Upload
nurul-syafiqa-mahadhir
View
3.097
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 PERDANA TAHUN 2011
RINTITAN PERISTIWA YANG MEMBAWA KEPADA PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH :-
• Perlantikan Sayidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah kurang dipersetujui dan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan puak bani Umaiyah• Tindakan drastik Sayidina Ali memecat Muawiyah bin Abi Sufian sebagai Gabenor di Syam menyerlahkan lagi penentangannya terhadap Sayidina Ali sehingga berlaku peperangan Siffin ( tahun 40 Hijrah/ 660 Masihi) yang berakhir dengan Majlis Tahkim•Keadaan bertambah tegang apabila munculnya pihak Khawarij yang tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim sehingga mereka bertindak membunuh khalifah Ali pada tahun 40 Hijrah• Selepas kewafatan khalifah Ali, penduduk Kufah dan golongan Syiah telah melantik Sayidina Hassan bin Ali menjadi khalifah• Walau bagaimanapun, Sayidina Hassan telah menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah bin Abi Sufian secara sukarela dengan beberapa syarat• Akhirnya jawatan khalifah secara rasmi diserahkan kepada Muawiyah bin Abi Sufian setelah beliau bersetuju dengan syarat yang ditetapkan
CARA PELANTIKAN MUAWIYAH BIN ABI SUFIAN SEBAGAI KHALIFAH PERTAMA KERAJAAN BANI UMAIYAH:-
• Muawiyah bin Abi Sufian dilantik menjadi khalifah melalui penyerahan jawatan secara sukarela oleh Sayidina Husin bin Ali kerana mementingkan perpaduan di kalangan umat Islam yang mula berpecah selepas kewafatan Sayidina Ali bin Abi Talib• Sebelum penyerahan kuasa dibuat, Sayidina Husin telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan dipersetujui oleh Muawiyah, antaranya ialah;- a. Mesti memerintah berdasarkan Al-Quran dan Hadis b. Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Rasulullah
S.A.W c. Pemilihan jawatan khalifah selepasnya mesti dibuat melalui
mesyuarat atau Majlis Syura
Nama penuhnya ialah Muawiyah bin Abi Sufian bin Harb bin Umaiyah
Memeluk Islam bersama-sama keluarganya semasa pembukaan Kota Makkah
Dilantik oleh Rasulullah S.A.W sebagai jurutulis baginda semasa di Madinah
Beliau dilantik sebagai Gabenor di Syam (Syria) sejak zaman khalifah Umar al-Khattab sehingga dipecat oleh Khalifah Ali bin Abi Talib
SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
Aspek Huraian
Pengasas Muawiyah bin Abi Sufian
Masa pemerintahan Bermula pada tahun 40 – 132 Hijrah ( 660 – 749 Masihi )
Bilangan khalifah Seramai 14 khalifah
Pusat pemerintahan Damsyik
Asal usul nama Umaiyah Diambil sempena nama moyang khalifah pertama kerajaan Bani Umaiyah, iaitu Muawiyah bin Abi Sufian bin Harb bin Umaiyah
Sistem pemerintahan Berdasarkan sistem monarki (warisan) iaitu penggantinya akan ditentukan oleh khalifahnya sendiri
Bahasa rasmi Bahasa Arab
Tumpuan pemerintahan i) Memperkuatkan kerajaan Islamii) Memperluaskan wilayah takluk di Timur dan Barat
Dasar pemerintahan i) Mengamalkan dasar nasionalisme sempit iaitu mengutamakan orang Arab sahaja menjawat jawatan penting dalam negara
ii) Menggalakkan fahaman taksub kepada kabilah/keturunan
Hubungan diplomatik Tidak menjalin hubungan dengan negara luar
PERINGKAT MASA PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH:-
PERINGKAT MASA PEMERINTAHAN
Zaman Kelahiran Kerajaan Bani Umaiyah
i) Bermula pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian
ii) Berakhir dengan pemerintahan Muawiyah bin Yazid
Zaman keturunan Marwan bin al-Hakam atau dikenali sebagai Zaman Kemajuan
