3
8/8/2019 Kasih Sayang Dan Lemah-lembut Mendasari Kehidupan Muslim http://slidepdf.com/reader/full/kasih-sayang-dan-lemah-lembut-mendasari-kehidupan-muslim 1/3 1 KASIH SAYANG DAN BERLEMAH-LEMBUT MENDASARI KEHIDUPAN MUSLIM Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) Maka dengan segala rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat -sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihani orang- orang yang bertawakkal kepadaNya (Al-Imran: 159) Seawal pagi ini, saya telah menelaah beberapa artikel di internet. Azam saya, untuk memulakan setiap hari ini dengan pembacaan yang memberikan keinsafan dan menambah rasa ketuhanan di dalam diri. Subhanallah, inilah yang kurang dalam masyarakat kita pada hari ini. Dapat kita lihat, setiap hari manusia didedahkan dengan fitnah dan pemikiran yang tidak mendidik mereka bahkan menyebabkan mereka semakin jauh daripada Allah s.w.t. Apabila menyelak suratkhabar-suratkhabar di seluruh tanah air, mari kita lihat apa yang didedahkan? Soal gosip, soal pertelingkahan politik dan pelbagai isu yang sebenarnya menjadi makanan awal pagi pemikiran masyarakat. Pada hari Sabtu yang lalu, pergerakan kami bersama teman-teman usrah siswazah muda ABIM beriktikaf di Masjid An-Naim Jalan Kebun. Pelbagai yang diperbincangkan termasuklah soal pengorbanan sesuai dengan Hari Raya Korban yang kita sambut seminggu yang lalu. Pengorbanan yang besar adalah pengorbanan jiwa sebagaimana pesan Nabi Muhammad bahawa pada akhir zaman nanti terdapat peperangan yang lebih besar dari segala peperangan iaitu perang nafsu. Suasana bermalam di masjid dan beriktikaf, bangun qiyamullail dan melakukan aktiviti berjemaah adalah antara cara bagaimana untuk membina semula masyarakat dan generasi hari harapnya. Apabila membaca ayat Allah dari surah Ali-Imran sebagaimana di atas, ia patut mula membuka mata dan menggerak hati kita untuk menilai sejauhmana kita bersama Allah di dalam usaha dakwah ini? Adakah jalan ini yang Engkau redhai atau inilah punca kemurkaan Mu Ya Allah? Nabi telah menunjukkan contoh yang hebat dalam membina generasi di zaman mereka. Kasih

Kasih Sayang Dan Lemah-lembut Mendasari Kehidupan Muslim

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kasih Sayang Dan Lemah-lembut Mendasari Kehidupan Muslim

8/8/2019 Kasih Sayang Dan Lemah-lembut Mendasari Kehidupan Muslim

http://slidepdf.com/reader/full/kasih-sayang-dan-lemah-lembut-mendasari-kehidupan-muslim 1/3

1

KASIH SAYANG DAN BERLEMAH-LEMBUT MENDASARI KEHIDUPAN MUSLIM

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Maka dengan segala rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),

engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat -sahabat dan pengikutmu), dan

kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu

maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), pohonkanlah

ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan

hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk 

membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihani orang-

orang yang bertawakkal kepadaNya (Al-Imran: 159)

Seawal pagi ini, saya telah menelaah beberapa artikel di internet. Azam saya, untuk

memulakan setiap hari ini dengan pembacaan yang memberikan keinsafan dan menambah rasa

ketuhanan di dalam diri. Subhanallah, inilah yang kurang dalam masyarakat kita pada hari ini. Dapat

kita lihat, setiap hari manusia didedahkan dengan fitnah dan pemikiran yang tidak mendidik mereka

bahkan menyebabkan mereka semakin jauh daripada Allah s.w.t.

Apabila menyelak suratkhabar-suratkhabar di seluruh tanah air, mari kita lihat apa yang

didedahkan? Soal gosip, soal pertelingkahan politik dan pelbagai isu yang sebenarnya menjadi

makanan awal pagi pemikiran masyarakat. Pada hari Sabtu yang lalu, pergerakan kami bersama

teman-teman usrah siswazah muda ABIM beriktikaf di Masjid An-Naim Jalan Kebun. Pelbagai yang

diperbincangkan termasuklah soal pengorbanan sesuai dengan Hari Raya Korban yang kita sambut

seminggu yang lalu. Pengorbanan yang besar adalah pengorbanan jiwa sebagaimana pesan Nabi

Muhammad bahawa pada akhir zaman nanti terdapat peperangan yang lebih besar dari segala

peperangan iaitu perang nafsu.

