Upload
abekie
View
167
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
Modul ICt Persangan Salintan
KERTAS KERJA
KEM MOTIVASI `di gerbang peperiksaan`PELAJAR-PELAJAR UPSRSekolah-Sekolah Daerah MeradongANJURAN :
Jabatan Ilmu PendidikanInstitut Perguruan Rajang, Bintangor Dengan Kerjasama
Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Meradong
TARIKH :
28 & 29 Julai 2006( Jumaat dan Sabtu )
LOKASI KEM :
Institut Perguruan Rajang,Bintangor.
KERTAS CADANGAN
KEM MOTIVASI di gerbang peperiksaan
PELAJAR-PELAJAR UPSR
Sekolah-Sekolah Daerah Meradong
1.0RASIONAL
1.1 Selaras dengan pengisytiharan dan peningkatan taraf Maktab sebagai institut, peranan Institut Perguruan Rajang juga dilihat turut berkembang. Ini terutama berkaitan dengan pelaksanaan tanggungjawab dan peranan yang bukan hanya sebagai pusat latihan dan pedagogical reference di kalangan guru / pendidik, tetapi juga sebagai pusat perbincangan / wacana / rujukan dan saluran penyampaian ilmu kepada pelajar-pelajar di institusi luar sama ada di kolej-kolej swasta atau juga di sekolah.1.2 Program ini juga dilaksanakan dengan pengukuhan hasrat untuk menjalin dengan lebih akrab dari aspek hubungan permuafakatan antara Institut Perguruan Rajang dengan pihak pejabat pelajaran di daerah persekitaran/sekolah/ibu bapa dan seumpamanya dalam mengurus dan menjayakan pelbagai agenda pendidikan dan keguruan.1.3 Dalam konteks ini, Jabatan Ilmu Pendidikan turut terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab dan memainkan peranan serta fungsi dengan memberi sumbangan dari aspek penyediaan kepakaran ke arah penyuburan dan pengukuhan pembangunan modal insan dan jati diri pelajar dalam menghadapi peperiksaan UPSR, menguruskan penyediaan lokasi dan ruang untuk perbincangan dan juga penyaluran ilmu kepada pelajar / kumpulan sasar.2.0OBJEKTIF
2.1Mewujudkan hubungan profesional dan permuafakatan yang lebih akrab dalam menjayakan agenda pendidikan antara Institut Perguruan Rajang dengan institusi-institusi pendidikan lain seperti Pejabat-pejabat Pelajaran dan sekolah-sekolah.2.2Membantu meningkatkan motivasi pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar UPSR dalam persediaan menghadapi setiap peperiksaan.2.3Membentuk ketahanan jiwa dan kekuatan mental di kalangan para pelajar, terutama membentuk pemikiran yang lebih kreatif dan kritis dalam penyelesaian masalah pembelajaran. 2.4Membentuk pandangan dan membina persepsi yang jelas tentang arah tuju pembelajaran. 3.0MATLAMAT
Membantu pelajar untuk mengukuhkan pembentukan arah tuju kecemerlangan dan kekuatan pelbagai dalam pembelajaran melalui kecemerlangan daya fikir dan daya tindak.4.0KUMPULAN SASARAN
4.1 Peserta/pelajar
7 orang pelajar GALUS Tahun 6 daripada setiap sekolah Melibatkan 33 buah sekolah di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Meradong Jumlah keseluruhan 231 orang (7 orang x 33 sekolah )4.2Guru pengiring :
Dijemput penyelaras Projek UPSR @ seorang guru tahun 65.0ANJURAN :
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Institut Perguruan Rajang,
Bintangor
dengan kerjasamaPejabat Pelajaran Daerah Kecil
Meradong6.0 TARIKH CADANGAN :
28 & 29 Julai 2006 (Jumaat & Sabtu)(persetujuan bersama PPDK Meradong)
7.0LOKASI KEM :
Institut Perguruan Rajang,Bintangor.
