28
KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA AKTIF Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling Mendengar adalah !erkait rapat dengan mem!eri perhatian R"gers #$%&$' merumuskan (Tanpa perhatian) mendengar saha*a tidak akan mem!a+a ke,ahaman) maka k"munikasi tidak akan +u*ud - Dalam situasi kaunseling) kaunsel"r perlu le!ih !anyak meluangkan masanya mendengar daripada !eru.ap atau mem!eri resp"n kepada per.akapan klien terutamanya di dalam peringkat a+al kaunseling Kaunsel"r *uga perlu memegang !alik ( tanggapan kendiri- !eliau supaya men*adi le!ih ter!uka untuk mem!eri masa dan galakkan untuk mendengar pesanan se!enar klien /ntuk !enar0!enar memahami apa yang telah diperkatakan "leh klien) kaunsel"r perlu mem!erikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua per.akapan klien terse!ut 1leh itu) ke*ayaan men.apai "!*ekti, kaunseling itu !anyak !ergantung kepada kemahiran mendengar sese"rang kaunsel"r itu Selain dari tutur kata) gerak geri klien semasa !er.akap *uga patut dilihat dan didengar sama Dikatakan !aha+a segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengu.apannya itu Gerak geri !ukan lisan sese"rang dikatakan dapat menggam!arkan perasaannya yang se!enar Ini termasuklah perasaan hatinya) pemikiran mental dan 23ikalnya Ia dapat menun*ukkan sama ada klien !erada dalam keadaan yang selesa ataupun se!aliknya Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam pr"ses kaunseling Mendengar se.ara akti, memerlukan kaunsel"r untuk mem!eri perhatian kepada kedua0dua pesanan iaitu (4er!al- dan tingkah laku iaitu (!ukan 4er!al- Kemahiran ini sangat penting untuk se"rang guru apa!ila !erurusan dengan klien iaitu murid yang mempunyai masalah Setiap "rang yang ingin !erk"ngsi masalahnya akan !erasa lega *ika terdapat sese"rang yang sudi mendengar masalahnya untuk di.eritakan 5usteru itu) se"rang guru yang !aik mampu mendengar setiap masalah murid yang ingin di.eritakan Murid akan !erasa selesa untuk meluahkan setiap masalah mereka kepada guru dengan syarat guru terse!ut dalam keadaan !ersedia untuk mendengar keluhan mereka Selain daripada tutur kata) gerak geri murid semasa !er.akap *uga perlu patut dilihat dan didengar sama Guru haruslah mem!eri tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua per.akapan murid terse!ut 6emahaman yang tepat hanya akan diper"lehi dengan adanya pendengaran yang !aik Di dalam k"nteks kaunseling) terdapat !e!erapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan) perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan *uga mendengar perasaan yang dinyatakan 5usteru itu) pr"ses mendengar harus meli!atkan seluruh deria yang terdapat pada sese"rang

Kaunseling Abe Tah

  • Upload
    fatah92

  • View
    238

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

barang baikk...

