Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
K A T A L O GM U S I M 2 0 2 0
©Patriots Publishing Sdn Bhd 2020Hak cipta Terpelihara
PATRIOTS PUBLISHING merupakan divisyen penerbitan bahan bacaan bercetak dan majalah elektronik bagi kumpulan penulisan kandungan digital
tersohor, The Patriots™.
Ditubuhkan pada 2017 dengan matlamat menerbitkan bahan-bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai akademik dan ilmiah dengan misi merakyatkan semula atau mempopularkan keilmuan di
kalangan masyarakat pada hari ini.
Patriots Publishing juga menerbitkan karya fiksyen di bawah label, Mahakarya.
P E N G E N A L A N
Judul Terbaru 4
Judul Terkini 20
Judul Terdahulu 35
Judul Akan Datang 43
Kedai Buku 44
Informasi 45
D A F T A R
J U D U L T E R B A R U
4
World Without Walls
Category General Interest
Genre International Relations
Author Ayman Rashdan Wong
228 pages
Hardcover
MYR 58.00
ISBN 978-967-2437-09-3
English
October 2020
About bookKnowledge is power.Language is symbolic.Geography is destiny.
These three expressions are the factors that can break the wall that brings differences among human in the world in reaching agreement and understanding between one another.
The knowledge about international geopolitics is the key to the survival of country and nations, and knowledge gained must be based on the principles of Realism, Diplomacy and Patriotism.
These principles will be explained through 50 articles that have been written by the writer over the past year on geopolitics and international relations.
The English version of bestselling Dunia Tanpa Tembok
J U D U L T E R B A R U
5
World Without Walls II
Category General Interest
Genre International Relations
Author Ayman Rashdan Wong
260 pages
Hardcover
MYR 58.00
ISBN 978-967-2437-10-9
English
October 2020
About bookThe world is facing major changes that is known as the collapse of the liberal world order. The integrity of the international system built by the United States since 1945 based on liberal democracy, market economy and human rights are now facing great challeng-es from the rise of the leaders “strongman”, economic protection-ism and nationalist-populist spirit.
What is happening to the globalization and borderless world that have aggressively been circulated in the last three decades? Is the new world order that will be born later would be better than the old order, or otherwise?
By using these three main keys of geopolitics, which are POWER, GEOGRAPHY and IDENTITY, this book will elaborate on the ma-jor questions regarding the current international relations.
The English version of bestselling Dunia Tanpa Tembok II
J U D U L T E R B A R U
6
Puteri Bunian Bulan
Kategori Novel Fiksyen
Genre Fantasi
Penulis Aliff Mustafa
410 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
978-967-2437-06-2
Bahasa Melayu
September 2020
Mengenai bukuAlam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga.Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal men-gubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia.Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat ma-nusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apin-ya.Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, ke-percayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
J U D U L T E R B A R U
7
Dirgahayu
Kategori Novel Fiksyen
Genre Seram
Penulis Helmi Effendy
362 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-2437-05-5
Bahasa Melayu
September 2020
Mengenai bukuSurat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fanta-si, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai.Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan se-gala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!
J U D U L T E R B A R U
8
The Arrival
Kategori Novel Fiksyen
Genre Thriller
Penulis Naim Tamdjis
284 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
978-967-2437-07-9
Bahasa Melayu
Ogos 2020
Mengenai buku
Dia muncul di saat dunia berada dalam keadaan kucar-kacir aki-bat wabak dan perang. Dia dianggap penyelamat kerana berjaya merawat berjuta-juta orang yang terkena jangkitan wabak.Dia begitu berpengaruh dan berjaya mengumpulkan berjuta pengikut mengoncangkan politik negara. Ini menggusarkan Tan Sri Jamalee yang telah berkuasa selama 18 tahun.Adakah kemunculannya satu rahmat atau malapetaka?Adakah dia Imam Mahadi yang disebut-sebut muncul pada akhir zaman?
J U D U L T E R B A R U
9
Langkah Sheraton
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Politik
Penulis Ahmad Faezal
216 halaman
Kulit lembut
MYR 38.00
ISBN 978-967-2437-08-6
Bahasa Melayu
Ogos 2020
Mengenai bukuApabila virus mula menjadikan mayapada ini mula porak peranda, Ma-laysia juga turut terpalit sama. Di sebalik kekalutan dan masalah yang melanda, Malaysia yang suhu politiknya agak mendatar tiba-tiba naik mendadak pada hari itu.Segalanya bermula di sebuah hotel di Petaling Jaya, hampir keseluru-han ahli-ahli parlimen berkumpul di sebuah majlis. Rakyat dan para penyokong mula berteori, apakah niat dan tujuan majlis ini? Apakah akan terbentuk sebuah kerajaan baharu di tengah-tengah wabak yang menggila ini?Akar permasalahan ini segalanya bermula pada 2 September 1998. Ada-kah perseteruan mereka ini mencapai kemuncak di hotel atau akan terus mewarnai politik negara hingga satu masa nanti.Segalanya mungkin berakhir atau bermula di SHERATON.
