13
Kertas Kerja Program Kecemerlangan Sejarah SPM 2015 ANJURAN Panitia Sejarah dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Limbang, Jawatankuasa Pengurusan Asrama dan PIBG SMK Agama Limbang Disediakan oleh Mahadzir Bin Mahdini Ketua Panatia Sejarah

Kertas Kerja Bengkel Sej 2013

  • Upload
    aimkmb

  • View
    357

  • Download
    19

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Kerja Bengkel Sej 2013

Citation preview

Kertas Kerja

Program Kecemerlangan

Sejarah SPM 2015ANJURAN

Panitia Sejarah dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Limbang, Jawatankuasa Pengurusan Asrama dan PIBG SMK Agama Limbang

Disediakan oleh

Mahadzir Bin MahdiniKetua Panatia Sejarah Pengenalan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Program Kecemerlangan Sejarah SPM adalah salah satu usaha ke arah meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan SPM sekaligus memberi keyakinan kepada murid untuk menjawab soalan sejarah dengan baik dan berkesan. Diharap program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama dan sambutan yang baik daripada semua warga sekolah. Mudah-mudahan ianya dapat menyemarakkan lagi semangat dan menarik minat murid untuk mempelajari sejarah.

Nama Program

Program Kecemerlangan Sejarah SPM Cara Belajar Sejarah Dengan Mudah

Teknik Menjawab Soalan SPM Kertas 1, 2 dan 3. Target A+ dalam Sejarah SPM1) OBJEKTIF

a) Meningkatkan keputusan Peperiksaan SPM

b) Meningkatkan minat murid dalam matapelajaran sejarah

c) Meningkatkan jumlah murid yang mendapat A dalam Sejarah SPM

2) TEMPOH PERLAKSANAAN

3) KUMPULAN SASARAN

a) Semua Murid Tingkatan 4 dan 5 SMK Agama Limbangb) 20 orang pelajar dari setiap sekolah sekitar Limbang4) PROSES KERJA

1) Taklimat

i) Ucapan Pengetuaii) Penerangan oleh Ketua Bidang Kemanusiaaniii) Pelantikan Jawatankuasa Kerja

2) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

i) Membuat agihan tugas.

ii) Membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan kaedah perlaksanaan serta individu yang terlibat.3) Perlaksanaan aktiviti

i) Taklimat ringkas kepada semua guru dalam panitia sejarah

ii) Mencari dana untuk menjemput Penceramah

iii) Menjemput penceramah: Tuan Haji Yasmin dari SMK St Teressa Kuching

iv) Kehadiran semua guru sejarah dalam bengkel tersebut.

5) JAWATANKUASA PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran 1

6) JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran 2

7) ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila Rujuk Lampiran 3

8) PENUTUP

Akhir kalam, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang telah dirancang dan mendapat sokongan padu daripada semua warga sekolah. Bersama-samalah kita bekerjasama, saling bantu-membantu dan bertolak ansur dalam menjayakan program ini supaya objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai sepenuhnya tanpa sebarang halangan. Semoga segala usaha dan jerih payah semua pihak membuahkan hasil yang membanggakan seperti yang diharapkan. Mudahan-mudahan usaha murni ini mendapat rahmat dan berkat dari Yang Maha Esa. Amin.Lampiran 1

JAWANTAKUASA INDUK PROGRAM KECEMERLANGAN SEJARAH SPM

SEKOLAH MENENGAH AGAMA LIMBANG

Pengerusi

:Zulkifli Bin Mohamad

( Pengetua SMK Agama Limbang )

Naib Pengerusi

:Hasni Binti Usop (Pemangku Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum )Penyelarasa

:Siti Fatimah Binti Mohamad Ali

( Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan )

Setiausaha

: Mahadzir Bin Mahdini

(Ketua Panitia Sejarah)

AJK

:

1) Abu Bakar Hj Dahim

2) Azizah Binti Mohd Sharif3) Noor Afida Binti Mustofai4) Ahmad Termizi Bin Jawawi5) Noranizah Bt Hj Awg Damit

Lampiran 2JAWANTAKUASA INDUK PROGRAM KECEMERLANGAN SEJARAH SPM

SEKOLAH MENENGAH AGAMA LIMBANG

TarikhPerkara

23 Febuari 2015Taklimat bersama dengan semua guru yang terlibat dalam melaksanakan program serta pelantikan penyelaras

25 Febuari 2015Perbincangan bersama dengan pihak pentadbiran dan diluluskan

28 Febuari 2015Mendapatkan bahan-bahan untuk bengkel Teknik Menjawab Soalan Sejarah dan diperbanyakkan

10-11 Febuari 2015Program dilaksanakan

Lampiran 3ANGGARAN PERBELANJAAN

BilPerkaraKos ( Unit )JumlahCatatan

1Saguhati Penceramah RM1230.00RM1230.00Dana PIBG

2Bayaran Hotel RM300.00RM300.00Pengurusan Asrama

3Fotostat BahanBengkel Kecemerlangan Sejarah ( Teknik Menjawab Soalan )RM0.10X10 X 150 0rangRM150.00PCG Panatia SEjarah

4Jamuan rehat dan Makan tengah hariRM15.00 X 8RM120.00Pengurusan Asrama

5Tiket PenerbanganRm500.00Rm500.00Dana PIBG

JUMLAHRM2300.00

Disediakan oleh,

.......................................................

