40
KEPAK Page 1 KANDUNGAN RINGKASAN EKSEKUTIF Muka surat 1.0 Pendahuluan 2 2.0 Cadangan Berasaskan GTP, ETP, MBE dan RMK10 3 3.0 Struktur Gaji Setara Dengan Nilai Sebenar Bakat 4 4.0 Strategi Lautan Biru 4 5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 Cadangan Tukar Lantik Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan Gunasama Persekutuan kepada Jawatan Pegawai Tadbir Korporat 6 7.0 Cadangan Penempatan Pegawai Tadbir Korporat 8 Penugasan Semula Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 9 Penempatan Pegawai Tadbir Korporat di Jabatan Pelajaran/Pejabat Pendidikan Daerah dan Pelaksanaan Penugasan Semula Guru-Guru 9 8.0 Cadangan Pengambilan dan Pelantikan Baharu Ke Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M48 10 9.0 Tugas-Tugas Penyeliaan Di Kementerian/Jabatan/Agensi 11 10.0 Cadangan Elaun-Elaun Khas untuk Pegawai Tadbir Korporat 13 11.0 Cadangan Elaun-Elaun Untuk Semua Penjawat Awam 14 12.0 Tarikh Kuat Kuasa Skim Baharu 16 13.0 Penutup 16 Lampiran ’A’ Permohonan Mewujudkan Elaun-Elaun Khas Tujuan 18 Latar Belakang 18 Permohonan Kesatuan 18 Asas Permohonan 20 Anggaran Implikasi Kewangan 22

KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 1

KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Muka surat

1.0 Pendahuluan 2 2.0 Cadangan Berasaskan GTP, ETP, MBE dan RMK10 3 3.0 Struktur Gaji Setara Dengan Nilai Sebenar Bakat 4 4.0 Strategi Lautan Biru 4 5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 Cadangan Tukar Lantik Penolong Pegawai Tadbir

Perkhidmatan Gunasama Persekutuan kepada Jawatan Pegawai Tadbir Korporat 6

7.0 Cadangan Penempatan Pegawai Tadbir Korporat 8

Penugasan Semula Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 9 Penempatan Pegawai Tadbir Korporat di Jabatan Pelajaran/Pejabat Pendidikan Daerah dan Pelaksanaan Penugasan Semula Guru-Guru 9

8.0 Cadangan Pengambilan dan Pelantikan Baharu Ke

Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M48 10 9.0 Tugas-Tugas Penyeliaan Di Kementerian/Jabatan/Agensi 11 10.0 Cadangan Elaun-Elaun Khas untuk Pegawai Tadbir Korporat 13 11.0 Cadangan Elaun-Elaun Untuk Semua Penjawat Awam 14 12.0 Tarikh Kuat Kuasa Skim Baharu 16 13.0 Penutup 16

Lampiran ’A’ – Permohonan Mewujudkan Elaun-Elaun Khas Tujuan 18 Latar Belakang 18 Permohonan Kesatuan 18 Asas Permohonan 20 Anggaran Implikasi Kewangan 22

Page 2: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PPT) PERKHIDMATAN

GUNASAMA PERSEKUTUAN KEPADA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENDAHULUAN Memorandum ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Kerajaan bagi menaik taraf Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, N32, N36 di bawah Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (disebut selepas ini sebagai PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan) ke cadangan Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) yang baharu. KEPAK menggesa pihak Kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam supaya menaik taraf skim perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan dengan memansuhkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir dan mewujudkan satu skim perkhidmatan yang baharu iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan dengan kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian sebagai kelayakan masuk. KEPAK mencadangkan untuk memansuhkan dan menaik taraf skim perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Gred N27, N32, N36 dengan penyandang yang memenuhi syarat akan ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41/42/MK44, MK48, MK52, MK54 suatu skim perkhidmatan baharu yang fleksibel, dimana mekanisme struktur gred gaji akan memastikan pendapatan individu setaraf dengan nilai bakat seseorang berasaskan tempoh pengalaman. Cadangan ini adalah sebagai lanjutan dan untuk memenuhi keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam di dalam Perbicaraan No. 21 Tahun 1981, yang telah membuat keputusan berikut: ” Para 31 : Mengesyorkan supaya Kerajaan mengkaji semula kedudukan Skim Perkhidmatan Pegawai Kerja (sekarang dikenali sebagai Penolong Pegawai Tadbir) dengan tujuan menaikkan taraf skim itu kepada paras yang lebih tinggi.” Setelah jawatan Pegawai Tadbir Am (PTA) dijumudkan, jawatan PTA kemudiannya diserapkan ke jawatan PTD dimana pelaksanaannya berakhir pada tahun 2001. Berikutan itu, PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan tidak berpeluang menikmati kenaikan pangkat ke jawatan PTA. Akibat dari jumudnya jawatan PTA, telah wujud suatu anomali dan cadangan ini adalah untuk memperbaiki anomali berkenaan.

Page 3: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 3

2.0 CADANGAN BERASASKAN PENDEKATAN GTP, ETP, MBE DAN RMK10 Cadangan untuk menambah baik skim perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan dengan mereka bentuk satu skim perkhidmatan baharu, iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat yang fleksibel berasaskan pendekatan Program Transfomasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baharu Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10) secara bersepadu, dimana:

2.1 Model Baharu Ekonomi (MBE) yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak pada 30 Mac 2010, akan melaksanakan pelbagai strategi yang akan melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada US$7,000 (RM23,000) kepada US$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, telah menggariskan lapan (8) inisiatif Pembaharuan Strategik dan salah satunya ialah Memperkukuhkan Sektor Awam.

2.2 RMK10 yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj.

Abdul Razak pada 10 Jun 2010 telah menetapkan bahawa:- 2.2.1 Meningkatkan pendapatan per kapita rakyat kepada RM38,850

(US$12,140) pada 2015.

2.2.2 Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul. (iaitu Premis ke 5 daripada 10 Premis Utama RMK10).

2.3 Bagi mencapai aspirasi menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan

tinggi, modal insan dalam kerajaan hendaklah terdiri daripada penjawat awam dengan kualiti terbaik. Strategi membina dan mengekalkan modal insan cemerlang dalam perkhidmatan awam akan dilaksanakan, iaitu:

2.3.1 Memperkukuhkan budaya prestasi dalam perkhidmatan awam;

2.3.2 Mereka bentuk skim perkhidmatan yang fleksibel yang dapat

memadankan bakat dan pengalaman secara efektif mengikut keperluan perkhidmatan awam.

2.4 Bagi mencapai aspirasi RMK10, lima (5) teras strategik utama dikenal

pasti ke arah mencapai objektif serta sasaran ditetapkan dalam rancangan RMK10 ini. Teras strategik pertama dari lima (5) teras, ialah;

2.4.1 Mengubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah

mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Page 4: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 4

2.4.2 Antara pendekatannya, menambah baik usaha pembangunan modal insan dalam sektor awam :- 2.4.2.1 Penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap dan

berkesan berkait rapat dengan kecemerlangan sumber manusia. Bagi mengekalkan bakat berkualiti dalam perkhidmatan awam, rangka kerja pengurusan sumber manusia dan pembangunan kerjaya akan ditambah baik.

2.4.2.2 Peluang kepada penjawat awam untuk menambah ilmu

dan kepakaran masing-masing akan diperluas dan sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan untuk meningkatkan kompetensi mereka.

3.0 STRUKTUR GAJI SETARA DENGAN NILAI SEBENAR BAKAT YAB Perdana Menteri ketika diwawancara dalam rancangan The CNBC Conversation yang disiarkan di dalam ’Berita Minggu’ pada 12 September 2010, telah menyatakan bahawa kerajaan akan mewujudkan langkah-langkah bagi memastikan struktur gaji di Malaysia setara dengan nilai sebenar bakat seseorang. Beliau mengakui bakat sumber manusia di negara ini mempunyai nilai di bawah pasaran, sehubungan itu ia perlu dipertingkatkan ke tahap yang sepatutnya bersesuaian dengan kos sara hidup serta keadaan ekonomi semasa. Justeru, adalah dicadangkan diwujudkan satu struktur skim perkhidmatan yang fleksibel bertujuan supaya penjawat-penjawat yang berkelayakan diberikan gred/struktur gaji setara dengan nilai sebenar bakat seseorang.

YAB Perdana Menteri semasa berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) pada 22 Mac 2011 di PICC telah menyatakan bahawa ’kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai-pegawai yang telah berjaya memiliki kelayakan yang lebih tinggi. Peluang ini dibuka untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing’. 4.0 STRATEGI LAUTAN BIRU YAB Perdana Menteri semasa berucap pada perhimpunan bulanan JPM pada 4 April 2011 telah meminta penjawat awam menerapkan empat (4) elemen penting dalam ’Strategi Lautan Biru’ dalam pengurusan iaitu mengurang, menghapus, mewujud dan menambah peluang. Beliau telah menyatakan bahawa kerajaan akan berusaha untuk mewujud dan pada masa sama menambah peluang kepada setiap rakyat, termasuk dalam sektor awam. Justeru, cadangan mewujudkan Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat ini adalah untuk menambah peluang kepada PPT Perkhidmatan Gunasama

Page 5: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 5

Persekutuan meningkat ke peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing serta meningkatkan keberhasilan pentadbiran awam.

Pada masa ini ramai PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diperolehi semasa dalam perkhidmatan dengan inisiatif dan sumber kewangan sendiri, melalui belajar separuh masa/sepenuh masa dengan cuti belajar tanpa gaji/separuh gaji untuk memenuhi pembangunan modal insan kreatif dan inovatif. Namun, mereka tidak mempunyai sebarang peluang peningkatan ke skim perkhidmatan di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) sebagaimana skim-skim perkhidmatan sokongan lain. PPT yang telah lulus KPSL juga tidak berpeluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di dalam skim PPT.

Cadangan ini membolehkan peningkatan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi kepada semua PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang telah lama berkhidmat di pelbagai Kementeian/Jabatan/Agensi, memiliki bakat-bakat khusus dan memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL. Di samping itu ianya dapat mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 dimana pengisiannya sekarang dibuat melalui pelantikan baharu atau secara kontrak. Dengan demikian, Kerajaan akan dapat menjimatkan masa dan kos untuk melatih pegawai-pegawai lantikan baharu berbanding dengan PPT yang lebih berpengalaman, berbakat, kreatif dan berinovatif seperti disarankan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. 5.0 MELAKSANAKAN PELBAGAI SKOP TUGASAN BERBENTUK OPERASI

PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang sedang berkhidmat di pelbagai Kementeian, Jabatan dan Agensi melaksanakan pelbagai skop tugasan atau ’multi tasking’ yang spesifik/khusus seperti pengurusan dan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan penyelenggaraan, pelesenan, pinjaman perumahan, pengurusan pencen, pusaka kecil, Majistret Kelas ll, pengurusan tanah, Setiausaha Keselamatan Daerah, Timbalan Pemungut Duti Setem dan lain-lain yang melibatkan tugasan berbentuk operasi (operational) serta merancang dan mengawal selia dasar-dasar kerajaan.

