4
MUQADDIMAH Setahun berlalu,kini Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi.Satu-satunya bulan yang telah dijanjikan Allah rahmat yang melimpah ruah bagi mereka yang meraikan kedatangannya dengan menghidupkan hari-hari dan malamnya.Sesungguhnya setiap detik sepanjang bulan ini tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja.Yang pasti sebagai mukmin yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah,kedatangannya akan disambut dengan penuh gembira.Sama- samalah kita bersedia ke arah mempertingkatkan amalan mulia serta menjadikannya masa yang paling baik untuk membentuk kembali sakhsiah dan personaliti sebagai individu muslim yang sejati. OBJEKTIF 1. Menghidupkan Ramadhan al-Mubarak dengan aktiviti yang boleh mempertingkatkan ketaqwaan. 2. Mencetuskan rasa bangga dan syukur dengan rahmat Allah dengan tibanya Ramadhan. 3. Memupuk sikap bersedia menyumbang tenaga dan usaha walaupun dalam keadaan kesempitan,lapar,dahaga dan keletihan. 4. Membentuk personaliti muslim yang ideal melalui aktiviti dan pengisian yang dirancang. 5. Menggalakkan individu melaksanakan amalan-amalan ibadah dalam bulan Ramadhan. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada murid,guru-guru dan seluruh warga sekolah. MOTO

Kertas Kerja Ihya' Ramadhan 2013

Embed Size (px)

Citation preview

MUQADDIMAH

Setahun berlalu,kini Ramadhan Al-Mubarak tiba lagi.Satu-satunya bulan yang telah dijanjikan Allah rahmat yang melimpah ruah bagi mereka yang meraikan kedatangannya dengan menghidupkan hari-hari dan malamnya.Sesungguhnya setiap detik sepanjang bulan ini tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja.Yang pasti sebagai mukmin yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah,kedatangannya akan disambut dengan penuh gembira.Sama-samalah kita bersedia ke arah mempertingkatkan amalan mulia serta menjadikannya masa yang paling baik untuk membentuk kembali sakhsiah dan personaliti sebagai individu muslim yang sejati.

OBJEKTIF

1. Menghidupkan Ramadhan al-Mubarak dengan aktiviti yang boleh mempertingkatkan ketaqwaan.

2. Mencetuskan rasa bangga dan syukur dengan rahmat Allah dengan tibanya Ramadhan.

3. Memupuk sikap bersedia menyumbang tenaga dan usaha walaupun dalam keadaan kesempitan,lapar,dahaga dan keletihan.

4. Membentuk personaliti muslim yang ideal melalui aktiviti dan pengisian yang dirancang.

5. Menggalakkan individu melaksanakan amalan-amalan ibadah dalam bulan Ramadhan.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada murid,guru-guru dan seluruh warga sekolah.

MOTO

Puasa Membentuk Peribadi Unggul

TEMPOHSepanjang bulan Ramadhan

PENGISIAN PROGRAM

BILNAMA PENGISIANWAKTU / MASAPENGLIBATAN

1Tazkirah Ramadansetiap hari sebelum masuk ke kelasSemua murid / Guru

2Amali Solat TerawihMinggu pertama puasa di dalam kelas waktu p & p Pendidikan IslamMurid Tahap 2

3Solat Sunat DhuhaWaktu rehat setiap hariMurid Tahap 2 ( wajib )Murid Tahap 1 ( digalakkan )

4Tadarrus al-QuranSetiap hari pada waktu rehatMurid Tahap 2

5Khatam al-Quran / Iftar Jamaie / Solat Hajat UPSR25 / 8 / 2011 ( 6.00 pm )Murid yang menyertai Tadarrus / Guru / Murid tahun Enam dan Ibubapa

6Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya26 / 8 / 2011 ( 10.00 am )Anak Yatim dan Murid Miskin

7Edaran Risalah RamadanSeminggu sekaliSemua murid Islam / Guru

ANGGARAN PENDAPATANTabung Kegiatan AgamaSumbangan PIBGSumbangan Individu dan Pihak luar

ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Majlis berbuka puasa -Makanan & minuman (70 orang x RM 12.00 )RM 840.00 -Saguhati Imam bertugasRM 150.00

2. Bantuan Hari Raya -anak yatim (5 orang x RM 20.00)RM 100.00 -murid miskin (10 orang x RM 15.00)RM 150.00

3. Majlis Khatam al-Quran- Bunga Telur ( 70 orang X RM2.00 )RM 140.00- Saguhati Peserta ( 40 orang X RM15.00)RM 600.00

JumlahRM 1980.00PENUTUP

Program Penghayatan Ramadhan ini amat penting bagi semua warga sekolah dalam usaha menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh keberkatan ini.Oleh itu,besarlah harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan dengan kerjasama semua pihak yang mengharapkan keredhaan Allah.Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah s.w.t . Sekian,terima Kasih.

Disediakan Oleh:Disemak Oleh :

...........................................................................................................(RASHIDA BINTI IBRAHIM)(MOHD NASIR BIN MAT SAAD )Setiausaha Ketua Panitia Pendidikan Islam,Program Penghayatan RamadhanSK (L) Methodist Sentul,SK (L) Methodist Sentul,Jalan Sentul ,Jalan Sentul, Kuala LumpurKuala Lumpur.

Disahkan Oleh :

......................................................(BOOVANESUWARI A/P SINATHI RAJAH)Guru Besar, SK (L) Methodist SentulJalan SentulKuala Lumpur