37
KEMAHIRAN INTERPERSONAL GURU DALAM PERKEMBANGAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK Oleh: Nor Anisa Musa Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Abstrak Kertas konsep ini membincangkan keperluan interpersonal guru dalam perkembangan psikologi kanak- kanak dari pelbagai perspektif isu dan cabaran. Isu yang dikemukan adalah beberapa isu kebanyakan tingkah laku guru dan cara menangani kepelbagaian tingkah laku murid. Terdapat juga beberapa tips khas menurut pakar- pakar psikologi bagaimana untuk menjadi seorang guru yang ideal, berkarisma, berkredibiliti dalam menangani permasalahan psikologi kanak-kanak. Pelbagai keperluan yang bersesuaian telah diperbincangkan dan diperkaitkan dengan secara tidak langsung untuk perkembangan pendidikan dan sosial mereka.

Kemahiran Interpersonal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kemahiran Interpersonal

KEMAHIRAN INTERPERSONAL GURU DALAM PERKEMBANGAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Oleh: Nor Anisa MusaPsikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan

Abstrak

Kertas konsep ini membincangkan keperluan interpersonal guru dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dari pelbagai perspektif isu dan cabaran. Isu yang dikemukan adalah beberapa isu kebanyakan tingkah laku guru dan cara menangani kepelbagaian tingkah laku murid. Terdapat juga beberapa tips khas menurut pakar-pakar psikologi bagaimana untuk menjadi seorang guru yang ideal, berkarisma, berkredibiliti dalam menangani permasalahan psikologi kanak-kanak. Pelbagai keperluan yang bersesuaian telah diperbincangkan dan diperkaitkan dengan secara tidak langsung untuk perkembangan pendidikan dan sosial mereka.

Page 2: Kemahiran Interpersonal

Terdapat isu dan cabaran yang perlu ditangani sebelum boleh direalisasikan dengan jayanya. Di antara isu dan

cabaran yang akan dibincangkan ialah:

1. Keperluan Kemahiran Asas Interpersonal:

Membincangkan bagaimana pembangunan interpersonal guru boleh membantu dan memperkembangkan psikologi murid melalui kemahiran-kemahiran asas yang boleh digunakan dan diterima secara umum, seterusnya dibincangkan baik dan buruk kemahiran-kemahiran asas yang diguna pakai dalam menangani isu-isu dan cabaran dalam pendidikan.

Page 3: Kemahiran Interpersonal

2. Fungsi Kredibiliti:Membincangkan bagaimana penggunaan kredibiliti dapat memberi kepercayaan dan membantu interpersonal guru dalam menangani persoalan pembelajaran serta tingkah laku harian murid.

3. Keperluan kreatif:Membincangkan tentang pengisian-pengisian pembentukan idea kreatif terhadap murid.

4. Keperluan guru sebagai kaunselor:Membincangkan bagaimana guru secara tidak langsung sebagai kaunselor yang dapat menangani setiap permasalah murid melalui kemahiran-kemahiran asas dalam proses kaunseling.

Page 4: Kemahiran Interpersonal

PengenalanHubungan interpersonal adalah aspek penting

yang perlu diketahui oleh guru. Persoalan sejauh manakah guru menguasainya adalah suatu yang subjektif walaupun terdapat kaedah-kaedah dan panduan tertentu yang boleh dipelajari serta rahsia-rahsia membina konsep kendiri dan imej. Penguasaan guru bergantung pada cara perlaksanaan guru menentukan kesannya (Robiah, 2003). Menurutnya lagi, guru sendiri yang merasai kepuasannya dan ia dapat dinilai secara eksplisit yang membuahkan hasil dan tingkah laku yang baik.

Kepentingan hubungan interpersonal dapat membantu melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan mereka serta dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Sarina dan Yusmini, 2007).

Page 5: Kemahiran Interpersonal

1. Keperluan Kemahiran Asas Interpersonal Kepelbagaian kaedah semasa mengajar serta

cara persembahan dan pengucapan yang memberangsangkan perlu diamalkan oleh setiap pendidik. Selain itu, perancangan proses pengajaran yang sistematik, terancang dan teratur adalah cara efektif supaya guru dapat menyampaikan pengetahuan, melahirkan murid yang berketrampilan dan berkemahiran (Mok Soon Sang, 2004).

