Upload
shafiqhazman
View
354
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
LOMPAT JAUH
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS
DALAM OLAHRAGA
-ACARA PADANG
Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olimpik yang tertua. Pada
asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh setempat (standing long
jump). Pada tahun 1896 di Sukan Olimpik Modern di Athens, lompat jauh sambil berlari telah
dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu mengandungi
satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat.
i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan
lompatan, sudut peluncuran pusat graviti, ketinggian lompatan dan sisi mendarat.
ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan
terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan
papan lonjakan.
iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan itu
tidak akan dikira walau sejauhmana sekalipun lompatan tersebut.
Lompatan sah daru papan lonjak. Lompatan batal kerana tersentuh pasir.
1
Papan Lonjakan
pasir pasir
PAPAN LONJAK PLASTISIN3O darjah
10 cm
12 cm
15 cm
kaki kaki
Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.
i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua
langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja,
supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk
melompat dari papan lonjak.
ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas
kaki, pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama
dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak
sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu.
iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan
sementari kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan
untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.
iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan
dibawa ke atas kepala.
v. Kaki bebas di bawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan
dihayun kebelakang semasa mendarat.
Ansur Maju
Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendatar tidak ada kaitan.
Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet
itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat
papan anjal yang diletakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat.
Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang
yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba
menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.
LOMPAT KIJANG
Pengenalan
Lompat kijang satu acara padang yang tergolong dalam kategori lompatan.
Acara ini dikhususkan untuk lelaki sahaja, tetapi sejak 1993 acara ini mula disertai
juga oleh wanita. Malah, dalam beberapa kejohanan olahraga peringkat
antarabangsa di Eropah telah diadakan acara lompat kijang untuk wanita. Sebagai
acara olahraga, lompat kijang masih menjadi milik lelaki di peringkat sekolah di
negara kita walaupun di peringkat kebangsaan diadakan juga untuk wanita.
Berdasarkan sejarah olahraga, dipercayai acara lompat kijang ini mula
diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dari Scotland dan Ireland.
Pada asalnya, acara ini dikenal sebagai hop-step and jump, tetapi kemudiannya
dikenal sebagai triple jump. Pada tahun 1900, acara ini telah dimasukkan sebagai
salah satu acara dalam Sukan Olimpik, Iaitu dalam siri kedua sukan ini.
Bagaimanapun, corak lompatan pada ketika itu amat berlainan dengan cara
dan peraturan lompatan sekarang. Ketika itu, dua lonjakan (hop) mesti didahului
sebelum membuat lompatan. Ini berbeza dengan peraturan sekarang di mana hanya
satu lonjakan yang diikuti oleh satu langkah dimestikan sebelum membuat lompatan.
Aspek Dan Teknik Melompat
Ada enam aspek penting dalam lompat kijang yang perlu diberikan perhatian, iaitu
kelajuan larian, pelepasan, lonjakan, langkahan, lompatan dan pendaratan.
Kelajuan Larian
Larian yang tidak sesuai dan tidak dirancang boleh menyebabkan corak langkah
tidak konsisten, penggunaan tenaga yang maksimun sebelum lompatan dibuat,
lompatan yang tidak tepat, dan pendaratan yang tidak selesa boleh menyebabkan
kecederaan. Lompat kijang lebih memerlukan daya tumpuan dan kebolehan untuk
mengimbangkan tenaga yang baik. Untuk menguasai keseimbangan ini, corak larian
hendaklah dikawal dan dilakukan dalam keadaan yang tenang dan terancang.
Melalui kombinasi yang sesuai, ketiga-tiga tahap iaitu lonjakan, langkahan dan
lompatan akan dapat dimaksimumkan. Tahap yang maksimum ini dapat diwujudkan
apabila daya momentum yang mendatar pada larian dan menegak pada lonjakan,
langkah dan lompatan dapat dikawal dan dielakkan daripada kehilangan.
Teknik larian yang baik diukur berdasarkan jarak larian optimum.
i.Langkah antara 15 hingga 20 kali atau 2m - 2.5m sebelum membuat lompatan
disarankan.
ii.Untuk ketepatan, check-mark pada jarak 4 – 6 langkah dari papan pelepas boleh
dibuat.
iii.Lakukan larian mrngikut kelajuan dan kesesuai dengan check-mark agar
pelepassan dibuat dengan baik dan sempurna.
Pelepasan
Dalam satu-satu lompatan , terdapat tiga pelepasan yang akan berlaku sebelum
pendaratan dibuat. Setiap pelepasan inilah yang akan menentukan keupayaan dan
jarak yang mampu dicapai oleh seseorang pelompat. Penghasilan corak pelepasan
yang baik dapat memaksimumkan daya lompatan serta mengurangkan gangguan
akibat sudut hentian yang terjadi ketika momentum menegak berlaku. Pada tahap
pertama, Pelompat hendaklah mendisplinkan dirinya, yakni hendaklah
membahagikan keupayaan tangannya kepada nisbah tertentu. Ini penting untuk
menyimbangkan tenaga antara komponen momentum menengak dan mendatar.
Lonjakan
Selepas pelepasan pertama, lonjakan akan dibuat. Dalam peraturan lonjakan , kaki
yang sama hendaklah digunakan apabila membuat lonjakan dan pendaratannya.
Maksudnya, sekiranya pelompat melonjak menggunakan kaki kanan, maka
pendaratannya hendaklah menggunakan kaki kanan juga. Penggunaan keupayaan
mengikut proposi yang cekap adalah perlu supaya tidak menjejaskan tahap
selanjutnya. Dengan ini, lonjakan yang dapat mengawal kehilangan momentum
mendatar hendaklah ditekankan. Oleh itu, penggunaan teknik lonjakan yang baik
amat perlu. Teknik ayunan tangan (arm shift) dan kayuhan kaki (cycling) disarankan.
Melalui teknik ayunan tangan ke hadapan manakala kaki pula mengayuh akan dapat
meningkatkan keupayaan disamping mengawal keseimbangan semasa pendaratan
dilakukan dengan sebelah kaki.
Langkah
Selepas pendaratan dari tahap pertama tadi, pelepasan untuk tahap kedua pula
mengikuti. Tahap langkah ini merupakan tahap yang paling lemah dalam ketiga-tiga
tahap yang wujud dalam acara lompat kijang ini. Peraturan pada tahap ini berbeza
daripada peraturan yang dikenakan pada tahap lonjakan tadi. Pada tahap ini,
penggunaan kaki yang sama untuk melangkah dan mendarat dianggap batal. Ini
bermakna, sekiranya pelompat menggunakan kaki kanan untuk melangkah, maka
pendaratan hendaklah dibuat menggunakan kaki kiri pula. Disebabkan tahap ini
merupakan tahap yang paling lemah, ia perlu diperbaiki untuk mencapai jarak
lompatan yang lebih jauh. Teknik ayunan dua belah tangan dan pembukaan yang
luas disarankan. Dengan membuat ayunan kedua-dua belah tangan ke hadapan,
pelompat akan dapat membuat satu kombinasi dengan kakinya yang dibuka luas
yang dapat menolak badannya ke hadapan dengan lebih kuat lagi.
Lompatan
Tahap terakhir teknik lompatan bagi lompat kijang tidak banyak bezanya dengan
acara lompat jauh. Perbezaannya hanyalah daripada segi keupayaan yang wujud.