Selain dari skop fungsi tugas-tugas diatas, PPT juga menjalankan tugas-tugas sebagaimana dilaksanakan oleh penjawat PTD di sesebuah Kementeian/Jabatan iaitu merangkumi tugas-tugas merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam di dalam bidang Pengurusan Sumber Tenaga Manusia dan Organisasi, Sumber Kewangan, Ekonomi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Daerah/Tanah, Perancangan dan Pentadbiran Sosial, Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri, Keselamatan/Ketahanan Negara dan Pengurusan Teknologi Maklumat. PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan juga dilantik sebagai panel temuduga oleh SPA/SPP/Kementeian/Jabatan, panel peperiksaan bagi jawatan gunasama dan bukan gunasama, penggubal soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksa kertas-kertas

Page 6: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 6

peperiksaan. Mereka juga bertugas sebagai penceramah/fasilitator di INTAN, institusi/pusat latihan dan Kementeian/Jabatan untuk pelbagai skim dan gred jawatan di dalam Kumpulan Sokongan, Kumpulan P & P (termasuk PTD) dan Pegawai Pengurusan Tertinggi Gred Utama/ Khas ‘C’ dan keatas.

Secara umumnya, skop bidang tugas-tugas utama dan Jawatan Standard PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan adalah seperti berikut: 15.1 Pengurusan Pentadbiran dan Organisasi; 15.2 Pengurusan Sumber Manusia; 15.3 Pengurusan Kewangan; 15.4 Pengurusan Aset/Stor; dan 15.5 Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan. 6.0 CADANGAN TUKAR LANTIK PENOLONG PEGAWAI TADBIR PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN KEPADA JAWATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT Semua pegawai di dalam skim perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Gred N27, N32, N36 yang telah dilantik secara tetap adalah layak ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat. Skim Perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan dengan ini dimansuhkan dan ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) Gred MK41/MK42, MK44, MK48, MK52, MK54 seperti berikut:-

BIL GRED SEKARANG

DITUKAR LANTIK KE

SYARAT SYARAT TUKAR LANTIK

a.

PPT Gred N27

PTK Gred MK41

Semua PPT Gred N27 yang telah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau telah lulus KPSL akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41 tanpa tertakluk kekosongan jawatan. PPT Gred N27 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 9 tahun dan lulus Peperiksaan Khas* sekiranya tidak memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau tiada KPSL akan ditukar lantik ke jawatan PTK Gred MK41. PPT akan kekal dalam Gred N27 secara khas untuk penyandang (KUP), jika tidak memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau tiada KPSL dan tempoh perkhidmatan belum cukup 9 tahun atau belum lagi lulus Peperiksaan Khas*.

Page 7: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 7

b.

PPT Gred N32

PTK Gred MK42

PPT Gred N32 yang tidak memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau tidak lulus KPSL akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Gred MK42, sekiranya lulus Peperiksaan Khas*. PPT Gred N32 akan kekal dalam Gred N32 secara khas untuk penyandang (KUP), jika tidak memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau tidak lulus KPSL dan lagi belum lulus Peperiksaan Khas*.

c.

PPT Gred N36

PTK Gred MK42

PPT Gred N36 yang tidak memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau tidak lulus KPSL akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK42 tanpa tertakluk kekosongan jawatan.

d.

PPT Gred N32

PTK Gred MK44

Semua PPT Gred N32 yang telah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau telah lulus KPSL akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK44 tanpa tertakluk kekosongan jawatan.

e.

PPT Gred N36

PTK Gred MK48

Semua PPT Gred N36 yang telah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau telah lulus KPSL akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK48 tanpa tertakluk kekosongan jawatan.

* Nota: Pihak JPA hendaklah menggubal dan menyediakan sukatan, soalan dan kertas peperiksaan untuk Peperiksaan Khas yang akan diduduki oleh PPT yang tidak memenuhi syarat untuk ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat. Gelaran jawatan Pegawai Tadbir Korporat juga boleh dinamakan sebagai Pegawai Tadbir Persekutuan atau Pegawai Tadbir Pengurusan, mengikut kesesuaian oleh pihak JPA.

Pertukaran lantik secara istimewa tanpa kekosongan jawatan adalah untuk

membolehkan jawatan-jawatan kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK44, MK48 diisi secara fleksibel oleh PPT Gred N32/N36 (gred kenaikan pangkat) dengan memadankan bakat dan pengalaman, dimana

Page 8: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 8

penyandang yang berkelayakan diberikan gred gaji setara dengan nilai sebenar bakat seseorang, iaitu dengan mengambilkira perkara-perkara berikut:

6.1 memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus

Peperiksaan Khas Memasuki Skim Pegawai Tadbir (KPSL);

6.2 mempunyai `bakat-bakat’ khusus/spesifik berdasarkan kompleksiti skop fungsi tugas yang khusus;

6.3 berpengalaman luas dalam pelbagai Kementeian/Jabatan; dan

6.4 mengiktiraf tempoh perkhidmatan di dalam skim PPT dengan memberikan Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) secara serentak dan mengambil kira tempoh perkhidmatan tersebut untuk kenaikan pangkat berdasarkan prinsip ’time-based’. 7.0 CADANGAN PENEMPATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT

7.1 Jawatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) yang baharu ini tidak akan mengakibatkan sebarang penambahan jawatan dan pengambilan/ penambahan kakitangan baharu. Justeru, Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah menstruktur semula perjawatan di semua Kementeian/ Jabatan/Agensi bagi mengelakkan sebarang birokrasi dan pertindihan tugas yang mana akan dapat menjimatkan wang rakyat.

7.2 Pegawai Tadbir Korporat (PTK) hendaklah ditempatkan di semua

Kementeian, Jabatan dan Agensi persekutuan. Pertama, setelah tukar lantik dilaksanakan, PPT yang ditukar lantik ke jawatan PTK hendaklah terus dikekalkan di penempatan sedia ada sekarang dengan melaksanakan pelbagai tugasan berbentuk operasi.

7.3 Penugasan Semula Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Kedua, langkah lebih berkesan bagi mengelakkan pertindihan tugas dan mengelakkan birokrasi, perjawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di semua Kementeian, Jabatan dan Agensi hendaklah disusun semula, dimana PTD hendaklah diberi penugasan semula dengan tugas-tugas merancang, merangka dan mengawal dasar-dasar kerajaan. Semua skop tugas yang melibatkan pengurusan kewangan, sumber manusia, pengurusan aset/stor dan pengurusan projek hendaklah diserahkan tanggungjawabnya kepada Pegawai Tadbir Korporat, memandangkan tugas-tugas berkenaan adalah merupakan tugas-tugas operasi. Ini dapat mengelakkan birokrasi dan juga dapat mengurangkan lapisan gred dan bilangan jawatan serta dapat menjimatkan wang rakyat (bayaran gaji dan elaun) di semua Kementeian, Jabatan dan Agensi persekutuan.

Page 9: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 9

7.4 Penempatan Pegawai Tadbir Korporat di Jabatan Pelajaran/Pejabat Pelajaran Daerah dan Pelaksanaan Penugasan Semula Guru-Guru.

Pada tahun 2010, konsep penugasan semula telah dilaksanakan dalam pasukan PDRM apabila lebih 7,000 pegawai dan anggota Polis yang sebelum itu bertugas di pejabat/balai, ditugaskan semula membuat tugas-tugas hakiki polis tanpa perlu membuat pengambilan anggota polis baharu. Pihak JPA telah menempatkan Pembantu Tabdir (PT) bagi menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kewangan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Balai Polis. Oleh itu, Kerajaan hendaklah juga melaksanakan konsep penugasan semula guru-guru di Kementeian Pelajaran Malaysia, semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dimana guru-guru Gred DG52, DG48, DG44, DG41, DG32 dan DG29 yang sekarang ini menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan projek di JPN dan PPD, ditukar dan ditugaskan semula untuk mengajar di sekolah-sekolah menengah/rendah. Jika dilaksanakan, guru-guru berkenaan dengan segeranya boleh menjalankan tugas-tugas mengajar bagi mengatasi kekurangan guru di sekolah-sekolah pada masa sekarang, tanpa perlu mengambil guru-guru sementara/kontrak/ Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Guru-guru berkenaan adalah guru-guru terlatih dan mereka sepatutnya ditempatkan semula untuk mengajar, terutama di sekolah-sekolah yang menghadapi kekurangan guru-guru dan mengajar merupakan tugas hakiki guru-guru berkenaan. Pegawai Tadbir Korporat (PTK) hendaklah ditempatkan di Jabatan Pelajaran Malaysia, JPN, PPD dan sekolah-sekolah dengan mengambil alih dan melaksanakan tanggungjawab tugas-tugas pengurusan/ pentadbiran, kewangan, sumber manusia, aset/stor dan pengurusan projek. Ianya dapat membantu pihak Jabatan Pelajaran untuk mengurus kewangan, aset/stor dan projek-projek pembangunan seperti pembinaan sekolah-sekolah baharu/bangunan tambahan, makmal sains, gelanggang sukan dan pelbagai projek lain dengan lebih cekap. Dengan bakat dan pengalaman yang luas, kursus/latihan dalam pengurusan/ pentadbiran, kewangan, sumber manusia, aset/stor dan pengurusan projek, seseorang PTK apabila ditempatkan di JPN, PPD dan sekolah-sekolah akan dapat melaksanakan semua skop tugasan berkenaan dengan kreatif dan inovatif bagi kepentingan semua guru, murid dan para ibu/bapa/penjaga.

Page 10: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 10

8.0 CADANGAN PENGAMBILAN DAN PELANTIKAN BAHARU KE JAWATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) GRED M48. 8.1 Bagi mewujudkan pengurusan dalam perkhidmatan awam yang cekap

dan lebih efisyen, dicadangkan supaya pengambilan dan pelantikan jawatan PTD hendaklah bermula di peringkat Gred M48. Ianya bertujuan supaya pegawai-pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dengan cemerlang dinaikkan pangkat secara tukar lantik ke jawatan PTD Gred M48. Jawatan PTD Gred M48 secara khusus melibatkan tugas-tugas ’merancang, merangka, menganalisa dan mengawal dasar-dasar kerajaan’ di sesuatu Kementeian/Jabatan/Agensi dan ianya memerlukan seseorang penjawat yang telah mempunyai pengalaman luas dan bakat dalam tadbir urus sektor awam.

8.2 Pengambilan jawatan PTD Gred M41 baharu dan bertaraf ’kontrak’

hendaklah diberhentikan sebab ini telah menjejaskan sistem pentadbiran dan penyampaian sektor awam. Pihak kerajaan juga perlu menyediakan peruntukan kewangan/bajet yang tinggi untuk pelbagai kursus/latihan kepada semua ’kumpulan Junior’ PTD Gred M41-M44.

8.3 Pelantikan ke jawatan PTD Gred M48, hendaklah dari kalangan penjawat

Pegawai Tadbir Korporat (PTK) yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dengan tidak kurang tiga (3) tahun di dalam Gred MK44. Seseorang PTK yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun, telah mempunyai bakat, pengalaman dan latihan yang cukup untuk menyandang jawatan PTD Gred M48, memandangkan mereka telah menghadiri pelbagai jenis kursus Pengurusan, Kewangan, Sumber Manusia, Aset dan Pengurusan Projek dan telah didedahkan kepada pelbagai pekeliling/surat pekeliling Pentadbiran dan Kewangan yang dikeluarkan oleh JPA, Perbendaharaan dan MAMPU. Mereka telah mempunyai pengalaman luas didalam bidang pengurusan/pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan perhubungan dengan orang awam.