Selain daripada itu, guru harus melihat, memahami, menyelami, empati dalam ertikata lain tingkah laku yang implisit terhadap perkembangan psikologi mereka. Motivasi, sikap dan tindakan guru juga banyak memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid (Sarina dan Yusmini, 2007).

Page 6: Kemahiran Interpersonal

Kemahiran-kemahiran asas yang dikuasai guru serta pemerhatian yang bemakna dan persoalan yang diwujudkan merupakan satu jambatan untuk memahami kehendak-kehendak psikologi mereka.

Page 7: Kemahiran Interpersonal

1.1 Melalui KomunikasiSeseorang individu itu cenderung memelihara

konsep dirinya supaya tidak berubah malah memperkukuhkannya lagi. Sama ada konsep dirinya itu positif ataupun negatif, dia cenderung memelihara konsep dirinya. Inilah faktor yang menyebabkan konsep diri merupakan perkara yang stabil sepanjang hidup. Apabila sekali konsep diri sudah terbina, bermakna konsep itu cenderung berkekalan (Abdullah dan Ainon, 2006).

Maka, komunikasi yang positif dari segi perkataan mahu pun bahasa badan guru berperanan penting membentuk personaliti serta konsep murid. Jika mereka gagal dalam pembentukan identiti ini, maka wujudlah kekecewaan dan kekeliruan yang tidak mampu mereka nilai baik buruknya.

Page 8: Kemahiran Interpersonal

Komunikasi dapat menjalinkan hubungan, mendapat respon, meningkatkan estim diri melalui penghargaan dan penghormatan, mendapatkan maklumat, meraih kepercayaan, berkongsi pengalaman serta mewujudkan keseronokan (Abdullah dan Ainon, 2002).

Bagaimana pun menurutnya lagi, iklim komunikasi ada pasang surutnya kerana kebiasaannya komunikasi datang daripada emosi kedua-dua belah pihak untuk berkehendakkan sesuatu. Apabila guru membuat kerja-kerjanya dengan hati yang rela dan seronok, maka dia akan berkomunikasi secara positif kepada murid-muridnya.

Begitu juga apabila emosi murid stabil mereka akan bercakap secara positif kepada guru mereka (Jas, 2002). Menurutnya lagi, perkembangan prososialnya terlebih dahulu telah mempengaruhi yang kebiasaannya ia datang dari rumah dan membawa kesan-kesan psikologikal.

Page 9: Kemahiran Interpersonal

Keputusannya, maka gurulah yang perlu menjadi perintis dan permulaan mewujudkan iklim komunikasi positif dan bijak mengatur arah jika terdapat kecelaruan emosi dan tingkah laku di kalangan murid mereka.

Keperluan psikologi murid yang pelbagai harus dipenuhi. Sebagai contoh estim diri yang diperlukan oleh murid dapat merasakan dirinya dihormati dan dikasihi oleh semua orang (Arkes, 1982). Untuk mewujudkan interaksi yang memenuhi keperluan psikologi, gunakanlah gaya bahasa yang positif, memberi lebih pengiktirafan, teguran, nasihat dan jangan sekali-kali suka membuktikan kesalahan (Habibah dan Noran, 2002).

Page 10: Kemahiran Interpersonal

Terdapat juga golongan yang menunjukkan amat berminat dengan diri sendiri dan sering bercakap saya..saya..saya.. dari mula sampai habis. Sebagai guru yang bijak berkomunikasi ketika mendekati muridnya, guru perlu lebih banyak mendengar. Minta pendapat murid dan sumbangan idea daripadanya berkenaan perbualan kosong mahupun perkara yang sedang diperbincangkan. Laluan giliran mereka bercakap hendaklah ditunjukkan minat kepada apa yang sedang dipercakapkan. (Fadzilah dan Ahmad, 2007)

Page 11: Kemahiran Interpersonal

1.2 Kesan Pigmalion Dan OptimistikHabibah dan Noran (2002), telah

bersependapat dalam keupayaan mencipta realiti atau kenyataan. Oleh itu, teori-teori motivasi menekankan betapa pentingnya individu itu memikirkan perkara-perkara yang bertemakan kejayaan dan tidak membayangkan kegagalan.

Menurut Abdullah dan Ainon (2006), salah satu proses bagaimana perkara ini berlaku adalah melalui ramalan-ramalan. Apabila individu itu meramalkan kejayaan, akhirnya mereka berjaya dan demikianlah sebaliknya.

