Upload
doanxuyen
View
247
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
KERATAN AKHBAR
29 hingga 31 Julai 2016
Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat
1. Berita Harian – 400 pesara RAMD
memeriahkan majlis Aidilfitri Jumaat / 29 Julai
2016 Online
2. Metro Online – Agong sempurnakan
istiadat Hari Pahlwan Ahad / 31 Julai 2016 Online
3. Berita Harian – Demi Negara tak rasa
6 peluru tembus badan Ahad / 31 Julai 2016 Online
4. Utusan Online – Pencen tanpa kira
tempoh perkhidmatan Ahad / 31 Julai 2016 Online
5. The Sun Daily – Sultan Nazrin attends
warriors’ Day Ceremony in Perak Ahad / 31 Julai 2016 Online
6. Bernama – Sambutan Hari Pahlawan
2016 penuh Istiadat Ahad / 31 Julai 2016 Online
.
400 pesara RAMD meriahkan majlis Aidilfitri
SETIAUSAHA KPRAMD, Leftenan Kolonel Meor Adam Meor Sapi (B).
KUALA LUMPUR: Kemeriahan Aidilfitri terus dirasai apabila kira-kira 400 pesara
pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) memeriahkan Majlis Aidilfitri Kelab
Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (KPRAMD), di sini, hari ini. Acara tahunan
kelab terbabit bermula jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang itu diserikan dengan
pelbagai juadah tradisi Aidilfitri termasuk lemang, rendang, sate, ketupat dan
pelbagai kuih-muih. Setiausaha KPRAMD, Leftenan Kolonel Meor Adam Meor Sapi
(B), berkata majlis itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim pesara
RAMD. "Kita dapat lihat mereka sangat gembira dapat bertemu dan berkongsi cerita
masing-masing pada majlis ini. "Malah di majlis ini juga kita dapat berjumpa dengan
pegawai yang masih berkhidmat serta ahli keluarga mereka," katanya ketika ditemui
pada majlis itu, di sini, hari ini. Turut hadir, Presiden KPRAMD, Mejar Jeneral Datuk
Mohd Shukor Jaafar (B), Penasihat-penasihat KPRAMD, Jeneral Tan Sri Hashim Ali
(B) dan Jeneral Tan Sri Abdul Rahman Hamid (B). Sementara itu, Meor Adam
berkata, dengan pelantikan ahli baharu kelab terbabit mereka sudah merancang
pelbagai aktiviti untuk kelab terbabit. "Aktiviti yang menarik ini akan dilaksanakan
untuk 650 ahli yang berdaftar di kelab ini," katanya. Beliau juga berharap lebih ramai
lagi pesara RAMD akan mendaftar di kelab berkenaan supaya membolehkan
mereka saling berhubung.
ANTARA yang hadir Majlis Aidilfitri Kelab Pegawai Rejimen Askar Mleayu Diraja (KPRAMD),
Kuala Lumpur, hari ini.
Agong sempurna Istiadat Hari Pahlawan
YANG diPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Raja melakukan tabib hormat
di istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan, Putrajaya. FOTO Mohd
Fadli Hamzah.
Putrajaya: Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja
Permaisuri Agong Tuanku Haminah berkenan mencemar duli menyempurnakan
Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2016 di Dataran Pahlawan Negara,
Putrajaya pagi ini.
Istiadat dimulakan dengan perarakan masuk dua panji-panji iaitu Panji-Panji Yang
di-Pertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen dari Batalion Pertama, Rejimen Askar
Melayu Diraja (RAMD) oleh Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat
pegawai dan 103 anggota.
Program seterusnya adalah Lagu Negaraku yang dimainkan oleh pasukan
pancaragam RAMD disusuli dengan Tembakan Kehormat 21 das oleh 41 Bateri
Istiadat, Rejimen Artileri Diraja.
Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin
Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Pertahanan Datuk Seri
Hishammuddin Hussein; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd
Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Acara kemudian diteruskan dengan tiupan 'Paluan Akhir' iaitu menurunkan Jalur
Gemilang, sebelum persembahan deklamasi sajak dan pantomin.
Demi negara tak rasa 6 peluru tembusi badan
LANS Koperal Abd Halim Hassan (kanan) menunjukkan kesan parut terkena tembakan
dalam insiden serang hendap oleh komunis di Jalan Raya Timur-Barat, Ulu Legong, Baling
pada 15 Ogos 1977. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: "Walaupun terkena enam das tembakan pada badan, tetapi saya tidak
berasa sakit kerana ketika itu, saya hanya terfikirkan negara dan anak bangsa," kata
Lans Koperal Abd Halim Hassan, 77. Abd Halim adalah seorang daripada lima
anggota Askar Wataniah yang terselamat dalam insiden serang hendap oleh
komunis di Jalan Raya Timur-Barat, Ulu Legong, Baling pada 15 Ogos 1977 yang
mengorbankan dua anggota pasukan itu. Pada hari kejadian, lima anggota termasuk
Abd Halim yang ketika itu berpangkat Prebet, Lans Koperal Ahamad Zaki
Shamsudin, Prebet Tajudin Yusof, Prebet Md Ali Hassan dan Prebet Ielias Ibrahim
ditugaskan mengambil bekalan makanan di Pos 5 yang berada kira-kira 20 kilometer
dari Kem Banding. Dalam perjalanan ke pos terbabit, kumpulan itu diserang hendap
komunis yang berada di kawasan bukit berhampiran. Menceritakan detik ditembak
komunis, Abd Halim berkata jika tidak memikirkan negara, beliau sebenarnya sudah
mahu mengaku kalah dan hanya menyerahkan segala ketentuan kepada Tuhan.
