9
 Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013 62 MODUL CERDIK KATA TUGAS (MCKT) MEMBEZAKAN PENGGUNAAN KATA TUGAS „PADADAN „KEPADABAGI MURID TAHUN 4 Oleh: Mohd Aidil Bin Sahipaludin & Mohd Fadzil Bin Baharudin Jabatan Pengajian Melayu , IPG Kampus DatoRazali Ismail [email protected] & [email protected]  ABSTRAK Kajian Tindakan ini meninjau permasalahan yang dialami oleh murid Tahun 4 Balkis di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu  berkaitan kata sendi nama „padadan „kepada. Hasil tinjauan pengkaji mendapati seramai sepuluh orang menghadapi masalah kekeliruan dalam menggunakan kata sendi nama tersebut dengan tepat baik dari segi lisan dan tulisan. Pengkaji menggunakan enam instrument untuk mengumpul data antaranya pemerhatian, ujian pra, ujian pasca, penilitian bukti dokumen, soal selidik dan temu bual. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif yang  berkehendakkan pengkaji membaiki mutu amalan pengajaran sebagai guru  bagi membantu 10 orang subjek kajian yang telah dikenal pasti itu. Pengkaji membina satu intervensi yang dinamakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT). Terdapat tiga proses di dalam MCKT iaitu Sifir Kata Sendi Nama, Interaktif Kata Sendi Nama dan Latihan Penggayaan Kata Sendi Nama. Hasil dapatan selepas intervensi dijalankan, semua subjek kajian telah menunjukkan  peningkatan yang sangat memberangsangkan dengan mencapai 80% ke atas  bagi ujian pasca dan standard prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah menunjukkan subjek kajian telah melebihi Band 4 iaitu tahu, faham dan boleh  buat dengan beradab. Kata kunci : membezakan, penggunaan, kata sendi nama, pada, kepada,  MCKT  PENDAHULUAN Tatabahasa Melayu menjadi satu aspek terpenting untuk dikuasai oleh murid sekolah rendah. Jelas terbukti melalui penguasaan tatabahasa murid seawal usia tujuh hingga dua  belas tahun dapat memupuk budaya dan amalan penulisan dan pengucapan yang baik  berdasarkan tatabahasa sebenar. Penguasaan tatabahasa dapat membantu murid membina ayat gramatis dalam kertas penulisan dan memilih jawapan objektif paling tepat bagi kertas  pemahaman. Guru bertanggungjawab memberikan kefahaman mudah, ringkas, menarik dan  berpandu sec ara keseluruhan tentang tatabahasa melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu.

KEM. MENULIS 7.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    62

    MODUL CERDIK KATA TUGAS (MCKT) MEMBEZAKAN

    PENGGUNAAN KATA TUGAS PADA DAN KEPADA BAGI MURID TAHUN 4

    Oleh:

    Mohd Aidil Bin Sahipaludin & Mohd Fadzil Bin Baharudin

    Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected] & [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian Tindakan ini meninjau permasalahan yang dialami oleh murid Tahun 4

    Balkis di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu

    berkaitan kata sendi nama pada dan kepada. Hasil tinjauan pengkaji mendapati seramai sepuluh orang menghadapi masalah kekeliruan dalam

    menggunakan kata sendi nama tersebut dengan tepat baik dari segi lisan dan

    tulisan. Pengkaji menggunakan enam instrument untuk mengumpul data

    antaranya pemerhatian, ujian pra, ujian pasca, penilitian bukti dokumen, soal

    selidik dan temu bual. Kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif yang

    berkehendakkan pengkaji membaiki mutu amalan pengajaran sebagai guru

    bagi membantu 10 orang subjek kajian yang telah dikenal pasti itu. Pengkaji

    membina satu intervensi yang dinamakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT).