J U D U L T E R B A R U
1 0
Seo Young-Hae: Pejuang Kemerdekaan Di Paris
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Biografi Tokoh
Penulis Jung Sang-Cheon
260 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
978-967-2437-02-4
Bahasa Melayu
Ogos 2020
Mengenai bukuSeo Young-hae – seorang wartawan, diplomat, dan pejuang kemerdekaan. Be-liau merupakan satu-satunya nama besar di Eropah yang menghubungi kerajaan bayangan di Paris dan berjuang selama 27 tahun untuk kemerdekaan negara Ko-rea.Jika kehidupan seseorang di dunia ini ibarat sebuah drama, kehidupan Seo-Young hae boleh menjadi sebuah drama yang menarik dan menakjubkan. Dari era pen-jajahan empayar Jepun sehinggalah zaman selepas kemerdekaan, pengiktrafan kerajaan dalam sejarah dunia dan pembangunan mega negara Korea tergambar daripada kehidupannya.Seo-Young hae berjuang untuk kebebasan Korea seumur hidupnya. Beliau ada sewaktu negaranya dibahagikan kepada Korea Selatan dan Korea Utara. Beliau merupakan seorang yang bijak, percaya kepada falsafah moral Confucius, berbic-ara dalam tujuh bahasa, pasifis dan antifasis.Tetapi sayang, beliau merupakan aktivis kemerdekaan Korea di Paris yang tidak didendang. Namanya jarang diketahui oleh genarasi sekarang.Jadi, diharapkan buku ini akan dapat memberikan jawapan secara ringkas dan padat kepada soalan-soalan seperti, “Siapakah Seo Young Hae? Wujudkah aktivis kemerdekaan seperti itu?”Terjemahan dari buku berjudul; ‘파리의 독립운동가 서영해’ / Pari-ui Dokrip Undongga Seo Yeong-hae
J U D U L T E R B A R U
1 1
Malaya 1941
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah / Peperangan
Penulis Rafe Rahmat & Hairil Anuar
210 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-2437-04-8
Bahasa Melayu
Ogos 2020
Mengenai bukuPada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nan-shin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang men-yasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai po-tensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun. Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.Walau bagaimanapun, laporan Kolonel Masanobu Tsuji yang merupakan ketua kepada Unit Penyelidikan Tentera Taiwan atau turut dikenali sebagai Unit No. 82 mendakwa bahawa beka-lan bahan api bagi kegunaan keseluruhan ketumbukan tentera Jepun hanya boleh bertahan selama setahun sahaja sekiranya mereka berperang dengan Kesatuan Soviet. Oleh itu, Kolo-nel Tsuji dipertanggungjawabkan untuk merancang kemaraan Jepun ke Asia Tenggara yang melibatkan Malaya, Filipina, Borneo serta Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Tetapi un-tuk misi ini, Kolonel Tsuji hanya diberi masa selama 6 bulan sahaja! Untuk perancangan dan latihan.Adakah Kolonel Tsuji berkeupayaan merancang satu operasi amfibia yang memerlukan sokongan daripada banyak kapal? Bagaimanakah pihak Jepun akan melakukan ulang bekal kepada pasukan infantri yang bakal mara ala Blitzkrieg sejauh 1,000 km dari Songkhla ke Singapura? Pada masa yang sama, mampukah operasi ini dilaksanakan serentak dengan tin-dakan menghalang tentera laut Amerika daripada terus menguasai Lautan Pasifik? London pula telah mengarahkan tentera British di Malaya untuk bertahan sehingga bantuan tiba jika perang meletus di Timur Jauh.Saksikanlah pertembungan dua kuasa besar di Tanah Melayu dalam Malaya 1941 ini.
J U D U L T E R B A R U
1 2
Liverpool: Mahkota Eropah
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Sukan
Penulis Axello
143 halaman berwarna
Kulit lembut
MYR 25.00
978-967-2437-01-7
Bahasa Melayu
Jun 2020
Mengenai bukuLiga Juara-Juara Eropah atau dalam bahasa Inggerisnya ‘UEFA Champions League’ (UCL) merupakan piala idaman semua. la adalah simbol kepada juara sukan bola sepak di Eropah. Liver-pool bukanlah nama asing dalam kejohanan ini.Liverpool adalah kelab bola sepak Inggeris yang paling berjaya dalam UCL— menjadi satu-satunya kelab England yang memakai lencana Ichas selepas kejayaan meraih gelaran juara Eropah kali kelima di Istanbul.Dalam penulisan buku ini, saya ingin mengajak anda menyingkap kembali perjalanan Liverpool dalam usaha menjadi juara Eropah sebanyak enam kali. la satu perjalanan yang sangat panjang. Ini bukan kerana Jurgen Kiopp berseorangan, ataupun para pemain-nya, ini adalah kerana kesatuan semua yang bergelar THE REDS. Termasuk para penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong pasukan bergelar Liverpool.
J U D U L T E R B A R U
1 3
Lipur Lara Nusantara
Kategori Hikayat
Genre Sejarah
Penulis Cik Srikandi
344 halaman berwarna
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-2437-03-1
Bahasa Melayu
Julai 2020
Mengenai bukuPasti anda semua tertanya-tanya, apa kepentingannya untuk tahu akan hikayat, mitos dan legenda ini yang mungkin dianggap sekadar dongeng semata-mata. Tetapi itulah keindahan budaya Nusantara dan keting-gian bahasa serta pemikiran masyarakatnya yang merakamkan sejarah dalam bentuk seni dan sastera supaya ia mudah diterima dan dihadam minda.Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara. Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air dar-ipada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Se-jinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.Lipur Lara Nusantara akan membawa anda semua menggali sejarah melalui cerita rakyat, hikayat dan legenda supaya pengajaran yang ter-sirat di dalamnya dapat kita pelajari bersama-sama.
J U D U L T E R B A R U
1 4
Dunia Tanpa Tembok III
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Geopolitik
Penulis Ayman Rashdan Wong
390 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
978-967-2437-00-0
Bahasa Melayu
Mac 2020
Mengenai buku30 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dun-ia yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan kemunculan ultranasionalisme.Tidak kira betapa majunya teknologi, atau betapa berevolusinya tama-dun, hubungan antarabangsa tidak akan lari daripada hukum-hukum berikut:“Musuh kepada musuh adalah kawan”“Tiada musuh atau kawan yang kekal”“Geografi adalah takdir”Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik – KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI – buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab mu-sabab di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.
J U D U L T E R B A R U
1 5
Beruratkan Dawai, Berdarahkan Raksa
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Cik Srikandi
416 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-17344-9-0
Bahasa Melayu
Mac 2020
Mengenai bukuIlmu kebal.Memang ada orang yang mengamalkan ilmu kebal. Panglima-panglima Melayu pada masa dahulu diceritakan memang ada ilmu kebal. Tetapi apa yang askar musuh buat untuk mengatasi masalah itu? Mereka tangkap orang-orang yang ada ilmu kebal ini dengan pukat, kemudian rendam mereka ke dalam perigi bera-cun atau kurung sehingga mati kebuluran. Ada yang ilmu kebalnya tawar dengan emas, musuh buat peluru emas, tembak dia.“Musuh akan memerah otak untuk kalahkan kamu. Pasti akan cari jalan untuk mengatasi kamu. Musuh kamu akan buat hubungan dengan musuh kamu yang lain, mereka boleh ber-pakat untuk jatuhkan kamu dan ini memang realiti dalam sejarah, lagi dan lagi.”Jadi, semua kekuatan, teknologi dan ilmu kebal itu tidak berguna jika kamu tidak menggunakan akal dan berpakat seperti musuh kamu menggunakan sepenuh akal mereka dan saling bantu-membantu.Untuk mencapai kuasa dan perkasa melawan ilmu-ilmu ghaib penjajah sebegini, maka wajib belajar bagaimana membatalkan segala sihir mereka itu.“Bersedialah sentiasa dengan kulit dan daging yang baharu; yang beruratkan dawai, berda-rahkan raksa.”
J U D U L T E R B A R U
1 6
Perang Tamadun Melayu
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Abdullah Sidek
318 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
978-967-17344-7-6
Bahasa Melayu
Februari 2020
Mengenai buku
Tidak keterlaluan jika buku ini dipanggil sebagai sebuah naskhah ilmiah yang menceritakan mengenai Game of Thrones kerajaan-kerajaan Melayu. Permainan takhta tamadun bangsa kita setanding pergelutan takhta yang membawa kepada perang di Eropah.
