9
KERTAS KERJA MELENGKAPKAN SUDUT LINUS 1 SK TAMAN TUANKU JAAFAR 2

Kertas Kerja Pondok Bacaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Pondok Bacaan

KERTAS KERJAMELENGKAPKAN SUDUT LINUS

1

SK TAMAN TUANKU JAAFAR 2

Page 2: Kertas Kerja Pondok Bacaan

PUSAT SUMBER SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JAAFAR 2

KERTAS KERJA

SUDUT LINUS

1.0. Pengenalan

Bagi meningkatkan bilangan murid yang menguasai 4M beberapa rancangan aktiviti telah

dirancang diantaranya ialah melengkapkan dan mencantikkan sudut LiNUS di ruang

sudut tangga tahun 1. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian

daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun

2012. Sehubungan itu, semua guru tahap 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan

Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul

LINUS mulai tahun 2010 dan yang terkini bagi matapelajaran Bahasa Inggeris

pula. Dengan mengambil kesempatan ini kami guru yang mengikuti Program

Pengsiswazahan Guru ditugaskan untuk menjalankan tugasan “ Sayangi Kawasan

Sekolah Kita ” dengan anjuran Unit Ko – Kurikulum Institut Perguruan Kampus

Raja Melewar dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah SK TTJ 2 dan Ahli

jawatankuasa LiNUS.

2.0. Nama Projek

Melengkapkan sudut LiNUS di ruang sudut tangga tahun 1.

3.0 Rasional

Sudut LiNUS adalah sebagai satu cara pendekatan bagi mengalakkan murid –

murid menambahkan ilmu pengetahuan, menarik minat untuk belajar disamping

mempamerkan bagaimana aktiviti peningkatan penguasaan LiNUS. Selain itu Sudut

LiNUS akan memberi kemudahan bahan bacaan kepada murid - murid yang tidak

berkesempatan pergi ke perpustakaan.

Murid – murid tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi

mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan. Murid - murid lebih mudah

berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan

yang lebih kecil tanpa mengganggu murid yang lain. Dapat mengisi masa yang

terluang murid – murid dengan aktiviti yang berfaedah. 2

Page 3: Kertas Kerja Pondok Bacaan

2.0 Objektif.

1. Memberi bimbingan tambahan secara intensif dan bagi murid-murid Linus dan Linus Tegar. 

2. Meningkatkan prestasi murid-murid khususnya dalam program Linus. 

3. Memastikan 100% murid menguasai sekurang-kurangnya asas membaca dan mengira sebelum naik ke tahun 4.

4.  Mewujudkan pendidikan berbentuk didik hibur. 

5. Menggalakan para pelajar menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.

6. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada.

7. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu kecemerlangan pelajar.

3.0 Modus Operandi Sudut LiNUS

1. Terbuka kepada semua pelajar dan guru.

2. Bahan dan kad bacaan disediakan di ruang yang disediakan .

3. Sudut Linus diwujudkan di sudut bawah tangga sekolah.

4. Murid - murid bebas menggunakan Sudut Linus semasa waktu rehat pada pukul 10. 10 hingga 10.30 pagi bagi tahap 1 dan 10.40 pagi hingga 11.00 pagi bagi tahap 2. Pustakawan sekolah akan bertugas mengawasi sudut Linus ini.

5. Pondok Bacaan disediakan dengan bahan bacaan ringan dan berfaedah untuk kemudahan pelajar

6. Di sudut Linus ini murid – murid tidak dibenarkan untuk makan dan minum semasa mereka menggunakan kemudahan bahan bacaan.

4.0 Kumpulan Sasaran.

Murid - murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2.

5.0 Penglibatan Pelaksanaan

a. Guru PPGb. Pusat Sumber Sekolahc. Semua guru Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris Tahun 1,2,dan 3

3

Page 4: Kertas Kerja Pondok Bacaan

7.0 Implikasi Kewangan

Sumbangan PIBG dan Organisasi.

8.0 Pelaksanaan

Pengerusi : Pn. Hjh. Noor Semarli bt. Alias

Naib Pengerusi : Pn. Rahimah bt. Ibrahim

Penyelaras : Pn. Norzaida bt. Maarof

Setiausaha : Pn. Fadillah bt. Mohd. Razali

Naib. Setiausaha : Pn. Madura bt. Mohamad Zulkapli

Bendahari : Pn. Zuraini bt. Shapie

Naib Bendahari : Pn. Hanan bt. Arsad

AJK Kelengkapan Bahan : Pn. Nadzrah bt. Abdul Rahman

AJK Dekorasi / Animasi : En. Azri b. Adam

Pn. Hanimah bt. Md. Noor

Pn. Norizan bt. Omar

AJK Luar : Pn. Noraslina bt. Atmuri

Pn. Hamizah bt. Karim

AJK Data Linus : Pn. Nur Hidayah Bt. Abdullah

En. Rizal Hazri

AJK Pengumpulan Bahan

3.1 Bahasa Malaysia :

Pn. Zalina bt. Mohd. Noor ( K )

Pn. Fatimah bt. Idris

Pn. Hashimah bt. Ismail

Pn. Lee Mei Li

Pn. Khazianti bt. Karim

4

Page 5: Kertas Kerja Pondok Bacaan

3.2 Matematik :

Pn. Che Noor binti Zakaria ( K )

Pn. Suhana bt. Abu Hassan

Pn. Hani Nurdiana bt. Othman

Pn. Rosmaidayu bt. Abd. Malek

Pn. Hjh. Zainab bt. Abdullah

3.3 Bahasa Inggeris :

Pn. Norkhafinah binti Alias ( K )

Pn. Roslina bt. Kadri

En. Yuslan b. Ismail

Pn. Kamisah bt. Kadmon

Pn. Khairul Bariah bt. Ismail

En. Yuslan b. Ismail

AJK Pengawasan : Pengawas pustakawan akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan.

5

Page 6: Kertas Kerja Pondok Bacaan

9.0 Anggaran Peruntukan Keperluan :

Bil. Peralatan / Bahan Kuantiti Anggaran Kos

1. Pintu grill RM 2,000.00

2. Kelengkapan sumber elektrik RM 400.00

3. Papan kenyataan berkaca 2 RM 300.00

4. Peralatan mengecat RM 150.00

5. Cat pelakar 5 RM 50.00

6. Cat dinding 2 RM 60.00

7. Rak buku 1 RM 200.00

8. Kertas A4 putih dan berwarna 5 RM 50.00

9. Laminate paper 2 kotak RM 70.00

10. Catridge hitam / warna 3 kotak RM 420.00

11. Kain dan skirting meja / upah jahit RM 60.00

12. Tikar getah RM 50.00

13. Jumlah RM 3, 810.00

10.0 Penutup

Semoga hasrat sekolah untuk memastikan 100% murid menguasai sekurang-kurangnya asas membaca dan mengira sebelum naik ke tahun 4. Memupuk tabiat membaca dan belajar di mana juga akan tercapai. Akhirnya akan dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan, berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………………… ……………………………………Pn. Hanan Bt. Arsad Guru Besar Cemerlang

Pn. Hjh. Noor Semarli binti AliasSK Taman Tuanku Jaafar 271450 SerembanNegeri Sembilan.

6

Page 7: Kertas Kerja Pondok Bacaan

7