Upload
shahanum-ismailsalleh
View
340
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai alat dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran disamping mengkaji perspektif pelajar terhadap penggunaannya. Responden kajian terdiri daripada pelajar SMK 1 ( Pakaian Tradisional Wanita) Bagi Sijil Modular Kebangsaan di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 17 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini.
Citation preview
Disediakankan Oleh:
SHAHANUM BINTI ISMAIL@SALLEH KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DALAM P&P
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PEMBARIS “1/5 SCALE
PATTERN BLOCK” SEBAGAI ALAT DAN BAHAN BANTU
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SIJIL
MODULAR KEBANGSAAN (SMK) PROGRAM FESYEN DAN
PAKAIAN KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM.
SMK 1
PAKAIAN TRADISONAL WANITA
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
1.1 Latar Belakang Kajian
Kolej Komuniti berperanan menjadi sebuah gedung ilmu untuk memberi peluang
latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta memberi peluang
pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran kerja atau melanjutkan
pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Sijil Modular Kebangsaan (SMK) merupakan
program latihan kemahiran jangka pendek iaitu (3 hingga 6 bulan) di seluruh Kolej
Komuniti seluruh Malaysia. Kolej Komuniti Bukit Mertajam menawarkan Program SMK
Fesyen dan Pakaian dalam menyalurkan ilmu kemahiran kepada masyarakat setempat.
Terdapat beberapa modul dalam program ini untuk melayakkan pelajar mendapat Sijil
Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti.
Sijil Modular Kebangsaan Fesyen dan Pakaian menawarkan beberapa modul iaitu
SMK 1 Pakaian Tradisional Wanita, SMK 2 Pakaian Kontemporari Wanita, SMK 3
Pakaian Lelaki, SMK 4 Hiasan Pakaian dan SMK 5 Busana 1 Malaysia. Program ini
memberi pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran berfokus kemahiran untuk
memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep pembelajaran berkemahiran
dan melalui bimbingan daripada pensyarah.
Objektif am bagi Sijil Modular Kebangsaan ini adalah supaya pelajar-pelajar akan
dapat memahami dan menguasai perkara-perkara seperti berikut:-
i) Mendalami latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih
semula (re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat ii) Menghasilkan pakaian berdasarkan modul yang telah ditetapkan didalam
struktur kurikulum.
iii) Memberi kemahiran kepada pelajar dan masyarakat setempat tanpa mengira
peringkat umur.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Sijil Modular Kebangsaan banyak melibatkan pembelajaran amali yang
memerlukan para pelajar untuk memahami konsep jahitan pakaian. Teknik pengujian
dan penilaian untuk modul ini lebih bertumpukan kepada proses menyediakan pola,
memotong fabrik dan penghasilan pakaian. Pelajar akan diajar bagaimana menyediakan
pola pakaian mengunakan alat bahan bantu pengajaran dan pembelajaran seperti nota,
alatan mendraf, memotong dan seterusnya menjahit. Pelajar akan menghasilkan pakaian
dan konsep melatih semula(re-skiling) dilaksana bagi melatih pelajar lebih
berkemahiran apabila latih berulang kali.
1.2 Pernyataan Masalah
Kebanyakan pelajar tidak menunjukkan minat dan lemah dalam modul ini.
Alasan yang sering diberikan oleh pelajar adalah mereka tidak pandai membaca
pembaris skala 5 ketika menyediakan pola asas skala 5 kerana saiznya yang lebih kecil
berbanding pembaris biasa. Antara alasan lain ialah mereka perlu membuat kiraan
semula sewaktu menyediakan pola skala 5 kerana pembaris skala 5 hanya terdapat
dalam bentuk ukuran inci. Manakala kiraan yang digunakan untuk menyediakan pola
asas saiz sebenar adalah dalam bentuk sentimeter. Masa yang diambil untuk
menyediakan pola juga adalah lebih lama dan ini mengakibatkan pelajar yang tidak
mahir akan ketingalan di dalam kelas. Alasan ini boleh dikategorikan sebagai tahap
motivasi pelajar untuk belajar yang rendah disebabkan oleh penentuan objektif atau
matlamat yang kabur. Untuk itu, kajian tentang Keberkesanan Pengunaan “1/5 Scale
Pattern Block” Sebagai Alat Bantu Pengajaran dan Pembelajaran akan berfokus kepada
menyelesaikan permasalahan yang timbul iaitu adakah pelajar akan dapat menghasilkan
pola dengan lebih tepat dan menumpukan kepada subjek ini atas keperluan untuk
mencapai objektif yang telah ditetapkan? Bagi mencapai keputusan kajian, LA 05 iaitu
Baju Kebaya Trasdisional dan Kain Belah Selisih bagi kursus Sijil Modular Kebangsaan
(SMK 1) Pakaian Tradisional Wanita telah di pilih untuk dikaji keberkesanan
penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block”. Kepentingan kajian ini agar dapat
mengoptimumkan pengunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai alat dan
bahan bantu pengajaran dalam pembelajaran Modul SMK 1.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian tentang Keberkesanan Penggunaan “1/5 Scale Pattern Block” Sebagai
Alat Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program
Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam adalah seperti berikut:-
1.3.1 Mengenalpasti tahap kebolehan pelajar untuk menghasilkan pola
skala 5 menggunakan pembaris “1/5 Scale Pattern Block”.
