Upload
khairi-jamil
View
266
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
keberkesanan pendidikan dan kemahiran jawi
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000, SUNGAI
PETANI, KEDAH
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM
PIM3113
NAMA : MOHAMMAD AZRIE BIN ABDUL KHODER
NO. K/P : 920317025663
KUMPULAN : PISMP AMBILAN JAN 2012 (P6F)
MATA PELAJARAN : PROFESIONALME GURU PENDIDIKAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : USTAZAH AFIFAH BINTI ABU BAKAR
NAMA INSTITUT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN
ABDUL HALIM, 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH
TARIKH SERAHAN :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI
BORANG KOLABORASI
PENSYARAH DAN GURU PELATIH
NAMA PELAJAR : MOHAMMAD AZRIE BIN ABDUL KHODER
KELAS : PISMP AMBILAN JANUARI 2012 (PA) P6F
SEMESTER : SEMESTER 6
SUBJEK : PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM
NAMA PENSYARAH :USTAZAH AFIFAH BINTI ABU BAKAR
TARIKH TOPIK PERBINCANGAN TANDATANGAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada hadrat ilahi kerana dapat
menyiapkan kajian tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga hasilan kajian
tindakan ini menjadi titik tolak kepada saya untuk melaksanakan lebih kajian tindakan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu P&P khususnya.
Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha
menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara, mewujudkan keadilan
sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk merealisasikan objektif
tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas dalam mencari maklumat dan menyelesaikan
masalah sewaktu P&P dengan mengadakan kajian tindakan .
Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru
seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang serta
harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga adalah untuk menerapkan nilai
moral dan rohani kea rah pembentukan individu yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu
melibatkan murid secara aktif dan memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah
kearah melahirkan modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan
kajian tindakan ini hala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan bertaraf
dunia dapat dijayakan.
BAHAGIAN A
PENGGUNAAN KAEDAH PENGULANGAN DAN NYANYIAN DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGUASAAN MENGINGATI NAMA-NAMA
MALAIKAT SERTA TUGASNYA.
Oleh
MOHAMMAD AZRIE BIN ABDUL KHODER
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rasulullah merupakan contoh terbaik dalam semua bidang. Pendekatan
didikan Rasulullah membolehkan Islam berkembang maju hingga hari ini. Otak dan
minda merupakan anugerah ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Salah satu peranan
otak dan minda adalah untuk mengingat sesuatu kejadian atau sesuatu perkara
sama ada perkara yang lepas, sedang berlaku dan juga pada masa hadapan.
Kemahiran mengingat merupakan salah satu daripada proses kemahiran belajar.
Seringkali murid-murid menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam
matapelajaran termasuk matapelajaran Pendidikan Islam. Kemampuan daya
mengingat murid-murid bergantung kepada kecerdasan minda individu, minat dan
teknik mengingat individu itu sendiri.
SITUASI PELAJAR
Responden yang dipilih merupakan seorang yang periang tetapi menjadi pendiam
ketika di dalam kelas. Merupakan anak pertama dari dua beradik. Seorang yang agak degil
tetapi masih menghormati guru. Boleh membaca tetapi tidak suka menghafal. Hal ini
menyebabkan dia kurang berminat dalam matapelajaran Pendidikan Islam.
PENYATAAN MASALAH
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya telah menjalani praktikum sesi kedua selama dua bulan di Sekola Kebangsaan
Air Merah, kulim, kedah bermula pada 13 JULAI 2014 sehingga 11 SEPTEMBER 2014.
Sepanjang 2 bulan menjalani praktikum, saya telah diamanahkan untuk mengajar bidang
Pendidikan Islam untuk murid-murid tahun 2 MESRA. Murid di dalam kelas ini seramai 37
orang murid yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan.
Semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk
beriman dengan malaikat, terdapat seorang murid sukar mengingat nama-nama malaikat
serta tugas-tugasnya dengan betul. Soalan soalan secara lisan telah diajukan kepadanya,
dan dia tidak dapat menjawab dengan betul. Semasa menjawab soalan, murid tersebut
cuba berfikir dan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan serta meminta
bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan. Keadaan sama juga berlaku semasa murid
melaksanakan aktiviti lembaran kerja berkenaan tajuk beriman kepada malaikat yang
diedarkan oleh pengkaji.
Murid-tersebut dilihat termenung dan cuba mengingat kembali isi pelajaran yang
diajar kepadanya. Murid cuba berbincang dengan rakan untuk mendapatkan jawapan.
Melalui pemerhatian yang dibuat sayai, murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan dengan betul. Dia tidak menulis nama-nama malaikat serta tugas-tugasnya
dengan betul. Disamping itu juga, murid tersebut kelihatan keliru antara nama malaikat dan
nama-nama nabi yang wajib diimani. Situasi yang berlaku semasa sesi soal jawab dan
aktiviti lembaran kerja berulang juga pada sesi pengukuhan kognitif di akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran
OBJEKTIF
Objektif kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan
permasalahan seorang pelajar dalam menguasai pembelajaran Pendidikan Islam. Antara
objektif utama bagi kajian ini ialah:
1. Menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Pengulangan dan Nyanyian dalam
membantu murid cepat menghafal.
