31
KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM P&P BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TMK DAN CARA MENGATASINYA Tajuk Projek : Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun 1990-an. Dalam era globalisasi ini, TMK merupakan satu alat yang mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan cara tradisonal kepada satu kaedah yang lebih kompeten, fleksibel dan efektif. Kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada TMK seperti pembelajaran secara atas talian, sidang video dan sebagainya dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Salah satu cara pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu berbantukan komputer adalah dengan menggunakan aplikasi secara dalam talian dan di luar talian. Tugasan: Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mendatangkan manfaat dan impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan teknologi ini. Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya. APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PELAKSANAAN P&P BAHASA MELAYU MELALUI TMK DAN CARA-CARA MENGATASINYA. Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini kerana mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Namun begitu guru Bahasa Melayu menghadapi beberapa masalah dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran menggunakan komputer . Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Encik Yahya Othman,Phd dan .En Roslan Baki Phd dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, UPM menunjukkan guru menguasai konsep pengajaran bahasa

Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam p&p Bahasa Melayu Menggunakan Tmk Dan Cara Mengatasinya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM P&P BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TMK DAN CARA MENGATASINYA

Citation preview

KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM P&P BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN TMK DAN CARA MENGATASINYA

Tajuk Projek: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bidang pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun 1990-an. Dalam era globalisasi ini, TMK merupakan satu alat yang mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan cara tradisonal kepada satu kaedah yang lebih kompeten, fleksibel dan efektif. Kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada TMK seperti pembelajaran secara atas talian, sidang video dan sebagainya dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Salah satu cara pelaksanaan pengajaran bahasa Melayu berbantukan komputer adalah dengan menggunakan aplikasi secara dalam talian dan di luar talian. Tugasan:Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mendatangkan manfaat dan impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan teknologi ini. Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya.APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: KEKANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PELAKSANAAN P&P BAHASA MELAYU MELALUI TMK DAN CARA-CARA MENGATASINYA.Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini kerana mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Namun begitu guru Bahasa Melayu menghadapi beberapa masalah dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran menggunakan komputer . Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Encik Yahya Othman,Phd dan .En Roslan Baki Phd dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, UPM menunjukkan guru menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Namun begitu kursus yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agakpositif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Namun kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran manakala pelajar pula kurang berminat dalam pembelajaran.PENGENALANDalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, terdapat beberapa isuyang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Pengajaran menjadi tidak berkesan kerana kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer.. Inilah kekangan yang paling ketara.Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah . Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna.Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai. Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.Konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK)Sebagai guru BM, kita sepatutnya memahami konsep penggunaan komputer d idalam bilik darjah. Antara beberapa kelebihannya: Pelajar boleh mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa kehadiran guru. Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa) dengan menggunakan komputer. Pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Pengajaran bahasa menggunakan projektor LCD sebagai alat bantu mengajar. Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word) Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer. Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dimana pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer dengan bantuan guru. Selain itu pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran.Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru ialah pelajar menggunakanenjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan internet yang banyak memberikan maklumat kepada pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Konsep yang dianggap kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer . Ini kerana tiada guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah pembelajaran.Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Tahap penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah rendah kerana guru tidak selesa mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari segi perisian pengajaran pula terlalu sedikit pengetahuan tentang penggunaannya.Manakala dari segi penggunaan internet, terlalu banyak kekanganketika melayarinya, dan ini mengakibatkan mereka kurang menggunakan bahan tersebut di dalam pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang menggunakan internet dengan masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah.Aspek minat juga mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Guru berminat menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakannya. Mereka juga kurang berpeluang untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilanbahan perisian komputer.Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad kepada kemahiran membaca sahaja dan tidak begitu sesuai dalam mengajarkan karangan .Dalam hal ini, untukmendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer .Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran, kebanyakan guru tidak menguasainya dengan baik.Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran . Di samping itu, terdapat kecenderungan menggunakan komputer hanyauntuk urusan berkaitan pengurusan sahaja.Tahap Penguasaan Penggunaan KomputerAplikasi komputer yang paling dikuasai oleh guru ialah Microsoft Word. Manakala kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel ,Microsoft power point , Internet dan microsoft Access sahaja. Bagi kemahiran multimedia dan pembinaan laman dianggap penguasaan yang lemah. Ini menggambarkan guru tidak menguasai aspek yang dianggap penting terutama yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran yang memerlukan penggunaan elemen multimedia. Pembinaan laman web yang dianggap kurang memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran juga perlu diberikan perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar berfikiran lebih kreatif lagi.Kesan aplikasi komputer terhadap pelajarWalau bagaimanapun, pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya . Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar .Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputer Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalammengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Gurujuga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi .Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah . Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain. Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.Cadangan untuk mengatasi masalahTerdapat beberapa cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah dalammeningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM seperti : Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD. Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini. Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran. Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada pentadbir. Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer. Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.RUMUSANIsu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan:Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM .Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM.Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif kerana penggunaan komputerdapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. P enggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk .Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran .Walaupundemikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif menggalakkanpenggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian. Sekiranya semua kekangan atau masalah tersebut diatasi dengan segera sudah pasti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik dan akan lebih efisien.RUJUKANA.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, .KERJA KURSUS BMM 3105PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTERPelbagai perubahan dan inovasi telah tercipta dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini membawa suatu anjakan besar dalam pendidikan negara kita. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan perubahan dalam bidang pendidikan terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan meluas kini.Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki mentelaah, mengumpul dan menghasilkan bahan maklumat dalam bentuk penulisan artikel yang berformatkan kertas kerja seminar mengikut topik-topik berikut :i) Pengenalanii) Tinjauan Literaturiii) Metodologi Kajianiv) Analisis Datav) Rumusan, Perbincangan dan CadanganABSTRAKAPLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYUMAT ASLI BIN LEMBUTABSTRAKPengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Justeru, kajian ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan TMK . Penggunaan TMK dalam Pembelajaran merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru. Penggunaan computer dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid sehinggakan mereka mampu menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan computer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.. KATA KUNCI : perisian, komunikasi, teknologi, kekangan, penguasaanI. PENGENALANMatlamat kerajaan menyasarkan Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan di Malaysia sebagai satu bidang yang amat penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu dan tempat melahir generasi masa hadapan. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang yang serius terhadap profesion perguruan. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan kea rah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, krestif dan inovatif. Sehubungan itu, murid yang terlibat dalam pembelajaran mereka perlu menguasai kemahiran dalam mengaplikasikan penggunaan komputer dalam kehidupan seharian. Semenjak teknologi komputer menjadi pemangkin dalam pelbagai bidang di dunia, usaha badan pelaksanan bahasa dan ahli bahasa tidak mahu ketinggalan di belakang dalam memanfaatkan teknologi moden ini bagi memasyarakat bahasa dalam Teknologi Bahasa Manusia. Begitu juga dalam bidang pendidikan di Malaysia, Pihak berwajib telah melancarkan pelbagai dasar dan program bagi meningkatkan penguasaan warga pendidikan sama ada guru, kakitangan dan murid bagi menguasai ledakan teknologi agar tidak ketinggalan. Contohnya, pihak kerajaan telah melancarkan satu program literasi komputer yang bermatlamat mendedahkan murid-murid kepada pengetahuan asas computer. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer telah mula dilaksanankan mulai tahun 1992 sebagai projek perintis bagi murid tahun 4, 5, dan 6. A. LATAR BELAKANG KAJIAN Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Antaranya keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah.Pengajaran Bahasa melayu juga tidak terkecuali daripada pengaruh TMK, walaupun pelajaran Bahasa Melayu hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran. Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran Bahasa Melayu tercapai. Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer, tahap penguasaan komputer, kursus yang dihadiri, masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya.B. DEFINISIAPLIKASI TMK (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU)Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), mentakrifkan aplikasi sebagai kegunaan: iaitu mengaplikasikan, menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pada amalan. TMK pula diringkaskan daripada perkataan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan dalam huruf ringkas ICT pula adalah singkatan daripada Information and Communication Tecnology. Berdasarkan Kamus Dewan (Edisi 4) TMK bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui teknologi computer dan telee-komunikasi.TEKNOLOGIDalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), Teknologi membawa maksud ,(tknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg ber-kaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masya-rakat ~ tinggi.MAKLUMATMaklumat merujuk kepada makluman, pemberitahuan, keterangan, butir-butir, dan pengetahuan. KOMUNIKASIMenurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) mentakrifkan komunikasi sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan. Manakala Kamus Komputer memberi takrifan maklumat sebagai, 1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara peranti .3. OBJEKTIF KAJIAN1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer.2. Mengkaji tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.3. Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu.4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan computer dalam pengajaran.4. METODOLOGI KAJIAN4.1 Metodologi KajianKajian dilaksanakan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sebanyak 20 guru Bahasa Melayu dan 40 murid dijadikan sampel kajian ini yang meliputi guru Bahasa Melayu yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Petani. Sampel kajian ini telah dipilih secara rawak. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data berkaitan penggunaan dan penguasaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Item dalam soal selidik meliputi pandangan terhadap pengajaran bahasa berbantukan komputer, latihan dan tahap penguasaan, pelaksanaan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa pelajar, kekangan dalam pelaksanaan dan cara mengatasi masalah tersebut. 