Pada tahap ini, tenaga yang ada telah pun dikurangkan dengan banyaknya semasa
lonjakan dan langkahan dibuat. Berasakan hakikat ini, teknik ayunan punggung dan
kayuhan separuh kaki disarankan. Teknik ini akan membantu pelompat
menghasilkan momentum menegak yang kuat sebelum kaki mencecah
pasir.Penggunaan pergerakan kaki teknik jack-knifing adalah disarankan. Teknik ini
sesuai digunakan pada pendaratan yang terakhir yang mana ia berupayaan
mengelakkan momentum menegak daripada terus terhenti. Selanjutnya juga, teknik
ini berkemampuan memindahkan pusat graviti yang terdapat pada badan pelompat
ke bahagian kaki dan sebahagian kecil ke tangan. Maka, melalui pengawalan kaki
dan tangan setelah pelompat mencecahkan kakinya ke pasir, ia akan dapat
mengawal keseimbangan badannya untuk terus bergerak ke hadapan.
LOMPAT TINGGI
Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang
sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat
tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat
tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk
sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi
sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi
terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.
FASA LOMPATAN TINGGI
Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :
a) Penujuan – larian menghala ke palang
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas
palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.
GAYA LOMPAT TINGGI
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling
barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
a) Gaya gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada
diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk
berlunjur.
b) Gaya Timur
Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa
melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat
melepasi palang secara mengiring.
c) Gaya guling barat
Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak
dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan
bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat
pelepasan.
d) Gaya pelana
Gaya ini hamper sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara
bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan
keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
e) Gaya Fosbury Flop
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya
Fosbury Flop.Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan
membelakangkan palang.
GAYA FOSBURY FLOP
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah
memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan
palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di
belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar
tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam
pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini
merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.
1) Penujuan
Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga
langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang
menyediakn pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.
2) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang
melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn yang
hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun
ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan.
Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan
diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang.
3)Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil
melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah
kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian
punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi
palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini
dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan
untuk pendaratan.
4)Pendaratan
Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya
ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di
atas bahagia belakang badannya (tulang belikat)
LOMPAT BERGALAH
Lompat galah dipercayai berasal dari benua eropah. Pada waktu, galah
digunakan untuk melepasi rintangan atau halangan semulajadi di kawasan berpaya
seperti di wilayah Friesland yang terletak di negara Belanda. Kerja-kerja pengeringan
di kawasan ini telah menghasilkan jaringan saluran atau parit yang saling bersilang
antara satu sama lain. Disebabkan perkara ini, masyarakat pada ketika itu
menyimpan galah dirumah masing-masing bagi mengelakkan daripada terkena air
semasa menyeberangi parit. Selain itu, mereka juga ingin mengelakkan daripada
perjalanan yang membosankan di atas jambatan. Gondola venetian atau pengayuh
sampan di venice mengunakan galah untuk mengerakkan sampan mereka dari
tebing.
Pertandingan lompat galah pada mulanya diukur berdasarkan jarak bukan
ketinggian. Pertandingan ini diadakan secara tahunan di kawasan tanah pamah
sekitar lautan utara. Pertandingan lompat galah yang mengambil kira ketinggian
mula-mula diadakan pada tahun 1843 bertempat di Kelab bola sepak dan kriket
Ulverston, Cumbria. Pelompat galah pada masa ini mengunakan galah yang dibuat
daripada buluh yang mempunyai hujung yang tajam. Pertandingan ini diadakan di
kawasan berumput. Fasa menanam galah dan mendarat dilakukan diatas rumput.
Hal ini kerana ketiadaan petak lonjak pada waktu ini. Pertandingan lompat galah
seperti yang terdapat pada zaman kini bermula pada 1850 di Jerman. Hal ini terjadi
berikutan acara ini telah diambil sebagai salah satu displin dalam gimnastik oleh
kelab gimnastik Turner yang dimiliki oleh Johann C. F. GutsMuths dan Frederich L.
Jahn.
Versi moden bagi sukan lompat galah mula-mula dipertandingkan di Amerika
Syarikat pada hujung abad ke-19. Semasa sukan Olimpik 1896, rekod bagi acara ini
direkodkan iaitu, 3.2m. rekod ini dilakukan dengan mengunakan galah yang
diperbuat daripada buluh. Disebabkan kemajuan manusia dalam bidang sains,
sukan ini telah mengalami inovasi dari segi pengunaan galah dalam sukan. Kini
galah yang digunakan diperbuat daripada gentian kaca atau karbon. Pengunaan
tilam juga digunakan bagi memastikan risiko atlet mendapat kecederaan semasa
sukan ini dijalankan dapat dikurangkan seminima yang mungkin.
TEKNIK-TEKNIK YANG TERKANDUNG DALAM LOMPAT GALAH
Sebelum seseorang itu memulakan lompatan, terlebih dahulu dia hendaklah
memastikan dia benar-benar bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara ini,
berkesanggupan untuk mengikuti latihan yang dilaksanakan oleh jurulatihnya dan
apa peluang baginya untuk menuniukkan prestasi dan seterusnya memenangi
sesuatu pertandingan. Jika jawapan yang diberikan itu adalah positif, maka bolehlah
seseorang itu belajar dan mengambil bahagian dalam acara ini yang mungkin sukar
dan berisiko tinggi. Setelah bersedia, peserta hendaklah mendapatkan galah yang
sesuai mengikut peringkat umur dan ienis pertandingan yang bakal disertainya.
Jurulatih hendaklah memastikah supaya segala peralatan dan kelengkapan khusus
untuk acara ini disediakan terlebih dahulu. Begitu juga jika untuk mengambil
bahagian dalam sesuatu pertandingan, pihak penganjur hendaklah menyediakan
segala kemudahan sebelum pertandingan bermula. Untuk memudahkan
pembelajaran dan pemahaman, adalah lebih baik jika kita bahagikan teknik atau cara
melakukan lompatan dalam lompat bergalah ini kepada beberapa peringkat atau
pergerakan tertentu. Secara umumnya, terdapat enam peringkat atau pergerakan
dalam cara membuat lompatan dalam lompat bergalah, seperti berikut:
1. Memegang galah dan Menyediakan diri.
2. Membuat larian sambil membawa galah.
3. Menampan galah ke dalam kotak berlepas.
4. Membuat lonjakan daripada kotak pelepas.
5. Melepasi palang serta melepaskan galah di udara.
6. Mendarat di tempat yang disediakan.
Memegang Galah dan Berdiri Sedia
Bagi peserta yang membuat lonjakan pada kaki kiri, hendaklah membawa
galah pada sebelah kanan dengan lengan kiri separuh bengkok untuk menyokong
galah dengan tapak tangan pada tangan yang sama menunjuk ke bawah. Manakala
tangan kanan memegang sambil mencengkam pada galah lebih kurang 60 cm
hingga 70 cm lebih tinggi, dengan tangan sedikit menolak keluar untuk mendapatkan
pegangan Yang kemas dan baik, adalah lebih baik peserta membiasakan diri dengan
pegangan pada galah ini, kemudian berlatih berlari sambil membawa galah. Cara
memegang galah ialah Peserta hendaklah menegakkan galah sambil berdiri di
belakangnya. Tangan kanan hendaklah diletakkan pada bahagian atas galah sedikit
melepasi kepala dengan ibu jari tangan menunjuk ke atas, manakala tangan kiri
diletakkan sedikit di bawah tangan kanan. Sebelum memulakan larian, peserta
hendaklah bersedia dengan pegangan galah serta berdiri sedia sambil perhatian dan
tumpuan diberikan kepada acara ini.