2. Mencari satu kaedah alternatif yang terbukti mampu untuk membantu mengingati isi
pelajaran dengan berkesan.
BIODATA PELAJAR
NAMA : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
MURID : TAHUN 2 MESRA
UMUR : 8 TAHUN
SEKOLAH : SK AIR MERAH
MASALAH DIHADAPI : MASALAH PEMBELAJARAN
LANGKAH DIAMBIL : PENGGUNAAN KAEDAH PEMERHATIAN,PENGULANGAN
SERTA NYANYIAN
TEMPOH PEMULIHAN : 30 HARI
METOD DAKWAH YANG DIGUNAKAN
PENGULANGAN
Metode pengulangan menjadi salah satu metode yang digunakan baginda, kerana
dianggap perlu dan penting untuk dilakukan khususnya dalam matapelajaran Pendidikan
Islam. Responden diminta untuk mengulang bacaan serta nyanyian membolehkan
responden cepat menghafal nyanyian. Cara ini berkesan dan perlu dipraktikkan.
Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan
sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-
strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh
juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak
Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang
peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan
pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan
itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member
penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah : yang bermaksud:
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku!
Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?
Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim
menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian
ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika
demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah
semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya.
Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan
segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)
Soal Jawab
Temubual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat maklumat melalui berhubung
secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemubual.
Kelebihan temubual ini ialah, pengkaji mudah untuk mendapat data yang diperlukan dan
juga maklumat yang diberikan itu jelas. Pengkaji juga telah membuat temubual tidak
berstruktur bersama guru pendidikan Islam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
tahap kecerdasan responden. Seorang pelajar telah dipilih untuk ditemubual berdasarkan
tingkahlaku dan tindak balas yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Tujuan dilakukan temubual terhadap guru Pendidikan Islam tahun 2 ialah bagi
mengenalpasti kelompok murid-murid yang lemah di dalam kelas tersebut. Manakala
temubual yang dilakukan terhadap murid bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada
murid berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap mereka.
Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan
sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-
strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh
juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak
Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang
peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan
pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan
itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member
penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah :
ن�� ہ� ن� م� � ل ن ن� م ہ� ى� ن� ن� ن ن� ن� ٱ ن�� ہ� ن� ن� ن� ��إ �� ن �ہ ن� ہ ن! إ� ن� ن�" ٱ� ن� م� #$ ل ن� ن% ن& ن'� ن) ہ( ن! ن* ن,ا - � إ ن� ن, ن�� /�إ ن0 ن" ن� م� إ�1 ى2 ن� ن3 ى� ن� ن% ن* ن,ا - إ�� ن4 ہ5 ن� ن� ن3 ن'� ن* ن,ا - ى� ن5 ن6 ن0 ن� ٱ إ� ن7 ہ5 ن8 ن9ن� إ:� إ& ن'� م; ن& ہ� ـ2 �إ ن�ٲ ن% ��إ ن* ن,ا ن< ��إ ن3
) �? ل إ�1 ن@ A? إAي ن� Cن �� ن ٱ� Dن� ن'� ن� ن� ن� ن3ٱ - $�ا ل ن� Fن ن� ن� إ�5 'ا ن ني ن�� Gہ ہ� Hن ٱ ن�� ہ� �I$ ل Aن )٢٦٠ہ�
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku!
Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?
Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim
menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian
ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika
demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah
semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya.
Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan
segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)
NYANYIAN.
Peranan muzik dan nyanyian dalam pendidikan (dakwah).
i. Menyebarkan syiar Islam
Sejak zaman Rasulullah lagi, muzik telah disalurkan sebagai salah satu aktiviti
dakwah untuk menegakkan syiar Islam. Contohnya pembacaan al-Quran. Kebanyakan para
sahabat membaca al-Quran dengan bertaranum. Ia perlu dibaca dengan tajwid dan lagunya
yang tersendiri. Melalui kaedah tajwid ini, lagu al-Quran dapat dialunkan. Apabila bacaan ini
dihayati, ia member kesan yang cukup mendalam kepada sesiapa sahaja yang
mendengarnya.
Begitu juga dengan azan. Sebelum sembahyang muazin akan melaungkan azan di
mana di dalamnya terdapat kalimah-kalimah agung yang mengandungi cirri-ciri muzik di
dalamnya. Walaupun azan tidak diiringi sebarang alat, namun antonasinya jelas bergerak
sejajar dengan rentak yang teratur. Kemerduan laungan azan boleh mengusik batin
seseorang serta menarik orang ramai untuk solat berjemaah (Idris Zakaria,2006,hlm:52).