Citation preview

KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA AKTIF

Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Rogers (1951) merumuskan Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud.Dalam situasi kaunseling, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada berucap atau memberi respon kepada percakapan klien terutamanya di dalam peringkat awal kaunseling. Kaunselor juga perlu memegang balik tanggapan kendiri beliau supaya menjadi lebih terbuka untuk memberi masa dan galakkan untuk mendengar pesanan sebenar klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Oleh itu, kejayaan mencapai objektif kaunseling itu banyak bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor itu.Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor untuk memberi perhatian kepada kedua-dua pesanan iaitu verbal dan tingkah laku iaitu bukan verbal. Kemahiran ini sangat penting untuk seorang guru apabila berurusan dengan klien iaitu murid yang mempunyai masalah.Setiap orang yang ingin berkongsi masalahnya akan berasa lega jika terdapat seseorang yang sudi mendengar masalahnya untuk diceritakan. Justeru itu, seorang guru yang baik mampu mendengar setiap masalah murid yang ingin diceritakan. Murid akan berasa selesa untuk meluahkan setiap masalah mereka kepada guru dengan syarat guru tersebut dalam keadaan bersedia untuk mendengar keluhan mereka. Selain daripada tutur kata, gerak geri murid semasa bercakap juga perlu patut dilihat dan didengar sama. Guru haruslah memberi tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan murid tersebut.Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Justeru itu, proses mendengar harus melibatkan seluruh deria yang terdapat pada seseorang guru yang ingin mendapatkan intipati permasalahan muridnya.Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, kaunselor juga perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal dan kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti keletihan kaunselor atau kurang tenteram emosi.Sebagai seorang guru haruslah berusaha dengan menggunakan panduan tersebut dalam meningkatkan keberkesanan dalam sesi kaunseling mereka. Ini juga dapat membantu guru membentuk hubungan yang lebih selesa bersama murid mereka. Setiap guru mesti memahami tujuan murid/klien mereka berada di situ. Sebaiknya setiap guru haruslah mengkaji terlebih dahulu serba sedikit latar belakang murid tersebut. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, guru perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan oleh murid tersebut. Seperti sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, guru haruslah bertahan dengan ganngguan-gangguan yang datang dari persekitaran seperti bunyi bising murid-murid kelas sebelah atau gangguan dari dalam hati sendiri seperti emosi yang kurang tenteram. Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti menyatakan semula apa yang telah dikatakan oleh klien dengan tepat,menggambarkan semula isi kandungan serta perasaan klien tetapi dengan menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi dan memberi respons kepada permasalahan klien.

10 kemahiran mendengar secara aktif menurut Jones (2004)

Dalam konteks perbualan guru bersama murid, guru seharusnya menunjukkan rasa minat untuk mendengar permasalahan murid. Berikan reaksi wajah yang sesuai bermaksud guru tersebut masih dalam sesi perbualan dan memahami segala yang diceritakan oleh murid.Dalam proses mendengar secara aktif dan memberikan respon kepada klien, para kaunselor juga perlu menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai.

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAI

Kaunselor perlu pastikan yang mereka menggunakan bahasa yang sesuai bila berhadapan dengan klien. Kaunselor juga harus memastikan bahasa yang digunakan adalah difahami oleh klien. Bahasa kaunselor mestilah konsisten atau kongruen dengan segala tindakan beliau. Sebagai contoh, Jika seorang kaunselor mengatakan, Saya sangat gembira bercakap dengan kamu, nada suara beliau dan pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana positif tersebut semasa menerima kliennya. Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu kemahiran menyoal dan dorongan minimum.

Kemahiran menyoal

Kemahiran menyoal digunakan dalam sesi kaunseling untuk mendapatkan maklumat dengan mudah daripada klien. Ini adalah kerana sesetengah klien tidak menceritakan dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan. Justeru itu, cara yang lebih baik adalah dengan bertanyakan soalan secara langsung mahupun tidak langsung kepada klien tersebut untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi. Apabila kemahiran ini diaplikasikan dalam kaunseling, sungguhpun untuk memperolehi maklumat yang tertentu, fokusnya adalah ditumpukan untuk membangkitkan perasaan.Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.Soalan tertutup adalah soalan yang menghadkan kepada beberapa perkataan sahaja. Jawapan yang diberikan pula tidak spesifik dan hanya memberi maklumat yang khusus sahaja. Sebagai contohnya, guru bertanya kepada murid tersebut Adakah kamu tidak menyiapkan kerja sekolah?Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan klien daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan. Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ya atau tidak.Tujuan memberikan soalan tertutup juga adalah supaya sesi kaunseling tidak terkeluar daripada topik perbincangan dan mengurangkan klien daripada bercakap perkara yang tidak diperlukan.Soalan terbuka pula merupakan soalan yang memerlukan perbincangan, mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan menggalakan klien supaya bercerita dengan lanjut tentang perkara yang dibincangkan. Namun begitu, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan sahaja.Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku? Atau sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda?Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia turut menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas. Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata soal seperti siapa, apa, di mana dan bagaimana.Bagi seorang guru yang hendak melakukan bimbingan pula, mereka harus menggunakan soalan yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan murid. Terdapat segelintir murid yang tidak mahu bercerita dengan lebih terperinci haruslah dimulakan dengan soalan-soalan tertutup terlebih dahulu. Soalan-soalan tertutup juga dapat menimbulkan perasaan tidak puas bagi murid kerana mereka mungkin menganggap bahawa boleh berlaku antara jawapan yang diberikan mengikut kefahaman guru. Justeru itu, ini boleh menggalakan murid-murid bercerita dengan lebih panjang dan membolehkan guru-guru mengajukan soalan terbuka untuk menggalakkan murid bercerita dengan terperinci.Guru juga berwaspada dengan soalan yang hendak diajukan, ini boleh mengganggu proses kaunseling sekali gus mengganggu emosi murid-murid untuk terus bercerita dengan baik. Oleh itu, soalan yang hendak ditanya haruslah sesuai dengan keadaan dan menggunakan nada yang bersesuaian. Justeru itu, dalam penggunaan kemahiran interpersonal, seseorang guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai berserta dengan pergerakan badan yang sesuai.

