Upload
salina-md-saad
View
40
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
BINA INSAN GURU FASA IV
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik
darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan
matlamat tersebut.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab
yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui
program 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
efektif.
Selaras dengan pelaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa IV
“Sayangi Kawasan Sekolah Anda”, guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG)
Sekolah Kebangsaan RKT Lasah mengambil peluang untuk bekerjasama dengan
pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan)
serta PIBG sekolah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-
royong keceriaan sekolah bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia
Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan
pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia
selaras dengan tema “Sayangi Kawasan Sekolah Anda”. Program ini diharap dapat
mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang
lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama
yang diberikan oleh warga SK RKT Lasah serta kepimpinan Guru Besar akan
membuahkan hasil yang diharapkan.
1.0 MATLAMAT
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran
sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap
semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan
BIG FASA IV 1
BINA INSAN GURU FASA IV
semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada
di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba
ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat
untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa
lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh
pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin
untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti
dalam suasana yang selamat dan ceria.
2.0 NAMA PROGRAM
Gotong- Royong Keceriaan Sekolah
3.0 ANJURAN
- Guru-guru PPG IPGK Ipoh dan IPGK Pulau Pinang S.K. RKT Lasah.
- Jawatankuasa 3K unit Hal Ehwal Murid S.K. RKT Lasah
- PIBG S.K RKT Lasah.
5.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah:
i. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
ii. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa
terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan
yang telah disediakan.
iii. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
iv. Memupuk semangat berpasukan dalam melaksanakan kerja secara
berkumpulan
BIG FASA IV 2
BINA INSAN GURU FASA IV
7.0 SASARAN
Guru-guru S.K. RKT Lasah
AJK PIBG S.K. RKT Lasah
6.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 23 Ogos 2014
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
7.0 TEMPAT
I. Pentas/tempat perhimpunan
II. Kawasan teres tebing padang sekolah
III. Replika Labu Sayong
IV. Pagar sekolah.
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Encik Abdol Mutalib bin Yahya
Pengerusi : Encik Tajul adnan bin Tajudin
Naib Pengerusi I : Puan Jamilah binti Samsudin
Naib Pengerusi II : Encik Mohamad Rizal bin. Mohamed Yunus
Setiausaha : Puan Salina Binti Md Saad
Naib Setiausaha : Puan Shazirah bt. Tarmizi
Bendahari : Puan Faridah Hanim bt. Mohamad
Naib Bendahari : Puan Norazmanida Binti Mahamud
AJK PELAKSANA:
Pengerusi majlis: Buku Program :
Tn. Hj. Sariman Bin Hj Mohd Shohor Pn. Faridah Hanim bt Mohamad
BIG FASA IV 3
BINA INSAN GURU FASA IV
Gambar dan Dokumentasi : Persiapan Tempat dan Siaraya :
Pn. Shazirah Bt Tarmidzi En. Mohd Zailani Bin Hassan
En. Azwan bin Nor Azwah En. Mohd Faris bin Mohd Rofie
Peralatan : Makanan dan Minuman :
En. Azarol bin Othman Pn. Siti Nor’Aini Bt Ab Ghani
En. Syaiful Azizi Bin Dasuki Pn. Mazwen Shah Bt Abdul Aziz
En. Jamili bin Mohd Nordin Pn. Hasnaa Bt Mohd Noh