8.0ASPEK-ASPEK FOKUS YANG AKAN DIBERI PENEKANAN :
8.1MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR :8.1.1Kurang Motivasi untuk mencapai kecemerlangan8.1.2Tidak menguasai teknik dan kemahiran belajar berkesan & kurang disiplin - belajar
8.1.3Tidak mempunyai arah tuju pembelajaran
8.1.4Kurang kemahiran dalam pembentukan arah tuju kecemerlangan di kalangan guru di sekolah berkenaan.8.2PENGISIAN PROGRAM :
i.Ceramah dan bengkel/pembentangan ii.Sub-kem asahan minda kecemerlangan
iii. Latihan ketahanan mental
vi. Kemahiran generik pembelajaran
v. Latihan permainan KBKKvi. Sesi permainan penyelesaian masalahvii. Sesi ceramah akademik/subjek dan teknik menjawab soalan peperiksaan8.3 INPUT :
Kemahiran belajar berkesan
Pengurusan masa
Teknik belajar menjelang peperiksaan
Psikologi kejayaan & kecemerlangan
Kemahiran Generik kritis dan kreatif
Pembentukan jiwa pembelajaran
Pembentukan arah tuju kecemerlangan Analisis dan teknik menjawab soalan-soalan UPSR ( PPDKM )8.4 IMPAK YANG DIHARAPKAN :
Pelajar dapat menguasai/mengamalkan dengan lebih sistematik kemahiran belajar berkesan merangkumi penjadualan, pengurusan masa, teknik belajar menjelang peperiksaan dsb.
Pelajar dapat mengukuhkan pembentukan personaliti yang bersesuaian untuk kejayaan & kecemerlangan peperiksaan.
Pelajar berupaya menguasai dengan lebih berkesan kemahiran generik agar proses pembelajaran lebih bermakna, mencabar dan menyeronokkan. Pelajar lebih bersedia dan tinggisedar untuk menghadapi peperiksaan UPSR dari segi mental dan psikologi.9.0FASILITIS PENGURUSAN PENGENDALIAN KEM :
9.1FASILITIS YANG DIPERLUKAN :1. Bilik penginapan peserta/penceramah/fasilitator(mengikut keperluan).2. Dewan Sri-Rajang
3. Komputer & LCD
4. PA system
5. Papan putih
6. Kertas mahjung / kertas A4
7. Marker pen
10.0 PENGINAPAN DAN MAKANAN :
10.1PESERTA :
i. Peserta wajib menginap di asrama Institut Perguruan Rajangii. Jamuan untuk para peserta akan diurus penuh / disediakan oleh pihak Institut Perguruan Rajang
iii. Tarikh / masa check-In di asrama
28 Julai 2006 ( 2.30 - 3.00 petang )
iv. Tarikh / masa Check-Out di asrama
29 Julai 2006 ( 4.30 petang )
10.2PENCERAMAH/FASILITATOR :(alternatif - jika memerlukan penginapan)i. Penginapan : tempat penginapan bagi penceramah/fasilitator sepanjang kem di Rumah Rehat IPR. ii. Makan-minum/jamuan : akan disediakan oleh pihak IPR
11.0PENGANGKUTAN :
11.1Perkhidmatan bas/van Institut akan digunakan untuk mengangkut pelajar-pelajar bagi butiran berikut :
Pelajar-pelajar beberapa sekolah di kawasan sungai;
Seramai 60 orang akan berkumpul di SK Bandar Bintangor.
12.0 AJK PROGRAM :
(Transkripsi Tugas Rujuk Lampiran 1)
Penasihat
:En. Nicholas UgulPengarah Institut Perguruan RajangBintangor
Pengerusi
:En. Mohamad Rahmat bin Md YassinTimbalan PengarahInstitut Perguruan Rajang.
Naib Pengerusi
:En. Wan Mohd Madehi bin Wan AliKetua Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Rajang.