Selain itu, muzik Islam yang liriknya mengandungi keagungan terhadap kebesaran
Allah dan pujian-pujian terhadap Rasulullah juga merupakan salah satu hiburan yang
memenuhi matlamat dalam Islam di mana ia boleh meniupkan semangat kesedaran dan
keindahan Islam. Ini menunjukkan bahawa muzik dan seni suara sangat sesuai digunakan
dalam menyebarkan risalah Islam yang suci ini.
Jika dilihat dalam dunia sekarang, seni nasyid yang merupakan salah satu daripada
cabang muzik merupakan satu cara utuk menyampaikan syiar Islam. Ini kerana dengan lirik
yang memuji kebesaran dan keagungan Allah serta diiringi dengan alunan muzik yang indah
boleh menarik minat mereka yang bukan Islam untuk mendekati Islam. Contohnya nasyid
dari kumpulan Raihan di mana kebanyakan lirik lagunya menjurus kepada keagungan
ciptaan Islam.
ii. Memberikan kedamaian jiwa dan membangunkan insane
Muzik dan nyanyian juga mempunyai hubungan yang rapat dengan jiwa. Sebagaimana yang
telah dinyatakan oleh Imam al-Ghazali (Idris Zakaria,2006,hlm:52):
“Allah memberikan kepada manusia akal dan deria. Setiap deria ingin menikmati
sesuatu menurut nalurinya. Misalnya penglihatan (mata) ingin menikmati sesuatu yang
cantik, pendengaran (telinga) ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidak
munasabah semua jenis nyanyian dan muzik dilarang oleh Allah, sedangkan Allah
menjadikan deria-deria itu dengan nalurinya. Tetapi naluri dan dria-deria tersebut jangan
dibiarkan berjalan mengikut kehendaknya, ia harus dikawal dan dihalatujukanke jalan yang
baik dan membina”.
Ayat ini menjelaskan bahawa jiwa manusia sukakan seni dan hiburan. Tidak
munasabah Allah melarang semua jenis nyanyian dan hibura kerana Allah menciptakan tiap
deria dalam manusia mempunyai nalurinya tersendiri. Sehubungan dengan ini, manusia
akan terpesona dengan sesuatu yang bergerak sejajar dengan naluri mereka. Namun begitu,
tidak semua jenis hiburan dan nyanyian memberikan impak yang positif kepada jiwa
manusia. Kenyataan ini lebih merujuk kepada nyanyian yang bersifat sentimental dan
mempunyai nilai yang baik dalam lagu tersebut di mana pendengar akan rasa lebih
bersemangat dan damai apabila mendengarnya. Falsafah yunani juga mengatakan bahawa
muzik boleh menghasilkan moral yang baik di kalangan manusia. Ini kerana muzik
mempunyai hubungan yang rapat dengan jiwa. Ia adalah alat yang dapat mempengaruhi
jiwa manusia.
Selain dari insan yang sihat banyak mendapat manfaat dari muzik, insan yang
mempunyai masalah kesihatan juga boleh mendapat faedah dari seni yang sama. Dalam
keadaan klinikal, orang yang mengahadapi masalah psikiatri bertidak balas dengan lebih
baik kepada rawatan apabila menerka diberikan terapi muzik pada masa yang sama. Muzik
atau nyanyian, walaupun dalam billik air merupakan pelega tekanan mental dan ketegangan
yang amat berkesan (Ibid,hlm:55).
iii. Merupakan wadah ilmu
Seperti yang telah diutarakan di atas iaitu muzik merupakan satu cara untuk
menyebarkan syiar Islam, muzik juga berperanan sebagai wadah menyampaikan ilmu dan
dakwah. Ia dapat disampaikan melalui lirik yang terkandung pengetahuan-pengetahuan
tentang kisah-kisah pada zaman nabi dan para sahabat serta tokoh-tokoh Islam, tentang erti
kehidupan dan seumpamanya. Sebagai contoh lagu salahuddin al-ayyubi, rabiautul
adawiyah, habil qabil, hakikat perjuangan dan banyak lagi. Penyampaian ilmu melalui lagu-
lagu sebenarnya lebih menberi kesan kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat sekarang
terutama masyarakat Malaysia kurang minat dalam membaca tetapi mempunyai minat yang
lebih dalam berhibur. Oleh yang demikian, mereka akan mendapat ilmu secara tidak
langsung dengan mendengar lagu-lagu tersebut. Selain itu, lirik-lirik yang berbentuk nasihat
juga memberi kesan yang baik dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat
PEMERHATIAN
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Pengkaji mendapati terdapat seorang murid menunjukkan respon yang negatif
iaitu tidak memberi tumpuan dan hilang fokus dalam pembelajaran.Semasa sesi latih tubi
untuk menyebut nama malaikat, Murid tersebut tetap tidak memberi respon seperti yang
diharapkan.
Jadual 1: Jadual Pemerhatian Tidak Berstruktur
PERISTIWACATATAN
Guru memasuki kelas dan murid membaca doa secara bersama-sama
Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakandengan set induksi yang sesuai dengan tajukpengajaran.
Guru mengajar dengan menggunakan kaedahtradisional dengan berbantukan bahan bantumengajar yang dirancang.