Page 12: Kemahiran Interpersonal

Keseluruhan alam semula jadi berkeadaan harmoni dan seimbang. Kecuali, kitalah yang mencipta ketidakseimbangannya (Lynda, 2000). Realitinya, sejauh manakah guru-guru mampu menstabilkan keseimbangan, mencipta atau memiliki EQ yang tinggi apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah tingkah lakunya. Tahap kesabaran di sekolah rendah mampu membuktikan ekspresi sebenar diri seorang guru berbanding berhadapan dengan remaja di sekolah menengah.

Page 13: Kemahiran Interpersonal

Buktinya, apabila guru beranggapan kanak-kanak kecil tidak mempunyai pemikiran dan berupaya mengkritik tingkah laku mereka secara terang-terangan berbanding remaja lebih berani dan berkeyakinan mengadu, membantah dan memberontak dengan cara mereka. Seperti yang diperkatakan oleh Phyllis (1965) juga, berbagai persepsi negatif yang dikemukakan guru melalui kata-kata terhadap tubuh badan murid mengakibatkan impak yang besar dalam kehidupannya walaupun ia merupakan realiti yang sedang ditanggung oleh murid. Mindset murid mudah diimunkan apabila dirinya diperkatakan sama ada ia negatif mahupun positif.

Oleh itu, bergantung kepada pilihan guru mana yang mudah untuk mereka menyebutnya dengan rasa puas hati atau terpaksa menyebutnya dengan kerelaan untuk mengharapkan kesan yang baik.

Page 14: Kemahiran Interpersonal

Berdasarkan kebenaran teori pigmalion, boleh disimpulkan bahawa ramalan tidak meramalkan masa depan, sebaliknya mencipta masa depan (Abdullah dan Ainon, 2006). Persepsi kendiri yang positif daripada ibubapa, rakan-rakan dan guru-guru akan membuatkan mereka memperolehi perasaan penghargaan diri yang tinggi dan mereka akan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di alam sekitarnya (Mok Soon Sang, 2004).

Jelas terbukti di dalam sebuah hadis Qudsi (Mustapha, 1987) ada menyebut

“aku adalah di sisi sangkaan hamba denganku. Maka hendaklah dia menyangka terhadapku apa yang ia kehendaki”

Page 15: Kemahiran Interpersonal

Dalam menongkah arus kepelbagaian tingkah laku dan ragam kanak-kanak, kepelbagaian potensi dan kecerdasan tidak boleh dilupakan begitu sahaja. KBSR mahu pun KBSM telah memberi peluang dalam keseimbangan potensi individu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang perlu guru amalkan (Rahim, 2001). Walaupun bakat murid bukan dalam pelajaran sebagaimana objektif pembelajaran di sekolah yang harus dipenuhi oleh guru, mereka mungkin berjaya dari segi pertanian, keusahawanan, perniagaan ataupun bidang-bidang kemahiran lain. Menurut Syukri (2006), harus difikirkan bahawa kanak-kanak bukanlah seorang yang bodoh atau dungu, mereka hanya tidak faham apa yang dipelajari.

Page 16: Kemahiran Interpersonal

1.3 Kemahiran MendengarPunca dalam konflik komunikasi wujud

apabila kurangnya kemahiran mendengar dan empati terhadap apa yang didengar (Abdullah dan Ainon, 2003). Fenomena yang biasa berlaku apabila suatu insiden kecelaruan tingkah laku terjadi di kalangan murid. Berapa ramaikah guru yang sanggup bertanya dan mendengar tentang alasan muridnya. Mengapa mereka ponteng sekolah, tidak siap kerja rumah, tidak faham apa yang diajar, merokok, membuli dan sebagainya.

Suatu cabaran hebat bagi guru untuk mengawal perasaannya memiliki rasa empati yang tinggi untuk dibebani dengan pelbagai alasan, jika pun tidak mereka hanya berdiam diri tanpa ada rasa ingin membaikpulihkan tingkah laku yang tidak sewajarnya.

Page 17: Kemahiran Interpersonal

Oleh itu, apa yang perlu dipertanggungjawabkan ke atas guru, nilailah setiap percakapan dan luahan mereka. Kenal pasti sama ada apa yang ucapkan merupakan fakta dan apa yang telah berbuku di hati mereka. Menurut Mansur dan Nordinar (2003), guru harus bersikap jujur dan menunjukkan sikap dukungan dengan gerak geri mengangguk atau sebagainya. Jika alasan tidak munasabah, berikan soalan-soalan mengapa alasan-alasan tersebut diwujudkan dan buatlah penilaian semula bersama-sama.