1.3.2 Melihat keberkesanan pengunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block”
sebagai alat dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran kepada
pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bukit Mertajam dan mengoptimumkan
penggunaannya.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif di atas, kajian ini diharap dapat menjawab soalan-
soalan berikut:
1.4.1 Apakah penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” ini
dapat meningkatkan pencapaian pelajar SMK 1 terhadap tajuk
“Baju Kebaya Tradisional dan Kain Belah Selisih”.
1.4.2 Apakah penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” ini
sesuai digunakan di Kolej Komuniti Bukit Mertajam sebagai
alat bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.
1.4.3 Apakah penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block”
sebagai alat dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran
dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
1.5 Rasional Kajian
Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” ini direka bertujuan untuk menarik minat
pelajar untuk menyediakan pola skala 5 bagi topik Baju Kebaya Tradisional dan Kain
Belah Selisih dengan lebih mudah dan pantas.
Kepentingan kajian ini agar dapat mengoptimumkan penggunaan pembaris “1/5
Scale Pattern Block” sebagai alat dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran bukan
sahaja bagi modul SMK 1 malahan dapat digunakan untuk semua modul SMK.
Penyediaan pola skala 5 adalah amat penting dilakukan sebelum pembentangan dan
pemotongan fabrik dilakukan. Namun kesukaran untuk menghasilkan pola skala 5
kerana siaznya yang lebih kecil menyebabkan pelajar terpaksa menyediakan pola skala
5 berulang kali.
1.6 Kepentingan Kajian
Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” yang direka ini diharapkan dapat memberi
faedah kepada para pengguna terutamanya kepada para pelajar dan pensyarah Program
Fesyen dan Pakaian. Pembaris ini akan memberi kemudahan kepada para pelajar dan
pensyarah untuk menyediakan pola skala 5 ‘Baju Kebaya Tradisional dan Kain Belah
Selisih’ dengan cepat dan pantas. Malahan ukuran pola skala 5 juga adalah lebih tepat
kerana lakarannya dihasilkan dengan mengunakan sistem AutoCAD mengikut skala asal
dan dikecilkan kepada skala 5.
Jika pembaris “1/5 Scale Pattern Block” ini digunakan secara berkesan sebagai
alat dan bantu mengajar, ia akan mampu menyelesaikan beberapa pemasalahan dalam
pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya akan meningkatkan lagi minat dan
motivasi pelajar terhadap modul yang diikuti.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
1.7 Skop Kajian
Kajian ini terbatas kepada pelajar SMK 1 di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau
Pinang. Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” ini dihasilkan menggunakan sistem
AutoCAD. Ukurannya adalah berpandukan ukuran asas badan iaitu saiz 10 atau saiz M.
Dengan menggunakan sistem AutoCAD, ukuran ini diskalakan kepada ukuran yang lebih
kecil iaitu skala 5.
Soal selidik dan soalan objektif akan diberikan selepas pelajar-pelajar tersebut
menggunakan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” untuk menyediakan pola skala 5 ‘Baju
Kebaya Tradisional dan Kain Belah Selisih’. Kajian ini hanya benar bagi kumpulan
pelajar ini sahaja. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak sesuai dibuat kesimpulan umum
kepada semua pelajar SMK 1 di Kolej Komuniti yang lain.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
2.0 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala
pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi
pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan
menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika
kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan
kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.
Berdasarkan hakikat inilah, peranan pensyarah dalam menentukan alat-alat
bantu pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu
merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan
bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Dari itu, pensyarah-
pensyarah disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan,
penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara
aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Di samping itu alat bantu
mengajar (ABM) juga dapat memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman
pelajar.
2.2 Alat Bantu Mengajar
Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada
proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada
pensyarah semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar
dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang
berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang
diajarkan.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Secara dasarnya, alat bantu mengajar adalah alat yang dapat membantu
seseorang pensyarah dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada
buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda
yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca,
dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-
apa saja yang dialami oleh murid (Kamaruddin Hj. Hussin, 1986)
Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan, iaitu:-
1. Alat pendengaran,
2. Alat pandangan
3. Alat pandang dengar.
Noraziah Abdul Hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:-
1. Media elektronik
2. Media bukan elektronik,
Hanapiah Sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu:
1. Bahan- bahan software
2. Bahan-bahan hardware
Menurut Atan Long (1982) lagi alat bantu mengajar terdiri daripada berbagai-
bagai bahan. Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan berbagai-bagat cara.
Umpamanya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, dalam bentuk
carta atau diletak pada slaid dan dipancarkan ke layar. Alat-alat penyampaiannya
dinamakan” alat bantu mengajar berdasarkan pendapat di atas, dapatlah dibahagikan
alat bantu mengajar ini kepada tiga peringkat, iaitu (Kamaruddin Hj. Hussin,1987):
1. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem
jalur-slaid, projektor (overhead), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam dan
lain-lain
2. Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, buku,
gambar carta model, surat khabar, papan tulis, kad imbasan dan lain-lain.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
3. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomim, lawatan,
projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.