Murid diminta untuk menyebut nama-namamalaikat serta menyenarai tugas-tugasnya secara individu, kumpulan dan kelas
Guru mengedarkan lembaran kerja bagi aktivitipengukuhan murid.
Soalan lisan diajukan kepada murid-murid tertentu mengenai isi pelajaran.
Seorang murid tidak memberi sebarang respon terhadap pembelajaran.
Jadual 2: masalah yang mungkin di hadapi murid
KOD
SUSAH UNTUK MENGINGATKELIRU MENGENAI NAMA- NAMA MALAIKAT DAN RASULBOSANTIDAK MINAT BIDANG AQIDAH
LAPORAN ANEKDOT 1
NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 3 MESRA
TARIKH : 15.07.2014
MASA :11.15 – 12.15 ( SELASA )
TEMPAT : BILIK KAUNSELING
ITEM : PENGUMPULAN DATA PERMASALAHAN MURID
CATATAN KAEDAH ULASAN
Seorang murid telah dikenalpasti mempunyai masalah didalam kelas
Murid telah dipanggil untuk tujuan pengumpulan data
Murid menceritakan permasalahan beliau ketika di dalam kelas
Masalah telah dikenalpasti
Kaedah yang sesuai telah dirangka untuk proses pemulihan pelajar
Soal jawab Murid memberi kerjasama dengan baik.
Murid mengakui susah untuk menghafal sebarang fakta yang membuatkan dia cepat bosan.
Permasalahan ini menyebabkan responden kurang minat dalam belajar.
LAPORAN ANEKDOT 2
NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 3 MESRA
TARIKH : 22.07.2014 (SELASA)
MASA :11.15 – 12.15
TEMPAT : BILIK KAUNSELING
ITEM : PENCERAHAN MENGENAI NAMA MALAIKAT SERTA TUGASNYA
CATATAN KAEDAH ULASAN
Langkah 1 Pengkaji memberi rangsangan awal denganmemperdengarkan lagu ‘If You Happy’ dan‘Twinkle-twinkle Little Star’. Murid dimintauntuk mendengar dengan teliti kedua-dua lagutersebut.
Langkah 2 Pengkaji memaparkan nama-nama malaikat dantugasnya di papan putih dengan menggunakanbahan bantu mengajar yang sesuai.
Langkah 3 Pengkaji memaparkan lirik lagu dipapan putihdan memberi lirik lagu kepada murid. Pengkajimenyanyi lagu sambil diperhatikan oleh murid.
Langkah 4 Latih tubi menghafal lirik dan lagu.
Penerangan
Penerangan
Dengar dan ikut
Latih tubi nyanyian
Guru telah menggunakan kaedah penerangan dan nyanyian
LAPORAN ANEKDOT 3
NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 3 MESRA
TARIKH : 28.07.2014 (SELASA)
MASA :11.15 – 12.15
TEMPAT : BILIK KAUNSELING
ITEM : PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN MELIHAT LIRIK
CATATAN KAEDAH ULASAN
Langkah 1 Pengkaji menyanyikan kembali nyanyian nama-nama Malaikat kepada murid.
Langkah 2 Murid menyanyi lagu secara melihat lirik dancuba menghafal.
Langkah 3 Pengkaji membantu murid mengingat lirik nyanyian nama-nama Malaikat.
Pengulangan
Baca dan menyanyi
Nyanyian
Murid dilihat tidak mengingati pembelajaran lepas
Guru membuat pengulangan
Guru memberi pujian
LAPORAN ANEKDOT 4
NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 3 MESRA
TARIKH : 03.08.2014 (SELASA)
MASA :11.15 – 12.15
TEMPAT : BILIK KAUNSELING
ITEM : PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN TIDAK MELIHAT LIRIK
CATATAN KAEDAH ULASAN
Langkah 1 Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik.
Langkah 2 Pengkaji menunjukkan gaya semasamenyanyikan lagu dan diikuti oleh murid.
Langkah 3 Murid menyanyi sambil membuat gaya
Nyanyian
Nyanyian
Nyanyian
Murid mula dapat menghafal lirik lagu nama-nama malaikat
Murid belajar gaya dalam nyanyian bagi memudahkan dia menghafal lirik lagu.
LAPORAN ANEKDOT 5
NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 3 MESRA
TARIKH : 05.08.2014 (KHAMIS)
MASA :11.15 – 12.15
TEMPAT : BILIK KAUNSELING
ITEM : PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN TIDAK MELIHAT LIRIK
CATATAN KAEDAH ULASAN
Langkah 1 Murid diberi peluang untuk mengingat kembali lirik dan gaya secara terkawal
Langkah 2 Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa melihat lirik secara berkumpulan.
Langkah 3 Setiap murid dikehendaki menyanyi secaraindividu dihadapan guru dengan mengingat lirik dan membuat gaya.
Langkah 4 Pengkaji melaksanakan ujian lisan terhadapmurid secara individu
Nyanyian
Nyanyian
Nyanyian
Murid mula dapat menghafal lirik lagu nama-nama malaikat
Murid belajar gaya dalam nyanyian bagi memudahkan dia menghafal lirik lagu.