Menurut John (2004), mendengar secara aktif memerlukan hubungan mata pada jeda yang tetap, isyarat badan bersifat menyokong, memberi maklum balas secara tetap, menggunakan gaya bertanya menyokong dan mengelakkan tingkah laku negatif seperti perhatian terhala kepada perkara lain, keresahan atau membenarkan gangguan. Oleh itu, mendengar juga boleh dianggap sebagai proses rundingan.

Page 18: Kemahiran Interpersonal

1.4 Kemahiran BertanyaPelbagai garis panduan kemahiran bertanya telah dikenal

pasti oleh Abdullah dan Ainon (2002). Contohnya, pertanyaan terbuka, pertanyaan tertutup, pertanyaan untuk mendapatkan fakta, mengetahui perasaan, memperjelaskan maksud, mengembangkan perbincangan, pertanyaan meminta, pertanyaan berandaian, pertanyaan mengandungi arahan, pertanyaan menguji, pertanyaan sebagai gema, pertanyaan pihak ketiga dan pertanyaan meminta izin. Tetapi, yang menjadi isu adalah pertanyaan yang bertujuan memalukan dan bersifat manipulatif atau cuba mengongkong dan menyekat orang yang kita tanya supaya mengikut arahan kita sepenuhnya. Pertanyaan sebegini akan mengurangkan tahap hubungan kerana ia lebih berbentuk arahan dan pertuduhan.

Menurut Fadzilah dan Ahmad (2007) pula, untuk memahami seseorang melalui soalan, hendaklah mengajukan soalan yang sesuai, maka manusia cenderung mendedahkan dirinya terutama nilai kepercayaan mereka terhadap sesuatu.

Oleh itu guru harus pandai membezakan jenis-jenis persoalan yang ingin diajukan dan memperbetulkan niat pertanyaan agar hubungan antara guru dan murid tidak terjejas.

Page 19: Kemahiran Interpersonal

1.5 PenampilanBagaimana harus guru meremajakan

profesionalisme keguruan, salah satunya melalui penampilan interpersonal guru terhadap perkembangan muridnya. Menurut Mok Soon Sang (2004), guru sebagai agen sosialisasi dan role-model mampu menggambarkan bentuk penampilan yang tepat di mata anak-anak, ibubapa dan juga masyarakat.

Tetapi, yang lebih hebatnya adakah golongan remaja masa kini menganggap guru sebagai saingan. Jika benar andaian persaingan tersebut terjadi ia tidak menjadi masalah jika perkara tersebut dapat diurus dan diberi suatu pandangan yang positif. Maka di sinilah terletaknya sensitiviti guru dan antara cabaran yang harus guru perhebatkan lagi dari segi penampilan dan perwatakan baru yang harus dibawa.

Page 20: Kemahiran Interpersonal

Penampilan bukan sahaja boleh dikaitkan dengan pakaian yang bukan lagi menjadi masalah bagi guru. Tetapi, melalui prestasi kerja, kemahiran melayan, kebijaksanaan dalam menjawab persoalan mencabar, ilmu dan pengucapan juga menjadi nilaian anak-anak global masa kini (Fadzilah dan Ahmad, 2007).

Dari perspektif menetapkan standard seorang guru, Bryan (2004) menyatakan tentang ketampanan, kecantikan, kebersihan diri, tiada bau badan, kekemasan, kerapian rambut, solekan atau cukuran adakah ia kelihatan elok? Begitu juga gaya berjalan, teratur, mesra dan tidak terburu-buru adakah ia menarik perhatian dan mempesonakan?

Begitulah tanggapan anak murid yang punyai pelbagai citarasa dan kadang kala guru perlu meletakkan diri mereka sebagai selebriti bagi murid demi meraih tumpuan yang bukan menjadi kesalahan malahan memudahkan proses dalam pembinaan hubungan seterusnya pembelajaran.

Page 21: Kemahiran Interpersonal

Secara mudahnya, antara penyelesaian yang boleh dijadikan panduan menurut Abdullah dan Ainon (2003), secara ringkasnya pantang larang dalam pengucapan adalah sering kali meminta maaf di atas kekurangan dan kelemahan. Kadang kala murid atau pelajar tidak melihat di mana kelemahan tersebut, maka tidak perlulah ia dizahirkan.

