Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    1/23

     0

    Kontrak jual beli untukmembeli sesuatu barangan

    dengan bayaran hargasecara tertangguh termasuk

    keuntungannya sekali.Pelanggan dibolehkan

    membayar secara ansuranmengikut tempoh yang telahdipersetujui secara bersama.

    Alam nyata yang bolehditanggapi oleh pancaindera

    manusia dan bolehdigunakan pada bila-bilamasa mengikut keupayaan

    akal manusia. seperti-

     Semakan J Semakan J Semakan J Semakan Jan 201an 201an 201an 2011111

    KAMUS ISTILAHKAMUS ISTILAHKAMUS ISTILAHKAMUS ISTILAHDANDANDANDAN FOKUS TOPIKFOKUS TOPIKFOKUS TOPIKFOKUS TOPIK----

    TOPIK PENTINGTOPIK PENTINGTOPIK PENTINGTOPIK PENTING

    MATA PELAJARANMATA PELAJARANMATA PELAJARANMATA PELAJARAN

    TASAWWUR ISLAMTASAWWUR ISLAMTASAWWUR ISLAMTASAWWUR ISLAM

    TING 4 & 5TING 4 & 5TING 4 & 5TING 4 & 5

    Kamus istilah ini disusun untuk kegunaan pelajar yang mengambil

    matapelajaran Tasawwur Islam Tingkatan empat dan lima. Ianya

    disusun sesuai dengan apa yang diguna pakai dalam buku teks

    Tasawwur Islam tingkatan 4 dan 5

    Disediakan oleh :

    Safaee b. Zakaria

    SMK Jelawat,

    Bachok,

    Kelantan

    Tokburong.wordpress.com

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    2/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 1

    Bil Istilah Maksud

    1. 

     Adil Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya

    2.   Agama BudayaAgama, kepercayaan atau ajaran yang diciptakan oleh manusiasendiri, hasil daripada pemikiran mereka tanpa bimbingan wahyu.

    Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisma dan sebagainya.

    3.   Agama LangitAgama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia melaluiperantaraan Rasul dan Nabi. Contohnya Agama Islam, Kristian,Yahudi dan Nasrani.

    4.   Ajaran SesatAjaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukanIslam yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnyayang berdasarkan al-Quran dan hadis contohnya ajaran Ayah Pin.

    5.   AjnabiOrang lelaki atau perempuan yang sah dikahwinkan antarakeduanya ( tiada perhubungan kekeluargaan )

    6. 

     Akal Keupayaan manusia berfikir.

    7.   AkhlakTingkah laku, etika, moral atau sifat yang tertanam dalam jiwaseseorang.

    8.   AkidahKeyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan Allah s.w.t yangmaha Esa, yang tiada bersekutu, mempunyai sifat-sifatkesempurnaan, kesucian dan kebesaran

    9.   AlamSegala mahkluk yang ada dilangit dan di bumi yang diciptakanoleh Allah s.w.t untuk kegunaan dan kemudahan manusia.

    10.   Alam GhaibAlam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akalmanusia. Kewujudan alam ini dapat difahami melalui keimanandan keyakinan yang teguh kepada Allah s.w.t Contohnya sepertialam kubur, padang mashyar dan sebagainya

    11.  Alam kubur/alambarzakh

    Tempat sementara manusia menunggu hari kiamat selepasmereka mati

    12.  AlamMusyahadah

    Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia danboleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akalmanusia. seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan

    sebagainya.

    13.   AlamiyyahSarwajagat / global iaitu Islam ialah agama yang sesuai kepadasemua manusia tanpa mengira tempat dan zaman.

    14.  Amar makrufnahi mungkar

    Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran

    15.   AntihadisFahaman yang menolak hadis sebagai sumber hukum dalamIslam.

    16. 

     Ar-Rahim Sifat Allah SWTyang Maha Penyayang

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    3/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 2

    Bil Istilah Maksud

    17.   Ar-Rahman Sifat Allah s.w.t yang Maha Pemurah

    18. 

     Asma’ wa sifat

    Allah memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang mulia,iaitu Allah s.w.t memiliki 99 nama yang indah bagi diri-Nya dan

    memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib,20 sifatmustahil dan satu sifat yang harus baginya.

    19. 

     AstronomiIlmu falak, iaitu ilmu tentang bintang-bintang/planet yangmelibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraanserta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

    20. 

     Aza

    Perkataan atau perbuatan yang dilakukan ke atas orang yangmenerima bantuan dan pertolongan daripada seseorang.Perbuatan itu dilakukan oleh pemberi bantuan tersebut denganmengungkit-ungkit pertolongan yang telah diberikannya, sehingga

    menimbulkan perasaan sakit hati orang yang mendapatpertolongan tersebut.

    21.   Azali Ilmu Allah s.w.t yang hakiki, qadim ,kekal dan mutlak.

    22. 

    Badan EksekutifBadan pemerintahan – badan yang bertanggungjawab mengurusdan mentadbir negara

    23.  Badan LegislatifBadan perundangan – sebuah badan yang berkuasa membuat,mengubal, meminda atau memansuhkan undang-undang

    24. 

    Bai ‘ bithamanajil

    Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan

    bayaran harga secara tertangguh termasuk keuntungannyasekali. Pelanggan dibolehkan membayar secara ansuranmengikut tempoh yang telah dipersetujui secara bersama.

    25.  Baitulmal Perbendaharaan negara Islam

    26. 

    BarzakhAlam tempat roh orang mati berada sementara menunggudibangkitkan semula pada hari akhirat nanti ( alam kubur)

    27. 

    BermukimOrang yang tinggal di sesuatu tempat buat sementara waktusahaja

    28. 