LAPORAN
Semasa proses pelaksanaan berlangsung, pengkaji membuat pengawasan terhadap kajian yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji direkodkan bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang diperkenalkan.
Pada 11 Julai 2014 pada jam 9.30, saya telah memasuki kelas 2 mesra. Sepangjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Guru memasuki kelas dan murid membaca doa secara bersama-sama. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi yang sesuai dengan tajuk pengajaran.Guru mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang dirancang.Murid diminta untuk menyebut nama-nama malaikat serta menyenarai tugas-tugasnya secara individu, kumpulan dan kelas. Guru mengedarkan lembaran kerja bagi aktiviti pengukuhan murid.Soalan lisan diajukan kepada murid-murid tertentu mengenai isi pelajaran.
Seorang murid telah dikenalpasti mempunyai masalah didalam kelas.Murid telah
dipanggil untuk tujuan pengumpulan data.Murid menceritakan permasalahan beliau ketika di
dalam kelas.Masalah telah dikenalpasti. Kaedah yang sesuai telah dirangka untuk proses
pemulihan pelajar. Sesi berlangsung di bilik kaunseling. Soal jawab berlaku dan pengkaji
dapat mengesan permasalahan yang berlaku kepada responden.
Pada 22 Julai 2014 sesi berlaku buat kali kedua. Pengkaji menggunakan beberapa
langkah yang berkesan. Langkah 1 Pengkaji memberi rangsangan awal dengan
memperdengarkan lagu ‘If You Happy’ dan ‘Twinkle-twinkle Little Star’. Murid diminta untuk
mendengar dengan teliti kedua-dua lagu tersebut.Langkah 2 Pengkaji memaparkan nama-
nama malaikat dan tugasnya di papan putih dengan menggunakan bahan bantu mengajar
yang sesuai.Langkah 3 Pengkaji memaparkan lirik lagu dipapan putih dan memberi lirik lagu
kepada murid. Pengkaji menyanyi lagu sambil diperhatikan oleh murid. Langkah 4 Latih tubi
menghafal lirik dan lagu.
Pada 28 Julai 2014 jam 11.15 bertempat di bilik kaunseling sesi ketiga kajian
dijalankan. Pengkaji menggunakan kaedah pengulangan dan nyanyian sebagai pengukuhan.
Pengkaji menggunakan beberapa langkah yang berkesan. Langkah 1 Pengkaji
menyanyikan kembali nyanyian nama-nama Malaikat kepada murid.Langkah 2 Murid
menyanyi lagu secara melihat lirik dan cuba menghafal.Langkah 3 Pengkaji membantu murid
mengingat lirik nyanyian nama-nama Malaikat. Murid dilihat tidak mengingati pembelajaran
lepas. Guru membuat pengulangan. Guru memberi pujian.
Pada 3 Ogos 2014 ham 11.15 bertempat di bilik kaunseling sesi keempat kajian
dijalankan. Pengkaji tetap menggunakan metod pembelajaran yang sama. Langkah 1 Murid
menyanyi lagu dengan melihat lirik. Langkah 2 Pengkaji menunjukkan gaya semasa
menyanyikan lagu dan diikuti oleh murid. Langkah 3 Murid menyanyi sambil membuat gaya.
Murid mula dapat menghafal lirik lagu nama-nama malaikat. Murid belajar gaya dalam
nyanyian bagi memudahkan dia menghafal lirik lagu
Pada 5 Ogos 2014 pada jam 11.15 bertempat di bilik kaunseling sesi kelima kajian
dijalankan. Pengkaji mahu menguji tahap pencapaian responden. Langkah 1 Murid diberi
peluang untuk mengingat kembali lirik dan gaya secara terkawal Langkah 2 Murid menyanyi
lagu beserta gaya tanpa melihat lirik secara berkumpulan. Langkah 3 Setiap murid
dikehendaki menyanyi secara individu dihadapan guru dengan mengingat lirik dan membuat
gaya.Langkah 4 Pengkaji melaksanakan ujian lisan terhadap murid.
CARA MENGUMPUL DATA
Instrumen kajian yang digunakan ialah:
-Ujian Pra dan Pos
Sebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, pengkaji menjalankan
ujian pra dan pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap responden.
