KENAL BAHAN Fabrik

  • Upload
    maryani

  • View
    618

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

OBJEKTIF : Menerangkan jenis dan ciri fabrik asli iaitu kapas, linen, benang sayat dan sutera. Menerangkan jenis dan ciri fabrik buatan manusia, iaitu poliester dan nilon.

Menyatakan prinsip pemilihan pakaian dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian. Memilih stail dan corak pakaian yang sesuai dengan bentuk badan.

PENGELASAN FABRIKSesetengah gentian fabrik boleh diperolehi daripada sumber asli seperti tumbuhan dan haiwan. Fabrik yang terhasil dipanggil fabrik asli. Fabrik juga dapat dibuat dengan cara kimia. Fabrik yang terhasil dipanggil fabrik buatan.

Rajah pengelasan fabrik :Pengelasan fabrik Fabrik buatan

Fabrik asli

Sumber tumbuhan

Sumber haiwan

Poliester

Nilon

Kapas

Benang sayat

Linen

Sutera

A. Fabrik asliFabrik asli diperoleh daripada sumber semula jadi, sama ada daripada sumber tumbuhan seperti kapas dan linen atau daripada sumber haiwan seperti benang sayat dan sutera. Gentian asli daripada tumbuhan mengandungi selulosa yang diperoleh daripada biji, batang, daun atau buah tunbuhan. Selulosa tumbuhan ini memberikan kekuatan kepada gentian tumbuhan.

1) Fabrik kapasKapas berasal dari buah pokok kapas yang mengeluarkan gentian pendek, lembut, dan gebu. Fabrik kapas mudah didapati, senang dikendalikan, dan selesa dipakai.

Ciri-ciri fabrik kapas1) Teguh dalam keadaan basah atau kering 2) Mudah menyerap lembapan 3) Tahan pada cahaya matahari 4) Pengalir haba yang baik 5) Mudah renyuk 6) Tahan pada suhu yang tinggi 7) Tahan asid lemah dan alkali

2) Fabrik linenLinen berasal selulosa batang fleks. Batang fleks berwarna kuning dan bunganya berwarna biru. Gentiannya pendek dan kasar.

Pokok flax linen.

Ciri-ciri fabrik linen1) Paling teguh 2) Menyerap lembapan 3) Tahan cahaya matahari 4) Pengalir haba yang baik 5) Mudah renyuk 6) Tahan suhu tinggi 7) Tahan pada asid lemah dan alkali

3) Fabrik benang sayatBenang sayat diperolehi daripada bulu kambing biri-biri. Kualiti gentiannya bergantung kepada baka, iklim dan kaedah penternakan.

Ciri-ciri fabrik benang sayat 1)Teguh apabila kering 2)Penyerap lembapan yang baik 3)Penebat yang baik 4)Mudah renyuk 5)Rosak pada suhu tinggi 6)Rosak oleh alkali dan asid pekat

4) Fabrik suteraFabrik sutera dihasilkan dari kepompong ulat sutera. Kepompong ulat sutera ini dihasilkan daripada kupu-kupu Bombyx mori yang memakan daun malberi.

Ciri-ciri fabrik sutera1) Teguh semasa kering, kurang kukuh bila basah 2) Menyerap lembapan dengan baik 3) Tidak tahan cahaya matahari 4) Pengalir haba yang baik 5) Mudah renyuk 6) Sensitif pada suhu tinggi 7) Mudah rosak oleh asid dan alkali

B. Fabrik buatanFabrik buatan pada asasnya dibuat daripada tindak balas bahan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu, air, udara dan selulosa. Contoh fabrik buatan ialah nilon dan poliester.

1) Fabrik nilonNilon dibuat daripada campuran bahan kimia dan petroleum, arang batu, udara dan air.

Ciri-ciri fabrik nilon1) Paling kukuh 2) Tidak menyerap lembapan 3) Tahan cahaya matahari 4) Penebat haba yang baik 5) Kenyal dan mudah renyuk 6) Sensitif pada suhu tinggi 7) Tahan asid dan alkali

2) Fabrik poliester Fabrik poliester dibuat menggunakan campuran bahan kimia dan petroleum.

Ciri-ciri fabrik poliester1) Kukuh 2) Tidak menyerap lembapan 3) Tahan cahaya matahari 4) Penebat haba yang baik 5) Kenyal, tidak mudah renyuk 6) Sensitif pada haba 7) Lemah pada alkali

SEKIAN