Teknik melakukan lompatan
a) Membual larian
b) Bersedia untuk memacak galah
Membuat Larlan Sambil Membawa Galah
Dari segi jarak dan teknik, larian dalam acara lompat bergalah ini adalah
hampir serupa dengan larian yang dilakukan untuk acara lompat jauh atau lompat
kijang. Apa yang berbeza ialah larian dalam acara ini adalah bersama galah. Dengan
demikian, larian yang dibuat sudah tentu menjadi perlahan kerana peserta tidak
dapat menggunakan tangan untuk membuat hayunan. Larian dilakukan setelah
peserta dalam kedudukan sedia bersama galah dan dirinya juga bersedia termasuk
daripada aspek mentalnya. Peserta boleh membawa galah pada sebelah kiri atau
kanan, iaitu mengikut keselesaan. Biasanya peserta membawa galah pada sebelah
kanan. Aturan membawa galah adalah dengan meletakkan aras hujung hadapan
galah lebih tinggi daripada kepala peserta dan mengekalkan pegangan tangan atas
di bawah pinggang, serta menolak ke bawah. Kedua-dua tangan hendaklah
dibengkokkan pada siku. Semasa berlari, tumpuan pandangan peserta hendaklah
pada kotak pelepas kerana peserta akan mencacakkan galah di situ untuk melonjak.
Bagi memudahkan larian, peserta boleh membuat penanda untuk mendapatkan titik
sebenar dalam memulakan larian. Umumnya peserta yang menggunakan tangan
kanan akan memulakan larian pada kaki kiri dan peserta kiri pula akan memulakan
larian dengan kaki kanan. Perkara yang penting dalam larian membawa galah ini
ialah peserta hendaklah memegang kemas galah sambil melakukan larian. Pada
masa yang sama/ keselamatan peserta hendaklah diberikan perhatian dan bagi
mengelakkan daripada berlaku kecederaan, peserta hendaklah mematuhi aturan dan
undang-undang larian lompat galah seperti yang ditetapkan.
Menampan Galah ke dalam Kotak Penahan
Perkara yang akan dilakukan seterusnya ialah menjunamkan galah di kotak
penahan. Peserta hendaklah memastikan ketika mana galah harus dijunamkan.
Biasanya apabila peserta berada tiga langkah dari kotak penahan, dia akan
membenamkan galah ke kotak tersebut. Ini bukanlah suatu kemestian kerana
peserta boleh melakukannya empat atau dua langkah sebelum tiba ke kotak
penahan mengikut keselesaan masingmasing. Apabila peserta memulakan larian
untuk menampankan galah di kotak
penahan, masalah yang sering timbul ialah kordinasi antara satu perlakuan dengan
yang lain. Bagi mengelakkan masalah ini, peserta hendaklah berlari pantas, sambil
memastikan galah dapat ditampankan pada kotak mengikut langkah yang
dikehendaki. Seperti yang dinYatakan di atas, biasanya galah ditampankan pada
kotak penahan tiga langkah sebelurn peserta tiba di kotak tersebut. Cara menampan
ialah dengan mengarahkan bahagian penghujung galah menjunam menghala ke
kotak penahan atau kotak penampan. Semasa kaki kanan menyentuh lorong larian
untuk kali terakhir tangan dan lengan peserta hendaklah bersedia untuk membuat
lonjakan. Selepas itu apabila kaki kiri menyentuh lorong larian kali akhir, sebelum
membuat lonjakan, galah hendaklah berada di bawah tangan atas dengan belakang
pada kedudukan mendatar, pinggang meninggi dan paha yang bebas menolak ke
hadapan untukmelakukan lompatan. Seperkara yang harus diberikan perhatian ialah
peserta hendaklah membuat larian yang deras bagi mendapatkan lonjakan dan
tampanan yang baik dan berkesan. Larian yang perlahan akan menjejaskan
tampanan galah pada kotak penampan.
Teknik lompatan semasa fasa lonjakan
c) Menampan
d) Melonjak
e) Melompat
Membuat Lonjakan
Pergerakan seterusnya ialah membuat lonjakan daripada penampanan galah di
kotak penahan, iaitu dalam gerakan ke hadapan dan ke atas. Untuk memastikan
dapat membuat lonjakan dengan betul dan berkesan, peserta hendaklah
memastikan perkara-perkara berikut:
1. Kepantasan larian terutama ketika melakukan lonjakan.
2. Ketinggian pegangan pada galah.
3. Arah pergerakan semasa membuat lonjakan.
4. Sama ada peserta memegang dengan kuat pada galah yakni daripada tangan
hadapan semasa peringkat membuat lonjakan.
5. Pergerakan peserta yang berbezabeza ketika menggabungkan kepantasan
larian dengan detik menjunamkan galah ke dalam kotak penahan.
Bagi mendapatkan lonjakan, peserta perlu membengkokkan galah seboleh
mungkin. Peserta akan melakukan lonjakan betul-betul di bawah tangan atas yang
mengawal galah. Tindakan peserta membengkokkan galah amat bergantung pada
larian. Berikut adalah Antara perkara-perkara yang harus dilakukan apabila proses
membengkokkan galah dilakukan:
1. Semasa menampan galah, peserta hendaklah melakukannya dengan segera.
2. Semasa menampan juga, peserta hendaklah meletakkan lengan pada
kedudukan yang betul. Lengan atas tidak seharusnya terlalu rigid, sebaliknya
harus bersedia menerima tekanan ketika membuat lonjakan.
3. Semasa melonjak, peserta hendaklah mendapatkan postur yang betul.
4. Semasa melonjak, peserta harus fikirkan lonjakan sebagai pergerakan
melantun ke atas dan ke hadapan.
5. Semasa melonjak juga, peserta hendaklah meletakkan paha yang bebas
dalam kedudukan yang betul.
Melepasi Palang dan Melepaskan Galah
Pergerakan melepasi palang dan pada waktu yang sama melepaskan galah
merupakanan tindakan penting dan utama dalam lompat bergalah. Pergerakan ini
bakal menentukan sama ada semua pergerakan terdahulu terhasil ataupun
sebaliknya. sekiranya peserta dapat melepasi palang dan melepaskan galah dengan
sempurna tanpa menjatuhkan palang, ini bermakna percubaan yang dibuat adalah
berjaya. Jika sebaliknya peserta gagal melakukan lompatan dengan baik dan
sempurna, ini bermakna lompatannya itu dikira sebagai gagal. Pada waktu ini galah
berada dalam kedudukan hampir menegak, manakala peserta pula berada pada
kedudukan berdiri dengan tangan memegang galah. Hal ini menujukkan peserta
bersedia untuk memulakan pergerakan menolak dan melepasi palang. Untuk
melakukannya, peserta hendaklah menolak galah dengan menggunakan tangannya
sebaik sahaja berjaya melepasi palang. Peserta hendaklah memulakan dengan
tangan kiri dahulu dan diikuti tangan kanan. Semasa melepasi palang, peserta
hendaklah melepasi palang menerusi perutnya dan menundukkan kepalanya.
