8
Bahaya Gejala Rasuah Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang kian pesat . Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah Negara maju. Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi

Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi

Bahaya Gejala Rasuah

Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah

negara dan

rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua

sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud

sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan

biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang

berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima

sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh

masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah

tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak

terkecuali dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa,

kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana

pertumbuhan ekonomi yang kian pesat .

Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan

memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga

akan turut

menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang

mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan

menjadikan Malaysia sebuah Negara maju. Gejala ini akan menjejaskan

keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan

keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga

tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati

dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain

pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga

diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan

dan peraturan yang telah ditetapkan . kegiatan rasuah akan melumpuhkan

fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada

sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada

Page 2: Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi

sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara

bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada.

Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap

cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana

setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir

daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap

sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan

wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh

segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah

ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-

kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan

ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya

rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah

negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan

kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan

rasuah yang tidak terbendung.

Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan

perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti

diabaikan. Rasuah

dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan

perundangan/ legislatif

merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem

pengadilan pula

mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran

awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum,

rasuah mengikis

kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan

sumber

daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana

Page 3: Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi

prestasiKeseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat

terhadap sistem-sistemyang ada. Rasuah juga merosakkan keadilan sosial

dan kesaksamaan ekonomi. Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila

kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini

diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan

meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja

perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta

risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa

rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan

terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi

kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak

peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan

dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang

mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan

syarikat/industri yang tidak berdaya maju.

Di samping itu juga, rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam

apabila

perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang

sememangnya banyak,

naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan

awam

(mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut

(selepas menerima

peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya),

walaupun

sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang

berlaku.

Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek

tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan

sektor awam dan

Page 4: Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi

infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang

hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan.

Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah

negara

Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang

berbentuk

"penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke

luar negara,

bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa

ramai.diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan

diktator di Asia,seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada

setiap biaya atau keuntunganprojek), namun lebih memberikan perhatian

dalam pelaburan dalaman, seperti dalamprojek prasarana, kewangan,

perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyatjelata Indonesia).

Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun1970

hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah

sekitar US$187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-

negara tersebut (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi

tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca

lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang

berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan

terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan

melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di

seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar" "Rasuah politik" berlaku

di banyak negara dan mengancam jutaan manusia.

Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan

pelbagai faedahistimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan

rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus memainkan

peranan melindungi syarikat/perusahaan tertentu (lazimnya entiti yang

Page 5: Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi

besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan yang lebih kecil

yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yang telah

menaja kempen-kempen politiknya sahaja.

Tuntasnya, rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan

perkembangan

ekonomi dan merencatkan perjalanannya. Rasuah memberi kesan yang

sangat dahsyat bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga

kepada masyarakat dan negara

tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang

kronik dan rumit untuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk

Ahmad Zaki, SPRM memerlukan kaki tangan yang lebih ramai lagi utnuk

membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa

sekarang sahaja seorang pegawai SPRM terpaksa mengendalikan 13 kes

dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan

pihgak SPRM. Manakala hal sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju

yang mana seorang pegawai hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes

setahun.

Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh mestilah

dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan

mengenakan

tindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut

tugas untuk

mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap

aspek

ekonomi, politik mahupun social hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak

BPR sahaja.Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara

sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan segera.

Penenman nilai-nilai murni dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya

dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya

Page 6: Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi

untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbrntuk luaran sahaja bahkan

juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama.

Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa

kesempitan

hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan

kemiskinan

dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah

lagi dalam era yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi

semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan

gejala tidak sihat ini. Baja-baja

keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada

menjauhkan diri

daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada

rakyat tidak

dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang

mengimpunkan para

cerdik pandai, para ulama’ dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai SPRM

dan pihak

berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan

mahasiswa

harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian

yang segera.