9
Kerjaya guru menurut perspektif agama Perspektif Islam Peranan guru dalam perspektif Islam adalah sangat meluas. Guru adalah penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar. Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam, guru atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Semua istilah-istilah yang digunakan bersal dari Bahasa Arab dan pada dasarnya istilah- istilah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu memberi pengajaran atau pendidikan. Ustaz dan Mudarris dalam masyarakat melayu dikhususkan kepada mereka yang mengajar pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya . Muallim juga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada seorang pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang kala digunakan dalam erti kata pemimpin. Berbeza dengan Murabbi, seorang Muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal, sementara Murabbi membawa maksud yang luas, melebihi tahap Muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani , jasmani dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya Mursyid bermaksud memberi tunjuk ajar. Mursyid menurut istilah kaum sufi, merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t dalam proses tarbiah yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah. Para Mursyid dianggap golongan pewaris Nabi s.a.w. dalam bidang pentarbiah umat dan pemurnian jiwa mereka (tazkiyah an- nafs), yang mendapat izin irsyad (izin untuk memberi bimbingan kepada manusia) dari para mursyid mereka sebelum mereka, yang mana mereka juga mendapat izin irsyad dari mursyid sebelum mereka

Kerjaya guru menurut perspektif agama

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerjaya guru menurut perspektif agama

Kerjaya guru menurut perspektif agama  

Perspektif Islam

Peranan guru dalam perspektif Islam adalah sangat meluas. Guru adalah penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam, guru atau pendidik ialah murabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atau ulama. Semua istilah-istilah yang digunakan bersal dari Bahasa Arab dan pada dasarnya istilah-istilah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu memberi pengajaran atau pendidikan. Ustaz dan Mudarris dalam masyarakat melayu dikhususkan kepada mereka yang mengajar pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya . Muallim juga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada seorang pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang kala digunakan dalam erti kata pemimpin. Berbeza dengan Murabbi, seorang Muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal, sementara Murabbi membawa maksud yang luas, melebihi tahap Muallim.

Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani , jasmani dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya Mursyid bermaksud memberi tunjuk ajar. Mursyid menurut istilah kaum sufi, merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin murid dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah s.w.t dalam proses tarbiah yang teratur, dalam bentuk tarekat sufiyah. 

Para Mursyid dianggap golongan pewaris Nabi s.a.w. dalam bidang pentarbiah umat dan pemurnian jiwa mereka (tazkiyah an-nafs), yang mendapat izin irsyad (izin untuk memberi bimbingan kepada manusia) dari para mursyid mereka sebelum mereka, yang mana mereka juga mendapat izin irsyad dari mursyid sebelum mereka dan seterusnya, sehinggalah silsilah izin irsyad tersebut sampai kepada Rasulullah s.a.w. (tanpa terputus urutannya). Oleh itu pada kebiasaannya, ia daripada keturunan Ulama’. Guru-guru pada zaman Abbasiyah digolongkan kepada tiga kategori iaitu muallim, muadib,dan ustaz. Muallim ialah golongan guru sekolah rendah yang diberi tugas mendidik ilmu-ilmu asas Islam seperti Al-Quran, Ibadah, Akidah dan Ilmu Akhlak. Mu’adib ialah guruyang bertanggungjawab mengajar di sekolah khas. Ustaz pula ialah pensyarah di sekolah tinggi (maktab).

Page 2: Kerjaya guru menurut perspektif agama

Sesungguhnya, peranan pendidik di dalam perspektif Islam bukanlah terhad kepada guru sahaja,tetapi juga kepada ibubapa, tok guru, tok imam, tok bilal dan siapa sahaja yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran,mereka adalah pendidik.

Peranan guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Antaranya ialah menyampaikan aqidah dan keimanan yang tulen untuk menghidupkan hati dan menghubungkan manusia dengan Allah, meyakinkan pertemuan dengan Allah, mengharapkan rahmatNya dan takutkan siksaanNya, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah yang menjadi asas ubudiyah (pengabdian diri kepada Allah), hubungan harmoni sesama manusia dan alam, serta membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh tauladan kepada orang lain.