8.4 Cadangan syarat-syarat pelantikan ke jawatan PTD Gred M48 dari

kalangan Pegawai Tadbir Korporat (PTK), adalah seperti berikut:-

Pegawai Tadbir Korporat yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lapan (8) tahun adalah layak dilantik secara tukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48, apabila telah:-

19.4.1 berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam

jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK44;

19.4.2 mencapai tahap prestasi dan tahap kecekapan yang ditetapkan;

19.4.3 diperaku oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan; dan

Page 11: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 11

19.4.4 hadir dan lulus dengan jayanya kursus / Peperiksaan Khas.

8.5 Pegawai Tadbir Korporat yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya

lapan (8) tahun dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat telah memiliki bakat dan pengalaman yang mendalam di dalam tadbir urus sektor awam. Dengan memadankan bakat dan pengalaman secara efektif, sewajarnya apabila lantik ke jawatan PTD Gred M48 akan dapat melaksanakan segala skop tugas ‘merancang dan mengawal dasar- dasar kerajaan’ secara kreatif, inovatif, cemerlang dan berintergriti.

9.0 TUGAS-TUGAS PENYELIAAN DI KEMENTEIAN/JABATAN/AGENSI

9.1 Di dalam struktur organisasi Kementeian/Jabatan sekarang, jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 dan Gred N26 diletakkan di bawah Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N27/N32/N36. Struktur organisasi ini adalah merupakan struktur perkhidmatan berlapis dan meletakkan seseorang PPT juga menjalankan tugas-tugas penyeliaan. Pada hakikatnya, PPT tidak langsung menjalankan tugas-tugas penyeliaan tetapi tugas-tugas penyeliaan kakitangan bawahan adalah di bawah bidang tugas dan dijalankan sepenuhnya oleh seseorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 dan N26.

9.2 Setelah jawatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) diwujudkan, maka pihak

JPA diharap dapat menyediakan suatu struktur organisasi horizontal berbanding struktur organisasi berlapis, terutama yang melibatkan perjawatan PTK dan Pembantu Tadbir (PT) Gred N22/N26. Jawatan PTK hendaklah melaksanakan terus skop tugas-tugas operasi, manakala PT Gred N22 dan N26 menjalankan tugas-tugas penyeliaan dan memantau kakitangan bawahan bagi mengelakkan karenah/ birokrasi pentadbiran di sesuatu Kementeian/Jabatan/Agensi persekutuan. Justeru, peranan dan tanggungjawab PT Gred N22 dan N26 hendaklah diperluas sesuai dengan pengalaman dan kekananan gred jawatan berkenaan.

Ini adalah selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri pada MAPPA XII yang menyatakan, “…… Lazimnya, modal insan berbakat memerlukan inspirasi, bukan diarah atau disuap. Mereka akan memilih persekitaran yang memberi peluang untuk meningkat ke mercu berteraskan potensi diri masing-masing. Mereka tidak tertarik dengan organisasi atau struktur perkhidmatan berlapis, sebaliknya cenderung kepada ‘flat organizations’. Oleh itu barangkali di sinilah cabaran sebenar perkhidmatan awam iaitu untuk menarah struktur organisasi supaya lebih horinzontal dan menganyam semula birokrasi supaya lebih luwes atau fleksibel”.

Page 12: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 12

Penstrukturan semula ini wajar dilakukan bagi menyediakan modal insan berbakat dan cemerlang dikalangan PTK. Bilangan perjawatan dalam perkhidmatan awam akan dapat dikurangkan apabila jawatan PPT Gred N29, N32 dan N36 dihapus dan dijumudkan di peringkat persekutuan. Ini akan mewujudkan ‘lean civil service’ atau sebuah perkhidmatan awam yang kejap yang mempunyai saiz penjawat awam mantap dan operasinya digembleng sepenuhnya ke arah mencapai matlamat perkhidmatan.

9.3 MENAIK TARAF JAWATAN PEMBANTU TADBIR GRED N22 Adalah dicadangkan supaya jawatan Pembantu Tadbir (PT) Gred N22 dipertingkan dari segi taraf jawatan dan kelayakan masuk. Ini adalah supaya kedudukan jawatan berkenaan diberi peranan dan skop tugas yang lebih tinggi supaya sistem penyampaian sektor awam dipertingkatkan, memandangkan jawatan berkenaan adalah jawatan pertengahan yang menjadi penghubung diantara orang ramai/rakyat dengan pihak pengurusan dan juga kakitangan Kumpulan Pelaksana lain. Di dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Polis terkini, pangkat Sarjan yang sebelum ini setaraf dengan PT Gred N22 dan merupakan gred kenaikkan pangkat, telah diubah kepada gred lantikan terus dengan kelayakan masuk STPM/Diploma. Oleh yang demikian, dicadangkan supaya jawatan PT Gred N22 juga diubah dari jawatan gred kenaikan pangkat kepada gred lantikan terus dengan kelayakan masuk diperingkat Diploma dan nama jawatan diubah kepada Ketua Pembantu Tadbir. Dicadangkan perubahan ini dilaksanakan di bawah ’Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia’ untuk menaik taraf dan mempertingkatkan perjawatan di dalam Kumpulan Pentadbiran dan Sokongan (N). Dicadangkan, kelayakan masuk ke jawatan Pembantu Tadbir Gred N17 hendaklah juga dinaikkan ke pertingkat kelayakan STPM/STAM/Sijil Politeknik/Sijil Matrikulasi/Sijil Asasi, disamping kelayakan SPM sebagaimana sekarang ini, dengan memiliki sekurang-kurangnya lima (5) kepujian iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Pendidikan Agama Islam / Moral dan satu subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris.

10.0 CADANGAN ELAUN-ELAUN KHAS UNTUK PEGAWAI TADBIR KORPORAT

10.1 Adalah dicadangkan supaya diwujudkan elaun-elaun baharu yang khusus untuk jawatan Pegawai Tadbir Korporat, iaitu seperti berikut:

10.1.1 Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat.

Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat ini adalah diberikan kepada setiap pegawai berdasarkan kompleksiti skop tugas yang pelbagai

Page 13: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 13

(multi tasking) yang memerlukan kepakaran, pengetahuan yang mendalam untuk memastikan sistem pengurusan, intergriti dan penyampaian perkhidmatan awam ditahap yang tinggi dan efisyen. Penjawat PTK bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing seseorang penjawat baharu dalam semua bidang pengurusan dan ini memerlukan kebolehan dan kepakaran serta kesabaran yang dianggap amat kritikal dan mencabar. Dicadangkan bayaran Elaun Khas ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok bulanan setiap Pegawai Tadbir Korporat.

10.1.2 Elaun Khas Pengurusan Kewangan.

Elaun Khas Pengurusan Kewangan adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang mengurus dan menjalankan tugas-tugas kewangan seperti Penyediaan Bajet, Agihan dan kawalan peruntukan Mengurus dan Pembangunan, Perolehan secara tender/sebut harga, bayaran gaji, menjawab pertanyaan audit dan lain-lain tugas kewangan. Dicadangkan bayaran elaun ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok bulanan setiap Pegawai Tadbir Korporat berkenaan.

10.1.3 Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor.

Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang mengurus dan mengawal-selia semua asset atau stor di sesuatu Kementeian/Jabatan. Bayaran elaun ini wajar diberikan memandangkan jumlah dan nilai asset/stor di sesebuah Kementeian/ Jabatan adalah amat tinggi sehingga ada yang bernilai ratusan juta ringgit dan bilangan aset yang terlalu banyak serta kompleks. Pegawai juga dikehendaki menguruskan Verifikasi Stor dan menyediakan lapuran berkaitannya. Dicadangkan bayaran elaun ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok bulanan setiap Pegawai Tadbir Korporat berkenaan.

10.1.4 Elaun Khas Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan. Elaun Khas Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang merancang, mengurus, mengawal dan memantau semua projek pembangunan di sesuatu Kementeian/Jabatan. Bayaran elaun ini wajar diberikan memandangkan betapa kompleksnya urusan menguruskan sesuatu projek pembangunan bermula dengan

Page 14: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 14

mengenal pasti tapak projek, penyediaan bajet, menyelia dan memantau sesuatu projek sehingga siap pembinaan. Dengan mengunakan kaedah ‘value management’ atau pengurusan nilai sebagai alat pengurusan atau ‘management tool’ bagi mencapai nilai untuk wang supaya mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan, memandangkan nilai sesuatu projek adalah amat tinggi sehingga ada yang bernilai ratusan juta ringgit. YAB Perdana Menteri pada MAPPA XII telah dinyatakan bahawa, ‘Dasar kerajaan kini menjurus kepada pengurusan yang mementingkan ‘value management’ atau pengurusan nilai….. Kaedah pengurusan nilai ini diterapkan di semua pengurusan projek kerajaan, bermula dari awal lagi merangkumi pra dan pasca projek temasuklah pemilihan lokasi, rekayasa dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang bersesuaian’. Dicadangkan bayaran elaun ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok bulanan setiap Pegawai Tadbir Korporat berkenaan.

Namun, bayaran elaun-elaun diatas hanya terhad kepada dua (2) jenis elaun yang boleh dibayar kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat sahaja.

Tujuan, latar belakang dan asas-asas permohonan empat (4) Elaun Khas di atas adalah seperti di Lampiran ‘A’.

11.0 CADANGAN ELAUN-ELAUN UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM Pada masa sekarang penjawat awam terpaksa menanggung sendiri kos perjalanan yang tinggi dari rumah ke pejabat setiap hari dengan menggunakan sumber dari gaji dan elaun setiap bulan dan ini telah mengakibatkan berkurangnya ‘take home pay’ penjawat awam berkenaan. Dengan kos hidup yang semakin tinggi pada masa sekarang, diharap pihak kerajaan dapat memberikan bantuan kewangan kepada semua penjawat awam bagi meringankan beban dan tanggungan kewangan yang dihadapi masa kini.

Sehubungan ini, adalah dicadangkan diwujudkan elaun-elaun baharu untuk membantu semua penjawat awam, iaitu seperti berikut:

11.1 Elaun Perjalanan Berulang-alik dari Rumah ke Pejabat.

Dicadangkan bayaran elaun perjalanan ini diberikan kepada setiap penjawat awam yang berulang-alik setiap hari dari rumah ke pejabat menggunakan kenderaan sendiri. Ianya dapat membantu meringankan penjawat awam kerana harga petrol yang tinggi pada sekarang, kos penyelenggaraan kereta/ motorsikal dan harga alat ganti yang amat tinggi, selain membayar cukai jalan dan insuran kenderaan.

Page 15: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 15

Bayaran elaun perjalanan ini dibayar kepada pegawai yang menggunakan kereta sendiri iaitu sebanyak RM350.00 sebulan bagi perjalanan yang melebihi 25 km. sehala dan sebanyak RM200.00 sebulan bagi perjalanan kurang dari 25 km. sehala. Elaun ini hanya dibayar kepada pegawai yang layak membeli kereta mengikut pekeliling semasa.