2.3 Kepentingan Serta Tujuan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar
amat penting bagi pensyarah untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan
dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh
murid dengan bantuan alat bantu mengajar. Oleh itu, antara kepentingan alat bantu
mengajar dapat disenaraikan seperti berikut:
2.3.1 Penggunaan alat bantu mengajar dapat mengawal serta mengatasi masalah
kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.
2.3.2 Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
2.3.3 Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar.
2.3.4 Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang
diajar.
2.3.5 Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran.
2.3.6 Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap
pengajaran pensyarah.
2.3.7 Alat bantu mengajar menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan
kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai
gerak balas lisan daripada murid
2.3.8 Alat bantu mengajar membekalkan satu dasar untuk perkembangan
pembelajaran murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
2.3.9 Alat bantu mengajar menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih
mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.
2.3.10 Alat bantu mengajar menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan
pengajaran lebih menarik
2.3.11 Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
2.3.12 Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada pensyarah
mahupun pelajar.
2.3.13 Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan pensyarah dan
pelajar dengan pelajar.
2.3.14 Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa
yang singkat.
2.4 Pengaplikasian Alat Bantu Mengajar (ABM).
Setelah dibuat pemilihan terhadap jenis alat bantu mengajar. Pensyarah juga
harus mahir dan faham dalam penggunaan alat bantu mengajar tersebut. Untuk
keberkesanan aplikasi alat bantu mengajar terlebih dahulu pensyarah menekan perkara
berikut:-
2.4.1 Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh alat bantu mengajar itu
kepada pengajaran tertentu berhubung dengan objektif pengajaran yang
hendak diajar. Elakkan daripada menyedia alat bantu mengajar yang tidak
sesuai digunakan atau tidak dapat digunakan dengan berkesan.
2.4.2 Rancangkan bagaimana alat bantu mengajar itu dapat digabungkan
penggunaannya dalam pengajaran untuk menambah pengalaman
pembelajaran murid-murid.
2.4.3 Aturkan supaya alat-alat bantu mengajar itu dapat digunakan oleh murid
dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kelam kabut atau mengganggu
pengajaran.
2.4.4 Kaji maklumat daripada berbagai-bagat punca tentang cara penggunaan
sesuatu alat bantu mengajar untuk mendapat kesan yang memuaskan.
2.4.5 Nilaikan sumbangan alat bantu mengajar kepada pengajaran melalui
percubaan. Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian ini.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
2.5 Cara-Cara Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM)
Dalam zaman yang serba moden dan canggih sejajar dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa.
Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) juga berkembang dari menggunakan papan
tulis bertukar kepada yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik
dan sebagainya.
Di antara jenis alat bantu mengajar yang boleh digunakan adalah seperti Kad
Manila, Carta, Model, Projektor, Multimedia dan sebagainya. Alat dengar seperti radio,
pita rakaman adalah sesuai untuk pembelajaran yang berkehendakkan penguasaan
kemahiran yang tertentu seperti bacaan Al-Quran. Filem dan Televisyen sesuai
digunakan untuk sesuatu pemerhatian aspek-aspek khusus atau untuk tujuan
memperlihatkan tunjuk cara yang berhubung dengan penguasaan sesuatu aspek yang
tertentu seperti pergerakan amali dalam sembahyang.
Secara amnya, cara untuk menggunakan bahan bantu mengajar hendaklah
diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan
konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada
penyampaian pengajaran secara lisan oleh pensyarah, penggunaan bahan bantu
mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh
pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh,
dan deria pendengaran.
Dalam pembuatan pola pakaian Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
Pembaris merupakan salah satu alat pengukuran dan alat bantu pelajaran untuk
menggambar garis lurus. Terdapat berbagai macam pembaris, dari yang lurus sehingga
yang berbentuk segitiga. Pembaris dapat terbuat dari plastik, logam, berbentuk pita dan
sebagainya. Terdapat juga pembaris yang boleh dilipat
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Pembaris yang biasa digunakan dalam bidang fesyen dan pakaian ialah pembaris
lurus, sesiku L, pembaris lengkung, kayu meter dan pembaris skala 5. Pembaris ini
digunakan untuk menyediakan pola pakaian. Pembaris yang sesuai digunakan untuk
menyediakan pola ialah plastik jarang dan mudah dibengkokkan. Pembaris ini diperbuat
daripada plastik jarang memudahkan kita untuk melihat tanda-tanda pola seperti
lubang butang, kedudukan kocek dan lain-lain lagi.
Pembaris sesiku L adalah pembaris yang mempunyai sudut 90° yang biasanya
diperbuat daripada kayu atau plastik. Pembaris ini digunakan bagi mendapatkan sudut
yang tepat 90° sewaktu membuat pola. Garisan-garisan asas sangat mudah dihasilkan
dengan menggunakan pembaris ini. Pembaris ini boleh membuat pecahan-pecahan
ukuran yang tertentu seperti mendapatkan garisan lubang lengan dan leher baju dan
garisan cawat untuk seluar.
Pembaris lengkung diperbuat daripada kayu atau plastik. Ia berukuran 60
sentimeter panjang. Bentuknya yang melengkung ini membantu bagi membuat bentuk-
bentuk pola seperti pinggang, rusuk dan kelim seluar semasa menyediakan pola.
Manakala kayu meter digunakan untuk membuat garisan tegak yang panjang. Kayu
meter ini berukuran 1 meter panjang. Kayu meter yang paling baik diperbuat daripada
kayu hickory atau maple. Kayu meter ini mestilah licin dan rata di tepi-tepinya supaya
fabrik tidak tersangkut kepadanya.
Pembaris skala 5 adalah pembaris skala yang terdapat dalam dua jenis unit
ukuran iaitu metrik mewaliki millimeter, sentimeter, desimeter dan sebagainya.
Manakala imperial mewakili ukuran inci, kaki, paun, ela dan sebagainya. Terdapat
pelbagai jenis pembaris skala yang boleh diperolehi di pasaran. Bentuk pembaris skala
yang diguna untuk menyediakan pola adalah berbentuk sesiku L dan pembaris
lengkung. Pembaris ini diperbuat daripada plastik lembut. Pembaris skala 5 ini
digunakan untuk menyediaka pola skala 5.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
2.6 Pembaris skala 5 sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Pola skala 5 disediakan bagi memudahkan pelajar untuk membentangkan pola
pada fabrik dengan saiz yang lebih kecil. Penyediaan pola skala 5 ini adalah lebih rumit
berbanding dengan menyediakan pola saiz sebenar. Ia bertujuan bagi mendapatkan
ukuran sebenar berapa meter fabrik yang diperlukan bagi menghasilkan sesuatu
pakaian. Pola skala 5 ini boleh dibentang pada fabrik bidang 45 dan juga bidang 60.
Fabrik berbidang 45 adalah lebih kecil ukurannya berbanding fabrik berbidang 60.
Membentangkan pola pada fabrik bertujuan menjimatkan penggunaan fabrik bagi
menghasilkan pakaian.
Selain digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk
menyediakan pola skala 5, pembaris skala 5 ini juga digunakan untuk menghasilkan
lukisan teknikal pakaian. Namun begitu pembaris skala 5 ini hanya terdapat dalam
ukuran inci manakala pola asas badan dihasilkan menggunakan ukuran sentimeter. Oleh
itu untuk menghasilkan pola skala 5 adalah amat sukar bagi pelajar yang tidak mahir
matematik. Ukurannya juga tidak tepat seperti saiz pola sebenar. Pelajar terpaksa
menukar ukuran sentimeter kepada ukuran inci. Oleh yang demikian pelajar akan
mengambil masa yang lama untuk menghasilkan pola pakaian.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
3.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian Keberkesanan Penggunaan “1/5 Scale Pattern Block” Sebagai Alat
Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Program
Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam ini adalah berdasarkan kepada
kaedah kajian berbentuk kajian kes. Kajian Kes adalah kajian tentang sesuatu kes atau
beberapa kes yang berkaitan dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal,
projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas
analisis. Data kes termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan
pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang
digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen.
Bagi kajian yang sedang dijalankan, Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar
SMK 1 bagi Program Fesyen Dan Pakaian, Kolej Komuniti Bukit Mertajam bagi topik
‘Baju Kebaya Tradisional dan Kain Belah Selisih’. Kes yang dikaji adalah, di mana pelajar-
pelajar tidak mempunyai kemahiran dalam menghasilkan pola skala 5. Oleh itu,
beberapa kaedah pengumpulan data dilaksanakan untuk menghasilkan dapatan dan
cadangan penyelesaian bagi kajian yang sedang dijalankan.
3.1 Analisis – Melalui analisis yang dijalankan, penyelidik telah mengenalpasti beberapa
keperluan sebelum merekacipta dan menghasilkan pembaris “1/5 Scale Pattern
Block” ini. Penyelidik mengkaji pemasalahan timbul dalam pengajaran dan
pembelajaran SMK 1 ‘Pakaian Tradisional Wanita’ yang seterusnya mengenalpasti
pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Masalah utama ialah
pelajar tidak mahir menyediakan pola skala 5 menggunakan pembaris skala 5 kerana
ukuran dan saiznya yang lebih kecil. Masalah ini dikenalpasti sendiri oleh penyelidik
selaku penyarah utama bagi modul ini. Oleh yang demikian, penyelidik telah
menghasilkan satu reka bentuk pembaris skala 5 yang lebih mudah difahami dan
digunakan. Topik ‘Baju Kebaya Tradisional dan Kain Belah Selisih’ iaitu salah satu
Arena Pembelajaran yang terkandung dalam modul SMK 1 ‘Pakaian Tradisional
Wanita’ telah dipilih. Topik ini dipilih memandangkan pelajar agak sukar untuk
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
menghasilkan pola skala 5 kerana bentuk polanya yang sedikit rumit. Jika ukurannya
tidak tepat pelajar terpaksa menyediakan semula pola skala 5 tersebut.
3.2 Rekabentuk Model – Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, penyelidik telah
terpanggil untuk merekcipta satu model pembaris yang baru iaitu pembaris ‘1/5
Scale Pattern Block” . Lakaran awal model pembaris ini adalah menggunakan sistem
AutoCAD, berpandukan modul pola asas pakaian lakaran pola adalah mengikut saiz
sebenar dan kemudian pola tersebut dikecilkan kepada skala 5. Pola yang terdapat
pada pembaris ini adalah pola badan, lengan dan skirt. Pada pembaris ini juga turut
terdapat ukuran skala 5 dalam bentuk sentimeter. Garisan ira dan tanda lipatan juga
dimuatkan pada rekaan ini kerana kebiasaannya pelajar selalu lupa untuk
meletakkan garisan ira pada pola yang telah siap dihasilkan. Rajah dibawah adalah
lakaran rekaan model pembaris “1/5 Scale Pattern Block”.
Rajah 1: Lakaran pembaris “1/5 Scale Pattern Block” yang dihasilkan.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
3.3 Pembangunan rekaan – Pembangunan rekaan pembaris ini dilaksanakan setelah
semua proses analisis dan rekabentuk dilakukan. Pembaris ini dihasilkan dengan
menggunakan menggunakan plastik keras atau prospek sebagai material. Ia ringan
dan mudah untuk digunakan dan dibawa ke mana sahaja.
Rajah 2: Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” yang telah siap dihasilkan.
3.4 Pelaksanaan – Pembaris ‘1/5 Scale Pattern Block” ini boleh digunakan untuk
menghasilkan pelbagai bentuk pola pakaian. Oleh itu, topik ‘Baju Kebaya Tradisional
dan Kain Belah Selisih’ telah dipilih pembaris ini digunakan sebagai alat dan bahan
bantu pengajaran dan pembelajaran seperti yang ditunjukkan pada rajah di sebelah:-
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Rajah 3: Melakar pola badan Baju Kebaya Tradisional wanita menggunakan
pembaris “1/5 Scale Pattern block”.
Rajah 4: Teknik melakar lisu lengan menggunakan pembaris “1/5 Scale Pattern Block”.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Rajah 5: Melakar pola leher Baju Kebaya Tradisional.
Rajah 6: Lakaran Pola Kebaya Tradisional yang telah siap.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Rajah 7: Melakar pola badan belakang Baju Kebaya Tradisional menggunakan
pembaris “1/5 Scale Pattern Block”.
Rajah 8: Lakaran garisan pinggang Baju Kebaya Tradisional.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Rajah 9: Lakaran pola badan belakang yang hampir siap.
Rajah 10: Melakar pola lengan Baju Kebaya Tradisional menggunakan pembaris “1/5
Scale Pattern Block”
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Rajah 11: Pola lengan Baju Kebaya Tradisional yang hampir siap
Rajah 12: Lakaran Pola Kebaya Tradisional yang telah lengkap.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Rajah 13: Melakar pola kain hadapan Kain Belah Seiliih menggunakan pembaris ‘1/5
Scale Pattern Block”.
Rajah 14: Lakaran pola kain hadapan yang hampir siap.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Rajah 15: Lakaran pola kain hadapan Kain Belah Selisih yang telah siap
Rajah 15: Lakaran pola kain belakang Kain Belah Selisih menggunakan pembaris “1/5
Scale Pattern Block”
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Rajah 16: Lakaran pola kain belakang Kain Belah Selisih yang telah lengkap dihasilkan.
3.5 Penilaian – Penilaian telah dibuat dalam setiap aspek pembangunan rekaan ini bagi
memastikan kesesuaian dan keberkesanan model pembaris ini sebagai alat dan
bahan bantu pengajaran dan pembelajaran serta menepati keperluan pelajar.
Penilaian melibatkan proses mendapatkan maklum balas daripada pengguna
terhadap keberksanan penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai alat
dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran melalui soal selidik bagi memastikan
ia bersesuaian atau tidak. Bagi memastikan peniruan terhadap model pembaris ini,
penyelidik bercadang untuk mempatenkan rekabentuk pembaris ini dan
mempromosikan pembaris ini bukan sahaja untuk kegunaan pelajar dan pensyarah
Kolej Komuniti, malahan pelajar dan pensyarah universiti seluruh malaysia.
3.6 Sampel Kajian – Subjek kajian terdiri daripada pelajar Sijil Modular Kebangsaan
bagi Program Fesyen dan Pakaian yang mengikuti kursus SMK 1 ‘Pakaian Tradisional
Wanita’. Seramai 17 orang pelajar telah dipilih. Pelajar-pelajar yang terlibat
merupakan pelajar di tempat penyelidik bertugas.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
3.7 Instrumen Kajian
3.7.1 Borang soal selidik - Instrumen kajian yang digunakan adalah dalam bentuk
borang soal selidik. Responden perlu menjawab selepas selesai proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
3.7.2 Pemerhatian - Pemerhatian dilakukan terus semasa proses pembelajaran
berjalan. Penyelidik akan duduk bersama-sama pelajar dan memerhati reaksi dan
respon mereka semasa menggunakan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” untuk
menyediakan pola skala 5. Disamping itu, sesi soal jawab juga dijalankan dengan
beberapa orang palajar untuk mendapat respon pelajar.