Terdapat dua cara untuk melepasi palang iaitu:
1. Cara Jack-knife
2. Cara fly-away
Bagaimanapun, Antara kedua-dua cara ini, tiada yang satu pun melebihi satu lagi
dari segi keberkesanannya. Hal ini terserah berdasarkan kesesuaian atlet tersebut
untuk melepasi palang hadapannya.
Teknik melakukan fasa melepasi palang
Mendarat
Setelah berjaya melepasi palang dengan selesa, peserta kini hanya bersedia
untuk membuat pendaratan yang merupakan pergerakan akhir seseorang peserta
lompat bergalah. Disebabkan ketinggian yang dicapai seseorang peserta
terutamanya dalam kejohanan peringkat antarabangsa agak tinggi, pendaratan yang
baik demi keselamatan peserta itu adalah perlu dan penting. Biasanya peserta akan
mendarat pada bahagian belakangnya yang diikuti pula oleh putaran badan ke
hadapan. Selepa mendarat dengan baik, peserta hendaklah bangun daripada tempat
pendaratannya dengan bahagian belakangnya dan bukan daripada bahagian
hadapan.
Teknik dalam melakukan fasa melepasi palang (h) ,(i) dan (j).
ASPEK BIOMEKANIK DALAM LOMPAT GALAH
Acara lompat bergalah merupakan acara yang menarik perhatian ramai pihak. Acara
ini memerlukan tahap kemampuan yang tinggi dalam aspek berlari, melompat dan
abiliti dalam melakukan gimnastik. Gambarajah dibawah menunjukkkan aturan
pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia.
Aturan pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia dihasilkan oleh
Ganslen(1979)
Galah mula melentur kesan daripada momentum yang dihasilkan oleh atlet
lompat bergalah semasa atlet tersebut mula mengambil langkah untuk melonjak di
petak lonjak. Pada masa yang sama tenaga kinetik yang terhasil semasa fasa larian
akan bertukar kepada tenaga keupayaan apabila atlet semakin jauh daripada
permukaan bumi. Apabila galah melentur, atlet akan memusingkan bahunya dan
seterusnya menarik galah ke atas supaya bahagian kaki terlebih dahulu melepasi
palang. Kemuncak ketinggian yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet bergantung
kepada jumlah tenaga kinetik yang dihasilkan semasa fasa larian.
Acara lompat bergalah ini merupakan satu acara yang mengunakan prinsip
fizik dalam pertukaran tenaga. Acara ini menunjukkan bagaimana tenaga kinetik
bertukar kepada tenaga keupayaan.Gambarajah dibawah menerangkan bagaimana
proses ini berlaku:
Pada mulanya, kedua-dua tenaganya iaitu, kinetik dan keupayaan atlet adalah sifar.
Tenaga kinetik mula terhasil apabila atlet memulakan larian
Kemudian, apabila dia memacakkan galahnya ke dalam petak lonjak dan
memulakan lompatan, tenaga kinetiknya berubah kepada tenaga keupayaan.
.
Apabila galah melentur, ini secara tidak langsung menyebabkan galah tersebut
berupaya menyerap daya kinetik yang dihasilkan oleh atlet kemudian bertindak
seperti spring.
Atlet tersebut kemudian mengunakan tenaga keupayaan yang dihasilkan oleh
galahnya untuk menaikkan badannya supaya melepasi palang.
Semasa kemuncak lompatannya, atlet lompat galah telah menukarkan hampir
semua tenaga kinetiknya kepada tenaga keupayaan. Para saintis telah mengkaji
bahawa seseorang atlet lompat galah boleh melakukan rekod dunia adalah
dipengaruhi oleh dua faktor ini iaitu, seseorang individu meningkatkan kelajuan
lariannya. Perkara ini boleh meningkatkan lagi jumlah tenaga kinetik yang boleh
digunakannya. Kedua ialah, mengunakan tenaga yang dihasilkan dengan efisien, hal
ini dapat dilakukan dengan seseorang atlet berlatih memperbaiki teknik lompatannya.
Selain itu, acara ini juga mementingkan penentuan pusat graviti. Bagi manusia
pusat graviti adalah kompleks dan berubah berdasarkan keadaan tubuh badan
seseorang. Pusat graviti bagi acara ini terletak dibahagian luar badan.
Pusat graviti bagi atlet dalam acara lompat bergalah
Atlet dalam acara ini melepasi palang dengan bahagian pusat gravitinya
melepasinya. Penentuan pusat graviti dapat membantu atlet dalam menghasilkan
fasa penerbangan yang baik. Fasa penerbangan yang baik adalah berbentuk
parabolik. Bentuk ini dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu:
I. Kelajuan semasa melakukan lonjakan.
II. Aspek sudut yang dibuat semasa fasa penampan galah.
III. Ketinggian pusat graviti semasa lonjakan.
LONTAR PELURU
Pengenalan
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat
sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula
pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang
mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka
lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai
sukan di kedua-dua negara itu.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang
mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap
kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.
Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran
tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh
dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu tanggapan
yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal
yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk
memastikan jarak yang maksimum.
FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU
Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada:
1) Pegangan peluru
2) Lakuan sedia
3) Lungsuran
4) Kilasan badan
5) Lontaran
6) Pulihan
PEGANGAN PELURU
Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua
iaitu:
i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari
Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking
dibengkokkan di sisi peluru.
ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari
Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan
peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu
kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar
peluru.
TEKNIK MELONTAR PELURU
Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:
a) Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran
b) Gaya melungsur selangkah
c) Gaya Parry O’ Brien
a Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya
menghala kea rah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang
sesuai lebih kurang dibawah telinga,peserta hendaklah merendahkan badan
dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis
pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.
Kilasan badan
Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan.
Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan
ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula
menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanan
diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.
Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas.
Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata
pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat.
Pulihan
Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan
pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak
ditegaskan dalam gaya ini.
b Gaya Melungsur Selangkah
Lakuan sedia
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan
membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di
ntempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki
kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa bengkok dan mencecah
bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki.Tangan bebas berperanan
untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan
pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.
Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan
pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini
dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih
berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan
membongkok jangan tegakkan badan semasa melungsur. Kaki kiri pelontar
pula diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu
tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan
badan. Bahu dan tangan kanan yang memegang peluru masih menghala ke
belakang.
Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai badan menghadap ke arah lontaran,
kaki yang melungsur kaki kanan yang di belakang menolak dengan kuat
sehingga badan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli
dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan
bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan
mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk
menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan
tanah semasa peluru dilontar.
Pulihan
Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan
keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru,
pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan
sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan
dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan belakang papan penahan
dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara
tergantung untuk membantu imbangan badan.
c Gaya Parry O’ Brien
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an.
Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan
lontaran, beliau telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia
dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular
hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya daripada segi teknik melontar,
Parry O’ Brien jhuga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang
betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.
Lakuan sedia
Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri
membelangkan arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian
badan dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah.
Lungsuran
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di
atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat
dengan kaki kanan dijengketkan lutut dibiarkan bengkok ke belakang.
Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan
bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas kaki kiri
telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas
dan ke hadapan teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik
yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini. Butiran
yang penting ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah
dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-menerus supaya tidak
menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran.
Lontaran, ikut lajak dan pulihan
Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya
melungsur selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir
sama.
d Teknik lontaran sisi
Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi
kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi
badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna
bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik
lontaran ini adalah seperti berikut :
I. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan
lontaran yang disediakan.
II. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada
garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah
menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya.
III. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke
hadapan
IV. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran.
V. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan
tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi
pegangannya.
VI. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya
tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan
pendaratan peluru.
VII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian
belakangnya.
e Teknik membelakangi kawasan lontaran
Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan
pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan
oleh peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan
peserta baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-
benar mahir dalam melakukannya. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh
peserta dalam menggunakan teknik lontaran cara ini :
I. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran
II. Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil
membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke
belakang.
III. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan
keseimbangan.
IV. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan
lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan
mengawal pergerakan dan keseimbangan.
V. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
VI. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas
terus mengawal.
VII. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru
mendarat
VIII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk
membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai.
LAKUAN MENGIMBANG SEMULA
Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri
diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran.
ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU
I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan
dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
II. Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu
lakukan seberapa rendah yang boleh.
III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di
bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas
daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat
sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur
ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar.
Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan
melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan
akan menunjukkan jarak lontaran itu.
PRINSIP UMUM LONTAR PELURU
Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu :
1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan
dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan.
2) Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri
dalam acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya.
3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya
penglibatannya memberikan keberkesanan.
4) Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi
setiap peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat
kesukanan tulen.
5) Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.
LEMPAR CAKERA
Lempar cakera merupakan acara lemparan yang mula-mula dicipta sebagai
acara sukan walaupun acara merejam lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman
silam. Lempar cakera dimasukkan ke dalam acara Sukan Olimpik kuno di Greek. Pada masa
itu peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada
cakera yang digunakan pada masa kini. Cakera yang digunakan dalam Sukan Olimpik
moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan
sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan
dibaluti besi di sekelilingnya serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan
beratnya hampir 2 kilogram iaitu 1.923kg.
Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata arah, disediakan suatu kawasan khas
yang berbentuk segiempat sama dengan 2.5 meter panjang dan lebar. Teknik atau cara
membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara
lemparan yang dilakukan pada masa silam iaitu menggunakan pergerakan dan kedudukan
tangan serta badan yang sedikit bongkok. Tangan menghayunkan cakera dari sisi badan
peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang
pada jarak yang lebih jauh.
Pada Sukan Olimpik di Stockholm, acara melempar cakera dipertandingkan menerusi
penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah peserta akan membuat lemparan kali pertama
menggunakan sebelah tangan dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara
lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana kerana tidak ada teknik
tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya
digunakan sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.
Perkembangan Masa Kini
Pada ketika ini, lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan
dalam kebanyakkan sukan olahraga termasuk di peringkat sekolah. Acara ini disertai oleh
lelaki dan juga wanita. Hanya saiz dan berat cakera sahaja yang berbeza. Jenis cakera ini
ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga
di mana sahaja.
Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan lebih mudah dilakukan oleh sesiapa
sahaja. Bagaimanapun, ianya tidaklah semudah yang disangkakan. Mungkin ada yang agak
jauh tetapi dari segi teknik atau cara melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang
tepat. Bagi mendapatkan teknik lemparan yang betul serta jarak yang jauh, seseorang itu
perlu mengikuti latihan dengan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman.
Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas.
Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa, kawasan lemparan
cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya yang terbuka untuk
peserta melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan jarak lemparan dan
teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka keseluruhannya.
Pagar berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera mencederakan seseorang jika
terlepas dari pegangan pelempar.
Cakera.
Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu dan dibaluti
oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi
leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada
kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada
bahagian tengah asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera
adalah menepati berat yang ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat
cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu juga
dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah
seperti berikut :
PERKARA/BAHAGIAN LELAKI WANITA
1. Berat keseluruhan untuk
pertandingan. 2.0 kg (Minimum) 1.0 kg (Minimum)
2. Ketebalan bahagian tengah
cakera. 44 – 46 mm 37 – 39 mm
3. Diameter piring atau kawasan
rata pada tengah cakera. 50 – 57 mm 50 – 57 mm
4. Diameter keseluruhan cakera. 218 – 221 mm 180 – 182 mm
5. Ketebalan logam pada sekeling
cakera. 12.0 mm 12.0 mm
BULATAN LEMPARAN.
Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk
peserta cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan
hendaklah diperbuat daripada besi logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya sama
aras dengan kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada
simen atau bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada
saiz bulatan ini ialah 2.5 meter pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada
dua bahagian yang sama besar.
Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih
kurang 5 meter, manakala garisan bulatannya lurus sekurang-kurangnya 6 meter tebal dan
diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5 cm lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan
sekurang-kurangnya 75 cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga
diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.
KAWASAN LEMPARAN.
Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh
bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini hendaklah lebih kurang
60 meter panjang, manakala bagi peringkat antarabangsa boleh dipanjangkan sehingga
mencapai 100 meter. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan
cakera.
Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Garisan
melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh diadakan pada jarak tertentu
umpamanya 30 meter, 40 meter dan 50 meter untuk peringkat sekolah dan jarak yang lebih
jauh seperti 50 meter, 60 meter dan 70 meter untuk peringkat yang lebih tinggi.
KURUNGAN KESELAMATAN.
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa acara
lemparan cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil. Langkah
yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan di kawasan membuat
lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang kemas supaya dapat menahan
lemparan cakera yang beratnya 2 kg serta dilempar pada kelajuan sehingga melebihi 25
meter sesaat.
Kurungan ini biasanya berbentuk ‘U’ dan terdiri daripada minimum 6 batang tiang
yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah selebar 6 meter terletak 5 meter di
hadapan setiap bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah hendaklah
sekurang-kurangnya 4 meter tinggi. Jaringnya hendaklah diperbuat daripada bahan sintetik
atau yang seumpamanya.
Jika cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan,
kemungkinan besar ia akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan
terjatuh di dalam kawasan berpagar dan tidak membahayakan orang lain. Lemparan
tersebut juga batal jika gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.
PITA PENGUKUR.
Acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraannya ditentukan oleh jarak
lemparan yang dibuat. Jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita pengukur.
Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali
lemparannya dibatalkan. Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera
hingga ke bahagian bulatan lemparan itu.
Di peringkat antarabangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk
menggantikan penggunaan pita pengukur. Dengan ini setiap jarak yang dibuat dapat diukur
dengan lebih cepat dan tepat.
CARA MEMEGANG CAKERA.
Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta
mengetahui menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera
dengan cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak menghasilkan jarak yang
jauh malah boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain. Bagi mendapatkan pegangan
yang betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat
cakera bergantung kepada umur dan jantina.
Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat iaitu mereka mestilah boleh
menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan
yamg betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum
lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau pegangan yang
sesuai dan selesa mengikut kemampuan tangannya.
CARA PEGANGAN PERTAMA.
Cara pegangan ini ialah dengan menekapkan tangan pada permukaan cakera yang
menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera yang dipegang
hanya pada bahagian hujung jari peserta yang dibengkokkan mencengkam pada segi
cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberi pengawalan.
Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu
sama lain.
Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan baik dan selesa, peserta
boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dan ke belakang. Selepas itu
peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan
beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada
jarak lemparan.
CARA PEGANGAN KEDUA.