Bayaran elaun sebanyak RM150.00 dibayar kepada kakitangan yang menggunakan motorsikal sendiri. Elaun ini juga dibayar kepada kakitangan yang memiliki kereta tetapi tidak layak membeli kereta mengikut pekeliling semasa. Kereta/motorsikal hendaklah telah didaftarkan diatas nama pegawai berkenaan.

Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, tuntutan tambang bas/komuter adalah mengikut kadar sebenar tiket bas/komuter atau ‘pas bayaran bulanan’ tetapi terhad sehingga RM150.00 sebulan. Tuntutan bayaran balik tambang teksi tidak dibenarkan.

Penjawat awam yang mendiami Rumah Jabatan atau Rumah Khas Jabatan tidak layak dibayar/menuntut elaun ini.

11.2 Pembayaran Balik Bayaran Tol. Dicadangkan Pembayaran Balik Bayaran Tol ini diberikan kepada setiap penjawat awam yang menggunakan Lebuhraya bertol yang berulang-alik setiap hari dari rumah ke pejabat menggunakan kereta sendiri. Ianya dapat membantu meringankan beban kewangan penjawat awam kerana kadar bayaran Tol yang tinggi pada masa ini, terutama yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pembayaran Balik Tol ini dicadangkan sebanyak RM200.00 sebulan, hanya kepada pegawai yang memiliki kereta dan layak membeli kereta mengikut pekeliling semasa. Kakitangan yang menggunakan motorsikal tidak layak dibayar elaun ini. Penjawat awam yang menduduki Rumah Jabatan atau Rumah Khas Jabatan tidak layak dibayar elaun ini.

Kedua-dua bayaran elaun ini iaitu Elaun Perjalanan Berulang-alik dari rumah ke pejabat dan Pembayaran Balik Bayaran Tol tidak akan dipanjangkan kepada semua Pegawai Pengurusan Tertinggi Gred Utama/ Khas ‘C’ dan keatas atau setaraf kerana telah dibekalkan dengan Kereta Rasmi Jawatan (iaitu Proton Perdana atau setaraf) dan Kad Petrol. Pegawai berkenaan juga telah dibekalkan dengan Kad Tol Touch ‘N Go (TnG) dan Smart Tag, nilai maksima kad TnG adalah RM500.00 setiap bulan, mengikut surat Perbendaharaan Bil. KK/BP/DS(S)10/704/1 JD.2 (sk.4/2010)(3) bertarikh 13.1.2011.

Page 16: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 16

12.0 TARIKH KUAT KUASA SKIM BAHARU Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat ini dicadang untuk berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2010. Apabila pihak kerajaan melaksanakan ’Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia’ terbaharu pada 2011 nanti, maka ini akan memudahkan pelaksanaan pelarasan kepada gred jawatan dan gaji baharu supaya tidak mengakibatkan kerugian kepada semua penyandang sedia ada.

13.0 PENUTUP YAB Perdana Menteri semasa berucap di dalam Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam pada 14 Mei 2009 telah mengumumkan sebanyak lapan (8) skim perkhidmatan akan dinaikkan taraf dan KEPAK berharap cadangan mewujudkan Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat ini adalah merupakan sebahagian dari lapan (8) skim perkhidmatan tersebut. Kedudukan PPT adalah sama dengan guru lepasan Diploma (PPPLD) di sekolah rendah yang memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda, dimana kerajaan telah mengiktiraf pengalaman mengajar di dalam skim PPPLD dengan memberikan Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) dan kenaikan pangkat secara time-based ke Gred DG44. Pada 16 Mei 2009 Kerajaan telah meluluskan kuota Guru Cemerlang Gred DG44 (1,737 jawatan) dan DG48 (173 jawatan) juga kepada guru-guru sekolah rendah. Sebelum ini jawatan Inspektor Polis dan Ketua Inspektor adalah setaraf dengan jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) dalam Kumpulan Sokongan. Namun, kini kelayakan masuk ke jawatan Inspektor telah dipertingkat dari STPM/Diploma ke ijazah Sarjana Muda Kepujian, bertaraf Pegawai Kanan Polis (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) dan jawatan/pangkat Ketua Inspektor Polis telah dimansuhkan. Akibat dari itu, taraf jawatan PPT kini telah menjadi rendah. Adalah wajar Skim Perkhidmatan PPT dinaik taraf sebagaimana Inspektor Polis (PDRM) dan Leftenen Muda di dalam Perkhidmatan Tentera. Jawatan PPT Gred N32 dan N36 dimansuhkan sebagaimana jawatan Ketua Inspektor supaya dapat memperbaiki dan meningkatkan struktur skim-skim perjawatan di dalam perkhidmatan awam.

Bilangan PPT yang terlibat dengan tukar lantik ke dalam skim baharu ini adalah lebih kurang 675 orang (15%) dari jumlah keseluhan 4,500 orang. Faedah dari pewujudan skim baharu ini akan menambah baik struktur perjawatan di dalam perkhidmatan awam persekutuan dari struktur perkhidmatan berlapis kepada struktur perkhidmatan horizontal dengan skop fungsi tugas lebih spesifik bagi memantapkan sistem penyampaian dan kompetensi pegawai awam.

Namun, PPT yang akan ditukar lantik adalah lebih rendah bilangannya dari Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 dan OMPD Gred F11 yang telah ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir Gred N17, iaitu hampir 10,000 orang, manakala guru-guru yang dinaikkan pangkat adalah 5,537 orang.

Page 17: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 17

Cadangan ini membolehkan PPT yang ditukar lantik, melaksana dan memfokus tindakan (action) secara lebih kreatif dan inovatif bagi memberi tumpuan terhadap dua belas (12) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri agar dilaksanakan dengan penuh komitmen dan kesungguhan. Dengan demikian akan memastikan dua tujuan utama dapat dicapai iaitu memenuhi hasrat dan jangkaan rakyat serta dapat melihat transformasi besar terhadap negara, selaras dengan menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi. Pertimbangan kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam dipohon untuk meluluskan cadangan memansuh dan menaik taraf skim perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK). Dengan lulusnya cadangan ini, PPT yang telah lama berkhidmat, berbakat dan memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda atau lulus KPSL akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41/42/ MK44, MK48, MK52 dan MK54 secara fleksibel. Ini bermakna peluang kemajuan kerjaya dan peningkatan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi dapat dinikmati oleh semua PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang sedang berkhidmat, selaras dengan gagasan: ”1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Page 18: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 18

LAMPIRAN ’A’

PERMOHONAN UNTUK MEWUJUDKAN ELAUN KHAS PEGAWAI TADBIR KORPORAT, ELAUN KHAS PENGURUSAN

KEWANGAN, ELAUN KHAS PENGURUSAN ASET/STOR DAN ELAUN KHAS PENGURUSAN PROJEK

UNTUK JAWATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT

1.0 TUJUAN.

Memorandum ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Kerajaan untuk mewujudkan empat (4) jenis elaun yang khusus untuk penjawat jawatan jawatan Pegawai Tadbir Korporat, iaitu Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat, Elaun Khas Pengurusan Kewangan, Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor dan Elaun Khas Pengurusan Projek selaras dengan menaik taraf Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, N32, N36 di bawah Perkhidmatan Gunasama Persekutuan ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) yang baharu. 2.0 LATAR BELAKANG. Jawatan Pegawai Tadbir Korporat merupakan tonggak dalam semua Kementeian/ Jabatan/Agensi dan penjawat jawatan berkenaan adalah terdiri dari seseorang yang mempunyai bakat, kepakaran dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang skop tugas ’khusus/spesifik’ masing-masing. Kompleksiti tugas-tugas didalam pengurusan/pentadbiran, kewangan, aset/stor dan pengurusan projek, selain berhadapan pelbagai risiko dimana mengakibatkan penjawat berkenaan ditomah, dianiaya dan boleh dihadapkan ke Mahkamah akibat dari kecuaian/kesalahan sendiri atau kesalahan pegawai-pegawai lain. Akibatnya tindakan tatatertib, surcaj atau dibuang kerja mudah dikenakan kepada pejawat Pegawai Tadbir Korporat. Sehubungan itu, dengan mewujudkan empat (4) jenis elaun elaun yang dipohon ini akan memberikan galakan kepada semua penjawat berkenaan menjalankan tugas yang kompleks dan berisiko tinggi itu dengan lebih didikasi, intergriti dan inovatif. 3.0 PERMOHONAN KESATUAN.

3.1. Adalah dicadangkan supaya diwujudkan elaun-elaun baharu yang khusus

untuk jawatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK), iaitu seperti berikut:

3.1.1 Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat.

Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat ini adalah diberikan kepada setiap pegawai berdasarkan kompleksiti skop tugas yang pelbagai (multi tasking) yang memerlukan kepakaran, pengetahuan dan kompetensi untuk memastikan sistem pengurusan, intergriti dan penyampaian perkhidmatan awam ditahap yang tinggi dan

Page 19: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 19

efisyen. Seseorang PTK bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing seseorang penjawat baharu dalam semua bidang pengurusan dan ini memerlukan kepakaran, pengetahuan, kreativiti dan inovasi yang dianggap amat kritikal dan mencabar.

Dicadangkan bayaran Elaun Khas ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok bulanan setiap Pegawai Tadbir Korporat.

3.1.2 Elaun Khas Pengurusan Kewangan.

Elaun Khas Pengurusan Kewangan adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang mengurus dan menjalankan tugas-tugas kewangan seperti Penyediaan Bajet, Agihan dan kawalan peruntukan Mengurus dan Pembangunan, Perolehan, menguruskan perbelanjaan dan lain-lain tugas kewangan.

Dicadangkan bayaran elaun ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok bulanan setiap Pegawai Tadbir Korporat berkenaan.

3.1.3 Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor.

Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang mengurus dan mengawal-selia semua asset atau stor di sesuatu Kementeian/Jabatan. Bayaran elaun ini wajar diberikan memandangkan jumlah dan nilai asset/stor di sesebuah Kementeian/ Jabatan adalah amat tinggi sehingga ada yang bernilai ratusan juta ringgit dan bilangan aset yang terlalu banyak serta kompleks. Dicadangkan bayaran elaun ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok bulanan setiap Pegawai Tadbir Korporat berkenaan.

3.1.4 Elaun Khas Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan.

Elaun Khas Pengurusan Projek adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang terlibat merancang, mengurus, mengawal dan memantau semua projek pembangunan di sesuatu Kementeian/Jabatan. Bayaran elaun ini wajar diberikan memandangkan betapa kompleksnya urusan menguruskan sesuatu projek pembangunan bermula dengan mengenal pasti tapak projek, penyediaan bajet, menyelia dan memantau sesuatu projek sehingga siap pembinaan. Pegawai dikehendaki berurusan dan berbincang dengan pelbagai pegawai teknik seperti Akitek, Juruukur Bahan, Jurutera Awam, Jurutera Elektrik, Jurutera Mekanikal, Kontraktor dan Juruperunding projek supaya sesuatu projek dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Page 20: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 20

Y.A.B Perdana Menteri sendiri telah meminta menggunakan kaedah ‘value management’ atau pengurusan nilai sebagai alat pengurusan atau ‘management tool’ bagi mencapai nilai untuk wang supaya mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan, memandangkan nilai sesuatu projek adalah amat tinggi sehingga ada yang bernilai ratusan juta ringgit dan dengan ini tugas pengurusan projek menjadi lebih kompleks, berbakat dan kreativiti serta pengetahuan bidang teknikal yang tinggi.

