
107
Jadual 3.4 Jadual Agglomeration (Empat Kluster)
118
Jadual 3.5 Pemboleh ubah Purata Tempoh Sesi
121
Jadual 3.6 Pemboleh ubah Peratus Sesi Pos
121
Jadual 3.7 Pemboleh ubah Peratus Pos dilihat sekurang-kurangnya
Sekali
121
Jadual 3.8 Pemboleh ubah Purata Bilangan Pos dilihat bagi Setiap
Perbincangan
121
Jadual 3.9 Pemboleh ubah Purata Panjang Masa Membaca Satu Pos
122
Jadual 3.10 Pemboleh ubah Purata Bil Pos disumbang untuk Satu
Perbincangan
122
Jadual 3.11 Pemboleh ubah Purata Bilangan Sesi untuk Satu
Perbincangan
122
Jadual 3.12 Pemboleh ubah Purata Bilangan Membaca Pos Sedia
ada sebelum Menyumbang Satu Pos
122
Jadual 3.13 Pemboleh ubah Purata Bilangan Perkataan dalam Satu
Pos
123
Jadual 3.14 Panjang Purata Masa Menghantar Satu Pos
123
Jadual 3.15 Tahap Kedudukan kempat-empat Kluster dan
Kategorinya
124
viii
Jadual 3.16 Pola Tingkah Laku Pendengaran setiap Kluster
berdasarkan Empat Domain
126
Jadual 3.17 Interaksi Pelajar dalam Bentuk Matriks bagi Forum
Perbincangan Asinkroni
130
Jadual 3.18 Nilai-nilai Darjah Pemusatan, Darjah Pemusatan Masuk,
Darjah Pemusatan Keluar, Pemusatan Perantaraan,
Pemusatan Keakraban dan Pemusatan Eigenvektor
Pelajar
134
Jadual 4.1 Dapatan TPP mengikut fasa bagi Kumpulan A, B dan C
141
Jadual 4.2 Jadual Agglomeration (Empat Kluster)
146
Jadual 4.3 Data ANOVA yang menunjukkan Perbezaan Min antara
Pemboleh ubah bagi Empat Kluster untuk Kumpulan A
149
Jadual 4.4 Data ujian Turkey, HSD yang menunjukkan
Perbandingan antara Kluster bagi Kumpulan A
150
Jadual 4.5 Tahap Kedudukan kempat-empat Kluster dan
Kategorinya
150
Jadual 4.6 Tahap Kedudukan Pemboleh ubah bagi keempat-empat
Kluster (Kumpulan A, n=12)
152
Jadual 4.7 Domain Pola Tingkah Laku Pendengaran beserta
Pengkategorian (Kumpulan A)
154
Jadual 4.8 Pola Tingkah Laku Pendengaran setiap Kluster
berdasarkan Empat Domain utama bagi Kumpulan A
155
Jadual 4.9 Jadual Agglomeration (Empat Kluster)
156
Jadual 4.10 Data ANOVA yang menunjukkan Perbezaan Min antara
Pemboleh ubah bagi Empat Kluster untuk Kumpulan B
158
Jadual 4.11 Data ujian Turkey, HSD yang menunjukkan
Perbandingan antara Kluster bagi Kumpulan B
159
Jadual 4.12 Tahap Kedudukan kempat-empat Kluster dan
Kategorinya
159
Jadual 4.13 Tahap Kedudukan Pemboleh ubah bagi keempat-empat
Kluster (Kumpulan B, n=14)
160
Jadual 4.14 Domain Pola Tingkah Laku Pendengaran beserta
Pengkategorian untuk Kumpulan B
161
ix
Jadual 4.15 Pola Tingkah Laku Pendengaran setiap Kluster
berdasarkan Empat Domain utama untuk Kumpulan B
161
Jadual 4.16 Jadual Agglomeration (Tiga Kluster)
162
Jadual 4.17 Data ANOVA yang menunjukkan Perbezaan Min antara
Pemboleh ubah bagi Tiga Kluster untuk Kumpulan C
165
Jadual 4.18 Data ujian Turkey, HSD yang menunjukkan
Perbandingan antara Kluster bagi Kumpulan C
166
Jadual 4.19 Tahap Kedudukan ketiga-tiga Kluster dan Kategorinya
166
Jadual 4.20 Tahap Kedudukan Pemboleh ubah bagi ketiga-tiga
Kluster (Kumpulan C, n=13)
167
Jadual 4.21 Domain Pola Tingkah Laku Pendengaran beserta
Pengkategorian untuk Kumpulan C
168
Jadual 4.22 Pola Tingkah Laku Pendengaran setiap Kluster
berdasarkan Empat Domain utama untuk Kumpulan C
168
Jadual 4.23 Interaksi Peserta dalam Bentuk Matriks bagi Forum
Perbincangan Asinkroni kumpulan A
170
Jadual 4.24 Nilai-nilai Darjah Pemusatan, Darjah Pemusatan Masuk,
Darjah Pemusatan Keluar, Pemusatan Perantaraan,
Pemusatan Keakraban dan Pemusatan Eigenvektor bagi
Kumpulan A
172
Jadual 4.25 Interaksi Peserta dalam Bentuk Matriks bagi Forum
Perbincangan Asinkroni Kumpulan B
178
Jadual 4.26 Nilai-nilai Darjah Pemusatan, Darjah Pemusatan Masuk,
Darjah Pemusatan Keluar, Pemusatan Perantaraan,
Pemusatan Keakraban dan Pemusatan Eigenvektor bagi
Kumpulan B
180
Jadual 4.27 Interaksi Peserta dalam bentuk Matriks bagi Forum
Perbincangan Asinkroni Kumpulan C
184
Jadual 4.28 Nilai-nilai Darjah Pemusatan, Darjah Pemusatan Masuk,
Darjah Pemusatan Keluar, Pemusatan Perantaraan,
Pemusatan Keakraban Dan Pemusatan Eigenvektor bagi
Kumpulan C
185
Jadual 4.29 Dapatan keseluruhan Analisis Rangkaian Sosial dengan
Min TPP bagi Kumpulan A, (n=12)
188
x
Jadual 4.30 Nilai-nilai pekali Pearson (r) bagi korelasi TPP dengan
Analisis Rangkaian Sosial bagi Kumpulan A, (n=12)
189
Jadual 4.31 Dapatan keseluruhan Analisis Rangkaian Sosial dengan
Min TPP bagi Kumpulan B, (n=14)
190
Jadual 4.32 Nilai-nilai pekali Pearson (r) bagi korelasi TPP dengan
Analisis Rangkaian Sosial bagi Kumpulan B, (n=14)
191
Jadual 4.33 Dapatan keseluruhan Analisis Rangkaian Sosial dengan
Min TPP bagi Kumpulan C, (n=13)
192
Jadual 4.34 Nilai-nilai pekali Pearson (r) bagi korelasi TPP dengan
Analisis Rangkaian Sosial bagi Kumpulan C, (n=13)
192
Jadual 5.1 Dapatan TPP mengikut fasa bagi Kumpulan A, B dan C
196
Jadual 5.2 Pola Tingkah Laku Pendengaran setiap Kluster
berdasarkan Empat Domain utama bagi Kumpulan A
204
Jadual 5.3 Ringkasan Pola Tingkah Laku Mendengar pelajar bagi
Forum Teori Pembelajaran (Kumpulan A, n=12)
207
Jadual 5.4 Pola Tingkah Laku Pendengaran setiap Kluster
berdasarkan Empat Domain utama bagi Kumpulan B
208
Jadual 5.5 Ringkasan Pola Tingkah Laku Mendengar pelajar bagi
Forum Teori Pembelajaran (Kumpulan B, n=14)
211
Jadual 5.6 Pola Tingkah Laku Pendengaran setiap Kluster
berdasarkan Empat Domain utama bagi Kumpulan C
213
Jadual 5.7 Ringkasan Pola Tingkah Laku Mendengar pelajar bagi
Forum Teori Pembelajaran (Kumpulan C, n=13)
215
Jadual 5.8 Dapatan keseluruhan Analisis Rangkaian Sosial Forum
Perbincangan Asinkroni bagi Kumpulan A, B dan C
226
Jadual 5.9 Dapatan keseluruhan Korelasi (r) antara TPP dengan
Analisis Rangkaian Sosial bagi Kumpulan A, B dan C
236
xi
SENARAI RAJAH
HALAMAN
Rajah 1.1 Kerangka Kajian yang menggabungkan Analisis
Kandungan, Rangkaian Sosial dan Pola Tingkah Laku
Mendengar dalam Forum Perbincangan Asinkroni
24
Rajah 2.1 Struktur Keseluruhan Penulisan dan Perbincangan Bab 2
34
Rajah 2.2 Model Konstruktivis Interaksi Komunikasi berasaskan
Komputer
38
Rajah 2.3 Model Pembelajaran atas Talian beserta Jenis Interaksi
40
Rajah 2.4 Contoh Rangkaian Sosial
70
Rajah 3.1 Pengagihan setiap Fasa Penjanaan Pengetahuan
114
Rajah 3.2
Graf Isikel Menegak bagi Forum Perbincangan Asinkroni 119
Rajah 3.3
