2
23 Oktober 2012 8.00 pagi Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.Seramai 30 murid menyertai lawatan ini dengan 3 guru penasihat iaitu Puan Zaiton, Puan Rose dan Encik Abdul. Kami menaiki bas ke Kuala Lumpur. 9.00 pagi Kami tiba di destinasi pertama iaitu Kuala Lumpur City Center(KLCC). Kami telah pergi ke Petrosains. Ketika berada di Petrosains kami dapat melihat pelbagai jenis benda yang menarik dan unik seperti keindahan angkasa lepas dan mengenali jenis-jenis dinosaur. Kami juga berpeluang melihat fosil-fosil dinosaur yang telah pupus.Selepas ke Petrosains kami pergi ke Aquaria.Di situ kami dapat melihat pelbagai jenis ikan seperti ikan jerung,ikan badut dan sebagainya. 12.00 tengah hari Kami pergi ke destinasi yang kedua iaitu Muzium Negara.Muzium ini memuatkan banyak barangan bersejarah mengenai Malaysia. Di dalamnya ini terdapat banyak galeri yang mempamerkan cara kehidupan orang-orang di Malaysia, misalnya , orang Melayu bangsawan, kebudayaan Cina dan India, barang-barang seni,tembikar,kegiatan ekonomi,flora dan fauna di Malaysia dan sebagainya.Kami dapat mempelajari banyak perkara di Muzium Negara. 1.00 petang Kami makan tengah hari di sebuah restaurant berdekatan dengan Zoo Negara.Pemandangan di restaurant yang bertentangaan dengan tasik cukup indah dan cantik. Makanan di restaurant itu sungguh enak dan lazat.Kami berselera makan di restaurant itu. Selepas makan kami berehat di tasik itu untuk menengkan fikirkan kita. 3.00 petang Selepas itu kami ke Zoo Negara.Kami berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan seperti gajah, harimau ,singa dan lain-lain.Kami meronda Zoo Negar ini melalui tren. Kami juga melihat pertunjukkan anjing laut yang lucu, burung kakak tua yang pintar berkata-kata dan juga pertunjukkan ular sawa yang menggerunkan. 6.00 petang

Karangan Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Karangan Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

23 Oktober 2012

8.00 pagi

Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.Seramai 30 murid menyertai lawatan ini dengan 3 guru penasihat iaitu Puan Zaiton, Puan Rose dan Encik Abdul. Kami menaiki bas ke Kuala Lumpur.

9.00 pagi

Kami tiba di destinasi pertama iaitu Kuala Lumpur City Center(KLCC). Kami telah pergi ke Petrosains. Ketika berada di Petrosains kami dapat melihat pelbagai jenis benda yang menarik dan unik seperti keindahan angkasa lepas dan mengenali jenis-jenis dinosaur. Kami juga berpeluang melihat fosil-fosil dinosaur yang telah pupus.Selepas ke Petrosains kami pergi ke Aquaria.Di situ kami dapat melihat pelbagai jenis ikan seperti ikan jerung,ikan badut dan sebagainya.

12.00 tengah hari

Kami pergi ke destinasi yang kedua iaitu Muzium Negara.Muzium ini memuatkan banyak barangan bersejarah mengenai Malaysia. Di dalamnya ini terdapat banyak galeri yang mempamerkan cara kehidupan orang-orang di Malaysia, misalnya , orang Melayu bangsawan, kebudayaan Cina dan India, barang-barang seni,tembikar,kegiatan ekonomi,flora dan fauna di Malaysia dan sebagainya.Kami dapat mempelajari banyak perkara di Muzium Negara.

1.00 petang

Kami makan tengah hari di sebuah restaurant berdekatan dengan Zoo Negara.Pemandangan di restaurant yang bertentangaan dengan tasik cukup indah dan cantik. Makanan di restaurant itu sungguh enak dan lazat.Kami berselera makan di restaurant itu. Selepas makan kami berehat di tasik itu untuk menengkan fikirkan kita.

3.00 petang

Selepas itu kami ke Zoo Negara.Kami berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan seperti gajah, harimau ,singa dan lain-lain.Kami meronda Zoo Negar ini melalui tren. Kami juga melihat pertunjukkan anjing laut yang lucu, burung kakak tua yang pintar berkata-kata dan juga pertunjukkan ular sawa yang menggerunkan.

6.00 petang

Page 2: Karangan Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

Kami bertolak pulang ke sekolah. Walaupun kami berasa penat kami berasa sangat gembira kerana kami dapat memperolehi banyak pengalaman dengan lawatan ini.