Dicadangkan bayaran elaun ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok bulanan setiap Pegawai Tadbir Korporat berkenaan.

4.0 ASAS PERMOHONAN. Pada masa ini pelbagai elaun khas/kritikal telah diwujudkan oleh pihak Kerajaan yang diberikan kepada beberapa jawatan di dalam pelbagai skim perkhidmatan, seperti Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) kepada Pembantu Tadbir yang menjalankan tugas-tugas kewangan dan yang menguruskan stor. Pegawai Undang-Undang, Pegawai Kejuruteraan, Pegawai Perubatan, Jurubahasa, Pembantu Setiausaha/Setiausaha Pejabat dan lain-lain juga menerima elaun-elaun khas.

Oleh yang demikian, adalah wajar supaya diwujudkan keempat-empat (4) jenis elaun ini untuk jawatan Pegawai Tadbir Korporat seperti berikut:

4.1 Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat.

Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat ini adalah diberikan kepada setiap pegawai berdasarkan kompleksiti skop tugas yang pelbagai (multi tasking) yang memerlukan kepakaran, pengetahuan yang mendalam untuk memastikan sistem pengurusan, intergriti dan penyampaian perkhidmatan awam ditahap yang tinggi dan efisyen. Seseorang PTK bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing seseorang penjawat baharu dalam semua bidang pengurusan dan ini memerlukan kepakaran, kreativiti dan pengetahuan serta kesabaran yang dianggap amat kritikal dan mencabar.

Diantara skop bidang tugas-tugas utama dan Jawatan Standard PTK adalah Pengurusan Pentadbiran dan Organisasi dan Pengurusan Sumber Manusia, yang meliputi tugas-tugas khusus seperti Pentadbiran dan Perkhidmatan, Sumber Manusia, Pinjaman Perumahan, Pengurusan Pencen, Latihan, Pelesenan, Pendaftaran Lesen (Kontraktor Kerja), Pendaftaran Lesen (Kontraktor Perkhidmatan/ Bekalan), Pengurusan Pusaka Kecil, Pengurusan Majlis (Event management), Magistret Kelas ll/ Pentadbiran Tanah, Timbalan Duti Setem, Penguatkuasaan dan Pengurusan Aduan Awam. Tugas-tugas berkenaan memerlukan

Page 21: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 21

kepakaran, bakat, intergriti dan mempunyai risiko tinggi serta terdedah kepada tohmahan.

4.2 Elaun Khas Pengurusan Kewangan.

Elaun Khas Pengurusan Kewangan adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang mengurus dan menjalankan tugas-tugas kewangan seperti Penyediaan Bajet, Agihan dan kawalan peruntukan Mengurus dan Pembangunan, Kutipan hasil dan Pembayaran, Perolehan (pembelian terus, sebutharga dan tender). Pegawai berkenaan bertanggungjawab terus kepada Pegawai Pengawal dan ketua Jabatan berhubung dengan kawalan, agihan, kehilangan dan hapus kira, menjawab pertanyaan audit (audit dalam dan audit luar) , disamping menyediakan pelbagai lapuran mengikut pekeliling dan surat pekeliling Perbendaharaan.

Pada masa sekarang, Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) telah pun diberikan kepada semua Pembantu Tadbir yang menjalankan tugas-tugas kewangan.

4.3 Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor.

Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang mengurus dan mengawal semua aset atau stor di sesuatu Kementeian/ Jabatan. Bayaran elaun ini wajar diberikan memandangkan jumlah dan nilai asset/ stor di sesebuah Kementeian/ Jabatan adalah amat tinggi, sehingga bernilai ratusan juta ringgit dan bilangan aset yang terlalu banyak dan kompleks. Pegawai berkenaan bertanggungjawab terus kepada Pegawai Pengawal dan ketua Jabatan berhubung dengan permohonan, agihan dan kawalan aset, kehilangan dan pelupusan, penyelenggaraan dan menyediakan pelbagai lapuran mengikut pekeliling/surat pekeliling Perbendaharaan/kewangan.

Bayaran elaun ini adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 bertarikh 20.2.2009 dimana setiap Kementeian/Jabatan/PTJ dikehendaki menubuhkan Bahagian/Seksyen/Unit Aset Kerajaan, yang mengandungi dua (2) fungsi berasingan iaitu Pengurusan Aset Alih/Hidup dan Pengurusan Stor.

Pada masa sekarang, Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITS) telah pun diberikan kepada semua Pembantu Tadbir yang menjalankan tugas-tugas pengurusan stor.

Page 22: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 22

4.3 Elaun Khas Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan.

Elaun Khas Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan adalah diberikan kepada setiap Pegawai Tadbir Korporat yang merancang, mengurus, mengawal dan memantau semua projek pembangunan di sesuatu Kementeian/Jabatan. Elaun Khas ini wajar diberikan memandangkan betapa kompleksnya urusan menguruskan sesuatu projek pembangunan, bermula dengan mengenal pasti tapak projek, penyediaan bajet, menguruskan dokumen tender, menyelia dan memantau projek sehingga siap pembinaan. Pengetahuan dalam bidang teknikal (sivil, elektrikal dan mekanikal), bakat dan kreativiti amatlah kritikal bagi seseorang pegawai projek supaya sesuatu projek siap dilaksanakan dan seterusnya diselenggara dengan baik.

Pengurusan projek kini menggunakan kaedah ‘value management’ atau pengurusan nilai sebagai alat pengurusan atau ‘management tool’ bagi mencapai nilai untuk wang supaya mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan, memandangkan nilai sesuatu projek pembangunan adalah amat tinggi sehingga ada yang bernilai ratusan juta ringgit.

YAB Perdana Menteri pada MAPPA XII telah dinyatakan bahawa, ‘Dasar kerajaan kini menjurus kepada pengurusan yang mementingkan ‘value management’ atau pengurusan nilai ….. Kaedah pengurusan nilai ini diterapkan di semua pengurusan projek kerajaan, bermula dari awal lagi merangkumi pra dan pasca projek temasuklah pemilihan lokasi, rekayasa dan reka bentuk sehingga pemilihan bahan pembinaan yang bersesuaian’.

5.0 ANGGARAN IMPLIKASI KEWANGAN.

5.1 Implikasi kewangan akibat dari cadangan mewujudkan empat (4) jenis Elaun Khas untuk Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat berkenaan adalah kecil dan ditahap minima, berbanding dengan impak kepada perkhidmatan awam. Bilangan PPT yang memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL yang akan ditukar lantik dari Gred N27, N32 dan N36 ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred Gred MK41/42 / MK44, MK48, MK52, MK54 adalah lebih kurang 675 orang (15%) daripada PPT yang berjumlah 4,500 orang.

5.2 Apabila proses tukar lantik dilaksanakan, hanya lebih kurang 675 orang (15%) sahaja daripada PPT yang berjumlah 4,500 orang yang akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41/42 / MK44, MK48, MK52 dan MK54. Baki 3,800 orang PPT akan kekal sebagai Khas Untuk Penyandang (KUP) pada Gred N27 dan N32.

Page 23: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 23

5.3 Anggaran impilkasi kewangan adalah seperti berikut:-

5.3.1 Elaun Khas Pegawai Tadbir Korporat. Hanya seramai lebih kurang 675 orang PPT yang akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat dan layak dibayar Elaun Khas Pegawai Tadbir sebanyak 10% dari gaji pokok b setiap pegawai berkenaan. Anggaran kos terlibat adalah seperti berikut: PTK Gred MK41: 450 orang x RM169.02 x 12 bln. = RM912,708 PTK Gred MK44: 135 orang x RM297.60 x 12 bln. = RM482,112 PTK Gred MK48: 90 orang x RM434.94 x 12 bln. = RM469,735 Jumlah setahun = RM1,864,555

5.3.2 Elaun Khas Pengurusan Kewangan. Adalah dianggarkan sebanyak 202 orang (30%) daripada Pegawai Tadbir Korporat akan terlibat dengan tugas-tugas menguruskan kewangan dan perolehan dan layak dibayar Elaun Khas Pengurusan Kewangan sebanyak 10% dari gaji pokok setiap pegawai berkenaan. Anggaran kos terlibat adalah seperti berikut: PTK Gred MK41: 100 orang x RM169.02 x 12 bln. = RM202,824 PTK Gred MK44: 62 orang x RM297.60 x 12 bln. = RM221,414 PTK Gred MK48: 40 orang x RM434.94 x 12 bln. = RM202,771 Jumlah setahun = RM627,009

5.3.3 Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor.

Adalah dianggarkan sebanyak 67 orang (10%) daripada Pegawai Tadbir Korporat akan terlibat dengan tugas-tugas menguruskan asset/stor dan layak dibayar Elaun Khas Pengurusan Aset/Stor sebanyak 10% dari gaji pokok setiap pegawai berkenaan. Anggaran kos yang terlibat adalah seperti berikut:

PTK Gred MK41: 50 orang x RM169.02 x 12 bln. = RM101,412 PTK Gred MK44: 10 orang x RM297.60 x 12 bln. = RM 35,712 PTK Gred MK48: 7 orang x RM434.94 x 12 bln. = RM 36,535

Jumlah setahun = RM173,659

Page 24: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 24

5.3.4 Elaun Khas Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan. Adalah dianggarkan sebanyak 67 orang (10%) daripada Pegawai Tadbir Korporat akan terlibat dengan tugas-tugas menguruskan projek dan layak dibayar Elaun Khas Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan sebanyak 10% dari gaji pokok setiap pegawai berkenaan. Anggaran kos yang terlibat adalah seperti berikut:

PTK Gred MK41: 50 orang x RM169.02 x 12 bln. = RM101,412 PTK Gred MK44: 10 orang x RM297.60 x 12 bln. = RM 35,712 PTK Gred MK48: 7 orang x RM434.94 x 12 bln. = RM 36,535

Jumlah setahun = RM173,659 JUMLAH KESELURUHAN = RM2,664,223 setahun

5.4 Implikasi kewangan akibat dari cadangan mewujudkan empat (4) jenis Elaun Khas yang dikhususkan untuk penjawat Pegawai Tadbir Korporat adalah sebanyak RM2,876,353 setahun. Ianya adalah kecil dan ditahap minima, berbanding dengan impak dari pembayaran elaun-elaun ini, dimana penekanan mengenai sistem penyampaian dan Key Performance Indicators (KPI) sebagai pengukur dan impak pencapaian organisasi.

Page 25: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 25

CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PPT) PERKHIDMATAN

GUNASAMA PERSEKUTUAN KEPADA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT

PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN. 1. TUJUAN.

1.1 Memorandum ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan

kerajaan untuk ditukar lantik jawatan Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang telah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) yang baharu.