Deudogram bagi Forum Perbincangan Asinkroni 120
Rajah 3.4
Corak Interaksi dalam Kalangan Pelajar
129
Rajah 4.1 TPP bagi Forum Teori Pembelajaran (Kumpulan A, B & C)
142
Rajah 4.2 Graf Isikel Menegak bagi Forum Teori Pembelajaran untuk
Kumpulan A
147
Rajah 4.3 Deudogram bagi Forum Teori Pembelajaran untuk
Kumpulan A
147
Rajah 4.4 Graf Isikel Menegak bagi Forum Teori Pembelajaran
untuk Kumpulan B
156
Rajah 4.5 Deudogram bagi Forum Teori Pembelajaran untuk
Kumpulan B
157
Rajah 4.6 Graf Isikel Menegak bagi Forum Teori Pembelajaran untuk
Kumpulan C
163
Rajah 4.7 Deudogram bagi Forum Teori Pembelajaran untuk
Kumpulan C
163
Rajah 4.8 Corak Interaksi dalam kalangan Peserta Kumpulan A
170
xii
Rajah 4.9 Corak Interaksi dalam kalangan Peserta Kumpulan B
177
Rajah 4.10 Corak Interaksi dalam kalangan Peserta Kumpulan C
183
Rajah 5.1 Gambar rajah Kluster-kluster bagi Forum Teori
Pembelajaran (Kumpulan A, n=12)
207
Rajah 5.2 Gambar rajah Kluster-kluster bagi Forum Teori
Pembelajaran (Kumpulan B, n=14)
212
Rajah 5.3 Gambar rajah Kluster-kluster bagi Forum Teori
Pembelajaran (Kumpulan C, n=13)
215
xiii
SENARAI LAMPIRAN
HALAMAN
Lampiran A Soal Selidik (Taksiran Keperluan)
264
Lampiran B Dapatan dari Taksiran Keperluan (Penyiasatan Awal)
Awal) Dapatan dari Soal Selidik kepada Sekumpulan Pelajar)
269
Lampiran C Dapatan Taksiran Keperluan (Soal Selidik)
274
Lampiran D Jadual Kebolehpercayaan
277
Lampiran E Rubrik Penilaian TPP
279
Lampiran F Model Analisis Interaksi (Gunawardena et al., 1997) 280
xiv
DAFTAR ISTILAH
1.0 Pemusatan : Centrality
2.0 Darjah Pemusatan : Degree Centrality
3.0 Darjah Pemusatan Masuk : In-degree Centrality
4.0 Darjah Pemusatan Keluar : Out-degree Centrality
5.0 Pemusatan Perantaraan : Betweenness Centrality
6.0 Pemusatan Keakraban : Closeness Centrality
7.0 Pemusatan Eigenvektor : Eigenvector Centrality
8.0 Kepadatan : Density
9.0 Analisis Rangkaian Sosial : Social Network Analysis (SNA)
10.0 Pola Tingkah Laku Mendengar : Listening Behaviors
11.0 Sempadan Waktu : Temporality
12.0 Keluasan Skop : Breadth
13.0 Kedalaman Skop : Depth
14.0 Percakapan : Speaking
15.0 Pendekatan Dangkal : Surface Approach
16.0 Pendekatan Mendalam : Deep Approach
17.0 Strategi Menyeluruh : Holist Strategy
18.0 Strategi Bersiri : Serialist Strategy
xv
ANALISIS TAHAP PENJANAAN PENGETAHUAN, POLA TINGKAH
LAKU MENDENGAR DAN CORAK INTERAKSI PELAJAR DALAM
FORUM PERBINCANGAN ASINKRONI
ABSTRAK
Forum perbincangan asinkroni merupakan salah satu pendekatan
pembelajaran yang digunakan bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
atas talian. Namun, sejauh mana penglibatan dan interaksi peserta forum dalam
persekitaran ini sering menjadi pertanyaan. Kajian ini bertujuan mengukur tahap
penyertaan dan tahap penjanaan pengetahuan (TPP) pelajar dalam satu forum
perbincangan asinkroni. Bagi tujuan tersebut, kajian ini menggunapakai pendekatan
kuantitatif dengan tiga kaedah analisis yang berbeza. Analisis kandungan digunakan
bagi menyiasat TPP, analisis kluster bagi melihat pola tingkah laku mendengar
(tahap interaksi/ tahap membaca dan memberi maklum balas) serta analisis rangkaian
sosial bagi melihat corak interaksi mereka dalam forum berkenaan. TPP pelajar
dilihat dengan menggunakan Model Analisis Interaksi, IAM oleh Gunawardena,
Lowe dan Anderson (1997) yang merangkumi lima fasa. Sementara itu, pola tingkah
laku mendengar pelajar diukur menggunakan empat domain utama dengan 10
pemboleh ubah, manakala corak interaksi pelajar dianalisis menggunakan tujuh
pemboleh ubah. Seterusnya, kajian ini juga melihat hubungan antara TPP dengan
analisis rangkaian sosial. Sejumlah 40 orang pelajar siswazah dari sebuah universiti
awam di Malaysia terlibat dalam kajian ini. Mereka dibahagikan secara rawak
kepada tiga kumpulan perbincangan, di mana Kumpulan A terdiri daripada 13
peserta, Kumpulan B seramai 14 peserta dan Kumpulan C seramai 13 peserta. Setiap
kumpulan diberikan satu topik perbincangan, dan mereka diberi tempoh selama dua
xvi
minggu untuk membincangkan topik tersebut. Dapatan TPP menunjukkan tahap
pemikiran peringkat tinggi pelajar dapat dilihat pada 46 mesej yang dihantar
(55.41%) yang melibatkan Fasa III (berunding makna atau membina pengetahuan
bersama), Fasa IV (pengujian dan pengubahsuaian terhadap sintesis yang dicadang
atau pembinaan bersama), dan Fasa V (penyataan persetujuan / aplikasi makna yang
baru dibina) dari model IAM. Sementara itu, sebanyak 37 mesej pula (44.58%)
melibatkan tahap pemikiran rendah pelajar, iaitu meliputi Fasa I (perkongsian
/membandingkan maklumat), dan Fasa II (penemuan dan penerokaan yang
bercanggah atau pendapat antara pelajar yang tidak konsisten), berdasarkan model
berkenaan. Seterusnya, bagi pengukuran pola tingkah laku mendengar Kumpulan A
dan B merekodkan empat kluster, manakala Kumpulan C dengan tiga kluster. Kluster
bagi setiap kumpulan tersebut berbeza dari segi empat domain utama iaitu sempadan
waktu, keluasan skop, kedalaman skop dan percakapan. Analisis rangkaian sosial
pula menunjukkan nilai kepadatan (tahap interaksi secara keseluruhan dalam forum)
bagi Kumpulan A ialah 0.26 (rendah), Kumpulan B ialah 0.46 (sederhana) dan
Kumpulan C pula ialah 0.15 (rendah). Selain itu, pendekatan analisis ini dapat
mengenalpasti 20 peserta terpencil dengan 18 daripadanya juga merupakan peserta
berisiko, seterusnya tiga pemimpin maklumat serta 11 peserta perantara. Akhir
sekali, tiada hubungan signifikan yang wujud antara TPP dengan rangkaian sosial
yang terbina bagi Kumpulan A dan C. Bagi Kumpulan B pula, tiada hubungan
signifikan yang wujud antara TPP dengan darjah pemusatan masuk dan pemusatan
perantaraan. Tetapi, terdapat hubungan negatif yang sederhana dan signifikan antara
TPP dengan darjah pemusatan, darjah pemusatan keluar dan pemusatan eigenvektor
bagi Kumpulan B. Juga, Kumpulan B juga menunjukkan terdapat hubungan positif
yang sederhana serta signifikan antara TPP dengan pemusatan keakraban. Secara
xvii
keseluruhannya, kajian ini menunjukkan pendekatan kolaboratif melalui
perbincangan forum atas talian boleh digunakan bagi menyiasat TPP, interaksi serta
sumbangan pelajar dalam persekitaran forum tersebut.