Penyelaras
:En. Mohd Zaki bin Ab RahimPenolong Penyelaras :En. Abd Hadi bin Hj Ishak Setiausaha
:Cik Alice Pu Ting Kosin
Pn. Tiong Leh LingUrusetia Pendaftaran &
:En. Bekarang Ak Ingas
Pengurusan Peserta
Penginapan Peserta /
:En. Abd Hadi Bin Hj Ishak
Disiplin & Pengurusan Kem
Pn Zayroyana bt DrahmanPerasmian & Penutupan /:En. Wan Kamaran Wan Sulaiman Persiapan Dewan
Buku Program /
:En. Mohd Zaki Bin Ab RahimBack Drop & Banner
Sijil & Cenderahati /
:En. Mohd Jasni Bin SanusiPengangkutan
Jamuan
:Cik Alice Pu Ting Kosin
Pn. Tiong Leh Ling
Peralatan Kem
:En Nasir Bin LenTeknikal & Siaraya
:En Stanley Jana
En Mahdi
Dokumentasi
: En. Nin bin Nabari
13.0JADUAL PROGRAM KEM
(alternatif tertakluk kepada perubahan)Hari 1 : Jumaat ( 28 Julai 2006 )Masa
ProgramPenyeliaan ProgramFasilitator / Jurulatih
2.30 3.30 petangKetibaan para pelajar ke IPR
AJK. Pengangkutan
Pendaftaran peserta di Dewan Sri Rajang
AJK. Pengurusan Kem
3.30 4.30 petangSesi 1 :
Salam Muhibah
Taklimat Program
Ice Breaking
En Nasir bin Len
En Mohd Zaki bin Ab Rahim
4.30 5.30 petangPerasmian Kem :
Oleh : En Nicholas Ugul
Pengarah, Institut Perguruan Rajang, Bintangor
En Abd Hadi bin Hj Ishak
5.30 7.30 malamRehat / Riadah
Membersihkan diri
Makan malam
Solat /kerohanian
AJK. Disiplin & Pengurusan Kem
7.30 9.00 malamSesi 2 :
Teknik Belajar & Menjawab Soalan UPSR : MatematikEn. Mohd Jasni bin SanusiPenceramah :
En Andrew Jumat
ak Daha,SK Nanga Stras, Meradong.
9.00 10.30 malamSesi 3 :
Motivasi : Teknik & Kemahiran Belajar Berkesan
En. Bekarang ak Ingas
10.30 11.30 malamSesi 4 :
Motivasi : Santapan Jiwa Dan Murni Kasih UPSR
En. Abd. Hadi bin Hj Ishak
En Nasir bin Len
11.30 malamMinum malam dan Berehat panjang
AJK. Disiplin & Pengurusan Kem
Hari 2 : Sabtu ( 29 Julai 2006 )Masa
ProgramPenyeliaan ProgramFasilitator / Jurulatih
5.30 6.30 pagi Membersihkan diri
Persiapan diri cabaran hari II
AJK. Disiplin & Pengurusan Kem
6.30 7.00 pagi
Riadah En Wan Kamaran bin Wan Sulaiman
7.00 8.00 pagiSarapan pagi
Rehat & persiapan untuk sesi.
AJK. Jamuan
8.00 9.30 pagiSesi 5 : Teknik Belajar & Menjawab Soalan UPSR :SainsPn Tiong Leh LingPenceramah :Pn. Kusanawati bt SaibiSK St Augustine, Bintangor
DANEn. Lei Ko Kian
SJK(C) San Ming, Sarikei
9.30 10.00 pagi
Rehat / Minum pagiAJK. Jamuan
10.00 11.30 pagiSesi 6 : Teknik Belajar & Menjawab Soalan UPSR :Bahasa Melayu
Cik Alice Pu Ting KosinPenceramah : Cik Habibu binSK Selidap, Meradong DAN
Cik Tang Ai LingSJK(C) Kwang Chien, Sarikei
11.30 pagi 1.00 petangSesi 7 : Teknik Belajar & Menjawab Soalan UPSR :Bahasa Inggeris
En Wan Kamaran bin Wan SulaimanPenceramah : Cik Rosie bt. Mohd. RayaSK Agama, Sarikei
1.00 2.00 petang
Rehat Minda / Makan TengahariAJK. Jamuan
2.00 3.00 petang
Tautan Kasih Ilmu & Binding En Wan Mohd Madehi bin Wan Ali En. Mohd Zaki bin Ab Rahim
En Nasir bin Len
3.00 4.00PetangPenutupan :
Oleh : En. Badui Hj Uni
Pegawai Pelajaran Gabungan Sarikei
En. Mohd Zaki bin Ab Rahim
4.00 - 4.30 petang
Rehat / minum petangAJK. Jamuan
5.00 petang
Bersurai & Perjalanan Balik
14.0CADANGAN ATUR CARA PERASMIAN
4.15 petang
-Para jemputan, guru pengiring dan para peserta mengambil tempat
4.30 petang-Ketibaan Pengarah IPR dan Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Meradong
-Bacaan doa
