16
1.0 PENGENALAN Permainan Hit It ini diasaskan daripada kombinasi permainan Rounders dan Softball. Permainan ini juga menyerupai permainan Baseball. Permainan ini telah diubahsuai dari segi undang-undang permainan, kawasan permainan dan alatan yang digunakan. Dalam permainan Baseball, bola dibaling kepada pihak pemukul dengan kadar yang laju. Tetapi dalam permainan Hit It ini bola hanya perlu dilontar dalam keadaan melambung kepada pemukul agar lebih mudah dipukul oleh pihak pemukul yang pemainnya terdiri daripada budak-budak sekolah rendah. Dalam aspek keselamatan pula, permainan ini lebih selamat dimainkan oleh kanak-kanak. Pemukul tidak perlu memakai topi keselamatan seperti dalam permainan Rounders dan Baseball. Ini kerana, bola yang digunakan adalah bola yang diperbuat daripada kertas berbanding bola keras yang digunakan dalam permainan sebenar. Kayu pemukul juga telah diubahsuai daripada pemukul kayu kepada bahan-bahan buangan seperti gelen minyak, tiub kertas serta tapak tangan yang diperbuat daripada kotak. Ini bagi memudahkan kanak-kanak untuk memukul supaya bola yang dilontarkan tidak dipukul terlalu jauh. Permainan ini seronok dimainkan dan boleh dimainkan oleh jumlah pemain yang ramai. Permainan ini amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak.

Kertas Kerja Permainan Kecil

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pj

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Permainan Kecil

1.0 PENGENALAN

Permainan Hit It ini diasaskan daripada kombinasi permainan Rounders

dan Softball. Permainan ini juga menyerupai permainan Baseball. Permainan ini

telah diubahsuai dari segi undang-undang permainan, kawasan permainan dan

alatan yang digunakan. Dalam permainan Baseball, bola dibaling kepada pihak

pemukul dengan kadar yang laju. Tetapi dalam permainan Hit It ini bola hanya

perlu dilontar dalam keadaan melambung kepada pemukul agar lebih mudah

dipukul oleh pihak pemukul yang pemainnya terdiri daripada budak-budak

sekolah rendah.

Dalam aspek keselamatan pula, permainan ini lebih selamat dimainkan

oleh kanak-kanak. Pemukul tidak perlu memakai topi keselamatan seperti dalam

permainan Rounders dan Baseball. Ini kerana, bola yang digunakan adalah bola

yang diperbuat daripada kertas berbanding bola keras yang digunakan dalam

permainan sebenar. Kayu pemukul juga telah diubahsuai daripada pemukul kayu

kepada bahan-bahan buangan seperti gelen minyak, tiub kertas serta tapak

tangan yang diperbuat daripada kotak. Ini bagi memudahkan kanak-kanak untuk

memukul supaya bola yang dilontarkan tidak dipukul terlalu jauh. Permainan ini

seronok dimainkan dan boleh dimainkan oleh jumlah pemain yang ramai.

Permainan ini amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak.

Page 2: Kertas Kerja Permainan Kecil

2.0 SEJARAH PERMAINAN ASAL (ROUNDERS)

Permainan Rounders berasal dari negara Inggeris. Rounders pertama

kali dimainkan di Tudor. Rounders mulai popular di Indonesia pada tahun 1950

yang dikembangkan oleh seorang berbangsa Belanda. Pada tahun 1951

Rounders sudah dipertandingkan.

Permainan Rounders berasal dari Amerika Syarikat, yang diciptakan di

Gedung oleh seorang ahli Farragut Boat Club Chicago, Illinois pada 16

September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock. Rounders

merupakan perkembangan dari olahraga sejenis iaitu besbol (baseball) atau

hardball. Bola Roundes saat ini berdiameter 28-30,5 sentimeter; bola tersebut

dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain

lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan tongkat pemukul (bat).

Terdapat sebuah regu yang berjaga (defense) dan pasukan yang memukul

(offense). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan angka (run) dengan cara

melengkapkan pusingan tiga seri tapak(base) pelari hingga menyentuh tapak

akhir iaitu home plate. Awalnya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan

Harvard sedang mendengarkan hasil akhir pertandingan bola sepak Amerika

antara Yale dan Harvard di kelab Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan

iaitu kemenangan Yale, seorang alumni Yale dengan melempar sebuah sarung

tinju ke pemain Harvard. Seorang memberi respon dengan mengambil sebuah

tongkat dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu, ia telah

memberikan sebuah idea kepada seorang wartawan Chicago Board of Trade,

George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam

ruangan dengan bola yang diperbuat daripada sarung tinju yang dilempar tadi.

Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat dengan

menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa

buah kapur, Hancock menandai lantai Farragut Boat menyerupai lapangan

besbol. Alat pemukul pula ialah sebatang penyapu. Pasukan dibahagi menjadi

dua dan Hancock menjerit kata-kata “Play ball”, maka bermulalah permainan itu

dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan Roundes versi dalam ruangan

diperkenalkan dan dinamakan sebagai indoor baseball.

Page 3: Kertas Kerja Permainan Kecil

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama permainan kanak-kanak ini dianjurkan adalah selaras dengan

kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk membentuk insan yang

menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain

itu, matlamat permainan ini juga ialah untuk menghasilkan individu yang bukan

sahaja memiliki otak yang cerdas dan cemerlang dalam bidang akademik

bahkan juga untuk menghasilkan generasi guru yan memiliki fizikal yang aktif

dan cerdas serta turut cemerlang dalam aspek amali.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mendedahkan gabungan pergerakan asas lokomotor dan bukan

lokomotor.

4.2 Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli pasukan.

4.3 Melatih murid-murid berfikir dan merancang strategi dalam kumpulan.

4.4 Mempraktikkan semula pergerakan-pergerakan asas yang telah dipelajari.

4.5 Meningkatkan kecerdasan fizikal dan mental.

4.6 Melatih kestabilan emosi dalam kalangan murid.

4.7 Melatih sifat kepimpinan murid dalam pasukan.

4.8 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai tugas-tugas

yang bakal dihadapi semasa mengajar subjek Pendidikan Jasmani

apabila bergelar seorang guru kelak.

4.9 Memupuk sifat kepimpinan dalam diri setiap guru pelatih dalam

menjalankan sesuatu aktiviti.

5.0 TARIKH 27 September 2012, Khamis.

6.0 MASA Pukul 7.45 pagi – 9.45 pagi.

Page 4: Kertas Kerja Permainan Kecil

7.0 TEMPAT

Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu,

Terengganu.

i. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Kalairajan a/l Sandasagan

Naib Pengerusi : Brenda Anthony

Setiausaha : Nur Anis binti Apandi

ii. JAWATANKUASA KERJA

AJK Pertandingan dan Peraturan : Kalairajan a/l Sandasagan

AJK Peralatan dan Persiapan Tempat: Brenda Anthony

AJK Keselamatan : Nur Anis binti Apandi

AJK Pengadil : Nur Anis binti Apandi

AJK Kehadiran : Brenda Anthony

iii. SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

PELAKSANAAN PERMAINAN

a) Sebelum

i)

Bil Senarai Semak Sebelum

Pelaksanaan Permainan Ya Tidak Catatan

1

Mengadakan perbincangan

dengan semua ahli kumpulan

2

Melantik ahli jawatankuasa

pertandingan serta senarai

tugas masing-masing

3 Membuat kertas kerja

4

Menghantar kertas kerja

kepada pensyarah

Page 5: Kertas Kerja Permainan Kecil

pembimbing.

ii) Senarai semak alatan

Alatan Bilangan Ya Tidak Catatan

Tapak

tangan

1

Gelen

minyak

1

Pemukul

kertas

1

Bakul 1

Gelung

besar

6

Bola kertas 1

Kon besar 4

b) Semasa

i)

Bil Senarai Semak Semasa

Pelaksanaan Permainan Ya Tidak Catatan

1

Memastikan keadaan

kesihatan pelajar

2

Memastikan pakaian pelajar

adalah selesa

3

Memastikan pelajar

memanaskan badan dengan

cara yang betul

Page 6: Kertas Kerja Permainan Kecil

4 Penyemakan alatan

5 Mengambil kehadiran pelajar

6

Memastikan keadaan disiplin

pelajar terkawal

7

Kemudahan peti pertolongan

cemas disediakan.