i) Bermula pemerintahan Marwan bin al-Hakam
ii) Berakhir kepada zaman kejatuhan iaitu semasa pemerintahan Marwan bin Muhammad
Zaman Kerajaan Umaiyah di Andalus
i) Diasaskan dan bermula oleh Abd Rahman Ad-Dahil pada 137 Hijrah
ii) Berakhir dengan pemerintahan Hisyam pada 399 Hijrah
SENARAI KHALIFAH KERAJAAN BANI UMAIYAH :-
Muawiyah bin Abi Sufian [ 40-60 H / 660-680 M ] Yazid bin Muawiyah [ 60-64 H / 680-684 M ] Muawiyah bin Yazid [ 64 H / 684 M ] Marwan bin al-Hakam [ 64-65 H / 684-685 M ] Abdul Malik bin Marwan [ 65-86 H / 685-705 M ] Al-Walid bin Abdul Malik [ 86-96 H / 705-715 M ] Sulaiman bin Abdul Malik [ 96-99 H / 715-717 M ] Umar bin Abdul Aziz [ 99-101 H / 717-720 M ] Yazid bin Abdul Malik [101-105 H / 720-724 M] Hisyam bin Abdul Malik [ 105-125 H / 724-743 M ] Al-Walid bin Yazid [ 125-126 H / 743-744 M ] Yazid bin Al-Walid [ 126 H / 744 M ] Ibrahim bin Al-Walid [ 126 H / 744 M] Marwan bin Muhammad [ 127-132 H / 744-749 M]
PERKEMBANGAN KETENTERAAN
1) Bidang kuasa khalifah semasa zaman Khulafa’ ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umaiyah:-
a. Memimpin angkatan perang b. Mengisytiharkan peperangan c. Menandatangani perdamaian dengan pihak musuh d. Melucutkan jawatan panglima tentera
2) Jenis angkatan tentera yang ditubuhkan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah:-
a. Angkatan berkuda b. Pasukan berkenderaan c. Tentera berjalan kaki
3) Corak latihan ketenteraan yang diamalkan pada zaman Bani Umaiyah ialah semua tentera dilatih berperang pada musim panas dan musim sejuk.
4) Pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang ketenteraan:-
a) Semasa pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian :-
i) Mengemas kini angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera Parsi
ii) Membahagikan tentera Islam kepada lima pasukan iii) Menubuhkan angkatan perang yang teratur iv) Melengkapi angkatan perang dengan peralatan yang moden dan
canggih v) Melatih anggota tentera berperang pada musim panas dan sejuk vi) Memperlengkapkan angkatan tentera dengan peralatan yang moden
dan canggih vii) Menyusun pasukan tentera laut dengan teratur
b) Semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan :- i) Mewajibkan setiap rakyat menjadi tentera ii) Menubuhkan jabatan khas yang dikenali sebagai Dewan al-Jund yang
dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus hal-ehwal ketenteraan
5. Bentuk kedudukan tentera Islam dalam operasi peperangan yang dipraktikkan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah khususnya Muawiyah bin Abi Sufian, iaitu membahagikan angkatan tentera kepada lima pasukan :-
6. Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian dalam menyusun pasukan tentera laut :-
a. Menambah bilangan kapal perang berjumlah 1700 buah. b. Membina pangkalan tentera laut yang berpusat di Tunisia c. Memajukan pelabuhan Iskandariah di Mesir dan pelabuhan di Syria
sebagai pusat pangkalan tentera
7. Tokoh panglima tentera pada zaman Bani Umaiyah :-
PANGLIMA PERANG MEMBUKA WILAYAH
Muhammad bin al-Qasim as-Saqafi
Sind di India
Tariq bin Ziad Andalus (Sepanyol)
Qutaibah bin Muslim al-Bahili
Khurasan
Musa bin Nusair Afrika Utara
Musalamah bin Abdul Malik Memusnahkan kubu-kubu Rom di Constantinople
Mahlab bin Abi Suffrah Bahagian Wara’ an-Nahr
Uqbah bin Nafik Qairawan
JAJAHAN TAKLUK KERAJAAN BANI UMAIYAH
16
Perbandingan ketenteraan pada zaman Bani Umaiyah dengan Khulafa’ ar- Rasyidin :
BANI UMAIYAH PERBEZAAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