    Bidaah

    Mereka-reka perkara baru dalam agama (beribadat) yang tidak

    pernah diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabatbaginda.

    29.  BorosMembelanjakan harta secara berlebih-lebihan daripada keperluansebenar atau membelanjakan harta kepada perkara yang tidakperlu atau membelanjakan harta kearah maksiat.

    30.  Budaya

    Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,berkelakuan dan cara berfikir serta segala hasil kegiatan ataukerohanian masyarakat yang diamalkan dalam kehidupanseharian

    31. 

    Budaya BukanIslam

    Budaya yang bertentangan dengan Islam dan adat orang melayuyang lemah lembut contohnya budaya bersekedudukan tanpa

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    4/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 3

    Bil Istilah Maksud

    nikah, budaya lepak, hippies dan sebagainya

    32. 

    Budaya IslamCara hidup masyarakat Islam yang berteraskan ketakwaan kepadaAllah SWT

    33. 

    Darurat Keadaan yang memaksa yang mengancam nyawa manusia.

    34. 

    DhabitOrang yang cukup kuat ingatan untuk mengingati sesuatu yangdidengarinya

    35.  DhobSejenis binatang yang hidup di daratan dan menyerupai binatangbiawak pasir.

    36.  DiatHarta benda atau bayaran tertentu yang wajib diberikan kepadawaris orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman qisas yang tidakdapat dilaksanakan.

    37.  Din Agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna.

    38.  Drastik Keterlaluan, terlalu keras (berkenaan sesuatu tindakan)

    39.  EkosistemSistem yang melibatkan interaksi antara sesuatu komuniti(haiwan, tumbuhan) dengan alam persekitaran yang tidakbernyawa.

    40.  EtikaNilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorangatau sesuatu kumpulan semasa menjalankan tugas

    41. 

    FakirOrang yang tidak dapat memenuhi walaupun separuh daripada

    keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya

    42. FalsafahJenayah

    Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.tterhadap kesalahan yang melibatkan pencerobohan terhadapnyawa, anggota tubuh badan serta harta benda manusia.

    43.  Fardhu Ain

    Kewajipan/perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orangIslam yang cukup syarat-syaratnya. Jika dilaksanakan akanmendapat pahala manakala jika ditinggalkan akan berdosa.Seperti menuntut ilmu, solat dan sebagainya.

    44. 

    Fardhu Kifayah

    Kewajipan / perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orangIslam yang cukup syarat-syaratnya. Jika sudah terdapatsebahagian daripada umat Islam dalam sesuatu kawasan telahmelaksankan perintah tersebut, maka semua orang terlepasdaripada dosa, tetapi jika tiada sesiapa pun yangmelaksanakannya maka semua orang akan berdosa. Sepertimenguruskan jenazah dan sebagainya.

    45.  Fasakh

    Pembatalan ikatan perkahwinan atau perceraian yang berlakumelalui keputusan yang ditetapkan oleh pihak kadi / mahkamah,disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi oleh pasangan

    terbabit.

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    5/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 4

    Bil Istilah Maksud

    46.  Fatwa

    Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yangtelah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagimenyelesaikan masalah semasa. Contohnya hukum harus

    menderma darah dan sebagainya.

    47. Fikah (ilmuFiqah)

    Suatu ilmu yang membicarakan hukum atau perundangan Islamtentang perbuatan mukalaf, seperti hukum wajib, haram, harus,sah atau tidaknya sesuatu perbuatan. Orang yang mengetahuihukum itu disebut fakih.

    48. Fikah(perundangan)

    Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh paramujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak. ( al-Quran atauhadis)

    49.  FisabilillahBerjuang untuk mempertahankan kesucian Islam samada melaluiharta, pemikiran, tenaga dan sebagainya dijalan Allah

    50.  FitrahSifat semulajadi yang dijadikan oleh Allah s.w.t kepada manusia.Seperti sukakan harta, barang perhiasan dan sebagainya.

    51. 

    Fitrah beragamaNaluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah s.w.tsebagai pencipta alam ini.

    52.  Hadis / sunnahSesuatu yang diterima daripada Rasulullah s.a.w sama adaberupa perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda.

    53.  Hadis DhaifHadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan hadisHasan.

    54. 

    Hadis SahihHadis yang mempunyai periwayat yang bersambung terusdengan Rasulullah.

    55.  Hak MilikSesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepadahambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan seperti, rumah, tanah,wang ringgit dan sebagainya.

    56.  HaramLarangan Allah s.w.t yang mesti ditinggalkan, jika ditinggalkanmendapat pahala dan jika dilakukan berdosa seperti minum arakdan sebagainya

    57. 

    Hari kiamatHari kehancuran dan kemusnahan alam ini selepas malaikat Izrailmeniup sangkakala yang pertama.

    58.  HartaAnugerah Allah s.w.t kepada manusia, boleh diperolehi dan dimilikioleh manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri.

    59.  HarusPerkara yang diberikan kebebasan kepada seseorang untukmelakukan atau meninggalkannya, tanpa dikenakan sebarangpembalasan.

    60.  Hasad dengki

    Iri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yangdiperoleh oleh orang lain dan berusaha agar nikmat tersebuthilang daripada orang itu atau berpindah kepadanya dengan carayang salah.