Menurutnya lagi dalam pengucapan, gimik atau memperdayakan hadirin kadang-kala mempunyai unsur-unsur jenaka. Tetapi, ia tidak berhasil jika tiada kena mengena dengan isi pengucapan yang hendak disampaikan. Malahan guru boleh dianggap sebagai bahan ketawa kerana beraksi badut.

Memberi janji kosong juga bakal merosakkan kredibiliti seorang guru. Apa perlunya berjanji jika ia tidak dapat ditunaikan. Hubungan bukan sahaja menjadi renggang malahan tidak akan dipercayai dan membuatkan keadaan semakin parah (Noraini, 2002). Sikap hanya ingin meraih populariti tidak memberi apa-apa makna melainkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap guru. Guru hanya berangan-angan kosong sebagai wira sementara.

Page 22: Kemahiran Interpersonal

2. Fungsi KredibilitiBanyak faktor yang mempengaruhi kredibiliti seorang guru. Jika

berkemampuan guru disyorkan menggarab seberapa banyak cadangan-cadangan dan panduan berkenaan kredibiliti dalam menjalani kehidupan seharian di sekolah.

Menurut Rahim (2001), akauntabiliti sebagai seorang guru hendaklah mempunyai sijil atau ijazah dan kemahiran iaitu diploma pendidikan serta pengkhususan bidang-bidang tertentu. Sebagai seorang yang berkredibiliti, guru hanya perlu bercakap atau memberi nasihat di dalam perkara-perkara yang ia berkelayakan mengenainya. Andaian yang difikirkan, fakta atau ilmu yang dikemukan oleh guru akan mudah diterimapakai oleh murid walaupun ianya salah. Seterusnya kemungkinan perkara tersebut akan sampai kepada ibubapa mereka yang mengetahui kesilapan fakta tersebut. Akhirnya murid akan merasa sangsi dengan kebolehan dan kata-kata guru pada masa akan datang. Oleh itu, pengetahuan dan ilmu yang luas amat diperlukan guru untuk persediaan dalam pengajaran terhadap murid.

Seseorang yang berkredibiliti juga tidak bersikap berat sebelah dan mereka harus mempunyai daya tarikan tersendiri, bijak, lucu, menghiburkan, banyak persamaan dengan sifat-sifat natural orang kebanyakan, berfikiran terbuka, penuh dengan idea dan mempunyai pendapat-pendapat yang bernas (Fadzilah dan Ahmad, 2007). Bukan itu sahaja, murid juga akan rasa seronok apabila bercakap-cakap dengan guru mereka dan bersemangat untuk belajar. Menurut Eric Jenson, guru juga berpotensi memberi kesan yang amat besar sepanjang hayat mereka (Syukri, 2006). Oleh itu, kesan psikologi terhadap murid amat bermakna dalam pembinaan kredibiliti seorang guru.

Page 23: Kemahiran Interpersonal

Dalam membincangkan soal kredibiliti, karisma merupakan suatu unsur yang dapat membantu seseorang menjadi berpengaruh (Abdullah dan Ainon, 2003). Menurutnya, ia banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal seseorang. Susuk badan yang yang tinggi dan besar lebih berpengaruh dari susuk tubuh yang kecil, kurus dan rendah. Ini disebabkan, individu-individu yang dilihat sebagai seorang yang dinamis, juga dianggap mempunyai gaya hidup yang sihat, bertenaga dan berpersonaliti seimbang.

Bagaimana pun, sebagai seorang guru yang ingin mempengaruhi muridnya tetapi tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang dikehendaki, haruslah mempersiapkan dirinya dari pelbagai aspek. Fadzilah dan Ahmad (2007) menyatakan sebagai contoh, mereka harus hebat memperbincangkan isu-isu global dengan pengetahuan yang tinggi dan berkepakaran, tidak sekali-kali mempersoalkan perkara yang remeh-temeh, menepati masa, sentiasa bersedia, bercakap dengan gaya yang lancar, perkataan yang betul, tidak mencampur adukkan bahasa dengan bahasa-bahasa lain dan tidak tersekat-sekat.

