12
KELEBIHAN SURAH YUSUF AYAT 4 Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4 Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja. “Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii SajidinBermaksud: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…” Khasiat ayat ini : 1 - Manis dipandang orang. 2 - Wajah menjadi berseri-seri. 3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja. Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

HAYATI BERSAMA

Citation preview

Page 1: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

KELEBIHAN SURAH YUSUF AYAT 4

Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja.

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”Bermaksud:Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Khasiat ayat ini :1 - Manis dipandang orang.2 - Wajah menjadi berseri-seri.3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

“Wa-alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”Bermaksud:“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)Caranya:

Page 2: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Cara mengamalkannya :   1. Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.

2. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda. 

3. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh. 

4. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.

Pssst.....*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.

AMALAN ZIKIR UNTUK AWET MUDA, CANTIK BERSERI DAN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.

Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

CARA 1

Dilakukan selepas solat Isyak

· ambil air segelas

· baca al-Fatihah sekali

· Ayatul Qursi sekali

Page 3: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

· Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

· Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.

Surah al-waqiah ayat 35 -38

35 Inna ansha/nahunna inshaan

36 FajaAAalnahunna abkaran

37 AAuruban atraban

38 Li-as-habi alyameeni

[35]

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

[36]

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

[37]

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

[38]

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

CARA 2

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

· Baca ” Ya Badiyah ” 1 x

· Baca ” Ya Nur ” 1x

· Baca ” Ya Hadi ” 1 x

· Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

CARA 3

Page 4: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

· Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.

· Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Ada diceritakan dalam Al-Quran melalui maksud surah Al-Mulk tetapi diterjemahkan daripada "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dengan Surah Al-Mulk..Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal..sebelum sempat menyoal, surah Al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "Ya ahlul kitab..aku kenal kamu..kamu Al-Mulk..kenapa kamu datang ke sini?"

Seraya Al-Mulk menjawab "Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku..Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini."

Malaikat menjawab, "Wahai Al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami."

Lantas Surah Al-Mulk datang kepada Allah. "Wahai Allah..aku adalah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (Al-Mulk) dari Al-Quran MU.."

Maka Allah memberi keizinan kepada Al-Mulk..terus

Page 5: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

Al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia. Al-Mulk menjerit dengan gerunnya, "Ya malaikat! Pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (Malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akn menjaga manusia ini sehingga kiamat. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dlm kubur. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak."

*Nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal Surah Al-Mulk akan terhindar daripa siksa kubur..wallahualam...

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.”

Page 6: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

[1]Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang

menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; 

[2]Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -

untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa

(membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang

Page 7: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

yang bertaubat); [3]

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah

Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah

pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? 

[4]Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa

(daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). 

[5]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan

Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka

yang menjulang-julang. [6]

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk

tempat kembali. [7]

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. 

[8]Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya.

Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada

mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?" 

[9]Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan

serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul)

hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! " [10]

Page 8: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah

kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". [11]

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah

dari ahli neraka. [12]

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka

tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. 

[13]Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan

nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang

terkandung di dalam dada. [14]

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan

PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! [15]

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah

dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup

semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). 

[16]Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang

pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta

(melenyapkan kamu di bawahnya)? [17]

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan

kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana

buruknya kesan amaranKu? 

Page 9: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

[18]Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu

daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana

buruknya kesan kemurkaanKu. [19]

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas

mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang

menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui

akan tiap-tiap sesuatu. [20]

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah?

(Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. 

[21]Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah

menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh

serta melarikan diri (dari kebenaran). [22]

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul,

melalui jalan yang lurus rata? [23]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu

pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". 

[24]Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi,

dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan". [25]

Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang

Page 10: Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4

benar?" [26]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi

Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata". 

[27]Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang

yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!". 

[28]Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana

fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-

harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat

melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?". 

[29]Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah

Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui

kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata". [30]

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar

mengalir?".