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    6/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 5

    Bil Istilah Maksud

    61. Hisab /timbangan amal

    Kiraan amalan baik dan buruk manusia ketika mereka berada didunia yang akan berlaku di Padang Masyhar, untuk menentukanke arah mana mereka akan di tempatkan, sama ada ke syurga

    atau ke neraka.62.  Homoseks

    Orang lelaki yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yangsejenis dengannya

    63.  Hudud

    Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajibdilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. Kesalahanhudud adalah seperti mencuri, merompak, berzina, murtad, qazaf,dan meminum arak

    64.  I’tiqadKepercayaan atau keyakinan di dalam hati manusia mengenaisesuatu perkara.

    65.  Ibadat

    Pengabadian dan kepatuhan kepada perintah Allah s.w.t melaluiperbuatan, perkataan dan pengakuan hati yang berlandaskansyariat. ( Tatacara perhubungan antara manusia dengan AllahSWT)

    66. 

    Ibadat khususAmalan khusus yang disyariatkan oleh Allah s.w.t sama adafardhu atau sunat seperti solat, zakat dan sebagainya, bagimembuktiksn ketaatan manusia kepada Allah s.w.t

    67. 

    Ibadat umumSemua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t bagimenghubungkan manusia dalam sebuah masyarakat demikebaikan bersama seperti tolong menolong.

    68.  IdeologiFahaman atau aliran pemikiran manusia seperti komunisme,sekularisme dan sebagainya.

    69.  IjabSatu daripada istilah ilmu fikah, yang bermaksud satu pihakmemberi tawaran kepada pihak lain untuk menerima sesuatutransaksi / urusan jual beli dan sebagainya.

    70.  IjarahSatu perjanjian yang membolehkan seseorang itu mengambilfaedah atau manfaat daripada milik orang lain dengan membayarbayaran yang tertentu ( Sistem sewaan secara Islam ).

    71. 

    Ijmak

    Persetujuan atau persepakatan antara ulama mujtahidin daripada

    umat Nabi Muhammad mengenai sesuatu hukum syarak padamasa-masa tertentu.

    72.  IjtihadSuatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh olehseseorang individu muslim untuk menghasilkan penetapansesuatu hukum syarak yang berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.

    73.  Ilmu Balaghah

    Suatu ilmu Bahasa Arab yang membicarakan tentangpenyusunan kata-kata yang indah dan tepat dan mempunyaipengertian yang mendalam, mudah difahami, menarik perhatianpendengar atau pembaca

    74.  Ilmu Fardhu Ain Ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui dandiamalkan oleh semua umat Islam yang mukallaf. Contohnya ilmu

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    7/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 6

    Bil Istilah Maksud

    syariah, akidah dan ilmu akhlak.

    75. 

    Ilmu FardhuKifayah

    Ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang membawa

    faedah kepada manusia dan alam ini seperti ilmu kedoktoran,kejuruteraan, pertanian dan sebagainya.

    76.  Ilmu mantik Ilmu lojik tentang sesuatu benda

    77. 

    Imigran Orang asing yang menetap di sesebuah negara. ( pendatang )

    78.  ImperialisBangsa atau negara yang menjalankan politik untuk menjajahnegara lain

    79.  InflasiKeadaan harga barangan bertambah tinggi disebabkanbertambahnya daya membeli / permintaan terhadap sesuatu

    barangan yang terhad bilangannya oleh pengguna.

    80.  InovatifSifat sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem,adat dan sebagainya yang baru. (Menghasilkan atau membawapembaharuan ke arah yang lebih baik.)

    81.  InsanManusia atau mahkluk Allah s.w.t yang paling istimewa keranamereka boleh berfikir, berkehendak dan boleh menerima ilmupengetahuan

    82. 

    IrhasPerkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantikoleh Allah s.w.t sebagai rasul. Contohnya Nabi Isa boleh bercakap

    semasa masih bayi.

    83. 

    IslamAgama Allah yang mengatur cara hidup yang lengkap dansempurna.

    84.  Islam (Bahasa) Selamat, Sejahtera, Patuh dan menyerahdiri.

    85. 

    Islam (IstilahSyarak)

    Tunduk dan patuh serta menyerah diri dengan sepenuhnyakepada Allah s.w.t dengan mengakui kebesaran dankeagunganNya.

    86. 

    IstidrajPerkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atauderhaka kepada Allah s.w.t dengan tujuan untuk menyesatkannyalagi.

    87. 

    JaminanKeselamatan

    Kesediaan melindungi keselamatan terhadap agama, nyawa akal,harta, maruah dan negara.

    88.  Jati diriMemiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif dalam melaksanakanpekerjaan

    89. 

    JihadMencurahkan segala daya upaya yang ada (bersungguh-sungguh)untuk memerangi musuh Allah, musuh negara sertamempertahankan agama dan kebenaran

    90. 

    Kabul Menerima tawaran atau persetujuan yang diberikan dalam sesuatutransaksi jual beli dan sebagainya.

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    8/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 7

    Bil Istilah Maksud

    91. Kahwin(Perkahwinan)

    Ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akadnikah yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal.

    92. 

    Karamah

    Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi

    darjatnya disisi Allah s.w.t contohnya Marian dihidangkanmakanan dari syurga oleh Allah SWT.

    93. 

    KedekutSangat berkira untuk membelanjakan wang kepada perkarakebaikan.

    94.  Kemaslahatan Sesuatu yang berguna atau berfaedah kepada manusia.

    95. 

    Kesaksamaansosial

    Keharmonian hubungan sesama manusia untuk menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan perpecahan, perbalahan, kekacauandan sebagainya.