xviii
ANALYSES OF KNOWLEDGE CONSTRUCTION LEVELS, LISTENING
BEHAVIORS AND INTERACTION PATTERNS OF STUDENTS IN AN
ASYNCHRONOUS DISCUSSION FORUM
ABSTRACT
Asynchronous online discussion forum is one of the learning approaches to
support teaching and learning process. However, the participants‟ involvement and
interaction in such environment is still a concern. The study aimed to measure the
level of students‟ participation and knowledge construction in an asynchronous
discussion forum. For this purpose, quantitative approaches with three different
analytical methods were used. Content analysis was performed to analyze the level of
knowledge construction (LKC), cluster analysis to investigate their patterns of
listening behaviors (interaction/ reading level and provide feedback), as well as
social network analysis to identify their patterns of interaction in the forum. The
levels of students‟ knowledge construction were observed using the Interaction
Analysis Model by Gunawardena, Lowe and Anderson (1997) involving five phases.
Meanwhile, the students‟ patterns of listening behaviors were identified using four
domains involving ten variables, while the social network analysis were identified
using seven variables. This study also investigated the relationships between LKC
with the social network variables. A total of 40 postgraduate students from a public
university in Malaysia were involved in the study. They were randomly assigned to
three discussion groups, with 13 participants in Group A, 14 students in Group B and
13 students in Group C. Each group was assigned to a topic to discuss, and they were
given two weeks to complete the task. The findings pertaining to LKC indicated that
high levels of thinking were observed in 46 messages (55.41%) involving Phase III
xix
(negotiations of meaning or co-construction of knowledge), Phase IV (testing and
modification of proposed synthesis or co-construction) and Phase V (agreement
statements or application of newly constructed meaning) based on the Interaction
Analysis Model. Meanwhile, low levels of thinking were observed in 37 messages
(44.58%) involving Phase I (sharing or comparing information) and Phase II
(discovery and exploration of dissonance or inconsistency opinion among the
participants). Next, the findings of the listening behavior patterns recorded four
clusters for Group A and Group B and three clusters for Group C. The clusters for
each group were different in the four domains involving temporality, breadth, depth
and speaking. Furthermore, the social network analysis also indicated the density
(overall level of interaction in the forums) for Group A was 0.26 (low), Group B was
0.46 (moderate) and Group C was 0.15 (low). Based on these analyses, 20 isolated
participants with 18 of them are also at-risk participants, three as leaders of
information, and 11 others as bridging participants, have been identified. Finally, no
significant relationships existed between the level of LKC with social networking
built for Group A and Group C. For Group B, no significant relationships exist
between LKC and the in-degree and betweenness centrality. However, the analyses
showed negative and moderate significant correlations between LKC and the degree,
out-degree and eigenvector centrality for the Group B. Also, Group B showed
positive and moderate significant correlations between LKC and the closeness
centrality. Overall, this study found that the collaborative approach through an online
forum enabled educators to investigate their students‟ knowledge construction,
interaction and their contributions within the environment.
1
BAB SATU
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkembangan ICT (Information and Communications Technology) kini telah
memudahkan pengguna untuk mencapai sebarang maklumat melalui laman web
dengan sekelip mata. Perkembangan era teknologi ICT turut memberi sumbangan
dalam bidang pendidikan. Ia bermula dari Web 1.0 yang pada awalnya tertumpu
kepada strategi penyebaran maklumat sehingga wujudnya Web 2.0 yang berbentuk
perkongsian maklumat. Perubahan Web 1.0 kepada Web 2.0 merupakan peralihan
daripada bentuk maklumat ke bentuk komunikasi (Greenhow, Robelia & Hughes,
2009). Web 2.0 memberi ruang kepada pengguna untuk berinteraksi dan
berkolaborasi dengan pengguna lain (Ractham, Zhang, & Firpo, 2010). Dalam
konteks pembelajaran pula, ia membawa maksud perubahan daripada pembelajaran
yang pasif dan berbentuk individu ke arah pembelajaran yang aktif yang dibina
secara sosial (Greenhow et al., 2009).
Web 2.0 turut memberi impak dalam bidang pendidikan khususnya dalam Sistem
Pengurusan Pembelajaran, yang juga dikenali sebagai LMS (Learning Management
System) atau CMS (Content Management Systems). LMS yang pada peringkat
awalnya berfungsi bagi menyimpan dan mengedar maklumat berubah kepada
platform yang lebih fleksibel dalam e-pembelajaran (Downes, 2008). Contoh LMS
yang terkenal adalah seperti Blackboard, Moodle, WebCT, Claroline, ATutor dan
2
Desire2Learn. Moodle merupakan salah satu LMS yang sering digunakan (Rice,
2006).
Terdapat dua elemen yang utama dalam Moodle iaitu sumber dan aktiviti. Elemen
dalam Moodle ini merupakan antara kelebihan atau kekuatan dalam merealisasikan
proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan dengan mantap dalam
pembelajaran atas talian. Sumber adalah fail atau pautan yang boleh digunakan untuk
menyokong pembelajaran. Antara sumber yang ada termasuklah book (sumber
dengan pelbagai halaman yang menggunakan format seperti buku), fail (dokumen
pdf, fail audio, fail video) dan laman URL (contoh seperti Wikipedia). Aktiviti pula
merangkumi kuiz, chat, tugasan, pangkalan data, glosari dan forum.
Forum merupakan antara aktiviti dalam LMS yang digunakan oleh pelajar untuk
berkongsi pendapat sama ada idea sosial atau maklumat pendidikan. Perbincangan
dalam forum ini juga dijadikan sebagai lanjutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dan boleh dijalankan secara sinkroni atau asinkroni. Miyazoe dan Anderson (2010)
melaporkan hasil pembelajaran dan persepsi pelajar yang positif ditunjukkan dalam
penulisan asinkroni melalui forum dalam suasana pembelajaran hibrid. Kajian Chan
dan Chan (2011) juga mendapati forum berupaya meningkatkan pencapaian pelajar.
Walau bagaimanapun, keberkesanan sesuatu aktiviti dalam membantu pengajaran
dan pembelajaran bergantung pada proses aktiviti tersebut dijalankan. Contohnya,
kejayaan forum perbincangan asinkroni dalam membantu pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada sejauh mana perbincangan ilmiah, kualiti interaksi
dan penglibatan pelajar memainkan peranan. Dalam hal ini pengajar memainkan
peranan penting dalam memantau serta memastikan penglibatan dan interaksi
kolaboratif wujud bagi merangsang pemikiran reflektif dan kritis di kalangan pelajar.
3
1.2 Latar Belakang Kajian
Kebelakangan ini pendekatan secara hibrid atau secara atas talian sepenuhnya sudah
menjadi pilihan banyak institusi pendidikan. Pendekatan kuliah dan pembelajaran
secara atas talian ini sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya atas talian sebenarnya
disokong dengan penggunaan LMS. Salah satu LMS yang sering digunakan ialah
Moodle yang juga menjadi pilihan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia
seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti
Teknologi MARA.
Aktiviti utama LMS yang mampu merangsang interaksi sosial pelajar antaranya ialah
forum perbincangan asinkroni atau lebih dikenali sebagai forum. Forum
perbincangan asinkroni merupakan salah satu ciri yang digunakan oleh pengajar bagi
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Zarkoskie (2010) mendapati
forum dalam Moodle berupaya meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti
perbincangan. Pada kebiasaannya, dalam perbincangan forum ini, pengajar membuka
ruang perbincangan kepada pelajar bagi membincangkan sesuatu isu atau topik.
