KERTAS RAMALAN 1

  • Upload
    iniki

  • View
    73

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Bahasa Melayu SPM

Citation preview

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Bahagian A[Masa dicadangkan: 45 minit][30 markah]

Lihat Carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca kemalangan jalan rays. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patch perkataan.

PERATUS KENDERAAN YANG TERLIBATDALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

Kertas 1Masa: Dua jam lima belas minit

(Sumber: Polis Diraja Malaysia)

Bahagian B[100 markah][Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Kesihatan dari segi fizikal, mental, rohani, dan emosi amat penting dalam kehidupan remaja.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan amalan-amalan remaja yang sihat.

2 Amalan kepenggunaan dalam keluarga perlu dititikberatkan bagi mengelakkan pembaziran. Hal ini sesuai dengan pernyataan "Keluarga bijak berbelanja asas keharmonian rumah tangga".

Bincangkan pernyataan di atas.

3 Negara kita mempunyai banyak bangunan bersejarah yang makin pupus dihimpit arus pembangunan.

Anda sebagai seorang warganegara yang prihatin, tulis cadangan kepada pihak berkenaan tentang langkah-langkah untuk mengekalkan bangunan tersebut.

4 Kemasukan pekerja tanpa izin dari negara jiran ke negara kita menimbulkan pelbagai kesan buruk.

Jelaskan kerjasama yang dilakukan oleh negara kita dengan negara berkenaan bagi mengatasi persoalan tersebut.

5 Peribahasa "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" bermaksud kejayaan itu hanya akan diperoleh sekiranya kita berusaha untuk melakukannya dan sanggup menghadapi cabaran.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Kertas 2Masa: Dua jam tiga puluh minit

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. Jawab semua soalan. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Soalan 1: Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah ke arah pengamalan budaya ilmu dan kebaikannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penekanan terhadap pembangunan modal insan yang memiliki minda kelas pertama menuntut komitmen masyarakat ke arah pengamalan budaya ilmu. Bangsa yang tidak didukung oleh kecemerlangan ilmu tidak dapat mempertahankan peradabannya. Masyarakat yang berbudaya ilmu amat sinonim dengan kemajuan industri buku yang menjadi penyumbang kepada ekonomi dan kemajuan negara. Di negara maju, industri buku mengeluarkan 70 ribu hingga 100 ribu judul setahun. Berbanding dengan Malaysia dari tahun 1996 hingga tahun 2004 menerbitkan antara 5 000 hingga 8 000 judul setahun. Pencapaian industri buku sesebuah negara dan pengamalan budaya ilmu signifikan dengan kadar pembacaan rakyat. Kadar pembacaan negara kita menurut Dapatan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia hanya pada tahap tiga peratus. Justeru, pelbagai usaha dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan rakyat.

Pemilihan bahan bacaan penting untuk meningkatkan pengamalan budaya ilmu dalam masyarakat. Minat membaca yang tertumpu pada bahan bacaan ringan dan hiburan ternyata tidak memberikan manfaat untuk meningkatkan budaya ilmu. Untuk menambah bahan bacaan ilmiah perlu wujud tabiat menulis dalam setiap lapisan masyarakat. Usaha ini selaras dengan matlamat untuk maju dalam acuan budaya sendiri dan negara tidak menjadi lambakan buku yang merosakkan nilai dan merosotkan daya pemikiran. Rakyat, terutama cerdik pandai perlu bersedia untuk berkongsi ilmu dan idea melalui penulisan secara langsung dalam bidang kepakarannya. Selari dengan konsep tersebut, penulis yang berpengetahuan luas dan mempunyai kepakaran yang tinggi perlu menghasilkan bahan penulisan yang lebih banyak. Menurut perangkaan, negara kita mempunyai lebih 15 ribu orang pensyarah. Sekiranya setiap ahli akademik itu menulis satu judul buku, sudah tentu jumlah buku di pasaran besar jumlahnya. Ahli akademik seharusnya memainkan peranan aktif dalam mengembangkan ilmu kepada rakyat.