    96.  KhalifahPengganti. Iaitu pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama

    dan mentadbir urusan dunia. ( pemerintah )

    97.  Khulu'Perceraian yang berlaku atas kemahuan isteri dengan membayarganti rugi kepada suami

    98.  KhurafatKepercayaan atau perbuatan karut yang bercanggah denganajaran Islam

    99.  Komunisme

    Komunisme merujuk kepada fahaman politik di mana rakyatmempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segalaproduk keluaran negara menjadi milik bersama rakyat..Sebagaiteori sistem sosial, komunisme menjurus kepada sistem sosial

    egalitarian iaitu tanpa kerajaan, harta dan kelas. Menurut ideologiini, semua harta dimiliki oleh rakyat, dan setiap rakyat mempunyaistatus sosial dan ekonomi yang sama.Menurut komunisme, agamaadalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.

    100.  KonteksKeseluruhan keadaan atau latar belakang sesuatu yang adahubungan atau dapat dikaitkan dengan sesuatu.

    101.  KreatifMempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan danmengembangkan sesuatu idea baru dan asli

    102. 

    Kufur Ingkar dan tidak percaya kepada tuhan

    103.  Lapisan ozon

    Lapisan atmosfera yang tinggi kandungan ozonnya bertindaksebagai perisai terhadap sinar ultra lembayung matahari yangmemudaratkan kehidupan.

    104.  LesbianPerempuan yang mengadakan hubungan seks sesamaperempuan

    105.  Liberalisme

    Liberalisme adalah satu fahaman / falsafah yang meletakkankebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi. Secaraamnya, liberalisme mengutamakan hak-hak peribadi sertakesamarataan terhadap peluang untuk semua. Fahaman inimahukan kebebasan yang menyeluruh dalam kegiatan ekonomi,politik dan sosial.

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    9/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 8

    Bil Istilah Maksud

    106.  Liwat Melakukan hubungan seks melalui dubur.

    107. 

    MahmudahSifat-sifat terpuji dan mulia seperti tolong menolong dansebagainya.

    108. 

    Makruh Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan, jika ditinggalkanmendapat pahala dan jika dilakukan tidak mendatangkan dosa.

    109.  MaksumPara nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan sebarangdosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang bolehmencacatkan kemuliaan baginda sebagai utusan pilihan Allah

    110.  ManipulasiMenggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperolehikeuntungan peribadi dengan cara yang salah.

    111. 

    Masalih al-Mursalah

    Memelihara tujuan syarak serta membawa kebaikan umumdengan menolak segala yang merosakkan dan memudaratkan

    mahkluk112.  Matan Teks hadis

    113.  MaterialismeFahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yangmenyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini

    114.  Ma'unahPerkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpadiusahakan untuk dipelajarinya. Contohnya terlibat dalam suatukemalangan yang dahsyat, namun masih terselamat.

    115.  MazmumahSifat-sifat keji yang di benci oleh Allah s.w.t seperti mencuriberbohong dan sebagainya

    116. 

    Memelihara Menjaga, melindungi dan membela sesuatu dengan baik.

    117.  Memelihara alam Menjaga dan melindungi alam ini supaya tidak di rosakkan

    118.  MemuliharaMemulihkan sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaanyang baik

    119. 

    Memulihara alamMengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanamsemula tumbuh-tumbuhan yang telah di tebang atau dimusnahkan supaya habitat alam akan kekal dan baik.

    120. 

    Mencerobohharta

    Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisisyarak seperti mencuri.

    121. Merosakkanharta

    Membelanjakan harta kepada perkara-perkara yang tidakmemberikan manfaat kepada pemiliknya atau orang lain sepertimembazir.

    122.  MiskinOrang yang tidak dapat memenuhi keseluruhan (seratus peratus )daripada keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya

    123.  Mizan Timbangan amalan manusia semasa mereka berada di dunia

    124. 

    Monopoli

    Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan,

    perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasarantertentu oleh seseorang, sebuah fitma atau sekumpulan orang

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    10/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 9

    Bil Istilah Maksud

    atau firma.

    125. 

    Mualaf Orang yang baru memeluk agama Islam

    126.  MuamalahSatu daripada hukum fikah yang berhubung dengan tatacaraperhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluanmereka yang berhubung dengan harta.

    127.  Mudharabah

    Pelabur memberi modal kepada orang tertentu untukdiperniagakan dan keuntungannya di bahagi dua atausebahagiannya menurut perjanjian yang telah dipersetujuibersama semasa akad, manakala kerugiannya jika ada hanyaakan ditanggung oleh pihak pelabur sahaja.

    128. 

    Muhasabah Perbuatan menilai diri sendiri

    129.  MujtahidAhli hukum Islam yang memutuskan sesuatu hukum fikahberasaskan bimbingan al-Quran, al-Hadis dan menurutpendapatnya sendiri

    130. 

    MukallafOrang Islam yang telah akil baligh atau cukup umur dandiwajibkan mematuhi segala hukum Islam.

    131.  MukjizatPerkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepadapara nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian dan

    kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka

    132. 

    MunafikSeseorang yang berpura-pura menganut dan patuh kepada ajaranIslam sedangkan hatinya tidak tidak mempercayai ajaran Islam.

    133.  Murabahah

    Akad jual beli bagi barangan tertentu. (Penjual menyatakan kosyang dikeluarkan dan jumlah keuntungan yang dikehendaki.Pembayaran dilakukan semasa penyerahan barang atau ataupada masa lain yang dipersetujui bersama).

    134.  Murtad Keluar daripada agama Islam

    135.  MurunahLuwes atau anjal iaitu agama Islam boleh berubah mengikutkesesuaian masa dan keadaan, namun masih tetap atas prinsipasasnya.

    136.  MusafirOrang yang dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempatyang lain

    137. 

    Mushaf Naskah al-Quran yang bertulis tangan atau bercetak

    138. 

    MusyarakahSuatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modaldalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi dalam

    keuntungan. ( Syarikat )

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    11/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 10

    Bil Istilah Maksud

    139. Mutawatir(Hadis)

    Satu daripada jenis hadis, iaitu hadis yang diriwayatkan olehramai orang sejak daripada zaman Rasulullah sampai sekarang.Oleh kerana terlalu ramai orang yang meriwayatkan hadis ini dan

    berlainan pula tempat tinggalnya, maka mustahil bagi mereka ituberpakat untuk berdusta tentang hadis tersebut.

    140.  Mutlak Bersifat tetap dan tidak boleh dipertikaikan kebenarannya.

    141.  NabiManusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untukdirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.

    142.  Nas Dalil daripada al-Quran atau al-Hadis Rasulullah s.a.w

    143.  Nasab Pertalian keluarga, terutamanya di sebelah bapa

    144. 

    Negara Islam

    Negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan

    pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkanal-Quran dan hadis serta Ijtihad yang benar

    145.  NerakaTempat balasan azab yang dikhaskan untuk orang yangmengingkari perintah Allah semasa hidup didunia.

    146.  Pecah amanahPerbuatan yang mensia-siakan atau melanggar amanah yangtelah diberikan

    147.  PekerjaanPekerjaan menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untukmendapatkan wang atau harta dengan cara yang halal dan tidakbertentangan dengan hukum syarak.

    148.  Pengaruh AsingPengaruh luar yang bertentangan dengan ajaran Islam yangdisebarkan melalui media massa dan penjajahan pemikiran,seperti Rock, Punk, Black Metal dan sebagainya

    149. 

    PenyelesaianMasalah

    Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yangmerangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik,sosial dan perundangan

    150.  Perawi Orang yang meriwayatkan / menceritakan sesuatu hadis

    151. Perpaduan

    ummah

    Sebuah masyarakat yang hidup sayang menyayangi dan hormat

    menghormati antara satu sama lain.

    152. 

    PerundanganIslam

    Hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yangmerangkumi aspek akidah, syariat, akhlak dan sebagainya.

    153.  Piagam Madinah Perlembagaan Madinah / Sahifah Madinah

    154.  Produktif Mempunyai daya pengeluaran yang aktif.

    155.  Putik Buah yang baru jadi atau buah yang masih muda dan kecil.

    156. 

    Qadha

    Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak

    mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah danbukti yang nyata.

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    12/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 11

    Bil Istilah Maksud

    157.  QiasMenghubungkan hukum yang tidak ada (cabang) kepada hukumyang ada (asal) kerana bersamaan illat (sebab)

    158. 

    Qisas

    Hukuman dan kesalahan yang telah ditetapkan oleh syarak

    melalui al-Quran dan al-Hadis kerana kesalahan yang melibatkankecederaan anggota tubuh badan dan nyawa manusia

    159.  Qur'anKalam Allah s.w.t yang bermukjizat serta diturunkan kepada nabiMuhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab.

    160.  RabbaniyyahKetuhanan iaitu segala hukum,konsep,prinsip,nilai dan peraturanyang terkandung dalam Islam ajaran adalah bersumberkan wahyuAllah s.w.t dan hadis.

    161.  Rahn

    Pajak gadai atau menjadikan sesuatu barang yang berhargasebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan barangan tersebut akan

    menjadi bayaran sekiranya dia tidak berdaya membayar hutangdalam jangka waktu yang telah ditetapkan

    162.  RasuahMemberi atau menerima sesuatu barangan yang berharga untukmendapatkan sesuatu atau untuk melepaskan sesuatu tindakandengan cara yang salah

    163.  RasulManusia lelaki pilihan Allah s.w.t dari kalangan para nabi yangdiberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendaki menyampaikannyakepada orang lain.

    164. 

    Rasul Ulul Azmi

    Para rasul yang memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi dalam

    menghadapi rintangan dan tentangan daripada umatnya ketikamenyampaikan ajaran dan seruan kepada umatnya.

    165.  Relatif Tidak mutlak / bersifat nisbi

    166.  RiakMenunjuk-nunjuk amalan baik yang telah dilakukannya kepadaorang lain dengan tujuan mendapat pujian dan sanjungandaripada masyarakat

    167. 

    RibaBunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman hutang piutangatau pertukaran barangan sejenis atau pertambahan bayaran balikhutang akibat penangguhan bayaran

    168. 

    Riddah Keluar daripada agama Islam ( Murtad )

    169.  Rububiyyah

    Keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah s.w.tyang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini dantiada pentadbir lain, melainkan Allah s.w.t yang Maha Berkuasadan Esa.

    170. 

    RukhsahKelonggaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat Islamuntuk melakukan ibadat dalam keadaan-keadaan tertentu

    171. 

    SabarTeguh dan tahan uji dalam menghadapi dugaan hidup dengan

    reda, ikhlas dan tawakal kepada Alalh s.w.t

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    13/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 12

    Bil Istilah Maksud

    172.  Sabda Ucapan atau perkataan Rasulullah s.a.w.

    173. 

    SabotajPerbuatan khianat yang dilakukan oleh sesuatu pihak atau orangperseorangan untuk menggagalkan atau merosakkan kegiatan

    pihak lain.

    174.  Sanad Perawi yang menyampaikan hadis

    175. 

    Sedekah

    Memberi sesuatu yang berharga kepada orang miskin dan yangmemerlukan dengan tujuan untuk mendapatkan pahala. Sedekahhendaklah diberikan dengan ikhlas, tidak kerana inginkan pujianatau memberi malu kepada orang yang menerimanya.

    176.  Sekularisme

    Sekularisme ialah ideologi / fahaman bahawa urusan duniaseperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkandari urusan agama. Mereka yang berpegang kepada fahaman iniadalah dipanggil golongan sekular.Fahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dengan kehidupanseharian.