Kawasan Gotong- Royong:
KAWASAN/TEMPAT GURU TERLIBAT
Membersihkan teres tebing padang
sekolah
1. Tn. Hj. Sariman B. Mohd Sohor
2. En. Jamili B. Mohd Nordin
3. En. Azarol B. Othman
4. En. Mahadzir Bin Abu Bakar
5. En. Syaiful Azizi Bin. Hj. Dasuki
6. En. Mohd Zailani Bin Hassan
7. En. Mohd Fariz Shah B. Mohd Rofie
Mengecat Pagar Sekolah 1. En. Azwan B. Nor Azwah
2. Pn. Thulasi A/P Nagu Pandithan
3. Pn. Azlina Bt Mohd Tahir
4. Pn. Normah Bt. Mohd Asik
5. Pn. Al Asma Bt Yahaya
6. Pn. Faridah Bt Mohd Kamarudin
Mengecat dan Menghias Replika
Labu
1. Pn. Shazirah Bt Tarmidzi
2. Pn. Rohana Bt Yusoff
3. Pn. Zuhriah Bt Shamsudin
4. Pn. Zurida Bt Ahmad
BIG FASA IV 4
BINA INSAN GURU FASA IV
5. Pn. Hasnaa Bt Md Noh
6. Pn. Faridah Hanim Bt Mohamad
Pentas perhimpunan pagi 1. Pn. Salina Bt Md Saad
2. Pn. Norazmanida Bt. Mahamud
3. Pn. Mazwen Shah Bt. Abd. Aziz
4. Pn. Noor Azrina Bt. Tahrim
5. Pn. Norhasibas Bt. Hamid
6. Pn. Siti Nor”Aini br Ab Ghani
9.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
08.00 pagi Berkumpul di tapak perhimpunan
08.05 pagi Ucapan Pengerusi 3K dan Penolong Kanan HEM
08.20 pagi Pembahagian tugas
08:30 pagi Gotong-royong
10.00 pagi Rehat dan minum pagi
10.30 pagi Gotong-royong
12.30 tengah hari Rehat, makan tengah hari dan solat
2.00 petang Gotong-Royong
4.00 petang Rehat dan minum petang
4.30 petang Majlis Penutup
6.00 petang Bersurai
BIG FASA IV 5
BINA INSAN GURU FASA IV
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
.
PERKARA HARGA
SEUNIT(RM)
KUANTITI HARGA(RM)
1 Kudapan/Minum petang RM5.00 30 x RM5.00 RM 150.00
2. Air Mineral RM1.00 30 x RM1.00 RM 30.00
3 Makanan dan minuman RM4.50 30 x RM4.50 RM 135.00
4 Cat RM15.00 7 x RM15 RM 105.00
5 Berus RM 2.50 8 x RM2.50 RM 20.00
6 Jumlah RM 440.00
12.0 PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang ini berjalan lancar dengan sokongan dan
bantuan dari pelbagai pihak terutama daripada guru besar, guru-guru SK RKT
LASAH dan AJK PIBG. Dalam menjalankan aktiviti gotong royong ini dapat
menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan
pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling
bekerjasama demi kepentingan sekolah
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………… ……………………(SALINA BT MD SAAD) (EN.TAJULADNAN B. TAJUDIN)Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal MuridProgram Gotong-Royong Keceriaan S.K RKT Lasah.
Disahkan oleh:
.............................
(EN. ABDOL MUTALIB B. YAHYA)Guru Besar,
BIG FASA IV 6
BINA INSAN GURU FASA IV
S.K RKT Lasah.
LAPORAN SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN
Pada semester 5 ini, pelajar PPG Kohort 2 sekali lagi diwajibkan untuk menjalankan
Program Bina Insan Guru (BIG) iaitu BIG Fasa IV . Taklimat BIG untuk Fasa IV telah
dijalankan pada 8 Februari 2014, jam 8.30 pagi di Dewan Seri Melati IPG Kampus Ipoh.
Di bawah kelolaan unit kokurikulum, kami diberi penerangan tentang pelaksanaan BIG
Fasa IV iaitu “ Sayangi Kawasan Sekolah Anda”. Kami diberi taklimat tentang program
yang perlu kami laksana dan penerangan tentang cara penyediaan folio program BIG yang
bakal kami jalankan bagi memenuhi tuntutan sukatan pengajian kami. Jurulatih
pembimbing bagi kelas saya iaitu BM03 ialah Dr. Lee See Seng.
Bagi melaksanakan program ini, saya telah bergabung tenaga dengan rakan-rakan
PPG sekolah saya iaitu dari IPG Kampus Pulau Pinang. Mereka ialah Pn. Faridah Hanim
Bt Mohamad, Pn. Norazmanida Bt Mahamud dan Pn. Shazirah Bt Tarmidzi. Perbincangan
telah dijalankan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah (HEM). Kata sepakat
dicapai iaitu bekerjasama dengan pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan,
kesihatan dan kebersihan) menganjurkan satu aktiviti gotong-royong keceriaan sekolah
yang melibatkan guru-guru dan PIBG.