Ia tidak terkalahkan dek hikayat-hikayat kerajaan-kerajaan berperang yang me-warnai China. Ia juga sehebat kisah Sengoku Jepun yang melibatkan para war-lordnya berebut menjadi Syogun untuk nama mereka kekal 1,000 tahun lagi.
Perang Tamadun Melayu membawa anda mengembara ke sejarah raja-raja Melayu bermain politik, sehingga kepada peperangan yang mengasyikkan antara kera-jaan-kerajaan yang pernah bertapak di alam Melayu. Malangnya, kronikel ini tidak didendangkan sehebat kisah raja-raja Eropah, maharaja-maharaja China dan juga para Syogun Jepun sehingga ia terus tenggelam dalam sejarah.
Justeru, kami di Patriots Publishing muncul dengan karya terbaru kami yang membedah perang-perang dalam tamadun Melayu bermula seawal zaman Par-ameswara di Singapura purba sehingga memasuki zaman moden. Ia penuh den-gan darah, helah dan romantisme kisah-kisah kerajaan-kerajaan ini merebutkan takhta alam Melayu.
J U D U L T E R B A R U
1 7
Manuskrip Melayu Yang Hilang
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Naim Tamdjis
200 halaman
Kulit lembut
MYR 25.00
ISBN 978-967-17344-8-3
Bahasa Melayu
Februari 2020
Mengenai buku“Terdapat hampir 20,000 manuskrip Melayu bertebaran di seluruh dunia teruta-ma di Eropah tetapi hanya 5% sahaja yang dikaji” – Prof Uli Kozok, Universiti HawaiiGenerasi sekarang atau dahulu tidak terdedah dan mengetahui ten-tang kekayaan ilmu orang Melayu dahulu kala yang terakam dalam manuskrip Melayu.Bukan sahaja ilmu mengenai hikayat serta cerita penglipur lara, un-dang-undang dan agama tetapi manuskrip yang terakam menyentuh bab ekonomi, sains dan teknologi, astronomi dan astrologi, nikah kah-win serta adat dan pelbagai lagi.Malah unsur mistik juga turut dimasukkan ke dalam manuskrip Melayu seperti cara membuat sihir, jampi dan serapah, gambaran wajah dan bentuk jin serta syaitan!
J U D U L T E R B A R U
1 8
Mencabar Teori Chola
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Abdullah Sidek
322 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
978-967-17344-5-2
Bahasa Melayu
Januari 2020
Mengenai buku
Rajendra Chola ialah nama raja agung dari selatan India yang pernah membina sebuah empayar hebat yang mewarnai sejarah India dan orang Tamil. Malangnya, sejarah hebat itu digunakan sebagai alat propaganda segelintir orang di Malaysia untuk mendakwasegala-galanya yang berkaitan dengan tamadun Melayu. Kami memanggil golongan ini sebagai golongan Chola. Mereka begitu giat menyebar-kan pseudo-sejarah versi mereka di Internet, bahkan ada versi sejarah mereka dianuti sehingga ke golongan Menteri.
Tamadun Melayu sedang di-claim. Kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan Buddha dahulu begitu rakus dipanggil sebagai tamadun Tamil han-ya kerana pernah beragama Hindu-Buddha. Seorang pendekar harus lahir demi mempertahankan sejarah yang sebenar. Sebuah hujah harus disusun dengan kemas, kelak ketika berhadapan dengan golongan ini, sejarah Melayu yang sebe-narnya dapat ditegakkan.
Maka doa kita ALLAH kabulkan. Lahirlah buku Mencabar Teori Chola yang ditu-lis demi membersihkan sejarah Melayu daripada kultus Chola berjaya dihasilkan. Semoga dengan terbitnya buku ini, perjuangan mempertahankan sejarah bangsa mempunyai anjakan paradigma yang terbaharu!
J U D U L T E R B A R U
1 9
Titanic Di Hujung Jari
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Peristiwa
Penulis Aiman Hakim & Moustapha
Abbas
235 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-17344-6-9
Bahasa Melayu
Januari 2020
Mengenai buku
Titanic. Sebuah tragedi, darah dan air mata. Kapal yang dikatakan takkan tenggelam ini tidak menyangka akan menghadapi saat tragis yang mencatatkan sejarah dunia. Dalam meniti ke arah tragedi, para penumpang bersosial dan bercanda seolah-olah tiada hari esok. Kapal ini menceritakan sosial darjat yang berbeza. Para kelas atasan mengumpulkan sebilangan eli-tis manakala kelas bawahan menghimpunkan sejumlah pengembara yang ingin mengubah hidup mereka ke dunia baharu yang diidamkan.
Tetapi malangnya, tanggal 11.40 malam 14 April 1912, bermula titik hitam yang mengubah segalanya. Di tengah Lautan Atlantik yang membeku, kapal ini seolah-olah bandar kecil yang menanti masa untuk pergi. Sepanjang 2 jam 40 minit itu, peristiwa yang meruntun jiwa ber-mula daripada perpisahan antara keluarga, pemuzik yang bermain hingga ke akhir di atas dek sehinggalah Kapten yang pasrah di ruang pengemudi kapal dan pereka yang mati bersa-ma kapal agungnya di bilik merokok kelas pertama.
Kisah Titanic terkubur bersama kapalnya di dasar Atlantik sehinggalah penemuannya pada1 September 1985 yang menggemparkan dunia dan seterusnya 12 tahun kemudian Titanic seka-li lagi di atas takhta apabila James Cameron mengarahkan filem dengan judul yang sama dan mencipta sejarah dalam industri perfileman dunia.
Buku ini membawa pembaca menyelusuri detik-detik dari pada terbinanya kapal hinggalah ke 100 tahun sambutan kapal ini. Buku ini bukan membawa pembaca hanya sekadar mem-baca, tetapi menjadi seolah-olah sebagai saksi kepada salah sebuah tragedi agung itu. Hayat-ilah dengan air mata. Titanic adalah cinta yang terkubur dalam lautan gelora.
