Upload
vokhue
View
244
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK TERHADAP TAJUK IKATAN KIMIA DI DAERAH KUALA
TERENGGANU
NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK TERHADAP TAJUK IKATAN KIMIA DI DAERAH KUALA TERENGGANU
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya: NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: E-626 KG MERBAU PATAH, 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN
Nama Penyelia Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ……………………………………………………………
Nama Penyelia : TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN
Tarikh : 2 Mei 2008
KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK TERHADAP TAJUK IKATAN KIMIA DI DAERAH KUALA
TERENGGANU
NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD
Laporan projek ini dihasilkan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2008
ii
“Saya akui tesis ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
telah dijelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………….........
Nama penulis : NURFAZLINA BINTI AHMAD FUAD
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahbondaku yang tercinta,
Ahmad Fuad bin Md Idris dan Hindun binti Salleh.
Doa restu dan harapanmu menjadi sumber inspirasiku
dalam mengharungi perjuangan ini.
Jasamu tetap kukenang hingga ke akhir hayat.
Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan
di atas dorongan dan pengorbananmu sepanjang hayatku.
Khas buat adinda-adinda yang disayangi Muhammad Ridhwan dan Nursyahira.
Terima kasih di atas segala kasih sayang dan bantuan yang telah dicurahkan.
Buat pensyarah-pensyarah, guru-guru, serta teman seperjuangan terutamanya Nur
Laili, Siti Nadya dan Nor Ashikin yang sentiasa menyokong dan tidak jemu memberi
buah fikiran, ribuan terima kasih ku ucapkan di atas sumbangan kalian.
Buat teman teristimewaku
Doronganmu membakar semangatku
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang kalian berikan.
Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, saya telah dapat
menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) saya mengikut waktu yang telah
ditetapkan.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada Tn. Hj. Meor Ibrahim bin Kamaruddin, selaku penyelia PSM yang telah banyak
memeberi panduan, bimbingan, teguran dan nasihat tanpa mengenal erti jemu sepanjang
proses perlaksanaan projek ini.
Kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, guru-guru kimia, pelajar serta pihak pentadbir sekolah Menengah
Teknik Terengganu dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu di daerah Kuala
Terengganu, Terengganu amatlah dihargai.
Selain itu, ucapan terima kasih juga buat semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam mambantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana
Muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan
konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka
alternatif pelajar yang wujud. Seramai 225 orang pelajar tingkatan empat aliran sains
dari dua buah sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengganu, Terengganu
terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu
Bahagian A dan Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri
daripada latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 22 item yang
menguji konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual
dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar
ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian
Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar mengenai
konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa implikasi kajian
dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian lanjutan turut
dikemukakan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify the students’ understanding of
chemistry basic concepts for chemical bond topic. The research was designed to
identify the alternative frameworks of the students. 225 form four students from science
stream in two Technical Secondary Schools in Kuala Terengganu district, Terengganu
were involved as sample. Questionnaire which consisted of two parts, Section A and
Section B was used as the instrument. Section A consisted of student’s personal detail
while Section B consisted of 22 items on chemical bond concepts. All the data obtained
were analyzed manually and presented in frequency and percentage. The students’
mastery level is determined by using Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS).