Sebagai contoh, pengajar akan memulakan perbincangan dan seterusnya diikuti
dengan para pelajar membincangkan hal yang dikemukakan dengan memberi idea
atau pandangan masing-masing. Forum perbincangan juga membolehkan para pelajar
dan pengajar bekerjasama meneroka sesuatu topik dengan berkongsi kemahiran serta
objektif bagi mendapatkan pengalaman pembelajaran yang berjaya (Lauron, 2008).
Menurut Hammond (2005), proses perkongsian pengetahuan tersebut berupaya
meningkatkan tahap penjanaan pengetahuan (TPP) pelajar dan seterusnya memberi
impak dalam proses pembelajaran mereka. Secara umumnya, penjanaan pengetahuan
bermaksud menambah pengetahuan kepada skema kognitif yang sedia ada yang
4
melibatkan proses berkongsi, berunding serta menghasilkan makna yang baru (Stahl,
2000).
Namun demikian, banyak kajian yang menunjukkan pelajar kurang menggunakan
peluang untuk melibatkan diri dalam perbincangan forum bagi meningkatkan tahap
penjanaan pengetahuan mereka. Antara cabaran atau isu yang dihadapi oleh pengajar
ialah bagi mengekalkan interaksi pelajar pada tahap yang tinggi dalam persekitaran
pembelajaran berasaskan web berbanding dengan pembelajaran bersemuka (Angeli,
Valanides & Bonk, 2003). Isu tahap penglibatan pelajar dalam forum perbincangan
asinkroni ini disokong oleh pengkaji-pengkaji dari negara lain. Dapatan Cheung dan
Hew (2004) menunjukkan penglibatan pelajar dalam forum perbincangan asinkroni
adalah pada tahap yang rendah. Tahap interaksi (Guzdial & Turns, 2000; Thomas,
2002) atau kualiti interaksi (Wise, Padmanabhan & Duffy, 2009) dalam kalangan
pelajar juga adalah rendah dan cetek (Guzdial & Turns, 2000) dalam forum
perbincangan asinkroni. Menurut Kovacic (2004) pula, pelajar Asia kurang aktif
berbanding pelajar Eropah dalam forum perbincangan asinkroni.
Pelajar juga didapati kurang berpengetahuan dalam menggunakan forum mengikut
tata cara yang betul, antaranya pelajar tidak membaca (Bodzin & Park, 2000) atau
membuka forum rakan-rakan, sebaliknya mereka hanya menyampaikan idea mereka
sahaja. Hal ini memberi kesan seperti pengabaian forum terdahulu (Hewitt, 2005),
terlupa idea utama yang dibincangkan di awal perbincangan (Hewitt, 2001) yang
mengakibatkan tiada kesinambungan idea perbincangan. Apabila pelajar menjawab
atau menghantar forum tanpa mengikut urutan ini menyebabkan kualiti perbincangan
terjejas (Kay, 2006). Kualiti perbincangan secara tidak langsung memberi kesan pada
tahap penjanaan pengetahuan pelajar serta pembelajaran mereka.
5
Faktor lain yang menghalang pencapaian tahap penjanaan pengetahuan yang lebih
tinggi adalah kerana pelajar sering takut dan khuatir untuk mempersoalkan idea
rakan-rakan (Chai, & Khine, 2006; Liu, Doore, & Li, 2008). Pelajar lebih berminat
untuk hanya menjawab soalan rakan-rakan mereka sahaja (Cheung & Hew, 2006)
daripada menghasilkan perbincangan yang lebih kritis. Di samping itu, walaupun
pelajar mampu mendapat manfaat dengan hanya membaca atau mendengar forum
rakan-rakan tetapi tindakan sedemikian tidak dapat menyumbang ke arah pertukaran
idea dalam sesuatu perbincangan (Lipponen, Rahikainen, Lallimo, Hakkarainen,
2003).
Selain itu, penglibatan aktif pengajar dalam perbincangan forum menjadikan
interaksi dalam kalangan pelajar menjadi rendah (Mazzolini & Maddison, 2003) dan
pelajar berasa kurang yakin menyatakan idea mereka (An, Shin, & Lim, 2009).
Menurut Mazzolini dan Maddison (2003) lagi, teknik menyoal yang diamalkan oleh
pensyarah menyebabkan pelajar teragak-agak untuk memberi maklum balas kerana
menganggap teknik menyoal tersebut sebagai satu alat penilaian. Guldberg dan
Pilkington (2007) juga mendapati penyertaan aktif pengajar mengakibatkan pelajar
bergantung kepada maklum balas pengajar dan interaksi antara pelajar berkurangan.
Kesemua faktor tersebut memberi kesan ke atas penjanaan pengetahuan tahap tinggi
pelajar.
Menurut Gunawardena et al., (1997), proses menjana pengetahuan melibatkan
beberapa fasa yang bermula dari aras yang rendah iaitu (i) berkongsi maklumat (fasa
pertama), (ii) membandingkan maklumat (fasa kedua), (iii) berunding (fasa ketiga),
(iv) menguji (fasa keempat) dan (v) mengaplikasikan idea (fasa kelima). Model
Gunawardena dan rakan-rakannya ini menganggap bahawa kualiti penjanaan
6
pengetahuan pelajar menjadi lebih maju di peringkat akhir. Menurut beberapa
pengkaji (Gunawardena et al., 1997; Maor, 2010; Quek, 2010), tahap penjanaan
pengetahuan yang lebih tinggi jarang-jarang berlaku dalam perbincangan asinkroni.
Dapatan kajian Ioannou, Demetriou dan Mama (2014) juga mendapati kebiasaannya
interaksi berlaku dalam Fasa I.
Antara cadangan Schellens dan Valcke (2006) bagi meningkatkan interaksi serta
mendapatkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dalam perbincangan
forum ialah dengan menggunakan pendekatan kolaboratif. Sebagai contoh, kajian
oleh Abu Ziden, Mohd Ali dan Mohamad Fuzi (2012) membuktikan aktiviti dalam e-
forum mampu menggalakkan pembelajaran kolaboratif. Menurut Schellens dan
Valcke (2006) lagi, kumpulan yang terlibat dengan perbincangan yang lebih banyak
berupaya menghasilkan TPP yang tinggi. Pendekatan pembelajaran kolaboratif ini
sebenarnya berasaskan teori sosial konstruktivisme yang memberi penekanan
terhadap interaksi sosial dan kerjasama antara pelajar bagi membantu meningkatkan
tahap penjanaan pengetahuan melalui proses perkongsian pengetahuan (Hammond
2005). Selain itu, pendekatan pembelajaran kolaboratif ini mampu membangunkan
tahap pemikiran kritis (Arend, 2009) serta menyumbang ke arah kualiti pengalaman
pembelajaran pelajar (Zheng & Spires, 2011).
Pendekatan analisis yang dapat mengukur tahap penjanaan pengetahuan pelajar ialah
dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Analisis kandungan
merupakan satu teknik yang berkesan untuk penyelidik bagi mendapatkan
pemahaman yang baik tentang proses kognitif pelajar dan kualiti pembelajaran atas
talian (Gunawardena et al., 1997). Model Analisis Interaksi oleh Gunawardena et al.,
(1997) merupakan salah satu model yang boleh digunakan untuk menganalisis TPP
7
pelajar dalam persekitaran pembelajaran sosial konstruktivis dan berkumpulan (Koh,
Herring & Hew, 2010).
Selain daripada aspek tahap penjanaan pengetahuan pelajar, tahap interaksi pelajar
juga perlu dilihat bagi melihat tahap penyertaan mereka dalam forum perbincangan
asinkroni. Wise, Speer, Marbouti dan Hsiao (2012a) memperkenalkan Pola Tingkah
Laku Mendengar untuk mengukur tahap interaksi pelajar. Analisis pola tingkah laku
mendengar ini berupaya melihat tahap membaca serta memberi maklum balas pelajar
dengan menggunakan analisis kluster. Pola tingkah laku mendengar tersebut juga
merujuk kepada aktiviti-aktiviti seperti bila dan bagaimana pelajar berinteraksi dalam
forum perbincangan.