Secara sukarela tetapi akhirnya ditukar menjadi kerahan tenaga
CARA PEMILIHAN TENTERA
Secara sukarela
Mengutamakan bangsa Arab
PERLANTIKAN PANGLIMA TENTERA
Terbuka kepada semua bangsa
Musim panas dan sejuk LATIHAN TENTERA
Umum
Pusat penyebaran dan perkembangan ilmu di Kota BASRAH
Bidang ilmu yang diterokai :-a)Ilmu nakli seperti al-Quran, Tafsir, Qiraat, Nahu, Tauhid dan Fekahb)Ilmu akli seperti Mantik, Hisab, Geografi dan Sejarah
Bukti khalifah Bani Umaiyah mengambil berat tentang pendidikan :-a)Khalifah bertindak sebagai penggalak kepada perkembangan ilmub)Khalifah sendiri menjadi ulama yang alim dalam bidang ilmu seperti Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Azizc)Para ilmuan dan sasterawan mendapat tempat istimewa di istana khalifahd)Mendirikan banyak tempat pengajian dalam pelbagai bidang ilmue)Mendidik rakyat agar membudayakan ilmu dalam kehidupan harian
Bukti ilmu pengetahuan berkembang pesat pada zaman kerajaan Bani Umaiyah :-a)Lahir ramai ulama dan sarjana muslim dalam pelbagai bidangb)Giatnya aktiviti penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan telah mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai At-Tadwinc)Kota Cordova (di Andalus) telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada kurun ke-10 Masihid)Andalus menjadi tumpuan ramai pelajar dari Eropah untuk menuntut ilmu e)Di Andalus, terdapat beberapa buah kolej, universiti dan 70 buah perpustakaan yang menjadi tempat rujukan para sarjana.
Kesan perkembangan pesat pendidikan kepada bangsa Eropah :-a)Kota Cordova di Andalus telah menjadi pusat ilmu pengetahuan pada kurun ke-10 Masihib)Sarviel, Toledo dan Granada di Andalus menjadi tumpuan ramai pelajar dari Eropah datang menuntut ilmuc)Karya sarjana Islam telah dibawa ke Eropah dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Perancisd)Idea dan pemikiran sarjana Islam telah mempengaruhi pemikiran masyarakat di Eropah sehingga membawa kepada zaman pembaharuan- Renaissance
Tokoh ulama dan ilmuan terkenal yang lahir pada zaman kerajaan BANI UMAIYAH
BIDANG ILMU NAMA TOKOH
Perundangan Islam -Imam Abu Hanifah-Imam Malik
Bahasa dan Sastera Arab -Khalil bin Ahmad-Sibawih-Abu al-Aswad ad-Dawali-Ibnu Hazam-Ibnu Zaid
Sastera -Al-Faruq-Jarir Amru bin Abi Rabiah-Jamil al-Azraie
Muzik -Zarib -Ibnu Farnas
Perubatan -Ibnu Sina-Ar-Razi-Ibnu az-Zahrawi
Falsafah -Ibnu Rusyd-Ibnu Bajah-Al-Farabi
Kekuatan sektor utama ekonomi negara :-a)Pertanianb)Perdagangan
Usaha yang dilakukan bagi meningkatkan ekonomi negaraa)Pertanian i) Saliran air dibina bagi mengairi kawasan pertanian ii) Membuat penyelidikan pertanian iii) Membina jalan raya
b) Perdagangan i) Membina pelabuhan bagi kemudahan persinggahan kapal ii) Menubuhkan kapal perang khas bagi mengawal lautan dan membanteras lanun iii) Menggalakkan perusahaan kraftangan seperti membuat kiswah Kaabah, permaidani, sutera dan tenunan bulu serta memberi bantuan modal
Keadaan ekonomi kukuh membolehkan kerajaan :-a)Membina kemudahan awam seperti masjid yang cantik dan empanganb)Mengemas kini pentadbiran Baitul Mal bagi memantapkan kewangan negarac)Zaman al-Walid : Kewangan negara mantap sehingga mampu membiayai negara selama 15 tahun
KHARAJ : cukai tanah yg dikenakan kpd pemilik Islam dan bukan Islam
JIZYAH : perlindungan iaitu cukai yang dikenakan kepada orang kafir zimmi iaitu orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam atau negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan negara Islam