"Tiga tembakan terkena di bahagian perut dan selebihnya di bahagian tangan.
Peluru ditembak di pusat itu menembus sehingga ke bahagian badan. Setiap kali
terkenang kejadian itu, saya berasa hiba. Lima anggota di tempat kejadian, dua
daripadanya mati ditembak komunis," katanya. Beliau berkata demikian kepada
wartawan selepas diberi penghormatan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku
Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di sini,
hari ini. Selain Abd Halim, turut menghadap Tuanku Abdul Halim ialah Pegawai
Waran Satu (Bersara) Ielias, 60, dan Ismail Ali yang mewakili bapanya, Allahyarham
Md Ali. Sementara itu, Ielias yang berjaya menembak mati tiga pengganas komunis
dalam insiden itu, berkata apa yang dikecapi golongan hari ini adalah hasil
perjuangan orang terdahulu yang sayang dan cintakan negara. "Kejadian dilakonkan
semula dalam persembahan pantomin hari ini bukanlah rekaan, tetapi itulah detik
yang saya hadapi bersama rakan. Hari ini, kejadian berkenaan 'diulang' kembali
untuk ditonton orang ramai," katanya yang menjadi satu-satunya penerima pingat
Panglima Gagah Berani dalam anggota Askar Wataniah pada 1977.
Pencen tanpa kira tempoh perkhidmatan
Antara saranan Perkasa tingkat kebajikan anggota tentera
KUALA LUMPUR 31 Julai - Tugas dan khidmat bakti seluruh anggota tentera diibaratkan
seperti nyawa negara dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali
berkata, perjuangan dan pengorbanan
pasukan tentera darat, laut dan udara adalah
tidak ternilai sehingga ada yang terkorban
atau cacat anggota badan akibat bertempur
menentang musuh negara.
Dalam menghargai jasa dan sumbangan
besar golongan itu, beliau meminta kerajaan
meningkatkan imbuhan dan kebajikan warga
tentera termasuk menyediakan kediaman
rumah yang selesa serta membiayai
pendidikan anak-anak anggota tentera.
―Perkasa mendesak supaya semua tentera
berhak menerima pencen tanpa mengira
tempoh perkhidmatan memandangkan ada dalam kalangan anggota itu tidak layak
mendapat pencen kerana berkhidmat kurang daripada 25 tahun walaupun mereka
menjadi cacat akibat bertempur dengan musuh.
―Perkara itu berbeza dengan penjawat awam peringkat tertinggi dan ahli-ahli politik
yang diberikan pencen berpuluh ribu termasuk hadiah (gratuity). Jadi, bagaimana
dengan anggota tentera berpangkat biasa?. Layanan kebajikan seperti melepaskan
batuk di tangga sahaja,‖ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Perkasa turut menggesa kerajaan mengkaji secara inklusif
kebajikan anggota tentera terutama yang berpangkat rendah.
Katanya, golongan berkenaan merupakan mereka yang berada di barisan hadapan
ketika bertempur dan merekalah yang pertama terkorban kerana menjadi benteng
keselamatan dan kedaulatan negara.
―Dulu, kini dan selamanya pasukan tentera adalah nyawa negara, maka kita sebagai
rakyat wajib bersyukur dan bersedekah bacaan surah al-Fatihah kepada mereka
yang gugur mempertahankan kedaulatan negara serta memberikan tabik hormat
sempena sambutan Hari Pahlawan pada hari ini.
―Kita turut merasai kesedihan isteri-isteri dan anak-anak keluarga anggota tentera
yang terkorban kerana menentang musuh negara. Jasa dan budi mereka serta
keluarganya tidak dapat dibalas oleh rakyat dan negara,‖ katanya. - UTUSAN
ONLINE
Ibrahim Ali
Sultan Nazrin attends Warriors' Day ceremony
in Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah inspects the guard of honour during the Warriors' Day
ceremony at Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, July 31, 2016. — Bernama
IPOH: The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah today attended the Perak Warriors'
Day 2016 ceremony at the Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan here. Also
present were the Raja Muda of Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di Hilir of
Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris, Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir and Perak police chief Datuk Seri Abd Rahim Hanafi.
Sultan Nazrin inspected the guard of honour mounted by the General Operations
Force (GOF) 1st Battalion, Ulu Kinta comprising three officers and 102 personnel. A
total of 682 people representing 22 teams and departments took part in the parade
today. As part of the ceremony Supt Rosebaini Kassim from Bukit Aman police
headquarters recited a poem titled 'Pahlawanku'. Sultan Nazrin and guests of honour
later attended a luncheon at the Banquet Hall in the building.