Suasana bermalam di masjid dan beriktikaf, bangun qiyamullail dan melakukan aktiviti

berjemaah adalah antara cara bagaimana untuk membina semula masyarakat dan generasi hari

harapnya. Apabila membaca ayat Allah dari surah Ali-Imran sebagaimana di atas, ia patut mula

membuka mata dan menggerak hati kita untuk menilai sejauhmana kita bersama Allah di dalam

usaha dakwah ini? Adakah jalan ini yang Engkau redhai atau inilah punca kemurkaan Mu Ya Allah?

Nabi telah menunjukkan contoh yang hebat dalam membina generasi di zaman mereka. Kasih

Page 2: Kasih Sayang Dan Lemah-lembut Mendasari Kehidupan Muslim

8/8/2019 Kasih Sayang Dan Lemah-lembut Mendasari Kehidupan Muslim

http://slidepdf.com/reader/full/kasih-sayang-dan-lemah-lembut-mendasari-kehidupan-muslim 2/3

sayang dan kelembutan menjadi tunjang dalam usaha dakwah dan ini telah direalisasikan oleh

Baginda Rasulullah sendiri melalui penghayatan Iman dan ketaatan Islam lalu membuahkan hasil

Ihsan. Pembuktian Rasulullah s.a.w. melalui sejarah dapat kita lihat bagaimana dakwah Baginda

adalah melalui akhlaknya bukan peperangan semata-mata. Inilah dakwah bil hal. Apabila Baginda

Rasulullah s.a.w. sampai ke Thaif, dibaling najis dan batu-batu oleh kanak-kanak di sana, lalu terguris

rasa pada seorang Malaikat (Jibrail) lalu bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Adakah engkau mahu

aku terbalikkan negara mereka kerana perbuatan mereka itu?

 

Jawab Rasulullah s.a.w. Jangan, sesungguhnya mereka tidak tahu. Subhanallah. Inilah bukti

perutusan Rasulullah s.a.w. adalah untuk memperbaiki akhlak. Bagaimana kita sahabat-sahabatku?

Adakah dakwah kita mengampunkan orang lain atau dakwah kita sekadar mencari salah orang lain?

Adakah dakwah kita menunjukkan rasa kasihan belas atau menuding jari menunjukkan siapa lebih

beriman atau tidak? Mata pendakwah melihat setiap orang itu sebagai cinta dan kasih sayangnya

Allah, tetapi ramai dikalangan kita menjadi Qadi, melihat untuk menghukum dan mencari kesalahan.

 

Maka Allah syorkan, jika berlaku pertelingkahan atau kesilapan maka bermesyuaratlah

dengan mereka. Berbincang dan carilah titik pertemuan yang terbaik. Buanglah segala persepsi dan

fikir buruk orang lain. Selemah-lemah persahabatan dalam Islam adalah menghilangkan pemikiran

negatif terhadap teman itu sendiri. Setelah bermesyuarat maka kembalilah bertawakkal kepada

Allah s.w.t. Tawakkal ini yang kerapkali kita lupakan. Apabila gagal, kita sandarkan pada Allah s.w.t.

manakala berjaya adalah sebab kita dan keupayaan kita. Ini harus diperbetulkan. Semua ini hanyapeluang dan kita yang memilih peluang ini. Allah yang memberikan peluang dan dia yang memilih

kita untuk berada di sini pada hari ini.

Bertawakkallah kepada Allah dan jangan hilangkan Allah s.w.t. dari dalam inda kita. Carilah

keredhaan-Nya setiap hari kita dan mulakan dengan keberkatan umur yang sebaik-baiknya.

Ampunkan kesalahan saya juga bagi mereka yang membca jika ada salah saya dalam menuduh atau

terkasar dalam perkenalan dan saya ampunkan dosa mereka yang memperlakukan sebegitu kepada

saya. Dasari Islam dengan kasih sayang dan tolong menolong dalam perkara kebaikan. TUNE-lah diri

kita.

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.

Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau

Page 3: Kasih Sayang Dan Lemah-lembut Mendasari Kehidupan Muslim

8/8/2019 Kasih Sayang Dan Lemah-lembut Mendasari Kehidupan Muslim

http://slidepdf.com/reader/full/kasih-sayang-dan-lemah-lembut-mendasari-kehidupan-muslim 3/3

berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta

akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib (Surah Fussilat: 34, lihat juga surah Al-Fath: 29)