Kini, sudah tiba masanya kita mewujudkan kota buku atau kampung buku dengan lebih banyak. Selain menaik taraf Kampung Buku di Langkawi yang hidup segan mati tak mahu, konsep tersebut harus diperluas dengan mengadakan kota buku bagi setiap bandar besar di negara kita. Usaha ini perlu didukung dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan supaya dapat memberikan pendedahan dan menarik masyarakat setempat.

(Dipetik dan diubahsuaikandaripada "Menyemarakkan Industri Buku Negara"oleh Padilah Haji Ali, Dewan Masyarakat, April 2007)

PUTRA:

Tidak! Itu hanya alasanmu. Sejak bilakah kau. berikan nyawa pada sebuah kerusi dan sebuah gong yang kaku? Kau adalah punca segala-galanya. Dan aku cukup tahu, selama kau di situ, hanya segelintir manusia saja yang akan berjaya mendaki gunung mencapai awan. Manusia yang sama bulunya denganmu. Aku dan orang-orang itu akan hanya dihiburkan dengan. lakonanmu. Kau membawa kami ke dunia tiga penjuru dengan segala janji bahawa penjuru ini lebih baik dari yang itu, dan yang ini lebih baik lagi. Aku sudah tahu dunia tiga penjurumu itu sama semuanya. Tidak ada yang lebih baik!

(Dipetik dan diubahsuai daripada "Kerusi" oleh Hatta Azad Khandalam antologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka).

(i) Apakah perkara yang mempengaruhi "kemanusiaan" dalam kehidupan seseorang?

[2 markah]

SRISEGALA : (Ketawa sinis) Orang muda! Kau tak pernah mengingati perkembangan dunia

hari ini agaknya. Tahukah kau bahawa fikiran dan perasaan manusia itu adalah

di bawah kekuasaan tempat duduknya? Kerusi ini lebih bijaksana dariku. Begitu

juga bunyi sebuah gong, menguasai siapa saja yang menduduki tempat ini.

PUTRA :

Bila aku berlutut tidak bererti aku menyembahmu. Dan kalau aku meminta bukannya pada tempat dudukmu atau bunyi gong di belakangmu itu. Aku sekadar mahu bicara dengan dirimu sebagai seorang manusia. Kerana aku cukup tahu, setiap haiwan yang bernama manusia hidup dengan fikiran dan perasaannya. Dan dia tak akan terpisah dari apa yang dinamakan KEMANUSIAAN!

Soalan 2: Pemahaman Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata minda kelas pertama dalam petikan di atas.[2 markah]

(ii)Mengapakah cerdik pandai tempatan digalakkan untuk menulis?[3 markah]

(iii)Cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk menggalakkan masyarakat gemar membaca.[4 markah]

Soalan 2(b) - Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SRISEGALA : Nanti!!...Aku fikir orang muda ini tentulah bukan sebarang pelakon. Kalau tidak tentunya dia tak akan mahu berlakon di hadapan kita di sini. Datangnya tidak diminta. Bukankah itu satu keuntungan besar bagi kita? Kita akan berpeluang melihat lakonan daripada seorang pelakon handalan. Orang muda! Teruskan lakonan mu.

(ii)Pada pendapat anda, apakah peranan pelakon dalam kehidupan masyarakat hari ini? [3 markah]

(iii)Jelaskan satu perwatakan Putra daripada petikan di atas dan satu perwatakan lagi daripada keseluruhan drama.[4 markah]

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tun Mamat pun hairan memandang perhiasan taman itu. Maka Tun Mamat bertemu dengan sebuah balai di dalam taman itu, semua perkakasnya tulang, atapnya rambut. Di atas balai itu seorang perempuan tua baik rupanya, menyimpai kain pendukung. Empat orang perempuan muda-muda menghadapi dia. Maka ia bertanya kepada Tun Mamat, katanya, "Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?"

Maka kata Tun Mamat, "Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Laksamana dan Sang Setia ada di bawah gunung ini: tiada boleh naik; akan hamba disuruhnya. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba?"

Maka sahut perempuan itu. "Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri."