Dorongan minimum

Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti hmm,teruskan, lepas itu, kemudian, jadi, terangkan lagi, oh. , sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk menggalakkan klien terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima adalah untuk menunjukkan kaunselor memberi perhatian, menolong penerokaan kendiri klien, supaya klien terus bercakap dan mempengaruhi arus perbualan di antara klien dan kaunselor.

KEMAHIRAN MEMAHAMI PERGERAKAN BADAN

Kesedaran visual merupakan satu aspek yang penting dalam pergerakan badan. Kesedaran visual ini melibatkan membaca pergerakan badan klien dengan menggunakan isyarat bukan verbal seperti ekspresi muka dan postur badan. Itu juga merangkumi pandangan/pandangan keliru/anggukan kepala/kesilapan dan penegasan suara dalam sesi soal jawab antara kaunselor dan klien.Kemahiran-kemahiran bukan verbal yang lain ialah seperti tingkah laku, kontak mata, orientasi, sentuhan dan kedekatan dengan klien merupakan cara-cara komunikasi yang penting apabila mengendalikan sesi kaunseling yang berkesan. Kaunselor perlu memastikan yang mereka tidak tegang dengan klien kepada klien mereka. Kaunselor dan klien hendaklah dalam keadaan baik supaya komunikasi antara mereka dapat difahami dengan mudah. Klien perlu mendapatkan keselesaan untuk bercakap dengan kaunselor. Kaunselor perlu menggunakan kontak mata dengan lebih kerap dengan klien. Kontak mata yang dimaksudkan mestilah tidak mengancam keselesaan kedua-dua belah pihak dan tidak menimbulkan fitnah. Sekiranya klien berasa malu, bolehlah kaunselor mengubah cara pandangan kearah lain bagi membolehkan klien mencurahkan perasaannya dengan lancar.Kemahiran ini juga boleh dilihat dari segi cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan. Jika pergerakan klien berlaku dengan kerap, ini menunjukkan dia berkeadaan tidak selesa dan mengalami jiwa yang tidak tenteram. Di antara tanda-tanda atau masalah pergerakan ialah percakapan terganggu, tangan menggeletar, keadaan nafasnya turun naik, kakinya menghentak lantai dan perhatian kearah kaunselor tidak tepat. Jika klien mempunyai tanda-tanda seperti ini, kaunselor hendaklah mengawasi pergerakan klien sama ada dia berada dalam keadaan konsisten atau tidak.Keadaan muka kaunselor yang serius atau ekspresi bosan akan menyebabkan klien berasa tidak berminat untuk menerangkan dengan lebih lanjut atau berkomunikasi dengan kaunselor. Lain-lain bentuk pergerakan badan yang tidak senonoh yang boleh ditunjukkan oleh kaunselor ialah badan membongkok, membuat bunyi dengan jari kaki atau tangan, bermain dengan tangan atau rambut yang boleh membuatkan klien tidak selesa. Air muka seseorang kaunselor hendaklah sentiasa senyum. Suka dan bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang disampaikan oleh klien. Kaunselor hendaklah merenung atau menentang mata klien dengan penuh perhatian semasa dia bercakap bagi menunjukkan kesediaan melibatkan diri dalam pertemuan yang diadakan. Kaunselor harus mengikuti perkembangan percakapan klien dan memberi dorongan minimum bagi menggalakkan dia meneruskan perkara-perkara yang penting.Kaunselor hendaklah mempunyai anggapan yang positif terhadap klien seperti menunjukkan kemesraan dan menghormati. Justeru itu, bahasa badan kaunselor dapat memberikan pelbagai maklum balas kepada klien.Pentingnya kemahiran pergerakan badan bagi seseorang guru adalah untuk memahami jiwa murid tersebut dengan lebih mendalam. Murid hanya akan bercerita kepada sesiapa yang dipercayainya dan berasa selesa apabila berinteraksi dengannya. Justeru itu, seorang guru haruslah memahami pergerakan badan murid untuk lebih memahami diri murid. Guru tidak seharusnya cepat menghukum jika murid melakukan sesuatu kesalahan namun mereka haruslah mendengar keluhan murid kerana murid berhak diberi peluang untuk meluahkan pendapat atau masalah mereka. Guru juga haruslah sentiasa beranggapan positif kepada murid-murid supaya lebih mesra dan murid lebih menghormati guru.

