21
Kelab Sukan Professional

Kelab sukan professional

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kelab sukan professional

Kelab Sukan Professional

Page 2: Kelab sukan professional

Sukan professional

Sukan pesertanya mendapat bayaran untuk bermain disebabkan prestasinya

Ia bertentangan dengan sukan amatur.Professionalisme telah meningkat melaluii. Perkembangan media massaii. Pertambahan kelapangan masa masyarakat Kedua-dua faktor ini telah menghasilkan

penonton yang lebih ramai yang membolehkan persatuan sukan atau kelab mendapatkan tajaan yang lebih besar.

Page 3: Kelab sukan professional

Kesan:1. Lebih ramai ahli sukan berupaya menjadikan

bersukan sebagai kerjaya.

2. Mengekalkan status masyhur.

Kebaikan:

1. Meningkatkan tahap kecekapan sukan tersebut.

2. Meningkatkan kepopularan sesetengah sukan.

3. Mengasingkan peserta amatur daripada sukan professional.

Page 4: Kelab sukan professional

Kelab badminton Nusa Mahsuri Ia merupakan sebuah kelab badminton pertama yang

ditubuhkan di Malaysia.

Visi dan objektif:

a. Ia bertujuan untuk menjadi pusat atau akademi badminton professional dalam me berlatih pemain-pemain baik dari dalam mahupun luar negara sebagai pemain badminton bertaraf dunia.

b. Sebagai pusat latihan di kalangan pemain-pemain professional

c. Sebagai perunding kepada mana-mana kelab,sekolah,universiti atau pertubuhan sukan yang memerlukan khidmat runding.

Page 5: Kelab sukan professional

d.Sebagai penyambung wadah dalam pencungkilan bakat-bakat baru selain menyumbang sesuatu dalam membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke arah pembangunan badminton itu sendiri atas semangat jati diri dan daya juang memartabatkan imej badminton

e.Kelab ini telah,sedang dan akan membuat pelbagai program dalam menyemarakkan minat serta pendedahan terhadap kaedah permainan badminton yang betul sehingga ke peringkat akar umbi.

Page 6: Kelab sukan professional

Kelab sukan ragbi

• Kelab ini telah ditubuhkan atas usaha pemuda-pemuda di dalam Pemuda IKS.

• Idea dan konsep kelab ini adalah hasil cetusanoleh Saudara Shahir Omar (Hans),yang merupakan Pengerusi Biro Pendidikan &LatihanPemuda IKS.

• Sukan regbi kebiasaannya popular di peringkatsekolah dan universiti.

• Setelah tamat pengajian,kebanyakan pemainragbi jarang meneruskan tradisi sukain ini.

Kelab Sukan Ragbi

Page 7: Kelab sukan professional

• Anak-anak zaman muda hari ini juga lebih gemarbermain futsal dan badminton.

• Ini mungkin disebabkan oleh kemudahan yang disediakan (fasiliti,lokasi) untuk sukan-sukan ini.

• Saudara Hans berpendapat bahawa tidak salahuntuk mewujudkan kembali budaya bermainragbi di kalangan pemuda hari ini,

• Tujuan:I. Ia boleh menjadi satu aktiviti sukan alternatif

selain futsal dan badminton.II. Budaya bersukan sebegini dapat mengelakkan

anak-anak muda daripada terjebak dengangejala-gejala tidak sihat.

Page 8: Kelab sukan professional

Kelab olahraga professional• Bekas pelari 400 meter kebangsaan,Nordin Jadi pernah

menang pingat emas 400 meter Sukan SEA yang kinimerupakan pengarah urusan kelab sukan Nordin JadiAhletic Club (NJAC) berkata,olahraga seumpama itu mampumengembalikan era kegemilangan sukan olahraga negara.

• Beliau sendiri menubuhkan kelab olahraga ketika dihantarberlatih di Jerman dan Amerika Syarikat.

• Beliau mahu lebih banyak kelab olahraga professional ditubuhkan di negara ini.

• Tujuan: Ia menjadi saluran untuk dapat mencungkil bakat baru

untuk diketengahkan di dalam sukan olahraga. Ia juga mengelak kita daripada terlalu bergantung kepada

sekolah-sekolah.

Kelab Olahraga Profesional

Page 9: Kelab sukan professional

• Menurut Nordin,kelab olahraga yang diuruskan secara professional tumbuh bakcendawan di negara-negara terbabit dantahap persaingan antara kelab-kelabberkenaan adalah amat tinggi.