1.2 Menggesa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menaik taraf

skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Perkhidmatan Gunasama Persekutuan dengan memansuhkan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir berkenaan dan mewujudkan suatu skim perkhidmatan yang baharu iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) dengan kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian sebagai kelayakan masuk.

1.3 Mencadangkan untuk memansuh dan menaik taraf Skim Perkhidmatan

Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Gred N27, N32, N36 kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52, MK54 secara tukar lantik.

1.4 Perubahan skim baharu ini hanya melibatkan PPT Perkhidmatan

Gunasama Persekutuan yang sedang berkhidmat di semua Kementeian, Jabatan dan Agensi Persekutuan sahaja yang mana Ketua Perkhidmatannya adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

2. LATAR BELAKANG JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN.

2.1 Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) telah lama diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmat Awam (JPA) dan jawatan PPT pada masa ini terdapat di semua Kementeian/ Jabatan/ Agensi Persekutuan (dikenali sebagai PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan) dan juga di Badan-badan Berkanun Persekutuan, Badan-badan Berkanun Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.

Page 26: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 26

2.2 Skim Perkhidmatan PPT yang dikenali sebelum ini sebagai Pegawai Kerja telah ditukar kepada Pegawai Eksekutif atau Executive Officer (EO) pada 1.4.1989 di bawah Jawatankuasa Gaji Kabinet (JKK). Jawatan EO telah ditukar ke jawatan PPT dan diletakkan di dalam Kumpulan Sokongan 1 mulai 1.1.1992 di dalam Sistem Saraan Baharu (SSB) dan dikekalkan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 1.11.2002. Sinonim dengan gelaran EO atau Penolong Pengarah / Penolong Setiausaha, PPT merupakan tonggak di sesuatu Kementeian /Jabatan.

2.3 Skim Perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan sekarang

diletakkan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan (N) yang memperuntukan pelbagai Gred jawatan dari Gred N1 hingga ke N54, dengan gambaran peluang kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya yang amat luas sehingga membolehkan seseorang PPT itu berpeluang menikmati kenaikan pangkat sehingga ke Gred N54. Namun pada hakikatnya skim perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan mempunyai hanya tiga (3) gred - Gred N27, N32 dan N36. Diperingkat Perkhidmatan Persekutuan, tidak diwujudkan perjawatan untuk Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan oleh itu jawatan Pegawai Tadbir N41/N44, N48, N52 dan N54 tidak diwujudkan.

2.4 Namun, jawatan Pegawai Tadbir Gred N42/N44, N44, N48 dan N54 telah

lama diwujudkan di semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh itu, Penolong Pegawai Tadbir (PPT) yang berkhidmat di semua Perkidmatan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau lulus KPSL sememangnya telah mempunyai peluang kenaikan pangkat secara KPSL ke Pegawai Tadbir Gred N41, N44, N48 dan N54, tertakluk kepada struktur perjawatan sesuatu Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun atau PBT berkenaan. Seterusnya, mereka berpeluang untuk menjawat ke Gred JUSA ’C’, JUSA ’B’ dan JUSA ’A’, apabila dilantik memegang jawatan YDP Majlis Perbandaran/Daerah (seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Timbalan SUK di sesebuah Pentadbiran Negeri (seperti SUK/TSUK Kedah, Johor) dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan/Negeri.

2.5 Namun, peluang kenaikan pangkat atau kemajuan kerjaya bagi PPT

Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Gred N27 hanya terhad kepada Gred N32 dan N36 sahaja, walaupun telah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda atau lulus KPSL kerana perjawatan Pegawai Tadbir Am (PTA) Gred N41 hingga N54 telah dijumudkan. Penyandang Pegawai Tadbir Am (PTA) berkenaan telah ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan ada diantara mereka sekarang ini yang telah menyandang jawatan PTD Gred M52, M54 dan keatas.

Page 27: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 27

3. CADANGAN MEWUJUDKAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT 3.1 ASAS PERTIMBANGAN

3.1.1 Pada masa sekarang PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

yang sedang berkhidmat di pelbagai Kementeian, Jabatan dan Agensi tidak ada peluang untuk peningkatan ke gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional sebagaimana di dalam skim-skim perkhidmatan lain.

3.1.2 Bagi memenuhi pembangunan modal insan kreatif dan inovatif,

ramai dikalangan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang telah memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam pelbagai bidang seperti Pengurusan/Pentadbiran Awam, Undang-undang, Pengurusan Perniagaan/Sumber Manusia dan Sains Politik. Ijazah ini diperolehi atas inisiatif dan usaha pegawai dengan menggunakan sumber kewangan sendiri melalui belajar separuh masa atau sepenuh masa dengan mengambil cuti belajar tanpa gaji / separuh gaji. Malah ada PPT yang memiliki kelayakan Diploma Lepasan Ijazah / Ijazah Sarjana. Selain itu, ramai PPT yang telah lulus Peperiksaan Khas Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir N41 (KPSL) tetapi masih tidak berpeluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.

3.1.3 Justeru itu, wajarlah PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

yang sedang berkhidmat diberi peluang peningkatan ke gred yang lebih tinggi di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional, melalui kaedah sistem kemasukan pelbagai peringkat gred jawatan perkhidmatan awam yang dilaksanakan secara terus dikalangan penjawat awam sendiri yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL dengan memadankan bakat dan pengalaman. Ini merupakan proses saling penyerapan dikalangan bakat-bakat di dalam sektor awam seperti dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) pada 28 April 2009.

3.1.4 Sehubungan ini dicadangkan supaya diwujudkan satu skim

Perkhidmatan yang baharu untuk memansuh dan menaik taraf Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan Gunasama Persekutuan kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41/42 / MK44, MK48, MK52, MK54 dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

Page 28: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 28

3.1.4.1 memiliki ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL; 3.1.4.2 mempunyai bakat / kepakaran khusus berdasarkan kompleksiti skop fungsi tugas semasa; 3.1.4.3 berpengalaman dalam pelbagai Kementeian / Jabatan ;

dan 3.1.4.4 mengiktiraf pengalaman bekerja semasa dalam

jawatan PPT, dengan memberikan Hadiah Kenaikan Gaji secara serentak dan mengambil kira tempoh pengalaman tersebut untuk kenaikan pangkat berdasarkan prinsip ’time-based’ ;

3.1.5 Bilangan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan adalah

sebanyak 4,500 orang dan yang layak ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat hanya 675 orang (15%), iaitu : 3.1.5.1 Lebih kurang 600 orang yang telah memiliki ijazah

Sarjana Muda Kepujian; dan

3.1.5.2 Lebih kurang 75 orang yang telah lulus KPSL.

3.1.6 Semua PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Gred N27, N32, N36 yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL, memiliki bakat-bakat khusus dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang tugas dicadang untuk ditukar lantik secara istimewa tanpa tertakluk kekosongan jawatan ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41/42, MK44, MK48 dan MK52, MK54. PPT berkenaan telah melaksanakan tugas-tugas di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional seperti menyediaan bajet, pengurusan kewangan, penyediaan kertas-kertas kerja, menghadiri mesyuarat/perbincangan peringkat pengurusan tertinggi dan menguruskan seminar/bengkel. Tugas-tugas tersebut adalah tugas-tugas operasi (operational) dan melibatkan pengubalan dan pengawalan dasar. PPT berkenaan boleh menjalankan tugas-tugas di dalam skim perkhidmatan baharu ini tanpa perlu mengikuti sebarang kursus/latihan yang khusus.

3.1.7 PPT-PPT telah menghadiri pelbagai jenis kursus semasa dalam

perkhidmatan dalam dan luar negeri dan ianya memudahkan mereka melaksanakan segala skop tugas baharu dengan berkeyakinan, berwibawa dan berintegriti.

Page 29: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 29

3.2 JAWATAN STANDARD DAN TUGAS PPT PERKHIDMATAN PERSEKUTUAN

3.2.1 Jawatan Standard dan Skop/bidang tugas PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan adalah seperti berikut:- 3.2.1.1 Pengurusan Pentadbiran dan Organisasi;

Pinjaman Perumahan Pengurusan Pencen Pelesenan

Pendaftaran Lesen (Kontraktor Kerja) Pendaftaran Lesen (Kontraktor Perkhidmatan/Bekalan)

Pengurusan Pusaka Kecil Pengurusan Majlis (Event management)

Magistret Kelas ll / Pentadbiran Tanah Timbalan Duti Setem Penguatkuasaan

Pengurusan Aduan Awam Penceramah/jurulatih (Kementeian/Jabatan/INTAN) 3.2.1.2 Pengurusan Sumber Manusia;

3.2.1.3 Pengurusan Kewangan; Perolehan (Pembelian terus/sebut harga/tender) 3.2.1.4 Pengurusan Aset/Stor; dan

3.2.1.5 Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan.

3.2.2 Semua bidang tugas di atas adalah berbentuk operasi dan memerlukan bakat kreatif dan inovatif, kepakaran khusus bagi mempastikan keberkesanan sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam yang menjadi keutamaan kerajaan. Bakat-bakat untuk menjalankan semua skop bidang tugas di atas hanya dimiliki oleh PPT yang berpengalaman dan ini menjadikan seseorang PPT itu sebagai pakar rujuk dan juru bimbing di dalam sesuatu bidang tugas di Kementeian atau Jabatan.

3.2.3 Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh PPT di atas, didalam masa

yang sama juga dilaksanakan oleh PTD yang merangkumi tugas-tugas dasar-dasar awam di dalam Pengurusan Sumber Tenaga Manusia, Sumber Kewangan, Ekonomi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Daerah/Tanah, Perancangan dan Pentadbiran Sosial, Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri (termasuk Perkhidmatan Luar Negeri), Keselamatan/ Ketahanan Negara serta Pengurusan Teknologi Maklumat.

Page 30: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 30

3.2.4 Sehubungan ini, dicadangkan supaya diasing / dipisahkan skim perkhidmatan diantara PPT Perkhidmatan Persekutuan dengan PPT yang berkhidmat di Perkhidmatan Negeri-Negeri, Badan-badan Berkanun Persekutuan / Negeri dan PBT. Sebenarnya pada prinsipnya, perkhidmatan PPT telah pun dipisahkan dimana Ketua Perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Manakala, PPT di Perkhidmatan Negeri, Badan-badan Berkanun Persekutuan/ Negeri dan PBT, Ketua Perkhidmatan masing-masing adalah Ketua Jabatan badan-badan berkanun yang melantik. Pengasingan ini boleh dilaksanakan melalui pengwujudan satu skim perkhidmatan baharu yang khusus di peringkat persekutuan, iaitu dengan memansuh dan menaik taraf skim perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan seperti dicadangkan ini.