The result of this research showed that the students’ understanding of the concepts
studies is very weak. Some implications and suggestions to improve the students’
understanding in chemical bond concept were discussed. Suggestions for further
research were given as well.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 6
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Kepentingan kajian 7
1.7 Batasan kajian 8
1.8 Definisi istilah 8
1.8.1 Konsep 8
1.8.2 Konsep kimia 9
viii
1.8.3 Kerangka alternatif 9
1.8.4 Tahap penguasaan 9
1.8.5 Pengajaran 10
1.8.6 Pembelajaran 10
1.8.7 Kefahaman 10
1.8.8 Sains 11
1.8.9 Kimia KBSM 11
1.8.10 Ikatan Kimia 11
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Konsep 13
2.3 Kerangka alternatif 15
2.3.1 Kerangka alternatif fenomenologi 16
2.3.2 Kerangka alternatif berdasarkan kosa kata 17
2.4 Mengubah kerangka alternatif pelajar 18
2.5 Teknik mengesan kerangka alternatif 20
2.5.1 Kaedah Penghasilan Soalan (Soal Selidik) 21
2.5.2 Kaedah Ramalan-Pemerhatian-Penjelasan
‘Predict-Observe-Explain’ (POE) 21
2.5.3 Kaedah Pemetaan Konsep 21
2.5.4 Kaedah Temubual mengenai Contoh dan
Kejadian 22
2.6 Kajian lepas berkaitan kerangka alternatif pelajar 22
2.7 Masalah penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan
Kimia 24
2.8 Penutup 27
ix
3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk kajian 28
3.3 Lokasi kajian 29
3.4 Populasi dan persampelan kajian 29
3.5 Kajian rintis 30
3.6 Instrumen kajian 31
3.7 Prosedur kajian 33
3.8 Analisis data 33
3.9 Penutup 35
4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis data dan perbincangan 36
4.2.1 Bahagian A: Latar belakang responden 37
4.2.2 Bahagian B: Tahap penguasaan pelajar
terhadap tajuk Ikatan Kimia 39
4.2.2.1 Analisis konsep pendefinisian
yang terlibat dalam Ikatan Kimia 40
4.2.2.2 Analisis konsep susunan elektron
bagi atom dan ion 45
4.2.2.3 Analisis konsep formula sebatian
ionik dan sebatian kovalen 46
4.2.2.4 Analisis konsep gambar rajah
susunan elektron sebatian ionik
dan sebatian kovalen 49
4.2.2.5 Analisis konsep pembentukan
ikatan kimia sebatian ionik
dan sebatian kovalen 54
4.3 Penutup 57
x
5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 58
5.1 Pengenalan 58
5.2 Rumusan 58
5.3 Implikasi Kajian 60
5.4 Cadangan 61
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.6 Penutup 63
RUJUKAN 64
Lampiran A-H 72-92
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Bilangan responden bagi setiap sekolah 30
3.2 Taburan item soal selidik 32
3.3 Peratus tahap penguasaan pelajar dan status
Penguasaannya 35
4.1 Taburan responden mengikut sekolah 37
4.2 Taburan responden mengikut gred Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dalam mata pelajaran
Sains 37
4.3 Taburan responden mengikut gred peperiksaan
pertengahan tahun mata pelajaran Kimia 38
4.4 Taburan responden mengikut tahap penguasaan
dalam tajuk Ikatan Kimia 39
4.5 Taburan responden mengikut tahap penguasaan
terhadap konsep dalam tajuk Ikatan Kimia 40
4.6 Taburan responden terhadap item 1 (a) 41
4.7 Taburan responden terhadap item 1 (b) 41
4.8 Taburan responden terhadap item 1 (c) 42
xii
4.9 Taburan responden terhadap item 1 (d) 43
4.10 Taburan responden terhadap item 1 (e) 44
4.11 Taburan responden terhadap item 2 (a) i-iv,
2 (b) i-ii, 3 (a) dan (b) 45
4.12 Taburan responden terhadap item 2c (ii) 46
4.13 Taburan responden terhadap item 2d (iii) 47
4.14 Taburan responden terhadap item 3 (c) 48
4.15 Taburan responden terhadap item 2c (iii) 49
4.16 Taburan responden terhadap item 2d (i) 50
4.17 Taburan responden terhadap item 3 (e) 52
4.18 Taburan responden terhadap item 2c (i) 54
4.19 Taburan responden terhadap item 2d (ii) 55
4.20 Taburan responden terhadap item 3 (d) 56
xiii
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PB - Pengajaran Bermodul
PKBS - Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
POE - Predict-Observe-Explain
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Penentuan saiz sampel bagi populasi yang
diberikan (Krejcie dan Morgan,1970) 72
B Penentuan saiz sampel bagi populasi yang
diberikan (Yamane, 1967) 73
C Pengesahan instrumen kajian 75
D Borang soal selidik pelajar 77
E Skema Jawapan 83
F Surat perakuan Fakulti, UTM 88
G Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), KPM 89
H Surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Terengganu 91
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mata pelajaran sains memperkenalkan sains sebagai satu bidang keilmuan
hasil daripada usaha manusia untuk memperolehi kefahaman mengenai peraturan dan
hukum alam. Tumpuan diberikan kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran
pemikiran saintifik serta penerapan nilai-nilai murni yang dapat menyumbang ke
arah menimbulkan kesedaran akan peranan dan tanggungjawab seseorang individu
dalam arus pembangunan dan pemodenan negara. Pelajar-pelajar juga didedahkan
kepada kefahaman mengenai aplikasi sains melalui teknologi dan pelbagai aktiviti
kehidupan dalam bidang pertanian, pengangkutan, perubatan, perindustrian dan
komunikasi untuk menimbulkan kesedaran terhadap sumbangan sains dan teknologi
dalam mempertingkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia.
Pelbagai usaha telah dilakukan ke arah tersebut tetapi malangnya pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran sains masih lagi rendah. Kebimbangan ini dinyatakan
oleh bekas Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu:
Pencapaian dalam usaha meningkatkan pendidikan sains di negara ini
masih jauh. Justeru itu, kita perlu mempunyai dasar strategik yang
menyeluruh untuk menjadikan mata pelajaran sains dan teknikal
sebagai mata pelajaran yang diminati.
( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996)
2
Oleh itu, sains memainkan peranan yang amat penting di dalam
merealisasikan matlamat ini. Persoalannya mengapa sains begitu penting di kaca
mata dunia? Ini adalah kerana sains merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang
menekankan kepada pembinaan konsep yang membolehkan pelajar memahami
sesuatu konsep dengan lebih bermakna dan dapat menjelaskan fenomena-fenomena
ini secara semulajadi dengan tepat dan selaras dengan konsep yang diajar. Tanpa
pembinaan konsep yang sebenar, perbincangan guru dan pelajar hanya terhad kepada
perolehan fakta dan penjelasan kajian secara tersendiri tanpa menyedari kewujudan
kerangka alternatif.
Kimia merupakan salah satu bidang ilmu sains yang menarik. Kimia banyak
menyumbang dan mempengaruhi kehidupan kita. Penghasilan dan penggunaan
kimia dalam kehidupan seharian banyak membawa kesan, sama ada secara langsung
atau tidak langsung, kepada masyarakat dan alam sekitar (Abu Hassan, 2003). Kimia
juga merupakan salah satu bidang dalam sains yang mengkaji mengenai bagaimana
perpaduan antara bahan-bahan kimia itu berlaku dan juga kelakuan mereka di bawah
pelbagai keadaan. Selain itu, ia juga merangkumi fakta, konsep, prinsip, teori, dan
hukum kimia serta hubungkaitnya dengan fenomena alam (Yew dan Sulaiman,
1997). Kebanyakan bidang seperti pemakanan, perubatan dan pertanian serta
industri pembuatan dan bahan menggunakan ilmu kimia sebagai nadi penggerak.
Justeru itu, kimia perlu dikuasai pelajar supaya mereka dapat menangani perubahan
yang berlaku dalam kehidupan yang semakin berteraskan kepada sains dan teknologi,
seterusnya memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi demi
meningkatkan kehidupan manusia sejagat.
Walaupun demikian, menurut laporan prestasi SPM 1993 menunjukkan
masih ramai pelajar aliran sains yang belum menguasai sepenuhnya konsep-konsep
sains yang telah mereka pelajari di peringkat PMR. Perkara itu telah dinyatakan
seperti berikut:
Ramai di kalangan pelajar tidak dapat menjelaskan beberapa konsep
sains yang penting. Ada yang keliru dengan konsep sains sehingga
3
saling dicampur adukkan setengah-setengah fakta nampaknya telah
dihafal oleh calon.
(Majlis Peperiksaan Malaysia 1993)
Daripada kenyataan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar
yang tidak dapat menguasai konsep sains telah cuba menghafal fakta-fakta yang
berkaitan. Walaupun begitu, menghafal fakta jelas tidak dapat membantu jika
konsep yang ada pada calon adalah tidak tepat. Perkara yang amat mengecewakan
apabila setiap kali diumumkan keputusan peperiksaan khususnya peperiksaan SPM
dalam mata pelajaran kimia, prestasi pelajar tidak menepati kehendak guru yang
bertungkus lumus untuk mengajar pelajar dengan menggunakan pelbagai teknik
pengajaran yang terkini. Salah satu faktor yang menyumbang permasalahan ini
adalah disebabkan kerangka alternatif pelajar dalam pemahaman sesuatu konsep
ikatan kimia. Hasil kajian oleh Bloom (1976), menyatakan masalah dalam
pembelajaran sains ini berpunca daripada kesukaran mata pelajaran itu sendiri,
kekurangan pengetahuan asas dan kelemahan pengetahuan mengenai konsep.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa mata pelajaran sains, khususnya
Kimia sebagai salah satu subjek yang paling sukar difahami oleh pelajar (Ben-Zvi et
al., 1988)
1.2 Latar belakang masalah
Mempelajari sains adalah sukar kerana pelajar-pelajar telah mempunyai atau
membentuk teori-teori mereka sendiri mengenai apa yang mereka lihat atau alami
sebelum mereka mempelajari sains secara formal. Oleh itu berlakunya konflik dalam
pembelajaran sains ini bukanlah suatu perkara luar biasa kerana pelajar-pelajar telah
mempelajari banyak konsep sains melalui rangsangan awal yang diterimanya dari
interaksi dengan alam (Fellow, 1994).
4
Sebenarnya masalah kesukaran mempelajari konsep-konsep dalam sains
memang dialami oleh kebanyakan pelajar. Interpretasi-interpretasi pelajar tentang
fenomena yang diperhatikan adalah berbeza dengan signifikan daripada idea-idea
yang sebenarnya ingin disampaikan oleh guru. Malangnya kelemahan pelajar dalam
pengkonsepan yang salah seringkali tidak disedari oleh guru. Ini menyebabkan
usaha untuk membetulkannya tidak dapat dilakukan.
Akibat daripada tekanan untuk mengejar silibus agar dapat ditamatkan
secepat mungkin guru kurang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka
sendiri pembelajaran mereka. Ini adalah disebabkan oleh kegagalan guru itu sendiri
kerana tidak menghayati Falsafah Pendidikan Sains yang mengutarakan kaedah
inkuiri penemuan (Abu Hassan, 2001).
Pembelajaran seseorang bergantung kepada pengalaman, kebolehan
kecerdasan dan sikap masing-masing. Perbezaan ini sangat mempengaruhi cara
seseorang mempelajari, mentafsir, menganalisis dan memahami sesuatu dan
mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz et al., 1995). Oleh itu, pengenalan
terhadap teori, prinsip dan konsep bagi sesuatu topik perlulah dipelajari terlebih
dahulu. Prestasi yang baik sukar dicapai jika penekanan terhadap perhubungan
konsep-konsep kimia kurang diberikan terutamanya bagi pelajar yang mengambil
mata pelajaran kimia.
Kajian yang dilakukan ke arah mempertingkatkan kemahiran kognitif di
kalangan pelajar telah menemui kewujudan penghalang bagi menguasai sesuatu
konsep yang dikenali sebagai kerangka alternatif (Anderson, 1990). Selain itu,
dapatan kajian yang meluas tentang bagaimana pelajar belajar sains menunjukkan
mereka mempunyai idea yang pelbagai tentang sesuatu konsep (Sepia et al., 2003).
Menurut Poh (1994), konsep sains adalah idea abstrak yang digeneralisasikan dengan
fakta-fakta atau pengalaman yang spesifik.
Kerangka alternatif adalah merujuk kepada pengetahuan yang diperoleh oleh
seseorang pelajar tentang fenomena alam melalui pengalaman sehariannya. Dengan
5
kata lain, pembentukan konsep berlaku di dalam fikiran pelajar adalah berbeza
dengan hasrat yang ingin dicapai oleh gurunya. Hasil kajian menunjukkan idea yang
dibawa bersama pelajar ke bilik darjah sains tidak selaras dengan pandangan saintis
walaupun idea tersebut dianggap rasional oleh pelajar (Sepia et al., 2003). Tambah
mereka lagi, istilah kerangka alternatif telah dipilih untuk melambangkan dan
memberikan pengiktirafan terhadap idea yang pelajar gunakan bagi memberi
kefahaman tentang objek serta fenomena di sekeliling mereka. Idea-idea yang
terdapat pada pelajar tetapi tidak selari dengan idea sains telah diberikan dalam
pelbagai nama seperti prekonsepsi, idea, tanggapan, kepercayaan, intuisi, intuitif,
teori mini, sains kanak-kanak, salah konsepsi, kerangka alternatif, konsep alternatif
dan sebagainya (Abimbiola, 1989). Kesemua istilah ini membawa maksud pelajar
mempunyai tanggapan yang tidak selaras dengan pandangan sains.
Halangan utama kepada pengajaran dan pembelajaran sains adalah
disebabkan oleh pelajar yang sukar menguasai konsep sains sehingga mereka tidak
mampu menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan. Semasa mempelajari sains,
dalam kebanyakan hal pelajar sentiasa membina idea mereka sendiri yang kadang-
kala agak berbeza dengan definisi sains (Mohd Yusof dan Tang, 1999). Konsep
yang tidak dapat dijelaskan dengan baik seringkali disalahtafsirkan oleh pelajar
menyebabkan mereka gagal menyelesaikan masalah berkaitan dengan konsep
tersebut (Aziz dan Hasnah, 1990). Kegagalan pelajar dalam memahami konsep
kimia akan menyebabkan mereka bosan dan berpencapaian rendah.