Abdullah dan Ainon (2002) pula menyatakan, apabila berada dalam keadaan tidak selesa, mereka akan lebih tenang, tidak menunjukkan rasa cemas, gelisah, bimbang, membebel, banyak rungutan, serba tidak kena, tidak bergantung dan mengharapkan bantuan orang lain dan ini banyak memerlukan latihan dari semasa ke semasa. Tidak kira siapa pun mereka, karisma akan hadir dari kehebatan dalaman seseorang dalam mengawal emosi dan mindanya (Fadzilah dan Ahmad, 2007).

Page 24: Kemahiran Interpersonal

3. Rangsangan KreatifPemikiran kreatif telah banyak dibincangkan

dan dibahaskan secara ilmiah. Menurut kamus Webter’s (1994), pemikiran kreatif ialah, ”The ability to bring something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru. Kreativiti juga melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat dan dapat melakukan apa sahaja yang diinginkan malahan dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah serta menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti (Azhar et. al, 2006).

Page 25: Kemahiran Interpersonal

3.1 Peluang BereksplorasiGuru amat menyenangi apabila melihat pelajar

atau muridnya yang cergas dan punya daya kreatif yang tinggi. Sebagai orang yang lebih dewasa, sewajarnya guru membantu menumbuhkan kreativiti mereka dengan cara memberi ruang kepada mereka bereksplorasi. Suasana di luar bilik darjah banyak mendedahkan murid persekitaran yang boleh diamati, difikirkan dan diperbincangkan (Majalah Nur, 2008).

Menurut Sarina dan Yusmini (2007), kaedah pengalaman atau pendedahan kendiri dianggap dapat memberi ruang kepada pelajar bagi meluahkan perasaan, emosi dan pemikiran. Ia juga memudahkan murid memperolehi maklumat. Masa dan pengalaman mereka haruslah selari (Mc Farland, 1965). Oleh itu, kanak-kanak memerlukan waktu panjang dan tidak boleh digesa-gesa untuk melakukan penerokaan. Berikan waktu untuk melihat segala kemungkinan, berpindah dari idea popular kepada idea yang lebih unik dan asli.

Page 26: Kemahiran Interpersonal

3.2 Penyelesaian masalahPenyelesaian masalah secara kreatif, menggalakkan

guru menggunakan masalah yang biasa terjadi dalam kehidupan sehari-hari untuk mendengar pertanyaan dan minta penjelasan mengenai sesuatu yang murid lihat.

Menurut teori Kohler, penyelesaian masalah sebenarnya memerlukan celik akal. Kohler percaya penyelesaian masalah tidak akan berlaku tanpa rancangan dan pemikiran realistik (Azizi et. al, 2005).

Oleh itu, pemikiran yang realistik melalui penjelasan dan kata-kata murid boleh diambil dan diamati untuk melihat sejauh mana tahap kekreatifan murid menyelesaikan masalah melalui pengalamannya. Terima apa sahaja idea walaupun itu kedengaran luar biasa. Menurut Rogers berkenaan konsep kendiri, penghargaan kepada usaha mereka memberi sedikit motivasi dan sokongan agar mereka mempercayai kemampuan yang dimiliki (Arkes, 1982). Biarkan juga murid memiliki kebebasan dan bertanggungjawab malah bersiap dengan sebab-sebab tindakannya (Majalah Nur, 2008)

Page 27: Kemahiran Interpersonal

3.3 Sumber InspirasiKanak-kanak biasanya sukar menjadi kreatif tanpa

inspirasi yang konkrit. Justeru itu, menurut Azhar et. al (2006), pendidik berupaya memupuk dan memperkayakan kebolehan dan bakat kreativiti orang yang dididiknya. Selain daripada itu, murid lebih senang menggambarkan sesuatu secara langsung menurut rasa atau memori mereka. Seperti yang digambarkan oleh Bruner berkenaan faktor kesediaan belajar murid adalah dari kemahiran asas, pengalaman, minat dan sikap murid yang dipupuk oleh guru dalam set induksi yang menarik perhatiannya (Mok Soon Sang, 2004). Memori ini akan jadi lebih cemerlang dan mudah dijangkakan melalui persiapan dan provokasi orang dewasa. Oleh itu, perspektif yang berbeza harus diperkenalkan. Budaya, adat, kepercayaan, nilai, norma, institusi dan produk-produk komuniti yang diturunkan dan diwarisi oleh generasi-generasi memberi impak ke atas pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang itu (Rahil dan Habibah, 2007).