3.8 Prosedur kajian – Beberapa langkah yang spesifik akan diadakan untuk
memastikan kesahihan soal selidik dibina:
3.8.1 Langkah 1
Mendapatkan komen daripada pensyarah-pensyarah fesyen secara tidak
formal. Komen-komen yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah ini akan
membantu pengubahsuaian soalan-soalan soal selidik.
3.8.2 Langkah 2
Seramai 17 orang pelajar SMK 1 ‘Pakaian Tradisional Wanita’ telah
berkumpul di dalam bengkel jahitan Adi Busana 1 untuk diberi keterangan
mengenai kajian yang akan dijalankan. Penerangan juga telah diberikan
mengenai borang soal selidik yang telah diedarkan kepada pelajar bagi
memastikan mereka memahami kehendak soalan-soalan tersebut.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Kemudian, para pelajar diberi peluang untuk menggunakan pembaris “1/5
Scale Pattern Block” bagi menyediakan pola skala 5 ‘Baju Kebaya Tradisional
Wanita dan Kain Belah Selisih’ sambil diperhatikan oleh penyelidik sendiri.
Setelah selesai, para pelajar ditemubual berdasarkan soalan yang telah dibina
terlebih dahulu untuk mengetahui pendapat mereka mengenai penggunaan
pembaris tersebut. Hasil soalselidik, temubual dan pemerhatian akan dikumpul
dan dianalisis oleh penyelidik untuk mendapatkan hasil kajian terhadap
pembaris “1/5 Scale Pattern Block” yang telah diperkenalkan.
3.9 Pengumpulan Data – Data kajian akan diketahui melalui pemerhatian sepanjang
penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” dan borang soal selidik (Rujuk
Lampiran 1) yang diedar dan diberikan oleh penyelidik kepada pelajar-pelajar yang
dipilih. Sebelum pelajar menjawab item soalan soal selidik, terlebih dahulu akan
diberi penerangan dan penjelasan bahawa jawapan mereka adalah sulit oleh itu
mereka dikehendaki menjawab dengan jujur.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
4.0 DAPATAN KAJIAN
Bagi kajian yang dijalankan, perbincangan dibuat dengan merujuk kepada
dapatan kajian yang sedia ada tentang teori behaviorisme yang telah mengemukakan
pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada kaum pensyarah. Sorotan kajian
ini diharap akan dapat membantu mencapai dapatan yang diperlukan untuk kajian
tentang Keberkesanan Penggunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” Sebagai Alat dan
Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk)
Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam.
Selain daripada itu, terdapat juga dapatan kajian dalam bentuk soalan kaji selidik
tentang beberapa soalan berkenaan dengan tahap minat pelajar dan keberkesanan
aplikasi pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai alat dan bahan bantu pengajaran
dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran yang sedang
dijalankan.
3.1 Penilaian Model Rekaan
Setelah proses pelaksanaan selesai, penilaian terhadap model pembaris “1/5
Scale Pattern Block” yang diperkenalkan telah dijalankan terhadap responden. Setiap
bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang dibina harus dinilai terlebih
dahulu untuk memastikan bahawa penggunaannya berkesan dan menepati objektif
penghasilannya (Jamaluddin, Baharuddin dan Zaidatun, 2001)
Penilaian yang dibuat pada bahagian ini bersifat sumatif. Ia merupakan
keseluruhan minat pelajar terhadap penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block”
untuk menyediakan pola skala 5. Penilaian sumatif ini adalah berdasarkan kriteria
dalam soal selidik yang telah ditetapkan dalam kaedah kajian. Soal selidik merupakan
kaedah yang berkesan dalam menyediakan maklumat dalam bentuk kuantitatif daripada
sesuatu kaji selidik umum, juga sebagai kesan daripada penggunaan pembaris “1/5
Scale Pattern Block” ini.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
3.2 Kriteria Penilaian Model
Beberapa kriteria yang perlu diambil kira bagi menghasilkan perisian yang
berkesan. Antara kriteria tersebut adalah penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern
Block” sebagai alat dan bahan bantu pembelajaran, mudah guna, strategi pembelajaran
dan juga masa yang diambil untuk menghasilkan pola.
3.3 Kumpulan Penilai
Penilaian ini telah dinilai oleh kumpulan penilai yang terdiri daripada pelajar
SMK 1 ‘Pakaian Tradisional Wanita’. Mereka akan belajar menggunakan dua kaedah
iaitu secara konvensional dan selepas itu menggunakan pembaris “1/5 Scale Pattern
Block”. Kumpulan ini kemudiannya akan diberi ujian pra dan pasca.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
3.4 Hasil Penilaian
Sila rujuk Jadual 1, Jadual 2 dan Jadual 3 untuk keputusan analisa
Skala Likert
1 Tidak
memuaskan
2 Memuaskan
3 Sederhana
4 Baik
5 Sangat Baik
JADUAL 1: ANALISIS SOAL SELIDIK YANG TELAH DIJAWAB OLEH RESPONDEN
Bil
Perkara 1 2 3 4 5
1 Kali pertama belajar menggunakan ”1/5 Scale Pattern
Block” 2 12 3
2 Penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block” adalah mudah 12 5
3 Aplikasi ”1/5 Scale Pattern Block” untuk menyediakan
pola lebih mudah dibandingkan dengan penggunaan
pembaris skala 5 yang sedia ada.