4.2 Dapatan Kajiana. Konsep Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)Sebagai guru Bahasa Melayu yang telah diberi latihan oleh pihak kementerian bagi menguasai pelbagai kemahiran, sepatutnya telah sedia memahami konsep penggunaan komputer di dalam bilik darjah. Berdasarkan dapatan kajian, didapati sampel kajian menunjukkan pemahaman yang pelbagai terhadap konsep PBBK. Berikut adalah maklumat yang diperoleh berdasarkan kajian yang telah dijalankan.Pernyataan %Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengankehadiran guru bersama-sama 51.7Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpakehadiran guru 18.4Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa)dengan menggunakan komputer 32.2Pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencarifakta ketika menulis karangan 40.2Pengajaran bahasa apabila guru menggunakan projektor LCDsebagai alat bantu mengajar dalam sebahagian dari pengajarannya 39.1Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat denganmenggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word) 28.7Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisianpembelajaran yang terdapat di dalam CD 44.8Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauhmenggunakan komputer. 10.2Berdasarkan dapatan di atas, didapati pemahaman sampel kajian terhadap PBBK adalah pelbagai. Kepelbagaian ini banyak dipengaruhi oleh faktor pendedahan, peluang dan komitmen yang ditunjukkan dalam pelaksanaan pengajaran. Kebanyakan sampel kajian menyatakan bahawa konsep PBBK adalah pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan kehadiran guru bersama-sama (51.7%). Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dengan pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer. Pelajar akan menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru. Bagi konsep yang kedua tertinggi dari segi peratus (44.8%) menyatakan pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran. Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru (40.2%) ialah pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan internet yang banyak memberikan maklumat kepada pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Bagi pilihan keempat, sampel memilih konsep PBBK sebagai pengajaran bahasa yang menggunakanprojektor LCD sebagai alat bantu mengajar (39.1%). Bahan bantu mengajar jenis elektronik dikaitkan dengan PBBK kerana keperluannya dalam pengajaran tersebut. Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Konsep yang dianggapkurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer (17.2%). Ini kerana diandaikan sampel kajian tidak mengambil kira aspek pembelajaran jarak jauh sebagai menepati konsep PBBK kerana tiada guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah pembelajaran.b. Penggunaan komputer dalam pengajaran BMSampel kajian juga menyatakan pandangan guru terhadap penggunaan komputer di dalam pengajaran BM. Dapatan kajian dinyatakan seperti jadual 2 di bawah.Data Penggunaan komputer dalam pengajaran BM Saya pernah menggunakan komputer dalam pengajaran BM 56%Saya hanya mahir menggunakan powerpoint dalam mengajarkan BM menggunakan komputer. 60%Saya merasa selesa jika mengajarkan BMdengan bantuan komputer. 64%Saya mampu menggunakan internet dalam P&P 64%Saya suka menggunakan bahan internet dalamP&P BM. 57%Saya berminat menggunakan komputer dalampengajaran BM. 73%Saya berminat untuk mengajarkan BMmenggunakan komputer, tetapi saya tidakmempunyai banyak masa untuk menyediakanbahan pengajaran. 35%Saya berminat untuk mempelajari kemahiranmenghasilkan bahan pembelajaran menggunakanperisian mudah bagi BM. 65%Berdasarkan dapatan kajian, tahap penggunaan komputer dalam pengajaran bagi sampel kajian adalah rendah (56%7). Sampel kajian juga menyatakan mereka tidak selesa (35%) jika mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari segi perisian pengajaran pula, mereka tidak bersetuju jika dikatakan hanya menguasai penggunaan powerpoint dalam pengajaran. Ini disebabkan dari segi penguasaan perisian, sampel kajian menguasai (36%) pada tahap baik dan (54 %) pada tahap sederhana. Manakala dari segi penggunaan internet, sampel kajian mengakui mereka kurang mampu dan ini mengakibatkan mereka kurang menggunakan bahan tersebut di dalam pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang menggunakan internet dengan masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah. Aspek minat mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Dapatan menunjukkan kebanyakan sampel kajian berminat yang sederhana untuk mengajarkan BM menggunakan komputer tetapi mereka tetapi mempunyai banyak masa untuk menyediakannya. Mereka juga memiliki minat yang sederhana untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan bahan perisian komputer.c. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.Berdasarkan sampel kajian, didapati kebanyakannya bersetuju bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Manakala mereka berpendapat penggunaan komputer dalam mengajarkan karangan tidak begitu sesuai. Dalam hal ini, untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer. Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran, kebanyakan sampel kajian tidak menguasainya dengan baik. Contohnya dalam penguasaan authorware, toolbook, wallwisher dan Kidblog sebagai platform pengajaran bahasa menjadi lebih menarik dan berkesan. Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran. Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sampel kajian ialah mereka hanya akan menggunakan komputer apabila diminta berbuat. Di samping itu, terdapat kecenderungan menggunakan komputer lebih tertumpu dalam bidang berkaitan pengurusan.d. Tahap penguasaan komputerKesemua sampel telah pernah mengikuti kursus berkaitan komputer. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, kesemua sampel kajian telah menerima latihan komputer terutama dalam kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran ataupun Pejabat Pendidikan Daerah.Data Tentang Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer guru dalam peratus. Baik Sederhana LemahMicrosoft Word 72 24 4 Microsoft Excel 35 60 5 Microsoft Access 10 60 30Microsoft power point 36 45 19 Multimedia 15 40 45 Pembinaan Laman web 10 34 56Internet 27 50 33Aplikasi komputer yang paling dikuasai oleh sampel kajian ialah Microsoft Word tahap baik : 72%). Kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel tahap baik: 35%), Microsoft power point ( tahap baik: 36%), Internet (; tahap baik: 27), Microsoft Access (tahap baik: 10%). Bagi kemahiran multimedia ( tahap lemah: 49%) dan pembinaan laman web (tahap lemah: 56%) dianggap penguasaan yang lemah. Ini menggambarkan sampel kajian tidak menguasai aspek yang dianggap penting terutama yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran yang memerlukan penggunaan elemen multimedia. Pembinaan laman web yang dianggap kurang memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran juga perlu diberikan perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar berfikiran lebih kreatif lagi.e. Kesan aplikasi komputer terhadap penguasaan bahasa pelajarDapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dapat menambahkan minat pelajar terhadap BM. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan computer. Dapatan juga menunjukkan penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran.f. Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputerDapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Masih terdapat guru yang kurang mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu ditumpukan dalam menyediakan bahan pembelajaran. Di samping itu, murid juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi . Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru Bahasa Melayu yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian. Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.g. Cadangan untuk mengatasi masalahTerdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh sampel kajian untuk mengatasi masalah dalam meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Kebanyakannya bersetuju dengan cadangan untuk mengatasi masalah seperti mewujudkan jaringan sediakan peruntukan, prasana yang cukup, kumpulan pembinaan bahan, dorongan dan pendedahan perlu diberikan kepada warga guru. Cadangan untuk mengatasi masalah tersebut ialah perlu diwujudkan kerjasama antara pihak sekolah dengan Pejabat Pelajaran Daerah serta perlu disediakan peruntukan yang sesuai bagi menyediakan teknologi komputer terkini. Di samping itu, perlu diwujudkan prasarana TMK yang sesuai untuk pembelajaran murid. Pihak pengurusan pendidikan perlu mengadakan kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada pihak pentadbir sama ada di peringkat sekolah mahupun daerah. Murid juga perlu diberi dorongan agar meminati penggunaan computer, di samping parra guru diberi pendededahan terkini secukupnya tentang aplikasi komputer. 5. RUMUSAN DAN CADANGANIsu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut, Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agarmemberikan kesan yang optimum kepada pelajar.Walaupun Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan computer dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran serta perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian lain di mana kebijakan guru memilih kaedah TMK yang sesuai bagi menepati objektif dan konteks pengajaran, mengubah suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran yang sesuai bagi memastikan penglibatan murid dalam pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan computer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu. Hasil kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Justeru itu, dalam hal membuat perancangan, dan persediaan pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada aplikasi TMK dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu juga perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Di samping itu, perhatian juga perlu diberi kepada aspek integrasi Bahasa melayu dengan mata pelajaran yang lain mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk. TMK merupakan penemuan dan inovasi yang dicipta dan dikembangkan bijak pandai dari dunia Barat. Bagi mengembangkan ilmu TMK ini, Bahasa melayu wajarlah digunakan seluas-luasnya. Menurut Nik Safiah (1999), apabila TMK dikembangkan dalam Bahasa Inggeris, maka istilah-istilah yang digunakan itu perlu disesuai dan diselarikan dengan bahasa rasmi dan utama di negara yang tidak menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka. Sebagai contoh di Malaysia oleh kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, maka Bahasa Inggeris perlu dibuat penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan Bahasa Melayu menjadi selari dengan Bahasa Inggeris. Yang dimaksudkan di sini ialah walaupun Bahasa Inggeris bermula dan kekal sebagai satu bahasa penting dalam dunia teknologi maklumat, namun ada ruang bagi penggunaan