-Ucapan alu-aluan : Pegawai PPDK
-Ucapan perasmian: Pengarah IPR
-Majlis tamat.15.0CADANGAN ATUR CARA PENUTUPAN
2.45 petang
-Para jemputan, guru pengiring dan para peserta mengambil tempat
3.00 petang
-Ketibaan Timbalan Pengarah IP Rajang / PPG Sarikei /
PPDK Meradong
-Bacaan doa
-Ucapan alu-aluan : Timbalan Pengarah IPR
-Ucapan penutupan : PPG Sarikei
-Penyampaian sijil kepada para peserta
-Penyampaian cenderahati
-Majlis tamat16.0ANGGARAN BELANJAWAN
16.1Sumber Pendapatan :
- Peruntukan Institut
-RM6816.10
16.2 Anggaran PerbelanjaanBil.Perkara/itemKos KeseluruhanRincian kos
1.Penginapan/makan minum/jamuan
i. Peserta/pelajar
ii. Guru Pengiring dan
AJK Induk
BBQ iii. Jamuan Ringan
Majlis Perasmian
Majlis Penutupan Meja VIPRM4941.10i. Hari 1 : RM7.00 X 235 Orang = RM1645.00 Hari 2 : RM9.00 X 235 Orang = RM2115.00
ii. Hari 1: RM4.50 X 46 Orang = RM207.00 Hari 2: RM8.00 X 46 Orang = RM368.00 RM230 x 50 Orang = RM230.00iii. RM2.5 X 46 Orang = RM115.00
RM2.5 X 79 Orang = RM197.50 RM5.3 x 6 Orang x 2 = RM63.60
2.Pengangkutan :
i. Bas : Mengambil peserta dari Sekolah-sekolah dari Sungai ( 60 orang )
ii. Elaun pemanduRM 80.00i. RM30.00 X 1 trip = RM30.00
ii. RM 50 X 1 hari X 1 = RM50.00
3.Peralatan Kursus :
i. Kertas A4
ii. Fail kertas
iii. Buku catatan
iv. Kertas Warna
v. Pensel & pemadam
vi. Pen cenderahati
vii. Kertas sebak viii. Air Mineralix. Tag Nama
RM895.00i. RM8.00 X 5 = RM40.00ii. RM0.50 X 120 = RM60.00.
iii. RM0.40 X 120 = RM48.00iv. RM12.00 X 2 = RM24.00v. RM.40 X 120 = RM48.00vi. RM30.00 X 4 = RM120.00vii. RM0.30 X 50 = RM15.00
viii. RM7.00 X 37 = RM259.00
ix. RM1.00 x 281 = RM281.00
4.Saguhati Penceramah :RM600.00RM100.00 X 6 = RM600.00
5.Banner Program
RM240.00RM240.00 X 1 = RM240.00
6.Cenderahati - PPG & PPDK (Pen IPR)RM60.00RM30.00 X 2 = RM60.00
Jumlah Keseluruhan PerbelanjaanRM6816.10 7 Item = RM6816.10
17.0 PENUTUP
Diharapkan agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dan seterusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para pelajar ke arah peningkatan aspek pengurusan diri, kemahiran belajar dan anjakan kecemerlangan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Selain daripada itu, diharapkan juga program ini dapat mengukuhkan semangat permuafakatan dalam menjayakan pelbagai agenda pendidikan antara pihak IPR dengan institusi-institusi pendidikan dan masyarakat luar di sekitar IPR.Lampiran 1 :
TRANSKRIPSI TUGAS AJK PROGRAM :Penasihat :En. Nicholas Ugul
Pengarah Institut Perguruan Rajang
BintangorPengerusi :En. Mohamad Rahmat bin Md Yassin
Timbalan Pengarah
Institut Perguruan Rajang.Naib Pengerusi :En. Wan Mohd Madehi bin Wan Ali
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Rajang.Penyelaras :Mohd Zaki bin Ab Rahim Transkripsi Tugas :1. Membuat laporan perkembangan program kepada Penolong Pengerusi.
2. Membantu Pengerusi merancang dan melaksanakan tugas mengikut perancangan.
3. Menyediakan kertas kerja untuk diserahkan kepada penolong pengerusi untuk kelulusan di peringkat M3P.
4. Membantu Penolong Pengerusi dalam menyelaraskan pengurusan induk program bersama pengarah/pengerusi dan juga pihak Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei dan Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Bintangor.