Di samping itu, corak interaksi atau komunikasi dalam kalangan pelajar juga dapat
memberi maklumat tambahan tahap penyertaan pelajar dalam forum perbincangan
asinkroni. Berikutan hal yang demikian, pendekatan Analisis Rangkaian Sosial
(SNA, Sosial Network Analysis) boleh digunakan. Analisis ini juga dapat
mengkategorikan pelajar mengikut tahap penyertaan mereka sebagai pelajar berisiko
berisiko, pemimpin maklumat, peserta perantara atau peserta terpencil (Lipponen,
Rahikainen, Lallimo, Hakkarainen, 2001). Pengukuran bagi analisis ini merangkumi
tujuh pemboleh ubah iaitu darjah pemusatan, darjah pemusatan masuk, darjah
pemusatan keluar, pemusatan perantaraan, pemusatan keakraban, pemusatan
eigenvektor dan kepadatan. Selain itu, analisis ini mampu membekalkan maklumat
visual seperti hubungan yang kukuh atau lemah dalam kalangan pelajar dalam
rangkaian tersebut.
Namun demikian, kajian-kajian sebelum ini hanya mengkaji aspek analisis
kandungan dan rangkaian sosial sahaja dalam kajian mereka (Tirado, Hernando &
8
Aguaded, 2012; Vercellone-Smith, Jablokow, & Friedel, 2012; Zheng & Spires,
2011). Oleh itu, adalah penting untuk menggunakan pelbagai kaedah contohnya,
analisis kluster (Hou, 2011) bagi mendapatkan maklumat yang menyeluruh tentang
penglibatan pelajar dalam forum perbincangan asinkroni.
Sehubungan itu, pengkaji mendapati analisis kandungan dan rangkaian sosial ini
berupaya memberikan maklumat kedua-dua proses kognitif dan sosial yang
kompleks yang berlaku melalui interaksi atas talian. Manakala analisis pola tingkah
laku mendengar pula dapat memberikan maklumat tentang tahap interaksi pelajar
dalam forum perbincangan asinkroni. Selain itu, hubungan antara TPP dan pemboleh
ubah analisis rangkaian sosial pelajar (darjah pemusatan, darjah pemusatan masuk,
darjah pemusatan keluar, pemusatan perantaraan, pemusatan keakraban dan
pemusatan eigenvektor) berupaya menambah ilmu pengetahuan sama ada
perbincangan dengan nilai pemusatan tinggi (darjah pemusatan, darjah pemusatan
masuk, darjah pemusatan keluar, pemusatan perantaraan dan pemusatan eigenvektor)
menjurus ke arah TPP yang tinggi. Bagi merealisasikan pembelajaran atas talian
yang dapat menyediakan ruang bagi pelajar belajar dengan lebih bermakna serta
melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, maka gambaran keseluruhan
tentang penglibatan pelajar dalam forum asinkroni harus diberi perhatian.
1.3 Penyataan Masalah
1.3.1 Dapatan Kajian Lepas
Kini, institusi-institusi pengajian tinggi mengintegrasikan forum perbincangan
asinkroni dalam kuliah dan tutorial disebabkan banyak kelebihan menggunakannya
dalam pengajaran dan pembelajaran (Cheung & Hew, 2008), antaranya, terdapat
9
peningkatan tahap pemahaman (Balaji & Chakrabarti, 2010) dan pencapaian pelajar
(Chan & Chan, 2011). Walaupun demikian, forum perbincangan asinkroni masih
kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar (Wise et al., 2012a). Tahap
penyertaan (Krish, 2010) dan kualiti interaksi (Wise et al., 2009) pelajar juga masih
berada pada tahap rendah.
Banyak dapatan menunjukkan wujudnya pelbagai halangan dalam merealisasikan
perbincangan asinkroni ini, antaranya ialah kajian oleh Anili Fasha Mahadi (2008)
yang menunjukkan tahap forum asinkroni masih berada pada tahap sederhana dalam
kalangan pelajar. Menurut Krish (2010) pula, di Malaysia kaedah pembelajaran
tradisional masih diberi keutamaan menyebabkan penyertaan pelajar dalam
persekitaran maya kurang menggalakkan. Norwati dan Zaini (2007) berpendapat
antara perkara yang harus diberi perhatian bagi meningkatkan tahap penyertaan dan
interaksi pelajar dalam forum perbincangan asinkroni ialah aspek penglibatan dan
sumbangan pelajar. Krish (2010) juga mendapati pelajar kurang berpotensi untuk
meminta rakan membuat penjelasan lanjut bagi memperkayakan sesuatu
perbincangan dalam forum perbincangan asinkroni.
Wise et al., (2012a) berpendapat prasyarat bagi menghasilkan perbincangan yang
interaktif dan berkualiti ialah membaca pos sedia ada sebelum menghantar pos.
Dapatan juga menunjukkan pelajar kurang berpengetahuan menggunakan forum
mengikut tata cara yang betul antaranya pelajar lebih cenderung memberi tumpuan
kepada forum terpilih sahaja (Peters & Hewitt, 2010). Menurut Fariza Mohd Nor,
Afendi Hamat dan Mohamed Amin Embi (2012), bagi mencapai objektif pengajaran
tindakan mengintegrasikan forum perbincangan semata-mata tidak akan
10
meningkatkan hasil pembelajaran sebaliknya pengajar perlu mempertimbangkan
aspek-aspek lain seperti persekitaran pembelajaran juga.
Hal-hal ini memberi kesan ke atas tahap penjanaan pengetahuan pelajar. Selain itu,
dapatan kajian-kajian sebelum ini mendapati bahawa penjanaan pengetahuan yang
tinggi jarang-jarang berlaku dalam kalangan pelajar (Gunawardena et al., 1997;
Ioannou et al., 2014; Maor, 2010; Quek, 2010). Sehubungan itu, kajian ini menyiasat
kesan penggunaan kaedah perbincangan kolaboratif (seramai 14 atau 13 pelajar
dalam satu kumpulan, mengikut saranan Schellens dan Valcke, 2006) memberi
impak terhadap TPP. Bagi tujuan tersebut pendekatan analisis kandungan dengan
menggunakan Model Analisis Interaksi, IAM oleh Gunawardena et al., (1997)
digunakan.
Selain itu, menurut Wise et al., (2012a) pula, kajian-kajian lepas hanya memberi
tumpuan kepada kandungan dan hanya sedikit tumpuan diberi dalam aspek
penambahbaikan bagi meningkatkan tahap penjanaan pengetahuan dan tahap
interaksi pelajar. Wise dan rakan-rakannya juga mendapati kajian-kajian lepas hanya
memberi penumpuan pada indikator yang besar serta tidak memberi tumpuan pada
aspek seperti pos yang menjadi perhatian pelajar, susunannya, masa dan juga tempoh
masa yang diluangkan. Cadangan Wise dan rakan-rakannya ialah melihat juga aspek
tahap interaksi pelajar.
Oleh demikian kajian ini juga memberi tumpuan terhadap tahap interaksi pelajar
dengan menggunakan pola tingkah laku mendengar. Analisis pola tingkah laku
mendengar ini dapat mengkategorikan pelajar dalam kluster mengikut tahap interaksi
mereka dalam forum asinkroni. Pendekatan analisis kluster ini digunakan bagi
11
mengenal pasti corak tingkah laku mendengar pelajar atau tahap interaksi iaitu tahap
membaca dan memberi maklum balas terhadap pos rakan-rakan.
Dalam kajian lain, menurut Rabbany, Takaffoli, Zaïane (2012) pula, sebilangan besar
kajian hanya memberi tumpuan terhadap aktiviti pelajar dan analisis kandungan
dengan mengabaikan hubungan serta corak interaksi mereka. Selain itu maklumat
sepenuhnya mengenai penyertaan dan corak interaksi pelajar yang terlibat dalam
perbincangan hanya dapat diperoleh dengan menggunakan kaedah manual
disebabkan tiada alat dalam forum yang dapat menganalisis secara automatik.
Cadangan Rabbany dan rakan-rakannya ialah menggunakan pendekatan analisis
rangkaian sosial yang dapat melihat tahap penyertaan dan corak interaksi pelajar.