Ujian ini telah diagihkan oleh pengkaji kepada seluruh murid tahun 2 mesra untuk
mengetahui pengetahuan responden yang terlibat. Murid-murid dikehendaki untuk mengisi
borang. Ujian pra yang dirangka pengkaji ini mengandungi dua bentuk soalan iaitu soalan A
dan soalan B. Ujian pos pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas kajian dibuat. Ujian pos ini
dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan
ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian pos yang
dibentuk ini sedikit berbeza dengan ujian pra bagi memastikan kesahan ujian.Ujian pos ini
mengandungi 3 bentuk soalan iaitu A, B dan C. Rujuk lampiran A untuk melihat soalan ujian
pra dan pos
SOAL SELIDIK
Dalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada seorang responden yang telah dipilih
oleh pengkaji. Dalam kajian ini soal selidik berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah
digunakan oleh pengkaji. Soal selidik berskala ini mempunyai hanya dua pilihan jawapan
sahaja sama ada YA atau TIDAK. Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai
dengan mereka. Rujuk lampiran B.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
PENGENALAN
Bab ini membincangkan mengenai hasil analisis data dan interpretasi data
berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan kepada seorang murid tahun 2 mesra, Sekolah
Kebangsaan Air Merah,Kulim, Kedah. Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pos
Berdasarkan objektif di atas, pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pos ke atas
responden menggunakan set soalan sedikit berbeza. Perlaksanaan ujian pra dan pos untuk
menilai sejauhmana peningkatan kemahiran mengingat responden bagi nama-nama
malaikat dan tugasnya dalam bentuk ujian penulisan. Hasil pencapaian ujian pra dan pos
adalah seperti di bawah:
JADUAL 3: Taburan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos
BIL SASARAN UJIAN PRA UJIAN POS
1 RESPONDEN 36 94
Dapatan kajian pada jadual 7 ini adalah pemerolehan data berdasarkan kajian yang dibuat
ke atas tujuh orang responden. Taburan markah responden pada ujian pra didapati kurang
memuaskan ini kerana kesemua responden memperolehi markah di bawah 50%. Ujian pos
ini dilakukan oleh pengkaji setelah rawatan dijalankan terhadap ketujuh-tujuh orang
responden yang dipilih oleh pengkaji. Ujian pos ini dilakukan bagi melihat samada terdapat
sebarang peningkatan pencapaian responden dan perbezaan min di antara ujian pra dan
pos.
Rajah: Graf Perbandingan Peratusan antara ujian Pra dan ujian Pos.
UJIAN PRA UJIAN POS0
20406080
100
GRAF PERBANDINGAN PERATUSAN DIANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN POS
PERATUSAN DIPEROLEH
Rajah diatas menunjukkan peningkatan pencapaian responden yang telah berlaku
setelah rawatan melalui kaedah nyanyian mari bernasyid dilaksanakan. Hasil dapatan
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang tinggi antara ujian pra dan ujian pos bagi
responden. Responden mengalami peningkatan sebanyak 74% iaitu telah mencatat
keputusan sebanyak 94% semasa ujian pos.
Secara keseluruhan, pengkaji telah menyimpulkan bahawa penilaian peningkatan
peratus responden meningkat. Jika dilihat pada rajah 3, markah ujian pra ialah 36% dan
ujian pos pula ialah sebanyak 94.%. Ini bermaksud telah berlaku peningkatan sebanyak 74%
setelah rawatan melalui kaedah nyanyian mari bernasyid dilaksanakan terhadap responden.
PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini akan melihat sejauhmana kemahiran mengingat murid mengenai
nama-nama malaikat dapat dipertingkatkan melalui kaedah nyanyian. Melihat perbezaan
peratusan antara ujian pra dan pos Berdasarkan kepada analisis dan interpretasi data,
perbezaan peratusan ujian pra dan pos menunjukkan banyak perubahan yang ketara.
Responden menunjukkan peningkatan yang ketara ketika ujian pos berbanding ujian
pra. Pengkaji mendapati wujud perubahan peningkatan yang memberangsangkan setelah
kaedah nyanyian mari bernasyid diperkenalkan kepada responden. Ini menunjukkan bahawa
objektif pertama telah terjawab. Sebelum kaedah nyanyian mari bernasyid ini diperkenalkan
kepada responden, responden sukar untuk menyatakan nama-nama malaikat dan tugasnya
dengan betul.
Semasa menjawab soalan bagi ujian pos, responden menjawab soalan sambil
menyanyikan lagu yang dipelajari secara perlahan dan cuba untuk mengingati kembali lirik
lagu yang dihafal oleh mereka. Setelah aktiviti nyanyian melodi mari bernayid dijalankan
terhadap mereka, ternyata wujud peningkatan dari segi prestasi dan minat terhadap tajuk
yang dipelajari. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian daripada pengkaji lain di mana
kaedah nyanyian ini mampu meningkatkan prestasi murid.
Hasil kajian Salcedo (2002) mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah
bahasa asing mungkin mampu membantu mengingat sesuatu teks. Justeru itu, nyanyian
sangat membantu individu untuk mengingat kembali fakta dan membantu dari segi prestasi
pendidikan.Hansen dan Bernstrof (2002), menegaskan dalam laporan mereka bahawa hasil
kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian murid meningkat dengan
menggunakan muzik dalam program membaca. Ini membuktikan bahawa nyanyian yang
juga merupakan salah satu dari cabang muzik adalah faktor peningkatan tahap pencapaian
murid dalam ujian.Edith Indek dan Kamariati Hussin (t.t) di dalam kajian mereka, lebih
kurang 90% daripada kumpulan sasaran menunjukkan prestasi yang baik dan hanya 10%
sahaja daripada responden kumpulan sasaran yang masih lemah dalam lembaran kerja
yang diberi kepada kumpulan sasaran setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan dalam mata
pelajaran sains.
Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya
melalui kaedah pengulangan dan nyanyian “Mari Bernasyid”.
Instrumen soal selidik dan pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat
murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya melalui kaedah
pengulangan dan nyanyian. Dapatan daripada data yang telah dianalisis menunjukkan
bahawa kesemua responden menunjukkan minat dan keseronokan belajar apabila
menggunakan kaedah nyanyian melodi ria dalam mengingat nama-nama malaikat dan
tugas-tugasnya. Melalui data soal selidik yang telah dianalisis, pengkaji memperoleh respon
yang positif setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan kepada mereka.
Aktiviti pengulangan dan nyanyian ini ternyata memberi keseronokan terhadap
mereka.Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid-murid menunjukkan respon
tingkahlaku yang baik dan penuh minat dalam aktiviti nyanyian. Pemerhatian melalui lisan,
didapati hampir kesemua murid dapat mengingati lirik nyanyian melodi ria dengan baik
walaupun terdapat dua orang murid yang masih tidak yakin dengan lirik yang dihafal oleh
mereka.Responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali aktiviti nyanyian
berlangsung. Mereka bersungguh-sungguh untuk mengingat lirik dan melodi yang diadaptasi
dari lagu kanak-kanak bahasa Inggeris iaitu ‘Twinle-twinkle Little Star’ dan ‘If You Happy’.
Lagu yang telah diadaptasi dan diubahsuai inilah salah satu faktor yang mendorong mereka
belajar dengan penuh minat.Data ini kemudiaannya disokong oleh Hanisah Shaari (2010)
dalam kajiannya telah menunjukkan bahawa aktiviti nyanyian telah memberi ruang kepada
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan dalam menarik minat murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berpendapat, nyanyian mampu meredakan
tekanan mental dan fizikal murid—murid.
Hadiah Senin (1999), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi
prestasi pencapaian pelajar dalam matapelajaran sejarah yang dilakukan terhadap 250
orang pelajar termasuk pelajar Melayu, cina dan india dari lima sekolah di Daerah Batu
Pahat,johor, mendapati pelajar-pelajar yang cemerlang adalah di kalangan pelajar yang
meminati matapelajaran tersebut. Justeru itu, berdasarkan kajian inilah faktor yang
mendorong peningkatan murid dalam mengingat 10 malaikat kerana wujudnya minat dalam
diri setiap responden untuk mengingat nama dan bidang tugas 10 malaikat dengan mudah
dan tersusun.
Tan Siew Tee dan Shi Soi Fah (2005) dalam kajian mereka, muzik dan lagu adalah
suatu perkara yang sangat hampir dengan murid. Mereka juga menambah, tindakan
memainkan muzik dan lagu dapat memotivasikan murid untuk menghadiri kelas dan
menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah. Maka dengan itu, aktiviti nyanyian
ini secara tuntasnya dapat meningkatkan minat murid dari segi tingkahlaku dan lisan murid.
Robiah Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009), dalam kajiannya, peningkatan minat
pelajar dalam dibantu dalam Pendidikan Islam dengan gubahan lagu. Lagu atau muzik amat
penting dalam membantu murid mengingat fakta dan huruf-huruf yang dipelajari. Hasil
dapatan kajian mereka mendapati bahawa pelajar lebih aktif dan bersemangat dalam
pengajaran dan pembelajaran, lebih fokus dan dapat mengingat fakta dengan cepat dan
mudah.
Metod pengulangan menjadi salah satu metode yang digunakan baginda, kerana
dianggap perlu dan penting untuk dilakukan khususnya dalam matapelajaran Pendidikan
Islam. Responden diminta untuk mengulang bacaan serta nyanyian membolehkan
responden cepat menghafal nyanyian. Cara ini berkesan dan perlu dipraktikkan.
Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan
sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-
strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh
juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak
Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang
peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan
pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan
itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member
penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah : yang bermaksud:
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku!
Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?
Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim
menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian
ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika
demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah
semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya.
Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan
segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)
RUMUSAN
Melalui dapatan-dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa objektif-
objektif kajian telah tercapai melalui kaedah nyanyian MARI BERNASYID iaitu untuk melihat
perbezaan ujian pra dan pos dan juga untuk membangkitkan minat murid dalam mengingat
nama-nama malaikat dan tugasnya. Pendekatan dakwah Rasulullah sebagai panduan
merupakan idea yang bernas dan berkesan. Kajian ini membuktikan bahawa mendidik
melalui hati ke hati dan nyanyian mampu untuk melonjakkan prestasi seseorang murid. Ini
menjelaskan kepada kita proses pendidikan dan pengajaran adalah satu metodologi yang
perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti psikologi, sosiologi dan daya membuat
pertimbangan seseorang pelajar. Gabungan ilmu pengetahuan itu membolehkan guru
mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar mengikuti pengajaran.
