13
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA (BAHAGIAN ROBOTIK) KUALA LUMPUR TARIKH: 25 OKTOBER 2013 ANJURAN: KELAB REKA CIPTA IPGKSM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT TERENGGANU

KERTAS KERJA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh paperwork lawatan

Citation preview

Page 1: KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA (BAHAGIAN ROBOTIK)

KUALA LUMPUR

TARIKH:

25 OKTOBER 2013

ANJURAN:

KELAB REKA CIPTA IPGKSM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN MIZAN

BESUT TERENGGANU

Page 2: KERTAS KERJA

KERTAS KERJA LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA

1.0 PENGENALAN

Lawatan ke sesuatu tempat merupakan satu cara untuk menimba pengalaman.

Pengalaman amat penting bagi setiap insan terutama bagi insan bernama guru.

Justeru, Kelab Reka Cipta mengambil inisiatif melalui program lawatan ke Pusat

Sains Negara untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai

perkembangan sains dan teknologi masa kini yang melibatkan bidang Reka

Cipta khususnya Robotik, di samping itu juga dapat melahirkan pelajar yang

minat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi kepada

manusia. Lawatan ini juga diharapkan dapat memberi peluang amali ’hands on’

dan dapat melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran

tinggi dalam melaksanakan tugas harian berkaitan Reka Cipta di sekolah dan

kepada komuniti kelak. Selain itu, lawatan ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

ini juga bersesuaian mengikut Takwim Institut dengan membawa pelajar Kelab

Reka Cipta Semester 6, bagi tahun 2013.

2.0 NAMA PROGRAM

Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Sains Negara (Bahagian Robotik) Kuala

Lumpur.

3.0 TARIKH PROGRAM

25 OKTOBER 2013 (Jumaat).

4.0 RASIONAL

Lawatan ini dianjurkan atas rasional:

i. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkembangan sains dan

teknologi pada masa kini khususnya dalam bidang Reka Cipta Robotik.

ii. Melahirkan pelajar yang minat terhadap bidang Reka Cipta.

Page 3: KERTAS KERJA

5.0 MATLAMAT

Lawatan ini bermatlamatkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar

berhuubung bidang Reka Cipta serta memperkenalkan para peserta dengan

robotik.

6.0 OBJEKTIF

Antara objektif lawatan ini adalah:

i. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkembangan sains dan

teknologi masa kini yang melibatkan bidang Reka Cipta khususnya

Robotik.

ii. Melahirkan pelajar yang minat terhadap bidang Sains dan Reka Cipta.

iii. Melahirkan pelajar yang menghargai sumbangan Sains dan Teknologi

kepada manusia.

iv. Melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran

tinggi dalam melaksanakan tugas harian berkaitan Reka Cipta di sekolah

dan kepada komuniti kelak.

7.0 ANJURAN

Lawatan sambil belajar ini adalah anjuran Kelab Reka Cipta Institut Pendidikan

Guru Kampus Sultan Mizan.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran A

9.0 PENYERTAAN / SASARAN

Para peserta terdiri daripada:

i. 35 orang pelajar

ii. 2 orang pensyarah pembimbing

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Sila rujuk Lampiran B

Page 4: KERTAS KERJA

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran C

12.0 PENUTUP

Diharapkan kursus ini akan berupaya mencapai objektif yang difikirkan, supaya

pengisian ilmu kepada guru pelatih dalam melahirkan individu yang kreatif serta

inovatif dalam bidang Reka Cipta. Kejayaan ini bukan sahaja untuk IPG Kampus

Sultan Mizan tetapi melaksanakan agenda negara mencapai Wawasan 2020,

melahirkan individu yang mampu menyumbang kepada negara , tujuh tahun dari

sekarang.

Page 5: KERTAS KERJA

Disediakan oleh

…………………………………

SYED AMARUDIN SYAH BIN SYED BAHARUDIN

Setiausaha Kelab Reka Cipta

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

Disahkan oleh

…………………………………………

EN. WAN AZAHARI BIN WAN HARUN

Penasihat Kelab Reka Cipta

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan

Page 6: KERTAS KERJA

Dengan ini saya MELULUSKAN/TIDAK MELULUSKAN

Lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur anjuran Kelab

Reka Cipta.

Dengan ini saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN

Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur, Pusat Sains Negara anjuran Kelab Reka

Cipta.

Ulasan :

Diluluskan oleh

……………………………….EN. KAMARUDIN BIN HASHIM

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan, Besut

Page 7: KERTAS KERJA

Lampiran A

TENTATIF PROGRAM

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA

25 Oktober 2013

8.00 pagi - Semua peserta dari Kelab Rekacipta berkumpul di Dewan Bendahara

IPGKSM.

- Bertolak ke Pusat Sains Negara.

- Berhenti untuk sarapan pagi.

5.00 petang - Tiba di penginapan Homestay.

- Taklimat mengenai program yang akan dijalankan pada esok hari.

8.00 malam - Persiapan diri dan makan malam.

26 Oktober 2013

8.00 pagi - Berkumpul di hadapan Homestay.

- Taklimat ringkas.

- Bertolak ke Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

9.30 pagi - Tiba di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

- Melawat persekitaran Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

2.00 petang - Solat Zohor dan makan tengahari.

5.00 petang - Bertolak balik ke Homestay.

8.00 malam - Persiapan diri dan makan malam.

10.00 malam - Refleksi.

Page 8: KERTAS KERJA

27 Oktober 2013

8.00 pagi - Semua peserta dari Kelab Rekacipta berkumpul di hadapan

Homestay.

9.00 pagi - Pulang ke IPG Kampus Sultan Mizan.

2.00 petang - Solat zohor dan makan tengahari.

6.00 petang - Dijangka sampai di IPG Kampus Sultan Mizan.

Page 9: KERTAS KERJA

LAMPIRAN B

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : En. Kamarudin bin Hashim

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Penasihat : i) En. Wan Azahari bin Wan Harun

ii) En. Mohammad bin Md. Latiff

Pensyarah Penasihat

Kelab Reka Cipta IPGKSM

Pengerusi : Asraf bin Nordin

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 1

Naib Pengerusi : Muhammad Azri Asyraf bin Asari

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

Setiausaha : Syed Amarudin Syah bin Syed Baharudin

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

Pen. Setiausaha : Nordieny binti Zohari

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 1

Bendahari : Nur Syahidatul Akmal bin Abu Bakar

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

Page 10: KERTAS KERJA

AJK Pengangkutan : Muhammad Zhariff bin Hasnan

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

AJK Penginapan : Ahmad Akmal bin Nik Khuzaimah

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

AJK Cenderahati : Siti Aishah Nabihah binti Othman

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

AJK Makanan : Norfarahin binti Abd. Rahman

Unit Reka Bentuk dan Teknologi 2

Page 11: KERTAS KERJA

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL PERKARA HARGA (RM) X KUANTITI JUMLAH (RM)

1. Makanan RM15.00 x 35 orang =

RM525.00

RM525 x 3hari =

RM1575.00

RM1575.00

2. Kos Pengangkutan

(Bas)

RM1200.00 X 3hari =

RM3700.00

RM3600.00

3. Cenderahati RM50.00 RM50.00

4. Tempat Tinggal

(Homestay)

RM150.00 2buah =

RM300.00

RM300.00 x 2hari =

RM600.00

RM600.00

JUMLAH BESAR RM5825.00