    177. 

    SihirPerkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang denganbantuan daripada syaitan dan boleh dipelajari.

    178. Sistem sosialIslam

    Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalanikehidupan masing-masing berlandaskan ajaran Islam

    179. 

    Solat Jamak Menghimpunkan dua waktu solat dan didirikan dalam satu waktu.Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu Solat Jamak Takdim danSolat Jamak Takhir

    180.  Solat Qasar Memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat

    181. 

    Sosial Segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat

    182. 

    Sosialisme

    Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial danekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumberkekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secarasama rata.

    183. 

    SuhufCatatan wahyu yang sedikit bilangannya yang diturunkan kepadaNabi Syis sebanyak 50, Nabi Idris 30, Nabi Ibrahim 10 dan NabiMusa 10 suhuf.

    184.  Sum'ahMenceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang laindengan tujuan untuk mendapatkan pujian dan sanjungan daripadaorang lain

    185.  SunatPerkara yang digalakkan oleh agama untuk dilakukan dandiberikan pahala serta balasan syurga, jika ditinggalkan tidakberdosa.

    186.  Sunnah / hadisSesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah samada perbuatan,perkataan, pengakuan atau sifat-sifat Rasulullah s.a.w

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    14/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 13

    Bil Istilah Maksud

    187.  SyariatSegala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh AllahS.W.T kepada manusia

    188.  SyirikMenyekutukan Allah dengan sesuatu dari segi sifat zat atau

    perbuatan seperti beribadat selain kepada Allah189.  Syumul Lengkap dan menyeluruh.

    190.  SyumulliyyahLengkap iaitu agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammads.a.w lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dandi akhirat.

    191.  SyurgaTempat yang indah dan penuh keseronokan untuk orang-orangtaat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t semasa mereka didunia

    192. 

    Ta'awun

    Tolong menolong dan bekerjasama dalam memenuhi keperluan

    dalam kehidupan seharian

    193.  TaghutPerkara-perkara yang boleh menyesatkan umat Islam daripadaagamanya seperti Syaitan,berhala dan apa-apa sahaja yangmenyesatkan

    194.  Takaful

    Gabungan anggota masyarakat untuk saling jamin menjamin dantolong-menolong bagi meringankan beban orang perseoranganserta menjauhi kerosakan yang menyusahkan (insuran secaraIslam)

    195. 

    Takbur

    Sikap membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan

    perkara kebaikan yang telah dilakukan dan segala nikmatkesenangan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya

    196.  TaklifTanggungjawab yang diberikan kepada seseorang yang telahbaligh dan berakal

    197.  Takzir

    Bahasa : mencegah.Istilah syarak : kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkanoleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim atau kadiuntuk memutuskannya.

    198.  TalakPembubaran ikatan perkahwinan yang sah dengan lafaz talak

    (cerai) atau yang seumpama dengannya

    199. 

    TamadunKeadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkanpada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran(sosial, budaya, politik) yang tinggi dan maju.

    200. 

    TawakalBerserah diri kepada ketentuan Allah s.w.t setelah berusahabersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu

    201.  Thabat Tetap, teguh dan tidak berubah.

    202. 

    Thiqah Boleh dipercayai

    203. 

    ToleransiTolak ansur dan saling memahami serta menghormati pendapatdan pandangan orang lain walaupun bertentangan dengan

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    15/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 14

    Bil Istilah Maksud

    pendapat sendiri.

    204.  Transaksi Persetujuan jual beli, urusan jual beli, urusniaga

    205.  UjubKagum dengan amalan sendiri serta sombong dalam melakukansesuatu ibadat serta memandang rendah dan melekeh-lekehkanamalan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain

    206.  UluhiyyahMengakui hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati dandipatuhi secara mutlak.

    207. Ungkit(mengungkit-ungkit)

    Mengungkit-ungkit kembali bantuan dan perbuatan baik yangtelah diberikan kepada seseorang dengan tujuan supaya orangtersebut sentiasa mengenang jasa dan pertolongan yang telahdiberikannya.

    208.  Universal Sarwajagat atau meliputu seluruh alam

    209. 

    Utopia Sesuatu yang mungkin tidak dapat dilaksanakan

    210.  WadiahMewakilkan sesuatu barang atau harta yang berharga kepadaorang lain untuk disimpan dan diurus.

    211.  Wahyu

    Bahasa: Nasihat dan bimbingan daripada Allah s.w.tIstilah: Ilham atau perintah daripada Allah s.w.t yang disampaikankepada para nabi dan rasul melalui perantaraan Malaikat Jibril

    atau terus daripada Allah s.w.t

    212.  WajibPerintah Allah s.w.t. yang mesti dilaksanakan, jika dilaksanakanmendapat pahala dan jika ditinggalkan berdosa

    213.  WakafHarta yang diserahkan oleh seseorang atau sesuatu pihak untukfaedah orang ramai yang berkaitan dengan agama Islam

    214. 

    Waqi’yyahDari segi bahasa bermaksud realiti. Apabila di hubungkan denganIslam bermaksud praktikal, mampu di amalkan oleh semuagolongan manusia.

    215. 

    Wibawa Mempunyai keupayaan yang membolehkan seseorang itumenguasai orang lain

    216. 

