4
BIL KATA SENDI NAMA TUJUAN PENGGUNAAN DALAM AYAT 1. Dari Menyatakan arah atau tempat Waktu atau masa Arifin berasal dari Johor. Kami bertolak dari pagi tadi. 2. Daripada Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad Sumber atau asal kejadian Perbezaan atau perbandingan Robeah mendapat ganjaran daripada usahanya. Manusia berasal daripada tanah. Zaiton lebih bijak daripada adiknya. 3. Di Menunjukkan tempat Sameon tinggal di Melaka. 4. Ke Menunjukkan tempat atau arah Menunjukkan waktu atau masa Rosnah pergi ke sekolah setiap hari. Encik Saidon sibuk dari pagi hingga ke petang. 5. Kepada Menyatakan sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan atau unsur mujarad. Menyatakan pecahan Menyatakan perubahan keadaan Ayob melaporkan kehadirannya kepada ketua kontinjen. Kek harijadinya itu dipotong kepada dua bahagian. Wajah Zabedah berubah daripada

Kata Sendi Nama

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bahagian dlm kata prafrasa

Citation preview

Page 1: Kata Sendi Nama

BIL KATA SENDI NAMA TUJUAN PENGGUNAAN DALAM AYAT

1.Dari

Menyatakan arah atau tempat

Waktu atau masa

Arifin berasal dari Johor.

Kami bertolak dari pagi tadi.

2.Daripada

Menyatakan punca bagi manusia,

haiwan, benda, dan unsur mujarad

Sumber atau asal kejadian

Perbezaan atau perbandingan

Robeah mendapat ganjaran daripada

usahanya.

Manusia berasal daripada tanah.

Zaiton lebih bijak daripada adiknya.

3.Di

Menunjukkan tempat Sameon tinggal di Melaka.

4.Ke

Menunjukkan tempat atau arah

Menunjukkan waktu atau masa

Rosnah pergi ke sekolah setiap hari.

Encik Saidon sibuk dari pagi hingga ke petang.

5.Kepada

Menyatakan sasaran yang merujuk

kepada manusia, haiwan atau unsur

mujarad.

Menyatakan pecahan

Menyatakan perubahan keadaan

Ayob melaporkan kehadirannya kepada ketua

kontinjen.

Kek harijadinya itu dipotong kepada dua

bahagian.

Wajah Zabedah berubah daripada biasa ke

merah padam.

6.Pada

Menunjukkan keterangan waktu

Dalam ungkapan ada + pada (manusia

dan haiwan)

Menunjukkan tempat bagi perbuatan

sesuatu kata kerja

Dalam ungkapan tertentu

Waktu kerja akan tamat pada jam 5.00 petang.

Buku Sugiman ada pada Muniarti.

Layang-layang itu tersangkut pada tiang

telefon.

Pada pendapat Husin, jiran sebelah rumahnya

itu seorang yang mementingkan diri sendiri.

Page 2: Kata Sendi Nama

7. Untuk

Bagi

Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu

Menyatakan maksud bahagian yang

ditentukan ayau diperuntukkan

Belanjawan untuk/bagi tahun ini akan

diumumkan pada bulan Julai.

Hadiah ini untuk Ramasamy.

8.Demi

Menyatakan tujuan

Sebagai unsur penegas

Melahirkan makna urutan

Mei Ling sanggup berkorban apa sahaja demi

ibunya.

9.Tentang

Rujukan tentang sesuatu yang tidak

tentu (umum)

Pelajar do kolej itu sedang berbincang tentang

isu politik.

10.

Seperti

Bagai

Laksana

Umpama

Menyatakan maksud perbandingan Wajahnya berseri-seri seperti/bagai/ laksana/

umpama bulan.

11.Dengan

Membawa maksud bersama-sama /

beserta

Membawa maksud cara sesuatu itu

dilakukan

Samad berjakan ke sekolah dengan adiknya.

Ibu tua itu menerima sumbangan orang ramai

dengan perasaan sayu.

12. Sejak

Semenjak

Membawa maksud penanda waktu

atau masa

Ahmad sering bersedih sejak/ semenjak gagal

dalam peperiksaan SPM.

13.Terhadap

Membawa maksud rujukan yang

melibatkan penyambut yang tentu

sama ada manusia, haiwan atau benda

Keperihatinan Puan Azi terhadap anak

didiknya amat ketara.

14. Akan Merujuk kepada manusia, dan

penggunaannya mesti didahului oleh

Selvi sayang akan ibu dan bapanya.

Page 3: Kata Sendi Nama

kata adjektif yang bersifat emotif

15.Oleh

Menunjukkan hubungan pembuat

dalam ayat pasif ‘di-, ter-, dan kena’

Menunjukkan hubungan yang

membawa maksud kerana

Pipi Ali lebam kerana dicubit oleh Cikgu Adnan.

Jari Salimah terluka oleh pisau yang

digunakannya.

16. Hingga

Sampai

Membawa maksud perihal peringkat

dan had masa, waktu dan tempat

Kejayaan Ramli mengharumkan nama negara

hingga/ sampai ke peringkat antarabangsa.

17. Dalam

Antara

Membawa maksud lingkungan yang

tidak mempunyai ruang atau jarak

Isu itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat

jabatan.