KEMAHIRAN MEMBERIKAN MAKLUM BALAS YANG SESUAI

Maklum balas ialah seperti cermin dalam proses komunikasi. Maklum balas mencerminkan pesanan yang si pengantar telah menyampaikan kepada si penerima. Ia juga merangkumi apa yang si penerima menghantar balik kepada si pengantar pesanan. Maklum balas boleh berlaku dalam pelbagai cara. Salah satu cara ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Matlamat utama ialah untuk memudahkan penerokaan ke atas klien. Respons ini adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama ia digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa.Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor lazimnya, hanyalah sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi yang disampaikan oleh klien tadi. Ini merupakan satu cara langsung untuk mendapatkan maklum balas daripada kliennya. Melalui maklum balas ini, ia akan membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian terhadap situasi, orang, objek atau idea dengan lebih jelas. Ini akan menambahkan penerokaan kaunselor terhadap isi yang ingin dibincangkan dengan klien. Maklum balas juga juga boleh mengelakkan kekeliruan dan ketidaksefahaman antara kaunselor dan klien mengenai topic perbincangan mereka. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah.Klien-klien juga perlu menanya soalan-soalan yang tepat dan betul yang boleh digunakan secara berfaedah untuk mendapatkan maklum balas positif daripada kaunselor. sebelum memberikan maklum balas, kaunselor haruslah betul-betul memahami permasalahan yang dihadapi oleh klien. Kemudian, barulahmaklum balas diberikan oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Kaunselor tidak digalakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang dan tidak menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.Tujuan utama mendapatkan maklum balas yang sesuai oleh kaunselor dalam sesi bimbingan dan kaunseling ialah untuk mendapatkan maklumat untuk memberi elobrasi kepada respon-respon klien. Maklumat yang diberikan oleh klien akan difahami dan diberikan sedikit penerangan yang lebih jelas untuk menjadikan klien lebih faham situasi klien yang sebenar. Selain daripada itu, maklum balas juga adalah untuk menolong klien dengan mencadangkan tindakan alternatif dalam cara-cara klien melihat diri mereka dan situasi mereka untuk membantu memfokus kepada perasaan mereka. Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami atau dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, kaunselor akan tahu bahawa perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klienyang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sekali. Dengan ini, kaunselor akan bagi idea idea kepada klien untuk menangani masalah yang dihidapi oleh klien. Maklum balas juga bertujuan untuk menyemak persepsi dan untuk meringkaskan apa yang telah dipelopori oleh kaunselor dan klien.Bagi seorang guru, kemahiran maklum balas ini haruslah dikuasai untuk mencapai kesepakatan dalam sesuatu perbincangan. Guru perlu mendapatkan maklum balas daripada murid-murid untuk membina komunikasi dua hala dan mengurangkan komunikasi sehala yang selalu di amalkan oleh segelintir guru iatu hanya guru yang menerangkan tanpa mendapatkan maklum balas daripada murid-murid. Komunikasi dua hala ini penting untuk mendapatkan percambahan idea daripada murid dan mengelakkan daripada murid bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. selain daripada itu, guru dapat mengetahui tahap kefahaman murid terhadap pengajarannya. Guru dan murid tidak dapat dipisahkan daripada komunikasi yang berkesan tidak kira dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Murid lebih selesa untuk berdamping dan bercerita dengan gurunya sekiranya mereka telah mempunyai hubungan yang erat dan mesra. Oleh itu, seseorang guru haruslah memastikan komunikasi yang baik dijalinkan terlebih dahulu dengan murid-murid agar dapat memudahkan proses interaksi berlaku sekiranya murid memerlukan bimbingan daripada guru tersebut.Dengan mendapatkan maklum balas yang sesuai, seorang kaunselor boleh mengatasi halangan komunikasi dan membina satu perhungan dua hala yang dapat berfungsi dengan baik.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU BIMBINGANProses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru itu, kadang-kadang guru biasa juga perlu menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan dan kaunseling. Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah semua murid-murid mereka.Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah seperti meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi murid-murid.Guru-guru juga perlu memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah yang berkaitan dengan konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru bimbingan, mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam bilik darjah.