• Beliau yang pernah mewakili negara padaSukan Olimpik 1984 di Los Angeles berkata,diEropah dan Amerika Syarikat kelab-kelabolahraga merupakan kilang dalammenghasilkan atlet berprestasi tinggi bagimewakili negara.

Page 10: Kelab sukan professional

• Ia telah ditubuhkan awal 2007 dan menjalani latihan harian diPusatAkuatik Darul Ehsan,Shah Alam.

• Kelab sukan air ini merupakan salah satu kelab yang berdaftar.• Perenang-perenang kelab ini terdiri daripada perenang-perenang

muda dari umur lingkungan 5-16 tahun.• Perenang-perenang ini telah menunjukkan bakat mereka dengan

menyertai beberapa kejohanan yang dianjurkan oleh PersatuanRenang Amatur Selangor dan juga Persatuan Renang AmaturMalaysia (ASUM).

• Perenang-perenang juga dilatih oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah dari peringkat awal hinggalah peringkat dimanaperenang-perenang boleh memasuki mana-mana pertandinganyang dianjurkan oleh mana-mana badan sukan.

Kelab Renang Ombak(ASUM)

Page 11: Kelab sukan professional

• Berenang dapat membina keyakinan diri di samping mempelajariteknik-teknik keselamatan ketika berada di dalam air.

• “Mari Belajar Berenang” merupakan satu program yang dijalankanuntuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa berenangadalah salah satu asas keselamatan yang penting di dalam keluarga.

• Setiap perenang baru dikehendaki bermula dari tahap permulaankecuali mereka yang telah diuji oleh jurulatih-jurulatih untukdiserapkan ke tahap seterusnya.

• Perenang-perenang dikehendaki menghabiskan tahap 1-3 denganmempelajari asas gaya bebas,kuak lentang,kuak kupu-kupu dankuak dada.

• Setelah selesai tahap-tahap ini,perenang-perenang (kanak-kanak&remaja) akan diberi peluang untuk mangembangkan minatmereka dengan menyertai program lanjutan seterusnya.

Program:

Page 12: Kelab sukan professional

Peralatan/pakaian

• Para perenang dikehendaki menyediakan pakaianrenang yang selesa/sesuai,peralatan renangseperti goggles renang,topi renang (bagi yagberambut panjang) dan juga kickboard.Peralatan-peralatan ini diperlukan untuk kelas permulaan-lanjutan.

• Sekiranya perenang ingin meneruskan cabaran keperingkat seterusnya selepas melepasi ketiga-tigatahap,peralatan tambahan diperlukan seperti fins (kaki itik),pullbouy dan hand paddle.

Page 13: Kelab sukan professional

• Pusat Akuatin Darul Ehsan (PADE) sebuah pusatakuatik antarabangsa yang mempunyai kolamrenang bersaiz olimpik dan juga mempunyaikolam untuk kanak-kanak.Para perenang diperingkat pelapis dan pertandingan akanmenjalani latihan renang di pusat.

• Kolam Renang Pandamaran merupakan sebuahkolam renang yang bersaiz sederhana dandigunakan untuk perenang diperingkatpermulaan.

Kemudahan renang

Page 14: Kelab sukan professional

Mengilat bakat perenang-perenang muda untukke peringkat yang lebih baik.

Menanam sikap tanggungjawab,bekerjasama dandisiplin diri.

Mengukuhkan jalinan kekeluargaan di kalanganperenang dan juga ibu bapa

Penjagaan kesihatan yang sihatSemangat kesukanan dalam menyahut cabaran

demi memajukan sukan renang.Mengukuhkan jati diri dan keyakinan.

Objektif:

Page 15: Kelab sukan professional

Pengenalan: Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telah mendapat

persetujuan daripada Golden BoBowwl Mahkota Parade dan juga Plaza Bowling Centre untuk mengadakansebarang aktiviti pertandingan dan juga latihan bowling dari semasa ke semasa dengan harga yang telahditetapkan oleh Pengurusan Mahkota Parade,PlazaBowling Centre dan juga Kelab Bowling Kolej YayasanMelaka.

Pihak pengurusan Golden Bowl dan juga Plaza Bowling Centre serta Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telahmenetapkan dan bersetuju dengan bayaran untuk ahli-ahlikelab untuk bermain dengan harga yang rendah bagi satupermainan (1 game) kepada pelajar-pelajar,pensyarah danjuga kakitangan Kolej Yayasan Melaka.

Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka

Page 16: Kelab sukan professional

• Di samping itu,juga kepada warga pelajar,kakitangan danpensyarah Kolej Yayasan Melaka,mereka akan mendapatbanyak keistimewaan sekiranya menjadi ahli kelab ini.

• Mereka akan menjalani latihan setiap minggu denganbayaran sewaan yang berpatutan dan latihan yang berjadual.

• Mendapat potongan harga bagi setiap pertandingantertutup bagi setiap perlawanan “Champion’s of the month” dan juga “Bowler’s of the month.”Selain daripadasijil dan juga kad keahlian.

• Di samping itu,juga kepada warga pelajar,kakitangan danpensyarah,mereka boleh menjalani latihan bowling di Plaza Bowling Centre pada setiap hari Sabtu dengan menyertaiahli kelab bowling Kolej Yayasan Melaka dengan bayaranpendaftaran RM16.00 dan juga bayaran latihan RM5.00 untuk 3jam sekali latihan.

Page 17: Kelab sukan professional

Sejarah

• Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telah ditubuhkan pada tahun2001 oleh Mohd Khairul Izwan B Selamat selaku Penasihat danPenyelaras Kelab Bowling dan ditubuhkan di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Kolej Yayasan Melaka.

Majlis perasmian serta pembukaan kelab bowling ini telahdirasmikan oleh yang berbahagia Dr Hamzaid B Hj Yahya , KetuaEksekutif Kolej Melaka dan Tn Hj Hanafiah B Hj Abdullah selakuPengurus Kegiatan Pelajar / Rakan Muda.

Majlis perasmian tersebut di adakan di Golden Bowl MahkotaParade pada 11 September 2001 dengan mengadakan perlawananuntuk pertama kalinya iaitu perlawanan tertutup First Strike Bowling Tournament dengan di sertai hampir 200 orang pelajar dankakitangan Kolej Yayasan Melaka.

Page 18: Kelab sukan professional

Objektif:

• Untuk mempromosikan Kelab Bowling Kolej YayasanMelaka kepada semua pelajar,kakitangan dan pensyarahKolej Yayasan Melaka serta juga masyarakat semua.

• Melahirkan pelajar,kakitangan dan juga pensyarah yang berbakat untuk diketengahkan menjadi pemain bowling yang berstatus professional.

• Melahirkan pelajar-pelajar, kakitangan dan pensyarah yang sihat dalam menceburi bidang sukan atau riadah bagimembentuk generasi yang sihat dan berwawasan tinggi.

• Menghubungkan tali silatulrahim di kalangan ahlikelab,pelajar,kakitangan,dan juga pensyarah Kolej YayasanMelaka .Selain menengahkan sukan bowling sebagai satusukan yang sihat,elit dan professional.

Page 19: Kelab sukan professional

Kelab futsal Putrajaya

Ditubuhkan pada bulan Oktober 2008Oleh Saudara Rusmizi Majid dan rakan-rakan dari presint

9.

Objektif diletakkan di bawahKumpulan Yayasan:

lebih banyak aktiviti diselaraskan.Dilaksanakan dengan lebih teratur.

Page 20: Kelab sukan professional

• Program pertama yang dianjurkan oleh KelabFutsal Putrajaya adalah Pertandingan FutsalTertutup Piala Y.B. Datuk Seri Tengku AdnanTengku Mansor dan dijadualkan akandilaksanakan pada 8 Februari 2009 diGelanggang Futsal Kelab Komuniti Cyberjaya.

• Bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada 10 malam, acara penyampaian piala pusinganpertandingan ini dijangka akandisempurnakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Page 21: Kelab sukan professional

• Dianggarkan jumlah kehadiran pemain dan penontonadalah sekitar 700 orang dan dilaporkan bahawa tiadasebarang insiden pergaduhan di sepanjang tempohpertandingan. Setiap perlawanan berlangsung dengan licintanpa banyak pertikaian daripada sebarang pasukan.

• Sebanyak 56 pasukan mengambil bahagian dalampertandingan yang dijalankan secara kumpulan dalampusingan pertama seterusnya secara kalah mati dalampusingan kedua. Pertandingan ini telah bermula seawal 9 pagi dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan

• Johan bagi pertandingan ini telah menerima Piala PusinganY.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, medal danhadiah wang tunai sebanyak RM 1,000. Bagi naib johan, tempat ketiga dan keempat, setiap pasukan menerimamedal dan wang tunai sebanyak RM 700 bagi naib johan, RM 500 bagi tempat ketiga dan RM 300 bagi tempatkeempat.