15 2
4 Penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block” lebih berkesan
dalam pembelajaran. 8 9
5 ukuran pola skala 5 baju kebaya tradisional lebih tepat
dengan penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block”. 1 7 9
6 Kaedah pembelajaran dalam menyiapkan tugasan lebih
pantas dari segi in put dan out put. 13 4
7 Semasa ketiadaan pensyarah aplikasi ”1/5 Scale Pattern
Block” dapat membantu pelajar. 9 8
8 Penjimatan masa yang optimum 11 6
9 Kos perbelanjaan tugasan dapat dikurangkan 11 6
10 Persediaan yang lebih awal sebelum kelas tamat. 9 8
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
JADUAL 2: PERATUS KEPUTUSAN RESPONDEN
SKALA 1 2 3 4 5
Tahap
Kepuasan
Tidak
Memuaskan
Memuaskan Sederhana Baik Sangat baik
Bil Perkara 1 2 3 4 5
1 Kali pertama belajar menggunakan ”1/5 Scale
Pattern Block” 11.8 70.6 17.6
2 Penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block” adalah
mudah 70.6 29.4
3 Aplikasi ”1/5 Scale Pattern Block” untuk
menyediakan pola lebih mudah dibandingkan
dengan penggunaan pembaris skala 5 yang sedia
ada.
88.2 11.8
4 Penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block” lebih
berkesan dalam pembelajaran. 47.1 52.9
5 ukuran pola skala 5 baju kebaya tradisional lebih
tepat dengan penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block”. 5.9 41.2 52.9
6 Kaedah pembelajaran dalam menyiapkan tugasan
lebih pantas dari segi in put dan out put. 76.5 23.5
7 Semasa ketiadaan pensyarah aplikasi ”1/5 Scale
Pattern Block” dapat membantu pelajar. 52.9 47.1
8 Penjimatan masa yang optimum 64.7 35.3
9 Kos perbelanjaan tugasan dapat dikurangkan 64.7 35.3
10 Persediaan yang lebih awal sebelum kelas tamat. 52.9 47.1
JADUAL 3: GRAF PERATUSAN KEPUTUSAN RESONDEN
RUMUSAN
Daripada hasil keputusan yang ditunjukkan pada jadual 3 jelas menunjukkan bahawa 88.2% pelajar bersetuju dengan aplikasi ”1/5 Scale
Pattern Block” untuk menyediakan pola lebih mudah dibandingkan dengan penggunaan pembaris skala 5 yang sedia ada.
11.8 5.9
70.6 70.6
88.2
47.1 41.2
76.5
52.9 64.7 64.7
52.9
17.6 29.4
11.8
52.9 52.9
23.5
47.1 35.3 35.3
47.1
Kal
i per
tam
a b
elaj
arm
engg
un
akan
"1
/5Sc
ale
Pat
tern
Blo
ck"
Pen
ggu
naa
n ”
1/5
Sc
ale
Pat
tern
Blo
ck”
ad
alah
mu
dah
.
Ap
lik
asi ”
1/5
Sca
le
Pat
tern
Blo
ck”
u
ntu
k m
eny
edia
kan
p
ola
leb
ih m
ud
ah
dib
and
ingk
an
den
gan
…
Pen
ggu
naa
n ”
1/5
Sc
ale
Pat
tern
Blo
ck”
le
bih
ber
kes
an
dal
am
pem
bel
ajar
an.
Uk
ura
n p
ola
sk
ala
5
baj
u k
ebay
a tr
adis
ion
al l
ebih
te
pat
den
gan
p
engg
un
aan
”1
/5
Scal
e P
atte
rn B
lock
”.
Kae
dah
pem
bel
ajar
an d
alam
men
yia
pk
antu
gasa
n le
bih
pan
tas
dar
i se
gi i
n p
ut
dan
ou
t p
ut.
Sem
asa
ket
iad
aan
p
ensy
arah
ap
lik
asi
”1/5
Sca
le P
atte
rn
Blo
ck”
dap
at
mem
ban
tu p
elaj
ar.
Pen
jim
atan
mas
ay
ang
op
tim
um
.
Ko
s p
erb
elan
jaan
tuga
san
dap
atd
iku
ran
gkan
.
Per
sed
iaan
yan
gle
bih
aw
al s
ebel
um
kel
as t
amat
.
PERATUSAN KEPUTUSAN RESPONDEN: KEBERKESANAN PENGGUNAAN “1/5 SCALE PATTERN BLOCK” SEBAGAI ALAT DAN BAHAN BANTU PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAGI SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) PROGRAM FESYEN DAN PAKAIAN KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM.
Tidak Memuaskan Memuaskan Sederhana Baik Sangat Baik
BORANG SOAL SELIDIK KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM
KEBERKESANAN PENGGUNAAN “1/5 SCALE PATTERN BLOCK” SEBAGAI ALAT DAN BAHAN BANTU
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) PROGRAM FESYEN
DAN PAKAIAN KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM.
