2
Karangan langkah-langkah untuk mengurangka n kemalan gan  jalan raya.  Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Kita boleh mengurangkan kemalangan jalan dengan pelbagai cara. Jika kita sayang nyawa kita, kita akan mengamalkan langkah-lan gkah untuk mengurangka n kemalan gan jalan raya.  Terdapat pel bagai langka h untuk mengu rangkan kemalanga n jalan raya. Antaranya dengan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.Kita haruslah berhenti apabila lampu isyarat b ertukar menjadi merah. Kita  juga sewaja rnya bersedi a untuk berhen ti apabila lampu isyarat bertukar menjadi warna kunning dan tidak menekan minyak untuk pergi laju supaya melepas lampu isyarat. Selain itu, sebagai seorang pejalan kaki, kita mestilah melihat kiri dan kanan untuk memastik an supaya tiada kereta sebelum melintas jalan raya. Kita haruslah menggunaka n jejantas untuk melintas jalan raya yang sesak.Ki ta juga sewajarnya menggunakan laluan pejalan kaki apabila berjalan di tepi jalan raya. Jika kita mahu menjaga keselamatan diri, kita haruslah mematuhi semua peraturan ini.  Di samping itu, kerajaan juga mestilah mengadakan kempen mengurangkan kemalangan jalan raya. Dalam program tersebut pihak kerajaan perlulah mengajar pemandu-pemandu cara berhemah di jalan raya. ihak kerajaan juga sewajarnya menyatakan punca tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak berhemah sewaktu berada di jalan raya. Seterusnya, kita sepatutnya memandu dalam had laju yang dibenarkan di tempat yang dilalu.Kerajaan juga sewajarnya mengenakan

Karangan Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Karangan fakta

Citation preview

Karangan langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Kita boleh mengurangkan kemalangan jalan dengan pelbagai cara. Jika kita sayang nyawa kita, kita akan mengamalkan langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Terdapat pelbagai langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Antaranya dengan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.Kita haruslah berhenti apabila lampu isyarat bertukar menjadi merah. Kita juga sewajarnya bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar menjadi warna kunning dan tidak menekan minyak untuk pergi laju supaya melepas lampu isyarat.

Selain itu, sebagai seorang pejalan kaki, kita mestilah melihat kiri dan kanan untuk memastikan supaya tiada kereta sebelum melintas jalan raya. Kita haruslah menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya yang sesak.Kita juga sewajarnya menggunakan laluan pejalan kaki apabila berjalan di tepi jalan raya. Jika kita mahu menjaga keselamatan diri, kita haruslah mematuhi semua peraturan ini.

Di samping itu, kerajaan juga mestilah mengadakan kempen mengurangkan kemalangan jalan raya. Dalam program tersebut pihak kerajaan perlulah mengajar pemandu-pemandu cara berhemah di jalan raya. Pihak kerajaan juga sewajarnya menyatakan punca tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak berhemah sewaktu berada di jalan raya.

Seterusnya, kita sepatutnya memandu dalam had laju yang dibenarkan ditempat yang dilalu.Kerajaan juga sewajarnya mengenakan denda kepada pemandu yang melebihi had laju yang ditetapkan dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Selain itu, kita juga haruslah memastikan kereta kita dalam keadaan yang baik dan tiada bahagianyang rosak yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Tidak dinafikan bahawa jika kita mengamalkan langkah-langkah di atas kita tidak akan menimpa kemalangan jalan raya. Kita berkerjasama mengurangkan kemalangan jalan raya supaya kita dapat hidup dalam keadaan aman damai.