8

Memberi penerangan tentang

aktiviti yang akan dijalankan

9

Memastikan keadaan padang

selamat

10

Pengadil mestilah berada di

kawasan padang permainan

sepanjang permainan

berlangsung

ii) Senarai Semak Alatan Yang Digunakan

Alatan Bilangan Ya Tidak Catatan

Tapak

tangan

1

Gelen

minyak

1

Pemukul

kertas

1

Bakul 1

Gelung

besar

6

Bola kertas 1

Page 7: Kertas Kerja Permainan Kecil

Kon besar 4

c) Selepas

i)

Bil Senarai Semak Selepas

Pelaksanaan Permainan Ya Tidak Catatan

1 Mengemas kawasan padang

2

Menyimpan semula alatan

yang digunakan

3

Membuat refleksi terhadap

pelaksanaan permainan

ii) Senarai Semak Alatan

Alatan Bilangan Ya Tidak Catatan

Tapak

tangan

1

Gelen

minyak

1

Pemukul

kertas

1

Bakul 1

Gelung

besar

6

Bola kertas 1

Kon besar 4

Page 8: Kertas Kerja Permainan Kecil

8.0 PELAKSANAAN PERMAINAN BERDASARKAN MODEL THORPE &

BUNKER

Langkah 1 : Permainan

Nama permainan : Hit It

Permainan asal : Rounders dan Baseball

Kawasan permainan : 10 m x 13 m

-Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

i) Pelan Padang

Page 9: Kertas Kerja Permainan Kecil

ii) Pelan Kedudukan Pemain

Petunjuk :

Nama Gambar

Kon besar

Pemukul

Pembaling

Page 10: Kertas Kerja Permainan Kecil

Bakul

Bola

Pengadil

Gelung besar

Bilangan pemain : 2 kumpulan, 8 orang 1 kumpulan

iv. SENARAI NAMA PESERTA

a) Kumpulan Kuning

Bil. Nama

1 Haritharan a/l Chandran

2 Lee Yong Hui

3 Wan Noor Farrahheda binti Wan Mohamad

4 Asma’ binti Hassan

5 Siti Sarah binti Mohd Noor

6 Dewi Ratnahsari binti Japar

7 Farah Solehah binti Ahmad Shukri

Page 11: Kertas Kerja Permainan Kecil

8 Chan Sui Ching

b) Kumpulan Biru

Bil Nama

1 Chin Soon Seng

2 Muhammad Hasbi bin Bidi

3 Nurul Farah Hani binti Norzari

4 Dyna Nurmaina binti Pidu

5 Farah Azryena binti Nor Azhar

6 Nurul Syazwani binti Ramli

7 Mary Michelle a/k Risa

8 Nur Ayuni binti Zunaidi

Alatan :

Alatan Bilangan Gambar

Tapak tangan 1

Page 12: Kertas Kerja Permainan Kecil

Gelen minyak 1

Pemukul kertas 1

Bakul 1

Gelung besar 6

Bola kertas 1

Bola besar 6

Page 13: Kertas Kerja Permainan Kecil

Tali biru dan tali kuning

8 tali biru

8 tali kuning

Gelung Kecil 20

Wisel 1

Kumpulan sasaran : Murid sekolah rendah Tahap 2

Langkah 2 : Apresiasi Permainan

Peraturan dan Syarat-Syarat Permainan

1.) Permainan ini perlu mempunyai dua pihak iaitu pihak pemukul dan pihak

lawan dan setiap pihak perlu mempunyai lapan orang peserta.

2.) Pada pusingan pertama setiap peserta pihak pemukul boleh memilih salah

satu daripada tiga pemukul yang disediakan, manakala pada pusingan kedua

pihak pemukul perlu menentukan satu pemukul untuk kesemua peserta

dalam kumpulan dan ia tidak boleh ditukar sepanjang pusingan kedua.

3.) Pihak pemukul harus melepasi setiap gelung untuk mendapatkan satu mata,

manakala jika pihak lawan dapat memasukkan bola semasa pihak pemukul

berada di luar gelung, peserta tersebut akan hilang giliran. Sekiranya, pihak

pemukul berada di dalam gelung, pemukul lain akan memukul bola dan

peserta tersebut boleh menghabiskan pusingan.

4.) Sekiranya pihak pemukul mendapat tiga mata, maka pemukul yang telah mati

giliran akan dapat bermain semula.

Page 14: Kertas Kerja Permainan Kecil

5.) Sekiranya pihak lawan dapat menangkap bola tanpa jatuh ke tanah maka

secara automatik kesemua pihak pemukul akan dikira mati giliran dan mereka

akan menjadi pihak lawan. Pihak pemukul tidak boleh memukul bola ke

belakang.

Ubahsuai

1. Mengubahsuai kayu pemukul kepada pemukul kertas, gelen minyak dan

tapak tangan.

2. Bola juga diubahsuai daripada bola keras kepada bola kertas.

3. Kawasan permainan telah diubahsuai kepada 10 x 13 m2.

4. Jarak antara gelung juga diubahsuai daripada 15 m kepada 4 m.

5. Mengubahsuai bilangan pemain daripada 12 orang pemain kepada 8

orang pemain dalam 1 kumpulan.

