12
PENGENALAN Kerjaya sebagai seorang guru memerlukan guru menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi malah guru juga perlu sentiasa meningkatkan tahap keprofesionalisme mereka seiring dengan perubahan zaman yang sentiasa maju ke hadapan terutama dalam dunia ledakan teknologi maklumat. Kemahiran profesional keguruan harus dikuasai oleh seseorang yang bergelar pendidik. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). A. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PROFESIONAL GURU 1. Kemahiran belajar Proses pembelajaran merupakan proses berterusan semenjak kita lahir sehingga ke akhir hayat. Manusia menggunakan organ deria untuk memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka. Dalam kemahiran belajar ia banyak melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Ia merangkumi segala kemahiran seperti memerhati, membaca, menulis, meniru, menghafal, mengandai, memahami, menganalisis, mensintesis, menilai dan mengingat. Kemahiran belajar adalah kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan

Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

  • Upload
    norihan

  • View
    1.014

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENGENALAN Kerjaya sebagai seorang guru memerlukan guru menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi malah guru juga perlu sentiasa meningkatkan tahap keprofesionalisme mereka seiring dengan perubahan zaman yang sentiasa maju ke hadapan terutama dalam dunia ledakan teknologi maklumat. Kemahiran profesional keguruan harus dikuasai oleh seseorang yang bergelar pendidik. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, berkomun

Citation preview

Page 1: Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

PENGENALAN

Kerjaya sebagai seorang guru memerlukan guru menguasai ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang tinggi malah guru juga perlu sentiasa meningkatkan tahap keprofesionalisme

mereka seiring dengan perubahan zaman yang sentiasa maju ke hadapan terutama dalam

dunia ledakan teknologi maklumat.

Kemahiran profesional keguruan harus dikuasai oleh seseorang yang bergelar pendidik.

Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar,

pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT).

A. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PROFESIONAL GURU

1. Kemahiran belajar

Proses pembelajaran merupakan proses berterusan semenjak kita lahir sehingga ke

akhir hayat. Manusia menggunakan organ deria untuk memperolehi pengalaman dan ilmu

pengetahuan yang terdapat di persekitaran mereka. Dalam kemahiran belajar ia banyak

melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang

kognitif, psikomotor ataupun afektif. Ia merangkumi segala kemahiran seperti memerhati,

membaca, menulis, meniru, menghafal, mengandai, memahami, menganalisis,

mensintesis, menilai dan mengingat.

Kemahiran belajar adalah kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses

maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan dapat mengaplikasikan

yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang berkaitan. Oleh itu dalam

proses pembelajaran berkesan ia memerlukan kemahiran memerhati, mengandai,

memahami, mengingat, memikir dan menaakul. R.M Gagne membahagikan hasil

pembelajaran berdasarkan tiga jenis kemahiran belajar iaitu kemahiran kognitif, kemahiran

menerima dan memahami isyarat, serta kemahiran mengaturkan strategi belajar.

Seorang guru harus menguasai kemahiran belajar. Sebagai seorang pendidik yang

bertanggungjawab , ia hendaklah mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya

usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang

canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang

kian mencabar. Latihan perguruan yang diterima dahulu dianggap kurang sesuai untuk

Page 2: Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

mencapai matlamat pendidikan dalam alaf baru. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan

perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hendaklah

sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan

kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

2. Kemahiran berfikir

Guru hendakah menguasai ciri-ciri kemahiran berfikir bagi menghadapi cabaran

perguruan dan melaksanakan tugasnya secara profesional.Pemikiran merupakan proses

yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan aktiviti-

aktiviti menyusun idea, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran

baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah. Ringkasnya, kemahiran berfikir

ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang itu cekap

menyusun maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau

keputusan yang tepat untuk tindakan sistematik dan wajar.

Guru yang berinovatif akan memberi peluang kepada murid-muridnya

memperkembangkan daya intelek dan kemahiran berfikir. Dalam hal ini guru harus ada

teknik menyoal dalam aktiviti p&p. Teknik- teknik yang menggalakkan perkembangan

kemahiran berfikir secara analitis, kritis dan rasional boleh didapati daripada Cort Thinking

Programme yang disediakan oleh yang disediakan oleh Dr. Edward de Bono. Menurut

beliau, kemahiran berfikir seseorang pelajar boleh dipertingkatkan melalui teknik-teknik

seperti mengadakan perbincangan diantara pelajar dengan mempertimbangkan sesuatu

idea atau isu dari segi kebaikan atau kelemahan, menggunakan teknik penyelesaian

masalah yang sesuai,mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau

keputusan, meneliti segala akibat yang mungkin berlaku, meninjau idea atau pandangan

dari sudut pandangan orang lain dan memahami dan menentukan tujuan dan objektif

sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

3. Kemahiran Merancang

Kejayaan seseorang guru sebagai pengajar bergantung kepada perancangan

mengajarnya. Di sini guru mesti pandai merancang untuk mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran. Untuk itu guru mesti bijak merancang dalam menentukan objektif

pelajaran, memilih isi pengajaran , memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang

Page 3: Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran, memilih dan menyediakan bahan- bahan pelajaran

serta menyedia dan menguruskan kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti-

aktiviti pembelajaran.

Sekiranya perancangan guru adalah baik, ia akan melicinkan pelaksanaannya dan

seterusnya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.

