8
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN BILIK DARJAH 3 KREATIF SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU 13700 PERAI PULAU PINANG 1.0 PROJEK KECERIAAN , KERJA-KERJA UBAHSUAI DAN MENAIKTARAF BILIK DARJAH 3 KREATIF. 2.0 Latar Belakang Bilik darjah 3 Kreatif adalah bilik yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu Perai, Pulau Pinang. Bilik darjah yang sedia ada pada masa kini boleh dikategorikan dalam keadaan yang tidak selesa dan tidak menepati kehendak bilik darjah yang kondusif sepenuhnya. Cadangan permohonan untuk mengubahsuai dan menaik taraf bilik darjah ini adalah selari dengan kehendak serta keperluan semasa dan memenuhi tahap persekitaran bilik darjah yang kondusif. Halangan yang sedia ada pada masa 7

Kertas Kerja Keceriaan Kelas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Keceriaan Kelas

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN BILIK

DARJAH 3 KREATIF

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU

13700 PERAI PULAU PINANG

1.0 PROJEK KECERIAAN , KERJA-KERJA UBAHSUAI DAN

MENAIKTARAF BILIK DARJAH 3 KREATIF.

2.0 Latar Belakang

Bilik darjah 3 Kreatif adalah bilik yang digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu Perai, Pulau Pinang.

Bilik darjah yang sedia ada pada masa kini boleh dikategorikan dalam

keadaan yang tidak selesa dan tidak menepati kehendak bilik darjah yang

kondusif sepenuhnya. Cadangan permohonan untuk mengubahsuai dan

menaik taraf bilik darjah ini adalah selari dengan kehendak serta

keperluan semasa dan memenuhi tahap persekitaran bilik darjah yang

kondusif. Halangan yang sedia ada pada masa kini adalah ianya

tidakdapat digunakan semaksimum mungkin kerana disebabkan beberapa

faktor seperti pendawaian yang tidak selamat,pendawaian tambahan bagi

soket yang tidak mencukupi, alternatif bagi mengatasi masalah tidak

dapat dilaksanakan kerana tiada dan beberapa faktor lain. Sekiranya

cadangan permohonan ini dapat direalisasikan ianya dapat memberi

impak yang besar dalam melahirkan murid yang menjulang aspirasi

negara serta melahirkan modal insan kelas pertama bertaraf dunia.

7

Page 2: Kertas Kerja Keceriaan Kelas

3.0 Objektif

3.1 Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik

khususnya.

3.2 Mewujudkan suasana atau iklim bilik darjah yang kondusif

3.3 Mewujudkan perasaan ‘menikmati’ di kalangan murid bila berada di

dalam bilik darjah

3.4 Memaksimumkan tahap penggunaan kemudahan dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

3.5 Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan mencukupi

untuk kegunaan guru dan murid.

3.6 Menjamin keselamatan peralatan dan kemudahan kepunyaan

Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu yang ada dalam bilik darjah

tersebut.

4.0 Rasional

4.1 Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka

dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid

dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri

dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja

dalam keadaan mesra dan sempurna.

8

Page 3: Kertas Kerja Keceriaan Kelas

4.2 Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik

darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan

yang teratur susunannya.

4.3 Memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia

kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan

aktiviti pembelajaran mereka.

4.4 Melatih murid agar berdisiplin dan berdikari di samping memupuk

sahsiah diri yang positif.

5.0 Justifikasi

5.1 Perabut seperti almari besi dan almari kaca dapat memudahkan

penyimpanan alatan seperti ‘overhead projector, mesin ‘binding’,

fail-fail portfolio murid, lembaran kerja murid dan sebagainya.

Pastinya ianya mudah dicapai oleh guru apabila diperlukan.

Disamping itu kekemasan bilik darjah dapat diperkasakan.

5.2 Rak-rak juga diperlukan untuk memudahkan penyimpanan semula

majalah dan buku-buku bacaan setelah digunakan. Ianya juga

dapat mendisiplinkan murid agar tidak menyelerakkan buku atau

majalah.

5.3 Akuarium dapat memupuk semangat cintakan haiwan dan dapat

mewujudkan suasana tenang di dalam bilik darjah.

5.4 Peralatan seperti ‘Liquid Crystal Display” (LCD), ‘overhead

projector’ (OHP) dapat membantu menambahkan pemahaman

9

Page 4: Kertas Kerja Keceriaan Kelas

murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Ianya juga dapat menarik minat murid untuk belajar.

5.5 Suasana atau iklim bilik darjah yang kondusif dengan peralatan

yang lengkap dan canggih dapat memberikan pengalaman baru

kepada murid dan menambah semangat belajar yang berkobar-

kobar terutamanya dalam matapelajaran Matematik.

6.0 Perlaksanaan

Tarikh : 04 Febuari hingga 06 April 2012

Tempat : Bilik Darjah 3 Kreatif Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu,

13700 Perai, Pulau Pinang.

7.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Induk Projek Keceriaan, Kerja-Kerja

Ubahsuai dan Menaiktaraf Bilik Darjah 3 Kreatif

Ahli Jawatankuasa Induk

Penaung : Puan Zaitun binti Yahaya.

Penasihat : En. Abdul Rahman bin Talib.

Pengerusi : Mohd. Hairy bin Ramli.

Naib Pengerusi : Wan Mohd Nor Azeyrul bin Semail.

Setiausaha : Bohari bin Ishak.

Bendahari : Siti Nurhafizah binti Samsudin.

Pengerusi Induk :

Peralatan : Mohd Ezad Salman.

Keceriaan : Norhasita binti Mat Sukornor.

10

Page 5: Kertas Kerja Keceriaan Kelas

Keselamatan : Mohamad bin Abdullah.

Aktiviti : Mohd Azlan bin Zamari.

Kerohanian : Azdi Izuar bin Othman.

: Vanita a/p Nadarajan.

Dokumentasi : Norli Shahida binti Nazar.

8.0 Belanjawan

Dengan peruntukan sebanyak RM25 000.00 yang diterima daripada pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk projek ini, saya membentangkan

bajet projek di Lampiran 1.

9.0 Penutup

Berdasarkan kajian yang dilakukan, saya dapati bahawa masalah yang dihadapi

dalam susun atur fizikal kelas tersebut adalah dari segi meja guru. Meja guru

tidak boleh membelakangkan murid. Sementara meja murid juga tidak wajar

membelakangkan meja guru. Tempat untuk mengasah pensel pula terlalu dekat

dengan kedudukan murid. Begitu juga halnya dengan kedudukan bakul sampah

yang berada di depan kelas akan mencacatkan pemandangan kelas. Susunan

kelas dalam pelan tersebut juga agak padat dan tidak terdapat ruangan aktiviti.

Justeru, guru hendaklah mengurus persekitaran bilik darjah dengan sebaiknya.

Sikap guru ini akan menanam nilai murni tersebut dalam diri murid-muridnya

kelak. Kesimpulannya, seorang guru sewajarnya mempertimbangkan faktor-

faktor pengurusan fizikal bilik darjah yang meliputi ruang kelas, prosedur dan rutin,

aktiviti dan sudut pembelajaran, serta pergerakan dan perjalanan bilik darjah

tersebut.

11

Page 6: Kertas Kerja Keceriaan Kelas

Sekian, terima kasih

“BERILMU, BERTAKWA, BERBAKTI”

Disediakan oleh,

(Bohari bin Ishak)

Setiausaha,

Projek Keceriaan Bilik Darjah 3 Kreatif,

Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu,

13700 Perai, Pulau Pinang.

12