Perbincangan dengan jawatankuasa 3K dan mesyuarat dengan guru-guru telah
diadakan bagi menetapkan tarikh yang sesuai, kawasan-kawasan untuk diceriakan,
jawatankuasa pelaksana, kewangan dan lain-lain. Kerjasama dari pihak pentadbir, guru-
guru dan kakitangan sekolah memudahkan tugasan kami untuk merealisasikan BIG Fasa
IV ini.
BIG FASA IV 7
BINA INSAN GURU FASA IV
LAPORAN SEMASA PROGRAM DIJALANKAN
NAMA PROGRAM : GOTONG-ROYONG KECERIAAN SEKOLAH
TARIKH : 23 OGOS 2014
MASA : 8.00 PAGI - 6.00 PETANG
TEMPAT : S.K. RKT LASAH
Seperti yang dirancang seawal jam 8.00 pagi lagi, guru-guru dan AJK PIBG berkumpul di
tapak perhimpunan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), En. Mohd Tajuladnan Bin
Tajudin telah merasmikan Program Gotong-Royong Keceriaan Sekolah pada hari tersebut.
Seterusnya taklimat disampaikan oleh Pengerusi Program 3K, Tn. Hj. Sariman Bin Hj.
Mohd Shohor.
Guru-guru dan AJK PIBG telah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kawasan
atau tempat yang akan diceriakan iaitu pentas/tempat perhimpunan, replica labu sayong,
teres tebing padang sekolah dan pagar sekolah. Saya dan rakan-rakan PPG diberi
tanggungjawab untuk menceriakan pentas perhimpunan pagi dan replika labu sayong.
Setelah selesai taklimat, maka aktiviti gotong-royong keceriaan sekolah pun bermula pada
pukul 8.30 pagi.
Mengecat dan Menceriakan Pentas Perhimpunan
Pentas perhimpunan sebelumnya tidak dicat telah berubah dengan begitu ceria sekali.
Kawasan sekelilingnya juga telah dicat baru. Kami guru-guru PPG bersama dengan guru-
guru lain telah bertungkus-lumus menyiapkannya pada hari tersebut.
Mengecat dan Menghias Replika Labu
Keadaan replika labu sayong yang sudah luntur warnanya telah dicat semula dengan
warna kuning dan dilukis bunga. Manakala kawasan sekelilingnya juga dibersihkan dan
diceriakan. Namun begitu, kawasan replika labu sayong ini tidak dapat disiapkan pada hari
tersebut dan akan disambung secara beransur-ansur oleh kami pelajar PPG pada hari
yang lain.
BIG FASA IV 8
BINA INSAN GURU FASA IV
Membersihkan kawasan teres tebing padang.
Guru-guru lelaki dan AJK PIBG ditugaskan untuk menebas pokok-pokok dan
membersihkan kawasan ini agar tidak terdedah dengan haiwan-haiwan bisa. Ini
merupakan langkah keselamatan ketika murid-murid melakukan aktiviti Pendidikan
Jasmani di padang.
Mengecat Pagar dan Sekolah
Pagar sekolah dicat semula untuk menimbulkan lagi suasana ceria dan pemandangan
yang indah. Permulaannya, bahagian pagar hadapan sekolah dicat dahulu termasuklah
pintu pagar sekolah. Selebihnya akan dicat kemudian jika masa mengizinkan atau dicat
pada hari yang lain.
Pada pukul 10.30 pagi, guru-guru dan AJK PIBG yang menjalani gotong-royong
keceriaan sekolah berehat sambil menikmati hidangan bihun goreng dan air. Aktiviti
disambung semula pada pukul 10.45 pagi. Dengan semangat kerjasama dan kesepakatan
yang padu antara pihak pentadbir, guru-guru dan dan AJK PIBG, selesailah program
gotong-royong keceriaan sekolah lebih kurang pada pukul 4.00 petang. Saya dan rakan-
rakan PPG akan menyelesaikan bahagian yang belum siap sepenuhnya pada minggu
berikutnya iaitu menyiapkan replika labu sayong.
Ini adalah satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya dan rakan-rakan PPG
kerana dapat mengendalikan program yang dirancang dengan jayanya. Sesungguhnya,
tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan BIG adalah tugas bersama, bekerja dalam
satu pasukan dan yang pasti, kami berasa sangat gembira kerana dapat berganding bahu
menjayakan program ini.