Bahasa Melayu mengikut keperluan masyarakat dan negara Malaysia. Perspektif demikianlah yang digunakan apabila melihat persoalan kedudukan dan peranan Bahasa Melayu dalam konteks kemajuan pembelajaran Bahasa Melayu sebagaimana yang dirancangkan di negara ini.Sebenarnya tidak ada masalah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa TMK dalam pembelajaran Bahasa Melayu di negara kita. Kata-kata yang menyatakan bahawa apabila Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam teknologi maklumat, maka Bahasa Melayu akan diketepikan fungsinya hanyalah satu andaian yang salah dan kurang tepat. Terdapat satu unsur prejudis dan berniat jahat sesetengah pihak yang cuba ingin menghuru-harakan khalayak penutur Bahasa Melayu bahawa apabila Bahasa inggeris mengambii alih fungsi dalam penggunaan teknologi maklumat, maka Bahasa Melayu akan diketepikan sama sekali fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa teknologi maklumat. Dalam hal ini, Nik Safiah (1999), dengan tegas dan yakin bahawa tidak ada situasi 'kalah-menang' dalam isu bahasa dalam TMK di Malaysia.Dengan bahasa yang lebih mudah, penggunaan Bahasa Inggeris tidak akan mengganggu gugatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahkan bahasa TMK sekalipun.Tidak sekali-kali penggunaan Bahasa Melayu dalam dunia TMK membawa erti Bahasa Inggeris tidak lagi boleh digunakan. Sikap yang sihat perlu diwujudkan dalam memahami peranan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di era teknologi maklumat. Orang yang begitu kagum dengan Bahasa Inggeris jangan cepat membuat kesimpulan yang salah. Semua rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam konteks dunia ilmu dan arena antarabangsa. Oleh itu, tidak ada yang mahu menolak langsung Bahasa Inggeris, apatah lagi dalam dunia TMK ini. Ini menjelaskan kepada kita bahawa Bahasa Inggeris tidak mengancam kedudukan dan kedaulatan Bahasa Melayu, sebaliknya memperkaya lagi istilah tatabahasa Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK seperti mana terbitnya Kamus Komputer oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1995. Kesimpulannya, Bahasa Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian. 6. PENUTUPKesimpulannya, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid. Di samping itu, TMK juga mampu menarik minat dan memotivasi murid untuk belajar bahasa dengan pelbagai variasi yang direncanakan oleh para guru bahasa dengan hasrat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam bahasa. Murid akan teruja untuk meneroka dengan menggunakan perisian computer secara kendiri. TMK akan dijadikan medium utama oleh murid dalam mengakses maklumat semasa proses pembelajaran mereka. Dalam suasana yang penuh mencabar pada masa kini, telah menjadi tanggungjawab atas para guru bahasa untuk mendaulatkan bahasa melayu serta merealisasikan hasrat pihak kerajaan mengangkat martabat profesioan pendidikan Malaysia ke pentas dunia. Penguasaan guru bahasa seharusnya melangkaui pelbagai bidang seperti bidang sosial, budaya, psikologi, dan pedagogi. Bukan hanya aspek selok belok bahasa sahaja yang perlu dikuasai oleh guru bahasa malah aspek-aspek bukan bahasa juga perlu dikuasai oleh mereka. Semuanya terkandung dalam aspek penggabungjalinan antara aspke bahasa dan kemahiran keseluruhan yang perlu dikuasai. Kajian selanjutnya perlu dilakukan pada masa hadapan berkaitan aplikasi TMK dalam pengajaran bahasa kerana pihak guru perlu memastikan aspek dan aras yang betul ketika melaksanakan pengajaran agar sesuai dengan aras kemampuan murid. Diharap kajian sebegini akan dilakukan dengan lebih kerap oleh pihak berkaitan dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan di negara ini. Kemudahan sedia ada perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh para pendidik semasa melaksanakan pengajaran. 7. REFLEKSI KENDIRI Bersyukur saya ke hhadrat kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat memberikan petunjuk dan kekuatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan bagi Kertas BMM 3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dalam masa yang ditetapkan. Pengalaman sepanjang proses menyiapkan tugasan ini amat berguna kepada saya dalam usaha meningkatkan ilmu dalam dunia pendidikan masa kini. Sepanjang tempoh tugasan ini, amat banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya peroleh. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Muhammad Khairi Bin Mohamed Nor, Pensyarah BMM 3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diperbincangkan semasa interaksi berlangsung dapatlah saya jadikan panduan untuk saya siapkan tugasan ini sebaik mungkin. Terlalu banyak rintangan dan dugaan terpaksa saya tempuhi. Buku-buku lama saya selak helai demi helai mencari bahan yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Masa yang terluang pasti internet dilayari. Mencari sumber untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi penghasilan tugasan ini. Akhir kata, saya merakamkan sekalung penghargaan kepada individu-individu yang turut terlibat secara langsung atau tidak langsung yang turut membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Mudah-mudahan segala sumbangan mendapa Khamis, 15 September 2011