Justeru, dalam kajian ini pengkaji menggunakan ketiga-tiga jenis pendekatan iaitu
analisis kandungan (TPP), analisis kluster (pola tingkah laku mendengar atau tahap
interaksi) serta analisis rangkaian sosial (tahap penyertaan dan corak interaksi) bagi
mendapatkan maklumat yang mendalam serta komprehensif tentang penglibatan
pelajar dalam forum perbincangan asinkroni. Oleh kerana kerana setiap analisis
mempunyai limitasinya tersendiri, pendekatan ketiga-tiga kaedah analisis ini
dijangka berupaya melengkapkan antara satu sama lain.
1.3.2 Dapatan dari Taksiran Keperluan (Penyiasatan Awal)
1.3.2.1 Dapatan Temubual dengan Pengajar
Satu analisis taksiran keperluan telah dijalankan terhadap pengajar dan pelajar
sarjana di sebuah universiti tempatan di Pulau Pinang. Dua pengajar telah ditemubual
dan hasil daripada temubual tersebut didapati perbincangan asinkroni dalam
persekitaran LMS kurang mendapat sambutan daripada pelajar.
12
Menurut pengajar pertama (Pengajar1) yang telah mengajar selama lebih 10 tahun,
antara elemen dalam LMS yang berpotensi untuk melahirkan pelajar yang berfikiran
kritis dan juga mampu bekerja dalam kumpulan ialah e-forum, tetapi cabarannya
adalah dalam mengekalkan interaksi pada tahap maksimum. Pengajar tersebut
mendapati kebanyakan pelajar kurang membaca sebaliknya mereka hanya
menyampaikan idea mereka sahaja bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh
kursus yang diikuti. Ada juga pelajar yang hanya membaca dan menghantar forum
tanpa melibatkan diri dalam perbincangan itu sendiri secara aktif. Masalah lain pula
ialah terdapat pelajar yang hanya membalas atau menghantar forum rakan terpilih
sahaja. Selain itu, ada segelintir pelajar hanya membaca dan membalas forum yang
terkini sahaja.
Pengajar berikut (Pengajar 2) yang berpengalaman mengajar dalam persekitaran
LMS selama lebih 15 tahun juga berkata, antara elemen LMS yang mampu
mewujudkan keadaan untuk pelajar membina pengetahuan mereka hasil daripada
interaksi sosial ialah forum. Terdapat banyak kekangan dalam merealisasikan forum
perbincangan asinkroni pada tahap tinggi. Hal yang demikian adalah kerana tahap
interaksi dalam kalangan pelajar masih rendah.
Pelajar kerap kali menghantar forum tanpa membuat pembacaan terlebih dahulu akan
forum-forum yang dihantar oleh rakan atau pengajar mereka. Topik perbincangan
dimuat naik dalam persekitaran LMS dan pelajar diberi masa selama seminggu untuk
menjalankan perbincangan tersebut. Tetapi, pelajar kurang meluangkan masa bagi
meneliti terlebih dahulu forum yang dihantar oleh rakan-rakan mereka.
Menurut pengajar tersebut, pelajar juga menghadapi kesukaran untuk mengingati
pautan perbincangan kerana perbincangan asinkroni melibatkan perbincangan dalam
13
pelbagai arah iaitu pelajar berinteraksi dengan seorang atau lebih pelajar pada masa
yang sama. Hal ini menyebabkan pelajar menyalurkan idea masing-masing tanpa
mengikuti pautan yang teratur. Keadaan ini kerap kali menjadikan susunan idea tidak
keruan dalam perbincangan asinkroni.
1.3.2.2 Dapatan daripada Soal Selidik kepada Sekumpulan Pelajar
Satu soal selidik (Lampiran A) telah diedarkan kepada 18 orang pelajar peringkat
sarjana di IPTA yang sama iaitu kedua-dua pengajar tersebut ditemu bual. Mereka
terdiri daripada 13 orang pelajar perempuan dan lima orang pelajar lelaki.
Perbincangan lanjut mengenai dapatan taksiran keperluan ini terdapat pada Lampiran
B dan C.
Secara umumnya, dapatan daripada taksiran keperluan ini mendapati bahawa,
walaupun pelajar mengakui bahawa mereka akan memperoleh pengetahuan baru
sekiranya melibatkan diri dalam forum tetapi terdapat perkara-perkara yang memberi
kesan terhadap penglibatan serta interaksi mereka dalam forum perbincangan
asinkroni. Pelajar juga tidak menafikan bahawa sumbangan mereka hanyalah bagi
memenuhi sebahagian daripada keperluan kerja kursus.
Faktor yang mengehadkan perbincangan ialah apabila tidak menerima maklum balas
yang segera daripada rakan-rakan dan pengajar. Faktor seterusnya adalah apabila
terdapat (i) komen yang memalukan mereka, (ii) perbincangan yang beremosi, (iii)
rakan-rakan tidak menjawab persoalan atau keraguan mereka, (iv) forum dihantar
dalam bentuk sehala dan (v) banyak mesej dalam forum yang perlu dibaca.
Selain itu pelajar juga kurang menyumbang apabila, (i) forum yang akan dihantar itu
hanya ulangan, (ii) kekurangan idea, (iii) perbincangan sukar, (iv) kurang masa untuk
14
membalas atau menghantar mesej, (v) tidak faham objektif perbincangan, (vi) berasa
ragu-ragu atau segan untuk mempersoalkan idea orang lain, serta (vii) tidak ada masa
untuk membaca kesemua mesej dalam setiap topik.
Sumbangan pelajar juga terhad kerana (i) terdapat maklum balas yang diragui
kesahihannya, (ii) penglibatan dalam forum menyusahkan mereka, (iii) sukar untuk
mengikuti urutan perbincangan, (iv) kurang mengenali rakan-rakan, (v) khuatir akan
disalah faham oleh rakan-rakan, (vi) pelajar lain boleh memberi komen secara
terbuka, (vii) perkongsian idea melalui forum merumitkan, (viii) perlukan banyak
masa untuk membetulkan kesilapan dalam mesej yang dihantar serta (ix)
perbincangan secara bersemuka akan diadakan dalam kuliah.
Sebab-sebab lain adalah sekiranya (i) ada rakan yang membuat kesimpulan tanpa
memberikan penjelasan tentang sesuatu topik, (ii) rakan-rakan menyalurkan pendapat
dengan cara yang kasar, (iii) sukar mengakses internet atau forum, (iv) keperluan
untuk membuang mesej yang silap dihantar dalam forum serta ada pelajar yang
menjadi terlalu dominan dalam sesuatu perbincangan. Hal ini menyebabkan pelajar
lain menjadi malas membuat peneguhan, membantah ataupun bersetuju dengan
pendapat rakan-rakan. Isu-isu ini menjadi penghalang bagi mengembangkan topik
perbincangan.
Maklum balas dan interaksi yang terhad dalam forum perbincangan asinkroni
sebenarnya menunjukkan pelajar kurang memberi perhatian terhadap idea orang lain
dan kurang pengetahuan tentang tata cara menyertai forum. Oleh yang demikian
terdapat satu keperluan untuk memberi peluang kepada pelajar mengikuti
perbincangan asinkroni dalam bentuk kumpulan iaitu seramai 13 atau 14 orang
pelajar (mengikut saranan Schellens dan Valcke, 2006) dalam satu kumpulan.
15
Langkah ini bertujuan memastikan pelajar berasa lebih yakin untuk berinteraksi
dengan rakan-rakan lain yang mengikuti kursus yang sama. Kajian ini akan memberi
pengaruh ke atas pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran akan lebih bermakna dan menarik. Pendekatan pembelajaran dan
pembelajaran ini akan berpusatkan pelajar dan pengajar cuma akan memainkan
peranan sebagai fasilitator.
Oleh yang demikian, satu kajian bagi menganalisis proses dan kualiti interaksi para
pelajar atas talian perlu dijalankan. Secara spesifik, kajian ini akan menganalisis
TPP, pola tingkah laku mendengar (tahap interaksi atau tahap membaca dan memberi
maklum balas pos rakan-rakan), analisis rangkaian sosial (corak interaksi) pelajar
serta melihat hubungan antara TPP dengan rangkaian sosial dalam forum
perbincangan atas talian. Kesimpulannya, kajian ini akan meneliti bagaimana
sekumpulan pelajar sarjana berinteraksi antara satu sama lain dalam kursus yang
menggunakan persekitaran LMS sebagai tapak pembelajaran atas talian. Kursus ini
dijalankan menggunakan pendekatan hibrid iaitu gabungan pendekatan bersemuka
dan secara atas talian, khususnya melalui platform forum asinkroni.