( Mahadzir Bin Mahdini )

Ketua Panatia Sejarah

SMK Agama Limbang

LAPOARAN PROGRAM KECEMERLANGAN SEJARAH SPMTarikh

:6 Oktober 2013Tempat :Dewan Seminar SMK Agama Limbang

Masa

:1.15 hingga 3.45 petang

Sasaran : Semua Murid tingkatan 5 SMK Agama Limbang (103 orang)

Semua guru Sejarah Tingkatan 1 - 5

Penceramah:

1. Tuan Haji Yasmin bin Hashim ( SMK St Teresa )

Aktiviti

:

1. Murid didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan SPM 2013 bagi kertas 1, Kertas 3 dan khususnya kertas 2

2. Murid didedahkan cara untuk menyemak jawapan bagi kertas 2. Penceramah memberi contoh skrip jawapan

Kekangan:

1. Masa yang agak singkat dengan untuk pengkongsian yang lebih mendalam terutamanya Kertas 3.Penambahbaikan:

1. Bengkel Kecemerlangan Sejarah akan diteruskan dalam kelompok yang kecil dengan menggunakan tenaga guru SMKAL sebagai langkah meningkatkan keputusan sejarahPenilaian:

1. Diteruskan untuk yang akan datang2. Murid memberi respons yang baik dengan program ini dan menunjukkan minat untuk mempelajari sejarah

Galeri Program Kecemerlangan Sejarah SPM 2013

Pelajar mendengar teknik Penskoran daripada Tuan Haji Yasmin Hashim berkaitan dengan Kertas 2.

Ustaz Abdul Ghani Abidin mewakili pengetua menyampaikan saguhati dan cenderahati kepada penceramah jemputan Tuan Haji Yasmin Hashim.SMK AGAMA LIMBANGKM 12, Jalan Pandaruan Tel : 085 - 666212Peti Surat 493 Fax : 085 - 66653698707 Limbang, Sarawak

Ruj kami: Panitiasejarah/akademik/2015(01)

Tarikh : 26 Februari 2015PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMKAL,

SMK Agama Limbang,

KM 12, jalan Pandaruan,

98700 Limbang

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MEMBIAYAI PROGRAM KECEMERLANGAN SEJARAH SPM 2015Dengan segala hormatnya kami ingin menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak panitia Sejarah akan mengadakan Bengkel Kecemerlangan Sejarah SPM 2015 pada 11 April 2015.

3.Untuk makluman pihak tuan, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM 2015 sekali gus meningkatkan keputusan Sejarah SPM sekolah bagi tahun 2015. Bersama ini dilampirkan kertas kerja program untuk rujukan pihak tuan.

4.Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan dalam bentuk wang tunai RM130.00 untuk sagu hati kepada Penceramah (Puan Hidayati Low Guru Cemerlang DG54) serta tiket penerbangan beliau ke Limbang. Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan kepada Tabung Panitia Sejarah Agama Limbang.5.Jika terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung terus dengan pegawai kami, En. Mahadzir Bin Mahdini di talian di atas. Atas perhatian dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

(Mahadzir Bin Mahdini)

Ketua Panatia Sejarah,

SMK Agama Limbang.

SMK AGAMA LIMBANGKM 12, Jalan Pandaruan Tel : 085 - 666212Peti Surat 493 Fax : 085 - 66653698707 Limbang, Sarawak

Ruj kami: Panitiasejarah/akademik/2015(02)

Tarikh : 26 Februari 2015JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA,

SMK Agama Limbang,

KM 12, jalan Pandaruan,

98700 Limbang

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MEMBIAYAI PROGRAM KECEMERLANGAN SEJARAH SPM 2015Dengan segala hormatnya kami ingin menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak panitia Sejarah akan mengadakan Bengkel Kecemerlangan Sejarah SPM 2015 pada 11 April 2015.

3.Untuk makluman pihak tuan, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM 2015 sekali gus meningkatkan keputusan Sejarah SPM sekolah bagi tahun 2015. Bersama ini dilampirkan kertas kerja program untuk rujukan pihak tuan.

4.Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan dalam bentuk wang tunai dan cenderahati untuk menjayakan program ini. Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan kepada Tabung Panitia Sejarah Agama Limbang.5.Jika terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung terus dengan pegawai kami, En. Mahadzir Bin Mahdini di talian di atas. Atas perhatian dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

(Mahadzir Bin Mahdini)

Ketua Panatia Sejarah,

SMK Agama Limbang.SMK AGAMA LIMBANGKM 12, Jalan Pandaruan Tel : 085 - 666212Peti Surat 493 Fax : 085 - 66653698707 Limbang, Sarawak

Ruj kami: Panitiasejarah/akademik/2015(03)

Tarikh : 13 Mac 2015Pn. Hidayati Low Binti Abdullah,

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG54 (KUP)

SMK Kai Chung, Jalan Kelupu,

96500 BIntangor, Sarikei, Sarawak.

Melalui,

Pengetua,

SMK Kai Chung, Jalan Kelupu,

96500 BIntangor, Sarikei,

Sarawak.

Tuan/Puan

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM KECEMERLANGAN SEJARAH SPM 2015 DI SMK AGAMA LIMBANGDengan segala hormatnya kami ingin menarik perhatian Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak panitia Sejarah akan mengadakan Bengkel Kecemerlangan Sejarah SPM 2015 pada 18 April 2015 (Sabtu).3.Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan dengan hormatnya dijemput sebagai penceramah berhubung perkara di atas pada:

Tarikh

: 18 April 2015

Masa

: 8.00 hingga 2.00 petang

Tempat

: Dewan Utama SMK Agama Limbang

Kerjasama Tuan/Puan di dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menurut perintah(EN. ZULKIFLI BIN MOHAMAD)

Pengetua,

SMK Agama Limbang.