Seorang pendidik haruslah memahami bahawa Islam adalah ad-Din bukan sekadar aqidah dan peribadatan tetapi suatu sistem hidup nizam al-hayat. Pendidik bukan sahaja berperanan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri, malahan juga untuk masyarakat tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah s.w.t. Seorang pendidik mestilah menyedari hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan

Kerja mendidik adalah sebahagian amal soleh manakala enggan menyampaikannya dosa yakni siksaan api neraka. Dari sudut sejarah menunjukkan hubungan di antara istana dengan tuan guru di mana ulama’ dan guru adalah rapat dan dimuliakan berbanding dengan jawatan-jawatan lain. Dari sudut budaya, konsep berguru amat diutamakan. Belajar bukan setakat untuk mendapatkan ilmu, apa yang lebih penting ialah berguru untuk membina akhlak dan adab berilmu.

 Perspektif Kristian

Menurut perspektif Kristian, Yesus Kristus adalah Mahaguru yang menyampaikan segala ilmu lebih daripada dua ribu tahun yang lalu. Setelah itu, tugas-tugas tersebut telah diambil alih olehapostles (rasul-rasul) dan saints (wali-wali).

Antara ciri-ciri personaliti yang terdapat dalam guru-guru mereka ialah membimbing dan membantu murid –murid mereka untuk melengkapi diri dengan ilmu-ilmu yang terdapat di dalam kitab suci. Murid-murid pula perlu lah berusaha untuk membuat rujukan yang sesuai berdasarkan sumber bahan disyorkan oleh guru kerana guru tidak akan membekalkan semua ilmu yang akan dipelajari.

Page 3: Kerjaya guru menurut perspektif agama

Guru juga seorang yang bertanggungjawab untuk melindungi murid-murid daripada pengaruh-pengaruh negatif atau ajaran sesat. Seorang guru yang baik akan menunjukkan jalan yang benar dan tepat kepada murid-murid dengan berpandukan kitab-kitab suci

Seorang guru akan memberi dorongan yang wajar kepada murid-murid agar dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam menuntut ilmu yang lebih meluas.

 Perspektif Buddha

Buddha berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud “Mereka yang sedar, Yang mencapai pencerahan sejati.  GelaranBudh pula bermaksud “untuk mengetahui”dan merupakan gelaran kepada individu yang menyedari potensi penuh mereka untuk memajukan diri dan yang mempunyai kesedaran. Pada masa kini, ia sering digunakan untuk merujuk Siddarta Gautama, guru agama dan pendidik agama Buddha. Selain itu, Buddha merupakan tarikan dan contoh bagi manusia yang telah insaf atau sedar.

Dalam agama Buddha, guru adalah orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran. Murid seorang guru memandang gurunya sebagai jelmaan Buddha atau Bodhisattva.

Agama Buddha diasaskan oleh Sidharta Gautama. Beliau merupakan seorang putera raja, anakanda Sudhadana dan Maya yang dilahrikan ke dunia ini tanpa mengetahui hal duniawi. Sidharta Gautama juga dikenali sebagai “Pemberi Cahaya”. Ajaran Buddha yang disebarkan oleh beliau bukanlah satu ajaran metafizik atau falsafah tetapi lebih menekankan kepada ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika-etika kehidupan. Buddhisme disusun dalam sistem Tri Pitaka atau Tri Ratna iaitu Buddha, Sangha dan Dharma.

Ajaran Buddha terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Hinayana yang lebih mementingkan kehidupan secara masyarakat dan aliran Mahayana yang lebih mementingkan keupayaan dalam menentukan kehidupannya. Ajaran Buddha menggalakkan penganutnya mengembara untuk mencari ilmu serta pengalaman dalam hidup tetapi dalam proses pengembaraan hanya pakaian yang serba ringkas seperti kain yang berwarna kuning keperangan dan semangkuk sahaja dibawa bersama seperti mana dilakukan oleh Sidharta Gautama dan tidak menyediakan simpanan atau harta untuk esok. Sebagai conoth, Raja Rama IV (Mongkut) juga terpengaruh dengan ajaran ini, lalu keluar mengembara untuk mendalami ajaran ini. Ahimsa merupakan satu konsep ajaran yang dikongsi bersama penganut-penganut Hindu yang membawa erti penolakan terhadap pembunuhan makhluk-makhluk hidup yang lain.