5. Membuat perancangan dan agihan tugas untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa lantikan.
6. Membantu JW menyelesaikan tugas/tanggungjawab sekiranya perlu.
7. Memantau dan memberi pandangan tentang pelaksanaan/perjalanan kem.
8. Mempastikan semua urusan perjalanan kem sebelum dan semasa berjalan tanpa masalah.
9. Mempastikan semua urusan perjalanan kem berjalan lancar semasa program berjalan.
10. Memikir, menyediakan dan membuat keputusan alternatif jika sesuatau keputusan segera diperlukan sebelum atau semasa kem.Penolong Penyelaras :
En. Abd Hadi bin Hj IshakTranskripsi Tugas :1. Membantu Penyelaras merancang dan membuat agihan tugas kepada semua ahli jawatankuasa.
2. Membantu Penyelaras untuk menyelesaikan tugas secara bersama sekiranya diperlukan oleh ahli jawatankuasa yang lain.
3. Membantu merancang dan menyediakan kertas kerja kem.
4. Membantu setiausaha dalam melaksanakan urusan surat-menyurat dan hubungan luar serta jemputan penceramah.Setiausaha : Cik Alice Pu Ting Kosin
Pn. Tiong Leh LingTranskripsi Tugas :
1. Menyediakan/menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan surat menyurat dan memo kepada semua pihak yang berkaitan.
2. Menguruskan panggilan mesyuarat kepada semua pihak yang berkaitan.
3. Membuat tempahan dan menyediakan bilik mesyuarat setiap kali mesyuarat.
4. Menyediakan semua agenda dan minit mesyuarat.
5. Menguruskan urusan fail program untuk laporan dan pendokumentasian.
6. Menyediakan senarai nama peserta dan guru pengiring untuk diserahkan kepada jawatankuasa peserta/pendaftaran dan JW sijil/cenderahati.
Urusetia Pendaftaran & Pengurusan Peserta:En. Bekarang Ak Ingas
Transkripsi Tugas :
1. Mendapatkan maklumat para peserta dan guru pengiring untuk urusan pendaftaran.2. Membuat perancangan cara dan bentuk pendaftaran yang akan dilaksanakan.3. Menyediakan tempat/meja/label untuk tujuan pendaftaran pelajar dan guru pengiring.
4. Mengurus/menyediakan semua maklumat yang berkaitan untuk diedarkan kepada para peserta sepanjang kem.
5. Membuat pendaftaran peserta dan guru pengiring.
6. Bekerjasama dengan AJK Penginapan dan Pengurusan kem dalam menguruskan peserta, terutama berkaitan dengan penginapan.
7. Melantik dan membuat agihan guru-guru pelatih untuk bertugas di meja urusetia
8. Memastikan pendaftaran berjalan dalam keadaan yang teratur dan lancar.
9. Menguruskan taklimat yang berkaitan dengan aturcara kem dan sebagainya.
Pengurusan Peralatan Kem : En Nasir Bin Len
Transkripsi Tugas :
1 Membuat permohonan/mengambil semua peralatan kem yang tersenarai, iaitu :
i. Kertas A4
ii. Fail kertas
iii. Buku catatan
iv. Kertas Warna
v. Pensel & pemadam
vi. Pen cenderahati
vii. Kertas sebak viii. Air Mineral2. Menyediakan Fail berlabel, Pen dan buku log secukupnya untuk peserta.
3. Menyerahkan peralatan berkenaan kepada urusetia peserta/pendaftaran.
4. Mempastikan air mineral disediakan untuk peserta dan penceramah/guru
pengiring/fasilitator mengikut sesi agihan yang sepatutnya.
5. Menyediakan peralatan yang tersenarai setiap kali diperlukan, terutama semasa
sesi ceramah dan bengkel.
Perasmian/Penutupan dan Penyediaan/Keceriaan Dewan:En. Wan Kamaran Wan Sulaiman Transkripsi Tugas :1. Membantu Penolong pengerusi dan Penyelaras menyelaras pelaksanaan majlis perasmian dan penutupan kem.
2. Memastikan semua keperlauan/protokol rasmi majlis berkenaan dilaksanakan.
3. Menyambut kedatangan jemputan ke majlis berkenaan bersama penyelaras dan Penolong Pengerusi.
4. Membuat penyelarasan dengan JK Sijil dan cenderahati, Urusetia, dll tentang aturcara perasmian dan pemberian cenderahati serta sijil penghargaan.