LAPORAN SELEPAS PROGRAM
Setelah selesai program, kami mengemas tempat dengan membuang sampah dan AJK
yang terlibat dalam setiap bahagian menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti
AJK peralatan, tempat dan sebagainya. Kami saling membantu untuk memastikan tempat
yang digunakan bersih selepas semua aktiviti dijalankan. Kami telah memastikan setiap
BIG FASA IV 9
BINA INSAN GURU FASA IV
tempat yang digunakan dikemaskan semula dan memastikan kebersihan tempat tersebut
dijaga.
PENILAIAN SELEPAS PROGRAM DIJALANKAN
Penilaian dijalankan menggunakan kaedah analisis SWOT untuk mengenalpasti kekuatan
(Strength), kelemahan (Weakness), peluang (Opportunity) dan ancaman (Treat) yang
dihadapi sepanjang program dijalankan.
(i) KEKUATAN
1. Guru-guru sekolah bersemangat melakukan aktiviti, memberikan kerjasama dan
sokongan yang penuh dalam setiap aktiviti.
2. Guru-guru PPG mempunyai sifat kerjasama yang padu.
3. Pengalaman sedia ada pada guru PPG memudahkan pengendalian program ini.
4. Dapat mewujudkan hubungan mesra dua hala antara guru-guru PPG dengan guru-
guru sekolah berkaitan.
(ii) KELEMAHAN
1. Alat kelengkapan tidak mencukupi seperti cat dan berus cat.
2. Beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana mengikuti kursus dan latihan bowling.
3. Masa yang singkat.
(iii) PELUANG
1. Mendapat sokongan dan kerjasama yang erat daripada pihak pentadbir dan guru-
guru sekolah ini untuk memastikan kejayaan program.
2. Pekerja-pekerja sekolah sedia memberikan bantuan dan khidmat semasa
menjalankan aktiviti.
3. Kerjasama guru-guru dan pelajar PPG dalam menjana perkongsian bijak untuk
menambah ilmu demi kecemerlangan diri, murid dan sekolah.
(iv) ANCAMAN
BIG FASA IV 10
BINA INSAN GURU FASA IV
1. Tiada sebarang ancaman yang memudaratkan, hanya kekangan masa.
PEMURNIAN PROGRAM/PENAMBAHBAIKAN
Setiap kelemahan pasti ada pemurnian dan penambahbaikan. Setiap pemurnian bertujuan
untuk menambahbaikan sesuatu perancangan. Pertamanya tentang peralatan yang
hendak digunakan hendaklah diteliti terlebih dahulu oleh guru sebelum memulakan aktiviti
agar tidak berlaku masalah seperti kekurangan cat dan berus cat yang menyebabkan
aktiviti tidak berjalan lancar.
Sebaik-baiknya aktiviti disertai oleh semua guru. Perancangan program seboleh-
bolehnya mengambil kira akan aktiviti dan tugasan guru serta diketahui dengan lebih awal.
Begitu juga dengan pengurusan masa, digunakan dengan semaksimum yang mungkin
bagi melancarkan perjalanan program
PENUTUP
Program BIG kali ini telah mencapai objektifnya. Segalanya berjalan dengan begitu sempurna
tanpa sebarang kekangan. Namun, kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti akan
diambil kira dan penambahbaikan akan dilakukan untuk program yang bakal dijalankan akan
datang.
BIG FASA IV 11
BINA INSAN GURU FASA IV
Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala limpah kurnianya dapat
saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Terima kasih yang tidak
terhingga atas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
sehingga BIG Fasa IV ini dapat dijalankan dengan sempurna. Untuk kali ketiganya saya
bekerjasama dengan rakan-rakan PPG dari IPG Kampus Pulau Pinang menjalankan BIG
Fasa IV. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi
daripada aktiviti ini
Sepanjang program ini, saya mempelajari bahawa pengurusan masa dan sumber
tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan dapat
disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan optimum. Saya
juga menyedari sebagai seorang guru yang serba boleh, kita haruslah mempunyai unsur-
unsur kreativiti dan inovasi dalam menjalankan rutin tugas kita. Hali ini demikian kerana
saya bersama guru-guru PPG telah menceriakan pentas perhimpunan dan sekelilingnya
serta melukis dan mewarna replika labu dengan begitu kreatif sekali, sehingga dewan
tersebut nampak berbeza dan cantik sekali juga berbanding dengan keadaan asalnya.
Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu
sama lain demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting
bagi mewujudkan persekitaran dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif. Ia juga
penting bagi memastikan sebarang pertelingkahan dan persengketaan dapat dielakkan
bagi melahirkan alam persekitaran yang sejahtera dan harmoni. Jelaslah di sini
bahawa program ini secara langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara
pihak pentadbir dengan guru-guru, guru dengan guru, pihak sekolah dengan PIBG, pekerja
dan kakitangan sekolah.
Berdasarkan pemerhatian saya dan rakan-rakan kumpulan kami sedar bahawa iklim
atau budaya sekolah dan bilik darjah yang selesa, enak dipandang, dan kondusif akan
dapat menggalakkan motivasi seseorang murid untuk belajar. Bayangkan apabila
seseorang murid belajar di sebuah sekolah yang penuh dengan mural sekolah yang begitu
BIG FASA IV 12
BINA INSAN GURU FASA IV
cantik, selesa dilihat dan selesa tanpa sebarang kerosakan dan kekotoran, semangat
murid tersebut untuk belajar di sekolah tersebut pastinya akan meningkat mendadak dan
berkobar-kobar untuk mempelajari sesuatu yang baharu daripada guru-guru mereka. Jadi,
jelaslah di sini bahawa persekitaran sekolah adalah amat penting bagi memotivasikan
seseorang murid untuk belajar dan melakukan yang terbaik dalam pelajaran mereka.
Di samping itu, saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna
dan penting melalui program gotong-royong keceriaan sekolah ini, iaitu bersosial dengan
orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai
manusia tidak dapat hidup tanpa kawan, memandangkan manusia merupakan golongan
yang hidup secara berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu
berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan mendapat
banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat
membantu kita menyelesaikan masalah kita.
Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar
dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini
merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia,
mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua
keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan
guru yang seimbang. Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti
yang dijalankan semasa BIG Fasa IV ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya
dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih gigih, bersemangat dan
seba boleh dan kreatif.
Sehubungan dengan itui, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak pentadbir sekolah khasnya unit Hal Ehwal Murid kerana memberi ruang
kepada saya dan rakan-rakan, kepada guru-guru sekolah, jawatankuasa PIBG serta
pekerja-pekerja sekolah yang sama-sama bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Lee
See Seng. Juga rakan-rakan IPG yang tidak lokek berkongsi ilmu dan kemahiran yang
mereka miliki. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak,
mustahil segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat masyarakat
ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
BIG FASA IV 13
BINA INSAN GURU FASA IV
Sekian, terima kasih SEBELUM PROGRAM
BIG FASA IV 14
SEMUA GURU BERMESYUARAT :
17 JULAI 2014 (KHAMIS)
2.00 PETANG
BINA INSAN GURU FASA IV
SEBELUM PROGRAM
PENTAS PERHIMPUNAN DAN SEKELILINGNYA
REPLIKA LABU SAYONG
SEMASA PROGRAM
BIG FASA IV 15
Kawasan yang diceriakan oleh guru-guru PPG
BINA INSAN GURU FASA IV
SEMASA PROGRAM
BIG FASA IV 16
Pengerusi 3K memberi penerangan dan pembahagian tugas
Penolong Kanan HEM menyampaikan ucapan dan merasmikan program
Mengecat dan menghias pentas perhimpunan
BINA INSAN GURU FASA IV
SEMASA PROGRAM
BIG FASA IV 17
Mengecat dan menghias pentas perhimpunan dan kawasan sekelilingnya
BINA INSAN GURU FASA IV
SEMASA PROGRAM
BIG FASA IV 18
Mengecat dan menghias replika labu sayong dan kawasan sekelilingnya
BINA INSAN GURU FASA IV
HASIL SELEPAS PROGRAM
BIG FASA IV 19
Membersihkan kawasan teres tebing padang dan mengecat pagar sekolah
Pentas perhimpunan dan Kawasan Sekelilingnya
BINA INSAN GURU FASA IV
HASIL SELEPAS PROGRAM
BIG FASA IV 20
Replika Labu Sayong dan Kawasan Sekeliling
BINA INSAN GURU FASA IV
HASIL SELEPAS PROGRAM
BIG FASA IV 21
Pagar Sekolah
BINA INSAN GURU FASA IV
BIG FASA IV 22