Guru juga perlu bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan menggendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa. Selain daripada itu, mereka perlu mengendalikan penyelidikan dalam sekolah yang membantu mereka untuk membantu keperluan dan profil murid-murid mereka. Mereka juga perlu menjadi individu-individu yang kritikal dan pembantu-pembantu yang efektif serta mempunyai kesedaran kendiri dalam aspek nilai dan pandangan dunia berkaitan dengan prosedur-prosedur bimbingan dan kaunseling.Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur-prosedur berikut:Pertama sekali, mengenalpasti murid-murid yang memiliki konsep kendiri yang rendah atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu bermasalah di dalam bilik darjah.Kedua, mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau danAkhir sekali, memberikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu atau pun secara kumpulan.

Rajah 1:Prosedur dalam proses bimbingan dan kaunseling1.1Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik DarjahDi dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi-eja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan pengurusannya ialah supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bili darjah yang bersih kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja yang boleh guru membimbing murid-murid ialah:1)Menyapu lantai dan beranda.2)Membersihkan papan kapur.3)Menyusun kerusi-meja.4)Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.5)Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan.6)Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.7)Menjaga penggunaan lampu dan kipas.8)Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.Untuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru hendaklah menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Prinsip pembahagian kerja-kerja tersebut ialah tanggungjawab untuk setiap murid hendaklah adil dan saksama supaya mereka dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan.Pengurusan Persekitaran Pengajaran-Pembelajaran:Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi satu keistimewaan iaitu di samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan. Sehubungan itu, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan dan sebagaiya.Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan , aktiviti bacaan tambahan, perbincangan dan sebagainya. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaranyang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.Penguruan Peraturan Bilik Darjah:Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta mudah diikuti. Untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah, guru hendaklah membimbing dan bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan tersebut. Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi segala peraturan bilik darjah yang ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat dikurangkan.1.2Peranan Kedua: Sebagai perancangGuru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan.Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid mencapai objektif pelajaran mereka.Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki.Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermaknadan lebih berkesan.Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran.Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.1.3Peranan ketiga: Bantu dan bimbing murid mengatasi masalahDi bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya.Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba menasihati dan berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga. Guru boleh membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri .Jika masalah adalah serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu dilaksanakan..Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah , guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak menumpu perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.1.4Peranan keempat: Mengembangkan kebolehan muridDalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam pembelajaran. Bagi murid yang lemah dalam matematik, guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik yang lebih banyak kepada mereka. Di samping itu, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayang dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal, teknik peneguhan, , serta memberi dorongan kepada para murid supaya kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah dikembang dengan seimbang iaitu daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial).1.5Peranan Kelima: Bimbing murid membuat keputusanGuru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri. Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Ini disebabkan nilai-nilai adalah penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.Guru-guru biasa juga boleh membantu murid-murid untuk memilih mata pelajaran mata pelajaran yang mereka ingin belajar dan berkomunikasi dengan mereka secara kerap untuk berfikir tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka akan ceburi pada masa depan kelak.Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, guru mengambil pelbagai peranan yang penting di bilik darjah. Beliau bertanggungjawab menyediakan suatu persekitaran yang kondusif. Sebagai pembimbing murid-murid, guru bertindak sebagai pengurus bilik darjah, sebagai perancang, membantu dan membimbing murid mengatasi masalah, mengembangkan kebolehan murid, dan membimbing murid membuat keputusan. Guru membimbing anak menjadi manusia dewasa susila yang cekap dan mandiri.