Maka Dang Raya Rani dengan keempat perempuan sertanya itu pun lenyaplah. Ada kadar sesaat, maka kelihatan seorang perempuan tua, bongkok belakangnya, berlipat tiga. Maka ia berkata pada Tun Mamat, "Adapun segala kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, "Jikalau Raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang ini. Akan peminangnya, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan, dan darah raja semangkuk, dan darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Jikalau boleh demikian, kabullah tuan puteri akan kehendak Raja Melaka itu."

Telah sudah ia berkata-kata demikian lenyaplah ia.

Maka pada suatu riwayat orang tua yang berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua.

(Dipetik daripada "Peminangan Puteri Gunung Ledang"dalam antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)Apakah yang ditemui oleh Tun Mamat di atas puncak gunung itu?[2 markah]

(ii)Nyatakan dua keistimewaan Tuan Puteri Gunung Ledang.[2 markah]

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Gunung Ledang meminta darah raja sebagai syarat peminangan?[4 markah]

Soalan 2(d) - Petikan Puisi

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN KIASAN

Tikar pucuk, tikar mengkuang,

Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai,

Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai,

Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam, tebang kenanga,

Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak serf bunga, Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit,

Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit, Kilat memancar hujan tak lalu.

Liman Bentan di tepi tingkap,

Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap, Kononlah pulak cicak mengkarung.

(Dipetik daripada antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

W Nyatakan sikap yang harus ditunjukkan oleh seseorang dalam masyarakat.[3 markah]

(ii)Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menyampaikan pengajaran secara kiasan? [3 markah]

(iii)Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun tersebut.[3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan Berita menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)mengikut

(ii)melalui

(iii)mengenai[6 markah]

(b) Tulispetikanperbualandibawandalambentukcakappindah.Andadikehendakimengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Ai Ling Kita terpaksa berjimat cermat sebab harga barangan banyak yang naik.

RajeshTak kan nak berjimat sampai tak mahu beli buku rujukan? Membeli buku satupelaburan. Faedahnya banyak.

Ai Ling Bukan begitu maksud saga. Kita elakkan membeli barang-barang yang tidak perlu atau barang-barang yang membazir. Misalnya, membeli makanan segera dan tak berkhasiat.

Rajesh : Lagipun, makanan itu tidak baik untuk kesihatan. Memang patut pun kita elakkan.[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i)Aktiviti itu diadakan dengan matlamat untuk meningkatkan keterampilan pelajar dalam bidang urusan persatuan.

(ii)Penegasan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar mendapat sokongan daripada orang ramai.

(iii)Syarikat itu membayar bonos kepada kakitangannya pada setiap tahun untuk memberikan galakkan agar mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh.[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i)Ahmad sedar tanggungjawab untuk membantu keluarga mengasuh datuknya yang telah tua dan uzur itu.

(ii)Hutanpokok-pokokbakauditepipantaimenjadiperisaihakisanombakyangmeruntuhkan pantai.

(iii) Perlawanan bola sepak di antara pasukan Rumah Hijau dengan Rumah Kuning digantungkan kerana hujan turun dengan lebat.[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.

(i)Kedua-dua orang anak Doktor Rahim melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Mereka mewarisi bakat dan minat bapanya.

(ii)Mereka bermesyuarat untuk membuat keputusan mengadakan perkhemahan. Sekiranya masih ada pihak yang tidak bersetuju, rancangan itu akan dibatalkan.

(iii)Perselisihan dalam keluarga itu tidak akan berpanjangan. Lama-kelamaan mereka akan berbaik-baik semula apabila masalah itu selesai.[6 markah]

Soalan 4: Novel[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i)Terminal Tiga karya Othman Puteh

(ii)Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf

(iii)Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(iv)Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

(vii)Julia karya Abu Hassan Morad

(viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad.

(a)Salah satu aspek yang memberikan kekuatan kepada novel ialah penggunaan gaya bahasa. Huraikan dua tujuan penulis menggunakan gaya bahasa dalam novel yang anda kaji. [7 markah]

(b)Bandingkan peranan dua watak pembantu dalam novel yang anda kaji.[8 markah]