    Terdapat tiga proses di dalam MCKT iaitu Sifir Kata Sendi Nama, Interaktif

    Kata Sendi Nama dan Latihan Penggayaan Kata Sendi Nama. Hasil dapatan

    selepas intervensi dijalankan, semua subjek kajian telah menunjukkan

    peningkatan yang sangat memberangsangkan dengan mencapai 80% ke atas

    bagi ujian pasca dan standard prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    menunjukkan subjek kajian telah melebihi Band 4 iaitu tahu, faham dan boleh

    buat dengan beradab.

    Kata kunci : membezakan, penggunaan, kata sendi nama, pada, kepada,

    MCKT

    PENDAHULUAN

    Tatabahasa Melayu menjadi satu aspek terpenting untuk dikuasai oleh murid sekolah

    rendah. Jelas terbukti melalui penguasaan tatabahasa murid seawal usia tujuh hingga dua

    belas tahun dapat memupuk budaya dan amalan penulisan dan pengucapan yang baik

    berdasarkan tatabahasa sebenar. Penguasaan tatabahasa dapat membantu murid membina

    ayat gramatis dalam kertas penulisan dan memilih jawapan objektif paling tepat bagi kertas

    pemahaman. Guru bertanggungjawab memberikan kefahaman mudah, ringkas, menarik dan

    berpandu secara keseluruhan tentang tatabahasa melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

    Bahasa Melayu.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    63

    FOKUS KAJIAN

    Tinjauan awal masalah menjadi satu bukti cara dan pendekatan pengkaji mengambil

    tindakan setelah mengesan masalah yang ingin dikaji. Fokus kajian tertumpu pada

    penggunaan kata sendi nama pada dan kepada yang merupakan cabang kata tugas dalam bidang morfologi. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, kata sendi nama dapat

    ditakrifkan sebagai perkataan yang terletak di hadapan frasa nama dan mempunyai berlainan

    fungsi penggunaannya. Kata sendi nama pada dan kepada terdapat beza cara penggunaan dan perlu diberi kefahaman mudah kepada subjek kajian daripada terus terkeliru.

    Punca kelemahan subjek kajian dikenalpasti oleh pengkaji semasa proses PdP

    berlaku. Hasil pemerhatian, pengkaji mendapati guru sebelum ini tidak menggunakan teknik

    sesuai untuk memberi kefahaman secara mudah, ringkas dan tepat kepada murid Tahun 4

    Balkis untuk memahami konsep tetapi lebih kepada latihan tatabahasa yang memerlukan

    murid untuk berfikir sendiri penyelesaiannya sebelum penerangan jelas diperolehi oleh

    mereka. Tidak dinafikan, secara realiti proses PdP kemahiran tatabahasa Bahasa Melaya

    diajar secara tidak langsung dalam sistem bahasa. Namun, penekanan sama berat dengan

    aspek kemahiran lain perlu diambil kira guru agar murid tidak mengambil ringan

    pembelajaran tatabahasa. Konsep asas yang salah akan melibatkan penggunaan dan

    pembinaan ayat tidak tepat dalam menjawab pemahaman dan penulisan.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian dapat dibahagikan kepada dua bahagian ; objektif umum dan objektif khusus.

    Objektif Umum :

    Meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan kata sendi nama dengan

    betul dalam penulisan dan pertuturan seharian.

    Objektif Khusus :

    Memastikan tahap penguasaan murid dalam memahami penggunaan fungsi kata sendi nama pada dan kepada dengan tepat dengan menggunakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT).

    Membantu murid menguasai kata sendi nama pada dan kepada dengan menggunakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT) yang menarik perhatian.

    Persoalan Kajian :

    Adakah Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT) dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam memahami fungsi kata sendi nama pada dan kepada?

    Bagaimanakah Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT) dapat menarik minat murid menguasai kata sendi nama pada dan kepada?

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    64

    Kepentingan Kajian :

    Memberikan kefahaman mudah kepada murid tentang fungsi kata sendi nama.

    Membolehkan murid menguasai kata sendi nama untuk digunakan dalam penulisan dan pertuturan.