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis TPP, pola tingkah laku
mendengar (tahap membaca dan memberi maklum balas terhadap pos rakan-rakan),
corak interaksi pelajar serta melihat hubungan antara TPP dengan rangkaian sosial
melalui forum perbincangan yang ditetapkan. Kajian ini juga akan menyiasat sama
ada strategi perbincangan yang menggunakan pendekatan kolaboratif memberi
impak terhadap TPP, tahap interaksi dan corak interaksi dalam rangkaian sosial
pelajar-pelajar terlibat.
16
1.5 Objektif Kajian
Berdasarkan tujuan di atas, kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif yang
berikut:
1.5.1 Menganalisis kandungan forum perbincangan asinkroni pelajar bagi melihat
tahap penjanaan pengetahuan mereka dalam perbincangan tersebut.
1.5.2 Menganalisis pola tingkah laku mendengar pelajar mengikut tahap interaksi
mereka dalam forum.
1.5.3 Menganalisis corak interaksi para pelajar dalam forum menerusi rangkaian
sosial yang dibina serta tahap penyertaan dan sumbangan para pelajar.
1.5.4 Melihat hubungan antara TPP pelajar dengan rangkaian sosial dengan yang
dibina khususnya nilai darjah pemusatan, darjah pemusatan masuk, darjah
pemusatan keluar, pemusatan perantaraan, pemusatan keakraban dan
pemusatan eigenvektor.
1.6 Persoalan Kajian
1.6.1 Apakah tahap penjanaan pengetahuan yang ditunjukkan oleh para pelajar di
dalam sesi forum perbincangan asinkroni yang disertai?
1.6.2 Berdasarkan tahap interaksi yang ditunjukkan oleh para pelajar di dalam
forum, apakah pola tingkah laku mendengar mereka?
1.6.3 Berdasarkan rangkaian sosial yang dibina dalam forum, apakah corak
interaksi, tahap penyertaan dan sumbangan para pelajar?
17
1.6.4 Adakah terdapat hubungan antara tahap penjanaan pengetahuan pelajar
dengan rangkaian sosial yang dibina khususnya darjah pemusatan, darjah
pemusatan masuk, darjah pemusatan keluar, pemusatan perantaraan,
pemusatan keakraban dan pemusatan eigenvektor?
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharap dapat memberi input berguna kepada tenaga akademik khususnya
pensyarah dalam aspek pemahaman tentang kepentingan pendekatan kolaboratif bagi
meningkatkan interaksi sosial. Kemungkinan cara ini boleh digunakan sebagai
alternatif dalam forum perbincangan asinkroni berbanding dengan cara lama iaitu
pendekatan secara individu yang sering dipraktikkan. Pendekatan kaedah analisis
kandungan dapat menunjukkan TPP pelajar sama ada interaksi dalam forum dapat
menjana pengetahuan baru pelajar atau mereka hanya menyatakan pendapat mereka
dalam forum tanpa sebarang perbincangan. Ini adalah kerana pembelajaran yang
berkesan hanya boleh berlaku melalui proses interaksi yang dicapai secara
rundingan, perbincangan dan perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar
(Vygotsky, 1978).
Kaedah kedua iaitu dapatan analisis tingkah laku mendengar pula dapat
membekalkan maklumat tentang aktiviti pelajar dalam forum secara terperinci serta
pengkategorian pelajar berasaskan tahap interaksi mereka. Maklumat ini dapat
membantu pengajar menentukan kumpulan sasaran (kluster) dalam usaha
meningkatkan tahap interaksi juga TPP. Analisis kluster juga dapat merangsang
pengajar untuk memberi tumpuan kepada kekuatan dan cuba mengatasi kelemahan
dalam forum perbincangan sebagai langkah awal (mendiagnosis pembelajaran
pelajar).
18
Selain itu, dapatan Analisis Rangkaian Sosial membolehkan pengajar mengenal pasti
corak interaksi pelajar contohnya mengenal pasti pelajar terpencil dan pelajar
berisiko dengan menggunakan gambaran visual rangkaian. Menurut Davies dan
Graff (2005), pelajar yang gagal dikenalpasti berinteraksi pada tahap yang agak
rendah berbanding dengan pelajar yang mencapai gred lulus. Pengenalpastian awal
pelajar-pelajar ini akan membolehkan pengajar memberi galakan atau mencari
penyelesaian bagi membantu pelajar kategori ini. Pengenalpastian awal pelajar yang
mempunyai nilai pemusatan perantaraan dan darjah pemusatan yang tinggi juga
membolehkan pengajar mengumpulkan pelajar-pelajar ini dalam kumpulan
perbincangan yang berlainan. Hal ini memberi peluang peningkatan dalam tahap
perbincangan kumpulan dengan pemantauan pengajar supaya perbincangan
berbentuk ilmiah diteruskan.
Secara keseluruhannya, kajian ini ialah dengan menjalankan tiga kaedah analisis
dengan menggunakan sampel yang sama. Analisis TPP (analisis kandungan), tahap
interaksi (pola tingkah laku mendengar) dan tahap penyertaan (rangkaian sosial)
dapat memberikan dapatan yang mendalam serta komprehensif tentang penglibatan
pelajar dalam forum perbincangan asinkroni. Selain itu, ketiga-tiga kaedah analisis
ini melengkapkan antara satu sama lain kerana setiap jenis analisis mempunyai
limitasinya tersendiri. Sumbangan seterusnya kajian ini dalam penambahan ilmu
pengetahuan ialah dengan melihat hubungan antara TPP pelajar dengan rangkaian
sosial yang dibina khususnya menggunakan nilai darjah pemusatan, darjah
pemusatan masuk, darjah pemusatan keluar, pemusatan perantaraan, pemusatan
keakraban dan pemusatan eigenvektor. Hubungan antara TPP dengan rangkaian
sosial ini dapat menentukan sama ada perbincangan pelajar dengan nilai pemusatan
yang tinggi secara keseluruhannya menjurus ke arah pembinaan TPP yang tinggi. Ini
19
adalah berasaskan pandangan Gunawardena et al., (1997) iaitu tahap interaksi yang
tinggi akan menghasilkan TPP yang tinggi.
1.8 Kerangka Teori
Penyelidik menggabungkan tiga teori iaitu Teori Pembelajaran Sosial Konstruktivis,
Teori Pembelajaran atas Talian dan Teori Konektivisma dalam kajian ini.
Perbincangan lanjut mengenai setiap teori ini terdapat dalam Bab Dua.
1.8.1 Teori Pembelajaran Sosial Konstruktivis
Pendekatan pembelajaran atas talian berasal dari falsafah konstruktivisme sosial
(Vygotsky, 1978). Mengikut kefahaman teori ini, pembelajaran amat bergantung
kepada interaksi dan kerjasama yang melibatkan pembelajaran berkolaboratif dengan
menggunakan proses perkongsian pengetahuan. Sehubungan dengan itu, kajian ini
berasaskan Teori Pembelajaran Sosial Konstruktivis yang menggunakan forum
perbincangan asinkroni sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam satu kursus diperingkat sarjana. Forum tersebut menggunakan pendekatan
pembelajaran berkolaboratif di mana pelajar akan belajar dan menjana pengetahuan
mereka sendiri berasaskan pembelajaran daripada rakan yang lebih berpengetahuan
daripada mereka. Teori ini juga memberi penekanan kepentingan maklum balas bagi
membantu individu membina pengetahuan mereka.