Pegangan cakera ini hampir sama dengan cara pegangan yang pertama. Perbezaan
yang ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan
peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus bahagian
berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan dengan jari
kelengkeng. Ibu jari pula dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya
untuk mengawal pegangan tangan secara keseluruhannya. Seperti dalam pegangan
pertama, untuk memastikan supaya tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas,
peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dan ke belakang beberapa
kali diikuti dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan
pegangan yang selesa dengan cara ini.
CARA PEGANGAN KETIGA.
Adakalanya peserta mempunyai jari-jari tangan yang pendek dan mungkin menjadi
masalah padanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan
pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah pegangan cara ketiga ini adalah khusus
untuk mereka yang mempunyai jari-jari yang agak pendek. Peserta henndaklah menekapkan
seluruh tapak tangannya pada cakera dengan menutup dua per tiga sahaja daripada
bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada
sekeliling atau sampai ke logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh
bahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di
sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua. Bagi
memastikan pegangan itu kemas dan selesa, peserta boleh mengikut langkah dalam
pegangan pertama dan kedua iaitu menghayunkan cakera sebelum melontarnya.
TEKNIK MELEMPAR CAKERA.
Umumnya terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera iaitu gaya berdiri dan
gaya berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang
merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam lempar cakera.
Bagi pelajar yang baru belajar, adalah memadai dan sesuai untuk peringkat
permulaan. Latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai salah satu
langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa atau menguasai
teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan gaya rotasi badan boleh
diperkenalkan kepada mereka.
Teknik Gaya Berdiri.
Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90%.
Fasa 1 : Persediaan.
1. Pelajar berdiri dengan cakera menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah
kawasan cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak
seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.
2. Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.
Fasa 2 : Hayunan Awalan.
1. Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang
badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera.
Lihat juga fasa 1.
2. Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke
depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut
rentak hayunan.
3. Semasa hayunan ke belakang, pelajar handaklah merendahkan badannya sedikit
(bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas
hujung kaki.
Fasa 3 : Membuat Lemparan.
1. Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan) pelajar
mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.
2. Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera
dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke arah bahu kanan. Sudut
lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai ialah 30 – 35 darjah.
Fasa 4 : Ikut Lajak dan Pemulihan.
1. Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah dan diluruskan sehingga
badan terangkat. Tindakan kaki ini penting untuk menambah daya kepada lemparan itu.
Teknik Gaya Berpusing dan Melempar.
Teknik ini agak sukar bagi pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum
menguasai kemahiran amelempar dengan gaya berdiri. Teknik gaya berpusing badan atau
rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan secara ansur maju. Dengan gaya rotasi ini,
momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan
awalannya, berpusing dan tindakan melempar disaat-saat akhir.
Fasa 1 : Persediaan.
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan
cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti gaya berdiri. Kaki berjarak seluas
bidang bahu.
Fasa 2 : Hayunan Awalan.
Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti
yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas
julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.
Fasa 3 : Rotasi Atau Berpusing.
Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi
atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam
sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan. Selesai sahaja langkah ini,
kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di
atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan
berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.
Fasa 4 : Membuat lemparan.
Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan
lemparan, tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu
tangan tersebut. Peserta akan berasa logam cakera itu semakin menekan di atas ruas
jarinya. Pada ketika inilah cakera itu di lempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari
memutar mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan
cakera. Pastikan kedua-kedua belah kaki membantu tindakan melempar dengan
menolak kuat ke atas tanah.
Fasa 5 : Ikut Lajak dan Pemulihan.
Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang
badan di atas leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakkannya. Pada masa
yang sama, kaki kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang.
Sambil mengimbangkan badannya, peserta terus memerhati cakera hingga ia mendarat.
Kebaikan Teknik Lemparan Gaya Berpusing.
i. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan
menerusi pusingan badan dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih
jauh.
ii. Pergerakkan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan
keputusan yang membanggakan.
iii. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakkan dan lemparan serta dapat mengelakkan
daripada pembaziran tenaga.
iv. Memberi kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang
tidak menggunakan teknik lemparan ini.
v. Keburukan Teknik Lemparan Gaya Berpusing.
vi. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang
diperlukan.
vii. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh
merugikan lemparan yang dibuat.
viii. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah.
ix. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.
LATIHAN ANSUR MAJU.
Latihan 1.
Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika
melepaskannya.
Latihan ini boleh dilakukan secara berpasangan.
i. Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit.
ii. Hayun cakera berulangkali ke depan dan ke belakang sisi badan. Ingat supaya jangan
mengenggam cakera. Pegang seperti yang diterangkan sebelum ini.
iii. Setelah menghayunkan cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan
cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan.
Disaat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah
dan telunjuk.
Latihan 2.
Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.
Berdiri dan melempar cakera dengan kilasan badan.
i. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang
cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
ii. Hayun cakera ke belakang dengan tangan menyilang dengan tangan kanan. Ketika
melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
iii. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-
dua belah kaki melempar cakera ke kawasan pendaratan.
Latihan 3.
Tujuan : Latihan berpusing selepas menghayun cakera.
i. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit.
Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
ii. Pada kali kedua sambill menghayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah lawan
jam (sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
iii. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi.
iv. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
v. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan
memusingkan badan sebagai panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan
pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur maju.
Nota : Pada peringkat awalan, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan
lemparan dan tanpa memegang cakera.
Latihan 4.
Tujuan : Simulasi selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.
i. Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan
hayunkan cakera.
ii. Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan
ke depan bulatan.
iii. Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan bulatan, kaki kanan berpaksi dan
pengilasan badan disempurnakan sehingga badan menghadap ke kawasan lemparan.
iv. Apabila cakera sampai ke aras bahu, ia dilemparkan ke depan. Pada ketika lemparan,
pastikan kaki kanan menolak kuat ke atas tanah.
Biomekanik Dalam Melempar Cakera.
REJAM LEMBING
Pengenalan
Merejam atau membaling lembing (javelin) merupakan acara balingan yang tertua
dan dipercayai dimainkan sejak purba lagi. Pada ketika itu, orang menggunakan
lembing untuk memburu serta sebagai senjata dalam peperangan. Dalam sukan,
merejam lembing digunakan sebagai latihan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih serius.
Matlamat acara ini sebagai sukan ialah mendapatkan jarak paling jauh berbanding
dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut peraturan yang ditetapkan.
Sebagai sukan juga, merejam lembing turut menjadi acara dalam Sukan
Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896. Hingga kini, merejam lembing
adalah salah satu acara balingan yang penting di dalam sukan olahraga, khususnya
dalam acara padang. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Pemenang acara ini
ditentukan menerusi jarak balingan terjauh yang dicapai oleh seseorang peserta.
CARA-CARA MEMBUAT REJAMAN
a) Memegang Lembing
Sebelum mempelajari cara merejam lembing, seseorang perejam lembing hendaklah
terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing. Aspek ini sangat
penting, sama ada daripada segi pencapaian dan juga keselamatan peserta.
Umumnya, terdapat tiga cara memegang lembing yang biasa diamalkan. Jurulatih
hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini, terutama kepada mereka yang baru
menceburkan diri.
• Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari
lain.
• Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari
kelengkeng.
• Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Cara ini kadang-kadang
disebut cara ladam kuda.
A. Peringkat-peringkat Merejam Lembing
Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu
peringkat berlari, peringkat transisi, peringkat melepas dan peringkat mengundurkan
diri.
