Upload
jahlililah-noordin
View
2.668
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Citation preview
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI 2013
OUMM3203
PROFESSIONAL ETHICS
NO. MATRIKULASI : 751007115183-001
NO. KAD PENGNEALAN : 751007-11-5183
NO. TELEFON : +6019-4461973
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN
TERENGGANU
OUMM3203
ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan.
Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan.
Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.
Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.
1
OUMM3203
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
1.1 Definisi Rasuah 3
1.2 Sejarah Rasuah 4
1.3 Punca berlakunya Rasuah 5
2.0 Kandungan
2.1 Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah 6
2.2 Analisa Undang-undang terhadap Amalan Rasuah 7-8
2.3 Analisa Etika terhadap Amalan Rasuah
2.3.1 Teori Eternal Law (Undang-undang Kekal Abadi) 7
2.3.2 Teori Utilitarianism (Kemudahan) 7
2.3.3 Teori Universalism 7-8
2.3.4 Teori Distributive Justice (Adil Pembahagi) 8-13
2.3.5 Teori Personal Liberty (Kebebasan Peribadi)
3.0 Kesimpulan
3.1 Evolusi Perubahan 14
3.2 Cadangan 14-15
4.0 Rujukan 16
2
OUMM3203
PENGENALAN
Definisi Rasuah
Menentukan tindakan rasuah. Menggunakan pendekatan ekonomi, undang-undang dan
etika, menganalisis isu rasuah untuk meyakinkan menunjukkan kedudukannya dari sudut
moral pandangan.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”. Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
3
OUMM3203
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)
4
OUMM3203
Sejarah Rasuah
Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang
terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama
yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara
berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :
“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana
dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah
serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan
keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan
sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.
5
OUMM3203
Punca Berlakunya Rasuah Secara Umum
Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah
rasuah. Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa
sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana
lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada qadha’ dan qadar Allah s.w.t. Secara
terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap:
1. Tamak dan haloba.
2. Dengki dan khianat.
3. Sombong dan Takabbur.
4. Suka berbuat yang haram.
5. Tiada keberkatan Hidup
6. Nafsu serakah.
7. Gila Kuasa.
8. Menafikan hak orang lain.
9. Ingin menunjuk-nunjuk.
10. Zalim dan kasar.
Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan
Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:
1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar
kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai
material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam
yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak
mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah,
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman,
penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan
kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.
6
OUMM3203
Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima
suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan
ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini
menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang
terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.
Allah swt telah berfirman:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah: ayat 188)
2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara
hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya,
akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu
keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak
yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang
dalam jenayah rasuah.
Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala
“etika” pula ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and
making judgments about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in
Public Service).
4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara
nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama
mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu,
7
OUMM3203
individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong
kehidupannya.
5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga.
kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang
didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu
untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me-
nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang
takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal.
7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya
akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa.
8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya
tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri,
boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan –
perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh
pegawai dan kakitangannya.
Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan
pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan
sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting.
Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu
bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan
juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori
“Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka
mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”.
Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya
8
OUMM3203
dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang
lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah
menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap
menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi
memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-
hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan
sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan
penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan
tanpa disedari.
d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan
pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek
pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga
akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk
mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan
para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan
berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat
keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,
mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal
atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti
kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk
mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul
kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
9
OUMM3203
ANALISA ETIKA TERHADAP AMALAN RASUAH
2.3.1 Teori Utilitarianism
Perkataan Utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud
“berguna”. Teori Utilitarianisme menegaskan kita supaya sentiasa bertindak untuk
menghasilkan kebaikan dan keseronokan yang maksima kepada bilangan orang yang
sebanyak mungkin. Dalam kata lain, sesuatu tindakan adalah bermoral apabila ia
menghasilkan kegembiraan atau keseronokan yang semaksima kepada semaksima orang
ramai. Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Konsep
Utilitarianisme mengutarakan bahawa perbuatan yang menghasilkan kebaikan yang
maksimum kepada sebanyak mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi. Mereka
memandang akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh
pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).
Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati
oleh seramai mungkin faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu'
dan 'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada
kebaikan yang lebih besar. Teori ini mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau
komoditi sains. Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan
manusia dengan mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum.
Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara.
Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga
memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam
Islam. Berjanji dengan golongan 'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas
dilarang di dalam banyak ayat Al Quran. Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan
semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut
zaman dan tempat).
(contoh: huraian berkaitan serangan Geogia ke atas Abhazia)
- Peperangan yang dicetuskan oleh pihak Georgia adalah tidak bermoral kerana
tindakanini menghasilkan implikasi yang buruk kepada banyak pihak.
12
OUMM3203
- Peperangan ini mengakibatkan kematian yang melibatkan askar-askar dan rakyat-
rakyat. Nyawa yang tidak berdosa seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak
turutmenjadi pengorbanan peperangan tersebut. Peperangan juga menyebabkan mereka
kehilangan ahli keluarga yang tersayang dan merosakkan kebanyakan rumah tangga
yang bahagia.
- Tambahan pula, penggunaan bom yang mengandungi bahan kimia
menyebabkan pencemaran alam sekitar dari segi udara dan air yang membolehkan
seseorang mendapat penyakit barah.
- Hal ini juga meyebabkan kerosakan terhadap bangunan-bangunan di negara yangterlibat
dalam peperangan tersebut. Kos yang tinggi terpaksa dibelanjakan untuk menjalankan
pekerjaan pemulihan bangunan-bangunan tersebut.
13
OUMM3203
2.3.2 Teori Duty / Deontologis
Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang
tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap
jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat
kerja berkenaan.
Contoh huraian…
Pada penulis teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar
pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat
peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam
kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah
suatu yang perlu dinilai semula. Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut
arahan programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini
dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi
apabila si ibu atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi
solat dan sebagainya).