"manusia adalah insan yang unik, boleh berubah ke arah yang lebih baik. Perubahan diri ke arah positif, dimulai pembentukan sikap dan pemikiran yang positif".HASIL NUKILAN;

SyafarinaDPLI MT/PMIPG Tuanku Bainun,Bukit Mertajam, Pulau Pinang.http://dplimatematik2012.blogspot.com/2012/08/peranan-guru-biasa-sebagai-guru.html

Jenis-Jenis terapi dan Peranan Guru Biasa sebagai Guru PembimbingPENGENALAN

Bimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang digunakan untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak semua sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling. Apa pun bimbingan dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh semua pihak disesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir,guru kaunseling serta guru biasa juga turut memainkan peranannya jua.

Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam konteks pendidikan bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid-murid. Kaunseling pula, merupakan satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Kaunseling sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyrsuaikan diri dengan keadaan alam social di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan dan kelemahannya, potensi serta keupayaannya.

Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai guru kaunselor. Murid pula, dipanggil atai di istilahkna sebagai klien atau orang yang menghadapi masalah peribadi contohnya masalah dalam bidang akademik dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku yang baik kepada murid tersebut. Perubahan ini juga seterusnya membawa kepada penyelesaian masalah yang dihadapinya.

JENIS-JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan untuk meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling bagi sistem sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu proses yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu :

Harga diri individu adalah paling mutlak ;Setiap individu adalah unik;Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu bertindak;Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;Individu-individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu untuk membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan persekitaran mereka.Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Harga diri individu adalah paling mutlak. Ini kerana, harga diri seseorang adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dihormati. Murid perlu dilatih untuk menghargai diri mereka. Hal ini kerana, setiap individu adalah yang unik. Individu itu dikatakan unik dari segi baka, bakat, minat serta kebolehan yang ada. Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu itu bertindak. Ini disebabakan oleh sikap seseorang mampu mendorong mereka melahirkan pandangan yang mungkin tidak sama dengan orang lain. Pandangan itu lahir mungkin disebabkan oleh persepsinya dalam berhadapan dengan masalah. Contohnya seorang murid menghadapi masalah ponteng kelas. Murid ini berpandangan masuk kelas merupakan satu keaadaan yang membosankan. Maka sikap serta persepsi yang tertanam di dalam pemikirannya itu telah membawa murid tersebut ke arah satu tindakan demikian. Dengan itu, sikap serta persepsi secara tidak langsung adalah asas kepada tindakan yang dibuatnya.

Individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan bolh dibantu untuk membuat keputusan kea rah kendiri yang baik. Hal ini kerana setiap individu pada dasarnya mempunyai satu tingkahlaku yang baik dan unik yang boleh dibimbing, dibentuk atau digilap dengan pendekatan dan cara yang betul. Keupayaan membimbing murid-murid ini dengan gaya yang betul akan membuatkan mereka lebih serasi dengan persekitaran disekolah pada amnya.

Dalam pada itu juga, setiap individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Ini kerana, dalam membentuk satu tingkahlaku yang baik dikalangan kanak-kanak iaitu murid sekolah mereka ini perlu diberi pendedahan berkaitan dengan tingkahlaku yang baik. Ini bertujuan supaya mereka dapat membanding beza di antara sikap yang positif dan negatif dalam kehidupan seharian. Pendedahan kepada masalah tingkahlaku juga secara tidak langsung membimbing mereka apabila dewasa kelak telah mampu mendisiplinkan diri dengan sikap yang baik ynag disenangi oleh semua orang.

Setiap individu mungkin memerlukan maklumat dan bantuan kendiri daripada seorang kaunselor yang cekap dan professional maka menjadi tugas seorang ahli kaunselor untuk menolong individu terbabit untuk menjadi manusia yang seimbang dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling membolehkan seseorang individu mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dibimbing dengan baik maka setiap individu dapat mencapai potensi dirinya secara optimum. Untuk mencapai tujuan tersebut maka terapi dalam bimbingan kaunseling diwujudkan melalui jenis- jenis terapi berikut iaitu :

1.Terapi Perkembangan2.Terapi Pencegahan3.Terapi Pencegahan4.Terapi Intervensi Krisis

1)Terapi Perkembangan

Tujuan utama terapi ini diadakan ialah untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Oleh itu satu program telah dirangka untuk mencapai tahap perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran yang boleh dicapai melalui program terapi ini ialah melalui mod pengajaran bilik darjah,kaedah bimbingan secara kumpulan dan program atau projek sekolah seperti hari kerjaya,kursus motivasi serta seminar-seminar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Hasil daripada kemahiran yang telah dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu perkembangan kendiri/sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya murid-murid.