Page 28: Kemahiran Interpersonal

3.4 Menekankan Soal Proses

Begitu juga guru yang efektif lebih menekankan soal proses dan bukannya hasil. Menikmati dan berperasaan santai dalam proses kreativiti secara langsung akan timbulnya kepercayaan diri. Penghargaan yang diberikan juga turut membantu menikmati proses tersebut sekali gus mengurangkan tekanan di mana pengurangannya dapat meningkatkan kreativiti (Majalah Nur, 2008).

Page 29: Kemahiran Interpersonal

4. Guru Sebagai KaunselorIsu-isu dan cabaran dalam dunia pendidikan tidak

boleh lari dari masalah disiplin yang berpunca daripada kurangnya penerapan nilai murni dalam diri seseorang. Menurut Othman (1995) lagi, istilah masalah tingkah laku meliputi tingkah laku yang liar seperti agresif, melawan, bermusuhan, suka bergaduh, memencilkan diri, tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah, bertingkah laku secara introvert, sukar menumpukan perhatian, kurang berminat, malas, suka berkhayal, pasif, masalah kurang kemahiran bersosial dan mempunyai konsep kendiri yang negatif, berasa bimbang, mempunyai sifat suka memaksa, prejudis dan mengamalkan tingkah laku yang biasa kedapatan pada mereka yang tidak matang.

Oleh itu, murid memerlukan motivasi dan sokongan daripada guru-guru sekali gus meletakkan diri mereka sebagai kaunselor untuk setiap pelajar di sekolah begitu juga terhadap masyarakat.

Page 30: Kemahiran Interpersonal

Sebagai guru yang mampu beranggapan diri mereka sebagai kaunselor perlulah menuntut serba sedikit ilmu atau panduan mengendalikan sesi tolong bantu anak-anak. Menurut Mansur dan Nordinar (2003), terdapat peringkat-peringkat proses kaunseling yang telah dirumuskan dan disimpulkan secara ringkas seperti berikut:

4.1 Keseluruhan proses kaunseling mempunyai kekuatan psikologi tersendiri yang boleh memecahkan benteng-benteng permasalahan. Agenda pertama iaitu menerima klien seadanya seterusnya kepada pembinaan hubungan merupakan suatu pendekatan awal untuk memulakan sesi pernyataan masalah.

4.2 Seterusnya, di peringkat meneroka masalah sekaligus mencari puncanya memerlukan kemahiran-kemahiran asas dalam mengajukan soalan dan memahami serta empati oleh kaunselor dan ia merupakan suatu usaha ke arah menyelesaikan masalah klien dalam menentukan rawatan yang perlu mereka jalani.

Page 31: Kemahiran Interpersonal

4.3 Membina matlamat bersama merupakan suatu peringkat yang menunjukkan klien hampir berubah dari segi kepercayaan, keyakinan dan tingkah lakunya bahkan semakin matang dalam perancangan hidupnya. Bantuan kaunselor juga memberi ruang lebih luas untuk klien melihat peluang-peluang kejayaan dengan sikap, minda dan emosi yang bermotivasi.

4.4 Di peringkat alternatif-alternatif yang disarankan, klien akan belajar bagaimana membuat keputusan yang sesuai dan terbaik tentang dirinya demi masa hadapan. Segala buruk baik diberi renungan bersama yang mendalam serta penilaian dalam apa sahaja pilihan klien berkenaan alternatif yang disenaraikan.

4.5 Strategi dan langkah-langkah yang dikendalikan oleh kaunselor merupakan jenis rawatan yang hendak dipilih bersesuaian dengan masalah klien. Apa sahaja strategi yang dilakukan hendaklah memberi penekanan dalam perubahan tingkah lakunya. Kaunselor juga akan mewujudkan beberapa unsur kritikal jika terdapat risiko yang perlu dihadapi oleh klien dan bagaimana cara mereka mengatasinya.

Page 32: Kemahiran Interpersonal

4.6 Penilaian dalam pelan tindakan yang dibina oleh kaunselor dan dilaksanakan oleh klien perlu dibuat dan melihat sejauh mana maklum balas yang diterima sama ada ia berkesan atau pun tidak. Di peringkat terakhir dalam sesi kaunseling ini pengubahsuaian dalam tindakan boleh dilakukan jika keadaan sedemikian memerlukan.