4. Kemahiran Mengajar

Tugas guru adalah mengajar. Untuk itu guru hendaklah menguasai kemahiran

mengajar. Mengajar meliputi aktiviti memotivasikan murid-murid supaya bersedia belajar,

menyampaikan isi pelajaran, membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran,

mengurus murid-murid supaya mereka berdisiplin, menggerakkan murid-murid dengan

aktiviti soal jawab supaya mendapat gerakbalas mereka dan interaksi yang positif,

membimbing murid menjalankan aktiviti pengukuhan, memberi peneguhan dan menutup

pelajaran dengan teknik yang sesuai supaya mendapat pengulangan tingkahlaku yang

positif pada masa kelak..Kemahiran mengajar amat penting untuk guru kerana murid-murid

hanya dapat memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran jika proses

pelaksanaan rancangan mengajar guru itu sistematik dan teratur. Oleh itu pencapaian

objektif pelajaran amat bergantung kepada kecekapan guru mengendalikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

B. PENINGKATAN TAHAP PROFESIONALISME GURU

Peningkatan profesionalisme dalam keguruan adalah penting untuk mencapai

kecemerlangan akademik dan meningkatkan kualiti pendidikan. Justeru itu, untuk mewujud

dan mengekalkan sistem pendidikan yang berkualiti, penekanan harus diberi kepada

perkembangan profesionalisme keguruan secara berterusan. Antara strategi yang

membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalam

perkhidmatan, amalan refleksi dan penulisan reflektif, dan portfolio pengajaran, penyelidikan

tindakan,amalan konsep “belajar seumur hidup”, perkembangan professional melalui

networking dan program secara “on-line” , sistem pementoran dan aktiviti diskusi di Pusat

Kegiatan Guru.

Page 4: Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

1.Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan

Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam

mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih

semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan

memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang

diingini. Sebagai guru, mereka semestinya memperbaiki pembelajaran pelajar dengan

melanjutkan pengetahuan profesional dan menguasai dan mengembangkan kemahiran-

kemahiran .

.

Guru yang berpandangan progresif mampu memperkasakan diri dengan pengetahuan,

kemahiran dan cara pengajaran-pembelajaran baru melalui kursus-kursus pendidikan

dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat

Pendidikan Daerah ataupun dari pihak swasta.

Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan

latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru

seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan

Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan

meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.

2. Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif

Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional. Ia

bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang

konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi asas dalam

mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan

pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan

seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan

mengambil tindakan.

Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan

kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses

pembelajaran mereka dengan efektif.

Page 5: Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme

mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu

strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian

kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner &

Liston, 1987).

Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada

refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan

yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru

merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang

tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat

membantu guru memperkasakan diri dalam bidang profesionalnya.

Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan

perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan

dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan

dipertikai dan diperkembangkan. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh

pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran

yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain.

3. Portfolio Pengajaran Mengenai Pengajaran Dan Refleksi

Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta

meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses perkembangan

portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat refleksi tentang perkembangan

dan perubahan pelajarnya sepanjang masa. Apabila seseorang guru meneliti amalan

pengajaran sendiri, sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri

terhadap tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan

diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah. Menurut Shulman (1987), melalui portfolio

pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan

tindakan mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi

tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Loughran &

Corrigan, 1995; Seldin, 1997). Dengan mengimbas balik pengalaman-pengalaman lepas

dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau

Page 6: Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi

membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses refleksi

memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumber-sumber lain. Proses membina portfolio

merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran, keberkesanan strategi-strategi

pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang.

Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk

menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah mengetahui,

mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak,

mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang perlu

disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu

mengamal tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.

4.Penyelidikan Tindakan

Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk

meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional. Idea-

idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai.

Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang

memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang “what’s going on”, “why things are happening that

way” dan “how are we going to resolve the problem”. Kesedaran tentang keputusan pedagogi

dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif,

dokumentasi dan tindakan. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan

proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan

profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan

amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat.

5.Amalan Konsep “Belajar Seumur Hidup”

Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep “belajar seumur hidup”.

Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan

pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan

serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan

pengajaran . Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur

hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era

Page 7: Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus

mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan

guru-guru lain yang lebih berpengalaman.

6.Perkembangan profesional melalui networking dan program secara “on-line”

Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat

jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej

pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan kemahiran dengan mereka.

Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh

mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”.

7.Sistem Pementoran

Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah sistem pementoran di

sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih

berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam

penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan

mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat,

dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka.

Dalam sistem pementoran ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses perkembangan di

mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal pasti kebolehan, pengalaman dan

kematangan psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti

yang akan membawa kepada peningkatan profesionalismenya.

8. Diskusi di Pusat Kegiatan Guru

Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan

perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan

membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping

mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-

guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-

rakan, membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-

Page 8: Kemahiran Profesional Guru dan Peningkatan Profesionalisme Perguruan

strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka merefleksi dan membincang sesama

rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi “more thoughtful teachers”.

Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman

bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan

pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

KESIMPULAN

Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan

tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam

tentang diri sendiri dan amalan pengajaran – pembelajaran. Selain mempunyai kemahiran-

kemahiran profesional guru yang sedia ada, mereka juga harus meningkatkan profesionalisme

diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak

mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi

dan globalisasi.