Bimbingan terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya dapat membentuk personality dan konsep kendiri yang positif. Tujuannya adalah untuk membawa klien ke arah mencapai prestasi diri yang lebih baik. Contohnya, guru kaunseling melakukan satu aktiviti mengedarkan satu borang personaliti bagi untuk kenalpasti potensi diri serta bakat yang tersembunyi. Borang ini boleh diberi semasa sesi seminar mengenal personality diri. Secara tidak langsung klien atau murid tertarik untuk mengetahui ciri-ciri personality yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.

Guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alat penilaian untuk mengukur pencapaian murid-murid yang terlibat dalam terapi perkembangan. Antaranya ialah seperti berikut :

Hasil pembelajaran perkembangan yang berintegrasi dan berperingkat;Penilaian yang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah;Resos-resos profesional;danPendidikan pos sekolah menengah dan bahan-bahan dan program-program yang berkaitan dengan kerjaya.

Hasil pembelajaran perkembangan yangberperingkat. Melalui terapi perkembangan yang dibuat secara berperingkat ini guru kaunseling dapat melihat perubahan tingkahlaku yang dialami oleh kliennya itu. Seterusnya penilaian boleh dibuat berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian di dalam bilik darjah guru kaunseling boleh bertanyakan guru kelas berkaitan dengan perkembangan perubahan tingkahlaku murid berkenaan sama ada baik atau pun sebaliknya. Selain daripada itu, guru kaunseling juga boleh merujuk kepada resos-resos profesional dengan bantuan teori yang bersesuaian.

2)Terapi Pencegahan

Tujuan utama bimbingan terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid daripada menghadapi masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi pencegahan ini juga merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti yang tidak diingini. Contohnya seperti aktiviti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoran dan sebagainya. Oleh itu kaunselor bimbingan akan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi strategi berikut :

1.Intervensi awal; dan2.Memberikan respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.

Intervensi awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Bak kata pepatah cegah sebelum merebak. Guru kaunseling boleh mengadakan sesi kaunseling untuk mencegah masalah yang dihadapi oleh murid. Sebagai contoh segalanya bermula dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Melalui cara ini guru kelas dapat mengenalpasti sebarang masalah yang dihadapi oleh murid di dalam kelas. Hanya guru kelas merupakan orang yang paling hamper dengan muridnya ketika berada di dalam kelas. Seandainya masalah sudah dapt dikenalpasti dengan cepat maka dengan itu intervensi awal boleh dilaksanakan. Secara tidak langsung juga dapat meberi satu respon dengan serta- merta kepada murid yang menghadapi masalah atau krisis diri.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan strategi-strategi seperti menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang dihadapi klien, bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan, konsultasi dengan guru-guru lain dan ibu bapa serta merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-pakar lain dan ibu bapa. Alat penilaian yang digunakan oleh kaunselor dalam terapi pencegahan ialah penilaian individu, aktiviti sokongan pembelajaran yang dikordinasikan oleh murid-murid dan perancangan sistematik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah akademik dan penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan terapi pemulihan untuk membantu mereka.

3)Terapi Pemulihan

Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utamaadalah menggunakan teknik-teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan. Selain itu, untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid-murid dan sekolah. Bimbingan penyediaan kemudahan juga boleh diketengahkan dengan merujuk kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum dan kokurikulum.

Di antara beberapa aktiviti sokongan pendidikan oleh ahli-ahli kaunselor dalam proses terapi pemulihan ialahmerancang aktiviti-aktiviti kelab, menstrukturkan rancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan yang biasanyadijalankan sama ada masa sistem persekolahan ataupun di luar masa persekolahan.

Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam terapi bimbingan ini kerana ia berbeza dari pengajaran biasa.Antara aspek-aspek penting dalam proses terapi pemulihan ialah :Membekalkan kemahiran belajar;Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah;Meningkatkan ilmu kendiri;Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan;danMembincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.

Membekalkan kemahiran belajar kepada murid. Contohnya menyatakan kebaikan serta kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini membantu murid mengetahui kecenderungan mereka untuk mempersiapkan diri apabila mengahadapi ujian mahupun peperiksaan. Seterusnya menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah. Dengan berbuat demikian, guru kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid yang bermasalah untuk datang atau hadir ke sekolah.

Meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing murid meningkatkan ilmu kendiri yang beraitan dengan diri murid itu sendiri. Peningkatan ilmu kendiri di kalangan murid membantu mereka menerima baik buruk tingkahlaku yang telah sedia ada di samping berusaha untuk memupuk satu sikap yang baik dari semasa ke semasa dengan terapi yang ada.

Dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam bidang akademik kaunselor mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau pakar-pakar pendidikan yang dapat menyumbang kepada penelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid-murid. Sesunggunya kelemahan dan kekurangan ini dapat di atasi dengan cara yang baik seandainya semua orang di sekeliling bergabung bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan tingkalaku anak masing-masing.

4)Terapi Intervensi Krisis

Terapi ini diadakan untuk membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan klien-kliennya. Sebuah krisis didefinisikan sebagai datu situasi atau kejadian di mana seorang individu rasa tertekan atau mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi. Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kamatian ahli keluarga,kehilangan pekerjaan atau terputusnya hubungan persahabatan. Pada masa inilah pelbagai perasaan akan dialami dan respon yang berbeza terhadap sesuatu krisis.

Bimbingan krisisadalah satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes kritikal. Contohnya adalah seperti bertumbuk dengan tujuan untuk mencederakan seseorang, percubaan membunuh orang atau diri sendiri, mengalami masalah mental atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Tujuan utama terapi kaunseling krisis ini ialah :

Untuk mengurangkan stres/ketegangan dan kekecewaan di sekolahUntuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerjaMenstabilkan emosiMeningkatkan produktivitiMengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak di ingini.Mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatifMengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis

Kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa murid-murid yang mengalami krisis mental menunjukkan ciri-ciri seperti tidak boleh menyebut perkataan dengan tepat, tidak boleh menyusun perkataan untuk membina ayat,membaca dengan kadar lambat,tidak boleh membaca langsung dan penumpuan terhadap pengajaran guru yang singkat.

Justeru itu para kaunselor telah menyediakan sembilan langkah untuk yang boleh digunakan dalam terapi intervensi krisis iaitu :

1.PendidikanKaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu individu memulih dan bergerak daripada krisis.

2.Pemerhatian dan KesedaranKaunselor akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap individu dan menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada individu tersebut.

3.Menggunakan Potensi IndividuKaunselor akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi menghadapi krisis bagi pertumbuhan kendiri serta member peluang kepada mereka untuk menemui potensi kendiri tertinggi.

4.Memahami MasalahKaunselor akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan yang ada semasa sesuatu krisis berlaku.

5.Mewujudkan Struktur yang BerkaitanKaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk menamatkan sesuatu krisis.

6.Mencabar Kepercayaan yang Tidak RasionalKaunselor akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis ialah masa kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid akan merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah.

7.Menghapuskan Tingkah Laku AdiktifKaunselor boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari sesuatu krisis adalah hasil daripada (adiksi)

8.Mencipta Penggantungan SementaraKaunselor boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas yang sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi kesedihan dan kesakitan mereka.

9.Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan EmosiKaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah respon yang paling sihat semasa krisis berlaku.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.

Tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka guru biasa juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling bagi menghindari masalah-masalah dalam sistem persekolahan. Ini kerana guru biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkahlaku murid-murid mereka.

Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikososialmurid-murid, memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendahberkait dengan konsep kendiri yang rendah, bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan mengendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa serta mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk menyediakan keperluan dan profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling seupaya mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :

1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan kendiri yang rendah2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan.

Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitumembantu murid-muridmengenali kekuatan mereka danmenjadi lebih terbuka serta berkeyakinan, membantu murid-murid lebih jelas mengenai diri merekasebagai seorang individu, membantu murid-murid lebih kuat dan yakin, membantu murid-murid mengatasi isu-isu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi peperiksaan, persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid memilih mata pelajaran yang inginmereka belajar.

Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat, dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan untuk menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja, menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari semasa ke semasa.