J U D U L T E R K I N I
2 0
Pertempuran-Pertempuran Agung
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Helmi Effendy, Moustapha Ab-
bas, Amir Zayyanid
424 halaman
Kulit lembut
MYR 38.00
ISBN 978-967-16528-8-6
Bahasa Melayu
November 2019
Mengenai bukuPerang itu sebuah seni. Ya, seni yang sangat memukau. Ia memerlukan kelicikan, strategi dan taktikal yang kena pada tempat dan waktunya. Jika kita membuka helaian sejarah, maka kita akan dapati terlalu banyak himpunan kisah seni-seni yang memukau manusia.Kita akan kagum dengan jeneral-jeneral perang yang pernah wujud da-lam sejarah. Kepintaran mereka menghasilkan sebuah seni peperangan tetap kekal menjadi kisah-kisah yang didendangkan kepada duni. Mel-alui buku ini, sesungguhnya anda semua akan dipersembahkan dengan sebuah seni terindah yang pernah manusia hasilkan, PERTEMPURAN & PEPERANGAN
J U D U L T E R K I N I
2 1
Muhammad: Dakwah dan Diplomasi
Kategori Biografi Bukan Fiksyen
Genre Pengajian Islam
Penulis Arep Jawa
494 halaman
Kulit lembut
MYR 38.00
ISBN 978-967-17344-4-5
Bahasa Melayu
November 2019
Mengenai bukuKelahiran Nabi Muhammad S.A.W merupakan suatu rahmat buat seka-lian alam. Baginda adalah pemimpin umat akhir zaman dan pengasas kepada sebuah empayar spiritual yang dianuti oleh 1.9 bilion manusia.Baginda adalah seorang yang bijak, cerdas dan hebat dalam berdiploma-si. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempat asalnya iaitu bagaimana Baginda dengan izin Allah SWT berjaya mengelakkan dari berlakunya persengketaan dan pertumpahan darah antara kabilah Arab.“Sekiranya keagungan sesuatu tujuan, keremehan tindakan dan hasil yang hebat itu merupakan 3 ukuran kegeniusan manusia, siapa yang berani membandingkan manusia hebat di era moden ini dengan Muhammad?” — (Alphonse de Lamar-tine, Histoire De La Turque, Paris, 1855, vol 1, halaman 154)
J U D U L T E R K I N I
2 2
Malaysia Military Power II
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Ketenteraan
Penulis Faris Jamalludin
384 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-17344-1-4
Bahasa Melayu
September 2019
Mengenai buku
Sejak dari zaman Darurat sehinggalah ke hari ini, Pasukan Keselamatan kita merupakan tulang belakang dan benteng pertahanan utama dalam memastikan negara kita kekal aman dan makmur dari sebarang bentuk ancaman musuh. Sama ada disedari, mahupun tidak kita sedari.
Bentuk ancaman itu berubah mengikut era. Dan begitu juga cara dalam menghadapinya atau mengekang ancaman tersebut. Namun kekuatan pertahanan negara kita masih berteraskan para pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat dengan penuh berseman-gat.
Dari satu teknik ‘primitif’ yakni propaganda melalui corong pembesar suara yang dipasang-kan ke pesawat udara untuk memujuk pengganas komunis menyerah keluar dari hutan ketika zaman Darurat, hinggalah ke era teknologi siber yang semakin maju dalam mengesan anca-man, sebelum ia sempat untuk dilaksanakan pihak pengganas – pasukan keselamatan kita terus menjadi mata pedang dan perisai yang senantiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dan angkara murka mereka yang bermuslihat jahat untuk menganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara.
Malaysia Military Power kali ini menampilkan naskah kedua yang menyoroti perjuangan anggota pasukan keselamatan kita di era Darurat, dan unjuran bentuk ancaman masa de-pan dalam konteks konflik yang hibrid yang akan dihadapi ATM. Selain itu, kami dedahkan serba sedikit mengenai aset berteknologi yang dimiliki oleh ATM, yang sebelum ini dicerca oleh politikus, namun kini terbukti menjadi satu bentuk ‘pelaburan’ yang bermanfaat untuk rakyat.
MENANG MELALUI PERKATAAN
J U D U L T E R K I N I
2 3
Dasar Pandang Ke Jepun
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Sains Kemasyarakatan
Penulis Moustapha Abbas
384 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-17344-3-8
Bahasa Melayu
September 2019
Mengenai buku
Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan oleh Per-dana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Dasar ini diumumkan semasa Persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Salah sebuah negara dalam destinasi Timur yang diperkatakan oleh Tun Mahathir ialah Negara Matahari Terbit, iaitu Jepun. Namun, setelah 37 tahun dasar tersebut diperkenalkan, apa yang orang kita kenal tentang Jepun? Boleh dikatakan, ham-pir tidak wujud karya-karya yang bersifat pop membahaskan mengenai dasar itu. Kalau kita benar-benar mahu mencontohi Jepun, apa yang patut kita contohi? Su-dah tentu, di sebalik permata dan keagungan yang dapat kita pertontonkan serta dipersembahkan mengenai Jepun, pasti ada sisi-sisi gelap yang tidak diketahui mengenai negara ini.
Jadi, DASAR PANDANG KE JEPUN disiapkan untuk orang awam di luar sana ber-sama-sama kami untuk memahami, membedah dan menganalisis dua sisi, sama ada baik atau buruk mengenai sebuah negara yang bernama Jepun ini. Dan akh-ir sekali, kami membiarkan anda membuat kesimpulan untuk memilih sisi baik yang anda rasa sesuai untuk diterapkan dalam diri anda, atau skala lebih besar, masyarakat dan negara.
J U D U L T E R K I N I
2 4
The Human’s Complex
Kategori Esei Bukan Fiksyen
Genre Sains Sosial / Psikologi
Penulis Zamir Mohyedin & N.H.M
290 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-17344-2-1
Bahasa Melayu
September 2019
Mengenai buku
Minda, pemikiran dan tingkah laku manusia merupakan satu “daerah” yang masih lagi belum diterokai sepenuhnya oleh saintis memandangkan ia sangat kompleks dan proses kajiannya sungguh rumit sekali. Cabang pengajian tentang minda manusia dikenali sebagai psikologi; merangkumi kajian tentang minda, cara ia berfungsi dan bagaimana proses minda (dalaman) tersebut mempengaruhi kelakuan atau personaliti seseorang (luaran).
Tetapi tahukah anda bahawa kajian, debat dan perbincangan mengenainya telah mula dijalankan sejak dari zaman purba lagi? Antara catatan terawal mengenai psikologi manusia adalah pada tahun 387 SM apabila ahli falsafah terkenal yakni Plato, mengusulkan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa otak merupakan lokasi atau tempat di mana proses minda berjalan, manakala pada tahun 335 SM, Aristotle mendakwa proses tersebut berlaku di dalam jantung manusia.
Sementara itu, menurut buku The Oxford Handbook of the History of Psychology: Global Perspectives, saintis-saintis Islam juga tidak kurang hebatnya dari segi sumbangan mereka dalam kajian minda manusia. Misalnya, Ibnu Sina yang mengkaji dan berkeupayaan untuk merawat sawan, mimpi dan masalah lemah ingatan. Selain itu, menurut U.S. National Library of Medicine, hospital pertama yang mula merawat masalah berkenaan psikiatri telah diasaskan oleh doktor-doktor Muslim pada Zaman Pertengahan dahulu.
Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“The mind of man is capable of anything.” – Joseph Conrad
J U D U L T E R K I N I
2 5
Kitab Tamadun Melayu
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Panel Penulis The Patriots
536 halaman
Kulit lembut
MYR 38.00
ISBN 978-967-16528-9-3
Bahasa Melayu
Ogos 2019
Mengenai bukuWahai Melayu, ini ialah sebuah riwayat yang mensyairkan keagungan yang tidak terganti walaupun seribu zaman. Dari Kedah Tua dan besi-besinya yang menjadi lagu perang, Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan menjadi satu bangsa dan Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia. Hal ini ialah kitab yang merakamkan sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu.
Adakah anda sudah lupa tentang bagaimana bangsa kita dipuja oleh penghuni dunia? Dari tempat bersemayam Izanagi, perlahan-lahan berita tentang kita merayap ke Sungai Kuning yang menyimpan seribu legenda raja agung dari kayangan dan juga ketika kita pernah dijulang di bumi Mahabharata yang menjadi latar sebuah cerita para dewa.
Tetap harum di tanah Arab tempat lahirnya Nabi akhir zaman dan kisah kita pernah terpasak di tanah para nabi, tempat kononnya Isa disalib. Khabar mengenai kita tetap bersemayam di hujung Eropah, bumi dua anak kembar yang dijaga serigala lalu terbitnya sebuah empayar.
Ketika 88 bahasa ditutur di pelabuhan teragung, bahasamu tetap menjadi raja. Kata seorang pendeta Belanda, “Kau bukan seorang intelektual, jika bahasa ini tidak sebati dengan lidahmu.” Wahai bangsa perang, wahai bangsa pendeta, wahai bangsa diplomat agung, bangkitlah mengembalikan keagungan!
J U D U L T E R K I N I
2 6
Kitab Tamadun Islam
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Ibn Jawi
476 halaman
Kulit lembut
MYR 38.00
ISBN 978-967-17344-0-7
Bahasa Melayu
Ogos 2019
Mengenai buku
Kelahiran Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan suatu bukti bahawa telah lahirnya sebuah peradaban yang agung. Ketika kebanyakan daripada tamadun itu ter-bina dan berdiri di tepian laut serta lembangan sungai, kuasa Tuhan mentakdirkan tamadun Islam berdiri di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda tekun mengajar umatnya erti sebuah kehidupan melalui cebisan-cebisan wahyu daripada Tuhan sehingga ia lengkap menjadi sebuah kitab agung, yakni al-Quran.
Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit meng-gegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentia-sa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbu-kan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.
Sudah tentu riwayat Umaiyah yang mengaum dan Abbasiyah sebuah permata sentiasa diju-lang sehingga Uthmaniyah sang sufi sentiasa bersemayam di hujung lena. Malangnya, semua itu telah lenyap daripada helaian jiwa yang menandakan bahawa zaman kegelapan itu sudah pun tiba. Ada juga riwayat seperti tikaman dari belakang, perebutan takhta yang menump-ahkan darah, bahkan juga keagungan intelektual umat purba yang tidak tersingkap. Semoga keagungan itu kembali mekar dalam jiwa seluruh warga satu syahadah untuk mengembali-kan kegemilangan yang dirindukan.
J U D U L T E R K I N I
2 7
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Ekonomi
Penulis Kauthar Rozmal, Khairul Azri,
& Najib Saahari
240 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-16528-5-5
Bahasa Melayu
April 2019
Jangan Selewengkan Ekonomi Malaysia
Mengenai buku
Pasca Malaysia Baharu menyaksikan isu semasa berkaitan dengan ekonomi negara begitu pesat disebarkan di media sosial atau media uta-ma. Pihak pembangkang dan kerajaan begitu berlumba lumba mencam-bahkan propanganda versi mereka untuk tatapan marhaen.
Anak panah fitnah isu ekonomi yang dilepaskan busur propaganda be-gitu laju dan bertebaran sehingga membuatkan rakyat seperti kita tidak lagi tahu mengenali mana benar dan salah. Justeru, tiga orang penulis yang mempunyai latar belakang dalam bidang kewangan dan ekonomi saling berganding bahu menyiapkan koleksi koleksi artikel yang bertu-juan memberikan pencerahan agung agar kita tidak lagi ditipu oleh poli-tikus itu!
J U D U L T E R K I N I
2 8
Kategori Biografi Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Helmi Effendy, Moustapha
Abbas, & Raja Ariff Danial
304 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-16528-7-9
Bahasa Melayu
April 2019
Tokoh Agung MelayuMengenai buku
“Umat yang sedang bangkit memerlukan perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”. – Hassan Al Banna
Menghina, menjatuhkan Melayu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu sebab ia beru-paya untuk membunuh terus keupayaan bangsa itu, lantas membawa kepada kepupusannya seperti bangsa-bangsa agung yang lain dalam sejarah.
Contohilah bagaimana bangsa-bangsa lain luar dalam usaha mereka menaikkan jati diri bangsa mereka. Mereka tidak berterusan menjual naratif bangsa mereka sebagai bangsa yang pengecut, tidak bertanggungjawab, pemalas, kuli dan sebagainya. Mereka menjual naratif hebat bangsa mereka melalui sejarah dan masa kini.
Justeru, buku ini dihasilkan dengan bertujuan untuk menaikkan jati diri bangsa Melayu. Cukuplah kisah Melayu pemalas, ketinggalan dan pendengki dilaungkan. Apa kata kita sela-mi hikayat Melayu itu seorang penakluk, pejuan, pelaut unggul, intelektual hebat, diplomat agung, ulama terbilang dan pemerintah idaman segala utopia di dunia.
Buku ini diharapkan mampu mengembalikan alter bangsa Melayu yang paling terahsia, lalu bangkit membina keagungan yang penuh abadi sehingga akhir zaman.
J U D U L T E R K I N I
2 9
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Nur Dini
154 halaman
Kulit lembut
MYR 25.00
ISBN 978-967-16528-4-8
Bahasa Melayu
April 2019
Perjuangan Sungai Batu: Sebuah Memoir
Mengenai buku582 Sebelum Masihi. Ini bukan calang-calang tarikh. Berdirinya Tama-dun Batu adalah lebih awal daripada China disatukan di bawah Qin Shi Huangdi. Lebih awal daripada kelahiran Alexander The Great menakluk dan membina empayar. Lebih awal daripada Julius Caesar membina em-payar Rom. Lebih awal daripada Asoka menyatukan seluruh India. Lebih awal daripada kelahiran Nabi Isa A,S dan Nabi Muhammad S.A.W. Lebih awal ribuan tahun daripada tarikh wujudnya Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Melayu Srivijaya.Namun, perjuangan untuk memastikan jerit payah tamadun yang kini sedang lena diapit oleh hutan kelapa sawit bukanlah mudah. Ia penuh dengan ranjau dan air mata. Justeru, buku ini ditulis untuk merakamkan kronologi dari mula tapak ini ditemui oleh pakar arkeologi, sebelum para aktivis sejarah berusaha melaungkan keagungannya kepada seluruh rakyat Malaysia, memberitahu mereka mengenai sebuah memori yang telah lama dilupakan.