Meanwhile in Alor Star, Tunku Panglima Besar Kedah, who is also Member of the
Kedah Regency Council, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim
Shah attended the Kedah Warriors' Day parade and wreath-laying ceremony held at
the Memorial in Jalan Tunku Bendahara.
Tunku Intan Safinaz who arrived at about 9am took the salute of the 6th Battalion
Royal Malay Regiment honour guard.
Also present were Kedah Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, his
wife Datin Seri Hizam Awang Ahmad and state executive council members. After a
poetry recitation by ASP Azizi Ahmad from Kedah police headquarters, Tunku Intan
Safinaz conducted the wreath-laying ceremony witnessed by some 500 attendees.
The ceremony was also conducted by Ahmad Bahsah, 6th Infantry Malaysia brigade
commander, Brigadier General Dzulkarnain Ahmad and state police chief Datuk
Zamri Yahya. — Bernama
Sambutan Hari Pahlawan 2016 Penuh Istiadat
PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan
berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan 2016 yang diadakan di Dataran
Pahlawan Negara, Presint 1, di sini hari ini.
Istiadat sambutan Hari Pahlawan dimulakan dengan perarakan masuk Panji-panji
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-panji Rejimen dari Batalion
Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja oleh Kawalan Utama terdiri daripada empat
pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.
Lagu 'Negaraku' dimainkan dengan diiringi 21 das tembakan meriam yang
disempurnakan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, diketuai Mejar Mohd Asri
Che Wil.
Perbarisan Hari Pahlawan hari ini terdiri daripada 28 pegawai dan 785 anggota lain-
lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia,
Persatuan Veteran ATM dan Persatuan Veteran Polis Diraja Malaysia.
Perbarisan diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu
Diraja, Lt Kol Mohd Radzi Othman.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri
Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi;
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan
Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar. Acara diteruskan dengan tiupan 'Paluan Akhir' yang lebih dikenali
sebagai 'Last Post' dengan menurunkan Jalur Gemilang. Hadirin kemudian disajikan
dengan deklamasi sajak bertajuk 'Pahlawanku' oleh Kolonel Mohd Radzi Abdul
Hamid.
Pantomin 'Pertempuran di Jalan Raya Timur-Barat, Grik, Perak" pada 15 Ogos 1977
yang menyentuh perasaan dipersembahkan.
Pantomin yang dijayakan oleh anggota dari Batalion Ke-4 Rejimen Askar Melayu
Diraja mengisahkan keberanian Pegawai Warrant 1, Ielias Ibrahim, 60, bersama
rakan-rakannya menentang komunis di Jalan Raya Timur-Barat bagi
mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok berjaya membunuh
tiga pengganas komunis. Pada majlis itu, Ielias yang juga penerima Pingat Gagah
Berani dan rakan seperjuangan Lans Koperal Abdul Halim Hassan diberi
penghormatan untuk menghadap Tuanku Abdul Halim. Acara kemudiannnya
diteruskan dengan tiupan 'Paluan Fajar' yang lebih dikenali 'Rouse. Semasa tiupan
'Paluan Fajar', Jalur Gemilang dikibarkan sebagai tanda memberi semarak kepada
rakan-rakan tentera dan polis yang masih hidup untuk terus berjuang
mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara. Laungan 'Daulat Tuanku'
sebanyak tiga kali sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan
dan rakyat di bawah naungan baginda.
Tarikh 31 Julai ditetapkan sebagai Hari Pahlawan pada setiap tahun bagi
mengenang jasa pewira tanah air yang terkorban untuk mempertahankan
kedaulatan negara. Sejak 1968, acara ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan
PDRM dan tahun ini ATM menjadi penganjur.
Sambutan tahun ini julung kali diadakan di Dataran Pahlawan Negara di Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Di ALOR SETAR, Tunku Panglima Besar Kedah merangkap Ahli Jemaah Pemangku
Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam
Shah berkenan hadir pada Istiadat perbarisan dan meletak kalungan bunga
sempena Sambutan Hari Pahlawan 2016 Peringkat Negeri Kedah di Tugu
Peringatan, Jalan Tunku Bendahara di sini, hari ini.
Beliau yang tiba kira-kira 9 pagi menerima tabik hormat daripada kawalan kehormat
Batalion ke-6 Rajemen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah.
Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri
Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta barisan Exco kerajaan negeri.
Majlis turut diserikan dengan bacaan sajak oleh anggota Polis Cawangan Khas Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kedah, ASP Azizi Ahmad.
Di IPOH, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menghadiri Istiadat Sambutan
Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir
Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris serta Menteri Besar Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir dan Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi.
Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormat Batalion 1, Pasukan Gerakan
Am (PGA) Ulu Kinta yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota.
Perbarisan Hari Pahlawan hari ini terdiri daripada 682 anggota merangkumi 22
pasukan dan jabatan.
-- BERNAMA