Page 4: Kerjaya guru menurut perspektif agama

Penganut Buddha tidak menganggap Siddharta Gautama sebagai Sang Hyang Buddha pertama atau terakhir. Buddha ialah orang yang menemukan Dharma atau Dhamma yang membawa maksud kebenaran, perkara yang sebenarnya, akal budi, kesulitan keadaan manusia, dan jalan benar kepada kebebasan melalui kesedaran, datang selepas karma yang bagus (tujuan) dikekalkan seimbang dan semua tindakan buruk ditinggalkan. Pencapaian nirwana (nibbana) di antara ketiga jenis Buddha adalah serupa, tetapi Samma-Sambuddha menekankan lebih kepada kualiti dan usaha dibandingkan dengan dua jenis Buddha yang lain.

Tiga jenis golongan Buddha adalah Samma-Sambuddha, Pacceka-Buddha dan Savaka Buddha. Samma-Sambuddha ialah Buddha(guru agama) mendapat kesedaran penuh tanpa guru, hanya dengan usaha sendiri. Pacceka-Buddha atau Pratyeka-Buddha pula guru yang menyerupai Samma-Sambuddha, tetapi sentiasa diam dan menyimpan pencapaian Dharma pada diri sendiri. Manakala, Savaka-Buddha pula guru yang merupakan Arahat (pengikut kesedaran), tetapi mencapai tahap kesedaran dengan mendengar Dhamma.

Perspektif Hindu

Dalam agama Hindu, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu spiritual atau kejiwaan murid-muridnya.

Dalam agama Hindu, Guru adalahTuhan  itu sendiri.Hanya para ahli agama yang sudah merealisasikan Tuhan dapat disebut sebagai Guru. Hanya mereka yang mempunyai hak untuk meminta Bhakti dan penyerahan kehendak yang tak dapat dipertanyakan dari para pengikut mereka. Satu sifat utama seorang Guru yang benar adalah kehadirannya dimana-mana (omnipresence).

Mahreshi Narada menyatakan bahwa di seluruh dunia ada ratusan Guru, banyak dari mereka hidup dalam jiwa (tanpa badan), secara terus-menerus mencari murid-murid yang berharga. Jadi Guru itu mudah di cari dan diperolehi, tapi sangat sukar untuk mendapat murid-murid yang setia. Bila seseorang mencari kebenaran, ratusan Guru akan datang mengetuk pintunya untuk menyampaikan kebenaran itu. Swami Wiwekananda merupakan seorang murid yang di tidak mengambil Gurunya, sebaliknya Sri Ramakrishna mengambil Wiwekananda sebagai muridnya.

Menurut agama Hindu, ada tujuh Guru yang hidup. Tujuh guru yang hidup ini kenali sebagai Saptha Resi, yang memelihara dunia selamanya. Mereka dengan tiada hentinya membimbing mereka dalam keinginan spiritual mereka. Kaum Yahudi

Page 5: Kerjaya guru menurut perspektif agama

Kabbalah dan kaum Rosicrucian juga mempercayai tujuh manusia-dewa yang hidup berada di Timur. Keyakinan mengenai tujuh guru ini diperkenalkan oleh Madame Helena Blavatsky, pengasas dari Masyarakat Theosofi (Theosophical Society) ketika ia menulis bukunya bernama "Isis unveiled."