J U D U L T E R K I N I
3 0
Kategori Catatan Bukan Fiksyen
Genre Peperangan
Penulis Rafe Rahmat
236 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-16528-6-2
Bahasa Melayu
April 2019
Operasi Badar: Mencalar Keangkuhan Yahudi
Mengenai buku
Apabila Mesir dan negara Arab tewas kepada Israel dalam perang Enam Hari 1967, mitos ter-cipta bahawa Israel tidak akan tewas di tangan Arab. Presiden Anwar Sadat yang menggan-tikan Gamal Abdel Nasser tercari cari formula untuk memulihkan kembali air muka Arab. Beliau sedar apa yang diperlukan bukan formula ajaib tetapi muslihat untuk mengalahkan Israel dan merampas kembali tanah Sinai.
Kekuatan Isarel adalah pada pasukan kereta kebal, pasukan udara serta sistem panggilan mobilisasi pasukan simpanan yang cekap dan pantas. Tidak banyak pula negara yang mahu membekalkan senjata kepada Mesir, kecuali Kesatuan Soviet. Apabila Mesir merayu supaya Soviet membekalkan senjata canggih seperti peluru berpandu Scud dan jet pejuang MiG-23, pemimpin Soviet menyindir dengan mengatakan bahawa Mesir perlu ada tiga perkara untuk berperang:
1.Senjata. 2.Latihan. 3.Semangat.
Beliau menyambung lagi “Kamu telah memiliki yang pertama dan kedua”, katanya. Pada jam 2 pe-tang, 6 Oktober 1973, Operasi Badar dilancarkan dan dalam masa 24 jam, 850 buah kereta kebal dan ratusan ribu tentera Mesir telah berjaya menyeberangi Terusan Suez. Pada masa yang sama, tentera Syria juga melancarkan serangan mengejut di Bukit Golan.
Israel panik kerana tidak menyangka Mesir dan Syria akan berperang dalam bulan Ramadan serta Yom Kippur iaitu hari suci bagi orang-orang Yahudi. Apakah transformasi yang telah dilakukan oleh Mesir dan Syria sehingga yakin untuk berhadapan dengan Israel? Apakah muslihat yang mereka gunakan? Dapatkan jawapannya di sini.
J U D U L T E R K I N I
3 1
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Animasi
Penulis Amir Zayyanid
278 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-16528-3-1
Bahasa Melayu
Mac 2019
Kronikel One Piece:Sejarah Di Sebalik Manga
Mengenai buku“Tekad yang diwarisi, impian seseorang manusia dan peredaran waktu; Selagi manusia terus mencari erti kebebasan sejati, tiga perkara itu tidak akan sekali-kali dapat dihalang.” – Gol D. Roger Si Raja LanunSeiring peredaran zaman, tamadun manusia mengalami perkembangan dalam pelbagai lapa-ngan ilmu termasuklah ilmu perkapalan. Hal ini membolehkan ombak laut ganas yang meng-gulung setinggi gunung dapat dijinakkan. Lautan luas kemudian bebas diteroka. Jalan laut yang rancak dibuka sekaligus kian membudaya perdagangan maritim sehingga terbentuknya kuasa-kuasa talasokrasi yang saling berebutkan kemasyhuran, harta-benda dan tampuk pe-merintahan dunia.Percaturan geopolitik ini menuntut setiap kuasa besar untuk menubuhkan armada perang tersendiri. Persenjataan laut juga tidak ketinggalan mengalami kemajuan dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi pada era peralihan dari Dunia Lama ke Dunia Baru. Arena pergelutan di lautan ini tidak hanya melibatkan kelas tentera sahaja, tetapi turut direncahkan dengan kehadiran para lanun yang membawa aneka misi dan personaliti.Dari lanun budiman hinggalah lanun psikopat. Dari semangat mengejar harta-karun hingga-lah mempunyai impian untuk menubuhkan republik lanun. Calit-calit sejarah yang dititip-kan oleh mereka; para lanun sejak sebelum era Julius Caesar hingga abad ke-21 ini mencetus-kan sejuta inspirasi kepada ribuan karya, termasuklah One Piece.Meneladani budaya pemahir-pemahir teori siri ‘Budak Getah’ sambil seupaya mung-kin menuruti piawai penulisan akademik, naskhah ini cuba menguis langsir hiburan dan menyuluhkan lensa ke arah dua pemain teater ilmiah dalam magnum opus Eiichiro Oda ini; iaitu sejarah dan biografi dunia lanun.
J U D U L T E R K I N I
3 2
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Animasi
Penulis Zamir Mohyedin
240 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-16528-2-4
Bahasa Melayu
Mac 2019
Alegori Naruto:Falsafah Di Sebalik Manga
Mengenai bukuSelain Alegori Gua (Allegory of the Cave), mungkin ramai tidak mengetahui bahawa Socrates pernah menggunakan matahari dan garis dibahagikan (divided line) sebagai analogi untuk menerangkan idea falsafahnya. Malah ketiga-tiga alegori yang Socrates gunakan mempunyai perkaitan antara satu sama lain.Untuk yang tidak mengetahui, Alegori bermaksud metafora yang menggunakan tempat, watak, dan peristiwa sebagai medium untuk menyampaikan mesej dan idea dengan maksud yang lebih luas.Alegori secara praktikalnya telah digunakan secara meluas dalam sejarah dalam pelbagai bentuk sebagai alat untuk menjelaskan konsep dan idea yang kompleks supaya mampu di-hadam oleh pembaca, pendengar atau pemerhati.Kishimoto mempunyai mesej yang ringkas ditanamkan berkenaan karya Naruto. Mungkin beliau tidak berniat untuk meletakkan falsafah ataupun konsep yang tinggi dalam karyanya. Tetapi Kishimoto jelas menyatakan:“Dalam dunia sebenar, sukar untuk manusia memahami antara satu sama lain disebabkan budaya dan dibesarkan dengan cara berbeza. Apabila kita mula meningkat dewasa, kita akan mula melihat, kadangka-la ada perkara yang tak kena berlaku dalam hidup kita.Tapi, aku cipta Naruto untuk beritahu generasi muda bahawa walaupun terdapat kesusahan dalam hidup, kalian tetap akan dapat melaluinya. Selain itu, aku lebih gemar pembaca mencari sendiri apa yang mereka dapat daripada Naruto.”Maka, karya Naruto dapat menjadi medium yang baik untuk para pembaca mengenai seba-hagian idea falsafah.