Oleh itu, kesungguhan, usaha dan penguasaan kemahiran kaunseling mengendalikan sesi kaunseling untuk mencapai objektif bergantung kepada kemampuan guru. Melalui pengalaman, latihan, pembacaan dan pendedahan berkenaan kaunseling juga dapat membantu sesebuah kejayaan dalam proses kaunseling.

Page 33: Kemahiran Interpersonal

KesimpulanDapat dirumuskan bahawa, isu yang berkaitan dengan

perkembangan psikologi seseorang ialah pada zaman atau peringkat bila pembentukan itu berlaku. Ia banyak berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja walaupun tidak secara keseluruhannya kekal kemungkinan mereka akan berubah apabila dewasa. Menurut Rahil dan Habibah (2007), tingkah laku ditentukan oleh pelbagai faktor, antaranya, motivasi, situasi, menyukai tugasan yang diberi, beban kerja, mempunyai masalah peribadi, faktor warisan, baka, pengalaman atau persekitaran. Oleh itu, ciri-ciri interpersonal guru yang positif, selain daripada memahami kehendak psikologi murid ia termasuklah berkemahiran asas, miliki daya pemikiran kreatif, konsep kendiri positif, harga diri dan kredibiliti, motivasi pencapaian yang tinggi, sikap positif terhadap cabaran hidup, ciri kepimpinan yang tinggi dan pembentukan moral dan nilai yang baik harus ditunjukkan secara eksplisit.

Page 34: Kemahiran Interpersonal

Jika dianalisis satu persatu ciri-ciri interpersonal yang positif tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa selain faktor dalaman, unsur-unsur luaran atau persekitaran memainkan peranan dalam pembentukan personaliti guru secara tidak langsung melibatkan murid. Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat akan membolehkan guru melengkapi ilmu dan kemahiran terkini, supaya berjaya melaksanakan tugas sebagai pendidik yang berwibawa (Mok Soon Sang, 2004).

Page 35: Kemahiran Interpersonal

Rujukan• Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Guru. PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.• Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2003. Teori & Teknik Ucapan Berpengaruh.

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.• Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2006. Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik

Darjah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.• Abdul Rahim M. Ali. 2001. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur.• Arkes, H.A. 1982. Psychological Theories Of Motivation. Belmont, California:

Wadworth.• Azizi Yahya, Sharin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhamad. 2008. Tip

Menangani Buli Di Sekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

• Bryan Coombs. 2004. Mengajar Secara Efektif. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

• Fadzilah Kamsah Dan Ahmad Naim Jaafar. 2007. Tip Menjadi Individu Menarik. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

• Habibah Elias Dan Noran Fauziah Yaakub. 2002. Psikologi Personaliti. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Page 36: Kemahiran Interpersonal

• Jas Laile Suzanna Jaafar. 2002. Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

• John West-Burnham. 2004. Mengembangkan Professionalisme Di Sekolah. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

• Lynda Field. 2000. 60 Ways To Make Your Life Amazing. Vermilion. London.

• Mc Farland. 1965. Psychology And Teaching Second Edition. George G. Harrap & Co. LTD. London.

• Merriam. 1994. Merriam Webster’s Collegiate Dictionary Tenth Edition. Massachusetts, U.S.A.

• Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim. 2006. Permainan Kreatif Untuk Guru Dan Jurulatih. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

• Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah Edisi Ketiga. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.

• Muhd. Mansur Abdullah, S. Nordinar Mohd. Tamin. 2003. Proses Kaunseling Edisi Kedua. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

• Mustapha Abd. Rahman.1992. Hadis Empat Puluh. Dewan Pustaka Fajar. Kuala Lumpur.

• Noraini Ahmad. 2002. Kaunseling Kekeluargaan. Utusan Publications & Distributors SDN. BHD. Kuala Lumpur.

Page 37: Kemahiran Interpersonal

• Othman Md. Johan. 1995. Pembinaan Senarai Semak Masalah Tingkah Laku. Jil. 1. Bil. 2. Hal. 83. UTM, Skudai.

• Phyllis Hostler. 1965. The Child’s World. Penguin Books Ltd. England.

• Robiah K. Hamzah. 2003. Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Berbudaya Positif. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

• Shukri Abdullah. (2006). Anakku Bijak Belajar. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Setapak, Kuala Lumpur.

• Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Dan Yusmini Md. Yusoff. (2007). Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpersonal Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.