    ZakatMengeluarkan sebahagian daripada harta tententu untuk diberikankepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    16/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 15

    FOKUS TASAWWUR ISLAM TING 4 DAN TING 5

    TINGKATAN 4

    BAB ISU-ISU PENTING

    BAB 1. ASAS PEMIKIRAN ISLAM

    TUHAN

    1- 

    Maksud Fitrah

    2- Bukti beragama fitrah manusia

    3- Jenis-jenis Tauhid

    4- Tauhid Rububiyyah – prinsip

    5- 

    Tauhid Uluhiyyah – prinsip

    6- 

    Tauhid Asma Wa Sifat – nama/ sifat

    7- Agama budaya dan agama samawi

    8- Peranan agama dalam membangunkan

    tamadun manusia

    INSAN

    1- Maksud

    2- 

    Proses kejadian manusia

    3- Bukti manusia sebaik-baik kejadian

    4- Tanggungjawab – Allah – manusia- alam

    ALAM

    1- Maksud alam

    2- Jenis alam – contoh – hikmah kerahsiaan-

    cara mengetahui

    3- 

    Peringkat alam

    4- Maksud : memelihara alam – memulihara

    alam

    5- 

    Sumbangan alam

    6- 

    Cara memelihara alam – memulihara alam

    7- Pencemaran : Faktor – kesan – cara atasi

    RASUL

    1- Maksud rasul – nabi – perbezaan nabi dan

    rasul

    2- Sifat – wajib – mustahil- harus

    3- 

    Peranan rasul

    4- 

    Rasul Ulul Azmi – maksud-sebab –NIMIN5- Perkara luar biasa : MMMKIIS

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    17/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 16

    BAB ISU-ISU PENTING

    WAHYU

    1- Maksud wahyu

    2- Ciri-ciri wahyu

    3- 

    Peringkat penurunan wahyu

    4- 

    Cara penurunan wahyu

    5- Peranan wahyu

    6- Cara wahyu membimbing akal

    7- Cara wahyu membina tamadun

    8- 

    Isi Kandungan al Quran

    9- Keistimewaan al Quran

    10- Maksud al Hadis

    11- 

    Jenis hadis12-

     

    Peranan hadis

    13- 

    Fahaman anti hadis : Maksud – Kesan

    14-  Maksud Azali

    AKAL

    1- 

    Pengertian akal

    2- Peranan Akal

    3- Cara bersyukur dengan akal

    4- 

    Perkara yang merosakkan akal5-

     

    Pemikiran yang bercanggah dengan wahyu

    PENGARUHLUAR YANG

    MEROSAKKAN

    PEMIKIRAN

    MUSLIM

    1- Maksud Pengaruh Luar/ Penjajahan

    pemikiran

    2- 

    Bentuk ancaman / pengaruh yang

    merosakkan

    3- Kesan pengaruh luar

    4- 

    Cara mengatasi5- Fahaman mulhid : Maksud – prinsip- contoh

    -kesan –cara atasi

    6- 

    Ajaran sesat : maksud – ciri- kesan –cara

    atasi

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    18/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 17

    BAB ISU-ISU PENTING

    BAB 2- CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM

    ISLAM

    1- 

    Maksud Islam

    2- 

    Ciri keunggulan Islam

    3- Keistimewaan agama Islam

    4- Pembahagian Ilmu

     

    Ilmu Fardu Ain

      Ilmu Fardu Kifayah

    RABBANIYYAH

    1- 

    Maksud2- Prinsip

    3- 

    Cara mencapai sifat Rabbaniyyah

    SYUMULIYYAH

    1- 

    Maksud

    2- Prinsip

    3- Bukti dalam Kehidupan

    a) Ilmu : Fardhu Ain – Fardhu Kifayah

    b) 

    Sosialc)

     

    Perundangan

    ALAMIYYAH

    1- 

    Maksud

    2- 

    Prinsip – Hak asasi manusia

    3- Bukti dalam Kehidupan

    a) Perundangan

    b) 

    Sosial

    c) 

    Ibadat

    WAQI’IYYAH

    1- 

    Maksud

    2- Prinsip – Wasatiyyah

    3- Bukti dalam Kehidupan

    MURUNAH

    1- Maksud

    2- Prinsip

    3- 

    Kelebihan sifat Murunah

    THABAT 1- Maksud2-

     

    Perkara yang Thabat

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    19/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 18

    BAB ISU-ISU PENTING

    BAB 3- INSTITUSI ISLAM

    SISTEM

    PEMERINTAHAN

    ISLAM

    1- 

    Maksud Negara Islam2- Prinsip - MMAH

    3- 

    Ciri –ciri

    4- 

    Elemen Pembentukan Negara Islam

    5- Syura – majlis syura- hikmah – contoh – ahli

    Majlis syura

    6- Khalifah : maksud – sifat- kelayakan –

    t/jawab – kesan pemngabaian

    7- 

    Rakyat : hak – t/jawab rakyat – kesanpengabaian

    8- Piagam madinah : Aspek – Kesan

    9- 

    Tugas Rasulullah dalam Piagam Madinah

    SISTEMKEHAKIMAN

    ISLAM

    1- Maksud

    2- 

    Dasar/ prinsip

    3- 

    Ciri-ciri

    4- Kepentingan Institusi Kehakiman

    5- 

    Sumber kehakiman : AHIQI

    6- Prosedur kehakiman

    i)Hakim : Kelayakan – t/jawab / Etika

    kehakiman – kesan

    ii) Peraturan keterangan : BSP

    SISTEM

    SOSIAL ISLAM

    1- Maksud

    2- 

    Nilai luhur3-

     

    Tawakal – maksud- kepentingan

    4- 

    Tanggungjawab – kesan

    Allah

    Alam Manusia

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    20/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 19