    Meningkatkan peratus murid mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Melayu dan penguasaan yang cemerlang melalui standard prestasi Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah (PBS)

    KUMPULAN SASARAN

    Seramai 10 orang subjek kajian daripada Tahun 4 Balkis terlibat dalam kajian. Subjek kajian

    terdiri daripada 4 murid perempuan dan 6 murid lelaki di Sekolah Kebangsaan Tengku

    Ampuan Mariam, Kuala Terengganu, Terengganu.

    TINDAKAN

    Intervensi kajian

    Kajian ini menggunakan intervensi berbentuk Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang

    dinamakan Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT). Modul ini merangkumi tiga proses yang

    dikenali Sifir Kata Sendi Nama (Sifir KSN) , Interaktif Kata Sendi Nama (Interaktif KSN),

    Latihan Penggayaan Kata Seni Nama (Latihan Penggayaan KSN).

    Sifir Kata Sendi Nama (Sifir KSN)

    Pengkaji menggunakan kaedah hafalan untuk menjayakan instrumen kedua. Kaedah dan

    istrument dikenali ini dengan nama Sifir KSN. Pengkaji perlu memberi penerangan berkaitan

    teknik penghafalan secara mnemonik menggunakan KSB. Kaedah mnemonik merupakan

    satu cara mudah mengingat dan mudah digunakan murid. Dalam menajamkan daya ingatan,

    terdapat dua kaedah mnemonik bahasa iaitu teknik akrostik dan juga teknik akronim iaitu

    teknik seakan-akan akrostik. Dalam kajian, pengkaji menggunakan teknik akrostik

    melibatkan frasa atau ayat dapat membantu murid mengingat maklumat hendak dihafal

    kerana huruf serupa pada pangkal ayat.

    Contoh : Fungsi penggunaan kata sendi nama pada ialah : Fungsinya : P pada W waktu O orang T tempat

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    65

    Contoh tersebut menunjukkan teknik akrostik bagi kata sendi nama pada berfungsi untuk waktu, orang dan tempat.

    KATA

    SENDI NAMA

    KAEDAH

    MNEMONIK

    PENGGUNAANNYA

    Pada pwot waktu, orang, tempat

    Kepada kohapp orang, haiwan, abstrak,

    pecahan, perubahan

    keadaan

    RAJAH 1 : Sifir KSN

    Pengkaji akan menggunakan Sifir KSN ini setiap kali sesi pengajaran dan

    pembelajaran dalam bilik darjah dan memperuntukkan 5 hingga 10 minit untuk aspek

    tatabahasa. Kata sendi nama pada dan kepada akan ditanya berulang kali kepada murid mengenai setiap satu fungsi penggunaannya dan setelah murid boleh menguasai, boleh

    ditukar pada aspek tatabahasa seterusnya. Peneguhan negatif bertujuan memberi kesedaran

    kepada murid agar membaiki kesilapan dilakukan. Antara peneguhan negatif boleh dilakukan

    pengkaji mendenda murid tidak dapat menjawab atau tidak menghafal dengan memberikan

    mereka latihan lain dalam aspek kata sendi nama sebagai latihan di rumah.

    Interaktif Kata Sendi Nama (Interaktif KSN)

    Computer Asisted Instruction (CAI) yang mula mendapat tempat dalam arena

    pendidikan semasa merupakan singkatan Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) yang

    diguna pakai di Malaysia. Alessi dan dan Troliip (2011), menyatakan PBK meliputi

    penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi murid

    sama ada secara keseluruhan atau sebahagian pembelajaran.

    Mengikut penyelidikan dihasilkan pakar alat pandang dengar, konsep kefahaman dan

    pengetahuan yang diperolehi manusia, 75% diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada

    deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa, 3% daripada deria bau. (Mok

    Soon Sang : 2010)

    Berdasarkan alasan itu, MCKT mengandungi Interaktif KSN yang terbina dalam

    bentuk slaid power-point dan dimutkan dalam cakera keras CD ROM. Cara

    mengaplikasikannya, setiap subjek kajian diberi peluang menjawab semua soalan tersebut,

    setiap kali subjek kajian memberikan jawapan tepat akan diberi penghargaan dalam perisian

    ini dengan bunyi suara tahniah dan bunyi tepukan ramai, manakala jika soalan tersebut salah, akan mengeluarkan bunyi suara cuba lagi dan keluar jawapan paling tepat bagi soalan tersebut.

