Upload
abdul-rahim
View
574
Download
17
Embed Size (px)
Citation preview
MENANDUK BOLA
1. KONSEP
Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan
hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi.
Adalah perkara biasa bagi pemain untuk menanduk bola dalam permainan futsal.
Walaupun begitu, pemain kebiasaannya dalam mengawal bola dengan lebih baik ketika
bola di atas lantai permainan. Menanduk tidak banyak digunakan dan oleh itu ia
merupakan kelebihan bagi pemain yang mempunyai kemahiran menanduk bola.
2. JENIS TANDUKAN
Menanduk ke hadapan
Menanduk ke sisi
Menanduk ke belakang
1. Teknik menanduk ke hadapan
i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke
arah bola datang. Mata memandang bola.
ii. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan
sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
iii. Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan
bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.
iv. Ikut lajak selepas melakukan tandukan.
2. Teknik menanduk ke sisi
i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah
bola datang. Mata memandang bola.
ii. Apabila bola hampir tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran
tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
iii. Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.
iv. Ikut lajak selepas melakukan tandukan
3. Teknik menanduk ke belakang
i. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah
bola datang. Mata memandang bola.
ii. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala
ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh
bahagian bawah bola.
RANCANGAN SATU SESI LATIHAN KEMAHIRAN ASAS MENANDUK BOLA
Mata pelajaran : Gerko (Futsal)
Tajuk : Kemahiran asas menanduk bola
Misi : Melatih pelajar cara bermain futsal dengan betul, berkemahiran, kuat,
mantap dari segi teknikal, taktikal dan mental.
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat
menguasai kemahiran asas futsal menanduk bola.
Psikomotor : Murid dapat melakukan 3 teknik menanduk bola dengan
cara yang betul.
Penerapan Nilai : Kerjasama, Kepimpinan, Disiplin
Penggabungjalinan : Tunjang Kecergasan – Koordinasi - Taktikal
Kesepaduan : Matematik – membuat anggaran jarak
Alatan : Bola, Kon, Bola , Wisel
PERMULAAN
1. Aktiviti memanaskan badan dengan melakukan aktiviti seperti meningkatkan kadar
denyutan nadi.
i. Berlari di atas bebola kaki.
ii. Tingkatkan kelajuan larian High-Knee untuk pusingan kedua.
iii. Murid melakukan lompat bintang sebanyak 8 kali.
2. Regangan asas.
i. Murid dikehendaki beratur dalam bentuk lengkung seperti huruf U.
ii. Murid dikehendaki berlari-lari anak.
iii. Membuat regangan dimulai dengan bahagian kepala,dan diakhiri oleh kaki.
iv. Mengakhiri pemanasan denganmenarik nafas sebanyak lapan kali.
murid
PERKEMBANGAN
1. Menanduk Asas
i. Berdiri tegak menghadap bola dengan kaki hadapan ke belakang
ii. Mata memandang ke arah bola
iii. Gerakkan kepala dan lentikkan badan ke belakang.
iv. Seterusnya, gerakkan kepala dan kehadapan untuk menanduk
v. Sentuh bola di tengah dahi
vi. Kepala terus bergerak ke arah dahi
vii. Guru melakukan demonstrasi asas menanduk bola dengan menggunakan kon
sebagai penjarak.
viii. Kon diletakkan sejauh 3 meter
ix. Murid melakukan aktiviti ini secara berpasangan
2. Penggabungjalinan kemahiran menanduk Secara Melompat
• Menanduk bola melepasi jarak kon.
- Jarak 3 meter
- Jarak 5 meter
Demonstrasi
a) Menanduk bola menggunakan bahagian tengah dahi
b) Buka mata dan mulut tutup
c) Terus gerakkan badan ke hadapan
d) Mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki
PENUTUP
Pengenduran
• Beratur semula mengikut lengkung berbentuk U seperti melakukan aktiviti pemanasan
badan tadi
• Salah seorang murid dipilih untuk menjadi ketua bagi melakukan aktiviti “cooling
down”
• Mengakhiri aktiviti ‘cooling down dengan menarik nafas semula dalam kiraan lapan
kali
• Guru bertanya beberapa soalan tentang kemahiran yang telah dipelajari oleh murid