J U D U L T E R K I N I
3 3
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Geopolitik
Penulis A.R.W
300 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-16528-0-0
Bahasa Melayu
Januari 2019
Dunia Tanpa Tembok II
Mengenai bukuDunia sedang mengalami perubahan besar yang dikenali sebagai kerun-tuhan orde antarabangsa liberal. Kewibawaan sistem antarabangsa yang dibina oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1945 berdasarkan demokrasi liberal, ekonomi pasaran dan hak asasi manusia kini menerima cabaran hebat daripada kebangkitan pemimpin-pemimpin ‘strongman’, dasar perlindungan ekonomi dan semangat populisme-nasionalisme.Apa yang berlaku kepada globalisasi dan dunia tanpa sempadan yang digempar-gempurkan pada tiga dekad kebelakangan ini? Adakah orde dunia baharu yang akan lahir ini lebih baik daripada orde lama, atau se-baliknya?Dengan menggunakan tiga kunci ilmu geopolitik, yakni KUASA, GEO-GRAFI dan IDENTITI, buku ini akan merungkai persoalan-persoalan be-sar tentang hubungan antarabangsa masa kini.
“Pemenang Anugerah Buku Negara 2019”
Diterjemahkan ke bahasa Korea di Korea Selatan pada Julai 2020
J U D U L T E R K I N I
3 4
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Sains Sosial
Penulis Naim Tamdjis
184 halaman
Kulit lembut
MYR 25.00
ISBN 978-967-16528-1-7
Bahasa Melayu
Januari 2019
Mistik Alam MelayuMengenai buku
“Penggunaan azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain merupakan salah satu jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu.” – R.O. Windstedt
Pada zaman kolonial, dua orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat mengkaji ilmu mistik orang Melayu. Sebut sahaja nama R.O. Windstedt dan Wilkinson, mereka sering dikaitkan dengan mistik alam Melayu. Namun ilmu mistik bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar sejak zaman kepercayaan animisme orang Melayu lagi.
Malah ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar oleh mereka berdua.
Kini, segala penemuan mereka kembali ditayangkan untuk tatapan anak bangsa. Bukanlah untuk mengajak anak Melayu berpaling ketaatan mereka terhadap Allah, namun ia sekadar sebuah dokumentasi tentang satu fasa dalam kebudayaan orang Melayu itu sendiri.
J U D U L T E R D A H U L U
3 5
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Helmi Effendy
230 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-15394-8-4
Bahasa Melayu
November 2018
Jangan Selewengkan Sejarah Melayu
Mengenai buku
Dunia Melayu hari ini telah diserang dari pelbagai arah. Terdapat musuh yang mahu menundukkan bangsa yang mempunyai sejarah yang sangat panjang. Dari agamanya, politiknya, raja-rajanya, kesemuanya hendak diserang dan diperkotak-katikkan.
Dewasa ini sejarahnya telah ditohmah dan dihina oleh golongan pembenci dan oportunis. Terdapat banyak cubaan yang menidakkan tamadun serta daya berpencak. Kami The Patriots sentiasa bersedia menjadi perisai untuk melindungi sejarah agung bangsa ini.
Buku ini menjawab tohmahan serta tuduhan negatif yang telah dilemparkan terhadap sejarah Melayu. Semoga usaha ini dapat menegakkan fakta serta menangkis penyelewengan yang dilakukan. Hanya dengan pengetahuan sejarah yang benar dapat membentuk jati diri dan keyakinan anak bangsa.
J U D U L T E R D A H U L U
3 6
Kategori Ulasan Bukan Fiksyen
Genre Sejarah
Penulis Ahmad Faezal
256 halaman
Kulit lembut
MYR 28.00
ISBN 978-967-15394-9-1
Bahasa Melayu
Oktober 2018
Perang Salib Pertama:Kelahiran Templar
Mengenai buku
Pandangan umum meletakkan Paus Urban II sebagai watak utama dalam Perang Salib Pertama. Namun sebelum Majlis Clermont diadakan, beliau langsung tidak mempunyai sebarang bidang kuasa. Jauh di Jerman, seo-rang raja yang sekular sedang menjerut leher karier politiknya.
Maka bagaimana mungkin seorang paderi dalam buangan mampu menggerakkan sebuah angin perubahan sehingga menjadi perwira ag-ama? Paus Urban II barangkali mungkin dilupakan begitu sahaja kalau bukan kerana satu seruan terdesak daripada Timur yang mana seorang maharaja sedang bergelut antara hidup dan mati.
Berdepan dengan masa depan semakin suram, dua individu ini bermain api di sebalik risiko untuk akhirnya mendidihkan seluruh Eropah yang menghembuskan ribut pedang dan panah sehingga menitiskan darah ribuan orang.
J U D U L T E R D A H U L U
3 7
Kategori Biografi Bukan Fiksyen
Genre Perfileman
Penulis Hidir Ali Razali
212 halaman berwarna
Kulit lembut
MYR 29.90
ISBN 978-967-15394-5-3
Bahasa Melayu
Julai 2018
Di Sebalik Tirai LayarMengenai bukuLights. Camera. Action!!Filem. Ia merupakan wadah di dalam menyampaikan makna, menentu-kan agenda, menyebar propaganda, menabur benci, membakar seman-gat, membaja kasih, membenam rasa cinta.Begitulah hebatnya pengaruh dan kepentingan filem.Namun begitu, ramai yang terlepas pandang kepayahan, kekangan, jerih dan perih, di sebalik tabir. Sesetengahnya, drama di balik tirai itu sendiri lebih hebat dan meangasyikkan dari apa yang disajikan buat penonton di layar perak.Buku ini membawa pembaca menyingkap kembali sejarah perfileman negara, jatuh dan bangunnya, berlatar belakangkan dunia perang serta hiruk pikuk politik.Filem negara. Gemilang. Terbilang. Menjunam.“Masyarakat harus mengikuti perkembangan filem, kerana pembuat filem adalah orang yang kreatif dan dapat membentuk masyarakat, apa yang diadakan di dalam filem, akan diikuti oleh masyarakat.” – P. Ramlee.
J U D U L T E R D A H U L U
3 8
Kategori Ulasan Bukan FiksyenGenre Falsafah & UmumPenulis Ibn Jawi & Ayman Rashdan Wong160 halamanKulit lembutMYR 25.00ISBN 978-967-15394-4-6Bahasa MelayuApril 2018
Mencabar Teori KonspirasiMengenai buku
Teori Konspirasi
Kini ia seolah-olah menjadi fardhu ain bagi setiap rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ia dibicarakan seperti bakal penyelamat ummah. Ada beratus buku best-seller lahir seperti cendawan selepas hujan. Ustaz-ustaz yang membahaskannya pula mengecapi kemahsyuran dan pengikut yang tidak mampu mereka bayangkan.
Tapi nanti dulu, ada sesuatu yang tidak kena pada teori yang dipeluk oleh umat sejagat. Teori ini tidaklah sesuci yang dibayangkan. Teori ini ada sisi gelap yang menunggu masa dibongkarkan.