ZAKAT: kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan syarat-syarat tertentu
ALGHANIMAH: harta yang diperolehi drpd orang kafir melalui peperangan
USYUR : cukai 10% kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal-kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan Negara ISLAM untuk tujuan perniagaan
ALFAIE : harta rampasan drpd org kafir Harbi tanpa peperangan spt harta org-org murtad dan kafir Harbi yg ditinggalkan/ melalui jalan perdamaian
MUSAHAH/ WAZIFAH : cukai tanah yg dibayar mengikut keluasan
MUQASAMAH : cukai tanah yg diambil berdasarkan jumlah hasil
IHTIZAM/ IQTA’ : cukai melalui sewaan atau pajakan tanah yg diuruskan oleh tuan-tuan rumah
UR
US
AN
KE
RA
JAA
N
a) Kecekapan dan kebijaksanaan Khalifah dalam mentadbir dan memajukan negara
b) Penguasaan dan kecintaan ilmu pengetahuan yg mendalam oleh khalifah dan rakyat
c) Memiliki sumber ekonomi yang mantap dan stabil
d) Mempunyai angkatan tentera yang kuat dan berdisiplin
e) Perhubungan baik antara kerajaan dengan rakyat meyebabkan rakyat memberi sokongan yang padu kepada khalifah
KEMAJUAN YG TELAH DICAPAI :- PENDIDIKAN- EKONOMI- KETENTERAAN
Khalifah daripada kerajaan Bani Umaiyah yang ke-8
Daripada keturunan Sayidina Umar al-Khattab di sebelah ibunya iaitu Laila Hasyim bin Umar bin al-Khattab
Mempunyai sifat peribadi yang luhur dan tawaduk
Amat menyayangi dan mementingkan kebajikan rakyatnya
Sesetengah Ahli Sejarawan menganggap beliau sebagai “KHALIFAH AR-RASYIDIN YANG KELIMA” kerana sifat, sikap dan pemerintahannya mempunyai persamaan dengan pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin
Khalifah pertama meminta agar hadis Rasulullah S.A.W ditulis dan dibukukan
POLISI PEMERINTAHAN YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ SERTA TUJUANNYA.a)Polisi pemerintahan : i) Memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap ii) Melaksanakan hukuman jenayah dengan seadil-adilnya iii) Menghapuskan cukai jizyah daripada golongan mawali ( hamba ) iv) Menghentikan dasar penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islamb) Tujuan : i) Memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan teratur ii) Memastikan rakyat berada dalam keadaan senang dan aman iii) Memastikan negara dan rakyat dapat menumpukan perhatian kepada bidang pendidikan
Tokoh ulama dan ilmuan yang berjaya dilahirkan :
BIDANG ILMU NAMA TOKOH
Hadis -Urwah ibn az-Zubair- Zihad az-Zuhir
Tafsir Quran - Ibn Jarid
Usuluddin -Hasan al- Basri- Wasil bin Ata’
Sikap beberapa orang khalifah yang mengabaikan tuntutan dan ajaran Islam
Kemewahan hidup menyebabkan khalifah mulai lalai melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat
Penentangan rakyat terhadap pemerintah Bani Umaiyah sehingga mereka berpaling tadah dan menyokong gerakan Abbasiyah yang akhirnya berjaya menumpaskan kerajaan Bani Umaiyah
Lahirnya sikap tidak puas hati di kalangan rakyat akibat wujud semula semangat kabilah dan pilih kasih
USAHA YANG PATUT UMAT ISLAM LAKUKAN UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN SEPERTI ZAMAN UMAIYAH :
a)Rakyat hendaklah bersatu padu bagi mewujudkan keamanan dalam negarab)Semua pemerintah hendaklah berpegang teguh dan mengamalkan ajaran agamac)Semua pemerintah hendaklah melaksanakan tugas pentadbiran negara dengan baik dan berkesand)Umat Islam perlu menguasai pelbagai bidang ilmu serta kemahiran yang bersesuaian dengan perkembangan zamane)Umat Islam hendaklah sentiasa bersemangat jihad dengan sanggup berkorban jiwa raga dan harta demi mempertahankan agama dan negara