4
8/8/2019 KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir http://slidepdf.com/reader/full/kamz-usrah-sisma-penyelewengan-di-dalam-masalah-kafir-mengkafir 1/4 1 PENYELEWENGAN DI DALAM MASALAH KAFIR MENGKAFIR Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) Untuk Usrah SISMA 16 Disember 2010 dari rujukan buku Tariqud Dakwah PENGENALAN Perjalanan usaha dakwah ini perlu diteruskan walau bagaimana sekalipun ujian dan desakan yang datang bertamu. Perbincangan ini tidaklah begitu sesuai untuk kita bersama dibincangkan, kerana Alhamdulillah, keadaan jemaah kita ini tidaklah sehingga tahap saling kafir mengkafir. Tetapi, mengetahui serta memahami tentangnya pasti akan dapat membantu kita melalui beberapa cabaran di dalam menelusuri usaha dakwah ini. Keadaan dan sejarah akan berulang dan kita seharusnya mengambil iktibar dari apa sahaja yang berlaku dahulu agar ia menjadi benteng dan persiapan samaada berhadapan atau mengatasi masalah itu.   ADAKAH MENGHUKUM ORANG LAIN ITU WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM? Hari ini, budaya menghukum ini telah berkembang dan menguasai sebahagian besar dari mereka yang meletakkan diri mereka di dalam kerangka gerak kerja jemaah. Permasalahan ini timbul apabila terdapat sebahagian daripada kita merasakan diri mereka lebih baik dari yang lainnya. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, Allah tidak akan bertanya kepada kita, berapa ramai yang telah kita hukum, tetapi berapa ramai yang telah kita dakwahkan? Menghukum menjadikan manusia itu  jauh hati sebaliknya berdakwah menjadikan mereka itu sebahagian daripada kita. Biarlah kerja-kerja menghukum itu dikembalikan kepada mereka yang berada di dalam bidangnya kerana kita tidak akan diberikan balasan jika tidak menjatuhkan hukuman sebaliknya jika sekiranya kita masih menjatuhkan hukuman, kita akan terdedah dengan balasan dari Allah s.w.t. MENGKAFIRKAN SEORANG ISLAM ADALAH SESUATU YANG AMAT BERBAHAYA Sesungguhnya, menuduh atau mengkafirkan seseorang yang Islam itu adalah suatu perbuatan mencabul kehormatan yang paling mulia. Berkata Imam Bukhari r.a. bahawa Abu Dzar mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Tidak boleh seorang lelaki menuduh lelaki yang lain sebagai fasik atau kufur kerana tuduhan itu akan kembali semula kepadanya jika yang dituduh itu tidak sedemikian.  

KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

8/8/2019 KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

http://slidepdf.com/reader/full/kamz-usrah-sisma-penyelewengan-di-dalam-masalah-kafir-mengkafir 1/4

1

PENYELEWENGAN DI DALAM MASALAH KAFIR MENGKAFIR

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Untuk Usrah SISMA 16 Disember 2010 dari rujukan buku Tariqud Dakwah

PENGENALAN 

Perjalanan usaha dakwah ini perlu diteruskan walau bagaimana sekalipun ujian dan desakan

yang datang bertamu. Perbincangan ini tidaklah begitu sesuai untuk kita bersama dibincangkan,

kerana Alhamdulillah, keadaan jemaah kita ini tidaklah sehingga tahap saling kafir mengkafir. Tetapi,

mengetahui serta memahami tentangnya pasti akan dapat membantu kita melalui beberapa cabaran

di dalam menelusuri usaha dakwah ini. Keadaan dan sejarah akan berulang dan kita seharusnya

mengambil iktibar dari apa sahaja yang berlaku dahulu agar ia menjadi benteng dan persiapan

samaada berhadapan atau mengatasi masalah itu.

 

 ADAKAH MENGHUKUM ORANG LAIN ITU WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM? 

Hari ini, budaya menghukum ini telah berkembang dan menguasai sebahagian besar dari

mereka yang meletakkan diri mereka di dalam kerangka gerak kerja jemaah. Permasalahan ini timbul

apabila terdapat sebahagian daripada kita merasakan diri mereka lebih baik dari yang lainnya.