A. PROFAIL RESPONDEN Sila tandakan (/) di petak berkenaan
1. Sesi pengajian :.................................................................
2. Jantina : ( ) Lelaki
( ) Perempuan
B. Sila tandakan ( / ) di petak berkenaan mengikut gred pemerhatian
SKALA 1 2 3 4 5 Tahap
Kepuasan Tidak
Memuaskan Memuaskan Sederhana Baik Sangat baik
Bil Perkara 1 2 3 4 5 1 Kali pertama belajar menggunakan ”1/5 Scale Pattern Block” 2 Penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block” adalah mudah 3 Aplikasi ”1/5 Scale Pattern Block” untuk memyediakan pola lebih
mudah dibandingkan dengan penggunaan pembaris skala 5 yang sedia ada.
4 Penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block” lebih berkesan dalam pembelajaran.
5 ukuran pola skala 5 baju kebaya tradisional lebih tepat dengan penggunaan ”1/5 Scale Pattern Block”.
6 Kaedah pembelajaran dalam menyiapkan tugasan lebih pantas dari segi in put dan out put.
7 Semasa ketiadaan pensyarah aplikasi ”1/5 Scale Pattern Block” dapat membantu pelajar.
8 Penjimatan masa yang optimum 9 Kos perbelanjaan tugasan dapat dikurangkan
10 Persediaan yang lebih awal sebelum kelas tamat.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
Senarai Nama Pelajar SMK 1 Kolej Komuniti Bukit Mertajam
BIL NAMA PELAJAR NO. PELAJAR
1. CHE MARIAM BINTI ISMAIL P21FP1120101
2. SHURAIYA BINTI JAMALUDIN P21FP1120102
3. NUR FATEN SHAHIRA BINTI AHMAD P21FP1120103
4. NURUL ATIQAH BINTI MANSHOR P21FP1120104
5. NORHASLIZA BINTI ABD WAHAB P21FP1120105
6. FATIN FAZILA BT ABD RAHIM P21FP1120106
7. NORFAZIHAH BINTI ABDULLAH P21FP1120107
8. IMANOORSHELA BINTI DESA P21FP1120108
9. NUR FARHANAH BINTI DESA P21FP1120109
10. NURADILAH BINTI MOHAMAD P21FP1120110
11. YASMIN BINTI ZULKAFLI P21FP1120111
12. NURNAZIRAH BINTI JAAFAR P21FP1120112
13. SITI FAIRUZ BINTI BASARUDDIN P21FP1120113
14. SITI SARAH BINTI SHUKRI P21FP1120114
15. NUR DIYANA NABILAH BINTI MOHD FAZAIL P21FP1120115
16. NOR AMANI BINTI ISMAIL P21FP1120116
17. NURUL WAHIDAH BINTI MOHD NOR P21FP1120117
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
4.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN
Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang pensyarah bukan sekadar
chalk and talk tapi lebih dari itu, seperti penggunaan alat bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar perlu dipelbagaikan
dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan,
menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran
yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya
penggunaan alat bantu mengajar kepada pensyarah-pensyarah dalam menyampaikan
pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang pensyarah harus mahir mengenal pasti,
membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar yang berkesan dan
mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika
dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar amat penting
kepada pensyarah bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan
pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.
Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Alat bantu mengajar memudahkan para
pensyarah memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu
interaksi sosial antara pensyarah dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pesyarah sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan
sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.
Oleh itu, diharapkan penggunaan pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai
salah satu alat dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran mampu mendorong
pelajar untuk menghasilkan pola asas skala 5 dengan lebih cepat dan tepat. Disamping
itu, pelajar dapat menjimatkan masa untuk menghasilkan pola skala 5 dan masalah
ketinggalan dalam pembelajaran juga dapat diatasi. Dengan adanya pembaris “1/5 Scale
Pattern Block” ini, pelajar yang lemah tidak lagi menghadapi masalah untuk
menyediakan pola skala 5 berulang kali kerana ukuran saiz pola yang tidak tepat.
Malahan kaedah pembelajaran dalam menyiapkan tugasan dapat dilaksanakan lebih
pantas dari segi in put dan out put.
Keberkesanan Pengunaan Pembaris “1/5 Scale Pattern Block” sebagai Alat dan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Sijil Modular Kebangsaan (Smk) Program Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Bukit Mertajam
BIBLIOGRAPHY
Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Atan Long. (1980). Prinsip-Prinsip Dalam Penciptaan Dan Penggunaan Bahan-
Bahan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Atan Long. (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan
Pedagogi Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd.
Abdul Ghani Bujang, (1986), Pengajaran Prinsip dan Amalan, Dewan Bahasa
dan Pustaka Brunei, Brunei.
Winifred Aldrich, (1975), Metric Pattern Cutting Third Edition, Blackwell Science
Ltd.
Mariam Abu Bakar, (2008), Panduan Membuat Pakaian, Panduan Praktikal
Langkah Demi Langkah Teknik Menjahit, Selangor Darul Ehsan, Alaf Dua
Puluh Satu Sdn. Bhd.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembaris/ 4.12pm / 2011-11-03
http://khairulameera.wordpress.com/kemahiran-pemilihan-dan-aplikasi-alat-
bantu-mengajar-abm/ / 1:59pm / 2011-11-04
http://journalarticle.ukm.my/2370/1/25.pdf / 4:28 pm/ 2011-11-04