Menurut Blavatsky, semua guru itu tinggal di Tibet tapi mengelilingi dunia dalam tubuh yang berbeza-beza. Guru yang sebenarnya adalah hadiah suci bagi penganut agama Hindu. Tidak seorangpun dapat menjadi Guru dengan pernyataan diri sendiri. Mahreshi Ashtawakra, yang merupakan salah seorang dari Saptha Reshi, adalah Guru dari Raja Janaka, dan murid dari Raja Janaka yang materialistik adalah Reshi Suka, tokoh besar dari Bhakti Yoga. Apa yang diperlihatkan oleh hal tersebut adalah bahwa Guru yang berbeza menunjukkan kualiti atau sifat yang berbeda sekalipun mereka menggantikan satu sama lain.

1.1     Konsep kerjaya guru

Menurut Akta Pendidikan 1996, “Guru” bererti seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan atau menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua.

Menurut Kamus Dewan 1992, guru bermaksud pendidik atau pengajar atau pengasuh. Menurut Kamus Dewan Online Merrian-Webster, “guru” didefinisikan sebagai “seorang yang mengajar”. Sinonim-sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuk “pendidik”, “instruktur”, “ahli pedagogi”, “jurulatih “ dan “tutor”.

H. Syamsul Bahri Tanrere (1993) menyatakan guru adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam pendidikan dan pengajaran, kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi seorang murid. Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih, penyelenggara, pengajar dan pemelihara.

Kerjaya sebagai seorang guru merupakan satu kerjaya yang unik. Hal ini kerana, kerjaya sebagai seorang guru ini memainkan benyak peranan dalam berkhidmat menjadi seorang pendidik yang berjaya. Sesetengah guru ada mengatakan bahawa pekerjaaan sebagai satu kerjaya yang mulia. Mereka mampu memikul tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak bangsa serata membentuk murid-murid mereka dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 6: Kerjaya guru menurut perspektif agama

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

Menurut Datuk Abd. Ghafar Mahmud,Ketua Pengarah Pelajaran, guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

Tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahwa seorang guru mempunyai tiga tugas utama yaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan pembahasan tentang kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengar logika dan estetika, tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional dari seorang guru yaitu meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak.

Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri. Usaha membantu kearah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahwa manusia hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini berarti bahwa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan terpadu.

Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berpikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup.

 Ketiga tugas guru itu harus dilaksanakan secara bersama-sama dalam kesatuan organis harmonis dan dinamis. Seorang guru tidak hanya mengajar di dalam kelas saja tetapi seorang guru harus mampu menjadi katalisator, motivator dan dinamisator pembangunan tempat di mana ia bertempat tinggal.

Page 7: Kerjaya guru menurut perspektif agama

 Ketiga tugas ini jika dipandang dari segi anak didik maka guru harus memberikan nilai-nilai yang berisi pengetahuan masa lalu, masa sekarang dan masa yang akan datang. Pengetahuan yang kita berikan kepada anak didik harus mampu membuat anak didik itu pada akhimya mampu memilih nilai-nilai hidup yang semakin kompleks dan harus mampu membuat anak didik berkomunikasi dengan sesamanya di dalam masyarakat, oleh karena anak didik ini tidak akan hidup mengasingkan diri.

1.2     Konsep ibadah

Ibadah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.

Menurut istilah syarak ibadah ialah taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.

Ketundukan di dalam konsep ibadah ialah menurut, mengikut dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah. Ketundukan ini berasaskan kepada perasaan sedar terhadap keesaan Allah dan kekuasaanNya ai atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

Manakala kecintaan di dalam konsep ibadah pula ialah kepatuhan ini hendaklah juga lahir dari rasa cinta kepada Allah. Ia berdasarkan kesedaran manusia terhadap limpah kurnia Allah, nikmat-nikmat dan rahmatNya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah.Di antara keutamaan ibadah bahwasanya ibadah mensucikan jiwa dan membersihkannya, dan mengangkatnya ke derajat tertinggi menuju kesempurnaan manusiawi.

Menurut Mok Soon Sang (1988), guru ialah orang yang berperanan sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan. Selain itu, guru juga bertindak sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak penyusunan meja dan sebagainya.

Page 8: Kerjaya guru menurut perspektif agama

Guru berperanan sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa pelajar.