14
OUMM3203
2.3.3 Teori Keperibadian Mulia
Teori Keperibadian Mulia menekan kepada perlunya
manusia memilikikeperibadian mulia sebelum dapat memahami fungsi dan autoriti peraturan. Teoriini
berkait rapat dengan sifat-sifat seseorang insan yang bermoral. Ia dapatdidefinisikan sebagai suatu kualiti
yang terbaik dan istimewa. Maka, kita bolehmenyatakan bahawa etika mempunyai hubung kait yang
baik dengan keperibadianmulia atau sifat perangai atau ciri-ciri watak yang mulia. Teori ini
merangkumikehidupan baik sesama ahli masyarakat, iaitu Eudaimonia dan ia tidakmenggalakkan
perbuatan yang hanya memberikan keseronokan sementara,seperti kekayaan, kekuasaan atau
keseronokan fizikal.
Contoh huraian…
Pengeboman di Niroshima dan Nagasaki bukan sahaja menyebabkan kemusnahanharta benda
manusia, ia juga mengakibatkan kematian penduduk yang tidakberdosa. Di samping itu, bom atom
mempunyai kuasa pemusnah yang amatserius. Hal ini jelas menunjukkan peperangan membawa lebih
banyak keburukandaripada kebaikan, terutamanya peperangan akan menyebabkan pengorbananrakyat
jelata dan menyebabkan keadaan sesebuah negara menjadi huru-hara. Disamping, ia juga akan
menyebabkan rakyat kehilangan tempat perlindungan danahli keluarga mereka. Selain itu, peperangan
juga akan merosotkan ekonomisesebuah negara kerana tiada orang mahu melabur di negara yang
berkeadaanhuru-hara. Jadi, peperangan dianggap tidak wajar dan tidak bermoral.
15
OUMM3203
2.3.4 Teori Kemoralan Sosial
Teori Kemoralan Sosial ini berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri
daripada tatahukum, tatasusila, tatatertib dan peraturan masyarakat ini biasanya
diamalkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang.
Peraturan masyarakat berkaitan dengan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati,
kasih sayang, kebersihan, saling membantu, bekerjasama, kesyukuran dan semangat
bermasyarakat. Kewujudan pantang larang adalah untuk menjaga kerukunan sosial.
Selain itu, keputusan yang berasaskan teori ini tidak akan menjejaskan keamanan dan
keharmonian masyarakat. Masyarakat perlu hidup bermasyarakat untuk memenuhi
keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing.
(Contoh huraian bab peperangan)
Dalam kod kemoralan sejagat, peperangan merupakan sesuatu tindakan yang
tidak bermoral kerana kedaulatan antara negara yang berperang terancam dan
kemudahan seperti bekalan air dan pendidikan akan terjejas. Tertib dan tatasusila
masyarakat antara negara tidak dapat dipelihara, masyarakat tidak dapat
memajukan negara. Di samping itu, mereka tidak dapat menjalani kehidupan
mereka seperti biasa kerana menghadapi tekanan dan takut peperangan akan
berlaku lagi.
Tindakan mereka dalam membuat keputusan untuk peperangan adalah tidak
bermoral kerana umat manusia harus bekerjasama untuk memastikan keadaan
tenteram terus wujud demi kebaikan dan kepentingan manusia. Peperangan
dianggap tidak bermoral kerana mengganggu kemerdekaaan dan kedaulatan
sesebuah negara untuk meluaskan kuasa dan tanah jajahan negara. Pengorbanan
tentera-tentera akan menjadi sia-sia kerana melakukan perbuatan yang tidak diterima oleh
kod kemoralan sejagat iaitu untuk menjaga keamanan antara masyarakat antarabangsa.
Jadi, peperangan dianggap tidak wajar dan dibantah di bawah Teori Kemoralan Sosial.
16
OUMM3203
2.3.5 Teori Keperibadian Mulia
Teori ini mengetengahkan bahawa manusia harus mengamalkan nilai-nilai murni
sehingga menjadi satu kebiasaan bagi dirinya.
Contoh huraian:
- Tindakan Georgia yang menyerang republik Ossetia Selatan dan Abkhazia demi
kepentingan sendirinya dianggap tidak bermoral kerana Georgia telah tidak
mengamalkan kesederhanaan dari segi sikap, tingkah laku dan sifat-sifat lain yang
melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Sebagai contohnya, Georgia
mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah melalui peperangan yang
menjejeskan keharmonian masyarakat sedangkan perundingan juga merupakan satu
alternatif yang baik.
- Dalam kes ini, tindakan Georgia yang melampaui batasan telah menyebabkan
pengorbanan askar-askar dan rakyat sehingga menjejeskan kedamaian dan keharmonian
masyarakat.
- Dari sudut yang lain, serangan Georgia terhadap republik Ossetia Selatan dan
Abkhazia telah memusnahkan harta benda di dunia ini, seperti kehilangan tempat tinggal
dan kerosakan hasil tanaman. Keharmonian masyarakat terjejas apabila rakyat terpaksa
hidup dalam keadaan penderitaan.
17
OUMM3203
KESIMPULAN
3.1 Menilai Perubahan
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan
melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,
tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu
rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik
pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis
kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,
maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang
sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka
pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan
manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan
pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan
masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat
dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan
sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan
amalan rasuah yang tidak terbendung.
18
OUMM3203
3.2 Cadangan
Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :
1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk
membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada
rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat
diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada
sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan
-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik
sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar
menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan
hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.
3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar
masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras
dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan
berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang
bakal diterima.
4.Memudahkan urusan menggunakan ICT
-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan
dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses
temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang
ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus
dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk
mempercepatkan proses.
19