Peringkat Berlari
i. Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan
yang disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing.
ii. Lembing diletakkan pada bahu, dan siku tangan yang memegang lembing
hendaklah membengkok ke hadapan.
iii. Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4 – 12 langkah pada
kelajuan sederhana atau perlahan.
Peringkat Transisi
i. Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan.
ii. Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang.
iii. Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah.
iv. Peserta Mendarat di belakang (sebelum) penanda arc dengan menggunakan
tumit kanan serta membawa berat badan ke belakang.
Peringkat Melepas
i. Peserta membuka langkah seluas mungkin.
ii. Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan
berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat.
iii. Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetpi jangan
menyentuh atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh
melompat menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan.
iv. Lepaskan lembing pada sudut 30°-40° daripada padang sekuat yang boleh
dengan memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada
padang.
Peringkat Berundur
i. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing
mendarat.
ii. Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang
daripada penanda arc, Jangan sekali-kali beredar ke hadapan melepasi pananda
arc.
iii. Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.
LONTAR TUKUL BESI
Pada asalnya, sejarah membaling tukul besi adalah berasal daripada pemburuan
zaman Neolitik. Pada ketika itu, manusia menggunakan kapak besi untuk memburu
dengan membaling kapak tersebut ke arah binatang buruan.
Pada peringkat permulaan, acara ini diadakan untuk menunjukkan kepahlawanan
atau kekuatan sesorang. Pada tempoh tersebut, acara sukan telah dinamakan
sebagai “ Wheel Hurling” iaitu atlet akan membaling tukul besi di mana
pemegangnya diperbuat daripada besi.
Pada era yang berikutnya, acara sukan ini dimasukkan dalam permainan festival
“God Thor”. Acara baling tukul besi ini berkembang pada era pertengahan. Bukti
yang menunjukkan acara ini berkembang pada era tersebut ialah terdapatnya patung
Joseph O’Hanrahan potret dan setengah daripada potret Clad Irish sedang
membaling tukul besi. Selain itu, terdapat juga lukisan yang menunujukkan gambar
King Henry VIII sedang membaling ”Blacksmith’s Sledgehammer” pada abad ke-16.
Bukti-bukti ini jelas menyatakan bahawa pada abad ke-16 adalah merupakan satu
era perkembangan bagi acara baling tukul besi dan acara ini juga telah menjadi satu
acara rasmi pada tempoh tersebut.
Teknik-teknik asas untuk acara Baling Tukul Besi
Seperti lempar cakera, acara baling tukul besi dijalankan di dalam bulatan
yang berdiameter 2.135 meter dan tukulnya hendaklah mendarat di dalam kawasan
yang bersudut 40 darjah daripada bulatan balingan.permulaannya hendaklah
daripada kedudukan statik di dalam bulatan balingan itu. Untuk membuat balingan,
peserta hendaklah bersedia, sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Latihan
yang mencukupi dan pengawasan jurulatih berpengalaman adalah perlu bagi
mambantu peserta memahirkan diri dengan setiap pergerakan dalam perlakuan
membuat balingan, dan pada masa yang sama mencapai jarak balingan yang
diharapkan.
Cara melakukan balingan dalam acara baling tukul besi adalah hampir sama
dengan melakukan lontaran dalam acara-acara lontaran yang lain. Yang brbeza
Cuma jenis peralatan lontaran yang sekaligus membezakannya dengan yang lain.
Antara persamaan termasuklah dari segi persediaan, pergerakan awal, cara
memegang, melakukan balingan, dan ikut lajak. Semua pergerakan ini menghasilkan
teknik balingan yang bukan sahaja berbeza antara satu peringkat dengan peringkat
yang lain, tetapi juga antara satu acara yang lain.
Terdapat juga beberapa peringkat dalam pergerakan membuat balingan tukul
besi ini. Setiap peserta harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat
pergerakan ini supaya pergerakan keseluruhan membaling tukul besi dapat
dilakukan dengan lebih sempurna dan berkesan. Peringkat-peringkatnya adalah
seperti berikut:
a) Cara memegang tukul besi serta persediaan awal.
b) Melakukan putaran.
c) Memusingkan dan memutarkan badan.
d) Membuat lontaran.
e) Ikut lajak atau pergerakan susulan.
Memegang tukul besi dan bersedia
Peringkat pertama dalam perlakuan membaling tukul besi selepas seseorang
itu bersedia ialah memegang tukul besi. Peserta hendaklah mendapatkan pegangan
yang selesa dan betul pada bahagian pemegang yang disediakan. Untuk memulakan
pegangan, peserta hendaklah berada pada kedudukan sedia di dalam bulatan
balingan. Untuk mendapatkan cara pegangan yang betul dan sempurna ialah
dengan memulakan pegangan tukul pada tangan kiri dengan kekuatan pegangan
diletakkan pada jari-jari.
Kemudian, letakkan tangan kanan diatas tangan kiri dengan pegangan yang
sama serta penekanan pada menyokong tangan kiri dan mendapatkan pegangan
yang selesa supaya keselamatan tukul besi dan pegangan terjamin. Pada masa itu,
peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang selesa seperti kedudukan badan
dan kaki. Selain itu, kedudukan statik yang mula-mula biasanya di belakang bulatan
lontaran berhampiran garisan belakang, dengan membelakangkan arah balingan.
Akhir sekali, tumpukan perhatian dan konsentrasi pada tukul besi dan kawasan
balingan.
Melakukan putaran
Putaran yang dimaksudkan dalam acara baling tukul besi ialah pergerakan
peserta memutarkan tukul besi beberapa kali bagi mendapatkan kedudukan dan
masa yang sesuia dan selesa untuk membuat balingan. Putaran juga dilakukan bagi
mendaptkan rentak dan kelajuan awal sebelum mebuat balingan. Untuk melakukan
putaran dengan cara yang betul, pertamanya, peserta mestilah menempatkan tukul
besi yang selesa dalam pegangan tangannya pada kedudukan kanan di belakang
kaki, sambil kaki kanan diluruskan dan kaki yang sebelah lagi dibengkokkan sedikit
untuk mendapatkan keseimbangan. Kemudian, peserta mestilah menarik tukul besi
melintasi bahagia hadapan tubuhnya, dengan pegangan tangan masih selesa pada
tempat pegangan tukul besi. Selain itu, lengan peserta hendaklah diluruskan di
hadapan tubuhnya sendiri. Langkah yang seterusnya, peserta mestilah
membengkokkan lengan untuk mengembalikan tukul besi ke belakang kepalanya.
Semasa dalam putaran, tukul akan bergerak meninggi ke sebelah kirinya dan
menurun ke sebelah kanannya. Tukul besi haruslah mencapai kedudukan tertinggi
pada bahagian belakang peserta dan terendah di hadapannya. Peserta hendaklah
menggerakkan tubuhnya mengikut pergerakan putaran tukul bagi mendapatkan
momentum yang betul. Biasanya, peserta akan melekukan tuga pusingan atau
putaran, sambil kelajuan putaran ditingkatkan dari satu pusingan ke satu pusingan
berikutnya.