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, Allah tidak akan bertanya kepada kita, berapa ramai yang telah

kita hukum, tetapi berapa ramai yang telah kita dakwahkan? Menghukum menjadikan manusia itu

 jauh hati sebaliknya berdakwah menjadikan mereka itu sebahagian daripada kita. Biarlah kerja-kerja

menghukum itu dikembalikan kepada mereka yang berada di dalam bidangnya kerana kita tidak

akan diberikan balasan jika tidak menjatuhkan hukuman sebaliknya jika sekiranya kita masih

menjatuhkan hukuman, kita akan terdedah dengan balasan dari Allah s.w.t.

MENGKAFIRKAN SEORANG ISLAM ADALAH SESUATU YANG AMAT BERBAHAYA

Sesungguhnya, menuduh atau mengkafirkan seseorang yang Islam itu adalah suatu

perbuatan mencabul kehormatan yang paling mulia. Berkata Imam Bukhari r.a. bahawa Abu Dzar

mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Tidak boleh seorang lelaki menuduh lelaki 

yang lain sebagai fasik atau kufur kerana tuduhan itu akan kembali semula kepadanya jika yang

dituduh itu tidak sedemikian.  

Page 2: KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

8/8/2019 KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

http://slidepdf.com/reader/full/kamz-usrah-sisma-penyelewengan-di-dalam-masalah-kafir-mengkafir 2/4

Membuat pertuduhan sebegitu, kepada sesama ummat Islam adalah suatu perilaku yang sia-

sia dan akan menyebabkan lebih banyak kerosakan bahkan tidak menurut syariah Islam.Kita boleh

teliti dalam perbuatan yang sama berlaku dikalangan ahli masyarakat kita, kesannya, kerja dakwah

tidak berlangsung dan seolah-olah mereka itu tiada lagi hak untuk ke syurga. Syurga neraka adalah

ketentuan dari-Nya, tugas kita hanya mengajak yang maaruf dan mencegah yang mungkar. Jika jelas

dihadapan mata, maka harus kita tangani dengan kuasa, jika tidak lidah jika tidak ada upaya juga,

bencilah dengan hati.

Dakwah perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Menghukum, bukanlah cara pandangan

pendakwah, oleh yang demikian, usaha dakwah itu pasti tidak akan dibantu Allah s.w.t. sekiranya

yang kita cari bukan keredhaan dari-Nya. Kesannya amat teruk. Terputus silaturrahim, membenci

ciptaan Allah s.w.t. serta menidakkan hak mereka ke syurga. Ayuhlah, kita hindari peringkat awal

permulaan penyelewengan ini iaitu dengan membanding siapa lebih baik atau siapa lebih alim.

MANAKAH YANG LEBIH PERLU DIAWASI? 

Maka berhati-hatilah, apabila kita menjauhkan diri dengan kelompok yang kita sangkakan

mereka tidak berbuat sebagaimana kita berbuat, maka kita sebenarnya secara sendirinya telah

memecahkan usaha dakwah itu. Menjauhkan diri dengan sangkaan kita lebih baik dari mereka

sebenarnya adalah lambang kecilnya hati seorang pendakwah yang tidak akan menyuburkan

usahanya. Marilah kita bersama beristighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. kerana antara sebabperpecahan dan kegagalan kita dalam usaha dakwah ini adalah kuasa menghukum ini. Kita sudah

pun diingatkan tentang kita pendakwah bukan penghukum.

 

Sahabat yang dikasihi. Beranikah kita menyatakan orang yang sakit itu telah mati? Walau

dalam keadaan dia tidak sedarkan diri dan koma? Melainkan setelah pasti kematiannya. Bahkan

usaha kita sebagai teman atau saudaranya, mencari penawar serta berdoa untuk keselamatannya di

dunia dan di akhirat? Keutamaan dalam tindakan kita adalah mencari penawar dan sentiasa

mendoakan kesejahteraannya. Apabila kita memarahinya, biarlah kerana Allah s.w.t. bukan kerana

benci kepadanya.

BATAS PEMISAH ANTARA KUFUR DAN ISLAM

Page 3: KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

8/8/2019 KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

http://slidepdf.com/reader/full/kamz-usrah-sisma-penyelewengan-di-dalam-masalah-kafir-mengkafir 3/4

Page 4: KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

8/8/2019 KAMZ (Usrah SisMA) Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir

http://slidepdf.com/reader/full/kamz-usrah-sisma-penyelewengan-di-dalam-masalah-kafir-mengkafir 4/4