5. Menentukan juruacara, pembaca doa dan bersedia sebelum dan semasa majlis bermula.
6. Menyediakan pembantu pelajar untuk tujuan agihan buku program dan sebagainya.
7. Membuat persediaan susun atur kerusi meja dan semua peralatan yang berkaitan dengan dewan sepanjang majlis perasmian, penutupan dan sesi ceramah dilaksanakan.
8. Memastikan dewan dan peralatan berada dalam keadaan teratur dan sepatutnya bersesuaian dengan sesi yang akan dijalankan.
Jamuan :Cik Alice Pu Ting Kosin
Pn. Tiong Leh Ling
Transkripsi Tugas :
1. Berhubung dengan pihak kafeteria tentang makanan dan persediaan tempat makan.2. Menentukan masa, menu dan tempat jamuan ringan serta utama utama sepanjang kem.
3. Membuat penyelarasan aspek jamuan dengan pihak cafeteria berkaitan dengan tempat, masa dan menu jamuan berkaitan.
4. Menyediakan tempat dan hiasan jamuan ringan untuk tetamu jemputan dan guru pengiring.5. Melantikan jawatankuasa pelajar untuk membantu pelaksanaan tugas pengurusan/pemantauan penyediaan jamuan.
6. Anggaran perbelanjaan.Buku Program/Back Drop/Banner program:En. Mohd Zaki Bin Ab Rahim
Transkripsi Tugas :
1. Menyediakan Buku Program yang bersesuaian dengan program.
2. Menyediakan back drop untuk setiap spot.
3. Menyediakan banner dan menggantungkannya 3 hari sebelum program.
Teknikal & Siaraya :En Stanley Jana En Mahdi
Transkripsi Tugas :
1. Membuat persediaan P.A. Sistem untuk digunakan di dewan.
2. Membawa dan menyediakan kemudahan P.A. System yang berkualiti sepanjang pelaksanaan kem.
3. Memastikan P.A. System sentiasa dalam keadaan yang baik untuk digunakan di Dewan kem.
4. Menguruskan pemulangan P.A. System dalam keadaan selamat dan baik.
Sijil & Cenderahati :En. Mohd Jasni Bin Sanusi
Transkripsi Tugas :
1. Mendapatkan butiran lengkap senarai nama guru pengiring dan peserta untuk ditaip dalam sijil penyertaan/penghargaan.
2. Menyediakan sijil penghargaan untuk disampaikan kepada peserta semasa majlis penutupan.
3. Membungkus/membuat dengan riben setiap sijil mengikut sekolah.
4. Mendapatkan senarai penerima cenderahati dan membuat pesanan cenderahati dari stor.
5. Menyediakan cenderahati berkenaan semasa majlis penutupan dijalankan.
Penginapan Peserta/ Disiplin & Pengurusan Kem :En. Abd Hadi Bin Hj Ishak
Pn Zaroyana bt Drahman
Transkripsi Tugas :
1. Menguruskan perjalan kem lancar dan teratur, dengan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
2. Menyediakan/memikirkan alternatif yang sesuai sekiranya sesuatu program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan.
3. Membuat follow-up terlebih awal untuk setiap penceramah/fasilitator bagi memastikan mereka maklum tentang sesi yang akan dijalankan.
4. Membuat perancangan tentang cara menguruskan penginapan peserta dan guru pengiring.
5. Mendapatkan butiran penginapan seperti jumlah bilik yang diperlukan, lokasi bilik berkenaan dan juga menentukan aturan peserta mengikut bilik.
6. Menentu/merancang penginapan guru pengiring dan mempastikan tempat penginapan tersebut disediakan dengan baik, bersih dan teratur.
7. Menyediakan AJK pelajar yang akan bertugas bagi membawa pelajar/guru pengiring untuk mereka masuk ke asrama penginapan.
8. Memberikan taklimat penginapan kepada peserta semasa sesi taklimat dijalankan.
9. Membuat agihan tugas di kalangan AJK pelajar bagi memastikan semua pengurusan penginapan peserta dan guru pengiring lancar dan tidak ada masalah.
10. Mempastikan penyerahan dan pemulangan kunci bilik dilakukan dengan teratur dan tidak dibawa pulang oleh peserta.
Dokumentasi :En. Nin bin Nabari
Transkripsi Tugas :
1. Mengambil gambar untuk setiap aktiviti untuk didokumentasikan.
2. Membuat proses dokumentasikan dibuat sebagai rekod dalaman.
PAGE 5