    Interatif KSN dibentuk menggunakan perisian mudah power-point bukan sahaja

    memberi kemudahan kepada guru menilai tahap kemampuan subjek kajian, tetapi juga

    menarik minat subjek kajian mempelajari dan membuat lebih lagi latihan pengukuhan

    berbantukan audio, visual dan latihan bersepadu.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    66

    Latihan Penggayaan Kata Sendi Nama (Latihan Penggayaan KSN)

    Penggayaan merupakan aktiviti tambahan pada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan.

    Secara jelas, Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan

    disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah,

    menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat.

    Hasil penelitian ini, pengkaji menjadikan Latihan Penggayaan KSN sebagai satu

    bahan rangsangan berbentuk ujian yang bertujuan melihat kefahaman, ketelitian, dan

    kemampuan subjek kajian pada tahap maksimum dalam memahami kata sendi nama pada dan kepada yang telah dipelajari. Latihan ini dilakukan pada akhir proses MCKT kerana pada tahap ini subjek kajian sudah terdedah dengan teori dan penilaian yang sama pada

    sebelumnya, pada latihan ini diberikan soalan yang berbeza iaitu memilih jawapan kata sendi

    nama paling tepat untuk diisi dalam petikan pendek.

    Subjek kajian akan mula mengaplikasikan kaedah Sifir KSN dan membanding beza

    penilaian Interaksi KSN untuk disesuaikan pada latihan ini. Matlamat latihan yang berupa

    penggayaan ini memberikan pengalaman langsung menjawab soalan yang pelbagai aras,

    memperkukuhkan kemahiran sedia ada, dan mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat dan

    kesungguhan mendalami aspek kata sendi nama seterusnya.

    Prosedur Cara Mengumpul Data

    Pemerhatian

    Teknik pemerhatian merupakan asas dan langah pertama perlu dilakukan pengkaji. Pengkaji

    telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur dengan mengambil gambar, rakaman video

    serta mencatat nota semasa PdP berlaku dalam bilik darjah. Pemerhatian pengkaji terhadap

    murid Tahun 4 Balkis bertujuan mengenal pasti subjek kajian yang menghadapi masalah

    dalam tatabahasa khususnya kata sendi nama pada dan kepada seterusnya melihat amalan pembelajaran murid tersebut semasa proses PdP.

    Ujian Pra

    Kaedah pengkaji mengumpul data menggunakan soalan berkaitan bagi menilai dan mengesan

    kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran dipelajari. Pengkaji menjalankan Ujian Pra

    untuk menganalisis kelemahan dan kekuatan subjek kajian memahami kata sendi nama dari

    semasa ke semasa. Ujian Pra tersebut telah dijalankan untuk melengkapkan 30 soalan

    berkaitan yang meliputi tiga aras utama merangkumi aras rendah, sederhana dan tinggi. Ujian

    Pra bertujuan mengenal pasti kekerapan kesalahan yang tertinggi dilakukan subjek kajian

    untuk dijadikan fokus dan batasan kajian seterusnya.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    67

    Ujian Pasca

    Pelaksanaan ujian ini dilakukan setelah melaksanakan Ujian Pra. Pengaji juga telah

    menjalankan intervensi untuk mengatasi masalah subjek kajian sebelum membuat Ujian Pos.

    Ini bertujuan melihat sama ada berlaku penambahan kefahaman atau tiada peningkatan

    daripada subjek kajian tentang penguasaan kata sendi nama kepada dan pada. Ujian Pasca ini juga dijadikan sebagai indikator dalam kejayaan sesuatu kajian yang dilaksanakan.

    Bukti Dokumen

    Selain teknik Ujian Pra, temu bual dan pemerhatian, pengkaji juga memperolehi data

    daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan pengkaji

    menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi keseluruhan data diperoleh daripada

    teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen kemudian dianalisis untuk melihat

    bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan

    kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Bukti dokumen pengkaji peroleh daripada hasil

    buku kerja murid.