    TINGKATAN 5 

    BAB ISU-ISU PENTING

    BAB 1-EKONOMI ISLAM

    ISLAM DAN

    HARTA

    1- Maksud harta

    2- Jenis harta

    3- Konsep Harta – MAZUHA

    4- 

    Harta Amanah : Sebab harta amanah Allah

    5- 

    Harta Ujian Allah : Bentuk Ujian harta

    6- Syarat harta sebagai ibadat

    7- Harta halal dan haram: cara dan kelebihan

    8- 

    Cara pengurusan harta

    ISLAM DAN

    HAK MILIK

    1- Maksud hak milik

    2- 

    Perturan pemilikan harta

    3- 

    Kepentingan pemilikan harta

    4- Golongan yang dilarang : Gol – Cara

    pengurusan harta

    5- Larangan dalam pemilikan Harta : MMES

    RR6-

     

    MMESRR : maksud- faktor berlaku- cara

    atasi

    ISLAM DAN

    PEKERJAAN

    1- Maksud bekerja / bekerja kerana Allah

    2- Matlamat bekerja

    3- 

    Syarat pekerjaan menjadi ibadat

    4- 

    Jenis pekerjaan : perbezaan

    5- 

    Etika pekerjaan6- Budaya kerja

    7- Cara meniingkatkan kualiti kerja

    FALSAFAH

    MUAMALAH

    ISLAM

    1- 

    Maksud muamalah

    2- 

    Ciri-ciri muamalah – TRAMT

    3- 

    Kebaikan / kelebihan / kepentingan

    4- 

    Syarat sah muamalah5- Muamalah yang tidak sah

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    21/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 20

    BAB ISU-ISU PENTING

    6- Perbezaan Muamalah Islam dan

    konvensional

    7- 

    Taawun : Konsep/ maksud – bukti taawun

    dalam muamalah

    8- Jenis- jenis muamalah : WD-MD-MS/ B-

    MR/R-I-T , Hikmah

    9- Cara menggalakkan muamalah Islam

    BAB 2-FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

    PERUNDANGAN

    ISLAM

    1- 

    Maksud perundangan / syariat

    2- 

    Matlamat perundangan Islam : MAKANKah3- Cara mencapai matlamat perundangan Islam

    4- Ciri-ciri perundangan Islam

    5- 

    Sumber perundangan Islam : AHIQI

    6- 

    Kepentingan perundangan Islam

    7- Cara menghayati perundangan Islam

    ISTILAHPERUNDANGAN

    ISLAM

    1- 

    Fikah – maksud-matlamat – kebaikan

    2- Fatwa - maksud-matlamat – kebaikan –

    contoh3- Qadha - maksud-matlamat – kebaikan

    4- 

    Ijtihad - maksud-matlamat – kebaikan

    5- 

    Hukum – WSHMH : Maksud – contoh –

    hikmah

    FALSAFAH

    IBADAT

    1- Maksud ibadat

    2- Jenis ibadat – contoh- ciri / perbezaan

    3- 

    Perkaitan ibadat dengan perundangan4- 

    Tujuan ibadat

    5- 

    Ciri kesempurnaan ibadat

    6- Cara meningkatkan kuliti ibadat

    7- Perkara yang merosakkan ibadat :

    SSKRRAHNUT

    8- 

    Ibadat tanpa syariat – maksud -kesan –

    contoh

    9- 

    Syariat tanpa ibadat- maksud -kesan –contoh

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    22/23

    Kamus Istilah Tasawwur Islam Ting 4 & 5 21

    BAB ISU-ISU PENTING

    FALSAFAH

    MUNAKAHAT

    1- Maksud munakahat

    2- Hikmah perkahwinan

    3- 

    Hikmah pemiihan pasangan

    4- 

    Tanggungjawab : SIAB – kesan pengabaian

    5- Cara mencapai keharmonian rumahtangga

    6- Penyelesaian masalah perkahwinan : TKF-

    hikmah

    7- 

    Cara mengatasi perceraian

    8- Hak penjagaan anak – hikmah

    FALSAFAH

    JENAYAH

    1- 

    Maksud Jenayah – contoh perbuatan jenayah

    2- Matlamat

    3- 

    Sumber Falsafah Jenayah : AHIQI

    4- 

    Hukuman Jenayah : HQTD – maksud – jenis

    kesalahan – bentuk hukuman – hikmah -

    perbezaan

    5- Perbezaan Hukuman Islam dan konvensional

    BAB 3-PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM

    ASAS

    PENYELESAIAN

    MASALAH

    1- Maksud penyelesaian masalah

    2- Matlamat

    3- 

    Ciri- ciri PMDI

    4- 

    Sumber PMDI : AHIQI

    5- 

    Kelebihan / kebaikan6- Sebab penyelesaian masalah secara Islam

    CARA

    1- Langkah penyelesaian Masalah : MPKUN

    2- 

    Perlakuan penyelesaian masalah : NKTTM

    3- 

    Maksud muhasabah

    4- Tawakal – Maksud – hikmah

    5- Amalah dalam memnyelesaiakan masalah

    6- 

    Doa : Maksud – adab berdoa- hikmah7-

     

    Dakwah : Maksud – ciri pendakwah – cara

  • 8/17/2019 Kamus Istilah Tasawwur Islam SPM

    23/23

    K I til h T I l Ti & 22

    BAB ISU-ISU PENTING

    berdakwah yang berkesan – peranan

    dakwah

    ISU DAN CARA

    PENYELESAIAN

    Isu- isu :

    a) 

    Perpaduan Ummah

    b) 

    Kecemerlangan pendidikan

    c) Kekuatan Ekonomi

    d) Keadilan sosial

    e) 

    Jati Diri

    f) 

    Jaminan Keselamatan

    1- 

    Maksud isu2- Cara mewujudkan / mencapai

    Cara mengatasi

    Akidah

    Ibadah

    Akhlak

    Isu semasa