1.8.2 Teori Pembelajaran atas Talian
Teori pembelajaran atas talian merujuk kepada persediaan pembelajaran dalam
persekitaran atas talian dimana interaksi merupakan elemen asas teori ini. Teori
pembelajaran atas talian telah dicadangkan oleh Terry Anderson (2004). Menurut
20
Anderson, persekitaran pembelajaran yang berkesan mempunyai banyak kaedah
interaksi yang melibatkan tiga komponen makro iaitu pelajar, tenaga pengajar dan
kandungan. Mengikut Anderson dan Garrison (1998) pula, dalam sistem pendidikan
jarak jauh, terdapat enam jenis interaksi iaitu: (a) pelajar-pengajar, (b) pelajar-
pelajar, (c) pelajar-kandungan, (d) pengajar-pengajar, (e) pengajar-kandungan dan (f)
kandungan-kandungan. Kajian ini memberi fokus kepada dialog dan perbincangan
dalam forum perbincangan asinkroni yang dijalankan dalam persekitaran
pembelajaran hibrid. Enam jenis interaksi ini boleh diaplikasikan dalam persekitaran
forum perbincangan asinkroni. Interaksi pelbagai hala ini secara langsung akan
memberi kesan terhadap peningkatan kefahaman pembelajaran melalui perkongsian
pengetahuan secara kolaboratif.
1.8.3 Teori Konektivisma
George Siemens merupakan pengasas Teori Konektivisma dan memperkenalkannya
sebagai teori pembelajaran untuk era digital (Siemens, 2004). Konektivisma
bermaksud pembelajaran berasaskan rangkaian. Teori ini membolehkan pelajar atau
lebih dikenali sebagai nod menjalani pembelajaran yang aktif bagi memperoleh
pengetahuan yang baru yang seterusnya menjurus ke arah pembelajaran yang
bermakna. Hal ini boleh dicapai melalui perkongsian pengetahuan, pendapat serta
informasi dengan rakan-rakan yang mengikuti kursus yang sama.
Keupayaan pelajar untuk melihat hubungan antara sesuatu bidang, idea dan konsep
merupakan suatu kemahiran yang asas dalam teori ini (Siemens, 2008). Pemahaman
tentang sesuatu juga berubah dari masa ke masa dengan kandungan pembelajaran
juga bukan di bawah kawalan nod secara keseluruhannya. Nod berupaya
mengaktifkan pembelajaran melalui satu siri nod yang sebenarnya berasal daripada
21
pengajar. Kajian ini yang akan menganalisis aktiviti forum perbincangan asikroni
iaitu perbincangan yang mengaplikasikan prinsip konektivisma dalam penghasilan
pembelajaran yang bermakna. Aktiviti forum perbincangan asinkroni membolehkan
pelajar berkongsi pengetahuan dalam proses mencari dan memperoleh maklumat
baru yang boleh dipercayai. Dalam perbincangan tersebut, pelajar berupaya
menentukan pautan yang membolehkan pelajar memperoleh pengalaman
pembelajaran secara aktif. Secara keseluruhannya, konektivisma sangat bermanfaat
kepada pelajar dan pengajar kerana dapat mengakses maklumat yang terkini di
samping dapat menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna.
1.9 Kerangka kajian
Kerangka kajian (Rajah 1.1) menunjukkan kajian ini adalah berasaskan teori Teori
Pembelajaran Sosial Konstruktivis serta disokong oleh Teori Pembelajaran atas
Talian dan Teori Konektivisma. Forum perbincangan asinkroni dijalankan
menggunakan aktiviti pembelajaran secara berkolaboratif yang berasaskan Teori
Pembelajaran Sosial Konstruktivis. Selain itu, forum perbincangan tersebut juga
dijalankan dengan menggunakan kemudahan pembelajaran atas talian iaitu
pendekatan hibrid yang berasaskan Teori Pembelajaran atas Talian. Di samping itu,
pelajar juga mempunyai pilihan bagi menentukan rangkaian atau pautan yang boleh
dipercayai dalam proses menjalani perbincangan tersebut (berasaskan Teori
Konektivisma).
Pegangan utama Teori Konektivisma dan Sosial Konstruktivis ialah perkongsian
pengetahuan dan Teori Sosial Konstruktivis juga memberi penekanan pembelajaran
kolaboratif. Tumpuan utama Teori atas Talian pula ialah interaksi yang interaktif
bagi mencapai pembelajaran yang bermakna. Berasaskan kefahaman ketiga-tiga teori
22
tersebut, maka kajian ini menekankan pendekatan pembelajaran berkolaboratif dalam
usaha meningkatkan tahap penjanaan dan interaksi pelajar.
Dalam proses perkongsian pengetahuan sesama rakan dalam kumpulan masing-
masing, tahap TPP dan interaksi yang berbeza akan terhasil. Sehubungan itu,
pengkaji menggunakan tiga pendekatan keadah yang berbeza iaitu (i) kaedah analisis
kandungan, (ii) pola tingkah laku mendengar (pengkategorian pelajar mengikut tahap
interaksi mereka) serta (iii) kaedah analisis rangkaian sosial untuk tujuan
penganalisaan data. Analisis kandungan digunakan bagi melihat TPP pelajar dengan
menggunakan Model Analisis Interaksi oleh Gunawardena et al., (1997). Model ini
adalah berasaskan Teori Sosial Konstuktivis (Vygotsky, 1978). Pola Tingkah Laku
Mendengar yang dipelopori oleh Wise, Marbouti, Speer, Hsio, (2011b) juga
berasaskan sosial konstruktivis berikutan tumpuan terhadap interaksi sosial dan
penyertaan pelajar dalam forum perbincangan asinkroni. Pola Tingkah Laku
Mendengar ini dapat mengkategorikan pelajar mengikut kluster-kluster tertentu
berasaskan tahap interaksi mereka.
Kaedah analisis rangkaian sosial yang digunakan untuk melihat corak interaksi
pelajar dalam forum perbincangan asinkroni berupaya memberi gambaran mengenai
corak interaksi dalam proses menjana pengetahuan dengan membekalkan maklumat
seperti pola aliran maklumat atau sumber lain yang dikongsi dalam kalangan pelajar.
Selain itu, analisis rangkaian sosial berupaya mengenal pasti pemimpin maklumat,
pelajar berisiko, pelajar terpencil dan pelajar perantara. Kajian ini juga melihat
hubungan antara TPP dengan rangkaian sosial yang berupaya menentukan sama ada
perbincangan pelajar dengan nilai pemusatan yang tinggi secara keseluruhannya
menjurus ke arah pembinaan TPP yang tinggi. Ini adalah berasaskan pandangan
23
Gunawardena et al., (1997) iaitu tahap interaksi yang tinggi akan menghasilkan TPP
yang tinggi. Hasil kajian ini dijangka dapat meletakkan TPP dan tahap interaksi yang
tinggi dengan menggunakan pendekatan kolaboratif.
24
Menentukan
Pendekatan: Pembelajaran Kolaboratif
Rajah 1.1. Kerangka Kajian yang menggabungkan Analisis Kandungan, Rangkaian Sosial dan Pola Tingkah Laku Mendengar dalam
Forum Perbincangan Asinkroni.
TPP dan Tahap
Interaksi yang Tinggi
Teknik :
Perbincangan
Aktiviti:
Forum
perbincangan
asinkroni
Proses: Perkongsian
Pengetahuan
Interaksi
Dalam
Kumpulan
Teori yang terlibat Implementasi Kaedah Analisis Dapatan Hasil Pengukuran
Menentukan
`
Berasaskan -
Teori
Pembelajaran
Sosial
Konstruktivis
Disokong
oleh:
1. Teori
embelajaran
atas Talian
2. Teori
Konektivism
Menghasilkan
Analisis
Dapatan
Menghasilkan
Menghasilkan
Menentukan
Pola Tingkah Laku
Mendengar (Tahap
interaksi)
Tahap penjanaan
pengetahuan (TPP)
pelajar
1. Gambaran visual corak interaksi
pelajar
2. Nilai darjah pemusatan, darjah
pemusatan masuk, darjah pemusatan
keluar, pemusatan perantaraan,
pemusatan keakraban, pemusatan
eigenvektor dan kepadatan.
3. Pemimpin Maklumat, Pelajar
Berisiko, Pelajar Terpencil, Pelajar
Perantara
Analisis Kluster
bagi mengenal pasti
Pola Tingkah Laku
Mendengar
Model Analisis
Kandungan (Gunawardena, et. al,
1997)
Analisis Rangkaian
Sosial
Korelasi Antara TPP dengan rangkaian
sosial yang dibina (darjah
pemusatan, darjah pemusatan
masuk, darjah pemusatan
keluar, pemusatan perantaraan,
pemusatan keakraban dan
pemusatan eigenvektor.
Dapatan