Variasi

1. Menggunakan 3 jenis pemukul iaitu pemukul kertas, gelen minyak dan

tapak tangan.

2. Menggunakan gelung getah kecil yang dimasukkan ke dalam skittle bagi

pengiraan mata.

3. Menggunakan tali yang berwarna biru dan kuning untuk membezakan

pemain.

4. Menggunakan gelung besar sebagai base.

Langkah 3 : Kesedaran Taktikal

Prinsip pergerakan

1. Kemahiran melontar bola dan memukul.

2. Kemahiran menangkap bola.

3. Kemahiran berlari.

Ruang dan masa

1. Masa bermain diberikan selama 3 minit.

2. Pemain bebas untuk menggunakan ruang yang ditetapkan.

Situasi lanjut

1. Pemain perlu pantas bergerak kerana masa untuk bermain adalah terhad.

Kesan kelemahan lawan

Page 15: Kertas Kerja Permainan Kecil

1. Semasa bermain, pemain boleh mengatur strategi dan dapat membaca

gerak geri pihak lawan.

2. Pemain perlu bijak mengatur strategi untuk memungut mata.

Langkah 4 : Membuat keputusan

1. Apabila pihak pemukul menggunakan gelen minyak, bola akan melantun

dan senang ditangkap oleh pihak lawan. Manakala, sekiranya

menggunakan tapak tangan, bola akan melambung jauh dan sukar untuk

ditangkap.

2. Jadi, untuk pusingan kedua, pihak lawan perlu bijak memilih alat pemukul

yang akan menentukan mata yang bakal diperolehi.

Langkah 5 : Pelaksanaan kemahiran

Langkah-langkah Pelaksanaan Permainan

1.) Salah satu peserta daripada pihak lawan perlu membaling bola kepada pihak

memukul untuk memukul bola.

2.) Salah satu peserta daripada pihak pemukul perlu memukul bola sejauh yang

mungkin setelah memilih pemukul.

3.) Setelah itu, pemukul tersebut hendaklah berlari untuk menghabiskan satu

pusingan sebelum bola dapat dimasukkan ke dalam bakul oleh pihak lawan.

4.) Sementara itu, pihak lawan yang lain perlu mengambil tempat mengikut

strategi kumpulan untuk menangkap bola yang dipukul oleh pihak pemukul.

5.) Pihak pemukul yang lain dikehendaki menunggu giliran semasa salah

seorang daripada mereka memukul bola.

6.) Permainan diteruskan sehingga masa tamat iaitu selama 3 minit untuk satu

pusingan.

7.) Pada pusingan kedua, pihak lawan akan memilih alat pemukul yang akan

digunakan oleh pihak pemukul dan begitulah sebaliknya.

Langkah 6 : Prestasi

Murid-murid seronok semasa bermain.

Penglibatan murid juga secara menyeluruh.

Murid-murid dapat merancang dan melaksanakan strategi bermain.

Page 16: Kertas Kerja Permainan Kecil

Murid-murid dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran pergerakan asas

yang diajar oleh guru.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dalam aspek keselamatan, pemukul tidak boleh memukul ke arah

bahagian muka pihak lawan. Pihak lawan juga perlu berada dalam jarak 4

meter daripada gelung tengah.

Sediakan kawasan yang terhad supaya apabila bola yang dipukul

melebihi kawasan tersebut, pihak pemukul telah membuat homerun dan

akan mendapat mata serta tidak perlu melengkapkan pusingan.

Masa permainan perlu dipanjangkan, dari 3 minit ke 5 minit.

9.0 RUMUSAN

Permainan kanak-kanak ini diharapkan dapat menjadi aktiviti yang dapat

membentuk keperibadian positif seseorang individu termasuk semangat kerjasama,

perpaduan, saling tolong-menolong, komitmen, tanggungjawab serta komunikasi

berkesan dan diharap juga dapat memenuhi tuntutan sukatan mata pelajaran

Pendidikan Jasmani.

Permainan kanak-kanak ini juga dapat membentuk sahsiah diri, ketahanan

mental dan fizikal serta membentuk jati diri yang baik dalam diri murid-murid. Melalui

permainan kanak-kanak ini juga, guru dapat merangsang pemikiran yang kreatif dan

kritis. Gabungan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang ada dalam

permainan ini akan menjadikan kekuatan mental dan fizikal murid berkembang

dengan baik dan seimbang. Di samping itu juga, ia mampu memupuk semangat

kepimpinan dalam kalangan murid sekaligus dapat melahirkan seorang rakyat

Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.