Justeru, Ibn Jawi dan Ayman bekerjasama untuk mencabar teori yang su-dah lama dipeluk seperti wahyu oleh kebanyakan kita.
J U D U L T E R D A H U L U
3 9
Kategori Biografi Bukan FiksyenGenre Sains FizikPenulis Zamir Mohyedin & Musoddiq Jaafar302 halamanKulit lembutMYR 28.00ISBN 978-967-15394-6-0Bahasa Melayu & InggerisApril 2018
The Physicists’ Odyssey:Kisah-kisah 25 Sarjana Fizik
Mengenai buku“Truth is sought for its own sake. And those who are engaged upon the quest for anything for its own sake are not interested in other things. Finding truth is difficult. And the road to it is rough.” – Alhazensa“Thus most beautiful system of the sun, planets and comets could only proceed from the counsel and dominion of an intelligent and powerful being.” – Isaac Newton“The value of education is not the learning of many facts but the training of the mind to think.” – Albert Einstein“Science cannot tell us a word about why music delight us, of why and how an old song can move us to tears.” – Erwin Schrodinger“The aim of science is to make difficult things understandable in a simply way. The aim of poetry is to state simple things in an incomprehensible way. The two are incompatible.” – Paul Dirac“Give me a place to stand, and a lever long enough, and I will move the world.” – Archimedes
J U D U L T E R D A H U L U
4 0
Kategori Catatan Bukan FiksyenGenre KetenteraanPenulis Aenid Abdullah188 halamanKulit lembutMYR 25.00ISBN 978-967-15394-1-5Bahasa MelayuApril 2018
Aku Seorang PatriotMengenai bukuMasa depan dibina di atas perjuangan dan pengorbanan.Ada yang berkorban harta dan masa, menyumbang tenaga dan idea. Tetapi, jangan kita sesekali melupakan mereka yang telah berkorban darah dan nyawa.Aku Seorang Patriot adalah himpunan kisah-kisah keperwiraan anggotan-anggota keselamatan kita yang berada di barisan paling hadapan, menjalani operasi serta mendepani musuh, demi memastikan negara serta anak bangsanya dapat terus hidup aman dan selesa.Kita bukan hanya penerus legasi keluarga, bukan juga hanya penerus idealisma.Kita adalah pewaris harapan dan impian setiap anggota keselamtan negara yang telah mewasiatkan kedaulatan dan kestabilan negara kepada kita.Mereka sudah menunaikan janji dan baiah mereka untuk mempertahan negara.Sudah tiba gilirannya kita pula menunaikan janji untuk membangunkan negara.
J U D U L T E R D A H U L U
4 1
Kategori Catatan Bukan FiksyenGenre SejarahPenulis Farahana Shuhaimi258 halamanKulit lembutMYR 28.00ISBN 978-967-15394-3-9Bahasa MelayuDisember 2017
Tasjil Anis Salatin:Rahsia Agung Melaka
Mengenai buku
Berbanggalah, kerana Melaka adalah kemuncak peradaban bangsa. Baca rahsia-rahsia agung tentang pelabuhan Melaka yang terkaya pada masa silam.
Melaka bukanlah hanya tentang perseteruan Tuah-Jebat, kisah Puteri Gunung Ledang, mahupun kisah sakti Taming Sari.
“Barang siapa yang menguasai Melaka, maka dialah yang akan memegang leher Venice.” – Tom Pires
Rahsia keagungannya terletak pada kemuncak intelektual warganya membangunkan sebuah empayar hebat zaman berzaman.
“Quem for senhor de Malaca, tem a sua mao na garganta de Veneza.”
Diterjemahkan ke bahasa Korea di Korea Selatan pada November 2020
J U D U L T E R D A H U L U
4 2
Kategori Ulasan Bukan FiksyenGenre GeopolitikPenulis Ayman Rashdan Wong248 halamanKulit lembutMYR 28.00ISBN 978-967-15394-0-8Bahasa MelayuOktober 2017
Dunia Tanpa Tembok
Mengenai buku
Ilmu adalah kuasa.
Bahasa adalah simbolik.
Geografi adalah takdir.
Ketiga-tiga ungkapan ini adalah faktor yang boleh meruntuhkan tembok perbezaan manusia di dunia dalam mencapai kata sepakat dan kefahaman antara satu sama lain.
Ilmu tentang geopolitik antarabangsa pula adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperolehi harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme.
Prinsip-prinsip ini akan diterangkan melalui 50 artikel yang merupakan catatan penulis sepanjang setahun yang lepas tentang geopolitik dan hubungan antarabangsa.
“Terlaris dengan 16,000 cetakan”
J U D U L A K A N D ATA N G
4 3
Soviet Di Hujung Jari
Uthmaniyah Di Hujung Jari
4 4
GALLERY BOOKSTORES — Kuala Kangsar, Masjid Tanah, AEON Bandar Dato Onn Johor Bahru, Tesco Taiping, Arau, Tesco Parit Raja Batu Pahat, Cheras, Alor Setar, Kepala Batas.
SMO BOOKSTORES — KB Mall Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Pasir Puteh, Ketereh, Kubang Kerian, Kok Lanas, Kuala Krai, Tumpat, Tanah Merah, Gong Badak, Kuala Terengganu, Kuala Dungun, Kuala Berang, Kuantan, Kuala Lipis, Putra Heights Putrajaya.
BOOK2U — Jenjarom, Rawang, Bukit Sentosa, Kuala Selangor.
MPH BOOKSTORES — Alpha Angle KL, Bangsar Village KL, Mid Valley Megamall KL, Melawati Mall KL, Nu Sentral KL, Publika KL, Mydin MITC Melaka, AEON Seremban 2, SOUQ Al-Bukhary Alor Setar, Gurney Plaza Penang, Kinta City Ipoh, Setia City Mall Selangor, Bangi Gateway, D’Pulze Selangor, I-City Selangor, Tropicana Gardens Selangor, Alamanda Putrajaya, The Spring Kuching.
KEDAI FIXI — Sunway Putra Mall KL.
KINOKUNIYA — KLCC.
KEDAI PROJEK BUKU — Mydin Senawang, B5 Street Johor Bahru.
IMAN SHOP — Seri Kembangan.
BADAN CEMERLANG — Plaza Angsana Johor Bahru.
K E D A I B U K U
4 5
I N F O R M A S I
PERSON IN CHARGE
Unit 7-2, Level 2, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
COMPANY REGISTRATION NUMBER
OFFICE
Patriots Publishing Sdn. Bhd.
1340085-W
[email protected] / +60 3 4131 3274CONTACT
OFFICIAL WEB www.thepatriots.store
Business & Partnership DepartmentMaslinda Abd Talib ([email protected]) +60 11 1558 3258
Sales & Distribution DepartmentMohammad Nadzri ([email protected]) +60 18 367 7209