Memusing dan memutarkan badan
Setelah melakukan putaran tukul besi tiga kali dengan kelajuan meningkat,
peserta kini bersedia untuk melakukan putaran atau pusingan badan pula. Jika
dalam peringkat putaran, penekanan adalah pada pergerakan lengan bersama tukul,
penekanan semasa memusing ialah pada kedudukan kaki dan badan peserta yang
harus digerakkan besama putaran lengan dengan keseimbangan badan terus
dikekalkan. Perlu diingat iaitu penahanan (pivot) adalah pada kaki, manakala
memusing adalah pada badan bagi mengawal semasa berpusing.
Untuk melakukan pergerakan ini, pusingan badan harus dilakukan mengikut
rentak dan pergerakan dan gerakan tukul besi yang dipegang. Pada pusingan tukul
yang pertama, peserta hendaklah mengikut tukul, manakala dalam pusingan kedua,
tukul yang mengikut peserta manakala dalam pusingan yang ketiga ialah untuk
mengawal momentum dan menyediakan badan untuk melakukan balingan. Selain
itu, peserta harus mengekalkan berat badan pada sebelah kiri, manakala tukul
bergerak ke arah kaki kanan. Pada pusingan yang ketiga merupakan pusingan akhir
peserta sebelum membuat balingan. Ini bermakna peserta sudah bersedia untuk
membuat balingan.
Membuat balingan
Peringkat pergerakan dalam acara membaling tukul besi ialah melepaskan
tukul besi daripada pegangan tangan sebagai membuat lontaran, ke dalam kawasan
pendaratan yang disediakan. Balingan dibuat selepas peserta melepasi pusingan
badan kali ketiga dengan kelajuan pusingan berada di peringkat maksimum.
Untuk lakuan ini, peserta mestilah memindahkan berat badannya dengan
pergerakan menentang tekakan tukul. Kemudian, kaki kiri peserta debengkokkan
sedikit sebagai persediaan untuk balingan. Selain itu, peserta juga harus
memasukkan tekanantambahan pada tukul dengan bantuan kaki, pinggang, dada
dan tangan sebagai persediaan akhirnya membuat balingan. Untuk melakukan
balingan, peserta haruslah mengikut arah yang dikehendaki dengan melepaskan
balingan pada pusingan badan dan tangan pada kelajuan yang paling maksimum.
Akhir sekali, peserta mestilah memastikan keseimbangan badan terjamin tanpa
menyebabkan pergerakan menjadi batal.
Ikut lajak
Ikut lajak atau tindakan susulan selepas tukul dilepaskan daripada pegangan
tangan, merupakan pergerakan terakhir dalam acara baling tukul besi ini. Yang
penting ketika ini ialah peserta dapat mengimbangi kedudukan kaki danbadannya.
Seperti dalam acara-acara lontaran yang lain, peserta memerlukan pengunduran
selepas tukul dibalingkan, untuk mngekalkan momentum pergerakan. Sebelum
peserta meninggalkan bulatan balingan, peserta harus menunggu sehingga tukul
yang dilontarkannya selamat mendarat di dalam kawasan pendaratan yang
disediakan.
Ansur maju
Di dalam acara tukul besi terdapat 5 fasa iaitu fasa memegang tukul besi, melakukan
putaran, pusing dan memutarkan badan, membuat balingan dan fasa yang terakhir
ialah ikut lajak.
1. Ansur maju yang pertama ialah cara panduan tukul besi. Jurulatih boleh
menggunakan bola sihat untuk latihan panduan tukul besi ini.
Cara latihan:
Atlet membaling bola dengan menggunakan dua tangan.
Panduan mengajar:
1. Bengkokkan lutut kemudian berdiri di atas bebola kaki.
2. Baling bola dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
3. Baling bola setinggi yang mungkin.
Ansur maju memusingkan tukul besi.
2. Membuat pusingan dengan menggunakan kayu atau tiang.
Panduan mengajar:
1. Pastikan kedua-dua belah tangan dibengkokkan.
2. Bengkokkan kaki sedikit dan pandang hadapan.
3. Pusingkan kayu atau tiang sejauh yang mungkin dan pada masa yang sama
gerakkan punggung ke kanan.
4. Pusingkan kayu keatas di bahagian kiri supaya lengkungan pusingan tadi
mencapai titik yang tertinggi di bahagian belakang di sebelah kiri dan mencapai titik
yang paling rendah di hadapan kanan badan anda.
5. Semasa kayu dihayunkan sejauh yang mungkin di bahagian kiri, jatuhkan kepala
anda kedalam tangan anda dan pusingkan dada dan bahu.
Untuk fasa ini, jurulatih juga boleh menggunakan bola sihat sebagai latihan untuk
para atlet.
Panduan mengajar:
1. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu.
2. Letakkan bola sihat di dalam jaring dan bola tersebut diletakkan di atas tanah di
bahagian belakang sebelah kanan.
3. Heret bola tersebut ke atas sebelah kiri sambil membengkokkan kaki sedikit.
4. Sebaik sahaja bola dihayun sejauh yang mungkin ke sebelah kiri, tundukkan
kepala anda di bawah tangan dan pusingkan kepmbali untuk bertemu dengna bola
semula di bahagian kanan.
5. Elakkan daripada membengkokkan tangan ketika bola berada di hadapan badan
anda.
Ansur maju untuk membuat pusingan badan
1) Pusingan dengan tangan dipanjangkan.
Panduan mengajar:
1. Bengkokkan lutut, pandang hadapan, dan panjangkan tangan anda. Pegang
kedua-dua belah tangan menegak di hadapan badan anda.
2. Jangan hiraukan tentang pergerakan kaki; heretkan kaki membentuk satu
bulatan dan berpusing di tempat yang sama.
Ansur maju untuk membaling tukul besi.
Untuk lakuan membaling tukul besi, sekali lagi jurulatih boleh menggunakan bola
sihat yang diletakkan di dalm jaring.
Panduan mengajar:
1. Buat 2-3 pusingan, pilih lengkungan dan mencapai titik yang tertinggi di
bahagian bahu kiri anda.
2. Alihkan punggung anda ke kanan apabila bola berpusing ke sebelah kiri.
3. Mulakan daya tarikan yang terakhir ke atas bola untuk membuat balingan
sebanyak 2-3 kali apabila bola mencapai titik yang terendah dihadapan badan anda.
4. Panjangkan kaki anda dan membawa badan ke belakang dengan sepenuh
tenaga serta buang kepala anda ke belakang.
5. Pasakkan kaki anda dan lepaskan atau balingkan bola tersebut melepasi bahu
kiri anda.
Gabungan antara membuat hayunan, memusingkan badan, dan membuat balingan
Prinsip ansur maju di praktikkan ketika membuat latihan ini. Pertamanya, membuat
2-3 pusingan tukul besi kemudian diikuti dengan satu putaran badan dan diikuti
dengan membuat balingan. Kemudian, membuat 2-3 pusingan tukul besi diikuti
dengan dua putaran badan dan balingan. Akhir sekali ialah dengan membuat 2-3
pusingan tukul besi diikuti dengan membuat 3 putaran badan serta balingan.
Panduan mengajar:
1. Jangan terlalu terburu-buru; lakukan hayunan dengan perlahan-lahan dan
tambahkan kelajuan ketika membuat putaran badan dan balingan.
2. Pastikan tangan dipanjangkan ketika tukul besi berada di hadapan badan anda.
3. Cuba untuk membawa kaki kanan mengelilingi badan anda secepat yang
mungkin untuk melengkapkan setiap putaran.
4. Pastikan barisan kaki anda selari dengan arah balingan di akhir setiap balingan.