REFLEKSI
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Pertama sekali, saya panjatkan syukur kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan
ruang waktu untuk saya siapkan tugasan yang diberikan ini. Tanpa nikmat masa dan
kesihatan daripada-Nya, tidak mungkin saya dapat melakukan tugasan ini. Selain itu, saya
ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada pensyarah bagi mata pelajaran PIM
3111 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM iaitu Ustazah Afifah Binti Abu Bakar
dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang kami melaksanakan
tugasan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan dari kelas
P6f yang turut membantu memberikan maklumat dan idea serta pandangan dalam usaha
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, tidak dilupakan kepada kedua ibu
bapa dan ahli keluarga yang tidak putus asa mendoakan dan memberi sokongan kepada diri
ini. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira.
Permulaan tugasan diberi diterima dengan penuh rasa takut dan gelisah oleh saya.
Ini kerana buat pertama kalinya membuat satu kajian kes mengenai metod dakwah
Rasululah dalam pendidikan serta membuat pameran Pendidikan Islam . Untuk pengetahuan
ustazah, saya telah berjumpa banyak orang berpengalaman untuk membantu saya dalam
melancarkan penulisan kajian ini.
Dalam perlaksanaan pameran, kami bertungkus lumus dalam memastikan program
berjalan dengan lancer. Dengan berkat dan redha Ilahi, pameran berlangsung dengan
meriah sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung
mahupun tidak langsung dalam memastikan wadah dakwah melaui pameran ini berjalan
dengan lancar.
Dalam melaksanakan tugasan ini juga, saya telah berbincang dengan pensyarah dan
juga rakan-rakan tentang skop tugasan yang perlu dilakukan. Saya juga telah mencari
maklumat dari pelbagai sumber seperti buku-buku ilmiah, artikel, jurnal dan juga daripada
laman web. Alhamdulillah, maklumat tentang profesionalisme Guru Pendidikan Islam serta
perubahan yang berperingkat ini banyak dan mudah didapati. Oleh itu, mudah bagi saya
untuk menghuraikan dan menjawab soalan tugasan ini.
Semasa kajian ini dijalankan, saya merasa sangat gembira dan terharu kerana
apabila melihat responden saya yang sebelum ini langsung tidak minat belajar
matapelajaran Pendidikan Islam oleh kerana banyak yang perlu dihafal, kini sudah menjadi
matapelajaran kegemarannya. Alhamdulillah.
Selain itu juga, dapat saya simpulkan bahawa tugasan kali ini membolehkan saya
berfikir secara kognitif bahawa menuntut ilmu itu dituntut, tapi cara penapisan ilmu yang
dicari ilmu perlu kena masa dan tempatnya. jangan destinasi menuju redha Allah yang dicari
tidak kesampaian, jauh terpesong menuju kesesatan.
Secara rumusnya, kaedah dakwah Rasulullah saw ini memberi kepentingan kepada
murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan kaedah berpusatkan murid iaitu kajian
ini menumpukan 80% kepada murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui
nyanyian ini ternyata mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang minat murid
untuk belajar kerana sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung dalam keaadan
tertekan. Diharap dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti
guru-guru, murid-murid dalam lebih mencintai ilmu agama Allah ini seterusnya
mengembangkan lapangan dakwah islam di muka bumi ini.
Akhir kata, saya berharap dengan tugasan yang diberikan akan mematangkan lagi
pemikiran saya dalam ilmu quran dan hadith khasnya juga dalam ilmu-ilmu lain yang
berkaitan. Banyak manfaat dan pengajaran yang telah saya dapati dalam proses
melaksanakan tugasan ini. Dengan pengalaman yang saya perolehi ini akan saya gunakan
dan manfaatkan dalam kehidupan saya kelak. Wallahu a’lam.
Sekian, terima kasih.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Abdul Kadir. (1960). Hikayat Abdullah Munshi bin Abdul Kadir Munshi. Singapore: Malayan
Publishing House.
Abdullah Ali Hassan. (1980). The development of Islamic Education in Kelantan dalam Tamadun Islam
di Malaysia. Kuala Lumpur: United Selangor.
Abdullah Ishak. (1987). Ke Arah Mengembalikan Identiti Pengajian Pondok di Malaysia. Tesis M. A,
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya.
Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur
Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.
Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bloom, S. B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: McGraw- Hill.
Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah Menengah.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).
Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA.Universiti Malaya.
Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: KualaLumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Laporan kajian mengenai kedudukan mata pelajaran
Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1991). Laporan prestasi SPM: Pengetahuan Agama Islam. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di
sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri
Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Sabri Said. (1983). Madrasah al-'Ulum al-Syariah Perak 1937–1977: Satu kajian Pendidikan Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Ngah Ghazali. (1990). Ke arah mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Perak: Satu kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Petaling
Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.
Wan Zahid Wan Nordin. (1994). Pendidikan tahun 2000: Cabaran dan harapan dalam Pendidikan
Islam: Peranannya dalam pembangunan ummah. Abdul Halim el-Muhammady (ed.). Bangi:
Persatuan Bekas Pelajar Timur Tengah.