    Soal Selidik

    Pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada subjek kajian yang dipilih. Borang soal

    selidik mengandungi 5 soalan berfokus berkaitan penyoalan minat subjek kajian terhadap

    sistem dan progam dijalankan melalui Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT). Borang soal

    selidik ini membantu pengkaji untuk menganalisis keberkesanan kajian dilakukan terhadap

    minat dan pemahaman subjek kajian.

    Temu Bual

    Pengkaji menggunakan kaedah temu bual bersama subjek kajian untuk mendapatkan

    maklumat secara langsung. Langkah pertama pengkaji menanyakan pendapat subjek kajian

    tentang bagaimana mereka menjawab soalan yang mengelirukan berkaitan kata sendi nama

    pada dan kepada. Pengkaji memfokuskan aspek pemahaman dan perasaan subjek kajian setelah intervensi dijalankan dan mengukurnya menggunakan standard prestasi Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah (PBS). Pengkaji akan mencatat hasil temu bual ditranskripsikan dalam

    nota lapangan.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    68

    KESIMPULAN DAPATAN

    Bahagian ini pengkaji menjelaskan secara keseluruhan mengenai kajian yang telah

    dijalankan. Huraian meliputi dapatan dan perbincangan tentang penilaian pencapaian subjek

    kajian dan rumusan pemerhatian berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    terhadap perubahan sikap dan kefahaman subjek kajian selepas menjalani intervensi.

    Kemampuan subjek kajian dalam menggunakan kata sendi nama pada dan kepada dengan tepat sangat lemah kerana sering tertukar fungsi penggunaanya apabila bertutur dan

    menjawab soalan tatabahasa. Pemerhatian selama seminggu dijalankan oleh pengkaji untuk

    melihat situasi pengajaran guru dan reaksi murid Tahun 4 Balkis. Pengkaji mendapati ramai

    murid tidak menumpukan perhatian pada proses PdP yang berlangsung.

    Semasa pengkaji membuat tinjauan awal, sepuluh orang murid telah dikenalpasti

    sangat lemah dalam penguasaan tatabahasa khususnya penggunaan kata sendi nama pada dan kepada. Murid ini dikelaskan sebagai subjek kajian, segala bentuk dokumen diteliti dan perancangan untuk membantu murid ini dijalankan melalui intervensi yang dinamakan

    Modul Cerdik Kata Tugas (MCKT). Pada awal sesi pengajaran didapati subjek kajian kaku,

    tidak aktif malah mereka hanya mengharap jawapan dari guru sahaja.

    Setelah beberapa siri pelaksanaan pengajaran yang berbantukan Bahan Bantu

    Mengajar (BBM), didapati ada peningkatan dalam perubahan sikap yang lebih baik dan

    keputusan ujian pasca dijalankan juga menunjukkan perubahan markah lebih baik berbanding

    ujian pra sebelum ini. Pengkaji dapati subjek kajian lebih berminat untuk belajar dengan

    adanya bahan rangsangan dan visual menarik. Jelas pendekatan MCKT yang digunapakai

    memenuhi kehendak tersebut.

    Pengkaji membuat banding beza bagi melihat perubahan pada setiap proses MCKT

    dan pencapaian penilaian ujian pasca yang dilakukan. Bermula daripada Sifir KSN,

    kemudian Interaktif KSN dan pada akhirnya pelaksanaan Latihan Penggayaan KSN

    melihatkan peningkatan pada kefahaman penggunaan kata sendi nama pada dan kepada dengan tepat kepada subjek kajian.

    Pengkaji juga mengaitkan keberkesanan intervensi ini melalui penskoran berasas

    standard prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Hasilnya, semua subjek kajian telah

    mencapai tahap cemerlang dengan melebihi Band 4 iaitu tahu, faham, dan boleh buat dengan

    beradab. Maka, kepentingan kajian ini tidak hanya tertumpu pada peperiksaan tetapi pada

    kefahaman jangka panjang untuk memurnikan penggunaan tatabahasa yang betul dalam

    kalangan murid baik dari segi lisan atau tulisannya.