TAJUK 1

PengenalanDi internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya.

Cara mendapatkan maklumatI. Mengenalpasti tajuk.II. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.III. Memilih enjin pencarian yang tepat.IV. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)V. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Enjin PencariI. GoogleII. MSNIII. Yahoo

Enjin pencari biasa dilihat pada: Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home) Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find) Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog

Alamat InternetBagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:

I. www.google.com II. www.yahoo.com.my

Pemilihan kata kunciKata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; nota + Bahasa + Melayu. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda sebagai contoh nota Bahasa Melayu. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.

Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internetFail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.

Dicatat oleh raziahpgsr2009 di 9:56 PG 0 ulasan TAJUK 2

Pengenalan

Penggunaan internet sebagai salah satu cara mengumpulkan bahan merupakan satu cara yang telah diguna pakai oleh ramai orang. Pelbagai maklumat telah dimuat naik di internet bagi memudahkan penggunaannya. Penggunaan ini telah memberi pelbagai kemudahan kepada semua pihak.Maklumat yang pelbagai ini harus diurus dengan baik agar dapat digunakan dengan mudah.

Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teksMaklumat yang telah dikumpul haruslah dikategorikan. Pengkategorian ini memudahkan pencarian dan penggunaan bahan yang telah dikumpul.

Antara kategori yang boleh dibuat ialah: i. Laguii. Videoiii. Teksiv. PDFv. Gambarvi. Permainan

Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasaPengumpulan bahan kebiasaannya bertujuan untuk mengadakan sesuatu pengajaran. Setiap pengajaran haruslah berteraskan kepada 4 kemahiran bahasa iaitu:i. Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)ii. Kemahuran membacaiii. Kemahiran Menulis

Dicatat oleh raziahpgsr2009 di 9:53 PG 0 ulasan TAJUK 3

PengenalanEtika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internetGaris panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etikai. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputerii. Memahami prinsip etika komputeriii. Memahami etika professional Teknologi Maklumativ. Mengetahui fungsi kod etika profesionalv. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etikai. Keseimbangan kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukanii. Keizinan termaklum Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapiiii. Keadilan Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adiliv. Meminimumkan risiko TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko

Rukun Etikai. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuriv. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesionali. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi. iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.iv. Bersikap adil dan tidak menindas.v. Menghormati hak cipta orang lain.vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point

BrosurBrosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

Power PointPerisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.

Dicatat oleh raziahpgsr2009 di 9:51 PG 0 ulasan TAJUK 4

PengenalanMemandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan-bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan yang tidak sesuai.

Kemahiran dalam Bahasa MelayuSebelum mendapatkan bahan di internet, guru perlu mengetahui beberapa kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu bagi memudahkan pencarian bahan. Kesinambungan ini perlu supaya pengajaran menjadi lebih berkesan, menarik dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran.I.Kemahiran berbahasaII.Kemahiran Bernilai TambahIII.Kemahiran TMKIV.Kemahiran BerfikirV.Kemahiran masa DepanVI.Kemahiran KontekstualVII.Kemahiran Belajar Cara Belajar

Faktor pemilihan bahan di interneti. Sumber Jumlah bahan sumber yang terlalu banyakii. Bebas Kebebasan menerbitkan bahan sumber di internetiii. Kesahan Bahan tidak memerlukan pengesahan

Kepentingan selepas memilih bahan internetSelepas memilih bahan di internet, guru perlu mengambil beberapa langkah yang penting sebelum mengambil bahan untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.i. URL Guru perlu mendapatkan URL bahan supaya mudah mendapatkansumber rujukan bahan.ii. Isi Menentukan kewajaran dan kesahan isi bahan yang didapatkan sebelum digunakan.iii. Semak Guru meyemak ejaan dan kesalahan yang perlu dibetulkan.

Memilih bahan sasteraBahan sastera merupakan bahan yang sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi mendapatkan proses P&P yang berkesan, guru perlulah memilih bahan-bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran umur murid-murid mereka. Kriteria-kriteria tertentu perlulah diambil kira agar guru tidak tersalah memilih bahan yang ingin digunakan.

Jenis-jenis sasteraPantunSajakSelokaGurindamCerita PendekSyair

Memilih bahan tatabahasaBahan tatabahasa sebenarnya sering digunakan oleh guru untuk menjalankan latihan pengajaran. Kebiasaannya murid-murid sudah menguasai atau mengetahui bab yang dipelajari sebelum diberikan latihan tatabahasa ini. Hal ini kerana, pengajaran langsung daripada guru berkaitan tatabahasa lebih berkesan.

Jenis-jenis bahan tatabahasaSenarai dibawah merupakan beberapa contoh jenis bahan tatabahasai. Kata Namaii. Kata Kerjaiii. Kata Tugasiv. Kata Sendi Namav. Peribahasavi. Simpulan Bahasa

Memilih bahan bidang ilmu lainMerujuk sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain. Namun, pemilihan bahan ini haruslah berkaitan atau berkesinambungan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

Jenis bidang ilmu lainI.Ilmu AgamaII.Ilmu SainsIII.Ilmu MatematikIV.Ilmu SejarahV.Ilmu Kajian GeografiVI.Ilmu Semasa

Dicatat oleh raziahpgsr2009 di 9:50 PG 0 ulasan Catatan Lama

Langgan: Catatan (Atom)