3.3 PERBANDINGAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR

(PPT) PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN DENGAN SKIM-SKIM PERKHIDMATAN LAIN 3.3.1 Dalam tempoh pelaksanaan SSB dan SSM, beberapa skim

perkhidmatan lain telah diberi penambahbaikkan oleh JPA untuk memberi peluang peningkatan ke gred yang lebih tinggi di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional kepada pegawai Kumpulan Sokongan yang sedang berkhidmat, seperti berikut:-

3.3.1.1 Skim Perkhidmatan Pembantu Perubatan, Jururawat

`Pergigian, Juruteknologi Pergigian dan Juruteknologi Makmal Perubatan. (P.P. Bil. 7 Tahun 2004 bertarikh 31.12.2004) - mewujudkan peluang KPSL dari Gred U29, U32, U36, U38, U40 ke Gred U41, U44, U48, U52, U54 / C41, C44, C48, C52, C54

3.3.1.2 Skim Perkhidmatan Bersepadu Pembantu Perubatan.

(P.P. Bil. 13 Tahun 2006 bertarikh 4.12.2006) - mewujudkan Skim Bersepadu Pembantu Perubatan Gred U29, U32, U36, U41/U42, U44, U48, U52, U54.

3.3.1.3 Skim Perkhidmatan Bersepadu Peg. Pendidikan Pengajian Tinggi (P.P. Bil. 33 Tahun 2007 bertarikh 11.12.2007) - mewujudkan skim bersepadu Gred DH29, DH31/32, DH33/34, DH41/DH42, DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 dan VU.

Page 31: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 31

3.3.1.4 Skim Perkhidmatan Bersepadu Penolong Pegawai Pendaftaran/Pegawai Pendaftaran. (P.P. Bil. 11 Tahun 2008 bertarikh 4.7 .2008 ) - mewujudkan skim bersepadu Gred KP27, KP32, KP38, KP41/KP42, KP44, KP48, KP52, KP54.

3.3.1.5 Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29, DGA32, DGA34, DGA38 dan Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44, DG48. - Guru-guru dinaikkan pangkat secara ’Time-based’

Gred DG44 / Guru Cemerlang Gred DG44/DG48 dan mengajar di Sekolah Rendah.

3.3.1.7 Penjumudan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah

(Jurutaip) Gred N11/N14 dan OMPD F11/F14 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 - berkuat kuasa mulai 2.7.2009

(P.P. Bil. 6 Tahun 2009 bertarikh 17.6.2009)

3.3.1.8 Skim Perkhid. Pembantu Setiausaha/Setiausaha Pejabat (P.P. Bil. 27 Tahun 2009 bertarikh 21.12.2009)

- mewujudkan skim Pembantu Setiausaha/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32, N36.

3.3.1.9 Penggubalan skim perkhidmatan Penyediaan Makanan

dan penambahbaikan skim perkhidmatan Tukang Masak (P.P. Bil. 8 Tahun 2009 bertarikh 19.6.2009). - menaik taraf skim perkhidmatan Tukang Masak dari gred N1, N4 ke Gred N17, N22, N26.

3.3.1.10 Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel - mulai 1.1.2009. (P.P. Bil. 24 Tahun 2008 bertarikh 22.12.2008).

Menambah baik Skim Perkhidmatan PDRM, diantaranya ialah:

- Peningkatan kelayakan masuk jawatan Inspektor Polis dengan kelayakan ijazah Sarjana muda, Sarjana/PhD; - Lantikan terus ke pangkat Sarjan dengan kelayakan STPM atau Diploma; dan - Pemansuhan pangkat ketua Inspektor;

Page 32: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 32

4. MENAIKTARAF SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PPT) PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN KEPADA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT (PTK).

4.1 Skim perkhidmatan PPT ini sepatutnya telah dimansuhkan dan dinaik

taraf sejak 1.1.1992 semasa pelaksanaan SSB. Skim-skim perkhidmatan lain seperti Pembantu Perubatan, Jururawat dan Guru-guru, Tukang Masak dan Pembantu Setiausaha/Setiausaha Pejabat telah ditambah baik dari masa ke semasa.

4.2 Jawatan PPT ini adalah setaraf dengan guru-guru lepasan Diploma yang memiliki Ijazah Sarjana Muda semasa berkhidmat dimana telah dinaik taraf dari Gred DGA27/ DGA32/34/DGA38 (Kumpulan Sokongan) ke PPPS DG41 dan dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan mengajar di sekolah rendah, guru- guru dinaikkan pangkat ke jawatan Guru Cemerlang Gred DG44 dan DG48 serta time-based ke Gred DG44.

4.3 Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis (PDRM) juga telah ditambah baik dan dipertingkatkan oleh Kerajaan dengan mengadakan beberapa peruntukan baharu, seperti berikut:- 4.3.1 Peningkatan kelayakan masuk jawatan Inspektor dengan

diperuntuk Kelayakan Masuk Pelbagai di peringkat ijazah Sarjana Muda kepujian, Sarjana atau PhD;

4.3.2 Lantikan terus ke pangkat Sarjan dengan kelayakan STPM atau

Diploma dan pemansuhan pangkat ketua Inspektor;

4.4 Sebelum ini jawatan Inspektor dan ketua Inspektor PDRM adalah setaraf dengan jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) dalam Kumpulan Sokongan. Apabila kelayakan masuk ke jawatan Inspektor telah dinaik taraf di peringkat ijazah Sarjana Muda Kepujian dan bertaraf Pegawai Kanan Polis, maka jawatan PPT adalah wajar dinaik taraf sejajar dan seiring dengan harapan kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan kompetensi penjawat awam.

4.5 Sebenarnya PPT telah pun menjalankan skop fungsi tugas dan tanggunjawab yang sama dengan pegawai-pegawai di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Sehubungan ini, adalah wajar jawatan PPT dipertingkat dan dinaik taraf ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan jawatan Skim Perkhidmatan PPT dimansuhkan. Suatu skim perkhidmatan baharu, iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) dicadang diwujudkan selaras dengan hasrat Kerajaan agar perkhidmatan awam mempunyai modal insan yang berkelayakan tinggi, serta dianggotai oleh penjawat yang kompeten dan berintegriti.

Page 33: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 33

4.6 Peningkatan dan menaik taraf skim perkhidmatan PPT Gunasama Persekutuan adalah dicadangkan, seperti berikut: 4.6.1 Skim Perkhidmatan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

Gred N27, N32, N36 dimansuhkan dan penyandangnya ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52, MK54 yang baharu.

4.6.2 Gred Gaji / Gred Jawatan bagi Skim Perkhidmatan ini ialah Jawatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52, MK54. Gred MK41/42/ MK44 adalah Jawatan Fleksi Pegawai Tadbir Korporat.

5. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT (PTK).

5.1 Syarat Lantikan ke PTK Gred MK41.

5.1.1 Syarat pelantikan baharu ke PTK Gred MK41 ialah calun-calun hendaklah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian, Sarjana atau PhD didalam sebarang bidang pengajian.

5.2 Kenaikan Pangkat ke jawatan PTK Gred MK44.

5.2.1 PTK Gred MK41/MK42 adalah layak dinaikkan pangkat ke jawatan PTK Gred MK44 apabila telah:-

5.2.1.1 disahkan dalam perkhidmatan; 5.2.1.2 mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan

5.2.1.3 diperaku oleh ketua Jabatan/ Perkhidmatan.

5.3 Kenaikan Pangkat ke jawatan PTK Gred MK48.

5.3.1 PTK Gred MK44 adalah layak dinaikkan pangkat ke jawatan PTK Gred MK48 apabila telah:-

5.3.1.1 mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan 5.3.1.2 diperaku oleh ketua Jabatan/ Perkhidmatan.

5.4 Kenaikan Pangkat ke jawatan PTK Gred MK52.

5.4.1 PTK Gred MK48 adalah layak dinaikkan pangkat ke jawatan PTK

Gred MK52 apabila telah:- 5.4.1.1 mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan

5.4.1.2 diperaku oleh ketua Jabatan/ Perkhidmatan.

Page 34: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 34

5.5 Kenaikan Pangkat ke jawatan PTK Gred MK54.

5.5.1 PTK Gred MK52 adalah layak dinaikkan pangkat ke jawatan PTK

Gred MK54 apabila telah:-

5.5.1.1 mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan 5.5.1.2 diperaku oleh ketua Jabatan/ Perkhidmatan.

6. PELAKSANAAN TUKAR LANTIK DARI JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PPT) PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN KE JAWATAN PEGAWAI TADBIR KORPORAT (PTK).

6.1 Semua pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir

(PPT) Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Gred N27, N32, N36 yang telah dilantik secara tetap adalah layak ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) yang baharu ini. Skim Perkhidmatan PPT berkenaan dengan ini dimansuhkan dan ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat.

6.2 Semua PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang telah memiliki

ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL dan dengan memadankan bakat dan pengalaman akan ditukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52, MK54, iaitu seperti berikut:-

6.2.1 Tukar lantik dari PPT Gred N27 ke PTK Gred MK41.

6.2.1.1 PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang sedang

berkhidmat di dalam gred lantikan Gred N27 dan memiliki ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL, akan ditukar lantik ke jawatan PTK Gred MK41; atau

6.2.1.2 PPT yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 9 tahun

dan lulus Peperiksaan Khas, sekiranya tidak memiliki ijazah Sarjana Muda Kepujian atau tiada KPSL akan ditukar lantik ke jawatan PTK Gred MK41.

6.2.2 Tukar lantik dari PPT Gred N32 ke PTK Gred MK42. 6.2.2.1 PPT Gred N32 yang tidak memiliki kelayakan ijazah

Sarjana Muda Kepujian atau tiada KPSL akan ditukar lantik ke jawatan PTK MK42, sekiranya telah lulus Peperiksaan Khas.

Page 35: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 35

6.2.3 Tukar lantik dari PPT Gred N36 ke PTK Gred MK42. 6.2.3.1 PPT Gred N36 yang tidak memiliki kelayakan ijazah

Sarjana Muda Kepujian atau tiada KPSL akan ditukar lantik ke jawatan PTK Gred MK42 tanpa kekosongan jawatan.

6.2.4 Tukar lantik dari PPT Gred N32 ke PTK Gred MK44.

6.2.4.1 Semua PPT Gred N32 yang telah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau telah lulus KPSL akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK44 tanpa tertakluk kekosongan jawatan.

6.2.5 Tukar lantik dari PPT Gred N36 ke PTK Gred MK48.

6.2.5.1 Semua PPT Gred N36 yang telah memiliki kelayakan ijazah

Sarjana Muda Kepujian atau telah lulus KPSL akan ditukar lantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK48 tanpa tertakluk kekosongan jawatan.

6.3 Pertukaran lantik secara istimewa tanpa tertakluk kekosongan jawatan

adalah untuk membolehkan jawatan-jawatan kenaikan pangkat Pegawai Tadbir Korporat (PTK) Gred MK44 dan MK48 diisi secara terus oleh PPT Gred N32 atau Gred N36 yang telah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang lama dengan memadankan bakat dan pengalaman dalam pelbagai skop tugas.

6.4 PPT Gred N27, N32 yang tidak mempunyai kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau tiada KPSL dan PPT yang belum berkhidmat melebihi 9 tahun akan kekal dalam jawatan dan gred yang asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Pegawai akan dilantik ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41/42, selepas memenuhi salah satu syarat berikut: 6.4.1 Memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda kepujian; atau 6.4.1 Telah genap 9 tahun tempoh perkhidmatan dan telah lulus

Peperiksaan Khas.

7. PERUBAHAN KEATAS KLASIFIKASI PERKHIDMATAN.

7.1 Skim perkhidmatan yang baharu ini ialah Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) dan Gred Gaji / Jawatan bagi skim perkhidmatan PTK ialah Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52, MK54.