    Melalui kaedah MCKT dan amalan pengajaran yang berkesan, pengkaji dapat

    membantu memberi kefahaman yang mudah kepada subjek kajian dan meningkatkan

    semangat mereka untuk mendalami bidang tatabahasa selepas ini dengan perasaan yang

    seronok dan berkeyakinan. Maka, kesan daripada kajian ini memberikan satu keputusan yang

    baik dapat dihasilkan.

    Mutu pengajaran guru dapat ditingkat melalui kajian tindakan seperti ini dan bantuan

    kajian-kajian lepas membuktikan permasalahan kata sendi nama dapat diselesaikan melalui

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    69

    akronim atau kata kunci yang mudah diingat diaplikasi dalam MCKT iaitu semasa proses

    Sifir KSN dijalankan. Proses pengukuhan sangat perlu dalam PdP, atas alasan itu pengukuhan MCKT ada pada Interaktif KSN yang lebih bersifat TMK bagi menarik perhatian subjek kajian menjawab soalan-soalan berstruktur.. Pada akhir proses Latihan Penggayaan KSN dijalankan bagi memantapkan lagi penguasaan subjek kajian terhadap penggunaan kata sendi pada dan kepada dengan lebih tepat pada ayat perenggan yang lengkap.

    Hasil dapatan menunjukkan keberkesanan tindakan penambahbaikkan yang dilakukan

    pengkaji pada amalan pengajaran ini berhasil. Kajian ini menjadi satu lagi percambahan idea

    baru dan gabungan daripada idea-idea pengkaji sebelum ini yang telah disenaraikan dalam

    sorotan literatur. Koheran yang terjalin antara permasalahan yang sama berlaku memberi idea

    menambah baik mengikut situasi subjek kajian yang dihadapi. Jelas, pencerahan dan kajian

    berdasarkan data memberi petunjuk jelas bahawa kajian ini memenuhi kepentingan dan

    objektif yang diharapkan.

    RUJUKAN

    BUKU

    Nik Safiah Karim. (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Asmah Haji Omar. 1986. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Ahmad Khair Mohd. Nor. (2003). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Utusan Publication

    Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

    Perguruan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

    Abd. Aziz Abd. Talib .(2000). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik

    Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

    Abdul Majid, K. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

    Dan Pustaka

    KAMUS

    Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    BUKU LATIHAN

    Nur Azlina Abdul Rahman.(2008). Siri Buku Aktiviti : HOT KBSR Bahasa Malaysia Tahun 4

    Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    70

    BUKU PANDUAN GURU

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun 4.

    Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    SEMINAR

    Hj. Mohd. Samsuddin. (2006). Wacana Bahasa untuk Guru-Guru Sekolah Rendah Negeri

    Terengganu. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.

    JURNAL

    Nawi Ismail (2010). Tatabahasa sebagai pemangking murid membina ayat gramatis. Jurnal

    Kurikulum, 1(1) : 34-36

    Abdul Wahid Muhammad Nasir. (2011). Kesan tidak mengamalkan sistem tatabahasa secara

    menyeleruh dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Rasa. Jurnal

    Kurikulum : 13-25

    Mohd Salim Ahmad. (1994). Teori berkaitan hubungan amalan pengajaran guru dan

    kelemahan murid. Jurnal Kurikulum : 26-31

    Aleimmah Ali. (2009). Kemahiran menulis menggunakan kaedah majalah. Jurnal Kurikulum

    :

    32-33.

    Izani. (2012). Pembudayaan pemikiran kreatif dan inovatif melalui kepelbagaian kaedah

    pengajaran bahasa. Jurnal Kurikulum : 23-36.

    Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical

    Investigations. PhD thesis, University of Southampton.

    Clark, P.A. ( 1972 ) Action Research: Organisational Change. Harper and Row Ltd.London.