Kelemahan konsep-konsep asas adalah penting dan merupakan jalan
permulaan berterusan sesuatu pelajaran yang berkaitan. Hasil kajian oleh Mohd
Yusof dan Aziz (1987) mendapati bahawa penguasaan konsep asas kimia pada setiap
peringkat tertentu dalam penyelesaian masalah adalah perlu. Dalam proses
pengajaran, penyelesaian masalah pula perlu diberi penekanan kepada sesuatu
konsep dan latihan yang melibatkan perkaitan antara konsep. Hasil kajian oleh
Sawrey (1990) pula mendapati bahawa jika seseorang pelajar itu tidak memahami
sesuatu konsep yang diajar, walaupun soalan yang sama diberikan beberapa kali
jawapan yang diberikan itu tetap sama walaupun ianya salah. Selain itu, mata
6
pelajaran kimia yang terdiri daripada konsep-konsep yang abstrak di mana ini akan
memerlukan asas kognitif yang tinggi (Piaget, 1975).
Tajuk Ikatan Kimia merupakan tajuk yang kelima dalam sukatan mata
pelajaran Kimia (KBSM) Tingkatan 4. Tajuk Ikatan Kimia ini seringkali disoal
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kebelakangan ini. Oleh itu, kajian
dilakukan untuk melihat apakah kelemahan dan masalah yang sering dihadapi oleh
pelajar tingkatan 4 dalam mempelajari tajuk Ikatan Kimia.
1.3 Pernyataan masalah
Banyak penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa mata pelajaran
kimia adalah antara mata pelajaran yang paling sukar untuk dipelajari. Ini
disebabkan oleh kandungan mata pelajaran ini yang terdiri daripada konsep yang
abstrak dan sukar difahami serta perkaitan konsep yang rumit (Aziz, 1989).
Pengetahuan yang sedia ada pada pelajar tentang fenomena alam hasil daripada
pemerhatian, pengalaman dan interaksi dengan ahli keluarga, rakan sebaya atau
daripada buku, televisyen dan alam sekitar diperolehi secara tidak formal. Idea-idea
ini serta bahasa yang mereka gunakan untuk menghasilkannya biasanya berbeza
dengan pengetahuan saintifik. Idea-idea yang berbeza ini dikenali dengan istilah
kerangka alternatif, prakonsepsi, miskonsepsi, konsepsi naïf, konsepsi alternatif, dan
sebagainya (Patricia, 1987). Perselisihan idea ini boleh mengganggu dan
mengelirukan pelajar terhadap pembelajaran kimia. Menurut teori perkembangan
kognitif Piaget (Poh, 2003) bahawa setiap pelajar mempunyai skima sedia ada
(kerangka alternatif) berdasarkan pengalaman inteleknya. Pembelajaran yang
berjaya adalah hasil penstrukturan semula kerangka alternatifnya kepada satu
penemuan baru. Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengenal pasti kefahaman dalam
tajuk Ikatan Kimia di kalangan pelajar tingkatan empat aliran sains sekolah
menengah teknik di daerah Kuala Terengganu.
7
1.4 Objektif kajian
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk:
i. Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia.
ii. Mengenal pasti masalah penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini akan menjawab persoalan berikut:
i. Apakah tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia?
ii. Apakah masalah penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia?
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini dijalankan supaya dapat mengesan kerangka alternatif yang
dialami oleh pelajar dalam tajuk Ikatan Kimia. Penguasaan pelajar terhadap konsep
kimia adalah amat penting untuk menceburi bidang kimia di peringkat yang lebih
tinggi. Masalah akan timbul sekiranya konsep-konsep yang difahami pelajar
mengandungi kerangka alternatif atau miskonsepsi iaitu bercanggah dengan
penjelasan saintifik. Kerangka alternatif ini menjadi penghalang dan menyukarkan
pelajar bagi memahami konsep yang diajar dalam kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran sains berlangsung. Malah salah satu masalah besar yang sukar diatasi
dalam pengajaran konsep sains adalah memisahkan ataupun mengubah pandangan
ataupun pegangan asal pelajar pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat
diterima oleh komuniti sains. Oleh itu, guru memainkan peranan dalam melahirkan
pelajar-pelajar yang mempunyai penguasaan konsep kimia yang cemerlang. Jika
guru gagal memainkan peranan, maka tiadalah generasi yang akan menaikkan nama