Page 36: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 36

8. KETUA PERKHIDMATAN DAN PIHAK BERKUASA MELANTIK.

8.1 Ketua Perkhidmatan bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) ini adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Pihak berkuasa melantik ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

9. TARIKH KUAT KUASA SKIM BAHARU.

9.1 Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat ini dicadang untuk berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2010. Apabila pihak kerajaan melaksanakan ’Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia’ terbaharu pada 2011 nanti, maka ini akan memudahkan pelaksanaan pelarasan kepada gred jawatan dan gaji baharu supaya tidak mengakibatkan kerugian kepada semua penyandang sedia ada.

10. IMPLIKASI KEWANGAN.

10.1 Implikasi kewangan akibat dari cadangan skim berkenaan adalah kecil dan ditahap minima. Bilangan PPT yang memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL yang akan ditukar lantik dari Gred N27, N32 dan N36 ke jawatan Pegawai Tadbir Korporat Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52, MK54 adalah lebih kurang 675 orang (15%) daripada jumlah PPT yang lebih kurang 4,500 orang. Mereka terdiri dari penjawat yang telah lama berkhidmat, maka implikasi kewangan dari pengwujudan perjawatan baharu ini tidaklah membebankan kerajaan dan hanya melibatkan perbelanjaan lebih kurang 5% dari jumlah emolumen sedia ada.

10.2 Seramai 3,825 orang PPT Gred N27 dan Gred N32 yang tidak memiliki

kelayakan ijazah Sarjana Muda dan lulus KPSL akan kekal dalam jawatan dan gred yang asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

10.2 Bilangan (anggaran) PPT Gunasama Persekutuan yang akan terlibat

dengan proses tukar lantik ke Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat yang baharu ini, mengikut peratusannya adalah seperti berikut:

Page 37: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 37

PPT Gred N27, N32 yang kekal dalam jawatan dan gred asal secara Khas Untuk Penyandang (KUP)

85%

(3,825 orang)

Tukar lantik dari PPT Gred N27 ke PTK Gred MK41 dan PPT Gred N36 ke PTK Gred MK42

10%

(450 orang)

Tukar lantik dari PPT Gred N32 ke Pegawai Tadbir Korporat Gred MK44

4 %

(180 orang)

Tukar lantik dari PPT Gred N36 ke Pegawai Tadbir Korporat Gred MK48

1 %

(45 orang)

Perkiraan sebenar gaji yang akan dibayar kepada Pegawai Tadbir Korporat, setelah urusan tukar lantik dilaksanakan adalah seperti berkiut:-

PTK Gred MK41: 450 orang x RM1690.28 x 12 bln. = RM9,127,512.00 PTK Gred MK44: 180 orang x RM2976.03 x 12 bln. = RM4,821,168.60 PTK Gred MK48: 45 orang x RM4349.44 x 12 bln. = RM2,348,697.60

Jumlah setahun = RM16,297,377.60

Implikasi kewangan dari pengwujudan perjawatan baharu ini hanya melibatkan perbelanjaan tambahan lebih kurang 5% dari jumlah emolumen sedia ada dan ini tidaklah membebankan kerajaan. Memandangkan PPT Gred N27, N32 dan N36 adalah penjawat yang telah lama berkhidmat, mereka hanya mendapat perbezaan gaji dengan mata gaji terhampir dalam gred gaji jawatan PTK. Namun, impak dan faedah dari pewujudan jawatan Pegawai Tadbir Korporat ini memberi kesan yang positif kepada pembangunan modal insan dengan menyediakan penjawat yang berbakat, kreatif dan inovatif dalam sektor awam. Selain daripada dapat mengurangkan bilangan perjawatan, ianya dapat memperbaiki struktur organisasi perkhidmatan awam dari struktur perkhidmatan berlapis kepada struktur perkhidmatan horizontal atau flat organisations, yang amat dicenderungi oleh penjawat-penjawat awam dan juga diinginkan oleh YAB Perdana Menteri sendiri.

11. PENUTUP.

11.1 Cadangan ini diharap mendapat pertimbangan dan kelulusan yang segera oleh pihak kerajaan supaya sistem penyampaian, kompetensi

Page 38: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 38

dan integriti sektor awam dapat dipertingkatkan, disamping menaikkan imej PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang sedang berkhidmat.

11.2 Skim PPT Perkhidmatan Persekutuan ini sepatutnya telah ditambah baik sejak tahun 1992 lagi semasa pelaksanaan SSB. Kelewatan menambah baik skim perkhidmatan PPT ini telah menyebabkan PPT berkenaan telah ketinggalan dan kerugian di dalam pelbagai aspek seperti peluang peningkatan ke gred yang lebih tinggi di peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kemudahan kenaikan gaji, kelayakan elaun seperti ITKA, elaun makan, bayaran penceramah, bayaran sewa hotel, elaun lojing dan pelbagai kemudahan lain yang dinikmati oleh penjawat Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

11.3 YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak telah

mencadangkan modenisasi dan pembaharuan struktural dilakukan dalam perkhidmatan awam dengan proses penyerapan bakat-bakat di kalangan penjawat awam sendiri. Wujudnya skim perkhidmatan baharu ini akan menjadikan perkhidmatan awam lebih fokus lagi iaitu pegawai-pegawai PTD menjalankan tugas-tugas merancang, menganalisis dan mengawal dasar-dasar kerajaan di sesebuah Kementeian, Jabatan dan Agensi. Manakala, pegawai-pegawai PTK ini bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan menjalankan tugas-tugas operasi (operasional task) dengan memadankan bakat-bakat dan pengalaman secara kreatif dan inovatif untuk keberkesanan dan integriti perkhidmatan awam kearah peningkatan sistem penyampaian kerajaan.

11.4 Skim perkhidmatan bersepadu ini adalah merupakan sebahagian dari

lapan (8) skim perkhidmatan yang akan dinaik taraf seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam pada 14 Mei 2009 dimana lebih 200,000 penjawat awam kumpulan sokongan akan menikmati kenaikan pangkat. Skim perkhidmatan ini mengunakan kaedah sistem kemasukan ke pelbagai peringkat gred jawatan dari Gred MK41 hingga MK54, dilaksanakan dikalangan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan berdasar kelayakan akademik dan memadankan bakat dan pengalaman berkhidmat selaras dengan cadangan YAB Perdana Menteri.

11.5 Pada 16 Mei 2009, YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri

Pelajaran telah mengumumkan kuota Guru Cemerlang Gred DG44 (1737 jawatan) dan DG48 (173 jawatan) diperluaskan kepada PPPS yang sebelum ini telah dinaikkan pangkat secara time-based ke DG44 yang mengajar di sekolah rendah. Sebenarnya, kedudukan PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan adalah sama dengan guru-guru lepasan Diploma (PPPLD) DGA27 hingga DGA38 yang telah memiliki ijazah Sarjana Muda

Page 39: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 39

semasa berkhidmat, dimana setelah dinaik taraf ke PPPS Gred DG41 dan dengan mengambil kira tempoh pengalaman mengajar di sekolah rendah dinaikkan pangkat ke Guru Cemerlang Gred DG44 / DG48 atau secara time-based ke gred DG44. Kuota Guru/ Pengetua Cemerlang Gred DG44, DG48, DG52, Jusa C (8,125 jawatan) di sekolah menengah.

11.6 Beberapa skim perkhidmatan lain telah ditambah baik oleh JPA seperti

jawatan Pegawai Kanan Polis, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17 ke Pembantu Setiauasaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N27/28, N32, N36, Pembantu Tadbir Rendah (PTR) N11 dan OMPD F11 ke Pembantu Tadbir (P/O) N17, Tukang Masak dari Gred N1 Ke Gred N17.

11.7 Lanjutan dari pelaksanaan tersebut menyebabkan ekspektasi pihak

kerajaan ( sebagai `stake holder’) dan orang awam semakin tinggi keatas perkhidmatan awam dan dengan pewujudan Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat yang merupakan tonggak dalam aspek pengurusan, akan dapat mempertingkatkan struktur perjawatan sesuatu Kementeian/Jabatan kearah mewujudkan perkhidmatan awam yang kreatif dan inovatif.

11.8 Skim PPT Perkhidmatan Gunasama Persekutuan ini tidak pernah dipinda

sehingga menjadikannya satu-satu skim perkhidmatan yang ketinggalan, walaupun perkhidmatan PPT ini merupakan tonggak dan amat penting di dalam sesuatu Kementeian / Jabatan. Justeru, cadangan menaik taraf dan memansuhkan skim perkhidmatan PPT kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat ini telah mengambil kira kelayakan memiliki ijazah Sarjana Muda Kepujian semasa berkhidmat dengan memadankan bakat dan pengalaman. Dengan mengiktiraf perkhidmatan di dalam skim perkhidmatan PPT dan dengan mengambil kira tempoh pengalaman berkenaan, PPT wajar dinaikkan pangkat secara tukar lantik berdasarkan prinsip `time-based’ sebagaimana yang dilaksanakan kepada guru-guru lepasan Diploma, iaitu keatas semua PPT yang telah memiliki:-

11.8.1 kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian atau lulus KPSL;

11.8.2 bakat-bakat khusus/spesifik berdasarkan kompleksiti skop

fungsi tugas yang khusus/spesifik; dan

11.8.3 pengalaman luas dalam pelbagai Kementeian/Jabatan.

11.9 Setelah wujudnya skim baharu ini, tidak akan timbul lagi perasaan tidak puas hati, rasa tertindas dan rintihan di kalangan PPT yang telah memiliki kelayakan ijazah Sarjana Muda Kepujian semasa sedang berkhidmat, sebagaimana yang sering dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan.

Page 40: KANDUNGAN - · PDF file5.0 Melaksanakan Pelbagai Skop Tugasan Berbentuk Operasi 5 6.0 ... pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan aset/stor, pengurusan projek dan

KEPAK Page 40

11.10 Wujudnya skim perkhidmatan baharu ini akan meningkatkan usaha pengukuhan Modal Insan Inovatif bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan Misi Nasional dengan adanya penjawat berkelayakan yang memiliki bakat khusus/spesifik dalam sesuatu skop fungsi tugas bagi bersama-sama melaksana transformasi perkhidmatan awam. Ia dapat mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi menjadikan perkhidmatan awam di Malaysia lebih produktif, kreatif, inovatif dan berprestasi tinggi bagi memantapkan sistem penyampaian.

11.11 Cadangan ini membolehkan penjawat awam berkenaan melaksana dan

mengfokus tindakan (action) kearah menetapkan pemikiran bagi memberi tumpuan terhadap dua belas (12) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri agar dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan kesungguhan. Dengan demikian akan memastikan dua tujuan utama dapat dicapai iaitu memenuhi hasrat dan jangkaan rakyat serta dapat melihat transformasi besar terhadap negara.

11.12 Akhir sekali, hasrat Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun

Haji Abdul Razak, sebagai Perdana Menteri rakyat dengan konsep 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN akan dapat direalisasikan dengan semangat jitu dan bersepadu oleh penjawat awam, terutama dikalangan pegawai-pegawai di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52, MK54 yang baharu ini.

Daripada: Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK)